Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Berdasarkan Akta Hakcipta 1987:
Dilarang untuk mencetak, mengulang siar, mengambil, mencuri, menciplak, dan sebagainya tanpa izin daripada penulis.Hak cipta blog adalah terpelihara (Kenyataan ini hanya untuk penulisan saya dalam subjek 'karyaku' kerana melibatkan penghantaran ke media cetak.Penulisan lain tiada akta halangan.Dialukan penyebaran)

Saturday, June 30, 2007

Menjadi PEMUDA DAN PEMUDI Islam UNGGUL


Matlamat utama persiapan pemuda pemudi Islam hari ini ialah untuk melaksanakan matlamat tercapainya qawamah(penguasaan) Islam terhadap masyarakat dan dunia. Ini memerlukan para pemuda pemudi Islam bagi memindahkan pimpinan umat dari tangan jahilliyah kepada pemikiran, perundangan dan akhlak Islam.

Menurut as-Syeikh Fathi Yakan, pada hakikatnya usia muda seorang pemuda pemudi ialah:-

1) Usia yang penuh dengan cita-cita yang tinggi
2) Usia yang mengalir darah yang gemuruh (semangat perjuangan)
3) Usia yang tinggi idealisme yang luas
4) Usia yang memberi pengorbanan tinggi
5) Usia yang berbakti, memberi kesan dan sensitif kepada isu ummat.

Menurut Syeikh Yusuf Al-Qardawi pula, tanda-tanda pemuda pemudi Islam yang unggul itu adalah suatu generasi yang mempunyai sifat-sifat yang dinyatakan dengan jelas bagi sesiapa yang membaca al-Quran atau mempelajari sunnah Nabawiyyah.Di antara sifat-sifat unik generasi ini adalah:-

1) Generasi yang percaya kepada realiti dan ilmu
2) Generasi amal dan membina jama'ie
3) Generasi rabbani dan ikhlas
4) Generasi yang bernasabkan Islam
5) Generasi da'wah dan jihad
6) Generasi dagang dan hidup bersama orang ramai
7) Generasi gagah dan agung
8) Generasi seimbang dan sederhana

Manakala menurut Syeikh Mohammad Ahmad ar-Rasyid, terdapat beberapa kesilapan dan fitnah kehidupan yang perlu diberi perhatian wajar oleh para pemuda pemudi Islam. Ini adalah kerana kita sentiasa terdedah kepada pelbagai tekanan luaran dan peristiwa yang mempengaruhi secara beransur-ansur keatas iman terhadap amal dan da'awah. Pengaruh luar ini ada dalam pelbagai bentuk yakni ada yang mengugat aqidahnya, akhlaknya, keluarganya dan sebagainya. Di antara pengaruh-pengaruh ini adalah:

1) Gerakan dan propaganda yang menyebarkan keraguan dan salah faham terhadap Islam
dan keunggulannya
2) Fitnah rakan sebaya yang jahat dan persekitaran yang tidak sihat
3) Fitnah harta dan keluasan rezeki yang melimpah ruah
4) Fitnah ijazah(taraf akademik) dan pangkat
5)Fitnah wanita, isteri dan anak-anak

Beberapa langkah bagi meningkatkan kecemerlangan pemuda pemudi Islam bagi mencapai qawamah (penguasaan) Islam terhadap diri, keluarga, masyarakat dan dunia ialah:-

1) Kenalpasti tahap kemampuan ada yang sebenar
2) Beri tumpuan kepada kekuatan-kekuatan ada
3) Tanamkan rasa percaya kepada diri sendiri
4) Sediakan diri anda untuk menjadi orang yang terbaik
5) Ambil pengajaran daripada kesilapan yang telah anda lakukan
6) Belajarlah menerima teguran yang membina dan ketepikan kritikan yang remeh
7) Akui kejayaan anda
8)Sentiasa merendah diri
9) Memperluaskan ilmu pengetahuan dan meningkatkan pemikiran ada
10) Bersyukur kepada Allah di atas apa yang diberikanNya

Pelbagai lagi langkah yang boleh diambil..sebagai individu yang matang..kita boleh memikirkan..apa yang baik..apa yang buruk..apa yang sepatutnya dan tidak..Strive to be a greatest person in ISLAM..

Kita bukanlah yang terbaik..tapi kita perlu berusaha untuk ke arah yang lebih baik..bukan untuk kepentingan diri sendiri..tetapi untuk Akidah Islam kita..untuk agama kita..untuk tegakkan syi'ar dan keagungan Islam..Islam Agama Yang Tertinggi,tiada yang lebih tinggi daripada Islam..Allahuta'ala 'alam..

Saturday, June 23, 2007

Melakar Cinta Yang Satu...

Terdetik untuk saya menyatakan falsafah di sebalik header blog saya ini “Melakar Cinta Yang Satu”..Mungkin ada yang sekali terbaca..beranggapan bait kalimah ini “jiwang”…(“,)..tak dinafikan nampak sebegitu..

Sambungan Header…(Falsafah SATU)

Melakar Cinta Yang SATU ,SATU wadah…SATU perjuangan..SATU matlamat..SATU akidah..SATU kesatuan..SATU kebenaran…

Tersirat sejuta maksud atas kalimah SATU yang saya pilih…dan dari sejuta..hanya kepada SATU…ALLAH…

A) Sempurnakan yang SATU

Bermula dari SATU, apabila memiliki SATU..sempurnakanlah dahulu SATU sebaiknya..sebelum menambah angka-angka lain…

“ Jangan jadi seperti anjing dan bayang-bayang”

B) Jangan Hilangkan SATU

Formula saya bagi,antaranya :
6-1 =0 atau 5-1=0 atau 3-1=0...dan banyak lagi..apabila hilang SATU..jadi 0..

C) Jangan Biarkan SATU

Jangan biarkan permulaan SATU..membawa kemasfasadan (kerosakan)

’Kerana nila SATU titik, rosak susu sebelanga”

D) Kembali kepada SATU

Dari SATU...bertambah angka...dan akan kembali kepada SATU..

Contoh :

i) Dari SATU kehidupan dunia lalui banyak kehidupan akan kembali SATU kehidupan abadi

ii) Dari SATU cinta dapat banyak cinta untuk menuju/kembali SATU cinta

E) Teori falsafah SATU saya

(SATU) {apa sahaja operasi matematik} ( angka /versatil cara) = (SATU)

Falsafah Sebalik Falsafah

Saya akhiri coretan ini dengan SATU persoalan..yang mungkin membawa banyak jawapan..dan mungkin ianya akan kembali kepada SATU jawapan...

”Apakah yang anda faham dari A-E yang saya sampaikan??”

Saya kira..akan berlaku persamaan sebegini pada sahabat-sahabat..utk dptkan jawapan

Persamaan 1 ( kurang faham)

SATU persoalan = Banyak persoalan

Banyak persoalan= SATU senyuman / SATU kepuasan

Persamaan 2 ( Sudah faham)

SATU persoalan = SATU senyuman / SATU kepuasan

Contoh SATU saya :

Da’wah <_____pelbagai> = ISLAM

  • SATU usaha da’wah...melalui pelbagai method(lbh dar SATU) hnya untuk menuju ..membawa..kepada SATU kebenaran ISLAM..

p/s : Sila komen jika ada pandangan, tidak bersetuju coretan ini..kerana coretan ini hanya hasil dari SATU pemikiran..(”,)

”SELAMAT BERSANTAI DAN SELAMAT BERFIKIR”

Kegemilangan..Bilakah Akan Kembali..

Kota Kegemilangan Andalusia..milik Islam

Sejarah tercipta, 12 Julai 711 Thariq bin Ziyad bersama sejumlah besar pasukannya, berhasil memasuki wilayah Sepanyol melewati selat di antara Maroko dan Spanyol, yang kemudian diberi nama Jabal Thariq (Gibraltar yang terletak di teluk Algeciras). Selat ini menghubungkan antara Samudera Atlantik dengan Laut Mediterania. Pemerintahan Islam di Andalusia, demikian nama Sepanyol dikenal saat itu, pada abad ke-8 hingga 15 adalah pemerintahan Islam yang pertama kali berinteraksi dengan bangsa Eropa. Hampir delapan abad lamanya Islam berkuasa di Andalusia sejak tahun 711 M hingga berakhirnya kekuasaan Islam di Granada pada tanggal 2 Januari 1492 M / 2 Rabiul Awwal 898 H.

Berkat kedatangan Islam di Andalusia hampir delapan abad lamanya kaum Muslim menguasaii kota-kota penting seperti Toledo, Saragosa, Cordoba, Valencia, Malaga, Seville, Granada dan lain sebagainya, mereka membawa panji-panji keIslaman, baik dari segi Ilmu pengetahuan, Kebudayaan, mahupun segi Arsitektur bangunan. Kini bukti kemajuan peradaban Islam tempoh dulu di Sepanyol masih dengan jelas dilihat dari sisa-sisa bangunan yang penuh sejarah dari Toledo hingga Granada, dari Istana Cordova hingga Alhambra. Menurut sebahagian ahli sejarah, 2/3 gereja-gereja masyhur (cathedral) yanga ada dipelbagai kota di Andalusia adalah bekas masjid.

Di negeri inilah pula telah lahir tokoh-tokoh muslim ternama yang menguasai berbagai ilmu pengetahuan, seperti Ilmu Agama Islam, Kedoktoran, Falsafah, Ilmu Hayat, Ilmu Hisab, Ilmu Hukum, Sastera, Ilmu Alam, Astronomi, dan lain sebagainya. Andalusia ketika itu boleh dikatakan sebagai pusat kebudayaan Islam dan Ilmu Pengetahuan yang tiada tandingannya setelah Konstantinopel dan Baghdad.

Diantara cendekiawan-cendekiawan asal andalusia tercatat adalah Ibnu Thufail,Ibnu Rusyd,Al-Idrisi (ahli geografi),Ibnu Baitar (ahli botani), Ibnu Bajjah, Ibnu Zuhr, Ibnu Arabi,Ibnu Batutta..dan ramai lagi..yang menguasai bidang ilmu bukan hanya satu, kedoktoran,fizik,matematik,sastera..semua itu dikuasai oleh setiap cendekiawan..dan juga huffaz..yang dekat dirinya pada Allah..

Selain melahirkan ilmuan-ilmuan dan penemuan, Andalusia juga menjadi saksi kegemilangan arsitektur Islam yang khas dan tidak tertanding. Bahkan buku panduan rasmi pemerintah Sepanyol mengakui, setelah jatuhnya ke tangan Kristian, para penguasa negeri itu masih meneruskan bentuk-bentuk arsitektur Islam dalam membangun istana-istana mereka. Bahkan, Raja Ferdinand dan Ratu Isabella menempati Al Hambra sebagai tempat tinggal mereka dan menerima Columbus sebelum melakukan perjalanannya mengelilingi dunia.

Kesuraman..Hilangnya Cahaya Indah...

Disebabkan oleh pelbagai konflik internal dan perebutan kekuasaan di antara penguasa-penguasa Muslim, maka Raja Ferninand and isterinya Ratu Isabella berhasil menakluki kekuasaan Islam. Pemaksaan convert kepada agama Katolik dan pengusiran secara paksa. Semua bekas-bekas peninggalan Islam dibakar dan ditukar menjadi pusat-pusat agama Katolik.

Contohnya, Ibnu Massarah diasingkan, Ibnu Hazm diusir dari tempat tinggalnya di Majorca, kitab-kitab karya Imam Ghazali dibakar, ribuan buku dan naskah koleksi perpustakaan umum al Ahkam II dihanyutkan ke sungai. Ibnu Tufail, Ibnu Rushdy disingkirkan. Nasib yang sama, juga dialami Ibnu Arabi.

Tepat pada 2 Januari 1492, Sultan Islam di Granada, Abu Abdullah, untuk terakhir kalinya melihat Al Hambra. Granada, benteng pertahanan terakhir ummat Islam jatuh pada 1492. Pada pertengahan abad ke-16 terjadilah pemaksaan besar-besaran secara yang kejam terhadap orang-orang Yahudi dan Muslimin untuk menganut agama Katholik, yang terkenal dalam sejarah sebagai “Spanish Inquisition”.

Ada tiga macam sikap orang-orang Yahudi dan orang-orang Islam dalam menghadapi situasi itu. Pertama, yang enggan beralih agama. Akibatnya mereka disiksa kemudian dibakar atau dipancangkan di kayu-sula. Kedua, tukar agama menjadi Katholik Roma. Mereka diawasi pula memastikan memang serius dalam menukar agama Kelompok orang Islam yang beralih agama itu disebut kelompok “Morisko”, (Moorish adalah penyebutan bagi kaum Muslim di Spanyol. Ketiga melarikan diri dengan hijrah menyeberang Laut Atlantik yang dahulunya dinamakan Samudra yang gelap dan berkabut menuju Afrika Utara di bawah Khilafah Utsmaniyah.

Penganiayaan itu mencapai puncaknya semasa Paus Sixtus V (1585-1590). Raja Sepanyol Carlos V mengeluarkan arahan pada tahun 1539 agar mereka yang masih mempertahankan keislamannya dihukum bakar dan dipandang di kayu salib. Arahan yang kedua pada 1543, dan disertai perintah pengusiran Muslimin keluar dari jajahan Sepanyol secara total di seberang laut Atlantik.

Kebanggaan ini bukan semata kebanggaan sejarah. Semoga menjadi pemacu dalam melakukan langkah-langkah lebih besar dalam upaya meraih kembali kejayaan Andalusia.. Semoga “the land of Sun Shine” (Spain) ini akan bersinar kembali oleh cahaya kebenaran yang pernah menyinari lorong-lorong Kordoba, Granada, dan Seville di masa lalu.

Kitalah yang perlu membawa kegemilangan itu..kitalah umat Islam yang wajib bersatu padu..mengembalikan kegemilangan Islam..Andalusia,Cordova..Toledo..kebanggaan kita..Ilmu kebanggaan barat kini..adalah hasil keilmuan umat Islam,cendekiawan Islam..

*sumber dari Catatan Kembara Muhammadiyah Society

Maassalamah Ya Andalus
Maka tersebutlah suatu daerah
Tersergam megah azannya bergema
Keagungannya, kemasyhurannya
Merentas seluruh dunia fana
Dan bersemaraklah cahaya-Mu Yang Esa
Bagai azimat untuk seluruh umat

Kehancuran yang mendatang
Kerna alpa dan prasangka jiwa lara
Harus kau ingat dari musibahmu
Datang bencana kerana kau lupa

Andalusia tinggal sejarah
Kekufuranmu terkubur semua
Haruslah kau beringat
Musibah yang melanda
Bencana dan merana kita lupa

Ada teladan dari kegagalan
Untukmu insan jadikan pedoman
Selamat tinggal Andalusia
Yang rebah tersungkur ke dada bumi
Selamat tinggal Andalusia
Mungkinkah dapatku kembalikan sinarmu.

Alhambra

Di tengah kesibukan kota Granada
Kini terbina indah sebuah menara
Setelah lima ratus tahun menunggu
Akhirnya azan terdengar di situ

Suara itu kembali bergema
Mengajak sujud pada Yang Esa

Bersihkan segala debu dan noda
Yang terpalit di kubah Al-Hambra

Al-Hambra
Singgahsanamu pernah bersinar
Al-Hambra
Indralokamu merah bercahaya
Dengan cahaya iman dan taqwa

Terdengar azan di kota lama
Gemersik di seluruh buana
Nyalakan cinta yang membara
Perjuangan yang tiada sudahnya

Sejarah seringkali bertandang
Tamadun silam kembali gemilang
Bangun Granada dan Kordova
Teguhkan istana Al-Hambra

Al-Hambra
Singgahsanamu pernah bersinar
Al-Hambra
Indralokamu merah bercahaya
Umat silam membina empayar
Kegemilangan

Al-Hambra ..Al-Hambra
Andalusia oh Al-Hambra
Al-Hambra
Singgahsanamu pernah bersinar
Al-Hambra
Indralokamu merah bercahaya
Bangunlah Granada berdirilah Kordova
Teguhkan kembali istana Al-Hambra
Sesuburkan semangat Andalusia
Subur semula Al-Hambra

Friday, June 22, 2007

Sukarnya Untuk Dilafazkan..

Lafaz Yang Tersimpan (UNIC)

*Dedikasi khas buat kak,na,ma dan adik..

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahm
u tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku

Sedangkan
bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rin
du mendamaikan kalbu
Tak mungkin ku
temu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah
seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan
sayang
Kasih yang ter
limpah hanya sekadar tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu Melarikan lafaz kasihku padamu
Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa me
nuturkan sayang
Kasih yang t
erlimpah hanyalah sekadar tingkah
Cumalah ungkapan
bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh
kejujuran
Tak mungkin terlihat ci
nta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara

Bukan atur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan Andai akhir nafas di hujung helaan Sebelum mata rapat terpejam Usah biar kehilangan Menggantikan lafaz yang tersimpan


2
adik comot (ma&adik)

Kenapa Sukar Ye…

Ungkapan ringkas,hanya sepatah ‘SAYANG’..tapi begitu sukar dilafazkan..sukar diluahkan kepada IBU TERCINTA..Adakah sayang dengan lafaz?..Tapi sesungguhnya lafaz berharga itu..amat bermakna buat diri seorang IBU..apabila dilafazkan oleh seorang ANAK..
Kenapa sukar ye..adakah tiada rasa sayang dalam HATI..ataupun terlampau menyayangi sehingga tak mampu diluahkan melalui BICARA..sayang tak terluah..sayang tak terzahir dengan kata-kata…oh..betapa sukarnya lafazkan ..'SAYA SAYANG MAK'..tetapi sungguh ingin kujerit...'SAYA AMAT2 SAYANG MAK!!'







My Beloved Sis...Na..& Kak...

Lafazkan juga buat keluarga yang tercinta..saya sayang ayah..saya sayang kakak, saya sayang adik-adik..i love u very very very much...

Fahami Naluri Ibu

Jika dari sudut psikologi menyatakan hati seorang wanita adalah di bibirnya..apa yang terlafaz..itulah maksud hatinya..mungkin ada betulnya..tapi sebaliknya bagi seorang ibu..apa yang terlafaz di bibirnya..kadangkala bukan itu dihatinya.

Apa yang terlafaz oleh IBU,marahnya..rajuknya..larangannya..hanya satu maknanya..SAYANG & RINDU.

Semakin kita dewasa..semakin kita ingin bebas..bebas membuat pilihan..pilihan kerjaya,pilihan pasangan hidup..tapi pernahkah kita berfikir untuk meminta ibu ISTIKHARAH atas pilihan penting dalam hidup kita?..kerana naluri,firasat ibu sangat halus,kelebihan anugerah Allah..dan restu ibu yang utama..saya mula memikirkannya..

Fahami naluri ibu..disebalik bicara ibu..kiasannya disebaliknya..

Tahniah buat yang selalu melafazkan..saya sayang ibu..saya sayang ayah..kalimah yang amat berharga..tidak terhitung nilainya..ANDA PULA BAGAIMANA??...



Saturday, June 16, 2007

Berhenti Seketika..Vote 4 Ur Choice..

Era blog yang semakin popular kini..saya tertarik untuk mempersoalkan mengapa kita menulis?mengapa kita wujudkan blog persendirian?...adakah sebagai diari kehidupan kita sahaja..ataupun sebagai satu wasilah untuk kita menjadi juru pemikir ummah?...

Buat Sahabat2..setiap ruangan poll boleh vote lebih dari satu..

Mengapa Wujudkan Blog?
Ingin Jadi JuruBicara,Pemikir Ummah
Zahirkan Semangat Perjuangan
Medan Da'wah,Jihad Billisan
Suka Bercerita Tentang Diri n Kehidupan
Suka-suka..Ikut Kawan
Blog : As Diary
Semakin hari saya bertandang ke blog-blog terutamanya muslimahs’ blog.. saya berfikir..apa yang sebenarnya sebagai muslimah perlu perjuangkan dan master in what issues?...

Saya memerlukan pandangan sahabat-sahabat semua, tidak kira muslimin atau muslimat..pelbagai jenis penulisan muslimah saya lihat..dan kebanyakannya banyak berbentuk diari kehidupan…ada juga tentang kasih sayang..bicara hati..selari dengan jiwa wanita yang halus..dan tidak kurangnya ada yang berbentuk thaqafah,pembentukan fikrah,revolusi sikap, politik dan semasa…

Pandangan Tentang Blogs Muslimah Kini..
Banyak Bercerita Diri n Kehidupan
Banyak Bawa Muhasabah n Islah
Banyak Thaqafah Disampaikan
Menzahirkan Perjuangan Islam

Muslimin dan Muslimat adalah saling bantu-membantu dalam perjuangan..Apakah yang perlu dikuasai oleh muslimah pada masa kini??...Apa yang perlu diperjuangkan..disampaikan melalui penulisan maya ini..blog atau website…Saya perlukan pendapat sahabat-sahabat..

Jika ada cadangan topik/bidang lain yang perlu..tolong post kat comment box..syukran..

Apa yang perlu Muslimah Perjuangkan?
Muhasabah,Revolusi Sikap n Akhlak
Wanita :Ikhtilat,Perkahwinan dan Keluarga
Kritikan,Pandangan Isu Semasa n Polotik
Suara Muslimah Sangkal Agenda SIS(sisters in Islam)
Penyampaian ilmu Haraki n Da'wah
Wanita : Fiqh Nisa'
Penyampaian Ilmu Islam (syariah,aqidah dll,bg takhasus dlm bidang Islam)


Terima Kasih atas sokongan,undian dan pandangan..sebarang komen,cadangan tambahan..sila nyatakan di ruangan komen disediakan..kerjasama sahabat-sahabat amat dihargai..syukran..


Thursday, June 14, 2007

..Tragedi Itu..Cabaran Kini..

Tindakan Manifestasi Keimanan

Saya terkesan dengar berita kematian pelajar azhar pada 13 Jun 2007. Pelbagai perasaan hadir,terkejut..simpati..sedih..Mungkin satu kepelikan,walhal di Malaysia setiap hari di dada akhbar dihidangkan dengan pelbagai kisah kematian dan juga pembunuhan..Tapi tradegi pembunuhan allahyarham muhammad bin ishak bagi saya bukan tradegi biasa..kerana pembunuhannya dibuat oleh suspek yang juga pelajar azhar, yang sedang menuntut ilmu islam,ahli agama di bumi anbiya’.Terus persoalan dan kekesalan lahir,bagaimana dengan hakikat keimanan dalam diri?..Kefasadan semakin menjadi, yang disesalkan turut berlaku di kalangan ahli agama..Astaghfirullah..

Berita dari bumi Mansurah :

Bumi Mansurah diselubungi kesedihan yg amat apabila seorang pelajar Muhammad bin Ishak (Terengganu) meninggal dunia pukul 1pg malam di hospital dauli akibat cedera parah. Banyak kesan tikaman diseluruh badan termasuk di leher, mata, peha dan yg paling teruk dikepalanya. kejadian berlaku lebih kurang pukul 7 malam hari rabu 13jun di sebuah rumah pelajar Msia di pasar di dirasat, Mansurah, Egypt. Mangsa yg sedang bermain komputer di serang dr belakang dan bergelut sehinggala ditetak seluruh badan dgn 3 pisau. Antaranya pisau pemotong daging yg baru dibeli. Mangsa yg ditetak bertalu2 lari ke balakon dlm keadaan berlumuran darah dan dilihat oleh sebahagian arab di pasar.Maka arab tadi pun naik ke ats dan menjumpai mangsa terbaring berlumuran darah dan ada pelajar msia lain disisinya berlumuran darah.Mka arab menangkap suspek dan menghantar mangsa ke hospital dauli. Dia sedar dlm pukul 10 dan ditanya sebab ape suspek bertindak begitu; dia menjawab: "Dia tu gila" kemudian dia dibawa ke Icu. Pihak kedutaan tiba dlm pkl 2pagi dan diberitakan mangsa sudah menghembuskan nafas yg terakhirnya.Mangsa adalah pelajar tahun 3 kuliah usuluddin jurusan tafsir Azhar Mansurah. Suspek juga pelajar malaysia. suspek mengenali mangsa.Al-Fatihah.

Bukan Kepelikan Lagi

Di sini, tidaklah saya nak membuat andaian sendiri tentang hal keimanan..tetapi sebagai satu peringatan..kerana tindakan kita adalah manifetasi keimanan..Iman seseorang hanya Allah yang Maha Mengetahui..pada hemat saya, jika golongan berilmu boleh melakukan tindakan yang dikatakan satu kekejaman, maka tidaklah menjadi satu keganjilan golongan remaja yang berpeleseran,yang hidup penuh noda..yang alquran dan assunnah ditinggalkan terlibat dengan pelbagai jenayah dan kekejaman..

Tidaklah dihairankan lagi, pelbagai kisah jenayah yang pernah kita dengari, ustaz –ustaz menodai kaum perempuan, kisah pembunuhan yang pernah popular dahulu (suspek yang kelihatan wara’ dan alim dengan berkopiah)…hanya berpunca dari satu,..”NILAI KEIMANAN

Bersedia Hadapi Cabaran Zaman

Salim Radiallahuanhu mendengar Abu Hurairah mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : ' Nanti akan dilenyapkan ilmu pengetahuan,akan bermaharaja lela penzinaan dan kejahatan serta banyak HARAJ.

"Seorang sahabat bertanya,"Apakah HARAJ itu ya Rasulullah?

" Jawab baginda,"Begini!"(Rasulullah s.a.w. memberi isyarat dengan tangan baginda seolah-olah menggambarkan terjadinya sebuah PEMBUNUHAN) (Riwayat Bukhari)

Segala yang dinyatakan Rasulullah s.a.w. di dalam hadis baginda telah pun banyak berlaku di dalam realiti kehidupan kita hari ini apabila ILMU disisihkan.Ilmu yang dimaksudkan dalam hadis adalah ilmu agama atau ilmu syara' yang memandu kepada kebenaran.

Para ulama' ,ahli agama pada hari ini yang takut kepada Allah,yang memuliakan zuhud dan wara' semakin berkurang dan telah berlaku PEMBUNUHAN di sana sini.

Berdepan dengan situasi akhir zaman,kita perlu lebih berhati-hati agar tidak terjatuh ke dalam kemungkaran.Benteng AQIDAH perlu diperkuatkan.Konsep amar ma'ruf nahi munkar harus diteruskan begitu juga konsep mengingatkan dalam kebaikan dan kebenaran.

Kisah Sebagai Ibrah

Apa yang berlaku, ambillah sebagai ibrah..dan sebagai yang membaca,mendengar dan menerima sesuatu berita..PELIHARALAH LIDAH DAN AKHLAK..tidak perlu menuding jari hanya kepada pesalah dan seumpamanya..tapi jadikan ianya sebagai peringatan dan lebih berhati-hati..Pesanan Tuan Guru Nik Aziz : ‘ Jangan Optimis dengan Amalan’, satu ungkapan yang mudah tapi penuh mendalam..untuk panduan…

Bersama kita mendoakan..semoga Allah memelihara golongan agama kerana merekalah yang layak menjadi pimpinan Negara…dan memelihara kita semoga..Jangan biarkan menjadi satu fitnah yang menghilangkan keyakinan masyarakat kepada ahli agama, sumber rujukan..

Sedekah alfatihah buat allahyarham dan buat keluarga allahyarham semoga diberi kekuatan dan ditetapkan,ditingkatkan keimanan dengan dugaan menguji.Semoga allahyarham tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman..Amin..


Friday, June 08, 2007

..Pastikan IMAN Menang..

Sesungguhnya adalah satu fitrah,adam memerlukan hawa dan hawa memerlukan adam.Begitulah awal penciptaan manusia..Manusia dikurniakan nafsu, berbeza dengan malaikat yang turut diciptakan untuk tunduk dan patuh pada Allah, berlainan dengan iblis yang ingkar daripada suruhan Allah..

Fitrah manusia memerlukan kasih sayang dan perhatian.Begitulah runtutan jiwa-jiwa memerlukan seseorang yang boleh memenuhi fitrah diciptakan.Tetapi, kerana bagi memenuhi tuntutan fitrah, ramai hanyut tanpa sedar walaupun siapa pun mereka, kerana mereka adalah khalifah Allah yang memiliki nafsu.

Ikuti satu episod perang ‘mujahadah' bagi hamba yang bernama MANUSIA…samada ADAM mahupun HAWA, telah,sedang atau akan melalui episod perang ini..

Episod I (Perkenalan)

Nafsu : Aku telah sukakan ‘someone’…betulkah apa yang aku rasakan ini?..

Iman : Astaghfirullah..mengapa perkara sebegini datang menggangguku…Ya Allah bantulah aku..

Aqal : Inilah lumrah..biasala..inikan fitrah manusia..akan suka pada seseorang..tak salahlah bila punyai perasaan sebegini..

Iblis : Ha..betul tu Aqal..aku sokong kau 100%..bukannya buat dosa pun bila sukakan si dia tu..suka tu perkara biasalah..macam suka makan,suka tidur..ha..betul tak Aqal..

Aqal : Yup..betul tu..kalau diikutkan tak salahlah..jangan risaulah Nafsu..Be calm..

Nafsu : Ok..aku faham..so..tak salahkan..time kasih Aqal..

Iblis : Opps..terima kasih kat Aqal j eke?..Aku pun tolong gak

Nafsu : ???...(Confius)…

Iman : ( Tengah menahan marah)

Aqal : No komen ( Buat tak tahu)..

Iman : Erm..memang suka itu satu fitrah…tapi effect bermula dari suka ini bahaya..

Nafsu : Apa yang bahayanya Iman..suka aje la..

Iman : Nafsu..kau sahabat paling dekat dengan aku..aku tahu effectnya nanti..aku perlu jaga kau..

Iblis : Nafsu..jangan dengar cakap Iman tu..dia saja nak takut-takutkan kau..

Nafsu : (Berfikir)...Aku tak buat dosa..hanya aku turuti fitrah..dan aku telah istikharah..aku yakin dia untukku..

Iman : Aku pun yakin..tapi aku perlu kuat..(Iman mula berbolak-balik)...

Iblis : Hahaha...(tergelak sendiri)...Nafsu telah menurutiku..

Pertemuan pelbagai caranya..samada ’orang tengah’ mahupun perkenalan sendiri..episod ’suka’ mungkin perkara biasa dalam lumrah manusia..tetapi..BEWARE..

Episod II ( Perhubungan )

Aqal : Aku selalu teringat si dia..kenapa ni..(resah)

Nafsu : Aku pun plak rindu kat si dia...tak tenang rasanya..

Iman : Mengapa harus rindu..mengapa harus teringat tentang dia...Ya Allah aku semakin lemah..

Iblis : Hahaha..bodohla kamu bertiga ni..its normalla bila sukakan seseorang..awal-awal biasala..kalau dah teringat..kalau dah rindu tu..contactla dengan dia..dia pun sukakan kan kau..kau pun tahu kan..

Iman : Kau ni Iblis..bisinglah..pergi jauh-jauh dari kami..

Aqal : Kalau teringat...contact?..kenapa pula begitu?

Nafsu : Aku dah tak tahan ini..kena contact ke kalau nak hilangkan rindu..

Iblis : Ha..dengarlah cakap aku ini..kalau dah contact..selalu berhubung..lepas tu tak rindulah lagi..tak teringatlah lagi..sebab dah biasa..percayalah cakap aku..dah ramai yang berjaya..

Iman : Mana boleh macam tu..nonsense..perlu lawan semua ini..tak boleh berkelakuan sebegitu..akan berlaku maksiat hati tanpa disedari..zina-zina kecil..dosa-dosa kecil yang boleh membawa kepada dosa besar..Aku tak boleh ikut hasutan syaitan..

Aqal : ( Sedang berfikir)...Bagaimana pula boleh jadi maksiat..boleh jadi dosa besar pulak tu..berhubung perkara biasa dalam sebuah perhubungan..

Nafsu : Betul tu..lagipun aku dengan dia..bukannya main-main dalam perhubungan ni..matlamat kami jelas..untuk di ijabkabulkan.niat kami kerana Allah...bukannya nak berhubung lebih-lebih pun..macam orang lain..tak jaga batas syari’at..selalu jumpa..pegang tanganla..hanya sms dan call je..

Aqal : Yup..lagipun belum kenal baik lagi each other..kenala contact
untuk kenal hati budi..

Iblis : Betul2...sebelum kawin..kenala kenal hati budi..nanti silap pilihkan susah..

Iman : Tak boleh!!...Aku kena luahkan rindu hanya pada Allah..Dia yang kurniakan perasaan sebegini..aku tak boleh lalai..aku kena perbanyakkan amalan untuk hilangkan rindu kepadanya..

Iblis : Alah Iman..relaksla..janganlah keras sangat..jadi biasa2 sudahlah..jangan nak seksa d

irila..nanti merana..contact je dia..nak kenal kan..bakal suami/isteri tu..matlamat untuk baitul muslim tu..tak boleh wat main-main..nak sehidup semati..

Iman : ( Hanya diam)...aku masih kuat..niatkan berhubung kerana Allah

..untuk kenal hati budi sahaja..bukan lebih dari itu..

Nafsu : Erm..perlu berhubung...

Aqal : ( Mengangguk-anggukkan tanda setuju)

Dari perkenalan..bermulanya perhubungan..bila hati sudah ’suka’..perhubungan akan bermula..bukan perhubungan biasa seperti seorang kawan..tapi sebagai ’bakal bait muslim’...dan apabila perhubungan bermula...Episod seterusnya akan berlaku....

Episod III ( Mainan Perasaan)

Nafsu : Geramnya..kenapa dah lama dia tak contact aku??..Dah lupakan aku ke..

Aqal : Kenapa dia jadi begitu..dia ada ’org’ lain?..atau dia sibuk?..atau takde kredit?..(Aqal mula berbicara sendiri..berfikir terus berfikir)...

Nafsu : Terasanya aku..sakit hati..kecil hati..macam2la..buat aku jadi macam ini

Iman : Mungkin dia ada hal..masyaqqah..takkan nak contact aku selalu..lagipun tak elok sangatlah..

Iblis : Biasanya..kalau dah lama tak contact ni..mesti ada sesuatu yang di sorokkan..

Aqal : Betul juga tu..tak pernah pun buat hal camni..aku sms pun xreply..

Nafsu : Atau dia marahkan aku? Aku ada buat salah ke ek..apa yang aku buat ye..

Iman : Aku yang silap rasanya..tak baik husnu dzon..tapi apa perlu aku buat..

Iblis : Apa lagi..serang je dia tu..dulu bukan main baik..sekarang buat hal pulak..

Nafsu : Ha’ah..aku pun naik marah gak (nafsu ammarah mula menguasai)..

Iman : Aku tak tahu Ya Allah..berilah aku petunjuk..

Aqal : Aku kena call dia ni..minta penjelasan...tak pun jumpa..tak boleh berterusan camni..

Apabila sentiasa berhubung..sedikit masalah..akan menjadi semakin besar..kerana ianya melibatkan hati dan perasaan..cepat terasa..sensitif..kecil hati..sakit hati..mula husnu dzon..tanpa sedar..perhubungan mula merosakkan hati..mula melalaikan...iman mengatakan rindu dan sayang kerana Allah..betulkah?..jika kerana Allah..hati akan sentiasa tenang dan tidak lalai dari hanya mengingatiNYA..

Episod IV ( Iman menangis)

Air mata Iman mengalir deras..dia mula sedar..dia semakin hanyut..satu bisikan kedengaran...

Iman Kuat : Kau perlu lebih dekatkan kepada Allah..banyakkan amalan sunat..

Iman Lemah : Siapa kau?

Iman Kuat : Aku adalah engkau...tapi kau lemah..kau lalai

Iman Lemah : Betul aku telah lalai..aku banyak dosa...

Iman Kuat : Kau lemah..kerana itu Nafsu dan Aqal turut lemah..dan kau biarkan mereka mengikuti hasutan Iblis!!!

Iman Lemah : (Esakan iman semakin kuat)...Aku sedar

..kerana aku turut turuti hasutan Iblis...

Iman Kuat : Kau perlu berubah..bukan begini caranya untuk kau dapatkan cinta manusia yang turut mencintaiNYA...

Iman Lemah : Ya..aku perlu jadi kuat..jadi iman yang kuat..kalau aku yakin dengan petunjukNYA..dia untukku..aku perlu letak keyakinan pada Allah...bukan pada dia..

Iman memandu diri..berwudhu’...solat di malam yang hening..berzikir..memohon keampunan kerana kelalaian..Iblis semakin takut..tapi azamnya untuk menghasut belum pudar..perlu berusaha gigih menghanyutkan makhluk Allah ini..

Episod V (Kesedaran)

Nafsu : Aku telah lalai...aku tak perlu berhubung lagi dengannya..semuanya akan merosakkan aku jika selalu berhubung

Iman : Aku kena kuat..memang mujahadah bukan mudah..

Aqal : Tapi..kalau tak berhubung..aku takut kehilangannya..kera

na aku tidak terikat dengannya lagi..nanti dia semakin lupakan aku..( Aqal mula rasa bimbang)..

Iblis : Memangla..kalau tak berhubung..lama-lama lupa la..(Iblis mula mengapikan-apikan)

Iman : Tak perlu bimbang...Yakin hanya pada Allah..jika Allah anugerahkan perasaan ini..yang sememangnya fitrah..DIA akan bantu kita jika kita sudah usaha dan tawakkal..

Aqal : Usaha? Kalau usaha kenala berhubung..

Iman : Usaha banyak caranya.. menggunakan kaedah yang betul jika ada urusan dengan si dia..boleh gunakan sahabat atau ahli keluarga..yup..itu adalah cara yang baik..ini adalah cara sebaiknya untuk menjaga hati..daripada lalai..

Nafsu : Aku merasa tenang dan yakin...

Iman : Dan aku perlu banyak-banyak berdoa memohon kepadaNYA...kerana DIA Maha Pemurah dan Maha Mendengar rintihan hambaNYA..

Aqal : Aku setuju..aku faham sekarang apa yang perlu dilakukan..

Iman : Aku perlu yakin pada ALLAH..bukan pada dia..kerana aku yakin..Allah yang memiliki hati ini..dan hati dia..Allah yang Berkuasa menyatukan hati kami berdua..bukan aku yang boleh ikat hatinya padaku..dan bukan dia yang boleh ikat hatiku padanya..Allah yang ikatkan hati ini..kerana sesungguhnya hati ini adalah milikMU yang mutlak..

Nafsu dan Aqal : Betul..jadi sentiasa berhubung bukan syarat untuk terus terikat selagi belum ada ikatan yang sah..Kami bersamamu Iman...Ya Allah pandulah hati ini ke jalanMU yang lurus...jauhkan dari hasutan Iblis...kuatkan aqidahku..Aku perlukan cintaMU..Aminn

Iblis : Wargh!!!..Tak guna punya iman..!!!...

Kisah ini hanya untuk renungan bersama dan peringatan buat diriku yang lalai..kerana saya yakin..semua pernah dan akan mengalami perang ‘mujahadah’ ini..jangan kita biarkan nafsu merajai hati kita..biarlah nafsu tunduk di bawah kekuatan iman..bukan mudah..memang bukan mudah untuk tetapkan keimanan…kerana iman berubah..nafsu turut berubah..semuanya terletak pada diri kita..sejauh mana untuk kita melawannya…sesungguhnya jalan mujahadah ini berliku-liku..bukan sedikit halangannya..semuanya adalah untuk menguji keimanan kita..

Semoga Allah bersama kita semua..membantu kita semua..binalah sebuah hubungan di bawah redhaNYA kerana kita mengharapkan sebuah ikatan yang tiada cemarnya..sebuah ikatan yang sah..yang dibentuk bukan hasil kelalaian dan telah merosakkan hati dan mengurangkan amalan kita kepada YANG SELAYAKNYA..InsyaAllah..Aminn…

p/s: ku turut hamba yang lemah..berusaha memperbaiki iman dan mujahadah..

Friday, June 01, 2007

2-1..Kenapa Tidak 3-0..atau 0-0

2-1..bukan 3-0

Isu Lina Joy..heboh dan begitu popular akhir-akhir ini..akhirnya berakhirnya kontroversi ini dengan kemenangan Islam 2-1..Menangkah Islam?..Persoalan mengapa tidak 3-0??

Akhirnya, dua dari tiga hakim menolak permohonan Lina Joy atau nama asalnya Azlina Jailani untuk membuang status agamanya daripada kad pengenalan beliau.Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim bersama seorang lagi hakim Datuk Alauddin Datuk Mohd Sheriff mengetepikan permohonan Lina manakala seorang lagi hakim, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Richard Malanjun membenarkan permohonan tersebut.

Begitulah keputusan mahkamah berakhir..seperti satu lawak..kes lina joy yang ditimbulkan sejak 1997..hingga kini 2007..mengambil masa 10 tahun..HANYA UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN SAMADA PERKATAAN ISLAM PADA KAD PENGENALAN PERLU DIKEKALKAN ATAU DIGUGURKAN!!...Adakah Islam terletak pada kad pengenalan??..

Sedangkan Azlina Jailani ini telah mengisytiharkan tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990, mempunyai sijil Baptis yang dikeluarkan pada 11-May-1998, dan pada tahun 2000 menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan seorang India Kristian, dan meminta untuk didaftarkan perkahwinan tersebut untuk mengesahkan perkahwinan beliau.Islamkah lagi beliau??


Sepatutnya 0-0

Telah banyak peringatan dan amaran telah dinyatakan :

Daripada Ibn Mas`ud dan `Aisyah, Nabi s.a.w. bersabda: Tidak halal darah seseorang muslim selain daripada tiga sebab: berzina selepas menjadi muhsan, membunuh orang lain tanpa hak dan mengasingkan diri dari jemaah serta meninggalkan agama (murtad).

(Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud dll)

"Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka hendaklah ianya dibunuh"

(Riwayat al-Bukhari dan Abu Dawud)

Jika Malaysia mengamalkan perundangan Islam sepenuhnya..tiada perlunya pertandingan..2-1 atau 3-0..sepatutnya 0-0..kerana melibatkan hukum Islam yang jelas hukumnya..MURTAD!!..Tidak perlu dibicarakan..dengan hanya libatkan kad pengenalan..bukan hakikat keimanan dan keislaman yang dijalankan dalam kehidupan seharian..Inikah negara Islam..cukup dikesalkan..

Hidden Agenda

Kes Lina Joy adalah kes yang mengambil kesempatan dalam kekalutan semasa umat Islam di dunia, dan di Malaysia khususnya yang amat lemah dan tidak ada keupayaan untuk digembleng bagi mempertahankan Islam di mana-mana sahaja, hatta mempertahan aqidah seorang muslim yang lain.

Kes ini pada dasarnya adalah rentetan daripada tuntutan kumpulan “Artikel 11” yang pernah berkumpul di Petaling Jaya & Melaka, dan pernah cuba berkumpul di Pulau Pinang pada 14-Mei-2006 yang menuntut kepada pemerintah untuk membenarkan sepenuhnya kebebasan Murtad di bawah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan, setelah kekalahan untuk kes Mohamed Abdullah @ Moorthy, S. Sharmala dan Nyonya Tahir

Kes Lina Joy adalah percubaan yang akan memberikan impact yang amat besar, dan diistilah kan sebagai “beyond our imgination” yang mana ia secara langsung mencabar undang-undang Syariah oleh Mahkamah Syariah di bawah Perkara 121(A) Perlembagaan Persekutuan, samaada ianya akan dipinda atau dihapuskan sepenuhnya, dan seterusnya mancabar hukum yang Allah SWT telah tetapkan di dalam Al Quran & As Sunnah.Berikutan kes Lina Joy, maka terlalu banyak kes-kes permohonan Murtad dan sebagainya yang telah lama menunggu & sedang menunggu, dan kejayaan dari kes ini akan membenarkan permohonan lebih 250,000 untuk keluar Islam akan dibenarkan oleh perlembagaan.

Bilakah Umat Islam akan sedar?...Tiada yang akan berubah selagi bukan ISLAM DILETAKKAN DI TANGGATERTINGGI...ADDEEN..Wallahu'alam