Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Berdasarkan Akta Hakcipta 1987:
Dilarang untuk mencetak, mengulang siar, mengambil, mencuri, menciplak, dan sebagainya tanpa izin daripada penulis.Hak cipta blog adalah terpelihara (Kenyataan ini hanya untuk penulisan saya dalam subjek 'karyaku' kerana melibatkan penghantaran ke media cetak.Penulisan lain tiada akta halangan.Dialukan penyebaran)

Tuesday, August 19, 2008

::Kerana Dirimu Umpama Epal::


-Dipetik dari emelku,stefaislle@yahoo.com-
Renungan buat sahabat

Wahai wanita solehah
Jangan dirisau akan jodohmu
Kerana muslimin yang bijaksana itu
Tidak terpaut pada wanita hanya kerana kecantikan
Senyuman,bicara manis yang menggoda
Atau pujuk rayu yang boleh meruntuhkan imannya
Sesungguhnya lelaki itu pemimpin wanita

Andai belum sampai juga rezekimu
Anggaplah bahawa lelaki yang dinantikan itu
Sedang membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu
Kerana wanita itu pasti ada kekurangannya,
Dan lelaki yang benar-benar layak pasti hadir
Untuk melengkapkan kekurangan pada dirimu

Suami yang bakal menikahi kamu
Tidaklah semulia Muhammad S.A.W
Tidaklah setaqwa Ibrahim
Pun tidak setabah Ayyub
Ataupun segagah Musa
Apalagi setampan Yusuf

Justeru suamimu hanyalah pemuda akhir zaman yang punya cita2
untuk membangunkan keturunan yang soleh&solehah

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama
Suami menjadi pelindung dan kamu penghuninya
Suami adalah pengemudi kapal dan kamu adalah navigatornya
Suami adalah pelita kenakalan dan kamu adalah penuntun kenakalannya
Saat suami menjadi raja kamu menikmati anggur singgahsananya
Seketika suami sinis yang lancang sabarlah memperingatkannya
Pernikahan atau perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan mencari keredhaan Allah
Kerana memiliki suami yang tak segagah mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa

Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Kamu cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi muslimah solehah..

Sunday, August 17, 2008

`Mubahalah Saiful Bukhari 15 Ogos 2008`


“Bismillahirrahmanirrahim,Wallahi,Wabillahi,Watallahi.Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan……………”
“Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah s.w.t dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada Allah s.w.t sehingga ke hari kiamat.”

Beliau mengucapkan kalimah syahadah sebanyak 3 kali dan diikuti bacaan surah alfatihah. Negara gempar dengan keberanian bermubahalah oleh Saiful Bukhari,pelbagai komen,pandangan daripada rakyat yang mengikuti kes ini khasnya.Ikrar sumpah ini dijalankan sehari sebelum penamaan calon di Permatang Pauh setelah kes liwat ini agak lama menyepi di media-media, dan kembali gempar dengan sumpah ini pada waktu2 sebegini…..

Berikut adalah temubual wartawan Sinar Harian bersama Saiful Bukhari:

W: Ke mana hilang selama ini?
S: Saya bukan menghilangkan diri tetapi mendiamkan diri untuk mengumpul kekuatan kerana saya telah difitnah dan ditohmah, terutama sekali oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.Jadi itulah alasan saya.

W: Kenapa pilih hari ini dan di Masjid Wilayah Persekutuan?
S: Saya memerlukan kekuatan mental dan rohani kerana bersumpah bukan mudah dan dibuat suka-suka kerana akibat akan dilaknat oleh Allah s.w.t.Alhamdulillah, Allah s.w.t telah memberikan saya kekuatan dan saya bersumpah pada hari ini.

W: Ada yang kata lebih daripada sekali(diliwat)?
S : Itu saya akan beri keterangan di mahkamah

W: Betul kamu buat pemeriksaan di Pusrawi?
S: Itu saya akan beri keterangan di mahkamah

W: Kenapa pada mulanya kamu pergi ke Hospital Pusrawi?
S : Itu saya akan beri keterangan di mahkamah

W: Tapi betul Saiful pergi ke Pusrawi hari itu?
S : Keterangan di mahkamah.Saya akan bagi keterangan.

W: Besok penamaan calon, kenapa hari ini……Saya harap kamu faham
S: Secara kebetulan sahaja. Kalau nak ikutkan kita pun tak tahu Anwar akan bertanding.Laporan saya itu pun pada 28 Jun, kita tidak tahu dia akan bertanding bila.Tetapi saya ingin tegaskan di sini, saya memerlukan kekuatan dan alhamdulillah Allah s.w.t. memberikan saya kekuatan untuk mengadakan sumpah hari ini.Dan hari ini hari jumaat, hari yang sangat dirahmati Allah s.w.t

Sebahagian temubual dengan Saiful Bukhari.Para pembaca boleh menilainya dan yang mendengarnya secara langsung lebih mampu untuk menilainya…

Dr.Asri menyifatkan tindakan Saiful Bukhari mengangkat sumpah mengikut syariat Islam mempunyai risiko yang teramat besar dan bukan mudah basi seseorang melafazkan sumpah mubahalah itu melainkan dia dalam keadaan tidak siuman ataupun dia sedar apa yang diyakini itu adalah benar.

‘Tindakan Mohd Saiful itu akan menimbulkan kesangsian pihak yang dicabar(DSAI) dan bagi menghilangkan keraguan masyarakat, maka Anwar perlu juga melafazkan sumpah mubahalah dengan bentuk yang sama.Maka jadilah mubahalah yang mana kita akan lihat hukuman Tuhan nanti.’

..Keberanian dan kesanggupan Saiful Bukhari amat dikagumi……
...juga digeruni….Wallahu’alambissawab...Semoga Allah menunjukkan kebenaran,meyungkurkan kebatilan...Allah Maha Mengetahui dan Maha Adil....


Menghina&Merendahkan Ulama'


Oleh Ustaz Abd Ghani Shamsudin


Tulisan seorang penulis dengan judul ‘Dakwah Umno: Hujah PAS Dangkal’ dalam laman web Malaysiakini pada julai 2008 memang jelas menjatuhkan dan menghina Dewan Ulama khasnya dan PAS amnya.Ia bukan ditulis dengan pengikut pas yang baik dan beradab.Mungkin penyamar sebagai pengikut pas tetapi berperanan sebagai pemusnah pas. Kalaupun dia seorang penyokong jemaah islam, maka dia adalah ahli yang cacat yang perlu ditarbiyyah dan didisiplinkan dengan adab berjemaah yang menghormati alim ulama’ khasnya para pemimipin mereka.

Umat yang baik adalah mereka yang mengenali golongan ulama’ yang baik,menghargai dan menghormati peranan mereka. Ini kerana penghormatan tinggi yang Allah berikan kepada alim ulama’ dalam alquran dan hadith. Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Hujurat ayat 13 bermaksud:’Orang yang paling mulia di kalangan kalian di sisi Allah ialah yang paling bertakwa.” Dan firmanNya dalam surah Fatir ayat 28 bermaksud :’Sesungguhnya yang (paling) takut (takwa) kepada Allah di kalangan para hambaNya ialah golongan alim ulama.’

Rasulullah s.a.w. bersabda :’ Siapa yang menuruti jalan mencari ilmu nescaya Allah dorongkan dirinya menuruti jalan ke syurga.Sesungguhnya para malaikat melembayungkan sayapnya kepada para penuntut ilmu kerana merestui peranan mereka.’

Sesungguhnya para ulama’ itu adalah pewaris para nabi.Manakala nabi-nabi tidak meninggalkan dinar atau dirham tapi mereka meninggalkan pusaka ilmu.Siapa yang memperolehinya bermakna dia telah menjadi orang yang sangat beruntung.

Ibnu Taimiyyah menegaskan :’Selepas berwala’ dengan Allah dan RasulNya,orang Islam wajib berwala’ pula dengan golongan mukminin,seperti mana yang diungkapkan oleh al-Quran ,khasnya golongan ulama yang menjadi pewaris para nabi.Sebab Allah telah mengangkat martabat mereka laksana bintang-bintang di langit yang menjadi penunjuk jalan,penentu arah dalam kegelapan perjalanan di daratan dan di lautan.

AlHafiz Ibnu Asakir mengingatkan:’Ketahuilah wahai saudaraku (semoga Allah memberi taufik dan hidayahNya kepada diriku dan kepada anda agar mendapat keredhaanNya.Semoga Allah masukkan kita dalam golongan manusia yang takut dan bertakwa kepadaNya), Bahawa daging para ulama’ ini beracun (kinayah:larangan mengumpat kerana dosanya disamakan dengan perbuatan memakan daging manusia yang telah mati). Adalah menjadi sunnah Allah yang sangat umum dan lumrah,iaitu mendedahkan aib dan pekung golongan yang mengaib dan mencerca alim ulama.Sesungguhnya siapa yang membiarkan lidahnya mencerca dan merendah-rendahkan martabat alim ulama, Allah akan hukum dia sebelum matinya dengan dia dibiarkan memiliki hati yang mati.

Dewan ulama PAS percaya bahawa semua ahli yang menyokong dan mendokong,seharusnya menyedari bahawa bertemu dan berbincang (muqabalah&muzakarah) dengan mad’u yang mempunyai pelbagai latarbelakang adalah penting untuk memastikan sasaran da’wah dapat dilaksanakan dengan sempurna. Semua ahli telah diajar bahawa ‘Tahaluf Siyasi’ adalah satu juzuk yang penting dalam politik Islam.Ia mesti diguna pakai oleh jemaah Islam agar dasar yang diperjuangkan dapat dihayati dengan lebih dekat oleh rakan-rakan di dalam gagasan tahaluf siyasi.

-Muqabalah&Muwajah Silmiyah-Ucapan Tuan Guru Haji Abdul Hadi di Muktamar ke-54


Muqabalah-bersemuka dengan pemimpin umno.Mengapa kita sanggup bersemuka dengan mereka? Mereka yang mengajak kita, yang mempelawa,yang mengundang.Mengapa kita boleh bermuqabalah, boleh bertemu? Umno sesama dia, dia tipu. Dia boleh dapat macam-macam, apa lagi kita. Mengapa kita boleh bertemu dengan mereka?

Kerana al-quran mengarahkan kita, Quran memerintah kita.Firman Allah s.w.t dalam surah al-anfal ayat 61-63 mafhumnya :’Dan sekiranya mereka cenderung untuk berdamai dengan kamu maka hendaklah kamu menerima kecenderungan itu dan bertawakkal kepada Allah.Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan sekiranya mereka menipu kamu maka cukuplah Allah yang memelihara kamu dengan pertolongan dan dukungan daripadaNya dan orang-orang yang beriman Allahlah yang menjinakkan hati-hati mereka, kalau kamu membelanjakan seluruh harta yang ada di muka bumi ini, kamu tidak dapat menjinakkan hati-hai mereka.

Inilah ayat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam kemuncak peperangan bersenjata. Di tengah waktu berperang,bermusuh, turun ayat ini yang mengatakan ada kecenderungan berhenti berperang dan berunding serta berbincang dengan mereka.

Muwajahah Silmiyah

Sekarang kita bukannya ‘perang demokrasi’ tetapi berdepan secara demokrasi iaitu ‘muwajahah silmiyah( pertemuan secara damai)’. Kalau Allah tujukan ayat ini ketika perang, kita mesti menyahut cabarannya, maka bagaimana kalau ditujukan dalam keadaan kita hanya bermuwajahah dan berdepan dalam suasana demokrasi? Kita mesti menerima sahutan ini dan PAS bermuqabalah dan PAS tidak menjual dasarnya dengan harga yang murah

Bermuqabalah bukan bermuzakarah. Muzakarah ini hendak bincang belum tentu bentuk benar dan salah berbincang,berdebat.Ini bukan debat. PAS berhak untuk mengemukakan kepada umno perkara-perkara yang dilakukan oleh umno yang menjadi teras pemerintahan yang tidak mudah dilupakan oleh semua, ahli PAS, rakyat islam dan bukan islam. Oleh kerana ini kita perlu mengemukakan sesuatu yang boleh mengubah minda pemimpin umno, tidak cukup dengan perbahasan di parlimen dan membawa usul.Apabila membawa usul tergempar sekalipun,usul ditolak.Berdepan dengan situasi ini, maka kita menerima muqabalah,menerima tindakan bersemuka dengan pimpinan umno yang menjadi teras pemerintahan Negara.

Kita tidak mahu membetulkan kemusnahan yang berlaku dengan menebuk kapal seperti mana disebut oleh Nabi s.a.w. dalam sebuah hadis.Di dalam sebuah kapal ada mereka yang berada di dek petak yang atas, ada mereka yang berada di petak yang bawah, petak yang atas adalah pemimpin, petak yang bawah adalah kerajaan termasuk pembangkang. Kadangkala orang di bawah terdesak untuk mendapatkan air,orang di atas lambat berikan air.Kita berada di dalam kapal, kita boleh mengambil langkah segera untuk dapatkan air.Ambil kapak, tebuk kapal.Kalau kapal ditebuk memang air cepat masuk, kapal akan tenggelam, semua akan mati. Jangan tebuk kapak itu, hendaklah bersabar. Naik ke atas berunding dengan orang atas supaya menyelesaikan masalah. Jika bersabar seketika dapat apa yang dituntut. Kapal tidak akan tenggelam, semuanya akan selamat.

Friday, August 15, 2008

::My Convocation 7.8.2008::

Alhamdulillah,akhirnya selesai pengajianku dalam ijazah dasar sarjana muda sains dengan pendidikan,Universiti Malaya selama 4 tahun..Tiada yang beerti dengan meraikan kegembiraan dan kesyukuran bersama keluarga dan sahabat tercinta..Semoga dengan lafaz kesyukuran mampu meraih keredhaan Allah untuk perjalanan hidup,perjuangan yang seterusnya selepas ini..ameen..Tidak lupa buat semua sahabat2ku yang turut meraikan konvokesyen pada tahun ini juga..Dedikasi tahniah khas buat sahabat-sahabatku :

1.Wave=k.syidah,k.enis,k.zati,k.syafa,sikin,syad,ayong,tikah,aini,atun,shila,dayah,
arni,ainain,marina,sarah,am,ayu,faasilla & muslimin seangkatan,mohsein,syed,pudin,hafiz husin
2) Keluarga PMIUM = MUJAHID & seangkatan
3) Syubban Da'wah = asyraf,alhafiz,abduh,iza,ayong,hani,maz,shafiq,husna,bighah,tuan,danial
4) My belove friends = Saadah + Arni + Ainul(adeq)
5) Semua sahabatku yang akan/telah bergraduasi pada tahun ini..tidak lupa Dhany&Fadzli unic(#allwise)

Thursday, August 07, 2008

Segala Dengan 'Kebersamaan' Allah


Temuduga Kerjaya

Proses temuduga untuk kerjaya adalah satu proses pemilihan biasa yang kita pasti lalui..Tidak terkecuali dengan diri ini..Almaklumlah pertama kali temuduga untuk kerjaya, pasti ada gementarnya..Alhamdulillah ujian temuduga yang ku lalui ini berjalan dengan lancar dan begitu tidak ku sangka-sangka pengalaman yang ku lalui.

Tiada apa sangat yang ingin dikongsi..tetapi yang paling penting bagi ku untuk melalui sebarang proses imtihan dalam kehidupan contohnya temuduga ini adalah KEBERSAMAAN,KEYAKINAN DAN KEBERGANTUNGAN KITA KEPADA ALLAH..InsyaAllah..Allah pasti tidak menghampakan hambaNya..

Pengalaman temuduga sebagai guru KPM banyak memberi hikmah dan keinsafan dalam diri..Benar sehari sebelum temuduga, saya terlalu cemas..dengan pembacaan dan hafalan PIPP(Pelan Induk Pembangunan Pendidikan),PPSMI(Pengajaran Pembelajaran Sains Matematik dalam Inggeris) yang kucar-kacir cukup membuatkan saya tidak lena tidur malam..Bukan sedikit yang perlu dihafal..Ditambah pula dengan mak mengajak menemaninya membeli belah sehingga 10 malam pada malam sebelum temuduga..Cemasku bertambah-tambah..Tapi hati mak perlu dijaga,itu yang utama..Namun ku tidak lupa meminta kepadaNya..

4 jam lebih menanti sebelum ditemuduga,penat tidak terkata dengan debaran di dada..Alhamdulillah di bibirku tidak henti-henti menyebut asma’ Allah..doa nabi a.s,zikir ya latif dan istighfar diulang-ulang sehingga waktu tiba untuk memasuki bilik temuduga..Hanya yang ku pinta pada Allah dalam doaku

‘Ya Allah,sesungguhnya aku bukanlah orang yang hebat dalam berkata-kata dan berhujjah.Jika Nabi Musa a.s KAU kurniakan Nabi Harun a.s sebagai penghujjah dan pembantunya, tetapi aku tiada siapa melainkan hanya ENGKAU YANG SATU.Setiap kataku,setiap gayaku,setiap tingkahku memegang amanah mempamerkan da’wah.Walau aku insane penuh kelemahan,tapi hanya yang ku pinta kau berikanlah keyakinan kepadaku,bantulah aku..amin’

Para yang ditemuduga sebelumku mengambil masa yang lama,sehingga 30 minit.Begitu juga yang sebelum-sebelumnya..Ku menanti dengan degup jantung yang semakin laju berdetak..Giliranku selepas ini.Apakah yang ditanya sehingga 30 minit?...


Ku melangkah dengan bismillah,ketukan pintu dan huluran salam kusedekahkan.Fail sijil kuserahkan..Sijil yang perlu diserahkan ku ‘compile’ dalam satu file nipis,khas untuk dihantar sekali..Jarang dibuat oleh orang lain.Biasanya hanya distapler biasa atau ditebuk lubang..Alhamdulillah 2 orang penemuduga berpuas hati dan mengatakan ku pemurah..(“,)..Tidak lupa ku ucapkan terima kasih..

Ku duduk dengan sopan dan yakin,tangan dan kaki dipastikan posisi yang baik..senyum tidak dilupakan..soalan penemuduga

1) Kenalkan diri anda
2) Apa yang kamu faham tentang PIPP

Ku perkenalkan diri dengan ringkas.Ku terangkan PIPP,tidak sampai 5 ayat ku terangkan,ku di minta berhenti..Kemudian penemuduga cakap, ’Kamu boleh keluar sekarang.’

Terkejut bukan kepalang..Berkali-kali ku tanya,betul ke??..Penemuduga mengiyakan dan tersenyum.Mungkin lawak melihat gelagatku.Tak sampai 10 minit ku ditemuduga.Sekejap sangat.Alhamdulillah,Allah permudahkan dan bantu..Semua yang menanti di luar terkejut melihatku keluar cepat,semua menegur : ’cepatnya!!1’..Semuanya dari Allah..Aku bukan orang yang hebat dan ’fluence’ dalam berbicara,Allah lah segalaNya..Sujud syukur dipersembahkan..Ku ingat berulang kali disebut oleh penemuduga :’Bolehlah jadi cikgu’.Dari awal hingga akhir,sehingga ku keluar.Itu sahaja kata-kata kuterima..syukurku kepada Allah.

Di sini,saya berkongsi dengan sahabat2 yang bakal menghadapi temuduga.Sebelum itu tidak lupa yang ucapkan terima kasih atas artikel tips temuduga oleh ust.zaharuddin yang banyak membantuku(terjumpa di emel lama sehari sebelum temuduga,alhamdulillah)

1) Banyakkan doa dan zikir
2) Letakkan keyakinan sepenuhnya kepada Allah
3) Ada matlamat yang dibawa. Contoh saya buat : ’Aku adalah da’ie,jadi ku mesti tunjukkan role model.Aku membawa amanah atas nama ISLAM,tunjukkan muslimah,Islam adalah yang terbaik’
4) Be polite : ’Beri salam,sentiasa ucapkan maaf dan terima kasih,senyum,setiap kata dan langkah dengan nama Allah.’
5) Sistematik : Sijil2 yang disusun (asal dan fotostat).Yang difotostat dan perlu diserahkan perlu sistematik.Kalau boleh sediakan fail tersendiri atau binding kemas.Bukan untuk menunjukkan kita TERBAIK,tapi berusaha untuk sediakan yang TERBAIK.

Ini sedikit tips dari Ust.Zaharuddin (untuk detail :
www.zaharuddin.net)

a) Perkenalkan diri
1) Kelulusan & Pendidikan formal: Pendidikan Sekolah Menengah dan Universiti sahaja serta kaitan apa-apa subjek yang diambil dengan kerja yang dipohon.
2) Tempat bertugas sekarang (jika bekerja, jika tidak sebutkan pengalaman di Universiti seperti Exco persatuan dan lain-lain)
3)Pengalaman dan kemahiran yang ada dan kaitannya dengan tugas yang dipohon.

b) Panel biasanya akan mula menguji sekaligus :-
1) Tahap kemahiran ilmu dalam bidang kerja yang dipohon.
2) Cara penyampaian jawapan termasuk cara pandangan mata, cara tangan semasa bercakap
3) Tahap keyakinan semasa menjawab soalan.
4) Tahap kedinamikan calon semasa menjawab.
5) Minat calon dalam kerjaya yang dipohon.

Hasilan Tarbiyyah

Apabila ditemuduga, banyak kawan-kawan yang diprovok secara psikologi sehingga ada yang menitiskan air mata..Ketika itu ku teringat, dalam keterlibatan dengan jemaah, hasilan tarbiyyah diri kita adalah berbeza.Teringat program-program tarbiyyah di peringkat penapisan sebelum betul-betul mampu sepenuhnya menjalankan gerak kerja..Tekanan mental,fizikal,jiwa memang begitu banyak..ta’aruf fikrah terutamanya.Tiada apa jika dibandingkan semasa di provok dalam bilik temuduga..Baru ku sedar, inilah salah satu hasilan tarbiyyah yang ku dapat.Alhamdulillah.Terima kasih buat semua yang mentarbiyyahku semasa masih di alam dunia ’persekolahan’..Terima kasih Allah kerana memilihku untuk berada sebahagian kecil dalam perjuangan ini..

Wallahu’alam..sekadar perkongsian bersama,bukan untuk kebanggaan..segala yang baik jadikan tauladan,buruk jadikan sempadan.Sebarang teguran dan tambahan dialukan.