Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Berdasarkan Akta Hakcipta 1987:
Dilarang untuk mencetak, mengulang siar, mengambil, mencuri, menciplak, dan sebagainya tanpa izin daripada penulis.Hak cipta blog adalah terpelihara (Kenyataan ini hanya untuk penulisan saya dalam subjek 'karyaku' kerana melibatkan penghantaran ke media cetak.Penulisan lain tiada akta halangan.Dialukan penyebaran)

Sunday, June 21, 2009

..Keinginan Menuntut Ilmu..


Sabda Nabi SAW :
Daripada Abu Darda' RA, beliau berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : Barangsiapa melalui satu jalan untuk mencari ilmu nescaya Allah mempermudahkan baginya satu jalan ke syurga. Sesungguhnya malaikat-malaikat melabuhkan sayap-sayapnya kepada penuntut ilmu yang redha dengan apa yang mereka lakukan. Sesungguhnya apa yang ada di langit dan apa yang ada dibumi sehinggakan ikan di air beristighfar kepada orang alim. Kelebihan orang alim berbanding orang abid adalah seperti kelebihan bulan berbanding seluruh bintang. Sesungguhnya ulama' adalah pewaris anbiya' dan para nabi tidak mewariskan dinar dan tidak pula dirham akan tetapi mereka mewariskan ilmu. Sesiapa mengambilnya sesungguhnya dia mengambil keuntungan yang banyak.
(Hadis Riwayat Tarmizi, Abu Daud dan Ibn Majah)

Memetik hadis Nabi s.a.w mengenai kelebihan menuntut ilmu,ingin saya berkongsi pengamatan saya sendiri apabila mengikuti kuliah talaqqi quran bwh unit pembelajaran sepanjang hayat. Lahir rasa kagum pada 'teman2 sekuliah' yang lain,yang datang dari pelbagai tempat dan latar belakang.Kuliah ini meliputi ilmu qiraat,ulum quran,ilmu tajwid juga talaqqi quran.

Dihitungkan, sayalah paling muda,masih bujang di situ dan juga paling dekat untuk ke kampus (ambil masa 1jam lebih dari rumah) Kebanyakan 'teman sekuliah' adalah golongan professional ,ustaz/ustazah dan pertengahan usia dan juga datangnya dari negeri2 lain.
Dr.Razak, Dr. Sapora merupakan pensyarah USIM sendiri daripada FST. Dr.Zulkifli,Tn.Abdullah Abd Mutallib,seorang peguam berpengalaman bersama kawan2nya datang dari Batu Pahat,Johor.

Kak Hidayah,dari Johor Bharu bersama suaminya dari Singapura. Ada yang berasal dari Indonesia.Ada seorang yang juga berasal dari Singapura.Ada datangnya daripada Tangkak,Muar,Johor. Yang saya kira bukanlah dekat dengan kuliah hanya 1x setiap hari Sabtu.Seawal 4 pagi sudah bertolak dari Johor,untuk tiba di kampus Nilai sebelum kuliah bermula,8.30 pagi.Sungguh besar keinginan dan semangat mereka semua.

Terasa kerdil pulak diri ini berbanding dengan 'teman2' sekuliah lain. Tapi seronok bergaul bersama mereka semua,matang,banyak pengalaman,berilmu,banyak idea2 yang kritis2..Pensyarah yang memberi kuliah tak pernah sunyi dengan pelbagai soalan2 yang ditimbulkan oleh mereka semua yang saya kira memang soalan yang cukup kritis dan perlukan hujjah yang baik.Kadang2 kesian tgk ust2 yang mengajar tersipu2 malu yang masih muda saya kira,sering diusik, gurau senda tak pernah sepi.

Semangat 'teman sekuliah' dijadikan inspirasi untuk terus menuntut ilmu selagi masih diberi ruang,lapang sebelum sempit,hidup sebelum ajal. Semoga segala jalan yang ditempuh oleh mereka yang menuntut ilmu kerana Allah,dipermudahkan jalannya ke syurga.

Firman Allah SWT : "Allah mengangkat orang-orang yang beriman diantara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat". (Surah Al-Mujadalah : 11)


p/s :sesungguhnya menuntut ilmu kerana ingin lulus,dianugerahkan scroll dengan kerana untuk diri,masyarakat&akhirat..rasa itu adalah berbeza..wallahua'lam

Saturday, June 20, 2009

..Hadiah Dari Beijing::

Bismillahwalhamdulillah

Cantik ku terima hadiah dari Beijing, Red Bracelet with Very Cute Bag.Thanks ya Gao Zhie atau lebih dikenali sebagai Emma. Walau tak pernah sampai ke Beijing, dapat cenderamata dari sana pun dah cukup.(",).Emma merupakan pelajar TESL Ukm yang berasal dari Beijing,China. Praktikal di sekolahku dan mengambil kelas ku, 2C.

'Aimi, ni cikgu praktikal dari China. Bimbing dia. Fully english speaking,' Cik Aspa,PK petang memberiku jadual. Ku memandang k.Nazrah.
'Wah, akak! Mcm mana ni? Dahla 'speaking' hancur..'

So far, not bad..i've try to speak with Emma. Mula2 susah jugak nak faham 'slang' Em
ma. Yela, di Beijing di belajar English US, Malaysia belajar English British..campur pulak 'slang' chinese...pelbagai jenis 'pronoutation' jadinya..But, its fun for me.


Observed

Sebagai guru pembimbing(yg sbnrnya xlayak pun), kenalah 'observed' p&p Emma at least 1x seminggu..Masuk sahajalah walau tak layak..Nanti nak bagi komen,nak bincang dengan supervisor,lecturer Emma. Masuk 2C, mulalah pelajar2 ni, terutama yang laki sibukla nak tanya...

'Bila Teacher masuk kelas balik? Tak fahamla Teacher.' yela Emma mmg xfaham Melayu dan xpandai cakap Melayu.


'Tengoklah, kalau teacher rajin, teacher masuklah,' saja main2 dgn student tu. Nak tergelak pun ada. Dulu bila kita ajar, xpernah nak duduk diam, nak senyap. Sekarang ni sibuk lak nak tanya,bila nak ajar mereka balik..Ku sekadar tersenyum. Dalam hati (mcmla teacher Aimi ni pandai ngajar sangat..)

Papepun, seronok juga jadi guru pembimbing. Bukan seronok tgk salah cikgu praktikal, tapi seronoknya dapat belajar dari kelebihan,kekuatan dan kelemahan dia. Apa yang die lemah,maybe itu jugak yang kita lemah. Jadi dapatlah untuk perbaiki diri sendiri. Apa kelebihan dia, cuba ikut...

Anyway THANKS EMMA...I ALSO LEARN FROM YOU...
YOU ARE BETTER THAN ME..

Unity Goverment : Dalam Keributan


Unity Government ataupun Kerajaan Perpaduan masih dalam keributan. Setiap hari di dada-dada akhbar nasional isu ini hangat diperkatakan. FOKUS pihak media kepada ‘MASALAH PERGADUHAN,PERSENGKETAAN PIMPINAN PAS dan PR lebih menimbulkan kecambahan kekeliruan, ketida keyakinan kepada kepimpinan jemaah islam di Malaysia.

Saya tidak ingin mengulas tentang ‘Unity Government’ kerana saya sendiri tidak memahami apakah elemen2,aspek2,komponen2 yang perlu ada dan dipertimbangkan dalam hal ‘Perpaduan’ ataupun boleh kita nyatakan sebagai Tahalluf Siyasi.

Apa yang ingin bawakan bersama, dan kongsikan..yang saya dapat kiaskan tentang isu yang menuntut kepada kefahaman yang tinggi ini, beberapa aspek dalam rukun bai’ah ,ALFAHMU (fasal 1.6-1.9) semoga dijadikan panduan dan difikirkan bersama.

Rukun Pertama :ALFAHMU

1.6) Hendaklah saudara fahami bahawa sesungguhnya perkataan dari seseorang itu boleh diambil dan boleh ditolak kecuali perkataan Rasulullah s.a.w yang maksum

1.7)Hendaklah saudara fahami bahawa bagi seseorang Islam yang taraf keilmuannya belum sampai ke peringkat mampu meneliti dalil-dalil hokum-hukum syari’at Islam maka hendaklah is mengikuti salah seorang dari imam-imam(mujtahid) dalam Islam

1.8) Hendaklah saudara fahami bahawa perbezaan2(pentafsiran dan pegangan) dalam hukum-hukum fiqah dalam soal2 cabang tidak harus dijadikan sebab perpecahan dalam agama

1.9) Hendaklah saudara fahami bahawa perbincangan tentang masalah yang tidak mendatangkan hasil adalah termasuk dalam erti takalluf(usaha yang memberatkan) yang ditegah oleh agama

Saya tertarik dengan sebuah surat terbuka kepada Tuan Presiden, TG Haji Hadi di mana kandungannya ada menyatakan, meminta Tuan Guru memperjelaskan yang sebenar bahawa ‘Perpaduan’ yang dikemukakan oleh Tuan Guru bukanlah menjurus kepada gabungan UMNO-PAS..tetapi membuka ruang kepada pihak UMNO/BN untuk ‘berpadu’ dengan PR dan PAS dalam menyelesaikan isu-isu Negara seperti ekonomi,pendidikan,social dalam meletakkan ALQURAN dan ASSUNNAH sebagai panduan utama. Mungkin ada benarnya, ini yang dimaksudkan oleh Tuan Guru berkenaan ‘Unity Government’.Namun mungkin idea ‘kerajaan perpaduan’ini masih belum mampu difahami umum, malah diperingkat kepimpinan sendiri, Tuan Guru mengambil langkah berdiam diri terhadap isu tersebut seketika.

Adalah tidak mungkin bagi saya, TG Haji Hadi yang menulis lengkap tentang fiqh harakah berjilid2,mengupas daripada sirah2 nabawiyyah, tidak memahami terperinci tentang isu-isu kenegaraan juga harakah islamiyyah. Siapalah diri kita yang mungkin baru setahun jagung berkecimpung dalam harakah islamiyyah, cepat melenting dan mula bertelaqah, hilang thiqah dan wala’ jika nak dibandingkan TG Nik Aziz, TG Haji Hadi juga kepimpinan2 jemaah yang lain. Kita berhak melontarkan pandangan dan idea…tetapi janganlah sehingga melangkaui ‘AKHLAK ISLAMIYYAH dan ADAB2 BERJEMAAH’…Tanpa akhlak, tiada apa yang dapat membezakan kita antara golongan jahil,golongan fahmu..golongan penyokong juga golongan pendokong…

Petikan dari karangan Allahyarham Alfadhil Alustadz Fathi Yakan;Maza Ya’ni Intima’i Lil Islam

‘Tingkat kekuatan Harakah Islamiyyah itu ialah,pertama kekuatan aqidah dan iman, kedua kekuatan kesatuan dan ikatan kejiwaan,ketiga kekuatan persenjataan.Sesuatu jemaah itu tidaklah dapat dianggap kuat melainkan setelah memiliki ketiga-ketiga kekuatan tersebut. Harakah Islamiyyah perlu mengambil kira pandangan2 tertentu sebelum mengambil langkah menggunakan kekuatan yang ada.REVOLUSI adalah gejala kekuatan yang menggerunkan.Oleh yang demikian,Harakah Islamiyyah memandangnya dengan penuh teliti dan mendalam’

Semoga apa yang dilontarkan menjadi perkongsian yang harmoni. Apa yang salah diperbetulkan. Yang lemah diperteguhkan. Semoga Rahmat Allah s.w.t sentiasa bersama dalam jemaah parti islam semalaysia ini. Amin.Allahuta’ala ‘alam.

Friday, June 19, 2009

::Alhamdulillah..Diterima::

Bismillahirrahmanirrahim...


Serasa nak berkongsi sedikit kesyukuran dan kegembiraan di hati...Alhamdulillah novel saya dan aini, Melakar Cinta Firdausi diterima oleh pembaca terutamanya sasaran kami...PEMBACA REMAJA...

'Teacher, bestla novel teacher. Sedih...Saya asyik nangis jer..kejap2 mati,ramai jer yang mati..dengan ayat2 quran dalam tu..sedihla teacher, " cakap fatin pelajar 2C.
'Nanti ada novel baru,teacher cakap tau!'

Rasa terharu sebab novel kami yang memang berkonsep 'ISLAMIK dan PENUH DENGAN AYAT2 JIHAD' dapat diterima oleh anak2 didikku...Terima kasih kepada kak Rohana,Kak Nazrah dan kakak2 lain di sekolah tolong promosi..walau ku sendiri tak pernah promosikan.

Teacher...best novel teacher!! Hakim dan azrul menunjukkan isyarat best padaku..Tersengih-sengih padaku sebelumku melangkah keluar dari kelas 2c, 'observe' guru praktikal.

'Eh, baca ke novel teacher?' soalku...tak sangka pelajar2 lelaki ku turut membacanya..Mereka mengangguk2 ceria..Apa lagi...mintak novel free la pulak..Alhamdulillah2...Terima kasih Allah...

Ya Allah, terima kasih...niat awalku bersama aini..sedikit sebanyak tercapai..pasti anak2 murid aini turut menyukainya...Novel kami sasaran buat remaja juga buat sahabat2 yang bersama2 dalam perjuangan ini...Terima kasih Aini...Terima kasih semua

*Terasa rindu pulak pada pelajar2 2C ku...kini diambil alih seketika oleh guru praktikal dari Beijing...

Wednesday, June 10, 2009

...Kepastian Tetap Pasti....




Kepastian
Album : Allahu Rabbi
Munsyid : In-team
http://liriknasyid.com

Ujian Tuhan kepada semua insan
Adalah kehidupan ini
Yang baik menjadi tuntutan
Yang buruk dijauhkan

Syurga yang dijanjikan
Bukanlah suatu khayalan
Tentang nikmat berpanjangan Ilahi

Neraka yang tercipta
Menghimpun azab derita
Tangisan kesengsaraan insan

Syurga adalah kelazatan
Terbentang buat hamba beriman
Yang kasihkan Tuhannya
Yang kasihkan Rasulnya
Yang kasih agamanya

Neraka tempat kemurkaan
Antara kedurjanaan insan
Yang lupakan Tuhannya
Yang lupakan Rasulnya
Yang lupa agamanya

Siapakah yang lebih mulia
Dari mereka yang tidak lupa
Janji Allah adalah kepastian
Dan nikmat syurga adalah indah

Album terbaru inteam,Allahu Rabbi..Tahniah inteam melangkah lebih jauh dgn halatuju sendiri..

tiba2..manik jernih mengalir sendiri bila Allah mengatakan yang DIA telah menjanjikan syurga adalah kelazatan...neraka itu tempat kemurkaan...Kepastian dari Allah itu tetap pasti...Kepastian hari esok...hanyalah Allah yang memiliki...dan menentukan segalanya..Kita sebagai hamba..teruslah berdoa dan berdoa...

kredit:buat adikku,ain khalid di Mansourah atas pemberian video ini..terima kasih adikku

...Wajib Lulus BI....PPSMI.....

Satu lagi usul baru yang dikemukakan oleh pimpinan baru Dato Seri Najib dan Timbalannya aka Men.Pelajaran, Dato Muhyiddin...semua pelajar wajib lulus BI syarat lulus SPM...


Dibelek2 akhbar utusan hari ini...rencana bertajuk 'Transformasi pendidikan BI'...petikan akhir sekali berbunyi.."Dengan itu, mata pelajaran Sains dan Matematik tidak lagi perlu diajar dalam Bahasa Inggeris dan dikembalikan semula ke dalam bahasa Melayu"

Terpegun seketika bila membacanya...Isu PPSMI belum selesai, timbul pula isu baru..Adakah anak2 bangsa akan sentiasa menjadi bahan eksperimen??


Memetik tulisan Presiden Teras, Cikgu Azmi bertajuk 'Selesaikan dulu isu PPSMI'

APABILA orang ramai dipelawa mengemukakan pandangan masing-masing kepada Kementerian Pelajaran mengenai isu mewajibkan calon lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris (BI) sebagai syarat lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beberapa soalan perlu diketengahkan.

Kami berpandangan bahawa pengajaran BI di sekolah setakat ini amat meliputi soal tatabahasa dan komunikasi. Jika diperhatikan kedua-dua kertas BI dalam SPM, aspek-aspek yang berkaitan itu diajar. Akan tetapi yang menjadi masalah ialah ruang latihan dan penggunaannya secara praktikal.

Kedua, adakah benar pendapat yang mengatakan 'Mempelajari Bahasa Inggeris tetapi tidak mewajibkan pelajar untuk lulus subjek berkenaan dalam SPM menjadikan standard Bahasa Inggeris merosot'.

Kami berpendapat bahawa standard BI merosot bukan sebab tersebut malah adalah kerana metodologi pengajaran yang tidak berkesan. Sementara kita dapati semakin banyak bimbingan kelas BI, pihak kementerian harus menyemak semula bagaimana kaedah pengajaran dan pembelajaran BI dapat dipertingkatkan.

Ketiga, adakah pendekatan meningkat kualiti BI cukup berkesan di peringkat sekolah. Ini berkait dengan kemahiran guru mengguna pendekatan yang kreatif bagi menambat minat di kalangan pelajar terhadap kepentingan BI dalam menambahkan peluang memperluaskan ilmu.
Keempat, persoalan 'Adakah ketiadaan syarat yang mewajibkan lulus Bahasa Inggeris untuk lulus SPM menjadikan pelajar kurang minat menguasai Bahasa Inggeris' harus diiringi dengan soalan bagaimana para guru mahir melaksanakan pengajaran dengan cara yang sangat menyeronokkan?

Jika pada tahap sekolah kebangsaan, pelajar luar bandar sudah pun menghadapi masalah apatah lagi di peringkat SPM.
Daripada persoalan-persoalan tersebut, kami berpendapat isu yang masih belum selesai berkaitan dengan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) perlu terlebih dahulu dirungkai sebelum kita sekali lagi dibawa berdebat dengan isu baru.

Guru tidak pakar menjadi isu
Sayalah salah seorang guru bahasa Inggeris yang bukan dalam profession yang sepatutnya. Sudah terbayang di minda, selepas ini bertimbunlah kursus2 meningkat penguasaan,P&P dalam subjek Bahasa Inggeris untuk guru2 yang seangkatan dengan saya..

Pengalaman mengajar Bahasa Inggeris di SMK...menengah rendah..penguasaan Bahasa Inggeris sangat2 lemah..'Vocabulary' hancur...Hakikatnya di sekolah, silibus tingkatan mereka langsung tak sesuai dengan kognitif mereka...Mereka perlu diajar silibus sekolah rendah kembali..itu salah satu menjadi tekanan kepada saya untuk mendidik mereka,menimbulkan minat mereka subjek BI...tersepit dan terkejar2 untuk mengejar silibus....dan juga cara pendekatan untuk mereka menguasai sedikit demi sedikit matapelajaran BI ini....

Jika diperingkat menengah rendah, pelajar2 begitu lemah...di peringkat menengah atas, lagi akan membebankan pelajar..Majoriti saya melihat yang lemah BI adalah anak Melayu dan Cina di kawasan pinggir bandar dan luar bandar..

'Saya jawab soalan sains,tembak je teacher. Saya tak faham langsung bahasa Inggeris.'...

Saya menyokong cadangan Presiden Teras, selesaikan dahulu isu PPSMI...kemudian kaji sebaiknya tentang wajib lulus BI SPM...Yer, BI perlu kita kuasai....terutama untuk dakwah...tapi perlu dengan pendekatan bermula seawal darjah 1 dipertingkatkan penguasaan pembelajaran BI di sekolah...kaedah P&P BI di sekolah rendah perlu diperkasakan dan diperhebatkan, serta menanam minat kepada pelajar-peljar..bukan terus melangkah ke Sains&Matematik.......Wallahua'lam.

::Rumah Allah Tidak Lagi Dihormati::

SUNGAI GOLOK (Selatan Thai) 9 Jun – Kejam dan tidak berperikemanusiaan!Mungkin itu yang dapat digambarkan tentang pembunuhan 11 jemaah ketika solat isyak di Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan, 50 kilometer dari bandar ini kira-kira pukul 8.50 malam tadi (waktu Malaysia).


Setelah melepaskan tembakan dari dua pintu masuk masjid, enam penyerang itu dikatakan masih tidak berpuas hati dan masuk ke dalam masjid sebelum melepaskan beberapa das lagi tembakan bagi memastikan jemaah terbabit benar-benar mati.

Tragedi terbaru yang menjadikan masjid sebagai sasaran, berlaku pada hari yang sama Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva melawat Malaysia dan memperbaharui komitmen untuk mengakhiri konflik yang berlarutan sejak 2004 di wilayah bergolak itu.

'Ayah Bukan Militan'
Wan Nasir Wan Abdullah menegaskan bapanya tidak mempunyai musuh dan tidak pernah terlibat dengan militan. Sikap ayahnya sebagai seorang imam langsung tidak menggambarkan dia seorang yang cenderung pada aktiviti pengganas,tambah beliau lagi...
>(gambar) Apa iktibar utk umat Islam?? Saya tak memahami jenaka kartun ini......Islam itu dikatakan ekstremis,terroriskah??.....<

Tuesday, June 09, 2009

...Tahniah Adikku...Ayuni...

Setiausaha Agung Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM), Shahrizul Ayuni Hj. Zulkiply bertemu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil awal pagi 9 Jun 2009 di pejabat beliau.
Pertemuan berkenaan bertujuan bagi membentangkan kertas kerja berkaitan isu pembangunan wanita dan mahasiswi.


“Saya optimis untuk membantu mahasiswi naik ke satu tahap lebih baik. Insya ALLAH, saya harap saya dapat bertemu dengan Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil pada 9hb ini kerana saya akan membentangkan tentang isu pembangunan wanita di hadapan beliau. Insya ALLAH,” tulis beliau dalam blog nya.

Beliau yang juga antara ikon kepimpinan mahasiswi negara bercadang dan ingin menggagaskan penubuhan Majlis Mahasiswi Nasional (MASISNA) di bawah kementerian tersebut sebagai platform pemerkasaan mahasiswi di negara ini.
'Tahniah buat adikku Ayuni...Memang seorang yang hebat.Teringat pulak masa 'bengkel' dahulu...Pasti banyak kesusahan & halangan Ayuni pada waktu itu kan.Tapi kini, bila terpampang di poster..'Shahrizul Ayuni, SUA MPMUM'...Alhamdulillah..akak tersenyum bangga...' Ayuni memang selayaknya.' (",)...

Kepetahan dan ketegasan dalam berbicara, mempertahankan hujjah..memang Ayuni seorang muslimah dan pemimpin yang berkaliber..nanti jadi senator yer..

p/s: tak lupa buat adik2ku di UM yang lain, Fariza yang kini tlh melangkah lebih jauh, Wan Zahida...Hannan..ramai lagi yang tak tersebut...Ikon2 muslimah yang hebat...

Buat 'wey (timangn klate) aka Ridzuan Mohamad, YDP MPMUP 09...Teruskan perjuangan..dan adik2 UM yang lain di barisan MPMUM, PMIUM dan PRO M...tak lupa GAMIS dan badan2 anak negeri yang kini menjadi suara mahasiswa2 ke peringkat nasional.

..Seronok Tarbiyyah Yang Telah diTarbiyyah...

Bismillahwalhamdulillah...Masih diberi kesempatan untuk mencoret..Seronok tarbiyyah yang telah ditarbiyyah..Siapa tak suka sesuatu yang lebih mudah daripada yang sukar kan..


Kem Smart Solat SRA Kebun Bharu
Pada 30 Mei yang lepas, IXC consultant (pmuda) dgn kerjasama Masjid Nurul Iman dan team Nisa' mengadakan kem smart solat kali ke dua untuk pelajar2 sek.rendah. Team nisa' menjadi fasilitator termasuklah saya. Modul tentang wudhuk,solat dan praktikal solat...

Team Almukmin
Nama kump saya yang terdiri daripada 12 peserta lelaki. Budak-budak yang telah ditarbiyyah,senang nak diuruskan. Suruh baca doa mula belajar, semua pintar.Doa tutup majlis, ramai2 baca. Wah, seronok..Kes 'xduduk diam' tu biasela..pelajar lelaki..nakalnya tetap ada..Tapi seronok bila dapat sampaikan 'MESEJ ISLAM' dgn mudah, tanpa perlu berlapik2...

Semua itu berbeza...waqi'nya di SMK biasa...yang utamakan 'INTEGRASI KAUM'...

Team Ikhwan
Kump saya semasa menjadi fasi kem smart solat, SRA Labu,N9 tahun lalu. Tabiyyah adik2 ni memang cukup kukagumi..Seorang adik, Firdaus bertanya;
"Kak, kita letak nama kump Ikhwanul Muslimin' kak..Tak pun Muslimeen United..Leh x kak?"...

Wah, saya terpegun seketika..adik ni bukan anak2 biase...tapi dalam LDK, dia la plg xberhenti2 borak dgn kwn2nya..ades..kalau ditanya soalan ttg wudhu'solat,rukun2..dialah yg paling laju jawab...

Team Fasilitator
'Kalau diberi pilihan, akak mmg suka mengajar sek agama camni,' ckp Kak F yg merupakan cikgu kafa di sebuah sekolah.

'Kalau ikutkan,saya pun camtu akak.' Saya tersenyum...Memang rasa betul2 puas 'menyampaikan' apa yang perlu disampaikan kepada adik2 ini dlm LDK...Kepuasan itu susah ditemui di sekolah saya..Jangankan nak sampaikan mesej ISLAM...subjek pembelajaran yang perlu diajar pun...susah untuk disampaikan..

'Budak2 laki ni memang xboleh duk diam.Dak perempuan senang jer nak handle.Tapi biaselah tu dak laki,' kata seorang lagi fasilitator.

Saya pun mengiyakan.Tapi,ntah kenapa kenakalan budak2 dlm LDK tu xmemberi tekanan n bebanan kepada saya. Lalu terfikir, mungkin sudah biasa di sekolah, yang kerjaku sering 'mengejar pelajar2 xkira laki pompuan untuk masuk kelas', 'menjaga pintu kelas,agar pelajar2 xdapat keluar'.....Alhamdulillah...

Dunia Cabaran
Ikutkan hati,memang nak mengajar di sekolah agama. Tapi di SMK lah, mad'u ramai..tapi mampukah disampaikan mesej 'dakwah' ini...kepada anak2 Islam..juga non-muslim?...
Bak kata pepatah...'Biarlah sedikit..lama-lama jadi bukit'...

Ada orang ditempatkan suasana yang telah ditarbiyyah dan sedia untuk ditarbiyyah..Ada orang ditempatkan suasana yang menuntut pelbagai method untuk sampaikan dakwah dan mentarbiyyah...Di mindaku...terbayang pelajar2ku....yang pelbagai masalah...pelbagai ragam dan kerenah..India lain caranya, Cina berbeza...Anak2 Melayu?....Banyak perlu dipelbetulkan pegangan dan pemikiran mereka..


kredit : buat Bro Yusri dr Perkim yang dgn murah hatinya menghadiahkan padaku buku2 tentang soal jawab non-muslim, hindu,kristian dan buddha..Terima kasih..

Tukar Slogan : Seronok Dakwah Yang Sukar Didakwah..
Mampukah???

Monday, June 08, 2009

::Harga Air Mata Wanita::

>>sebuah kisah 'di sebalik air mata wanita' utk muslimah sekalian<<

"Suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?” Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”
“Saya tak mengerti ibu,” kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat.
“Nak, kau memang tak akan mengerti…”

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”
“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas.” sang ayah menjawab.
“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.

”Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan,

“Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?”
Dalam mimpinya ia merasa seolah mendengar jawapannya:

“Saat Ku ciptakan wanita, saya membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Ku berikan ia air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan"...dan juga sebuah kekuatan..

>>ku tak pernah melihat ibuku menangis..tapi kutahu ibu sentiasa menyembunyikan airmatanya dr mengalir di depan anak2nya...Ingin ku hitung derita seorang ibu..tapi ku tahu airmata ibuku telah lama kering disaluti ketabahan&kekuatan dari Ilahi sejak ku masih kecil..ku takkan melukai hatimu..ibu...semakin dewasa ku semakin mengerti dan memahami 'harga kurniaan airmata' ...Allah Maha Bijaksana dan Maha Mengasihani..<<

...menangislah duhai hati..menangislah jika kau ingin menangis..kerana disitu akan kau temui ketenangan jua kekuatan...

Sunday, June 07, 2009

::Alhamdulillah..Itu yang terucap::

Bismillahwalhamdulillah.Sekadar mencoret perjalanan hidup yang xseberapa. Tapi walau apapun, lafaz syukur perlu dirafa'kan kepadaNya.Terima kasih Ya Allah.

5 Jun 2009

Tiba kembali ke Kuala Lumpur, setelah 3 ari pulang ke kampung. Hari ini berada di Read Malaysia Book Fair, MINES. Sesi auto-sign novel Melakar Cinta Firdausi. Berada di sana bersama Aini Azhari dan Arniwaty, jam 3pm-10pm. Terima kasih buat aida&kawan2,kakak&abangku serta semua yang menyokong. Last minute terima mesej, ada dinner UKP (usrah kebajikan professional), bersama kepimpinan Pas. Rugi tak berkesempatan untuk pergi.Menghitung2 di mana untuk ku tidur malam itu. Akhirnya AnW(Anjung Wave@Wahdah) menjadi pilihan.Tiba sekitar jam 11 lebih. Bertemu sahabat2 um yang dirindui. Terjumpa sahabat satu batch,Wave..Salleh rupanya bekerja di PTS publisher..Tak sangka.. Shakir pulak akan mula bekerja sebagai editor PTS bermula isnin,8 jun ini.Seronoknya.Ramai sahabat sama fikrah.

Mengenali pekerja PTS, yang ramai sama fikrah dan juga merupakan penulis PTS. Meronda2 ke booth buku2 lain, terima pula tawaran untuk menulis buku soalan dan latihan bagi subjek 'upper form'..Rezeki kah? Kebetulan syarikat penerbitan tiada penulis untuk subjek 'upper form'. Alhamdulillah3.


Ronda2 mencari buku yang ingin ku miliki. Akhirnya kutemui..

1) Turki Negara 2 Wajah :Pengkhianatan Atartuk Terhadap Dunia Islam (ps:beli dgn awe dulu xdpt2..he2)

2) Obama : Antara Islam,Israel dan Amerika
3) Novel Perempuan Batu (Kisah kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah)

Seronoknya memiliki.....Alhamdulillah


6 Jun 2009


Terbang ke USIM Nilai, untuk pendaftaran kuliah Talaqqi Quran bermula 13 jun nanti. Terima kasih alang menjadi peneman setia. Seterusnya bergegas ke Stadium Melawati, Shah Alam..Muktamar PAS 55. Alhamdulillah akhirnya dapat bersama setelah menghubungi ramai shbt2 yang xdapat turun bersama. Seronok dan kesyukuran yang tidak tergambarkan..Yang paling best, ku temui buku yang setelah sekian lama ku cari, ku jumpai di gerai2 sekitar stadium, Cinta di rumah Hassan Albanna.
6 lebih balik, hantar alang dan ke AnW..Kemudian ke Gombak, tinggalkan kereta di rumah pakcik..Malam naik bas pulang kembali ke kampung. Ikutkan ati nak ikut Muktamar sampai habis..Tapi pertimbangkan mak dan keluarga di rumah...Terengganu menantiku..(",)..Menjadi 'driver' mak...hehe..5 ari di kampung, menyiapkan fail2 dan laporan 'oral test' pelajar2 yg blum ku sempat sentuh. Kemudian, blk ke selangor, new semester...menjadi pelajar kembali juga meneruskan kerjaya sbg pengajar...kena byk wat persediaan utk mengajar..dan byk prog2 nisa,mslimat jg brsm pemuda kaw.kuala langat menanti..Smoga terus diberi kekuatan. Terima Kasih Ya Allah...

::Ayuh bersama kepimpinan baru 2009-2011::


PRESIDEN (MTB)
Abdul Hadi Hj Awang , YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji

TIMBALAN PRESIDEN
Nasharudin Mat Isa, YB Ustaz Haji

NAIB PRESIDEN
Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato’ Ustaz(877)
Salahuddin Ayub, YB (824)
Mahfuz Omar, YB Dato' Haji (663)

AHLI JAWATANKUASA KERJA
Mohamad Nizar Jamaluddin, YAB Dato' Seri Ir (854)
Idris Haji Ahmad, Ustaz Haji (799)
Kamarudin Jaffar , YB Dato’ (769)
Azizan Abd Razak, YAB Dato’ Seri Ustaz (653)
Hasan Mohd Ali , YB Dato' Dr Hj (642)
Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr. Haji (638)
Abdul Ghani Samsudin, Ustaz Haji(637)
Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz Haji (622)
Mohamed Hanipa Maidin, Sdr (619)
Amiruddin Hamzah, YB Dato' Ir. (606)
Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali, YB Dr. (589)
Ab Ghani Abdul Rahman, Ustaz Haji (584)
Dzulkefly Ahmad, YB Dr. (576)
Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, YB Dr. (530)
Hashim Jasin, YB Ustaz Haji (522)
Mazlan Aliman, Sdr (513)
Taib Azamudden Md Taib, YB Ustaz Haji (508)
Mujahid Yusof Rawa, YB Dr. (488)

PEMERIKSA KIRA-KIRA
Mohd Rashidi Bin Hassan
Musaniff Abd Rahman


1) Memetik perbahasan ucapan dasar daripada perwakilan Terengganu, yang menyeru kepada semua pendokong serta penyokong bersama-sama dengan kepimpinan baru, thiqah dan wala' dengan keputusan majlis syura dan kepimpinan demi terus memperjuangkan akidah dan islam seiring dengan agenda utama yang perlu sama2 kita dibawa ; ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN!

2) Perbahasan Ust.Salahuddin, perwakilan wilayah, menyarankan supaya ahli memahami dan mendalami fiqh siyasi yang menggabungkan antaran kepimpinan ulama',tenaga professional dan aktivis. Gabungan secara asimilasi ketiga2 tenaga ini amatlah penting seiringan untuk mendepani cabaran mendatang.

Usah kita terpedaya dengan berita2 palsu,berita2 untuk memecahbelahkan kesatuan kepimpinan dan ahli. Kita bersatu demi ISLAM, bukan agenda2 palsu yang mementingkan hak individu dan kroni.

3) Perwakilan PAS Pahang, Ustaz Yusof Embong Bersesuaian dengan tema Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-55 iaitu 'Islam Memimpin Perubahan',PAS Pahang menyeru agar kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat terutama di bawah pimpinan PAS supaya menggambarkan kesungguhan dalam melaksanakan kerajaan Islam.
PAS diseru agar turut membawa Kelab Penyokong PAS kepada ajaran Islam yang syumul."bukan sekadar membawa mereka menyokong perjuangan PAS. Dalam melaksanakan perubahan, PAS hendaklah sentiasa berpegang kepada dasar dan pegangan Islam yang sebenar," tambahnya.Kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat juga diseru agar memandang serius isu-isu judi, kelab haram dan juga arak sebagai usaha membentuk kerajaan Islam.

4)"Tugas tarbiyah perlu dikembalikan kepada Dewan Ulamak atau kerjasama dilakukan dengan dewan bagi memastikan tarbiyah menjadi agenda penting," ujar Ustaz Muhammad Mustafa ketika membentangkan perbahasan mempertegaskan hujah yang telah dikemukakan oleh wakil-wakil negeri dan dewan.
Usaha-usaha tarbiyah penting untuk melahirkan individu pelapis yang mampu menjadi pimpinan penting pada satu masa kelak.Perubahan yang sedang berlaku dalam iklim politik Malaysia memerlukan lebih banyak pimpinan berilmu dan berkebolehan dilahirkan bagi mengisi ruang-ruang tampuk pemerintahan ketika Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan kerajaan pada masa hadapan.


ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN

Tuesday, June 02, 2009

::Selamat Bermuktamar Tahunan Pas ke 55 ::

TENTATIF PENUH MUKTAMAR PAS

Muktamar PAS Dewan Ulamak Kali ke-48
Tarikh : 10 Jumada Al-Akhir 1430 / 4 Jun 2009 (Khamis)
Tempat : Auditorium Muzium Alam Shah, Shah Alam Selangor Darul Ehsan

Muktamar PAS Dewan Pemuda Kali ke-50
Tarikh : 9 Jumada Al-Akhir 1430 / 3 Jun 2009 (Rabu)
Tempat : Markaz Tarbiyah PAS Taman Melewar, Gombak Selangor Darul Ehsan

Muktamar PAS Dewan Muslimat Kali ke-49
Tarikh : 10 Jumada Al-Akhir 1430 / 4 Jun 2009 (Khamis)
Tempat : Dewan Bankuet, Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Muktamar Penuh PAS Kali ke-55
Tarih : 11,12 dan 13 Jumada Al-Akhir 1430 / 5, 6 dan 7 Jun 2008
Tempat : Stadium Malawati Shah Alam Selangor Darul Ehsan


Aktiviti Tambahan

Karnival Muktamar Tahunan Pas ke 55
4 Jun 2009 (Khamis)Karnival Rakyat, Sukan RakyatMasa : 10.00 pagi - 6.00 petang


Forum Perdana Muktamar Pas ke 55
pada 4 Jun 2009, jam 8.30 malam (khamis)
bertempat di perkarangan Stadium Malawati, Shah Alam

Ahli panel :
Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Dato' Dr Hassan Mohd Ali
Timbalan Mursyidul Am, YBhg Dato' Dr Haron Din;
YBhg Ustaz Dato' Ismail Kamus
moderator oleh YBhg Ustaz kamal Ashaari


>SELAMAT BERMUKTAMAR<

p/s : Buat sahabat2 yang bertugas,especially adik zan..=)..selamat bertugas!!

ISLAM 4 ALL...PAS 4 ALL

keterangan lanjut : http://muktamar55.pas.org.my/

Monday, June 01, 2009

::Pelengkap Hidupku::

Apa yang dikatakan pelengkap hidup dalam hidupku apabila menyeimbangi keperluan rohani/spiritual, aqli/kognitif juga emosi. Apabila ditimpa masalah, perlukan tempat untuk mengadu, pelengkap hidupku adalah sumber rujukanku. Pendapat berbeza, penuhi keperluan berbeza itulah memberi ruang padaku untuk berfikir dan bertindak tidak melulu. Pertimbangkan dari sudut nasihat rohani,emosi dan aqli.

Saadah, pelengkap aqliku. Aini Azhari, pelengkap emosiku. Kak Syafa pelengkap rohaniku. Ketiga-tiga sahabatku punyai karakter, cara pemikiran, corak hidup yang berbeza. Sayalah yang paling untungkan, rangkumkan kesemuanya..dapat satu. Hehe.

Nak kata kami berempat sahabat baik. Taklah jugak. Tapi saling mengambil berat. Aini dari tahun 1-4 di UM, tak pernah berpisah dengan kembarnya, Arni. Saadah plak dengan Atun sejak tahun 1. Kak Syafa, sekarang ini mestilah dengan suaminya tercinta, ust.darsuki dan bakal ’baby’ nya. Seorang yang matang,lemah lembut,peramah.Hidup berdikari tapi disenangi semua.

Apabila dah bekerja ini, masing-masing terpisah. Yang masih menjadi tempatku berhubung, Saadah, Aini dan K.Syafa. Seingat saya, saya mula baik dengan aini,akhir tahun 3.Saadah pulak tahun 4. K.Syafa pun tahun 3. Tapi hingga kini, merekalah saya rasakan pelengkap hidupku.

Bila dilanda masalah, ketiga2nya saya akan hubungi. Mengadu dan meminta nasihat. Aini nasihatkan seiring dengan naluri,sifat dan emosi seorang perempuan. Emosiku tenang. Saadah pulak nasihat dengan rasional kehidupan, falsafah sebuah kehidupan. Kecamuk mindaku tenang. Kak Syafa pulak nasihatkan seiring dengan hakikat kehidupan seorang muslim, hakikat duniawi yang sementara, hakikat letakkan keyakinan pada Allah. Lalui kehidupan seperti biasa. Allah pasti tidak menzalimi hambanya. Kocak rohaniku damai..

Teringat pulak kata-kata aini, semasa kami bertiga nak buat novel fiksyen’Ubaidah’.
Saadah,otak falsafah, buat tentang pemikiran dan falsafah. Aimi pulak otak stategik, buat strategi-strategi dalam cerita. Aini pulak buat bahagian bunga-bunga, jiwang-jiwang. (",)Semuanya kenangan.

Bila rohani,emosi,aqli ku tenang, secara automatik jasadiku terasa lebih cergas, lebih bermaya untuk terus ‘berjuang’ dalam hidup. Biarpun sakit, bila 3 elemen itu seimbang dan stabil...kita akan mampu lawannya dan bergerak lebih jauh..

Terima kasih sahabatku, saadah,aini dan kak syafa. Sekadar coretan penghargaan buat sahabat yang banyak dan setia mendengar rintihan, menghulurkan bantuan. Buat arni dan atun, maaflah..aimi tak rampas sahabat baik korang..hehe..Buat sahabat2ku yang lain, yang turut banyak membantuku...aimi tak pernah lupakan..maaflah andai nama2 kalian tidak tercoret di sini kali ini..Tetapi ikatan antara kita takkan terputus selama-lamanya.InsyaAllah.


Alhamdulillah kerana diri ini dikurniakan pelengkap hidup ini..

::Usah Tergesa Membina 'Masjid'::

Bismillah walhamdulillah..Telah lama tidak berceloteh. Sedikit perkongsian ingin saya bawakan buat semua kawan-kawan dan pembaca.

Pada 24 Mei yang lepas, beberapa orang sahabat nisa’ kuala Langat telah menziarahi seorang akhawat yang mengalami masalah dan krisis rumahtangga di banting, kuala Langat. Kisahnya sungguh menyayat hati saya, dan harapnya mampu dijadikan panduan buat kita semua.

Unit kebajikan nisa’ kuala Langat, kak aini menghubungi akhawat tersebut, bertanya khabar pada awalnya. Tetapi akhawat itu meminta kami bawa dia keluar daripada rumah yang dia tinggal kini bersama keluarga suaminya.

Tangisannya tidak berhenti-henti mengalir. Dari awal ketibaan sahabat nisa’ sehingga ke akhirnya. Masih ‘dalam pantang’. Belum sampai 30 hari melahirkan anak pertama hasil perkahwinan yang belum berusia setahun. Saya kira,umurnya tidaklah terlalu tua, berusia 24 tahun kini..

K.zu, k.aini dan kaklong(ketua nisa' kuala langat) berdebar-debar untuk melangkah ke rumahnya. Rumahnya jauh di pedalaman. Hanya sebuah, tiada lagi rumah lain di situ. Difahamkan kawasan rumahnya itu adalah kawasan penagih dadah dan ada kelab malam yang beroperasi di situ, tetapi kurang diketahui umum. Ibu dan ayah mertua akhawat tampak tidak mengalukan kedatangan sahabat nisa’. Kelihatan seorang lelaki dewasa keluar tanpa baju, berseluar pendek dan berantai. Takut melihat suasana itu. Keadaan agak selamat kerana suami akhawat itu tiada di rumah waktu itu, membawa anaknya yang berusia 24 hari ke sebuah kenduri.

“Kalau saya ada duit, ada kenderaan keluar dari kawasan ini, dah lama saya lari dari rumah ini,” airmatanya tidak berhenti2 mengalir. Sebak.
“Tapi, saya tak kerja. Suami tak pernah beri duit nafkah. Duit hantaran saya dulu, semuanya dia ambil balik.”
”Saya makan sekali sehari. Kadang-kadang tak makan. Tengoklah, kalau ada makanan disediakan mak mertua, saya makan. Kalau takde, saya tak makan.”

Sayu teramat. K.long lah yang mengusap-ngusap lembut, memberi sokongan dan kekuatan. Hanya kalimah ’sabar’ mampu diungkapkan. Kesiannya, terabai lebih-lebih lagi dalam keadaan ’berpantang’.

”Kenapa tak balik kelantan? Rumah mak?”
”Mak ayah dah lama bercerai. Sejak saya kecil. Saya tinggal dengan ayah. 4 orang adik saya tinggal dengan mak. Ayah dah kawin lain, ada anak 5. Saya tak berhubung dengan mak. Urusan kawin saya pun semuanya buat di rumah suami saya. Ayah tak mampu.”

Beratnya ujian yang ditanggungnya. Susur galur hidupnya bukanlah sesuatu yang terlalu indah. Jubah dan jilbabnya cukup menunjukkan akhawat itu mempunyai didikan islam yang baik. Apa taknya, merupakan seorang hafizah, menuntut di Kedah dulu. Dan juga merupakan bekas Ketua Nisa’ Kawasan Pasir Mas, Kelantan dan Nisa’ Puchong. Orang tarbiyyah, juga orang haraki. Sungguh hebat ujian buatnya.

Difahamkan suaminya pernah tidak solat. Pegangan agama keluarga suaminya turut longgar. Suaminya kadang-kala balik 5-6 pagi ke rumah. Bekerja sebagai tukang gunting rambut.

”Macam mana boleh kenal suami?”
“Makcik di Puchong ‘rekemenkan’. Makcik berkenan, suami seorang yang baik.”
“Saya kenal dalam 4 bulan melalui msg.Kemudian tunang dan kawin.”
“Kiranya aturan keluargala ni ye?”
“Macam tula. Saya terima sebab keluarga.”

Masing-masing terdiam. Saya kira, akhawat ini seorang yang baik. Terlalu menjaga bab perhubungan ini. Dan menerima apa diaturkan oleh keluarga. Bagi saya, biasa terjadi begitu dalam urusan ‘bait muslim’. Tapi, macam mana ye, tak perlukah kita sebagai akhawat/perempuan mengetahui latar belakang,sikap bakal ‘suami’ kita?

‘Dia tak tahu ke kak latar belakang laki tu sebelum kawin?’ soal saya pada K.zu.
‘Entahlah. Tak tahu kot.’
‘Kesiannya. Dia muda lagi. Bukannya dah terlalu tua, dah 30 ke untuk terdesak kawin.’sambung saya.
’Tak apalah. Itu mungkin ujiannya. Sekarang ini kita tolong yang termampu.’ Sambung saya lagi. K.zu mengiyakan.

’Kami minta maaf. Kami tak boleh bawa M keluar dari rumah ini. Kami tiada hak.”
”M kena contact ayah atau makcik kat USJ dan Puchong untuk bantu M. Hanya keluarga yang ada hak.”

Akhawat itu, M memahami. Dia pernah ke pejabat agama Islam memberi aduan. Pejabat agama Islam menasihati dulu untuk fikirkan balik sebelum failkan kes. Dia tidak pernah dipukul. Tapi terabai dari sudut nafkah zahir. Batiniyyah wallahualam.

Ketika sahabat nisa’ ingin pulang, bertambah2 deras lagi airmatanya mengalir. Aduh, sayu sungguh rasanya. Tapi kami tak mampu tolong apa-apa. Hanya memberi semangat dan sokongan moral. Untuk selesaikannya, ayahnya perlu datang bawanya ataupun keluarganya. Tetapi dia masih di bawah kuasa seorang suami. Kami taknak usaha kami dituduh sebab berlakunya sebuah penceraian.

”Kalau ayah dia tak mampu nak datang KL, kita akan support kewangannya.” ujar Ust.wan, pemuda Kuala Langat, suami K.long. Kami pun faham, ayahnya memang tak mampu. Kini, semuanya terletak pada usaha ayahnya. Kami, Nisa’,Muslimat Kuala Langat hanya mampu terus memberi sokongan agar dia tidak terasa keseorangan dan terus tabah menghadapi ujian, kerana dia adalah hambaNya yang benar-benar terpilih.
Akhir sekali, sebagai renungan dan panduan bersama, saya berkongsi pendapat :

1) Sebagai seorang perempuan/akhawat...Buatlah keputusan yang terbaik dengan hasil petunjukNya yang diyakini sebelum berkahwin.
2) Walau kita diajar untuk menjaga ’hub’, tetapi perlu untuk kita ketahui latar belakang, agama, keturunan&keluarga bakal suami kita.
3) Kerjaya itu penting buat seorang perempuan. Kita perlu memiliki kewangan sendiri sebagai langkah berjaga-jaga untuk sebarang kemungkinan di masa hadapan.
4) Perbanyakkanlah berdoa, agar Allah terus istiqomahkan kita di jalan perjuangan ini. Sesungguhnya kawin itu pelengkap sebahagian agama kita. Teruskanlah berdoa agar perjuangan kita lebih padu dan utuh setelah membina sebuah ’mahligai kebahagiaan.’

Ya Allah, aku bermohon padaMu. UjianMu itu tidak pernah sunyi dan berhenti. Aku mohon padaMu, agar langkah keduaku, membina bait muslim lebih memberi erti buat Islam dan perjuangan ini. Bukannya semakin mundur dan kaku. Amin Ya Rabb.

Semoga sahabat M diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi MehnahNya. Bak pepatah, ’berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.’ Benar, sesungguhnya diri ini pun tidak mampu menanggung ujian seberat itu. Kaulah insan yang terpilih dan disayangiNya.

’Tiada lagi cinta saya buat suami saya di hati ini.’.....