Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Berdasarkan Akta Hakcipta 1987:
Dilarang untuk mencetak, mengulang siar, mengambil, mencuri, menciplak, dan sebagainya tanpa izin daripada penulis.Hak cipta blog adalah terpelihara (Kenyataan ini hanya untuk penulisan saya dalam subjek 'karyaku' kerana melibatkan penghantaran ke media cetak.Penulisan lain tiada akta halangan.Dialukan penyebaran)

Thursday, August 16, 2007

Daie-Daie Yang Penat

-Hilangkan penat dengan mendekatiNYA-
Oleh: Aminuddin Yahaya

Dalam satu majlis, saya telah dijemput untuk menyampaikan kata-kata penutup kepada ratusan belia lelaki dan perempuan yang usianya sekitar20–22 tahun. Saya tidak dapat gambarkan ketika itu betapa gembiranyahati ini kerana melihat masih ramai lagi anak-anak muda yang mempunyaikecintaan kepada agama dan sentiasa berjuang menyebarkan fikrah kepadagenerasi muda yang lain. Mungkin agaknya kerana saya banyak bergauldengan golongan belia yang sudah hilang nilai-nilai murni agama menyebabkan saya agak tergamam dengan suasana yang ada di hadapan ketika itu.

Namun di dalam hati kecil, saya ada perasaan bimbangtentang masa hadapan mereka 15 atau 20 tahun akan datang. Mampukahbilangan yang mencapai angka 200 orang ini kekal di dalam kancahdakwah atau gugur di tengah jalan ? Ini persoalan yang saya tidak adajawapan dan tidak berani memberi apa-apa jawapan. Pengalaman peribadimenyaksikan bagaimana begitu ramai da'ie-da'ie yang ketika awal dakwahbegitu bersemangat, berkorban siang dan malam, menginfaq harta yangbanyak, bibir sentiasa berzikir, fikiran sentiasa berfikir, yangmenjadi idola ramai rakan dakwah yang lain. Kini ramai diantara mereka sudah menghilang diri dari persada dakwah. Kadang-kadang saya rasa bingung tentang kenapa perkara ini terjadi? Dimanakah silapnyatarbiyah yang dilalui ? Suara-suara yang dahulunya mampu menghidupkanhati-hati yang mati, menyegarkan mata yang layu, membakarkan semangatyang hampir pudar kini sudah hilang di arus duniawi yang kian sepi.Mereka adalah da'ie-da'ie yang telah penat. Sekali-sekala, semasa sayaduduk bersendirian, saya merasa amat sedih mengingatkan akan nasibteman-teman seperjuangan ini terutama apabila membaca ayat Allah swt:"

...dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan menggantikan (kamu)dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu (ini)" – (47:38)

Kebanyakkan mereka bukanlah orang biasa malah merekamemegang kepimpinan, pencetus kepada kerja-kerja dakwah. Hidup merekasentiasa di jalanan, hanya pulang ke rumah untuk berehat seketika,kadangkala tidur pun di dalam kenderaan. Sungguh mengkagumkan.Saya cuba memikirkan, apakah punca kepada keletihanda'ie-da'ie ini? Saya imbau kembali detik-detik perjalanan dakwah satupersatu, tahun ke tahun, peristiwa demi peristiwa, lalu saya merasakan saya sudah berjumpa dengan jawapannya!Mereka terlalu sibuk mendidik orang lain sehingga mereka lupa untukmendidik diri sendiri.Mereka jarang merenung diri, mereka tidak pernah beruzlah dan berzikir, mereka lupa untuk menghisab amalan sendiri. Kalaupunmereka lakukan, ia bukan dibuat dengan penuh kesungguhan. Keghairahan mereka untuk berdakwah tidak setimpal dengan bekalan rohani yang ada.Akhirnya mereka kecundang dengan suasana persekitaran.Mereka tidak dapat bertahan dengan tuntutan kerja yangsemakin menekan, tangisan keluarga yang ingin kerehatan, kehendakperibadi yang tidak pernah kehabisan. Tidak kurang juga mereka yangmempunyai semangat terlalu tinggi dan ghairah untuk mencapai natijahyang cepat hingga mereka mencari jalan yang lain. Mereka bukan tidakfaham tetapi mereka hilang kekuatan. Mereka sudah penat.

Pengalaman menunjukkan, untuk menghidupkan kembali da'ie-da'ie ini bukanlah satu perkara yang senang apatah lagi mereka ini diistilahkan sebagai"senior" didalam kancah perjuangan. Mudah-mudahan Allah memberikanpetunjuk kepada mereka dan memberikan keampunanNya terhadap"jasa-jasa" yang telah mereka curahkan di dalam dakwah. Tiada merekatiadalah generasi baru hari ini.Kini terus terang saya katakan, apabila saya mendengarramai da'ie pemuda dan pemudi hari ini begitu sibuk siang dan malamberdakwah sehingga sangat susah untuk cari masa kelapangan, saya tidaklagi kagum seperti dahulu. Ini bukan bermakna saya tidak menghormatimereka malah saya sentiasa berdoa akan kesejahteraan mereka.Mudah-mudahan dakwah akan terus melahirkan manusia-manusia seperti ini.

Namun saya ingin memberi peringatan yang keras kepada da'ie-da'ieini supaya kesibukan saudara jangan sesekali menyebabkan saudaramelupai diri sendiri. Perjalanan dakwah ini jauh, rintangannya sangatbesar yang mana kadang-kadang dia diluar kawalan kita. Ini semua memerlukan nafas yang sangat panjang, ketahanan diri yang tinggi,persediaan rohani yang mantap serta kefahaman yang jelas. Ingat, Allahtidak akan jemu terhadap hamba-hambaNya tetapi hambaNyalah yang selalujemu di dalam beribadah. Jangan tertipu dengan aktiviti yang banyaktetapi sebaliknya nilailah setiap aktiviti itu secara tenang danobjektif, mengukur pencapaiannya baik dari segi ilmiah jugapeningkatan hubungan saudara dengan Allah. Jika ianya positif makabersyukurlah tetapi jika sebaliknya maka beristighfarlah dan perbaikilah segera.

Saya teringat kata-kata Imam Al Ghazali tentangbagaimana syaitan menggoda orang-orang yang kuat beribadat. Jika gagalmenghalang, syaitan akan menyuruh abid itu memperbanyakkan lagi ibadatlalu akhirnya dia merasa bangga dan mula memperkecilkan orang lainyang kurang ibadat! Lalu mereka tejerumus dalam perangkap syaitan.Moga-moga Allah melindungi da'ie-da'ie ini.InsyaAllah..
p/s : Ku terfikir..apa yang kulakukan..kenapa penat..sehinggakan..qiam semakin berkurang..alQuran tidak menjadi teman di sisi..Ya Allah..ampunilah aku..Rabbi Yassir wala tu'assir..

Kembara Ilmu ...Kembara Sufi..



Hidup ini masih diberi kesempatan untuk diteruskan..entah di mana penghujung jalannya..dengan iradah Allah..sekelip mata..sesaat nafas dihembus..kehidupan akan hilang..dalam kayuhan layar kehidupan..seketika pasti ada tanda 'stop', lampu merah..untuk kita muhasabah diri..perbaiki diri untuk ke arah lebih baik..selagi kesempatan di beri..

Ungkapan jadikan hari ini lebih baik dari semalam..dan pastikan esok lebih baik daripada hari ini..jika 'hari' dapat berkata seperti kita..ia akan mengatakan..'hargailah aku pada hari ini..kerana esok engkau tak akan bertemu dgnku lagi..kerana 'hari' yg akan engkau temui keesokannya bukanlah aku lagi"..andainya 'hari' itu adalah 'kekasih' kita..pasti kita amat2 akan menghargainya..sayang untuk melepaskannya pergi..24 jam itu dipenuhi dengan aktiviti dan amalan-amalan yang bermanfaat..agar ianya menjadi kenangan terindah dalam catatan kehidupan..
Pengembaraan masih jauh..walau apa halangan terpaksa dihadapi..terpaksa ditempuhi..ku masih mengembara..mengembara mencari ILMU..ilmu Ilahi..tapi mampukah aku khabarkan kepada semua betapa hebatnya aku menguasai ilmu yang kupelajari..di dewan-dewan kuliah..seminar..masjid-masjid..di mana-mana shj yang kutimbai..Amanah masih terpikul..Langkah kaki diderapkan..agar hasil kembara dapat mengembirakan keluarga tercinta..diri..ISLAM DAN ILAHI..

Kembara ilmu selaut cahaya
Milik tuhan tiada bertepi
Di selautan cecah kedasar
Ditimba tak luak setitis

Kembara misi lembah nurani
Titisan ilmu suluhan budi
Resapan dari akal yang murni
Untuk diuntai mutiara sufi
Menjadi azimat menyuluh firdausi

Lembah nurani fitrahnya suci
Jangan ditinggal gersang jangan dibiar hitam
Gersang nurani kerana tiada ilmu
Hitam nurani kerana dosa bertimbun

Noda dihati melemahkan minda
Kembara sufi terasa sukar
Sesatlah di dalam pelayaran
Hanyut tiada pedoman akhirnya karam dlm kegagalan


Adakala terasa lemah bila keseorangan dalam pengembaraan..hanya Allah menjadi tempat mengadu..sebagai teman..kerana sunnah dalam perjuangan..pengembaraan..bukan mudah untuk mendapat nikmat kesenangan..walau getir..pengembaraan perlu diteruskan...perjuangan ada kesinambungan...Ingatlah sahabat..sesungguhnya kita tidak keseorangan..

Jangan sedih selalu tersisih
Bukan kau saja ditimpa malang
Ingatlah para Rasul mulia
Lebih terseksa menderita
Mereka bahagia dalam derita
Mereka kaya di dalam papa
Mereka memadai dengan Tuhannya
Itulah kebahagiaan Di waktu sempit seorang diri
Kawan janganlah disedihkan hatimu
Tetapi mereka merasai ramai
Walaupun keseorangan

Ku berdoa semoga Allah terus memberikan aku kekuatan..mengurniakan sahabatku kehebatan..dalam mengharungi badai kehidupan demi menuju alam ketenganan..AMIN

Jihad Ada Pada DiriMu....Muslimah


Wanita itu ibarat bunga.Keindahan terserlah pada kelembutan gerak langkahnya, kecantikan budi pekerti juga haruman akhlak mahmudahnya. Apabila digandingkan dengan ‘jihad’ maka ia dilihat agak pelik dan berbeza dengan fitrah kejadiannya. Istilah jihad dilihat sebagi satu keadaan yang memerlukan kekuatan, kekerasan , ketegasan juga pengorbanan dalam mendepani sesuatu yang berlawanan dengan kebiasaan dan keinginan. Namun hakikatnya, ‘jihad’ merupakan pendamping yang paling perlu dijadikan sahabat setia seorang wanita.

Jika wanita diciptakan dari tulang rusuk kiri lelaki, ianya sudah membuktikan satu keunikan yang tersirat. Pada realitinya tulang, jika terlalu kuat dibentuk akan patah maka tiada bergunalah lagi. Tetapi jika terlalu lembut membentuknya maka tiadalah berganjak dan tiada perubahannya.Wanita lemah dari sudut aqalnya, dan ada yang mengatakan memiliki 9 nafsu yang dipandu oleh satu aqal. Pastinya satu peluru ini sukar untuk menumbangfkan 9 musuh secara perseorangan. Namun jika peluru ini dimanfaatkan sebaik dan sebijaknya dengan perancangan, 9 musuh akan tumbang sekali gus denagan satu letupan besar yang dihasilakna oleh sebutir peluru.

Realiti kehidupan seorang wanita memang sememangnya penuh dengan ujian dan fitnah kerana hakikat diri wanita itu sendiri adalah fitnah. Maka dalam situasi sebegini, kitamemerlukan benteng pertahanan yang kukuh samada dalam aspek ruhiyyah atau jasadi, bagi menjamin dirinya selamat dan boleh menyelamatkan orang lain..

Jihad wanita terhadap diri dan hawa nafsu ( Mujahadatun Nafs)

Ianya memerlukan pengorbanan yang besar kerana kehidupan wanita sering dilingkari dengan kehendak perasaan dan bisikan hati. Perasaan dan hati perlu sentiasa dipandu arahnya dan dididik. Untuk mencapai mujahadah ini, kesedaran dan pengorbanan itu perlu.Wanita diciptakan dengan seindah-indah ciptaan..tapi keindahan dan kecantikan itu perlu dibatasi dan dipamerkannya mengikut batasan syara’..Jika nafsu mendorong kepada kebendaan, material..hadkan kehendak nafsu..berbelanja atau memilih ikutlah kepada kemaslahatannya..samada dharuriyat(sgt2 perlu spt perkara utama dlm kehidupan agama,air,udara), hajjiyat( yang perlu spt pakaian,rumah dll) ataupun tahsiniyyat ( yang kurang penting spt kasut yang pelbagai warna mengikut warna baju, hiasan rumah dll)..
Wanita tidak boleh dipisahkan dengan hati dan perasaan, tetapi kita perlu bijak melayani dan mengawal kerenah perasaan..halakan perasaan itu kepada yang HAK..

Musuh yang paling utama dalam mujahadah adalah nafsu sendiri dan juga syaitan..Untuk menghindarinya, nafsu perlu ditarbiyyah dengan rasa khauf(takut) dan raja’(pengharapan) kepada Allah s.w.t..Tarbiyyah diri dengan sentiasa taqarrub denganNYA dan sentiasa memohon perlindunganNya daripada gangguan syaitan yang direjam..Basahkan lidah dengan zikrullah..Wanita perlu lebih mujahadah kerana fitrah kejadiaan, wanita dianugerahkan banyak masa yang ‘direhatkanNya’ untuk beribadah..Jadikan santapan aqal yang turut mampu menjadikan santapan nafsu yang mengenyangkan..Kita perlu yakin bahawa kita perlu mengorbankan kepuasaan yang fana’(akan binasa) dan sementara bagi menggapai kenikmatan yang abadi dan hakiki..

Jihad wanita menegakkan kebenaran dan syariatNya

Jihad ini secara fitrahnya ada pada setiap individu muslim. Jihad seorang isteri apabila mendahulkan kepentingan suami sebelum kepentingan dirinya. Jihad seorang ibu, sentiasa memastikan kemaslahatan dan kebahagiaan keluarganya mendahului dirinya..Jihad seorang pelajar ialah mampu merealisasikan kebenaran dan ilmu yang dipelajarinya walau dalam apa jua keadaan sekalipun..Contoh di Turki, pelajar muslimat yang bertudung membuat bantahan tegas secara beramai-ramai terhadap larangan memaki tudung di universiti..Jihad wanita sebagai salah seorang mukminah yang ingin melihat Islam dimartabatkan adalah dengan memperjuangkan dan mempamerkan keindahan Islam serta melahirkan zuriat yang merupakan generasi pelapis yang bakal mentadbir dunia..

Semangat jihad yang tinggi ini adalah perlu ada pada kaum wanita selaku bakal-bakal ibu yang dari rahimnyalah akan lahir JEELUL ISLAM yang akan datang dan juga pejuang-pejuang kebenaran yang bakal menyambung perjuangan Baginda s.a.w.

Wednesday, August 15, 2007

Melayari Internet Dgn Kebersamaan ALLAH

Oleh : alfadhil Ustaz Dr Fathi Yakan

Internet merupakan senjata bermata dua, satu pendekatan yang mempunyai dua wajah yang bertentangan; dalamnya ada unsur peruntuh dan membina, memati dan menghidup, petunjuk hidayah dan godaan. Dan cara bagaimana ia digunakan adalah garis pemisah antara keduanya.

Saya harap tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa internet mempunyai daya tarikan, keberkesanan, mudah dicapai, dilayari dan bersifat interaktif yang menjadikan ia alat informasi dan perhubungan terkini . Ia melitupi bola bumi tanpa sekatan dan tandingan. Ia boleh dijadikan mimbar untuk orang Islam menegakkan hujjah keatas manusia dengan menyebarkan Islam dan menyampaikan dakwahnya kepada seluruh manusia diseluruh pelusuk alam.

Benarlah seperti firman Allah taala yang bermaksud: Supaya tidak menjadi hujjah manusia terhadap Allah selepas kedatangan rasul-rasul.(an Nisa’ 165)

Dan firman maksudnya: dan begitulah kami jadikan kamu umat pertengahan supaya kamu menjadi saksi kepada manusia dan rasul menjadi saksi keatas kamu.(al Baqarah 143).

Walaubagaimana pun kita sepatutnya mengetahui bahawa internet dipenuhi dengan segala jenis unsur yang rosak dan merosakkan dan syaitan jin dan manusia memuatkan rangkaian ini dengan berjuta-juta laman yang canggih dan cekap dengan seni mempedaya dan menyesatkan satu perkara yang tidak diterima akal dan sukar digambarkan.

Satu kajian yang disiarkan oleh majalah Time menunjukkan bahawa bilangan laman seks mencecah angka 650 juta laman pada tahun 1998 dan dianggarkan akan sampai 8 bilion pada tahun 2002. Salah satu laman ini memiliki 300,000 gambar lucah dan telah dihantar sebanyak lebih satu bilion kali??

Manakala dari sudut perniagaan, satu kajian menunjukan bahawa sejumlah pembelian bahan lucah melalui internet mencecah 18 bilion dolar. Ini mendorong pengkaji Steve Waters berkata dalam komentarnya terhadap betapa besarnya bencana ini: "biasanya pelayaran internet bermula dengan cuba-cuba, kemudian ia berlarutan menjadi penagihan dan disertai dengan kesudahan yang sangat merbahaya".

Semua itu perlu diletakkan dalam perkiraan apabila membincangkan tentang internet, melayarinya dan berinteraksi dengannya.

1. Seseorang yang ingin melayari internet wajar membersihkan niat dengan betul dengan menetapkan terlebih dahulu tujuan sebelum memasukinya.
2. Mereka yang melayari internet sebagai alat untuk berhibur akan lupa diri dan tanpa disedari terheret kepada kematianya dalam keadaan ia tidak menyedarinya.
3. Kemudian duduk dihadapan internet dalam tempoh yang lama akan mensia-siakan pusingan hidup seluruhnya. Mereka akan mengabaikan tugas dan tuntutan untuk mendapat kebahagiaan didunia dan akhirat. Inilah kerugian yang nyata. Disamping ia juga akan menyebabkan kehilangan daya tumpuan dan menyebabkan akal bercelaru.Adapun apabila kita melayari gelombang internet yang ganas dalam laut yang gelap dan dalam keadaan ditemani Allah bererti kita hidup dengan kebersamaan ini dalam setiap suasana, urusan dan keadaan.


Rasa kebersamaan ini bukan suatu yang boleh dipinjam-pinjam atau direka-reka… kerana itu, ia bukan datang dan pergi sebaliknya satu keadaan yang tetap terus berkembang tanpa kurang atau surut.

Merealisasikan kebersamaan ini seseorang perlu mengekang nafsunya daripada hawa dan penyesatannya. Hawa harus ditolak dan nafsu sepatutnya dibimbing untuk menaiki tangga kesempurnaan, meninggalkan kealpaan, mengalahkan waswas dan mengatasi ajakan-ajakan syahwat. Kemudian dengan memelihara keberterusan "muraqabah" dan "muhasabah" serta mengekang nafsu dengan keazaman dan dipaksa dengan pekerti dan akhlak yang mulia, apa lagi dizaman yang penuh dengan fitnah dan keajaiban ini.

Seperti yang pernah diberi amaran dan ingatan oleh Rasulullah s.a.w secara khusus mengenai zaman tersebut dimana orang yang siuman menjadi bingung, perkara makruf menjadi mungkar dan mungkar menjadi makruf sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Apabila dunia hampir kiamat akan berlaku fitnah seperti potongan malam yang gelap, fitnah seperti kepulan asap, dalam situasi itu hati manusia akan mati seperti matinya tubuh badan mereka, mereka beriman pada pagi hari dan kufur pada waktu petang, beriman pada waktu petang dan kufur pada waktu pagi antara mereka ada puak yang menjual akhlak dan agama mereka dengan habuan dunia. (hadis riwayat Ahmad)

Kita berdoa kepada Allah supaya memberikan kita kesihatan dan berterusan dalam keadaan afiat serta bersyukur dengan afiat tersebut. Kita mohon dari Allah kebaikan masa dan kebaikan mereka yang hidup pada zaman ini. Kita berlindung kepada Allah dari kejahatan zaman dan kejahatan mereka yang hidup pada zaman ini. Allah maafkanlah kami, ampunkanlah kami, perelokkan kesudahan kami dan pastikan pada waktu kematian kami, kami sedang melakukan kebaikan dan amal soleh. Amin ya rabba al alamin..

Semoga kita sama-sama dpt muhasabah dan saling memperingatkan..InsyaAllah..