“Rahimah. erm.. Ana nak tanya something bleh?” Huda yang tadinya khusyuk menatap screen laptopnya, tiba2 mencelah kesunyian malam.”Ape dia?” Rahimah yang tadi sedang sibuk membaca bukunya tersentak.”Hehe. Ana ni, tak de lah kiranya dah lama kenal enti. Kira2 guna jari, less than 2 years that we knew each other
“Huda. Cakap je lah ape benda yang enti nak cakap.. Ana tak larat dengan teka-teki enti nih.” Rahimah mula tak sabar nak tahu apa yang sedang bermain dalam fikiran temannya itu.
“Tak pe lah.. Tak pe lah. Jom2 study. Ana nak sambung buat programming ana ni.. Enti gi lah baca Anatomy ke apo bondo tu..” Huda terus tiba2 buat muka serius dan sambung menatap laptopnya.
“Alaaa.. Huda ni.. Kang ana dah tak leh concentrate belajar. Baik enti cakap.. Tak baik cakap separuh2.” Rahimah semakin tidak sabar.
“Ayaa!! Jangan jadi orang tidak sabar.. Terus bersabar.. Tetapkan bersabar” Huda tersengih sambil bernasyid lagu Sabar oleh Alarm Me.
Rahimah tergelak, dia bingkas bangun dari tempat duduknya dah berjalan ke arah Huda lalu mencubit-cubit pipi kawannya itu. Rahimah gagal mengorek isi minda Huda. Huda, walaupun nampak seperti orang yang peramah dan mudah bercerita, namun tetapi dia adalah sangat misteri dan penuh berteka-teki orangnya. Kadang-kadang, sehinggakan apabila Huda sekadar bertanya soalan2 biasa, Rahimah mengambil masa yang lambat untuk menjawab, takut2 kalau ada “trick” di sebalik pertanyaan2 kawannya itu.
“Huda, ana nak tido dulu Kang pukul 3.00 pagi kejut ana. Enti jangan teruja pulak tengok ana tertidur.. Enti teruskan study tau.” kata Rahimah..
“Enti ni pulak, tak teruja ke tengok ana study dengan tekun nih?” Huda perli lagi.
Rahimah dah malas nak layan, dia sengih sahaja dan berjalan ke arah katilnya.
“Ingat tau, kejut pukul 3.00 pagi.” Rahimah pesan lagi.
Huda angguk kepala, dan terus khusyuk menatap screen laptopnya, tangannya terus laju menaip code programmingnya. Rahimah semakin lentok, akhirnya lenyap dibuai mimpi.
Huda memang banyak perkara nak disampaikan kepada temannya itu. Tapi, Huda sangat2 takut andai pertanyaannya terlalu berat untuk diterima oleh sahabatnya itu. Huda dan Rahimah sama2 mempunyai latar belakang yang agak sama, latar belakang yang konon2nya “Islamik”, tetapi sebenarnya sudah lama mereka tertipu dengan kehidupan yang sekular. Islam dan kehidupan dipisahkan. Solat, puasa dan ibadah2 dan syari’at2 yang khusus konon-konon sudah cukup untuk melabel remaja seperti mereka sebagai “orang baik”. Lalu, tertipulah mereka dengan title tersebut.
Segala puji bagi Allah, taufiq dan hidayah Allah amat luas. Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang dia kehendaki, dan menarik petunjukNya daripada sesiapa yang Dia kehendaki.
Peluang untuk belajar di luar negara, menjadi muntalaq (langkah bermula) kepada Huda dan Rahimah untuk mengenal deen Islam dengan lebih syumul, dan memahami Al Quran sepertimana ia diturunkan, dan
Di bumi asing itulah, kedua-dua teman baik itu mendapat hujan emas. Malah lebih baik daripada hujan emas. Mereka mendapat hidayah Allah. Ya, benar. Hidayatullah. Itulah sebenarnya yang didambakan oleh semua insan, kalaulah mereka mengerti betapa manisnya berada dalam nikmat iman dan islam.
Setiap detik langkah kehidupan adalah tarbiyah. Huda berpeluang ke bumi asing ini lebih awal daripada Rahimah. Syukur ke hadrat Allah dan terima kasih kepada tangan orang-orang yang soleh dan musleh, yang telah mentarbiyah diri Huda. Daripada seorang yang berfikiran complicated dan berperwatakan keras, Huda sepertimana namanya, dikurniakan petunjuk Allah. Daripada seorang yang hanya memikirkan dunia, yang hanya memikirkan kepentingan dirinya, Huda merasakan lebih manis hidup di bawah naungan Al Quran.
Huda mengimbau zikraayat dia menghadiri majlis ilmu yang tak disangka-sangka mengubah kehidupan dirinya. Bagaikan MP3 file yang tersimpan rapi di dalam otaknya. Huda mengimbas isi-isi ta’alim.
�Hidup di bawah naungan Al Quran adalah suatu kenikmatan yang tidak dapat diketahui melainkan hanya oleh mereka yang mengecapinya sahaja.
-Syed Qutb
Hidup di bawah naungan Al Quran, sepanjang usia manusia dapat mencapai kenikmatan meluhur, memberkati dan membersihkan kehidupannya.
Diri manusia mustahil untuk hidup dalam lingkungan suasana atau keadaan yang sama sahaja. Lumrah hidup manusia, peringkat2 dalam kehidupannya pasti menghadapi pengalaman yang berbeza. Mungkin di waktu muda dia kaya, kemudian menjadi miskin. Mungkin pada suatu kala, dia cantik, kemudian berubah menjadi tua mengerekot dan tidak cantik lagi. Tapi, andainya hidup manusia itu pada setiap masanya di bawah naungan Al Quran, dia akan merasakan hidup yang luhur, kerana hanya terdapat SATU garis panduan kehidupannya, justeru merasakan setiap detik hidupnya terasa barakahnya. Dia akan rasa tenang, kerana menghadapi hari-hari hidupnya dalam suasana yang bersih, jiwa dan tubuhnya.
Huda yang tadinya sibuk menatap laptop, kali ini laptopnya pula menatapnya. Fikiran Huda terus melayang. Mengimbas saat-saat dahulu, apabila dia bersama teman seperjuangan yang lain menadah dan disuap dengan ilmu merapatkan diri dengan Allah.
Huda dahulunya jarang merasa ‘izzah menjadi seorang Muslim. Kalau di negara Barat tempat dia belajar ini, sering kali dia terikut-ikut cara Orang Barat. Jarang kali dia terasa bahawa dirinya telah diberi penghormatan oleh Allah Azzawajalla kerana telah terpilih untuk jadi orang yang beriman. Huda teringat lagi isi-isi majlis ilmu yang pernah dihadiri olehnya dahulu…
“Hidup di bawah naungan Al Quran, di mana Allah seolah-olah berkata-kata kepada diri hambanya. Bayangkan, itulah suatu penghormatan tidak terhingga bagi seorang manusia yang kerdil.
Seorang pekerja pasti merasa amat gembira apabila bossnya berkomunikasi dengannya, sedangkan dirinya hanya pekerja bawahan. Apatah lagi, sebagai hamba Allah, kalamullah berlegar dalam segenap pelosok kehidupannya, di telinganya, di lidahnya, di hatinya apabila hidup di bawah naungan Al Quran. Itulah sesi chit-chat yang paling bermakna bagi suatu ciptaan dengan penciptanya. Allah bercakap dengan kita!”
Huda menatap Rahimah yang sedang lena diulit mimpi. Rasa kasih dan sayangnya terhadap temannya itu, hanya Allah sahaja yang tahu. Ingin Huda luahkan segala apa yang dia rasa kepada Rahimah. Tapi takut pula Rahimah rasa “overwhelmed”. Takut andai apa yang dia cuba sampaikan luar kefahaman dan kemampuan perasaan Rahimah. Huda rasa dadanya membuak-buak ingin menghamburkan segala apa yang dia fahami dan alami, alangkah seronoknya bercinta dengan Allah dan Rasul! Alangkah seronoknya hidup di bawah naungan Al Quran. Alangkah seronoknya berjalan mengikut jejak langkah Rasulullah SAW.
Rahimah masih baru-baru belajar. Tetapi peningkatannya dalam kefahaman Islam sangat cepat. Huda sangat kagum dengan Rahimah, memang Rahimah pelajar cerdik. Di kolej persediaan pun, memang Rahimah terkenal sebagai antara pelajar paling cemerlang. Huda kagum Rahimah mampu meninggalkan jahiliyah luarannya dengan sangat cepat. Tetapi, Huda sangat2 takut, andai dirinya ataupun diri temannya itu tergopoh-gapah, tertipu dengan semangat dan takut andainya tidak istiqamah. Hanya kerana rosaknya langkah pertama.
Teringat kata2 orang alim,
“kelesuan sesudah mujahadah adalah kerana kerosakan langkah pertama”
Rasulullah SAW mengambil masa 13 tahun untuk membina generasi Sahabat yang mantap di Makkah. Huda khuatir andai dirinya “lost” dan tidak dapat mencari “the right balance”. Takut terlalu cepat langkah, tetapi hati dan emosi kecil. Takut terlalu tinggi fikrah, kaki pula lambat bergerak. Takut pula jiwa raga terlalu besar, sampai melembabkan amal.
Huda melihat Rahimah lagi. Huda teringat pula kawan-kawannya yang lain.
“Antunna mesti rasakan, tanggungjawab ini..seolah-olah kalau antunna berhenti di sini, perjalanan dakwah dan tarbiyah di tempat ini, berhenti di sini sahaja” kata-kata mu’allim yang pernah mengajar Huda tersentak, ingin pengsan dirinya. Lalu Huda gelabah sendirian. Nak diikutkan hati, rasa tak mampu. Dengan ilmu yang sedikit, akhlak belum cukup mantap.
Namun, Huda dan teman-teman yang lain terus meneruskan langkah. Walau pincang dan cacat pada awalnya. Walau nampak serong pada mata orang-orang yang memandang remeh usaha mereka.
Islam telah menukar cara pemikiran mereka. Huda terus mengimbau ta’alim, halaqah yang mereka pernah lalui.
“Hidup di bawah naungan Al Quran, memberikan manusia teropong baru dalam melihat dunia pada perspektif yang berbeza. Jahiliyah berkecamuk merosakkan bumi, tetapi manusia terus memuja-muja dan berbangga dengan jahiliyah. Ilmu, pengetahuan dan kefahaman mereka terjerumus kepada kebodohan.
Manusia yang hidup jauh daripada naungan Al Quran, ibarat kanak2 yang merebutkan permainan, sedangkan manusia yang hidup di bawah naungan Al Quran ibarat orang dewasa yang kelakar dan tersentuh melihat kebodohan kanak2 yang sanggup bercakaran demi permainan yang tidak memberi manfaat barangpun sedikit.
Hidup di bawah naungan Al Quran, menganugerahkan seorang insan dengan kefahaman yang tidak ternilai, serta tanggapan yang sempurna, iaitu nikmat kefahaman tentang alam al-wujud, matlamat al-wujud itu dan juga matlamat kehidupan manusia sendiri.
Manusia sedang lalai dengan kefahaman yang sesat dan menyesatkan, di mana2 pelosok dunia Timur, Barat, Utara mahupun Selatan manusia memahami kefahaman yang mereka sendiri tidak memahaminya. Lantaran tubuh mereka merasakan nikmat apa yang mereka fahamkan itu, jiwa mereka meronta terseksa inginkan ketenangan.”
Itulah nikmat ukhuwah kerana Allah, Rasulullah telah wariskan budaya saling memperingatkan kepada kebenaran dan kesabaran sesama orang2 beriman. Kerana budaya yang kuat inilah, telah melahirkan bi’ah solehah di tempat belajar Rahimah dan Huda. Ramai teman2 yang lain juga mendapat “enlightenment” mereka di sini.
Lama juga Huda mengelamun, akhirnya tengok2 jam dah menunjukkan pukul 3.15 pagi. Huda cepat2 pergi kejutkan Rahimah.
Rahimah menggosok-gosokkan matanya.
“Wah, enti tak tido lagi dari tadi ke?” kata Rahimah.
Huda sengih.
“Rahimah, eleh.. Konon2 tadi kata tak bleh tido sebab memikirkan pernyataan ana tadi. Tido sedap je ana nengok..” Huda menyakat kawannya lagi.
Rahimah sengih. “Hehe. ” Rahimah bingkas bangun utk mengambil wudhu’. Huda dengan nakal meluru masuk ke dalam bilik air terlebih dahulu, memotong Rahimah.
“Eyy.. Huda ni.” Rahimah mengetap giginya.
Huda yang dah masuk bilik air, menjengahkan kepalanya ke luar pintu bilik air, sambil menyanyi “jangan jadi orang tidak sabar”
Rahimah kembali tersengih.
No comments:
Post a Comment