Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Berdasarkan Akta Hakcipta 1987:
Dilarang untuk mencetak, mengulang siar, mengambil, mencuri, menciplak, dan sebagainya tanpa izin daripada penulis.Hak cipta blog adalah terpelihara (Kenyataan ini hanya untuk penulisan saya dalam subjek 'karyaku' kerana melibatkan penghantaran ke media cetak.Penulisan lain tiada akta halangan.Dialukan penyebaran)

Tuesday, October 14, 2008

Anekdot Nur : Makan Hati


Bunyi bip mesej bergetar di atas meja..Dah lama telefon bimbit Nur tak berbunyi.Nur pun membacanya.Wah,Nur dapat jemputan ke program.Dah lama Nur tidak berprogram,rindu pulak Nur rasa..Nak dapat kenalan baru,nak biasakan dengan keadaan da'wah di tempat sendiri.

Tapi,program mula lewat petang sampai pagi esok..Nur rasa teruja sangat..Tapi,Nur ada masalah...Nak dapatkan kebenaran dengan mak.Nur drive sendiri,Nur ajak sedara Nur temankan Nur sekali..Kena buat strategi ni,Nur fikir..Mulanya Nur rasa susah nak lepas untuk pergi..Nur dah balas mesej,minta maaf tak dapat turut serta..sedih pulak rasanya..Dahlah ini kali pertama nak ikut serta program jemaah ini sejak balik ke kampung, terharu jugak rasa sahabat tak lupakan diri Nur ini,walaupun hanya 2-3 orang sahaja yang Nur kenal..Sahabat Nur pujuk Nur minta pergi jugak..Nur mula cair balik..cuba usaha..

Pagi-pagi Nur dah bereskan semua urusan rumah..nanti senang mak nak lepas..(",)..Lepas semua dah ok, Nur telefon mak kat tempat kerja,keputusan last minit macam ni la,telefon je..Berdebar jugak..takut...

'Mak,Nur nak pergi program petang ini,balik pagi esok,boleh tak?'
'Pegi dengan sapa?'
'Nur pegi dengan Sya'..Mak diam..'Penting sangat ke program tu?'...Sudah..Nada mak bunyi marah..
'Ala mak,sekali sekala je Nur pergi. Nur bukan selalu keluar rumah.'
'Dah,pegi pegilah!!!'...talian telefon terus diputuskan..

Buk..Nur rasa bagai tercabut jantung Nur..Mak letak telefon camtu jer..Hati Nur mula luluh..Salah ke Nur nak ke program? Bukan selalu..Air mata Nur mengalir...Inikah cabaran Nur untuk istiqamah dalam perjuangan?...Hati Nur menjerit-jerit..kenapa mak tak nak memahami jiwa Nur walau sedikit?..

Nur tak jadi pergi,batalkan janji dengan sedara,dengan sahabat..Buat apa Nur pergi,kalau mak tak restu..Nur makan hati..sungguh Nur sedih...Mak balik kerja petang, Nur tengah membaca..Nur diam jer..sampai esok Nur masih diam jer..Mak pun diam jugak, tahu kot Nur kecik hati..Nur xnak cakap,takut terlepas cakap yang tak sepatutnya..nanti mak pulak kecik hati dengan Nur..Nur memang tak berhadapan langsung dengan mak..Nur selalu elak diri..Nur tak boleh..nanti Nur nangis..makan hati Nur dalam betul..tak tahu kenapa..Nur buat jer semua kerja2 rumah macam biasa..Lepas solat Nur nangis jer,minta Allah sejukkan hati Nur ini,tenangkan hati Nur..Nur taknak berterusan macam ini..Nur minta ampun segala dosa dari Yang Esa...

Nur tidur rumah nenek 1 malam..bagus jugak..Nenek minta temankan..Nur boleh tenangkan hati..Nur solat malam,zikir,baca kalamullah dan terus berdoa..Nur taknak sakitkan hati mak..tapi,hati Nur sebak lagi..Nur doa banyak2,Nur nak jadi anak solehah...Alhamdulillah..esok Nur balik rumah..Nur dah ok..Nur borak dengan mak macam biasa..Mak tengok Nur ok, mak pun ok jugak...

Nur cakap dengan saya..lepas ini Nur taknakla 'follow up' sahabat untuk program2 terkini,bila dijemput,Nur pun asyik cakap tak dapat pergi..Nur malu..Saya cakap pada Nur, tak apalah Nur..restu mak itu lebih penting Nur..Ingat kisah sahabat apabila bertanyakan kepada Rasulullah s.a.w. samada dia perlu bersama dalam perang atau menjaga ibu bapanya..'Berbaktilah kepada ibu bapa'...itu dikatakan Baginda s.a.w..Nur senyum..terima kasih..Nur tahu mak adalah segalanya dalam hidup Nur..Allah takkan biarkan hambaNya bersendirian..Semoga Allah istiqamahkan kita dalam perjuangan ini..cakap saya..Amiin..

1 comment:

alzinki said...

apakah kita merasakan urusan dakwah itu dengan hanya kita melibatkan diri dengan program-program dakwah secara serius.Jalan dakwah ini terlalu luas bagi kita.Lihat saje dizaman Rasulullah tidak semua yang pergi berperang, ada yang diperintahkan menuntut ilmu, ada yang diperintahkan menyediakan peralatan perang sahaja tanpa perlu pergi berperang, ada juga yang diperintahkan sekadar hanya memasak untuk tentera di medan peperangan. Adakah disana wujud perbezaan pahala atau ganjaran antara orang yg terlibat dimedan peperangan bertemu musuh dengan mereka yang sekadar menyediakan makanan utkpara tentera mereka?Niat itu yang menjadi ukuran di sisi Allah.Jika kita berada dimedan peperanagn berhadapan dengan musuh pun tapi bukan dengan keikhlasan hati semata-mata terpaksa, maka lebih mulialah bagi mereka yang hanya tugasnya menjahit pakaian tentera dengan penuh keikhlasan semata2 untuk melihat tenteranye bersemgat berhadapan dgn musuh.Namun jaganlah kita berputus asa untuk terus berdoa agar Allah senantiasa menjadikan kita sebagai org yg thbat di jalan Allah(fi sabilillah)