Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Berdasarkan Akta Hakcipta 1987:
Dilarang untuk mencetak, mengulang siar, mengambil, mencuri, menciplak, dan sebagainya tanpa izin daripada penulis.Hak cipta blog adalah terpelihara (Kenyataan ini hanya untuk penulisan saya dalam subjek 'karyaku' kerana melibatkan penghantaran ke media cetak.Penulisan lain tiada akta halangan.Dialukan penyebaran)

Friday, October 31, 2008

::Wish For My Luv::

Tanggal 31 Oktober 2008


Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh? ibu

Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena

Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta

Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh? Ibu

Alhamdulillah hari ini genap usia mak tersayang ke 50..Alhamdulillah ku masih diberi ruang&peluang bersamanya sehingga kini,hari ini..Doaku semoga mak sentiasa di bawah naungan&lindungan Allah..dikurniakan rahman&rahimNya..amin..terima kasih mak....
::I Love U Mom::

Thursday, October 23, 2008

Anekdot Nur : Tiada Hati

Nur naik bas awam, balik ke rumah selepas temuduga..penat tu adelah terasa campur pening kepala..yela kan pertama kali temuduga..bermacam2 perasaan Nur ni..5 jam menunggu giliran temuduga..seksa jugak rasanya..

Ramai juga penumpang dalam bas..Alhamdulillah Nur dapat tempat duduk,tempat terakhir yang masih kosong. Penumpang keluar masuk..Sampai satu tempat, ada seorang kakak masuk bersama bayinya yang masih kecil..kedudukan Nur belakang sikit, bila tengok kakak tu tiada tempat duduk, Nur terus bangun berikan pada kakak tu..bantu sesama insan..

Di hujung bahagian depan bas, Nur lihat seorang pemuda berkopiah duduk...Nur nampak dia naik tadi sebelum kakak itu..Sebelum Nur berikan tempat pada kakak tadi, Nur sempat melihat padanya..reaksinya pada kakak tu buat seolah2 tak nampak..Hairan terbit dalam hati Nur, tiada rasa kasihankan pada kakak tu..sedangkan dia seorang pemuda yang masih kuat..Nur pun tak tahu nak cakap apa..hati manusia lain-lain..

Beberapa ketika, Nur dapat tempat duduk semula..Nur di bahagian depan..Nur toleh2 bahagian belakang bas..Nur nampak kat hujung bas tu,jauh dari Nur ada seorang pakcik tua..tak perasan bila pakcik tu naik tapi dia takde tempat duduk..Dia duduk bertinggung dengan berpaut pada tiang dalam bas..Kesiannya..tapi Nur jauh sangat waktu tu..Takkan yang dekatnya tiada perasaan?..pelik..Lepas itu Nur dengar orang gelak2..Nur toleh..Mereka gelakkan pakcik itu sebab tersengguk2 dalam keadaan duduk bertinggung tu..tiba-tiba Nur rasa marah..biadapnya orang melayu atau sebetulnya orang Islam sekarang ini..Sudahlah tidak membantu,sedangkan ramai anak-anak muda berhampiran pakcik itu yang selesa di kerusinya..Malah diketawakan pakcik itu..termasuk jugak makcik-makcik lain..ketawa geli hati..Nur istighfar dalam hati..minta hati sabar..sungguh kesal Nur rasakan dengan masyarakat sekarang ini..

Tak lama selepas itu,pakcik tu turun..Konduktor bas sempat usik pakcik tu..
'Hujan tu, pak!Basah nanti!!'
'Ala..hujan dunia..buat apa nak takut!!..' jawab pakcik tu selamba..

Huh,terkejut gak Nur dengar jawapan pakcik tu..Pastu Nur gelak sendiri..menyokong kata2 pakcik tu..'hujan dunia'...2 lah jawapan orang zuhud..barangkali..

Nampaknya masyarakat sekarang ni semakin 'tiada hati'..btul tak?..Saya bersetuju..kalau saya ditempat Nur pun rasa geram..
'apa2 pun Nur, Alhamdulillah sebab Nur masih diberikan perasaan dan mata hati itu..'

'Alhamdulillah, tak layak utk kita mengaku sebagai da'ie jika tiada mata hati&cuba merealisasikannya'..ujar Nur..

'Btul3..Naqib pernah pesan, bangun pagi..terus fikirkan untuk 'da'wah'..semudah satu senyuman..itulah da'wah'..saya dan Nur saling senyum..

::Jangan Merajuk Wahai Da'ie::


Bismillah walhamdulillah
Saya tertarik dengan sebuah artikel di iluvislam.com bertajuk 'Jangan Merajuk Wahai Da'ie'..Satu muhasabah yang baik saya kira dan cukup bermakna mengingatkan diri ini yang alpa dan lupa sehingga kadang2 membuatkan kita menjadi seorang hamba yang tidak bersyukur..moga dijauhkan..Ya rabb.

Hidup ini menuntut mujahadah berterusan. Setiap hari pasti ada sahaja perkara yang perlu di usahakan. Seringkas bangun pagi memerlukan kekuatan menolak keseronokan tidur yang lena. Begitu juga dalam kesungguhan mengulangkaji pelajaran, kesabaran melayani kerenah sahabat handai, hinggalah keteguhan mendirikan Islam dalam diri setiap insan. Inilah kehidupan, tidak lari dari, suka duka, perit jerih, dan susah payah. Apatah lagi bagi tiap jiwa yang dalam sedar berikrar menyerahkan diri mereka kepada Allah, menggelar diri sebagai Dai’e, mengajak jiwa-jiwa kembali tunduk pada Allah yang Esa. Malah mereka lagi perlu menunjukkan kesungguhan dalam tiap perkara, mengelak fitnah menimpa…

Yang pastinya, dalam kesungguhan pasti ada mehnah melanda. Dalam saat seronok mengajak manusia kembali ke jalan Allah, kita terlupa bahawa hati-hati itu ada pemegangnya, yang mengawal tutup buka nya ia. Membuatkan kita kecewa dan putus asa apabila usaha tidak membuahkan hasil seperti yang dijangka. Membuatkan kita terlupa tugas kita hanya pemberi peringatan, sedangkan natijahnya di bawah takdir Allah yang Maha Kuasa. Bak kata pepatah `menabur benih di bumi, hasilnya dari Ilahi’. Di saat hati rajuk, mencari hikmah atas apa yang menimpa, Al-Quran menjadi tempat kembali, isinya penuh istimewa, pasti sesuai di setiap keadaan dan masa. Namun, bergantung kepada kesediaan hati itu untuk mengaitkannya dalam kehidupan, mengambil manfaat dari tiap bait Kalamullah…

Siapa sangka, kisah Nabi Yunus a.s yang tidak selalu diceritakan mampu memberi seribu pengertian dalam kehidupan…

Nabi Yunus menyeru pada kaumnyaSembahlah Allah Yang Maha EsaTinggallah berhala yang tidak bernyawaJauhi perbuatan yang sia-sia Seruan Nabi tidak diterimaNabi diejek dan Nabi dihinaBaginda tidak berputus asaWalau dicaci walau dihinaAkhirnya Nabi merasa hampaUmatnya masih menderhakaLalu dia pergi membawa hati Ke tepi pantai seorang diriKapal pedagang Baginda menumpangMembawa diri ke rantau orangMalangnya laut bergelombangHampir karam ditengah lautanBila diundi Nabi merelakanTerjun ke laut penuh bergeloraBaginda ditelan ke perut Ikan NunGelap gelita tidak terkiraSedarlah baginda akan silapnyaDitarbiyyah Allah sebegitu rupaMenangislah Nabi penuh dukaMemohon Ampun dari Tuhannya”

Begitulah kisah seorang Nabi diuji Allah begitu sekali…

Wahai Dai’e Rabbani, cukuplah kisah Nabi Yunus a.s pemujuk diri, jangan diikut rajuk di hati, usah dilayan kecelaruan emosi, tergesa-gesa melarikan diri dari situasi. Melangkahlah dengan penuh hikmah dan kesabaran dalam meneruskan da’wah lillahi. Begitulah di kala Nabi Yunus lari dari kaumnya yang ingkar, rasa marah dan kecewa hingga terlupa tugas beliau menyampaikan ajaran yang hasilnya adalah dari Tuhan. Menyoroti kehidupan Dai’e, tidak ubah seperti kisah ini, siapalah kita meletakkan hidayah dihati manusia kerana ia adalah urusan Ilahi, hanya usaha yang akan dipersoalkan nanti. Hadamlah kalam Allah apabila Dia berfirman:

“Dan tidaklah Kami mengutus kamu melainkan hanya sebagai pembawa kabar gembira dan pemberi peringatan. Katakanlah: “Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan risalah itu, melainkan (mengharapkan kepatuhan) orang-orang yang mahu mengambil jalan kepada Tuhannya”(Al-Furqan:56-57)

Dalam kegelapan perut ikan Nun, hati Nabi Yunus a.s mulai bergerak bertasbih kepada Allah, memohon taubat kerana putus asa dengan rahmat Tuhannya sambil berkata:
“Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim” (Al-Anbiyaa’:87)

Dengan ketulusan hati berdoa, mengakui kesempurnaan ketuhanan dari sebarang kekurangan dan kelemahan, mengakui kezaliman diri, akhirnya taubat Nabi Yunus a.s di terima. Allah menyelamatkan beliau dari kecelakaan mati di dalam perut ikan Nun kepada kesejahteraan hidup bersama kaumnya yang kembali kepada jalan Ilahi. Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, segalanya mungkin terjadi, asalkan hati jernih mengharap redhaNya. Apa lagi yang Dai’e mahukan selain ketenangan dalam kehidupan seharian. Walaupun penuh ujian, hati penuh taubat mengakui kesalahan…

Inilah Dai’e Rabbani, tidak takut menghadapi salah, tetapi lekas kembali kepada Allah yang Maha Pemurah. Memujuk hati mencari hikmah mengakui kelemahan insani. Berbekal ibadat di kala senang, menjadi keselamatan di waktu susah. Tabah dan sabar dalam berdakwah tanpa mengira ketidakberhasilan hidayah, kerana tiap langkah di atas jalan ini adalah kejayaan…

Sirah telah membuktikan, jalan da'wah tidak menempuh kesenangan malah tersedia pelbagai rintangan..teringat ungkapan nasihat yang sering keluar di bibir ibu sendiri..'Nak senang bukan senang..nak susah pun bukan susah'..ringkas..tapi cukup mendalam maksudnya..Inilah yang telah dijanjikan Allah..Anugerah nikmatNya di syurga bagi hamba-hambaNya yang bertaqwa dan untuk menujunya mesti lalui segala liku durinya..Ayuh..kita bangkit bersama sahabat!!

Wednesday, October 15, 2008

Anekdot Nur : Meminta


Adik Nur tanya...'Kenapa Kak Nur selalu sujud lama,rakaat terakhir sebelum tahiyyat tu?'...

Nur senyum jer..cakap kat adik yang kecik tu..

'Kak Nur berdoalah adik'...'

Adik nak doa jugaklah'..

'Boleh..tapi adik kena doa dalam hati jer tau,kalau doa sebut dengan lidah dalam bahasa melayu,batal solat nanti..'

'Ok..Kak Nur'..

'Kak Nur..Kak Nur doa apa ye..adik pun nak doa jugak.' tanya adik lepas Nur solat maghrib..

'La, adik doala apa-apa je yang adik nak.Minta dengan Allah.Nak dapat no.1 ke...'

Adik Nur angguk2..Fahamla kot..Nur tengok adik Nur sujud lama pada sujud terakhir..Nak gelak pun ada..tiba2 jadi baiklak adik Nur ni..Padahal nakal bukan main lagi..

'Adik doa apa? Lamanya sujud..' rasa gelihati pun ada jugak..syukur pun ada..

'Adik doa..minta adik jadi rajin, dapat no.1 dalam periksa dengan minta adik tak jadi penakut lagi'...

'Adik minta camni Kak Nur, Allah buatlah adik jadi rajin,jadi rajin..ada lagu2 skit..hehe,' nampak gigi rongok adik Nur tu..Nur pun gelaklah..Lepas solat, adik campak je kain telekungnya..ai..Nur pun tegurla..

'Tadi doa nak jadi rajin..tu telekung tu..lipatla..selalu camtu,'

'Hehe..adik lipat..bila adik doa minta jadi rajin, Allah terus bagi kerja kat adik kan.'

Nur senyum..tapi..kata1 adik Nur tu buatkan Nur berfikir...apa yang kita minta, Allah tak tunai camtu jer..tapi Dia bagi kerja ataupun ujian..yang lebih tepatnya..Nur fikir balik dengan doa2 Nur..bersediakah Nur terima ujian yang bakal mendatang?

Tak sangka..kata2 seorang kanak2 memberi makna,buatkan kita berfikir..betul tak?..Betul tu Nur, jawab saya..Ha..Nur pernah dengar kata2 ni?..tanya saya

I asked for strength..and Allah gave me difficulties to make me strong..

I asked for wisdom..and Allah gave me problems to solve..

I asked for courage..and Allah gave me obstacles to overcome..

I asked for love..and Allah gave me troubled people to help..

I asked for favors..and Allah gave me opportunities..

Maybe I received nothing I wanted....

But I received everything I needed...

MasyaAllah,bestnya kata2 tu..Betul tu, Nur setuju..Dan Nur jangan lupa sesuatu, tambah saya..
Yer, Nur tahu..jangan lupa ucap Thank U Allah...tahmid Alhamdulillah dengan segala pemberian Allah..Alhamdulillah,luncur dari bibir saya..Masing2 terdiam..berfikir nikmat anugerah tidak ternilai..



Doa Umpama Skru dengan Nat



Ulasan Petikan : Temuramah TG Nik Aziz

Doa, ibarat skru dengan natnya.Ukuran antara skru dan nat mestilah sama.Begitu juga dengan doa,biarlah kena dengan fungsinya..Fungsi doa kini semakin disalahertikan..Umat Islam hanya membaca doa sedangkan kita sepatutnya berdoa..Inilah perbezaannya..

Meminta adalah fitrah manusia.Kenapa kita tidak meminta secara langsung dengan Allah.Mengapa ada antara kita yang mahu berlapik dengan perantaraan doa itu,doa ini ataupun sekadar menampal doa2 di tandas,bilik sebagainya tanpa sendiri meminta.Satu kesilapan atau kelemahan kita sebagai orang Melayu hanyalah bergantung kepada membaca doa yang telah siap ditulis orang lain sedangkan doa itu sebagai contoh sahaja, bukannya mesti membacanya. Namun kalau kita tidak pandai bolehlah kita boleh gunakan doa dari Rasulullah s.a.w. dan sahabat sebagai contoh dan kita boleh berdoa dalam bahasa melayu untuk meluahkan isi hati kita dalam bahasa yang mudah difahami.

Apa yang penting ialah berdoa biarlah terluah dari isi hati bukan sekadar terlafaz di mulut sahaja.Sebab itu kita jangan sekadar meniru, tengok orang berdoa kita pun berdoa.Biarlah perkara itu datang dari hati dahulu kemudian lidah menjadi jurucakap.

Firman Allah s.w.t dalam Al-A'raaf ayat 55 :
"Mintalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang tersembunyi.Sesungguhnya Dia tiada mengasihi orang-orang yang melampaui batas"

Sebab itu dalam kita berdoa, kita mesti meminta bersungguh-sungguh,penuh sedar apa yang kita inginkan dan sebaiknya dengan tangisan.Mulut,hati dan tubuh badan kita mesti tegak.Betul-betul macam kita berhadapan dengan orang. Kalau kita berkehendakkan sesuatu daripada orang lain,kita tidak boleh berlengang-lenggok..Apatah lagi berkehendakkan daripada Allah Yang Esa.

Ingat kepada Tuhan sebenarnya perkara yang mudah, tetapi tidak ramai yang boleh melakukannya. Ada 3 cara untuk kita mengingati Allah swt iaitu ingat dengan qalbu,ingat melalui lidah dan menggunakan anggota. Ingat dengan qalbu ada 2 cara iaitu nikmat dan laknat Allah.Halal dan Haram Allah.Syurga dan Neraka Allah.Ingat dengan lidah dengan menyebut kalimatullah,tasbih,tahmid seumpamanya.Begitu juga dengan perbuatan,setiap perbuatan yang dilakukan dengan doa..semuanya dengan berdoa..

Semoga kehidupan kita dirahmati Allah..Berdoalah...kerana Allah tidak pernah penat mendengar rintihan hambaNya..malah Allah merindui rintihan dan permintaan hambaNya..Kerana kita bermula dari Allah..dan akan kembali kepada Allah..Allahuta'ala'alam.

Tuesday, October 14, 2008

Anekdot Nur : Tasbih


Nur teringat satu kisah dulu..Ketika itu Nur masih bertatih mengenal erti perjuangan dan pengorbanan..Nur dan kawan2 diprogramkan dalam satu program tarbiyyah..kira2 1 minggu programnya..memang menguji betul ketahanan fizikal dan mental..Sebut program tarbiyyah secara praktikal, banyaklah tekanan-tekanan yang Nur dan kawan2 terima..tidur 1-2 jam sahaja, setiap detik..setiap saat bagaikan terlalu lama..waktu kuliah Nur tersengguk2..rugi rasanya bila fikirkan..sedangkan pengisian disediakan cukup bagus,dengan penceramah yang hebat2..

Satu pengalaman yang cukup indah bagi Nur..bila Nur rasakan sepanjang program itu langsung tidak menyesakkan Nur,tidak rasa tertekan,tidak rasa terpaksa,tidak menghitung waktu2 untuk pulang..Pelik apa yang Nur rasakan..Apapun Nur tahu semuanya bertitik dengan kehadiran 'IKHLAS' dalam hati..mungkin kawan2 Nur yang lagi hebat lebih merasai indahnya perasaan itu..Dan Nur tak lupa, semuanya adalah kerana pengarah program waktu itu,DPP pusat sekarang ini..setiap kali dalam ucapannya..tidak lepas mengingatkan kami supaya "IKHLASKAN NIAT"..Nur tersedar atas alpa..cuba ikhlaskan niat kerana Allah..kerana itulah keperitan sepanjang program..Allah kurangkan..barangkali..moga Allah terima amalan Nur..

Tasbih..seutas tasbih menjadi barang amanah sepanjang program..Kebiasaannya diberikan barang2 yang susah untuk dijaga,seperti bata,biskut,telur dll..Kali ini dapat tasbih..Walau sering ditangan,tetapi lupa untuk membilang biji tasbih dengan memuji Allah..Subhanallah,betapa besarnya nikmat amanah ini Nur rasakan..Nur membilang tasbih ketika ingin tidur dalam keadaan dingin,kotor dan berpeluh..tidur hanya seketika..kerana selepas itu Nur dan kawan2 dibangunkan awal dinihari untuk terima tarbiyyah jasadi seterusnya..kadang-kadang tidur di atas jalan berbatu-batu..Maha Suci Allah,Nur tidak rasa penat malah diberi kekuatan untuk terus menerima tarbiyyah bangkit dari tidur ayam..Nur tahu,inilah kuasa tasbih..Sampai sekarang ini Nur masih menyimpan tasbih itu..Nur mencarinya kembali,terlupa tentang kisah disebalik tasbih itu...Nur dapat rasakan ada sesuatu yang berbekas pada jiwa Nur dengan tasbih itu..Tasbih itulah kenangan berharga Nur..permulaan Nur mengenal hakikat perjuangan..berusaha untuk membantu Islam yang kita semua cintai...

Tahu tak..Nur sayang sangat tasbih ini..Saya tunggu cerita Nur seterusnya..Nur nak simpan tasbih ni..Nur nak tunjukkan pada suami Nur nanti..dan Nur akan cakap..Inilah harta berharga Nur yang membawa Nur kepada sebuah perjuangan..Saya tergelak dengar kata-kata Nur..Amboi Nur..tingginya angan2..kata saya..Nur menarik muka..ala, impian la..tak salahkan..kalau masih eloklah tasbih ini..Saya senyum..insyaAllah Nur..kalau kita ikhlas..sahaja memancing Nur...jangan lupa sebut InsyaAllah dengan setiap tindakan dan bicara kita..Nur mengangguk2kan kepalanya..Jom makan,ajak saya..

Anekdot Nur : Makan Hati


Bunyi bip mesej bergetar di atas meja..Dah lama telefon bimbit Nur tak berbunyi.Nur pun membacanya.Wah,Nur dapat jemputan ke program.Dah lama Nur tidak berprogram,rindu pulak Nur rasa..Nak dapat kenalan baru,nak biasakan dengan keadaan da'wah di tempat sendiri.

Tapi,program mula lewat petang sampai pagi esok..Nur rasa teruja sangat..Tapi,Nur ada masalah...Nak dapatkan kebenaran dengan mak.Nur drive sendiri,Nur ajak sedara Nur temankan Nur sekali..Kena buat strategi ni,Nur fikir..Mulanya Nur rasa susah nak lepas untuk pergi..Nur dah balas mesej,minta maaf tak dapat turut serta..sedih pulak rasanya..Dahlah ini kali pertama nak ikut serta program jemaah ini sejak balik ke kampung, terharu jugak rasa sahabat tak lupakan diri Nur ini,walaupun hanya 2-3 orang sahaja yang Nur kenal..Sahabat Nur pujuk Nur minta pergi jugak..Nur mula cair balik..cuba usaha..

Pagi-pagi Nur dah bereskan semua urusan rumah..nanti senang mak nak lepas..(",)..Lepas semua dah ok, Nur telefon mak kat tempat kerja,keputusan last minit macam ni la,telefon je..Berdebar jugak..takut...

'Mak,Nur nak pergi program petang ini,balik pagi esok,boleh tak?'
'Pegi dengan sapa?'
'Nur pegi dengan Sya'..Mak diam..'Penting sangat ke program tu?'...Sudah..Nada mak bunyi marah..
'Ala mak,sekali sekala je Nur pergi. Nur bukan selalu keluar rumah.'
'Dah,pegi pegilah!!!'...talian telefon terus diputuskan..

Buk..Nur rasa bagai tercabut jantung Nur..Mak letak telefon camtu jer..Hati Nur mula luluh..Salah ke Nur nak ke program? Bukan selalu..Air mata Nur mengalir...Inikah cabaran Nur untuk istiqamah dalam perjuangan?...Hati Nur menjerit-jerit..kenapa mak tak nak memahami jiwa Nur walau sedikit?..

Nur tak jadi pergi,batalkan janji dengan sedara,dengan sahabat..Buat apa Nur pergi,kalau mak tak restu..Nur makan hati..sungguh Nur sedih...Mak balik kerja petang, Nur tengah membaca..Nur diam jer..sampai esok Nur masih diam jer..Mak pun diam jugak, tahu kot Nur kecik hati..Nur xnak cakap,takut terlepas cakap yang tak sepatutnya..nanti mak pulak kecik hati dengan Nur..Nur memang tak berhadapan langsung dengan mak..Nur selalu elak diri..Nur tak boleh..nanti Nur nangis..makan hati Nur dalam betul..tak tahu kenapa..Nur buat jer semua kerja2 rumah macam biasa..Lepas solat Nur nangis jer,minta Allah sejukkan hati Nur ini,tenangkan hati Nur..Nur taknak berterusan macam ini..Nur minta ampun segala dosa dari Yang Esa...

Nur tidur rumah nenek 1 malam..bagus jugak..Nenek minta temankan..Nur boleh tenangkan hati..Nur solat malam,zikir,baca kalamullah dan terus berdoa..Nur taknak sakitkan hati mak..tapi,hati Nur sebak lagi..Nur doa banyak2,Nur nak jadi anak solehah...Alhamdulillah..esok Nur balik rumah..Nur dah ok..Nur borak dengan mak macam biasa..Mak tengok Nur ok, mak pun ok jugak...

Nur cakap dengan saya..lepas ini Nur taknakla 'follow up' sahabat untuk program2 terkini,bila dijemput,Nur pun asyik cakap tak dapat pergi..Nur malu..Saya cakap pada Nur, tak apalah Nur..restu mak itu lebih penting Nur..Ingat kisah sahabat apabila bertanyakan kepada Rasulullah s.a.w. samada dia perlu bersama dalam perang atau menjaga ibu bapanya..'Berbaktilah kepada ibu bapa'...itu dikatakan Baginda s.a.w..Nur senyum..terima kasih..Nur tahu mak adalah segalanya dalam hidup Nur..Allah takkan biarkan hambaNya bersendirian..Semoga Allah istiqamahkan kita dalam perjuangan ini..cakap saya..Amiin..

Sunday, October 12, 2008

PPSMI : Apakah Kesudahan...

Isu PPSMI(Pembelajaran Sains&Matematik dalam Bahasa Inggeris) masih berlarutan,walaupun telah lama dilaksanakan..Persidangan yang ke3 pada 19 September lalu masih belum diketahui hasilnya..Menteri Pelajaran,memaklumkan bahawa keputusan PPSMI samada akan diteruskan atau tidak hanya akan diumumkan selepas keputusan UPSR tahun ini diumumkan...


Perubahan demi perubahan, pasti akan menyesakkan guru dan murid yang terlibat.Masalah PPSMI ialah bagi pelajar-pelajar yang bukan di kelas cemerlang.Tidak faham apa yang diajarkan,sekaligus menghilangkan rasa minat pelajar terhadap subjek sains dan matematik.Menurut pengalaman saya juga,kelas hadapan juga mempunyai masalah yang sama di SMK-SMK...terutamanya pelajar melayu..


Dasar Kementerian, bagi elakkan pelajar bermasalah ketika di peringkat menengah baru dilaksanakan PPSMI, kementerian mengambil langkah laksanakan pada awal tahun 1,peringkat rendah..Inilah cabaran bagi saya, kerana pelajar sek.ren baru ingin mengenal tatabahasa,vocab bahasa Inggeris..Subjek bahasa Inggeris belum dikuasai dengan baik, apatah lagi untuk memahami subjek sains dan matematik dalam bahasa Inggeris..Masalah pelajar adalah apabila tidak memahami apa yang dikehendaki dalam soalan,ini yang menyebabkan prestasi akademik merosot..


PPSMI ada pro dan kontranya...Harapannya agar kementerian bijak mengambil keputusan dengan mendengar suara-suara pihak lain yang juga tidak terkecuali dengan isu PPSMI ini dan juga isu bahasa..




Friday, October 10, 2008

Semua Ideologi Ciptaan Manusia Akan Hancur


Petikan :Tazkirah TG.Haji Abdul Hadi Awang

Sesungguhnya sehingga hari ini dunia menyaksikan kegagalan kerja-kerja syirik, kerja-kerja menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain. Allah Taala mendedahkan betapa kerja-kerja syirik itu kerja sia-sia dan firman Allah Taala yang bermaksud:
"Maka jangan kamu jadikan sekutu-sekutu bagi Allah sedangkan kamu mengetahui." (Surah al-Baqarah ayat 22).

Ini sama ada berupa agama-agama karut dengan membuat patung-patung dan berhala-berhala yang dipahat daripada batu-batu atau kayu-kayu dan kemudian disembah dan dipersucikan. Ini menunjukkan betapa bodohnya manusia walaupun ada di kalangan mereka yang bergelar ahli falsafah dan ahli-ahli fikir. Perbuatan ini merendah-rendahlah martabat manusia yang diciptakan oleh Allah Taala. Allah menjadikan makhluk-makhluk selain daripada manusia sebagai khadam kepada manusia untuk memudahkan mereka melaksanakan kewajipan khalifah di muka bumi. Mereka melantik makhluk-makhluk sebagai perantaraan Allah Taala sedangkan mereka tidak sedar bahawa Allah tidak perlu kepada perantaraan makhluk-makhluk kerana Allah Maha Mendengar, Maha Melihat dan Maha Mengetahui setiap perbuatan dan gerak hati manusia.

Kegagalan juga berlaku akibat penyelewengan terhadap ajaran Islam yang dibawa oleh para nabi dan Rasul termasuklah penyelewengan terhadap ajaran Nabi Musa dan Nabi Isa a.s. yang lahir daripadanya agama Yahudi dan agama Kristian hasil daripada ada ulama'-ulama' Yahudi yang berlagak menjadi Tuhan dan meminda hukum-hukum Allah Taala. Firman Allah yang maksudnya:
"Mereka mengambil paderi-paderi mereka dan pendita-pendita mereka sebagai tuhan selain daripada Allah." (Surah At-Taubah ayat 31).

Ajaran yang bernama Yahudi dan Kristian ini membawa pengikutnya ke arah kesesatan dan penderitaan hasil kerja-kerja ahli ilmu di kalangan mereka yang menyeleweng kerana mengejar kesenangan dunia sehingga sanggup menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal serta meminda dan mengubah-ngubah hukum yang tidak mendapat izin daripada Allah Taala. Demikian juga kegagalan pemimpin-pemimpin yang berlagak menjadi Tuhan dengan mengadakan undang-undang syariat selain daripada syariat Islam kononnya untuk menjamin keamanan dan keselamatan. Hasilnya berlakulah kejahatan-kejahatan dan maksiat yang tidak dapat dibendung lagi oleh hukum-hukum yang direkacipta oleh mereka itu.

Firman-Nya lagi yang bermaksud: "Adakah mereka mempunyai sekutu-sekutu di dalam membuat peraturan syariat agama di dalam perkara yang tidak dibenarkan oleh Allah?" (Surah Asy-Syura ayat 21).
Kegagalan syirik baru yang dapat dilihat sekarang ialah syirik ekonomi yang menjadikan ekonomi sebagai tuhan-tuhan baru sebagai berhala yang dipuja. Fahaman ini melahirkan dua ideologi lain iaitu kapitalis dan komunis. Kapitalis memberi kebebasan kepada setiap orang mengumpul harta kekayan tanpa had dan menggunakan berbagai-bagai cara, sedangkan komunis pula lahir untuk menentang kapitalis dan membela masyarakat dengan memiliki negara akan harta orang yang kaya.

Perkataan ekonomi sudah menjadi zikir, wirid dan menjadi ucapan pengikut-pengikut fahaman ideologi-ideologi tersebut, dan ekonomi dianggap satu-satunya landasan untuk mencapai kebahagiaan sehingga fahaman ini berjaya menyerap masuk ke dalam negara-negara umat Islam sendiri. Umat Islam dan pemimpin-pemimpin negara umat Islam menjaja dan menjunjung perkataan ekonomi dan mejadikan janji untuk memberi kebahagiaan bukanlah dijadikan alat di dalam melaksanakan tugas khalifah Allah di atas mukabumi ini. Sikap seperti ini seolah-olah mengaku ekonomi sebagai Tuhan yang berkuasa walaupun mulut-mulut mereka tidak mengucapkan bahawa ekonomilah Tuhan yang disembah selain daripada Allah Taala.
Fahaman ini berjaya mempengaruhi ulama'-ulama' jahat sehingga sanggup meminda hukum-hukum Allah Taala, menghalalkan riba, menghalalkan amanah-amanah saham yang tidak mengikut hukum syara', menghalalkan muamalat yang tidak berdasarkan Islam dan juga mempertahankan pemerintah yang tidak melaksanakan hukum Allah Taala dengan cara mengelirukan nas-nas al-Quran dan Sunnah sekadar untuk menjaga ekonomi sendiri dan menjaga kuasa pemerintah.

Fahaman ini mempengaruhi pemikiran rakyat yang mana mereka memberi nilai betul atau salah berpandukan kepada apa yang dapat memberi kesenangan dari sudut ekonomi. Jika sesuatu itu memberi kesenangan dari sudut ekonomi maka itulah yang hak dan jika sebaliknya tidak memberi apa-apa keuntungan ekonomi dan kesenangan maka batillah ia. Jadilah ukuran dalam menentukan hak dan batil ditentukan oleh ekonomi bukan lagi petunjuk Allah Taala dan ajaran Rasulullah s.a.w.

Tiba-tiba Allah Taala menunjukkan kegagalan semua fahaman tersebut pada hari ini. Melihat kegagalan ideologi komunis yang melahirkan fahaman sosialis kononnya bertujuan membela masyarakat berdasarkan pembahagian kekayaan secara adil. Ideologi komunis dan sosialis telah hancur di mana Russia dan negara-negara yang beramal dengan fahaman tersebut mula mengamalkan cara yang lebih bebas walaupun mereka tidak mengaku bahawa ideologi yang telah diamalkan mengalami kegagalan.

Telah tiba masanya umat Islam kembali semula kepada Islam, yakin kepada keberkatan yang dijanjikan oleh Allah Taala:
Firman-Nya yang bermaksud: "Sekiranya penduduk negeri tersebut beriman dan bertaqwa nescaya Kami bukakan keberkatan kepada mereka daripada langit dan bumi.

Marilah kita tinggalkan kedegilan kita dan tunduk dan bertaubat kepada Allah Taala sehingga kita diberikan keberkatan oleh Allah Taala, di mana perkataan berkat ini tidak ada di dalam mana-mana ideologi dan fahaman ciptaan manusia, yang hanya dikurniakan oleh Allah kepada orang-orang yang beriman dan bertaqwa kepadaNya.

Firman Allah yang bermaksud:
"Mereka mahu memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka, melainkan Allah (terus) menyempurnakan cahayaNya walaupun dibenci oleh orang kafir." (Surah As-Shaf ayat 8).

Kemajuan Yang Sedang Mengalami Kehancuran


Terdapat suatu kesedaran baru di kalangan umat Islam sekarang untuk kembali semula mendaulatkan negara Islam yang di dalamnya terlaksana syariat Allah s.w.t. Perkara ini menjadi sebahagian daripada Islam yang bersifat sempurna dan dibawa pula oleh Nabi Muhammad s.a.w bukan sahaja beliau menyampaikan Islam melalui sabda dan ucapan tetapi menyatakannya dengan keimanan yang sebenar dan melaksanakannya dengan sempurna. Ia bermula dari ikrar dua kalimah syahadah sehinggalah menunaikan ibadah kepada Allah s.w.t dan mentadbir bumi dengan syariat-Nya dalam negara yang didirikan di 'Al-Madinatul Munawwarah'.

Ajaran yang telah membuktikan kejayaan yang menggemparkan seluruh kuasa kuffar yang mempertahankan kezaliman, maksiat dan mungkar.Negara Islam adalah negara yang paling adil dan memberi kebahagiaan yang sebenarnya kepada manusia dalam masa yang lebih panjang bukan sahaja di dunia tetapi juga untuk kebahagiaan di akhirat yang kekal abadi. Musuh-musuh Islam telah berjaya melenyapkan kesedaran menegakkan Islam dalam fikiran umatnya di zaman mutakhir ini selepas kejatuhan Khalifah Uthmaniyyah di Turki, sebahagian besar daripada umat Islam tidak menyedari bahawa mereka memerlukan negara yang mendaulatkan syariat Allah s.w.t.

Terdapat di kalangan umat Islam bahkan ramai di kalangan mereka yang merasakan bahawa umat Islam tidak akan maju sekiranya mereka tidak mempelajari kemajuan kebendaan yang datang dari barat. Mereka tidak menyedari bahawa kemajuan kebendaan yang ada pada dunia barat adalah sebahagian daripada kemajuan yang telah ditempa oleh Islam sejak zaman-berzaman tetapi barat mengambil kebendaannya sahaja dan meninggalkan ajaran Islam yang membentuk roh dan peribadi mereka. Kita telah melihat bagaimana kemajuan kebendaan yang ditaja oleh barat itu sedang mengalami kehancuran dan yang menjadi halangan kepada kemajuan umat Islam bukan masalah kebendaan.

Kita melihat bagaimana terdapat di kalangan negara umat Islam yang mempunyai tenaga manusia dan dikurniakan sumber-sumber kebendaan boleh maju dari segi kebendaan dengan kurniaan Allah itu dan di sana terdapat banyak halangan dari kuasa Kuffar iaitulah halangan umat Islam menubuhkan negara Islam. Kita perlu menyedari bahawa musuh-musuh Islam sedar punca kekuatan umat Islam ialah wujudnya negara Islam. Sebab itu wujudlah usaha bagi menghalang tertegaknya negara Islam ini dengan berbagai-bagai cara sama ada dengan menggunakan kekerasan bala tentera bagi menekan golongan yang mahu menegakkan negara Islam ataupun menggunakannya secara halus dan lembut iaitulah dengan melaksanakan sebahagian daripada ajaran Islam untuk meredakan tuntutan mendaulatkan syariat Allah s.w.t itu.

Umat Islam hendaklah menyedari bahawa negara Islam bukan negara yang berpandu kepada amalan semata-mata. Negara Islam ialah negara yang didasarkan kepada aqidah. Oleh kerana ia didasarkan kepada aqidah maka Nabi Ibrahim a.s. tidak menerima segala tawaran yang dikemukakan oleh Raja Namraz di zamannya kerana raja itu menolak aqidah Islam. Begitu juga dengan tindakan yang diambil oleh Nabi Yusuf a.s. apabila ditawarkan menjadi ketua perbendaharaan Negeri Mesir, Nabi Yusuf dengan tegasnya menyatakan sebagaimana tersebut di dalam firman Allah yang bermaksud:

" Dengan sebab itu aku meninggalkan agama kaum yang tidak beriman kepada Allah serta tidak pula percayakan hari akhirat. Dan aku menurut agama bapa dan datuk nenekku: Ibrahim dan Ishaq serta Ya'qub..." (Surah Yusuf ayat 37-38).

Rasulullah bersabda yang bermaksud:
"Mereka itu ialah golongan yang kulitnya sama dengan kita dan bercakap dengan lidah yang sama dengan kita."

Marilah kita menjadikan aqidah sebagai landasan kita dan sebagai perbezaan di antara negara Islam yang sebenar dengan negara munafiq yang dibina di atas dasar Masjid 'Dhirar' sebagaimana golongan munafiqin mendirikan masjid itu di zaman Rasulullah s.a.w. yang telah dibakar oleh Rasulullah. Marilah kita menyedari hakikat ini dengan penuh teliti kerana mati hanya satu kali sahaja dan manusia akan berdepan di hari kiamat dalam keadaan tidak dapat merujuk kembali ke alam dunia ini. Marilah kita menilai segala yang ada di hadapan kita bukan dengan akal fikiran manusia semata-mata tetapi dengan petunjuk daripada Al-Quranul Karim yang dapat membetulkan akal fikiran manusia.(lihat Surah Yusuf: 37-38)

Nabi Ibrahim a.s. menolak kekufuran dan menyatakan keimanan terlebih dahulu dan itulah yang dinyatakan oleh Nabi kita Muhammad s.a.w apabila ditawarkan negara, jawatan, kedudukan dan harta benda percuma. Rasulullah s.a.w menolak dengan tegas kerana apa yang ditawarkan itu tidak dibina di atas aqidah. Umat Islam hendaklah menyedari bahawa tanggungjawab mereka ialah mendirikan negara yang berdasarkan kepada aqidah dan dibina di atasnya segala amalannya bukan negara yang dibina melalui amalan semata-mata tetapi tidak berteraskan kepada aqidah.

Inilah perbezaan yang tidak boleh mengelirukan umat Islam dan tidak boleh menyesatkan mereka dengan sebab seruan penyeru-penyeru ke arah neraka Jahannam.

Firman Allah yang bermaksud:
"Demi sesungguhnya Allah mesti menolong orang yang menolong agama-Nya sesungguhnya Allah itu Maha Kuat lagi Maha Perkasa. Orang-orang yang Kami berikan kepada mereka kuasa memerintah di muka bumi, mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran dan bagi Allah sahajalah akibat segala urusan.” (Surah Al-Haj: 40-41)