Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Berdasarkan Akta Hakcipta 1987:
Dilarang untuk mencetak, mengulang siar, mengambil, mencuri, menciplak, dan sebagainya tanpa izin daripada penulis.Hak cipta blog adalah terpelihara (Kenyataan ini hanya untuk penulisan saya dalam subjek 'karyaku' kerana melibatkan penghantaran ke media cetak.Penulisan lain tiada akta halangan.Dialukan penyebaran)

Wednesday, May 19, 2010

::Bangkit Keadilan::



Kan melangkah kaki dengan pasti
Menerobos segala onak duri
Generasi baru yang telah dinanti
Tak takut dicaci tak gentar mati

Bagai gelombang terus menerjang
Tuk tumbangkan segala kezaliman
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
Hingga pertiwi gapai sejahtera

Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat surga

>>Di mana kita berada..semoga roh memperjuangkan Islam sentiasa di hati kita..<<

Tuesday, May 18, 2010

::Rintangan Perjuangan (Vol 2) ::

Bismillah walalhamdulillah..saya menyambung kembali perkongsian ilmu penulisan indah drpd alustaz Fathi Yakan. Sebelum ini saya terus kepada rintangan yang ke 5; Nafsu yang merangsang..berdasarkan semasa. Saya kembali kepada susunan rintangan awal& seterusnya..

Subhanahu Wata’ala pasti mengenakan cubaan kepadamu. Dia akan menguji hakikamu.Benar-benar seperti yang pernah dinyatakannya di dalam Al Qur’an dengan firmanNya:
الم ( 1) أَحَسِبَ النَّاسُ أَن یُتْرَآُوا أَن یَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا یُفْتَنُونَ ( 2) وَلَقَدْ
( فَتَنَّا الَّذِینَ مِن قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِینَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ3
“Aiff lam mim, Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja untukmengaku bahawa ‘Kami telah beriman dan sedangkan mereka tidak diuji lagi?Sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, makasesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Diamengetahui orang-orang yang dusta.”(Surah Al Ankabut 1-3)

Di dalam hadith dinyatakan:
الشد الناس بلاء الأ نبياء ثم الأ مثل فالأ مثل
“Orang yang paling berat dicuba ialah para Nabi kemudian yang paling baik selepasnya,
kemudian orang yang paling baik selepas itu.”
ان الله تعا لى اذا أحب قِِِ ماً ابتلا هم .فمن رضي فله الر ضى ومن
سخط فله السخة
Sesungguhnya Allah Subhanahu Wata‘ala, apabila mengasihi satu kaum, dicubanyamereka itu (dengan berbagai cubaan), barangsiapa yang rela dengan cubaan itu makamereka mendapat kerelaanNya (Allah Subhanahu Wata’ala) Barangsiapa yang benci(marah) maka baginya kemurkaan Allah Subhanahu Wata‘ala.Pengakuan keimanan sebenarnya memerlukan kepada bukti. Jalan perjuangan (JIHAD) adalah jalan yang panjang penuh dengan derita dan sengsara.
حفت ألجنة با لمكا ر ه وحفت النار با لشهو ات
Jalan Syurga dihampiri oleh kesusahan manakala jalan ke Neraka dihampiri oleh keghairahan syahwat.

MUKMIN YANG DENGKI

Sebagaimana lumrah diketahui hasad adalah penyakit hati yang amat berbahaya. Hasad boleh mengikis Iman seseorang Mukmin jika ia tidak cepat kembali siuman, bertaubat kepada Tuhan dan tidak dilimpahi ‘Inayah dan Rahmat Subhanahu Wata’ala. Tepat seperti yang apa disabdakan oleh Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam:

“Penyakit umat sebelum kamu telah menular kepada kamu; iaitu hasad dengki dan permusuhan. Permusuhan tersebut ialah pengikis atau pencukur, Saya tidak maksudkan ia mencukur rambut, tetapi (yang saya maksudkan) ialah ia mengikis agama.”
(Hadith riwayat Al-Baihaqi)

Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam bersabda lagi:
ما ذ ئبا ن جائعان أرسلا في زریبة غنم بأفسد لها من الحرص على
المال والسد في دین المسلم .وان الحسنات آما تأ آل النار الطب
“Bencana melepaskan dua ekor serigala lapar di dalam kandang kambing tidak lebih besar daripada bencana yang menimpa pegangan agama seorang Muslim dan sifat serakah terhadap harta (tamakkan harta) dan hasad dengki. Sesungguhnya sifat hasad memamah segala kebaikan persis seperti api menjilat kayu kering.” (Hadith riwayat Al-Tirmizi)

Para Du’at menyeru manusia ke jalan Allah Subhanahu Wata’ala, khasnya yang mendapat sambutan baik, yang cergas, yang masyhur dan berbakat sentiasa terdedah kepada cacian lidah orang-orang yang hasad serta tipu-daya mereka. Golongan tersebut merasa dengki pada ilmu dan kelebihan-kelebihan yang ada pada para du’at. Mereka sentiasa mengintai dan menunggu-nunggu masa yang baik untuk mencetuskan pertembungan antara mereka dan menjatuhkan imej mereka.

Ibnu Mu’taz pernah berkata:
“Orang yang hasad itu marah kepada orang yang tidak berdosa, kikir terhadap sesuatu yang bukan kepunyaannya dan sentiasa mencari atau meminta sesuatu yang tidak akan diperolehinya.”

FAKTOR YANG MENYEBABKAN HASAD DENGKI

Di dalam Kitab Ihya’ ‘Ulumuddin karangan Imam Al Ghazzali radiyalla’anhu ada disimpulkan sebab-sebab yang menimbulkan perasaan hasad dengki tersebut.
Antara lain:

i)Perasaan Permusuhan dan Kebencian
Ini adalah sebab yang paling banyak menimbulkan kedengkian. Kerana sesiapa yang telah disakiti oleh seseorang lain atas sebab-sebab tertentu atau menyangkalnya dalam tujuan-tujuan tertentu lantaran alasan-alasan tertentu, hatinya pasti marah lalu membenci orang yang menyakitinya itu, maka tertanamlah bibit dengki dalam dirinya. Dengki mengundang perlakuan yang aggresif untuk memuaskan hatinya. Pendek kata perasaan hasad dengki sentiasa bergandingan dengan perasaan marah dan permusuhan.

ii) Merasa Diri Mulia
Perasaan ini manifestasinya ialah seseorang itu merasa keberatan kalau ada sesiapa yang dianggapnya mengatasi dirinya. Dia tidak rela kalau ada orang lain melebihinya. Kalau ada orang-orang sepertinya yang mendapat lebih pangkat, kuasa, ilmu dan harta; dia bimbang kalau-kalau orang tersebut akan bersikap takabbur terhadapnya. Dia tidak boleh tahan dengan sikap mengatasi yang ditunjukkan oleh saingannya itu. Malah ia tidak boleh menerima apa yang
dirasakannya sebagai sikap mengatasinya.

iii) Takabbur
Jelasnya seorang itu mempunyai watak membesarkan diri terhadap orang lain, selalu memperkecilkan dan memperhambakan seseorang. Ia menganggarkan seseorang itu mematuhinya. Apabila orang berkenaan menerima atau memperolehi sesuatu kurnia ia khuatir kalau-kalau orang itu tidak lagi dapat merelakan kemegahanya. Akhirnya orang yang telah mendapat kurnia tersebut akan enggan mengikutinya. Atau boleh jadi ia menganggap orang tersebut akan cuba pula menyainginya.

iv)Ujub
Pernah Allah Subbanahu Wata’ala jelaskan kepada kita perihal umat-umat di zaman silam. Mereka merasa takjub dengan diri mereka sendiri. Hal ini menghalang mereka menurut kebenaran. Hujah mereka selalunya ialah seperti yang tertera di dalam Al Qur’an:
“Bukankah kamu tak lebih dari manusia (biasa) seperti kami juga?”

Dan ungkapan yang berbunyi:
“Dan mereka berkata adakah wajar kami mempercayai manusia yang seperti kami juga?”
Golongan tersebut merasa aneh melihat orang yang berjaya mendapat pangkat ke Rasulan, menerima wahyu dan martabat yang dekat di sisi Allah Subhanahu Wata’ala ialah manusia seperti mereka. Sebab itu mereka menaruh rasa dengki kepada Rasul-Rasul tersebut.
v)Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan
Biasanya perasaan ini wujud dalam kalangan orang yang saling berlumba-lumba merebut sesuatu habuan. Tiap orang akan merasa dengki kepada saingannya apabila saingannya mendapat suatu kelebihan yang boleh membantu dirinya sahaja membolot habuan yang menjadi tujuan mereka tadi.
vi)Ghairah Menjadi Ketua dan Mencari Populariti
Umpamanya seseorang yang bercita-cita untuk menjadi manusia pertama yang tidak ada tolok bandingannya dalam salah satu cabang seni. Apabila keghairahan terhadap pujian dan jolokan bahawa dialah satu-satunya pakar yang tidak ada taranya di zaman itu telah menguasai dirinya, tiba-tiba dia mendengar ada orang lain yang dapat menandinginya di tempat lain. Hal ini nescaya akan menyusahkan hati perutnya. Ia bercita-cita kalau tandingannya itu mati sahaja atau kemahirannya menurun dan pupus.

vii) Busuk Hati
Keadaan ini kalau ada pada seseorang maka ia akan bersikap tidak suka sesuatu kebaikan diperolehi oleh hamba Allah yang lain. Apabila disebutkan di hadapannya tentang kesenangan mana-mana hamba Allah, sempit hatinya mendengar hal tersebut. Akan tetapi apabila dinyatakan pula sebaliknya, umpamanya tentang kekacauan, kegagalan dan nasib malang menimpa orang lain maka ia merasa gembira dan suka hati.

Semoga perkongsian sedikit ilmu dapat kita manfaatkan sbg panduan. Bukan beerti kita dapat menunding jari dan menuduh seseorang itu punyai hasad dengki kepada kita, pabila sesuatu kejadian tidak diingini berlaku, tetapi sebagai peringatan kepada kita..agar kita tidak terjerumus ke dalam golongan mukmin yang dengki dan sering tidak senang hati melihat kehebatan&pencapaian orang lain. Hati kita terlalu mudah dijangkiti penyakit sebegini,terlalu mudah..lebih-lebih lagi bila berada di jalan dakwah ini. Ada yang iri, kita balasi dengan kesabaran. Ibarat sebatang pohon yang dilemparkan dengan batu-batuan, tetapi menghadiahkan buah yang lazat sebagai balasan. Ayuh cuci hati kita dan cuba membantu shbt2 kita & berhati2lah dengan musuh yang hadir. Semoga kebahagian sirna, dakwah gemilang...InsyaAllah...

Friday, May 07, 2010

:: Ku Memohon dalam Sujudku ::




Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s'gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku....... Keimananku.......

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s'gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku....... Keimananku.......

Engkau satu cinta
Yang s'lamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang salam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan.......

Oh Tuhan .... s'lamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan .... jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia