2-1..bukan 3-0
Isu Lina Joy..heboh dan begitu popular akhir-akhir ini..akhirnya berakhirnya kontroversi ini dengan kemenangan Islam 2-1..Menangkah Islam?..Persoalan mengapa tidak 3-0??
Akhirnya, dua dari tiga hakim menolak permohonan Lina Joy atau nama asalnya Azlina Jailani untuk membuang status agamanya daripada kad pengenalan beliau.Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim bersama seorang lagi hakim Datuk Alauddin Datuk Mohd Sheriff mengetepikan permohonan Lina manakala seorang lagi hakim, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Richard Malanjun membenarkan permohonan tersebut.
Begitulah keputusan mahkamah berakhir..seperti satu lawak..kes lina joy yang ditimbulkan sejak 1997..hingga kini 2007..mengambil masa 10 tahun..HANYA UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN SAMADA PERKATAAN ISLAM PADA KAD PENGENALAN PERLU DIKEKALKAN ATAU DIGUGURKAN!!...Adakah Islam terletak pada kad pengenalan??..
Sedangkan Azlina Jailani ini telah mengisytiharkan tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990, mempunyai sijil Baptis yang dikeluarkan pada 11-May-1998, dan pada tahun 2000 menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan seorang India Kristian, dan meminta untuk didaftarkan perkahwinan tersebut untuk mengesahkan perkahwinan beliau.Islamkah lagi beliau??
Sepatutnya 0-0
Telah banyak peringatan dan amaran telah dinyatakan :
Daripada Ibn Mas`ud dan `Aisyah, Nabi s.a.w. bersabda: Tidak halal darah seseorang muslim selain daripada tiga sebab: berzina selepas menjadi muhsan, membunuh orang lain tanpa hak dan mengasingkan diri dari jemaah serta meninggalkan agama (murtad).
(Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud dll)
"Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka hendaklah ianya dibunuh"
(Riwayat al-Bukhari dan Abu Dawud)
Jika Malaysia mengamalkan perundangan Islam sepenuhnya..tiada perlunya pertandingan..2-1 atau 3-0..sepatutnya 0-0..kerana melibatkan hukum Islam yang jelas hukumnya..MURTAD!!..Tidak perlu dibicarakan..dengan hanya libatkan kad pengenalan..bukan hakikat keimanan dan keislaman yang dijalankan dalam kehidupan seharian..Inikah negara Islam..cukup dikesalkan..
Hidden Agenda
Kes Lina Joy adalah kes yang mengambil kesempatan dalam kekalutan semasa umat Islam di dunia, dan di Malaysia khususnya yang amat lemah dan tidak ada keupayaan untuk digembleng bagi mempertahankan Islam di mana-mana sahaja, hatta mempertahan aqidah seorang muslim yang lain.
Kes ini pada dasarnya adalah rentetan daripada tuntutan kumpulan “Artikel 11” yang pernah berkumpul di Petaling Jaya & Melaka, dan pernah cuba berkumpul di Pulau Pinang pada 14-Mei-2006 yang menuntut kepada pemerintah untuk membenarkan sepenuhnya kebebasan Murtad di bawah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan, setelah kekalahan untuk kes Mohamed Abdullah @ Moorthy, S. Sharmala dan Nyonya Tahir
Kes Lina Joy adalah percubaan yang akan memberikan impact yang amat besar, dan diistilah kan sebagai “beyond our imgination” yang mana ia secara langsung mencabar undang-undang Syariah oleh Mahkamah Syariah di bawah Perkara 121(A) Perlembagaan Persekutuan, samaada ianya akan dipinda atau dihapuskan sepenuhnya, dan seterusnya mancabar hukum yang Allah SWT telah tetapkan di dalam Al Quran & As Sunnah.
No comments:
Post a Comment