Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Berdasarkan Akta Hakcipta 1987:
Dilarang untuk mencetak, mengulang siar, mengambil, mencuri, menciplak, dan sebagainya tanpa izin daripada penulis.Hak cipta blog adalah terpelihara (Kenyataan ini hanya untuk penulisan saya dalam subjek 'karyaku' kerana melibatkan penghantaran ke media cetak.Penulisan lain tiada akta halangan.Dialukan penyebaran)

Saturday, May 05, 2007

Hatiku Terpaut pada Sebuah Tautan Hati

Helai demi helai kuselak,babak demi babak ku baca..sungguh menyentuh hatiku..tiba-tiba air mataku menitik..sebak dan sayu.Pelik..kawanku memandang keliru kenapa aku menangis hanya kerana sebuah novel..sedih sangat ke cerita itu? Aku pun tidak pasti.. Namun aku menjadi semakin sebak melihat usaha tarbiyyah dan da'wah oleh seorang muslimah bukan mudah.Asiah Yusro,walaupun hanya watak dalam sebuah cerita..tapi wataknya cukup memberi kesan kepada diriku..bersama sahabat baiknya Eleya Khadija membuatku merenung diriku.Sungguh ku rasakan diriku cukup hina,tidak berguna kepada sahabat-sahabat,masyarakat dan mad'u di sekelilingku. Aku menangis bukan kerana sebuah kematian,aku menangis bukan kerana sebuah kekecewaan..tapi aku menangis kerana sebuah keinsafan dan kekesalan terbit dari nuraniku..betapa selama ini aku lemah untuk meneruskan usaha da'wah..da'wah fardiyyah.Ku membilang berapa ramai adik usrahku berjaya aku tarbiyyahkan sehingga mengenal apa itu jemaah,sehingga berintima' bersama jemaah islam.Ku menghitung berapa ramai kawan-kawan,mad'u di sekelilingku berjaya ku ubah ke arah yang lebih baik walaupun sedikit.Ku menilai diriku, layakkah aku bergelar da'ie? Apa yang ku nampak, keegoan diriku yang terkesima dalam dunia sendiri,merasakan cukuplah hanya aku yang mengenali keindahan islam..sembunyikan dalam tangan sendiri anugerah dan hidayah yang ALLAH kurniakan pada diriku..Memang benar,da'wah bukan mudah.Bibir mudah menuturkan,tetapi tindakan sukar dilaksanakan.Semuanya adalah datangnya dari kekuatan IMAN.


Selama ini aku banyak mengeluh kesukaran menarik mad'u untuk bersamaku dalam satu halaqah usrah.Setiap kali diajak,pelbagai sebab dan halangan daripada adik usrahku.Kadang-kadang sedih menimpa,namun ku cuba kuatkan,memikirkan inisiatif lain untuk menarik mereka bersamaku.Namun akhirnya aku tetap tersungkur lemah,mengapa aku masih gagal?Tautan Cinta memberikan aku satu inspirasi,semangat untuk tidak mudah menyerah kalah..Sedangkan Nabi Nuh berda'wah selama beratus tahun,tapi hanya segelintir yang beriman..Apalah sangat dengan diriku hanya boleh dihitung jari tempoh ku berusaha untuk da'wah.. Ku jatuh cinta kepada sebuah Tautan Hati..Ceritanya padat dengan membawa mesej kesedaran buat muslimah,sayap kiri perjuangan Islam.Memberi kekuatan dan kesedaran tentang peranan muslimah dalam da'wah dan teruskan untuk berda'wah..sarat dengan tazkirah sebagai makanan rohani..mempamerkan seorang muslimah dan mujahidah yang sempurna dalam amalan fadhiyyah,pembentukan akhlak dan syakhsiah yang sempurna serta menonjolkan ciri-ciri yang sempurna sebagai seorang da'ie sesuai dengan keperibadian muslimah.Cinta dan perasaan ingin disayangi adalah fitrah penciptaan,novel ini mengajar,memberi garis panduan yang betul dalam membina sebuah hubungan dengan memelihara pergaulan berdasarkan syara'.

Terima kasih buat Ukht Fatimah Syarha di atas usaha da'wah ini dengan sebuah novel 'Tautan Hati', cukup memberikan manfaat buat muslimah da'wah.Ku terbayang,mungkin Asiah Yusro adalah cerminan diri,pantulan dari diri Fatimah Syarha.Semoga Allah merahmatimu.
Kadang-kadang sahabatku sinis melihat novel sebegini,mungkin jelek menganggap novel islamik hanya memaparkan kisah cinta 'enta-enti'.Entahlah,lain orang,lain pemikirannya.Tetapi aku berasa cukup puas memiliki 'Tautan Hati' kerana ianya memberi sejuta manfaat buat diriku.Pembentukan diri,pengajaran islam disampaikan dalam bentuk novel cukup indah. Syukran ya ukht Atiqah,menemaniku ke KL Book Fair,PWTC..Syukran ya ALLAH kerana rezekiMU dan iradahMU dapat ku memiliki ilmuMU walaupun sedikit.

Ya Allah istiqamahkan aku di jalan da'wah ini,berikanlah aku kekuatan..tabahkan diriku menghadapi mehnahMu..hanya yang ku impikan adalah keredhaanMU bukan selainnya..amin..


p/s: Jangan lupa membaca 'Tautan Hati' sahabatku
`Dambakan Cinta Ilahi`

1 comment:

Bukan Bidadari said...

salam..moge kta sume dpt mncontohi hebatnye peribadi Asiah Yusra dan Elya Khadija..juge moge tabah mngharungi mehnah-Nya seperti Imtisal..moge dpt mnjdi seperti Layyinul Harir,gagah mndamba restu bonda tercinta..moge juga sempat bertaubat tanpa menyalahkn takdir seperti Aisyah Bazella..moge2 kta dpt menjd sehebat mreka,supaya Dia memandang kita sbg hamba-Nya y benr2 bertaqwa=)amiin..