Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Berdasarkan Akta Hakcipta 1987:
Dilarang untuk mencetak, mengulang siar, mengambil, mencuri, menciplak, dan sebagainya tanpa izin daripada penulis.Hak cipta blog adalah terpelihara (Kenyataan ini hanya untuk penulisan saya dalam subjek 'karyaku' kerana melibatkan penghantaran ke media cetak.Penulisan lain tiada akta halangan.Dialukan penyebaran)

Saturday, June 20, 2009

Unity Goverment : Dalam Keributan


Unity Government ataupun Kerajaan Perpaduan masih dalam keributan. Setiap hari di dada-dada akhbar nasional isu ini hangat diperkatakan. FOKUS pihak media kepada ‘MASALAH PERGADUHAN,PERSENGKETAAN PIMPINAN PAS dan PR lebih menimbulkan kecambahan kekeliruan, ketida keyakinan kepada kepimpinan jemaah islam di Malaysia.

Saya tidak ingin mengulas tentang ‘Unity Government’ kerana saya sendiri tidak memahami apakah elemen2,aspek2,komponen2 yang perlu ada dan dipertimbangkan dalam hal ‘Perpaduan’ ataupun boleh kita nyatakan sebagai Tahalluf Siyasi.

Apa yang ingin bawakan bersama, dan kongsikan..yang saya dapat kiaskan tentang isu yang menuntut kepada kefahaman yang tinggi ini, beberapa aspek dalam rukun bai’ah ,ALFAHMU (fasal 1.6-1.9) semoga dijadikan panduan dan difikirkan bersama.

Rukun Pertama :ALFAHMU

1.6) Hendaklah saudara fahami bahawa sesungguhnya perkataan dari seseorang itu boleh diambil dan boleh ditolak kecuali perkataan Rasulullah s.a.w yang maksum

1.7)Hendaklah saudara fahami bahawa bagi seseorang Islam yang taraf keilmuannya belum sampai ke peringkat mampu meneliti dalil-dalil hokum-hukum syari’at Islam maka hendaklah is mengikuti salah seorang dari imam-imam(mujtahid) dalam Islam

1.8) Hendaklah saudara fahami bahawa perbezaan2(pentafsiran dan pegangan) dalam hukum-hukum fiqah dalam soal2 cabang tidak harus dijadikan sebab perpecahan dalam agama

1.9) Hendaklah saudara fahami bahawa perbincangan tentang masalah yang tidak mendatangkan hasil adalah termasuk dalam erti takalluf(usaha yang memberatkan) yang ditegah oleh agama

Saya tertarik dengan sebuah surat terbuka kepada Tuan Presiden, TG Haji Hadi di mana kandungannya ada menyatakan, meminta Tuan Guru memperjelaskan yang sebenar bahawa ‘Perpaduan’ yang dikemukakan oleh Tuan Guru bukanlah menjurus kepada gabungan UMNO-PAS..tetapi membuka ruang kepada pihak UMNO/BN untuk ‘berpadu’ dengan PR dan PAS dalam menyelesaikan isu-isu Negara seperti ekonomi,pendidikan,social dalam meletakkan ALQURAN dan ASSUNNAH sebagai panduan utama. Mungkin ada benarnya, ini yang dimaksudkan oleh Tuan Guru berkenaan ‘Unity Government’.Namun mungkin idea ‘kerajaan perpaduan’ini masih belum mampu difahami umum, malah diperingkat kepimpinan sendiri, Tuan Guru mengambil langkah berdiam diri terhadap isu tersebut seketika.

Adalah tidak mungkin bagi saya, TG Haji Hadi yang menulis lengkap tentang fiqh harakah berjilid2,mengupas daripada sirah2 nabawiyyah, tidak memahami terperinci tentang isu-isu kenegaraan juga harakah islamiyyah. Siapalah diri kita yang mungkin baru setahun jagung berkecimpung dalam harakah islamiyyah, cepat melenting dan mula bertelaqah, hilang thiqah dan wala’ jika nak dibandingkan TG Nik Aziz, TG Haji Hadi juga kepimpinan2 jemaah yang lain. Kita berhak melontarkan pandangan dan idea…tetapi janganlah sehingga melangkaui ‘AKHLAK ISLAMIYYAH dan ADAB2 BERJEMAAH’…Tanpa akhlak, tiada apa yang dapat membezakan kita antara golongan jahil,golongan fahmu..golongan penyokong juga golongan pendokong…

Petikan dari karangan Allahyarham Alfadhil Alustadz Fathi Yakan;Maza Ya’ni Intima’i Lil Islam

‘Tingkat kekuatan Harakah Islamiyyah itu ialah,pertama kekuatan aqidah dan iman, kedua kekuatan kesatuan dan ikatan kejiwaan,ketiga kekuatan persenjataan.Sesuatu jemaah itu tidaklah dapat dianggap kuat melainkan setelah memiliki ketiga-ketiga kekuatan tersebut. Harakah Islamiyyah perlu mengambil kira pandangan2 tertentu sebelum mengambil langkah menggunakan kekuatan yang ada.REVOLUSI adalah gejala kekuatan yang menggerunkan.Oleh yang demikian,Harakah Islamiyyah memandangnya dengan penuh teliti dan mendalam’

Semoga apa yang dilontarkan menjadi perkongsian yang harmoni. Apa yang salah diperbetulkan. Yang lemah diperteguhkan. Semoga Rahmat Allah s.w.t sentiasa bersama dalam jemaah parti islam semalaysia ini. Amin.Allahuta’ala ‘alam.

No comments: