Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Berdasarkan Akta Hakcipta 1987:
Dilarang untuk mencetak, mengulang siar, mengambil, mencuri, menciplak, dan sebagainya tanpa izin daripada penulis.Hak cipta blog adalah terpelihara (Kenyataan ini hanya untuk penulisan saya dalam subjek 'karyaku' kerana melibatkan penghantaran ke media cetak.Penulisan lain tiada akta halangan.Dialukan penyebaran)

Thursday, June 14, 2007

..Tragedi Itu..Cabaran Kini..

Tindakan Manifestasi Keimanan

Saya terkesan dengar berita kematian pelajar azhar pada 13 Jun 2007. Pelbagai perasaan hadir,terkejut..simpati..sedih..Mungkin satu kepelikan,walhal di Malaysia setiap hari di dada akhbar dihidangkan dengan pelbagai kisah kematian dan juga pembunuhan..Tapi tradegi pembunuhan allahyarham muhammad bin ishak bagi saya bukan tradegi biasa..kerana pembunuhannya dibuat oleh suspek yang juga pelajar azhar, yang sedang menuntut ilmu islam,ahli agama di bumi anbiya’.Terus persoalan dan kekesalan lahir,bagaimana dengan hakikat keimanan dalam diri?..Kefasadan semakin menjadi, yang disesalkan turut berlaku di kalangan ahli agama..Astaghfirullah..

Berita dari bumi Mansurah :

Bumi Mansurah diselubungi kesedihan yg amat apabila seorang pelajar Muhammad bin Ishak (Terengganu) meninggal dunia pukul 1pg malam di hospital dauli akibat cedera parah. Banyak kesan tikaman diseluruh badan termasuk di leher, mata, peha dan yg paling teruk dikepalanya. kejadian berlaku lebih kurang pukul 7 malam hari rabu 13jun di sebuah rumah pelajar Msia di pasar di dirasat, Mansurah, Egypt. Mangsa yg sedang bermain komputer di serang dr belakang dan bergelut sehinggala ditetak seluruh badan dgn 3 pisau. Antaranya pisau pemotong daging yg baru dibeli. Mangsa yg ditetak bertalu2 lari ke balakon dlm keadaan berlumuran darah dan dilihat oleh sebahagian arab di pasar.Maka arab tadi pun naik ke ats dan menjumpai mangsa terbaring berlumuran darah dan ada pelajar msia lain disisinya berlumuran darah.Mka arab menangkap suspek dan menghantar mangsa ke hospital dauli. Dia sedar dlm pukul 10 dan ditanya sebab ape suspek bertindak begitu; dia menjawab: "Dia tu gila" kemudian dia dibawa ke Icu. Pihak kedutaan tiba dlm pkl 2pagi dan diberitakan mangsa sudah menghembuskan nafas yg terakhirnya.Mangsa adalah pelajar tahun 3 kuliah usuluddin jurusan tafsir Azhar Mansurah. Suspek juga pelajar malaysia. suspek mengenali mangsa.Al-Fatihah.

Bukan Kepelikan Lagi

Di sini, tidaklah saya nak membuat andaian sendiri tentang hal keimanan..tetapi sebagai satu peringatan..kerana tindakan kita adalah manifetasi keimanan..Iman seseorang hanya Allah yang Maha Mengetahui..pada hemat saya, jika golongan berilmu boleh melakukan tindakan yang dikatakan satu kekejaman, maka tidaklah menjadi satu keganjilan golongan remaja yang berpeleseran,yang hidup penuh noda..yang alquran dan assunnah ditinggalkan terlibat dengan pelbagai jenayah dan kekejaman..

Tidaklah dihairankan lagi, pelbagai kisah jenayah yang pernah kita dengari, ustaz –ustaz menodai kaum perempuan, kisah pembunuhan yang pernah popular dahulu (suspek yang kelihatan wara’ dan alim dengan berkopiah)…hanya berpunca dari satu,..”NILAI KEIMANAN

Bersedia Hadapi Cabaran Zaman

Salim Radiallahuanhu mendengar Abu Hurairah mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : ' Nanti akan dilenyapkan ilmu pengetahuan,akan bermaharaja lela penzinaan dan kejahatan serta banyak HARAJ.

"Seorang sahabat bertanya,"Apakah HARAJ itu ya Rasulullah?

" Jawab baginda,"Begini!"(Rasulullah s.a.w. memberi isyarat dengan tangan baginda seolah-olah menggambarkan terjadinya sebuah PEMBUNUHAN) (Riwayat Bukhari)

Segala yang dinyatakan Rasulullah s.a.w. di dalam hadis baginda telah pun banyak berlaku di dalam realiti kehidupan kita hari ini apabila ILMU disisihkan.Ilmu yang dimaksudkan dalam hadis adalah ilmu agama atau ilmu syara' yang memandu kepada kebenaran.

Para ulama' ,ahli agama pada hari ini yang takut kepada Allah,yang memuliakan zuhud dan wara' semakin berkurang dan telah berlaku PEMBUNUHAN di sana sini.

Berdepan dengan situasi akhir zaman,kita perlu lebih berhati-hati agar tidak terjatuh ke dalam kemungkaran.Benteng AQIDAH perlu diperkuatkan.Konsep amar ma'ruf nahi munkar harus diteruskan begitu juga konsep mengingatkan dalam kebaikan dan kebenaran.

Kisah Sebagai Ibrah

Apa yang berlaku, ambillah sebagai ibrah..dan sebagai yang membaca,mendengar dan menerima sesuatu berita..PELIHARALAH LIDAH DAN AKHLAK..tidak perlu menuding jari hanya kepada pesalah dan seumpamanya..tapi jadikan ianya sebagai peringatan dan lebih berhati-hati..Pesanan Tuan Guru Nik Aziz : ‘ Jangan Optimis dengan Amalan’, satu ungkapan yang mudah tapi penuh mendalam..untuk panduan…

Bersama kita mendoakan..semoga Allah memelihara golongan agama kerana merekalah yang layak menjadi pimpinan Negara…dan memelihara kita semoga..Jangan biarkan menjadi satu fitnah yang menghilangkan keyakinan masyarakat kepada ahli agama, sumber rujukan..

Sedekah alfatihah buat allahyarham dan buat keluarga allahyarham semoga diberi kekuatan dan ditetapkan,ditingkatkan keimanan dengan dugaan menguji.Semoga allahyarham tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman..Amin..


No comments: