Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Berdasarkan Akta Hakcipta 1987:
Dilarang untuk mencetak, mengulang siar, mengambil, mencuri, menciplak, dan sebagainya tanpa izin daripada penulis.Hak cipta blog adalah terpelihara (Kenyataan ini hanya untuk penulisan saya dalam subjek 'karyaku' kerana melibatkan penghantaran ke media cetak.Penulisan lain tiada akta halangan.Dialukan penyebaran)

Friday, December 19, 2008

Pemergian Wartawan Keadilan


Laporan akhbar Sinar Harian, 19 Dis 2008 :

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin menyifatkan pemergian Mohd. Syukree Hussin,28, penulis dan wartawan akhbar "Suara Keadilan' yang kembali ke rahmatullah rabu lepas, 17 Disember 08, satu kehilangan besar buat PKR dan juga dunia kewartawanan.

Sebagai penulis muda,Allahyarham menunjukkan komitmen yang baik serta seorang yang berpandangan kritis dengan membawa isu semasa dalam penulisannya.

Pulau Serai, Dungun, Terengganu..
Jenazah allahyarham Tok su Mat (28), sepupu atuk ku tiba di kampung jam 9 malam lebih daripada hospital UKM,Kuala Lumpur selepas post morterm. Toksu Mat telah lama menghidap penyakit Misteri dan baru sahaja pulih. Kali terakhir Toksu pulang ke kampung pada raya korban Aidiladha baru-baru ini. Ayahcik dan Ayahteh ku dari KL turut bersama mengiringi jenazah untuk dikebumikan di kampung..

"Malam kelmarin, makcik bermimpi bertemu arwah. Selepas itu, makcik asyik teringatkannya
dan hati sentiasa berdebar, rupanya inilah petanda dia akan pergi buat selamanya," kata toknyang ku ( ibu kepada Allahyarham) pada wartawan akhbar. Ku bersama keluarga menziarahi toknyang dan keluarga sebelum jenazah tiba di kampung..Dapat ku lihat, wajah sugul toknyang mendengar berita mengejut kehilangan anak bongsu tercinta..

Semoga Allahyarham Tok su Mat dicucuri rahmat dan semoga usaha Tok su menegakkan keadilan dalam penulisannya dinilai dan diterima Allah..Semoga Tok su ditempatkan bersama orang-orang yang soleh..Amin..

Thursday, December 18, 2008

:: Mampukah Aku Istiqomah?? ::



Muhasabah diri yang terlalu kerdil di bumiNya ini...Merenung segala nikmat diberi, Iman,Islam dan Erti Perjuangan ini..kadang-kadang membuatkan ku berfikir lama..


MAMPUKAH AKU YA ALLAH UNTUK TERUS ISTIQOMAH DI JALAN INI??

Bercakap mudah..menyampaikan apa yang disampaikan,dibaca & dipelajari tak payah...tapi aplikasinya........kadang-kadang rasa cemburu meletus di hatiku melihat sahabat-sahabat terus hebat dalam perjuangan ini...Berada seketika,pengalaman yang sedikit di dalam perjuangan realiti ini, telah membuatkan ku mempelajari banyak perkara...dan apa yang lahir di hatiku...

Ya Allah..Ku Tahu Bukan Mudah...Untuk Istiqamah dan Terus Tadhiyyah

Ku masih mencari dan terus mencari..satu ruang, satu kesempatan untukku terus memberi sumbangan untuk Islam dengan dayaku&mampuku yang lemah ini...Ku rasakan malu pada Allah..ku rasakan malu pada Jemaah..ku rasakan malu pada Perjuangan ini..Ku malu pada sahabat-sahabat...Dengan diriku yang masih tidak berguna ini untuk Islam...

Ya Allah..Ya Razzak..Ya Wahhab..Istiqomahkanlah Aku di JalanMu Ini...

Ya Allah..Jangan Kau Ambil Nyawaku dalam Diriku Masih Malu
untuk MenghadapMu
Ya Allah..Berikanlah Aku Peluang untukku Memberi Sedikit Sumbangan
untuk AgamaMu
Ampunilah HambaMu ini Ya Rahim...


Maafkan diriku teman..terlalu banyak ku memberi alasan untuk memberi sumbangan
Kadang-kadang ada kekangan yang membuatkan ku hilang punca untuk mengelak

Fardhul Muslimku masih lompang..
bagaimanakah untukku melangkah ke arah Baitul Muslim??
Ku doa semoga Allah hadirkan rijal yang benar2 memahami perjuangan ini untukku terus melangkah lebih bersemangat di jalan ini...
...Tidak terhenti hanya setakat ini......Amin...

Monday, December 15, 2008

Anekdot Nur : Erti Pada Memberi

'Erti Pada Memberi'..satu ungkapan ringkas yang cukup popular. Nur sukakannya kerana tersirat sejuta satu makna dan falsafah di sebaliknya. Tahu tak, kadang-kadang Nur selalu berfikir, adakah kita hidup hanya perlu memberi tanpa perlu menerima?

Nur lihat ramai kawan-kawan Nur yang kecewa kerana gagal untuk menerima. Tidak menerima apa yang diharapkan. Bila kita bersama gerakan da'wah, apa sebenarnya yang kita inginkan? Adakah kita bersama untuk memberi dengan ikhlas? atau ada kepentingan untuk diri kita.

Nur tanya pada diri, salahkah jika kita inginkan sedikit balasan dalam pemberian? Ada yang semata inginkan ukhwah,ramai kawan. Ada yang inginkan ilmu dan pengalaman. Ada juga yang ingin meluangkan masa kebosanan. Tak boleh kah kita rangkumkan 3 in 1?

Tapi, betulkan..bila kita terlalu banyak keinginan dalam pemberian, kita pasti akan menemui hampa dan kecewa. Lihatlah, ramai sahabat yang futur...nauzubillah..moga Nur dan sahabat Nur yang lain masih mampu thabat di jalan ini..

Memberi dalam erti sebuah perhubungan. Nur tidak temui jawapannya. Sebab kadang-kadang bila Nur fikirkan pemberian Nur tak pernah dihargai..Nur akan rasa kecewa dan sedih. Bila hanya Nur sahaja banyak memendam rasa, Nur rasa seksa. Make life is easy. Kan lebih mudahkan. Nur cuba berusaha untuk meng'IKHLASKAN' diri dalam memberi..kepada perjuangan, kepada sebuah perhubungan dan kepada semua yang tersayang..

Sebanyak manakah % yang perlu diberi dan dibahagi..agar kehidupan Nur..kehidupan kita semua menemui ketenangan dan kedamaian...

Memberi = Menerima?
Memberi = 100%?
Memberi 75% dan Menerima 25 % ?
ANDA ADA JAWAPANNYA???
“Kat mana pula konsep ikhlas Nur?” Saya bertanya…Nur diam.
“Tak tahulah, terukkan diri Nur ni.”
“Mana ada Nur. Biasalah kitakan manusia biasa. Nak jugak penghargaan dari orang lain.” Tambah saya lagi.
Nur berfikir. Betul…

“Tapi lebih indahkan kalau kita sama-sama dapat mengamalkan dan sebatikan sifat ikhlas dalam diri kita..Walau bukan mudah.” Saya merenung Nur, dalam..sama-sama muhasabah.

“Betul..barulah kita tidak akan sedih dan kecewa. Ikhlas kerana Allah. Mampukah kita?”

“Ikhlas dalam membina hubungan dengan Allah, membina hubungan sesama manusia dan dalam setiap pekerjaan kita. Jika kita inginkan, pasti Allah tidak akan menghampakan kita, kan Nur.”

“A’ah..yakinlah. Bila kita ikhlas, Allah akan balasi keikhlasan kita yang tidak seberapa ini dengan berlipat kali ganda. Subhanallah…”

Itulah Pergi Lagi Halaqah.....


- cerita ini diambil daripada seorang sahabat-

Tariq melabuhkan badannya ke tilam murah di rumah sewa setelah penat membawa usrah sebentar tadi. Dia menyiapkan beberapa tugasan untuk dihantar pada pensyarah pagi esok. Selesai saja tugasan, Tariq terpaku seketika dek terkenangkan ahli-ahli usrah yang dibawanya... Adakala rasa seronok berkongsi pandangan dengan mereka. Tapi... "Ahh... Malas la nak fikir, tidur lagi bagus", detik hatinya. Jam menunjukkan pukul 2.00 pagi.

Sebelum Subuh lagi Tariq bangun untuk bersiap-siap ke surau. Dengan mata yang bengkak kerana tak cukup tidur, dia jalan terhuyung-hayang menuju ke surau berdekatan setelah mengambil wudhuk di rumah. Selesai solat berjamaah, ia berzikir sambil 'menunduk-nudukkan kepala' tanda sangat 'khusyuk' dalam zikirnya. "Alahai.. mengantuknya. Balik rumah je la. Boleh landing kejap sebelum ke kuliah.."

"Tariq...! Awak mengantuk lagi, pergi basuh muka", tegur pensyarahnya, Dr. Syarah. Mata Tariq cerah semula. Ramai pelajar tersenyum sinis memandangnya. "Alamak... kantoi lagi aku dengan Dr. Syarah", getus hatinya. Tariq membuat muka selamba seolah tiada apa-apa yang berlaku. Pensyarah itu meneruskan syarahnya walaupun mata Tariq masih lagi 'bergelombang' sayup-sayup layu mata memandang.


Sedang mendengar kuliah dengan mata kemerah-merahan, handphone Tariq vibrate menandakan ada call atau sms dari seseorang. "Salam. Jangan lupa 8.15 malam ni diadakan meeting di aras jamaah, fakulti program." Begitulah pesanan sms yang tertulis dari kawan seusrahnya, Mutarriq. "Meeting lagi", keluh hatinya. "Malam tadi dah usrah, malam ni meeting pulak", tambah hatinya. Selesai hantar tugasan dan kuliah 'tidur' jam 10.30 pagi, Tariq meluru ke motornya sambil membelek buku kecilnya jika ada perkara-perkara yang perlu dilakukan.

"Ishh... Yang ni tak buat lagi, yang ni pun tak buat lagi. Hari ni dah Khamis, program hari Sabtu. Apa aku nak jawab dengan Mutarriq malam nanti?" tanya hatinya. Mahu tak mahu Tariq pulang ke rumahnya. Ia membuka komputer sambil menaip-naip sesuatu sambil memicit kepalanya. "Ok. Kuliah lambat lagi. Pukul 2.00 petang. Boleh aku siapkan kerja aku ni", cetus hatinya sambil melihat jam tangannya yang menunjukkan pukul 11.00 pagi.


Setelah dua jam berhempas pulas, akhirnya kerja yang berkaitan dengan program Sabtu terdekat selesai. "Alhamdulillah..." syukur Tariq padaNya kerana memudahkan urusannya. Tariq cukup yakin akan pertolongan Allah bagi orang yang menolong agamaNya. Selesai solat Zohor, Tariq bergegas ke fakulti untuk kuliah. Dengan macho ia masuk ke kelas. Belum sempat Tariq duduk dan bertegur sapa dengan kawannya, pensyarah berkata, "Ok kelas, kita ada kuiz sekarang. Sila tutup buku dan nota". Hilanglah macho Tariq apabila mendengar perkataan keramat itu. Mulutnya ternganga kelu tanpa kata. "Habis la aku kali ni... Satu apa pun aku tak baca", kata hatinya.

Timbullah suara-suara jahat Azazil: "Itulah kau. Sibuk usrah, meeting, program memanjang sampai belajar entah ke mana. Kalau kau belajar saja kan bagus. Mesti kau boleh score punya. Usrah, meeting, program ni lepas belajar pun boleh buat. Malam esok kamu pulak ada usrah di rumah Pak Cik Murabbi. Bila pulak kamu nak study? Haa.. Jawab, jawab...!". Tariq tak jawab apa-apa oleh kerana kagetnya sambil mulut ternganga. Lebih jahat lagi Azazil menghasut: "Kamu nak mintak tolong siapa sekarang. Pak Cik Murabbi tak dapat tolong kamu. Jamaah pun tak dapat tolong kamu. Allah tak tolong kamu. Fail nanti kamu jugak yang susah." Walaupun sedang dilema, Tariq meneruskan kuiznya sekadar yang termampu.

"Tariq mesti istiqamah dalam perjuangan...", kata Pak cik Murabbi setelah Tariq mengadu masalahnya. "Belajar tu wajib. Kamu mesti bersedia sepanjang masa", tambahnya lagi. "Tapi Pak Cik, macam mana? Setiap hari ada saja kerja yang perlu dibuat sampai tak sempat nak study", kata Tariq. "Masing-masing diberikan masa secukupnya, cuma kita yang tak pandai menggunakannya", jawab Pak Cik Murabbi. "Banyak lagi masa yang kita ada. Cuba kamu kira, berapa lama berbual-bual dengan kawan? Berapa lama melayari internet? Berapa lama menonton televisyen? Berapa lama bermain games? Berapa lama makan di gerai?" tambahnya.

"Semua itu pencuri masa kita. Kurangkan masa-masa tersebut dan Tariq pasti ada masa untuk study", tegasnya. Lantas Pak Cik berpesan kepada Tariq sebelum pulang dari usrah: "Jangan salahkan perkara atau orang lain jika salah itu datang daripada diri kita sendiri. Salah kita kerana tidak pandai menguruskan masa. Orang lain pun lebih sibuk daripada awak dan ia juga berjaya dalam pelajarannya. Ia juga diberi 24 jam sehari seperti awak." Amat tepat sekali jawapan Pak Cik Murabbi kepada Tariq dan menimbulkan kembali semangat juangnya untuk Islam dan tidak melupakan masa untuk belajar.

Namun, Tariq bertanya: "Siapa orang lain yang berjaya tu Pak Cik?". Dengan selamba Pak Cik Murabbi menjawab: "Pak Cik la orang lain tu. Nak bagitau nama orang lain Pak Cik tak tau...", sambil senyum meleret pada Tariq sambil ternampak gigi. "Terima kasih atas nasihat Pak Cik", kata Tariq sambil tersenyum. Tariq pulang bersama mutiara berharga dari Pak Cik Murabbi yang juga cemerlang dalam usrah, meeting, program dan... AKADEMIK semasa belajar dahulu.


"Masa itu ibarat pedang. Jika kita tidak memotongnya, ia akan memotong kita"