Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Berdasarkan Akta Hakcipta 1987:
Dilarang untuk mencetak, mengulang siar, mengambil, mencuri, menciplak, dan sebagainya tanpa izin daripada penulis.Hak cipta blog adalah terpelihara (Kenyataan ini hanya untuk penulisan saya dalam subjek 'karyaku' kerana melibatkan penghantaran ke media cetak.Penulisan lain tiada akta halangan.Dialukan penyebaran)

Monday, June 01, 2009

::Usah Tergesa Membina 'Masjid'::

Bismillah walhamdulillah..Telah lama tidak berceloteh. Sedikit perkongsian ingin saya bawakan buat semua kawan-kawan dan pembaca.

Pada 24 Mei yang lepas, beberapa orang sahabat nisa’ kuala Langat telah menziarahi seorang akhawat yang mengalami masalah dan krisis rumahtangga di banting, kuala Langat. Kisahnya sungguh menyayat hati saya, dan harapnya mampu dijadikan panduan buat kita semua.

Unit kebajikan nisa’ kuala Langat, kak aini menghubungi akhawat tersebut, bertanya khabar pada awalnya. Tetapi akhawat itu meminta kami bawa dia keluar daripada rumah yang dia tinggal kini bersama keluarga suaminya.

Tangisannya tidak berhenti-henti mengalir. Dari awal ketibaan sahabat nisa’ sehingga ke akhirnya. Masih ‘dalam pantang’. Belum sampai 30 hari melahirkan anak pertama hasil perkahwinan yang belum berusia setahun. Saya kira,umurnya tidaklah terlalu tua, berusia 24 tahun kini..

K.zu, k.aini dan kaklong(ketua nisa' kuala langat) berdebar-debar untuk melangkah ke rumahnya. Rumahnya jauh di pedalaman. Hanya sebuah, tiada lagi rumah lain di situ. Difahamkan kawasan rumahnya itu adalah kawasan penagih dadah dan ada kelab malam yang beroperasi di situ, tetapi kurang diketahui umum. Ibu dan ayah mertua akhawat tampak tidak mengalukan kedatangan sahabat nisa’. Kelihatan seorang lelaki dewasa keluar tanpa baju, berseluar pendek dan berantai. Takut melihat suasana itu. Keadaan agak selamat kerana suami akhawat itu tiada di rumah waktu itu, membawa anaknya yang berusia 24 hari ke sebuah kenduri.

“Kalau saya ada duit, ada kenderaan keluar dari kawasan ini, dah lama saya lari dari rumah ini,” airmatanya tidak berhenti2 mengalir. Sebak.
“Tapi, saya tak kerja. Suami tak pernah beri duit nafkah. Duit hantaran saya dulu, semuanya dia ambil balik.”
”Saya makan sekali sehari. Kadang-kadang tak makan. Tengoklah, kalau ada makanan disediakan mak mertua, saya makan. Kalau takde, saya tak makan.”

Sayu teramat. K.long lah yang mengusap-ngusap lembut, memberi sokongan dan kekuatan. Hanya kalimah ’sabar’ mampu diungkapkan. Kesiannya, terabai lebih-lebih lagi dalam keadaan ’berpantang’.

”Kenapa tak balik kelantan? Rumah mak?”
”Mak ayah dah lama bercerai. Sejak saya kecil. Saya tinggal dengan ayah. 4 orang adik saya tinggal dengan mak. Ayah dah kawin lain, ada anak 5. Saya tak berhubung dengan mak. Urusan kawin saya pun semuanya buat di rumah suami saya. Ayah tak mampu.”

Beratnya ujian yang ditanggungnya. Susur galur hidupnya bukanlah sesuatu yang terlalu indah. Jubah dan jilbabnya cukup menunjukkan akhawat itu mempunyai didikan islam yang baik. Apa taknya, merupakan seorang hafizah, menuntut di Kedah dulu. Dan juga merupakan bekas Ketua Nisa’ Kawasan Pasir Mas, Kelantan dan Nisa’ Puchong. Orang tarbiyyah, juga orang haraki. Sungguh hebat ujian buatnya.

Difahamkan suaminya pernah tidak solat. Pegangan agama keluarga suaminya turut longgar. Suaminya kadang-kala balik 5-6 pagi ke rumah. Bekerja sebagai tukang gunting rambut.

”Macam mana boleh kenal suami?”
“Makcik di Puchong ‘rekemenkan’. Makcik berkenan, suami seorang yang baik.”
“Saya kenal dalam 4 bulan melalui msg.Kemudian tunang dan kawin.”
“Kiranya aturan keluargala ni ye?”
“Macam tula. Saya terima sebab keluarga.”

Masing-masing terdiam. Saya kira, akhawat ini seorang yang baik. Terlalu menjaga bab perhubungan ini. Dan menerima apa diaturkan oleh keluarga. Bagi saya, biasa terjadi begitu dalam urusan ‘bait muslim’. Tapi, macam mana ye, tak perlukah kita sebagai akhawat/perempuan mengetahui latar belakang,sikap bakal ‘suami’ kita?

‘Dia tak tahu ke kak latar belakang laki tu sebelum kawin?’ soal saya pada K.zu.
‘Entahlah. Tak tahu kot.’
‘Kesiannya. Dia muda lagi. Bukannya dah terlalu tua, dah 30 ke untuk terdesak kawin.’sambung saya.
’Tak apalah. Itu mungkin ujiannya. Sekarang ini kita tolong yang termampu.’ Sambung saya lagi. K.zu mengiyakan.

’Kami minta maaf. Kami tak boleh bawa M keluar dari rumah ini. Kami tiada hak.”
”M kena contact ayah atau makcik kat USJ dan Puchong untuk bantu M. Hanya keluarga yang ada hak.”

Akhawat itu, M memahami. Dia pernah ke pejabat agama Islam memberi aduan. Pejabat agama Islam menasihati dulu untuk fikirkan balik sebelum failkan kes. Dia tidak pernah dipukul. Tapi terabai dari sudut nafkah zahir. Batiniyyah wallahualam.

Ketika sahabat nisa’ ingin pulang, bertambah2 deras lagi airmatanya mengalir. Aduh, sayu sungguh rasanya. Tapi kami tak mampu tolong apa-apa. Hanya memberi semangat dan sokongan moral. Untuk selesaikannya, ayahnya perlu datang bawanya ataupun keluarganya. Tetapi dia masih di bawah kuasa seorang suami. Kami taknak usaha kami dituduh sebab berlakunya sebuah penceraian.

”Kalau ayah dia tak mampu nak datang KL, kita akan support kewangannya.” ujar Ust.wan, pemuda Kuala Langat, suami K.long. Kami pun faham, ayahnya memang tak mampu. Kini, semuanya terletak pada usaha ayahnya. Kami, Nisa’,Muslimat Kuala Langat hanya mampu terus memberi sokongan agar dia tidak terasa keseorangan dan terus tabah menghadapi ujian, kerana dia adalah hambaNya yang benar-benar terpilih.
Akhir sekali, sebagai renungan dan panduan bersama, saya berkongsi pendapat :

1) Sebagai seorang perempuan/akhawat...Buatlah keputusan yang terbaik dengan hasil petunjukNya yang diyakini sebelum berkahwin.
2) Walau kita diajar untuk menjaga ’hub’, tetapi perlu untuk kita ketahui latar belakang, agama, keturunan&keluarga bakal suami kita.
3) Kerjaya itu penting buat seorang perempuan. Kita perlu memiliki kewangan sendiri sebagai langkah berjaga-jaga untuk sebarang kemungkinan di masa hadapan.
4) Perbanyakkanlah berdoa, agar Allah terus istiqomahkan kita di jalan perjuangan ini. Sesungguhnya kawin itu pelengkap sebahagian agama kita. Teruskanlah berdoa agar perjuangan kita lebih padu dan utuh setelah membina sebuah ’mahligai kebahagiaan.’

Ya Allah, aku bermohon padaMu. UjianMu itu tidak pernah sunyi dan berhenti. Aku mohon padaMu, agar langkah keduaku, membina bait muslim lebih memberi erti buat Islam dan perjuangan ini. Bukannya semakin mundur dan kaku. Amin Ya Rabb.

Semoga sahabat M diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi MehnahNya. Bak pepatah, ’berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.’ Benar, sesungguhnya diri ini pun tidak mampu menanggung ujian seberat itu. Kaulah insan yang terpilih dan disayangiNya.

’Tiada lagi cinta saya buat suami saya di hati ini.’.....

No comments: