Ulasan Petikan : Temuramah TG Nik Aziz
Doa, ibarat skru dengan natnya.Ukuran antara skru dan nat mestilah sama.Begitu juga dengan doa,biarlah kena dengan fungsinya..Fungsi doa kini semakin disalahertikan..Umat Islam hanya membaca doa sedangkan kita sepatutnya berdoa..Inilah perbezaannya..
Meminta adalah fitrah manusia.Kenapa kita tidak meminta secara langsung dengan Allah.Mengapa ada antara kita yang mahu berlapik dengan perantaraan doa itu,doa ini ataupun sekadar menampal doa2 di tandas,bilik sebagainya tanpa sendiri meminta.Satu kesilapan atau kelemahan kita sebagai orang Melayu hanyalah bergantung kepada membaca doa yang telah siap ditulis orang lain sedangkan doa itu sebagai contoh sahaja, bukannya mesti membacanya. Namun kalau kita tidak pandai bolehlah kita boleh gunakan doa dari Rasulullah s.a.w. dan sahabat sebagai contoh dan kita boleh berdoa dalam bahasa melayu untuk meluahkan isi hati kita dalam bahasa yang mudah difahami.
Apa yang penting ialah berdoa biarlah terluah dari isi hati bukan sekadar terlafaz di mulut sahaja.Sebab itu kita jangan sekadar meniru, tengok orang berdoa kita pun berdoa.Biarlah perkara itu datang dari hati dahulu kemudian lidah menjadi jurucakap.
Firman Allah s.w.t dalam Al-A'raaf ayat 55 :
"Mintalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang tersembunyi.Sesungguhnya Dia tiada mengasihi orang-orang yang melampaui batas"
Sebab itu dalam kita berdoa, kita mesti meminta bersungguh-sungguh,penuh sedar apa yang kita inginkan dan sebaiknya dengan tangisan.Mulut,hati dan tubuh badan kita mesti tegak.Betul-betul macam kita berhadapan dengan orang. Kalau kita berkehendakkan sesuatu daripada orang lain,kita tidak boleh berlengang-lenggok..Apatah lagi berkehendakkan daripada Allah Yang Esa.
Ingat kepada Tuhan sebenarnya perkara yang mudah, tetapi tidak ramai yang boleh melakukannya. Ada 3 cara untuk kita mengingati Allah swt iaitu ingat dengan qalbu,ingat melalui lidah dan menggunakan anggota. Ingat dengan qalbu ada 2 cara iaitu nikmat dan laknat Allah.Halal dan Haram Allah.Syurga dan Neraka Allah.Ingat dengan lidah dengan menyebut kalimatullah,tasbih,tahmid seumpamanya.Begitu juga dengan perbuatan,setiap perbuatan yang dilakukan dengan doa..semuanya dengan berdoa..
Semoga kehidupan kita dirahmati Allah..Berdoalah...kerana Allah tidak pernah penat mendengar rintihan hambaNya..malah Allah merindui rintihan dan permintaan hambaNya..Kerana kita bermula dari Allah..dan akan kembali kepada Allah..Allahuta'ala'alam.
No comments:
Post a Comment