Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Berdasarkan Akta Hakcipta 1987:
Dilarang untuk mencetak, mengulang siar, mengambil, mencuri, menciplak, dan sebagainya tanpa izin daripada penulis.Hak cipta blog adalah terpelihara (Kenyataan ini hanya untuk penulisan saya dalam subjek 'karyaku' kerana melibatkan penghantaran ke media cetak.Penulisan lain tiada akta halangan.Dialukan penyebaran)

Monday, February 26, 2007

Perlunya Kefahaman Aqidah Qada'&Qadar

Akidah qada’ dan qadar merupakan satu komponen penting dari komponen penting dalam akidah telah dibidas keras oleh musuh-musuh Islam sehingga hati ramai orang-orang Islam sendiri terasa goyang yang menimbulkan rasa pelik. Malangnya kebanyakan orang Islam pada hari ini masih tidak menyedari penyakit yang mereka hidapi dan tidak faham tentang tipu helah yang dilakukan oleh musuh Islam. Kerapkali kita mendengar kecaman-kecaman terhadap akidah qada’ dan qadar ini terbit daripada lidah orang Islam sendiri (1).Seringkali mereka menjadikan alasan untuk mereka melakukan maksiat-maksiat dan mereka menjadikan alasan untuk melepaskan diri daripada tanggungjawab. Alasan itu juga dijadikankannya punca-puca melakukan jenayah terhadap ALLAH s.w.t. ,dituduhnya Allah s.w.t, qada’ dan qadar dijadikan alasan.
Pengertian qada’ dan qadar
Qada’ bermaksud ketetapan,keputusan dan perlaksanaan.
Qadar disebut dalam al-Quran dalam bentuk fi’il dan masdar.Qadar bermaksud takdir atau ketentuan.Boleh berubah dengan usaha manusia.
Pembahagian qada’ dan qadar
Qada’ terbahagi kepada dua bahagian iaitu (i) Qada’ Muallaq dan (ii) Qada’ Mubram
(i) Qada’ Muallaq bermaksud yang dikaitkan.Takdir yang masih bergantung dan sudah tercatat di Luh Mahfuz.Contohnya jodoh,waktu kematian.Masih boleh diusahakan dan meminta daripada Allah s.w.t dengan berdoa kepadaNYA.
(ii) Qada’ Mubram bermaksud yang pasti.Sudah tercatat di Luh Mahfuz dan tidak dapat dielakkan.Allah menetapkan apa yang sudah ditentukanNYA.
Qadar terbahagi kepada 4 bahagian
(i) Ilmu = Percaya bahawa Allah s.w.t itu Maha Mengetahui segala sesuatu. Segala yang diketahui Allah s.w.t dengan ilmuNYA sejak azali dan abadi.
(ii) Kitabah/suratan = Percaya bahawa Allah s.w.t telah menulis sesuatu yang terjadi sampai hari kiamat di Luh Mahfuz (rujuk surah al-Hajj :70)
(iii) Masyi’ah(kehendak) = Percaya bahawa Allah s.w.t telah menentukan segal sesuatu baik di langit dan di bumi sesuai dengan masyi’ahNYA(kehendak Allah s.w.t).’Kun fayakun”(surah Yaasin: 82)
(iv) Al-khalq(Penciptaan) = Percaya bahawa sesungguhnya Allah s.w.t pencipta segala sesuatu.(Rujuk surah azzumar ;62-63)
Qada’ dan qadar bukan untuk paksaan tetapi memberitahu manusia bahawa ilmu Allah s.w.t lebih dahulu mengetahui usaha dan buah-buah usaha hambaNYA menurut peraturan dan ketentuan yang telah ditetapkan tuhan dan Tuhanlah yang menjadikan buah usaha yang baik atau buruk.
Qada’ Allah s.w.t tidak akan wujud buruk selamanya kerana qada’ Allah s.w.t datangnya dari rahmat dan hikmat kebijaksanaan Allah s.w.t. Kita tidak tahu apa hikmah yang sebenarnya dari qada’ Allah tetapkan kepada kita.Inilah peranan usaha dan doa.Usaha dan doa boleh mengubah qadar(ketentuan) yang buruk kepada baik dan juga mengubah qada’ muallaq kerana sesungguhnya Allah s.w.t Maha Penyayang dan Maha Pemurah.
Perlu diyakini Allah memberikan ikhtiar dan kemampuan bagi hambaNYA untuk melakukan sesuatu perbuatan.Ini dapat kita lihat melalui beberapa bukti :
(i) Allah s.w.t mengutuskan rasul untuk membawa khabar gembira dan ancaman.Manusia diberi pilihan untuk memilih jalan yang mana.(rujuk annisa’:165)
(ii) Allah s.w.t memberikan perintah atau larangan kepada hambanNYa berdasarkan pertimbangan adanya ikhtiar dan qudrah hamba.”Allah tidak akan membebani hambaNYa melainkan dengan kesanggupannya’(albaqarah:286)
(iii) Setiap orang dalam berbuat sesuatu@tidak, mereka tidak memaksanya samada berdiri,duduk,makan.Semua atas kemahuannya sendiri.Ini sangat berbeza perbuatan yang dikatakan dilakukan secara terpaksa.
Oleh itu, tidak ada alasan orang buat maksiat mengatakan bahawa perbuatan itu sudah takdir Allah s.w.t ke atas dirinya kerana mereka melakukan maksiat itu dengan kehendaknya tanpa mereka mengetahui bagaimana qadar Allah s.w.t ke atas dirinya.(rujuk Luqman:34)
Dapat kita mengatakan kepada orang berbuat maksiat, dengan alasan sudah takdir Allah : Mengapa kalian tidak melakukan perbuatan taat dengan alasan itu juga takdir Allah? Ini kerana tidak ada beza antara perbuatan taat dan maksiat yang belum jelas takdirnya sebelum kamu melakukannya.
Pada suatu hari Rasulullah s.a.w masuk ke tempat Saidina Ali Karamullahuwajhah sesudah solat isya’. Didapatinya Ali sudah cepat mahu tidur. Lantas Rasulullah s.a.w berkata:’Kenapa engkau tak bersolat malam?’ Ali menjawab :’Diri kita di tangan Allah s.w.t, kalau Tuhan mahu, akan dilapangkanNYA dan kalau TUhan tidak mahu,disempitkanNYA. Mendengar itu Rasulullah marah dan keluar sambil menepuk pahanya sendiri lantas berkata :’Benar-benar manusia itu makhluk yang paling banyak bantahannya’
Riwayat Abu Ubaidah bin Aljarrah ‘Berkata kepada Umar alkhattab r.a di waktu tersebut kebelakangan ini menjauhi diri dari negeri yang sedang dilanda wabak penyakit menular,katanya :’Apakah kamu menjauh diri dari qadar Allah s.w.t?’
Jawab Umar :’Betul!Aku lari dari qadar Allah kepada qadar Allah(Menjauhkan diri dari tempat diserang wabak ke tempat yang selamat)
Inilah konsep pemahaman qada’ dan qadar yang betul.Bukan seperti alasan-alasan yang diberikan oleh orang Islam sekarang ini,”Dah Allah takdirkan kami hidup sebegini(clubbing,minum arak,judi)’.Inilah golongan yang tersimpang dari akidah Islam yang hakiki dan golongan yang menafikan qada' dan qadar dikenali sebagai Qadariyah dan Jabariyah( majbur :paksaan).
Penting disebutkan di sini bahawa aliran Jabariyah sama juga dengan Qadariyah kedua-duanya adalah bikinan Yahudi untuk merosakkan akidah umat Islam. Gejala-gejalanya terdapat di kalangan umat islam sendiri tanpa mereka sedari.Penzinaan di lakukan seolah-olah satu keperluan dalam kehidupan.Tiada lagi bezanya antara yang betul atau yang salah.Haram atau wajib.Semuanya diredah kerana di situ ada kenikmatan bagi mereka yang berada di lembah kesesatan dan kehancuran.
Kedua-dua aliran inilah adunan dari tangan-tangan Yahudi dan dihidangkan special kepada umat Islam untuk menikmatinya sebagai makanan beracun supaya menemui ajalnya dengan segera.Telah ramai menikmatinya,telah ramai menemui ajal daripada sepatutnya.Usah terlena wahai umat Rasulullah s.a.w.Fahami akidah islam,rukun iman dan islam digariskan,tempatkannya utuh di hati.Kerana tiadanya pemahaman dan penghayatan,umat Islam hancur dibawah sendaan Yahudi yang telah menanti saat-saat kegemilangannya.Wallahu'alam.

Main lib,UM
22 Februari 2007


(1) Refer articles 'be open mindedlah'
Rujukan : Aqidah ahli sunnah wal jamaah (syeikh muhammad salleh bin utsaman)
Aqidah orang yang beriman (syeikh Abu Bakar Jabir alJazairi)
Adakah anda termasuk gol.ASWJ (Umar Hasyim)
Risalah Tauhid ( alustaz ismail haji ali)

Friday, February 23, 2007

Mungkinkah

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita. Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.
Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang. Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang. Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut.
Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.
Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.
Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan.
Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam. Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.PUT UR TRUST IN ALLAH..Kamu akan menemui ketenangan.InsyaAllah.
Allahu Ta'ala 'alam.

Umat Islam Ibarat Buih

Dunia Islam kian tercabar; dicabar dan dihina oleh musuh-musuh Islam. Umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa melihat saudara seagamanya ditindas. Hal ini sudah dapat diramal olehNabi Muhammad saw sejak dulu lagi, dalam hadithnya:
"Umat lain akan meratah kamu dengan rakus sebagaimana anjing-anjing yang mengelilingi hidangan makanan. Sahabat bertanya adakah kerana bilangan umat Islam yang sedikit? Baginda menjawab Tidak, bahkan jumlah kamu masa itu banyak sebagaimana banyaknya buih di permukaan air banjir. Allah mengikis perasaan gerun di dalam hati musuh terhadap kamu dan Allah mencampakkan dalam hati kamu 'al-wahan'. Sahabat bertanya apa dia wahan itu ya Rasulullah. Jawab baginda 'cintakan dunia dan bencikan akhirat."
Mari kita renung sejenak tentang kebenaran sabda Rasulullah ini. Jumlah umat Islam pada hari ini mencapai lebih 1 bilion, satu angka yang ramai. Mereka bertebaran di muka bumi ini; kebanyakannya tinggal di negara yang dikurniakan Allah hasil bumi yang lumayan.
Sumber ekonomi yang kukuh dan tenaga kerja yang ramai boleh menjadi aset memajukan negara dan sekaligus memartabatkan Islam sehingga disegani seantero dunia. Persoalannya ialah kenapa faktor-faktor ini tidak dimanfaatkan? Kenapa umat Islam kini menjadi lemah dan mudah diperkotak-katikkan oleh musuh-musuh Islam? Sebaliknya musuh Islam yang mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh menjalankan pelbagai strategi melumpuh dan memporak-perandakan negara Islam.
Hasil kekayaan bumi milik negara Islam dieksploit oleh musuh Islam. Negara Iraq yang kaya dengan sumber minyak dijajah dalam pelbagai bentuk hinggakan minyak sendiri pun tak boleh dijual untuk kegunaan rakyat. Kekayaan yang mereka perolehi dari hasil bumi negara Islam digunakan bagi membina kilang-kilang senjata untuk membunuh umat Islam.
Nabi menjelaskan punca kelemahan ini ialah wujudnya kecintaan kepada kehidupan dunia mengatasi kecintaan kepada akhirat. Apabila kecintaan ini meresap dan menjadi budaya hidup umat, Allah memasukkan perasaan berani dalam hati musuh Islam dan pada masa yang sama mencabut keberanian itu dalam hati orang Islam lalu digantikan dengan perasaan penakut: takut kepada musuh Islam.
Kejatuhan Baghdad ketika diserang oleh orang-orang Mongol sepatutnya dijadikan teladan supaya peristiwa hitam ini tidak akan berulang kembali. Adakah faktor-faktor kejatuhan Baghdad mula meresap dalam masyarakat dewasa ini. Masalah rasuah sekarang semakin menjadi. Ia telah menyerap dalam pelbagai organisasi kepimpinan. Keadaan begini memudahkan musuh Islam menggunakan wang ringgit untuk membeli pucuk pimpinan supaya tercapai hasrat mereka melumpuhkan umat Islam sendiri. Jika dibiarkan berleluasa bukan saja ekonomi umat Islam merudum malahan negara juga turut tergadai.
Bagaimana keadaan realiti masyarakat Islam sekarang? Sudahlah ekonomi lemah ditokok pula dengan pelbagai penyakit dan gejala sosial. Bagaimana dapat membasmi keruntuhan akhlak sekiranya media massa semakin galak menonjolkan isu-isu ganas dan seks. Isu pemulihan hanya sekadar melepas batuk di tangga dan seolah-olah 'lain sakit lain pula ubat yang diberi'.
Pelancaran TV Mega dan Astro serta alat komunikasi lain bukan menjadi ubat gejala sosial dewasa ini malah menjadikannya lebih kronik. Babak-babak yang tidak sepatutnya ditonton sudah menjadi semakin lumrah dan video lucah pula dapat dibeli oleh sesiapa saja. Bukankan ini menjadi pemangkin ke arah gejala yang lebih dahsyat? Umat Islam kini tidak mempunyai katahanan dan iman yang kuat untuk menangkis serangan yang hebat ini. Semua ini adalah antara strategi dan perancangan musuh Islam yang tidak akan redha terhadap perkembangan Islam selamanya. Bayangkan apa yang akan berlaku beberapa tahun lagi dengan kemunculan teknologi IT yang semakin canggih.
Firman Allah dalam Al-Quran "Orang Yahudi dan nasrani sekali-kali tidak redha terhadap kamu buat selama-lamanya sehinggalah kamu mengikut cara hidup mereka."
Masjid kian terpinggir dengan kewujudan kilang yang banyak. Manusia lebih suka ke kilang daripada masjid. Kilang diimarahkan siang dan malam tetapi masjid menjadi lengang, cuma diimarahkan dengan carpet dan keceriaan. Bukankah ini juga perancangan musuh Islam? Lantaran cinta kepada dunia sanggup menjauhi masjid dan berkejaran ke kilang.

Dalam hadith tadi, Nabi memberikan 2 faktor berlakunya begini: cintakan dunia dan benci kepada mati. Umat Islam generasi pertama dulu cintakan mati kerana dapat bertemu dengan Allah segera. Oleh sebab itu bila ada panggilan jihad, mereka sukarela bergabung tenaga memerangi musuh Islam Mereka tidak takut mengadap mati. Sebaliknya masyarakat Islam hari ini takut kepada mati malahan mengingatkan mati pun dianggap menyekat kemajuan. Mereka takut mati kerana memikirkan dosa yang terlalu banyak dilakukan dan sedikitnya amalan pahala yang dibuat. Akhirnya semangat jihad memperjuang dan menegakkan agama Allah pudar dan terhakis.
Muhasabah diri..insafi diri.Adakah kita hanya buih yang tidak berguna?Adakah cukup ketaqwaan sebenar dalam hati,pada diri kita.'Jangan kita biarkan saat demi saat berlalu tanpa kita memikirkan walau sedetik tentang Islam'(Allahyarham Ust.fadhil Noor).
Allahu ta'ala 'alam

`stefaislle@yahoo.com`

Thursday, February 22, 2007

WHY SCIENCE FAILS TO EXPLAIN GOD

At an educational institution: Professing to be wise, they became fools .... "LET ME EXPLAIN THE problem science has with God."The atheist professor of philosophy pauses before his class and then asks one of his new students to stand.

"You're a Muslim, aren't you, son?"
"Yes, sir."
"So you believe in God?"
"Absolutely."
"Is God good?"
"Sure! God's good."
"Is God all-powerful?
Can God do anything?"
"Yes.
"The professor grins knowingly and considers for a moment.
"Here's one for you. Let's say there's a sick person over here and you can cure him. You can do it. Would you help them? Would you try?"
"Yes sir, I would."
"So you're good...!"
"I wouldn't say that."
"Why not say that? You would help a sick and maimed person if you could in fact most of us would if we could... God doesn't.
"[No answer]
"He doesn't, does he? My brother was a Muslim who died of cancer even though he prayed to God to heal him. How is this God good? Hmmm? Can you answer that one?"[No answer]
The elderly man is sympathetic. "No, you can't, can you?" He takes a sip of water from a glass on his desk to give the student time to relax. In philosophy, you have to go easy with the new ones. Let's start again, young fella."
"Is God good?"
"Er... Yes."
"Is Satan good?""No."
"Where does Satan come from?" The student falters.
"From... God..."
"That's right. God made Satan, didn't he?" The elderly man runs his bony fingers through his thinning hair and turns to the smirking, student audience.
"I think we're going to have a lot of fun this semester, ladies and gentlemen."He turns back to the Muslim.
"Tell me, son. Is there evil in this world?"
"Yes, sir."
"Evil's everywhere, isn't it? Did God make everything?"
"Yes."
"Who created evil?"[No answer]
"Is there sickness in this world? Immorality? Hatred? Ugliness? All the terrible things - do they exist in this world?"The student squirms on his feet. "Yes."
"Who created them? "[No answer]
The professor suddenly shouts at his student."WHO CREATED THEM? TELL ME, PLEASE!"The professor closes in for the kill and climbs into the Muslim's face. In a still small voice:
"God created all evil, didn't He, son?"[No answer] The student tries to hold the steady, experienced gaze and fails. Suddenly the lecturer breaks away to pace the front of the classroom like an aging panther.
The class is mesmerised."Tell me," he continues,"How is it that this God is good if He created all evil throughout all time?" The professor swishes his arms around to encompass the wickedness of the world.
"All the hatred, the brutality, all the pain, all the torture, all the death and ugliness and all the suffering created by this good God is all over the world, isn't it, young man?"[No answer]"Don't you see it all over the place? Huh?"Pause."Don't you?"The professor leans into the student's face again and whispers, Is God good?"[No answer]
"Do you believe in God, son?"The student's voice betrays him and cracks.
"Yes, professor. I do.
" The old man shakes his head sadly.
"Science says you have five senses you use to identify and observe the world around you. You have never seen God, Have you?
"No, sir. I've never seen Him."
"Then tell us if you've ever heard your God?"
"No, sir. I have not."
"Have you ever felt your God, tasted your God or smelt your God... in fact, do you have any sensory perception of your God whatsoever?"[No answer]
"Answer me, please."
"No, sir, I'm afraid I haven't."
"You're AFRAID... you haven't?"
"No, sir.""Yet you still believe in him?"
"... yes...""That takes FAITH!" The professor smiles sagely at the underling. According to the rules of empirical, testable, demonstrable protocol, science says your God doesn't exist.
What do you say to that, son? Where is your God now?"[The student doesn't answer]"Sit down, please." The Muslim sits... Defeated.Another Muslim raises his hand.
"Professor, may I address the class?"The professor turns and smiles.
"Ah, another Muslim in the vanguard! Come, come, young man. Speak some proper wisdom to the gathering." The Muslim looks around the room. "Some interesting points you are making, sir.
Now I've got a question for you."Is there such thing as heat?
"Yes, the professor replies. "There's heat."
"Is there such a thing as cold?""Yes, son, there's cold too."
"No, sir, there isn't."The professor's grin freezes. The room suddenly goes very cold. The second Muslim continues. You can have lots of heat, even more heat, super-heat, mega-heat, white heat, a little heat or no heat but we don't have anything called 'cold'.We can hit 458 degrees below zero, which is no heat, but we can't go any further after that. There is no such thing as cold, otherwise we would be able to go colder than458 - -
You see, sir, cold is only a word we use to describe the absence of heat. We cannot measure cold."Heat we can measure in thermal units because heat is energy. Cold is not the opposite of heat, sir, just the absence of it."Silence. A pin drops somewhere in the classroom.
"Is there such a thing as darkness, professor?"
"That's a dumb question, son. What is night if it isn't darkness? What are you getting at...?"So you say there is such a thing as darkness?"
"Yes..."
"You're wrong again, sir. Darkness is not something, it is the absence of something. You can have low light, normal light, bright light, flashing light but if you have no light constantly you have nothing and it's called darkness, isn't it? That's the meaning we use to define the word. In reality, Darkness isn't. If it were, you would be able to make darkness darker and give me a jar of it. Can you... give me a jar of darker darkness, professor?" Despite himself, the professor smiles at the young effrontery before him. This will indeed be a good semester.
"Would you mind telling us what your point is, young man?"
"Yes, professor. My point is, your philosophical premise is flawed to start with and so your conclusion must be in error...."
"The professor goes toxic.
"Flawed...? How dare you...!"
"Sir, may I explain what I mean?"The class is all ears.
"Explain... oh, explain..." The professor makes an admirable effort to regain control. Suddenly he is affability itself. He waves his hand to silence the class, for the student to continue.
"You are working on the premise of duality," the Muslim explains. That for example there is life and then there's death; a good God and a bad God. You are viewing the concept of God as something finite, something we can measure.
Sir, science cannot even explain a thought. It uses electricity and magnetism but has never seen, much less fully understood them. To view death as the opposite of life is to be ignorant of the fact that death cannot exist as a substantive thing."Death is not the opposite of life, merely the absence of it." The young man holds up a newspaper he takes from the desk of a neighbour who has been reading it.
"Here is one of the most disgusting tabloids this country hosts, professor. Is there such a thing as immorality?""Of course there is, now look..."
"Wrong again, sir. You see, immorality is merely the absence of morality. Is there such thing as injustice? No.
"Injustice is the absence of justice. Is there such a thing as evil?" The Muslim pauses."Isn't evil the absence of good?"The professor's face has turned an alarming colour. He is so angry he is temporarily speechless.The Muslim continues.
"If there is evil in the world, professor, and we all agree there is, then God, if he exists, must be accomplishing a work through the agency of evil. What is that work, God is accomplishing? Islam tells us it is to see if each one of us will, choose good over evil."The professor bridles. "As a philosophical scientist, I don't vie this matter as having anything to do with any choice; as a realist, I absolutely do not recognize the concept of God or any other theological factor as being part of the world equation because God is not observable."
"I would have thought that the absence of God's moral code in this world is probably one of the most observable phenomena going," the Muslim replies. "Newspapers make billions of dollars reporting it every week! Tell me, professor. Do you teach your students that they evolvedfrom a monkey?""If you are referring to the natural evolutionary process, youngman, yes, of course I do."
"Have you ever observed evolution with your own eyes, sir?
"The professor makes a sucking sound with his teeth and gives his student a silent, stony stare."Professor. Since no-one has ever observed the process of evolution at work and cannot even prove that this process is an on-going endeavour, are you not teaching your opinion, sir? Are you now not a scientist, but a priest?"
"I will overlook your impudence in the light of our philosophical discussion. Now, have you quite finished?" the professor hisses."So you don't accept God's moral code to do what is righteous?"
"I believe in what is - that's science!""Ahh! SCIENCE!" the student's face splits into a grin.
"Sir, you rightly state that science is the study of observed phenomena. Science too is a premise which is flawed...""SCIENCE IS FLAWED..?" the professor splutters. The class is in uproar. The Muslim remains standing until the commotion has subsided.
"To continue the point you were making earlier to the other student, may I give you an example of what I mean?"The professor wisely keeps silent. The Muslim looks around the room."Is there anyone in the class who has ever seen air, Oxygen, molecules, atoms, the professor's brain?
"The class breaks out in laughter. The Muslim points towards his elderly, crumbling tutor.Is there anyone here who has ever heard the professor's brain... felt the professor's brain, touched or smelt the professor's brain?"No one appears to have done so. The Muslim shakes his head sadly. It appears no-one here has had any sensory perception of the professor's brain whatsoever. Well, according to the rules of empirical, stable, demonstrable protocol, science, I DECLARE that the professor has no brain."NOW IT IS EVERYONE'S CHANCE TO LEARN MORE ABOUT ISLAM, ABOUT GOD, ABOUT THE PURPOSE OF Existence, creation & life, ABOUT THE PROPHETS OF GOD, & ABOUT HIS HOLY BOOKS, ESPECIALLY THE HOLY QUR'AAN. THEN IT IS YOUR CHOICE TO BECOME A MUSLIM, OR NOT. ALLAAH SAYS IN THE HOLY: "THERE IS NO COMPULSION IN RELIGION

"There is no compulsion in religion; truly the right way has become clearly distinct from error; And he who rejects false deities and believes in Allaah(The God) has grasped a firm handhold which will never break. and Allaah is ALL-Hearing, All-Knowing(256)Allah is the Protecting Guardian of those who believe. He brings them out of the darkness into the light; As for those who disbelieve, their guardians are false deities. They bring them out of light into darkness...(257)" AL-QUR'AAN (CHAPTER # 2, VERSES #256-257) They are much nicer and more sound in Arabic)The Muslim sits... Because that is what a chair is for!!!

Rebutlah Kasih Sayang ALLAH

Si ibu sangat arif bahawasanya kasih sayang sangat-sangat diperlukan oleh naluri dan tujuannya berpesan kepada anak gadisnya agar kasih dari suami akan turun kepada anaknya. Dengan kasih sayanglah si isteri bersemangat untuk menghadapi apa jua beban rumahtangga yang berat-berat. Dia merebut kasih sayang dari suaminya dengan satu modal saja iaitu berbuat sesuatu yang disukai oleh suaminya dan menjauhkan sesuatu yang tidak disukai oleh suaminya.

Begitu juga dengan kehidupan seorang pelajar. Pelajar akan merasa puas dengan apa yang dipelajarinya jikalau menerima kasih sayang dari gurunya. Dan untuk mendapatkan kasih sayang guru seseorang pelajar harus mempelajari adab dan tatasusila berhadapan dengan guru.

Begitu juga apabila kita berhadapan dengan hidup dan keluarga. Seseorang itu akan merasa
puas sekiranya ibu dan ayahnya memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada mereka. Tanyalah diri kita sendiri, mengapa terlalu ramai manusia merebut kasih sayang daripada gurunya, mengapa terlalu ramai manusia merebut kasih sayang daripada ibu dan ayahnya, mengapa manusia terlalu ramai merebut kasih sayang daripada pemimpinnya, mengapa manusia terlalu ramai merebut kasih sayang daripada kekasihnya, mengapa manusia terlalu ramai merebut kasih sayang dari manusia yang lain.

Mengapa tidak ramai manusia yang mahu merebut kasih sayang Tuhan sedangkan kasih sayang Tuhan itu lebih murni daripada kasih sayang yang diberikan oleh manusia. Kasih sayang Tuhan kekal abadi, kasih sayang sayang makhluk hanya sementara. Mengapa terlalu sedikit manusia berbuat atau beramal kerana merebut kasih sayang daripada Tuhan. Lihatlah betapa gigihnya seseorang itu sanggup bekerja untuk mendapatkan kasih sayang daripada pemimpinnya. Begitu juga lihatlah betapa gigihnya seorang kekasih yang sanggup mengorbankan apa sahaja demi kekasihnya. Sedangkan dengan Allah s.w.t, Tuhan sekalian alam, yang menjadikan kita, yang memberikan kita rezeki, kepandaian dan yang akan mematikan kita, kita buat tidak nampak sahaja. Ibadah kita cuai. Mungkin di antara kita ada yang tidak pernah bersembahyang dan pergi ke masjid. Sepatutnya kita bekerja lebih gigih untuk mendapatkan kasih sayang daripada Allah. Apabila kasih sayang Allah mencurah-curah, kita akan lebih bersemangat untuk belajar dan menghadapi segala rintangan kehidupan.

Kalau kasih sayang sayang daripada guru kita sahaja menyebabkan kita bersemangat untuk belajar, maka jika kasih sayang daripada Allah s.w.t, lebih-lebih lagilah kita akan mendapat kekuatan dan kelapangan fikiran di dalam memahami setiap pelajaran yang akan diajarkan. Oleh itu hendaklah kita sentiasa mengkoreksi diri kita, adakah telah selesai ibadah kita dengan Allah s.w.t daripada segi solatnya, dari segi penutupan auratnya atau dari segi adab dan tatasusila dengan guru, ibubapa, kawan-kawan dan manusia yang lain yang Allah perintahkan kepada kita untuk kita sempurnakan.

Ingatlah sabda Rasulullah s.a.w : "Sebaik-baik manusia ialah manusia yang banyak memberikan menfaat kepada manusia yang lain".
Dan Allah s.w.t Taala berfirman di dalam Al Quran di dalam surah Al Baqarah, ayat 165 : "Dan mereka yang beriman itu, sangat kasih kepada Allah s.w.t."
Rebutlah kasih sayang dari Allah, nescaya manusia akan mengasihi kita. Dan ingatlah, kasih kita kepada manusia hanya sementara, sedangkan kasih kita kepada Allah s.w.t itu kekal abadi dan membawa kebahagian di dunia dan selepas mati.

Tuesday, February 20, 2007

Be Open Mindedlah

“ Be open minded.Dunia sekarang dah modernla”.Itulah kata-kata remaja melayu masa kini.Dosa dan maksiat yang dilakukan hanya dianggap remeh,malah menganggapnya apa yang dilakukan adalah satu budaya. Seks dan arak menjadi satu ‘common life’.Erti kebebasan di kalangan remaja adalah bebas melakukan apa sahaja tanpa batasan agama dengan mengikut arus kemodenan,cara hidup barat, arak,perempuan dan kelab-kelab malam menjadi satu kepentingan dalam kehidupan.
‘I tell u already, zaman dah berubah! Orang sekarang dah tak macam dulu lagi, dah berfikiran terbuka. Ramai ibu bapa lain sama dengan ibu bapa saya. For me,remaja perempuan yang merokok,ketagih arak dan seks seperti saya adalah biasa,”, inilah petikan seorang remaja dalam temubual sebuah majalah tentang cara hidupnya. Apabila melayu yang digelar Islam mengganggap perkara haram dalam Islam adalah biasa, apa lagi yang tinggal untuk dikatakan Islam.Bagi mereka,selagi tidak mengaku keluar Islam, mereka masih lagi Islam.Sangkaan mereka, diri mereka lebih suci daripada golongan murtad,yang terang-terangan mengisytihar keluar dari Islam.
“ Salahkah aku hidup macam ni!! Aku Islam.Aku tak buang agama,” pengakuan berani ini memang cukup menunjukkan betapa dangkalnya ilmu agama remaja Islam.Bagaimanakah yang diertikan ‘buang agama’ bagi mereka.Selagi mengaku Islam,walaupun melakukan maksiat,hidup cara yang haram mereka masih lagi Islam.Di manakah salahnya?Salah pendidikan Islam di sekolah?Salah ibu bapa? Akidah Islam remaja kini bolah dikatakan sudah hancur.Rentetan perselisihan politik sejak zaman Khalifah Saidina Ali Karamullahuwajhah membawa kepada perselisihan akidah masih lagi berlarutan sehingga kini(1).Yang difahami kini,hanya perca-perca akidah Islam diterima dan dipegang oleh golongan yang hanya menerima Islam secara keturunan bukan kesedaran. Kerana itulah dapat dilihat banyak masalah sosial yang membabitkan masalah akidah islam semakin berleluasa dan sangat kritikal.
Secara tidak kita sedari,golongan yang mengikut fahaman Qadariyyah dan Jabariyyah sudah terlalu ramai.Golongan ini lahirnya daripada pecahan golongan Mu’tazilah itu sendiri (1).Siri drama popular Indonesia di ntv7,jam 6 petang kisah Nabila ( Drama Mutiara Hati), menunjukkan golongan Qadariyyah ini semakin ramai. Adegan yang menghina Arini (watak utama) sering berdoa cukup membuktikan.’ Orang yang berdoa ini,hanya yang miskin,tak ada wang,bodoh.Siki-sikit berdoa.Apa yang dia dapat dengan berdoa?Suami mati,anak hilang,harta dirampas.Memang bodoh,’begitulah skripnya.Memang cukup melampau.Begitukah keadaan di Indonesia?Persoalan bermain di benak penulis.Hakikatnya
di Malaysia telah ramai golongan sebegitu.Ikuti dialog penemuan wartawan dengan seorang remaja perempuan yang terlantar kesakitan akibat penyakit buah pinggang.
’Bersabarlah.Jangan lupa berdoa pada Tuhan.Ujian yang berat menimpa manusia itu akan diringankan Allah jika kita meminta padanya,’ujar wartawan
What???Doa??Kau ingat aku percaya semua tu? Habis kau ingat apa yang jadi kat aku ni sebab aku banyak dosa?,’ Tanya remaja itu dengan sinis.Dalam keadaan terlantar kesakitan, remaja itu masih sombong dan angkuh.
Apa yang Tuhan boleh bantu aku?Tell me?This is my life!Apa yang aku buat tak ada kena mengena dengan semua ini,’ujar remaja itu dengan angkuh walaupun dalam kesakitan.Inilah hakikatnya.Inilah golongan Qadariyyah yang berpegang dengan ketentuan seorang manusia adalah bergantung pada diri sendiri,bukan pada Tuhan.

Golongan Jabariyyah tidak kurang hebatnya.Jika dilihat,akibat fahaman Jabariyyah lahir juga golongan Qadariyyah ini.Sebuah keluarga yang hidup mereka bermandikan Carlsberg,berbantalkan zina dan pub dengan mudahnya mengatakan ,
’Uncle tak mahu orang anggap keluarga pak cik sesat.Kami tak sesat,kami tetap orang Islam.Cuma, inilah cara kehidupan yang telah Tuhan takdirkan pada kami sekeluarga’.Inilah contoh kata-kata seorang Jabariyyah yang berpegang takdir seseorang telah ditentukan sejak azali,tidak boleh diusahakan dan diubah.Terlalu ramai golongan qadariyyah dan jabariyyah ini.Saban hari semakin bertambah,sehingga tidak terbendung.Golongan ulama’ ramai yang hanya berselisih faham,tuduh-menuduh,berpecah belah, sedangkan akidah umat Islam semakin hari semakin hancur. Tanpa sedar, musuh berpesta melihat kehancuran umat Islam,remaja terbiar dengan hidup mereka,segolongan ulama’ dan golongan cendekiawan sibuk dengan urusan dunianya.
Bukan sekarang masanya untuk bercakaran,bukan sekarang waktunya untuk lihat siapa yang lebih hebat.Tapi kesatuan umat Islam amat diperlukan.Ustaz-ustaz,para cendekiawan suaramu diperlukan,kebangkitan dan kesatuan bersamamu diharapkan.Para mahasiswa kekuatanmu menjadi tiang,azharian kehadiranmu dinantikan.Kita perlukan satu kesatuan,untuk menegakkan Akidah Islam.Satu akidah Ahli Sunnah Wa Jamaah.

Allahu ta’ala a’lam

`stefaille`
(1) : Rujuk artikel ‘Ketahui Sejarah Perpecahan’

Thursday, February 15, 2007

Valentine's Day??

Nampaknya sambutan yang lazimnya orang Melayu galak meraikannya telah menjelma. Apa lagi, Hari Valentine yang 'meriah' dengan bunga ros, pemberian hadiah, rancangan televisyen, 'cintan-cintun' dan sebagainya yang sia-sia.Keinginan untuk mengikut orang lain memang ada di dalam diri manusia, akan tetapi hal tersebut menjadi tercela di dalam Islam apabila orang yang diikuti berbeza dengan kita dari sisi keyakinan dan pemikiran (mengikuti di dalam perkara akidah, ibadah dan syi'ar).

Di manakah indahnya sambutan ‘hari kekasih’ ini?
Ada seorang gadis mengatakan bahawa ia tidak mengikuti kepercayaan mereka, sekadar menyambut Hari Valentine tersebut secara khusus memberikan makna cinta dan sukacitanya kepada orang-orang yang memperingatinya.Tapi, sedarkah wahai saudaraku, Ini adalah suatu kelalaian! Perayaan ini adalah acara ritual agama kristian! Hadiah yang diberikan sebagai ungkapan cinta adalah sesuatu yang baik, namun bila dikaitkan dengan pesta-pesta ritual agama lain dan tradisi-tradisi Barat, akan mengakibatkan seseorang terikut-ikut oleh budaya dan gaya hidup mereka, maka akan terhapusnya nilai-nilai Islam pada umat Islam.
Ibnu Qayyim al-Jauziyah berkata,
Memberikan ucapan selamat terhadap acara ritual orang kafir yang khusus bagi mereka, telah disepakati bahawa perbuatan tersebut haram. Bagi yang mengucapkannya, kalau pun tidak sampai pada kekafiran, paling tidak itu merupakan perbuatan haram."

ISTIMEWAKAH MERAYAKAN HARI YANG BUKAN HAK KITA?

Sebagai umat yang mengaku beragama Islam, kita mempunyai hak untuk merayakan hari-hari besar yang kita miliki yang termaktub dalam kitab dan yang disepakati oleh para ulama’. Bermula dari satu Muharram yang merupakan tahun bersejarah kerana Hijrah Nabi Muhammad saw dan umat Islam dari Mekah ke Madinah.
Kemudian 12 Rabiulawwal hari kelahiran Rasulullah, Rejab peritiwa Israk & Mikraj, Syaaban dengan nisfu syaabannya, sehinggalah bulan Zulhijjah ada saja hari besar yang boleh kita raikan
Syaikh Muhammad al-Utsaimin ketika ditanya tentang Valentine's Day
mengatakan, "Merayakan hari Valentine itu tidak boleh, kerana alasan berikut:


Pertama; ia merupakan hari raya bid'ah yang tidak ada dasar hukumnya di dalam syari'at Islam. Kedua; ia dapat menyebabkan hati sibuk dengan perkara-perkara rendah seperti ini yang sangat bertentangan dengan petunjuk para salaf shalih (pendahulu kita) -semoga Allah meredhai mereka-. Maka tidak halal melakukan ritual perayaan ini, baik dalam bentuk makan-makan, minum-minum, berpakaian, saling tukar hadiah ataupun lainnya. Hendaknya setiap muslim merasa bangga dengan agamanya, tidak menjadi orang yang tidak mempunyai pegangan dan ikut-ikutan. Semoga Allah subhanahu wata’ala melindungi kaum muslimin dari segala fitnah (ujian hidup), yang nampak ataupun yang tersembunyi dan semoga merahmati kita semua dengan bimbingan-Nya."
Valentine's Day adalah Hari Raya di luar Islam untuk memperingati pendeta St. Valentin yang dihukum mati karena menentang Kaisar yang melarang pernikahan di kalangan pemuda. Oleh kerana itu tidak boleh ummat Islam memperingati hari Valentin's tersebut.Haram hukumnya umat Islam ikut merayakan Hari Raya orang-orang di luar Islam."Barangsiapa meniru suatu kaum, maka ia termasuk dari kaum tersebut." (HR. At-Tirmidzi).

KASIH SAYANG MENGIKUT ISLAM ITULAH HAKIKI
Semoga Allah SWT senantiasa menjadikan hidup kita penuh dengan kecintaan dan kasih sayang yang tulus, yang menjadi jambatan untuk masuk ke dalam Syurga yang hamparannya seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.
Semoga Allah menjadikan kita termasuk di dalam golongan orang-orang yang disebutkan di dalam hadith Qudsi:"Allah SWT berfirman yang bermaksud, "Kecintaan-Ku adalah bagi mereka yang saling mencintai kerana Aku, yang saling berkorban kerana Aku dan yang saling mengunjungi kerana Aku." (Riwayat Ahmad)
~ HANYA ALLAH S.W.T DAN RASULULLAH YANG BENAR2 LAYAK UNTUK DIKASIHI~

~stefaislle~

Thursday, February 08, 2007

Ukhwah Bukan Semudah Ungkapan


‘ Setiap kali perjumpaan..pasti muka sama juga yang hadir.Mana sahabat-sahabat kita yang lain?’ dengus sahabatku.
Begitulah situasi yang sering berlaku dlm keluarga Fakulti kami.,sahabat seusrah(satu keluarga).Senior menyatakan rasa kesal,di zamannya dulu..masalah sebegini tidak berlaku.Jika ada perjumpaan,junior-junior paling excited untuk hadir,gembira untuk berjumpa,rindu untuk bersua dengan ahli ‘keluarga’.Tapi kini,senior tak kenal junior,junior pun tak kenal senior. Apakah puncanya?,ku terfikir sendirian.
Satu Dinner dirancang untuk sebagai gathering semua keluarga Fakulti.Hanya dalam masa seminggu lebih kami merancang dan untuk dilaksanakan.Pelbagai kekangan di hadapi,tiada dana yang cukup,dengan sahabat-sahabat juga kesempitan wang.Kami cuba buat yang terbaik untuk memuaskan hati sahabat-sahabat dan semoga ianya menjadi titik tolak untuk ukhwah antara kami lebih utuh.Terima kasih saya kalungkan buat semua adhoc dinner ’07 yg bertungkus lumus menjayakannya.
Perjalanan ke tempat dinner menyeronokkan,walaupun ramai yang tersesat tapi ianya menjadi satu kenangan manis tidak terhingga.Alhamdulillah bilangan sasaran yang hadir tercapai..tapi ada juga kesalan di hati..sahabat-sahabat yang tidak dikenali dengan mendalam ramai yang tidak hadir.Hati ini seperti terbakar apabila pimpinan baru fakulti,presiden tidak hadir.Ku rasakan seperti masih di bawah tanggungjawabku walaupun telah melepaskan jawatan sebagai timbalan presiden pada sesi ini.Mantan presiden pun tidak hadir.Masing-masing ada kekangan..tidak apalah,pujuk hatiku.
Aktiviti dengan tema ‘ukhwah’ simple dan memberi kesan pada diriku.Dengan memilih pasangan yang paling tidak rapat..aktiviti dimulakan.Bermula dengan menyentuh pipi..aku dan pasanganku hanya ketawa..terasa segan.Apa yang paling tak mampu aku buat..apabila diminta untuk mencium dahi sahabatku..Aku rasa tak mampu..tak sanggup..dan aku tengok sekelilingku..ramai sahabatku hanya ketawa..betul tak mampu untuk cium dahi sahabat.Hanya yang mampu peluk dan say ‘I love u so much’..its common for us..tapi ku sedar ungkapan ‘I love u’ hanya di bibir..bukan dari hatiku.
Benarlah ukhwah bukan semudah ungkapan..apa tanda sebuah ukhwah?Aku renungi diri..hakikatnya antara kami bukanlah ukhwah yang sebenar..bukan dari hati yang ikhlas..ku dapati hanya 2 org sahabat yang aku benar-benar peluknya sepenuh hati..sahabatku mencium pipiku setelah lama tak bertemu buatku rasa terharu dan semakin saying kepadanya...Ku dapat rasakan perbezaannya dengan pasanganku dalam aktiviti tadi.
Ukhwah dari hati..bukan dari bibir..dari hati akan terzahir pada perbuatan yang ikhlas..akan terlahir sebuah pengorbanan yang tinggi..Kini masalah ukhwah hanya dipandang remeh..terutamanya bila melibatkan muslimin dan muslimat..sedangkan apabila masalah ukhwah berlarutan..kesannya mempengaruhi gerak kerja islam..Apabila tiadanya ‘ithar’ dalam hati kita..gerak kerja kita akan tempang,terjejas.
Ku masih berusaha..lahirkan hati yang ikhlas dalam bersahabat..agar aku mampu memeluk,mencium sahabat-sahabatku sepenuh hatiku..agar aku mampu mengorbankan masa,tenaga dan diriku demi sahabat seperjuanganku..agar aku mampu menjadi seperti para sahabat yang syahid dalam peperangan kerana lebih mementingkan sahabatnya yang dilihat lebih memerlukan air walaupun hanya sedikit.
‘Ya Allah,sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul untuk mencurahkan mahabbah hanya kepada MU, bertemu untuk taat kepada MU,bersatu dalam menyeru di jalan MU, dan berjanji setia untuk membela syari’atMU, maka kuatkanlah ikatan pertaliannya.

Wednesday, February 07, 2007

Kesedaran Bukan Kemaafan

Dalam perbualan mengenai 'tidak sedar diri' yang di bicarakan bersama AWAL dan WATIE Elite, AWAL telah bertanya mengenai 'anak-anak ikan' yang di bela oleh si Rosnah. Dengan selamba si Rosnah bertanya pada penonton studio tentang pernikahan Nabi dengan Siti Khadijah. Dialognya:

Rosnah: Berapa umor Nabi masa tu?
Penonton Studio: 25
Rosnah: Berapa umor Siti Khadijah?
Penonton: 40 Rosnah: Bukanke dah tua nak mampus tu!!??
Penonton: Clap..clap..clap... Dengan bersorak penonton bertepuk tangan mengiyakan. Siapa yang patut di persalahkan?

Terkedu mendengar istilah yang cukup ‘menghinakan’ ummul mukminin, Siti Khadijah r.a..Apa yang lebih menjelekkan..penonton bersorak mengiyakan.Susulan dgn isu kontroversi itu,JAKIM meminta Rosnah Mat Aris memohon maaf,buat kenyataan di media. Teringat kata-kata seorang ustaz,”kemaafan boleh diberikan..tapi apa erti sebuah kemaafan?..Keterlanjuran kata tidak akan berlaku apabila AKIDAH ISLAM padu di dalam hati.Inilah yang membimbangkan,ISLAM kini dipandang remeh dan dipijak-pijak oleh umat yang mengaku sbg ISLAM sendiri’..

Saya sangat kesal dan kecewa.Saya sifatkan seperti mencabuli hak peribadi saya’ (Salima,AF4..Kosmo 7 Feb ’07)

Salima AF4 menyatakan kekesalan dan merasa aib apabila gambarnya TIDAK BERTUDUNG DISIARKAN dlm rancangan FAIL SULIT ASTRO.Ianya mencabuli hak peribadi dan etikanya dalam berpakaian…Untuk lebih mudah..mencabuli PRINSIP DAN AJARAN ISLAM…


Dunia hanya memandang keseronokan, Rancangan SENSASI TV3, FAIL SULIT ASTRO memang mendapat tempat di hati peminat terutamanya UMAT ISLAM sendiri. Cukup dikesalkan ..MARUAH ISLAM DIGADAI DAN DIPERMAINKAN dengan nilaian untuk melariskan sambutan rancangan yang disiarkan dan tidak mustahil berebut-rebut untuk diiktirafkan pada anugerah-anugerah yang menjadi kegilaan producer hari ini.

MATLAMAT : HIBURAN!!!! MEKANISMA : ISLAM DIGADAIKAN!!!!

Satu persatu isu sensitif yang mencabuli dan menghina prinsip ISLAM timbul.Apa peranan KERAJAAN? Digesa mohon kemaafan dan ianya terhenti di situ sahaja.Dan ianya akan berulang lagi.Program-program hiburan terus disiarkan dengan penuh kebebasan dan semakin diperbanyakkan.INILAH MALAYSIA,NEGARA ISLAM HADHARI..ISLAM yang diperbaharui dan mengikut acuan nafsu dan hati.

Usah bicara tentang BUSH..usah bicara tentang BLAIR…lihatlah PIMPINAN KITA sendiri..Lihatlah NEGARA kita sendiri..

Assyahid Imam Hassan al-Banna berkata : ‘ Aku tidak tidur selama 40 hari 40 malam kerana memikirkan masalah ummat..tapi aku cukup sedih dan kesal apabila ku lihat para cendekiawan,para intelektual hanya bergembira,berbual-bual kosong dan melepak di kedai-kedai kopi memuaskan dan menjaga diri sendiri..KITA PULA BAGAIMANA??

Allahu ta’ala ‘alam.

Cinta Antara Api AlQuds

Oleh Saharil Hasrin Sanin

KETIKA mereka menangkap saya, yang pertama saya ingat adalah awak. Yang terngiang di telinga saya adalah janji-janji yang saya bisikkan ke telinga awak, kini tidak akan dikotakan. Yang terbayang adalah masa depan cinta kita, ditamatkan sekelip mata, oleh kezaliman dan ketidakadilan.
Beberapa orang askar menyerkup kepala saya dengan kain guni berbau tanah dan bertutur dengan bahasa Arab, menggantikan bunyi ‘h’ dengan ‘ch’, seperti telor orang Yahudi lain. Bila saya meronta, mereka menolak saya sehingga tersungkur, mengheret saya di tanah, meneriak pada saya, mengatakan nyawa saya percuma, tidak ada harga, saya ini perempuan sampah dan kalau saya tidak bekerjasama, mereka akan menyumbat saya serta-merta ke penjara Neve Tertza.Di dalam lori, saya boleh rasa pandangan mata rakan-rakan Palestin lain, mengintai di antara langsir-langsir tingkap, membayangkan masa hadapan mereka. Saya boleh rasa rusuh menyelubungi mereka, pekat, macam gelap malam sekeliling. Bila awak tahu tentang ini, awak kena cekal, awak kena sedar, penyeksaan Zionis tidak sehiris pun boleh melukakan rohani saya. Jika mereka membunuh saya, yang mengambil nyawa adalah Allah SWT juga. Kerana sengsara jasad adalah sementara fitrahnya. Yang selamanya kekal adalah rohani iman saya serta cinta saya pada awak. Dan waktu saya diberkas, cinta kita itulah yang menghalang saya daripada menangis, menjadi kuasa yang meneguhkan benak, mengeraskan hati saya. Cinta kita adalah batu yang mengejapkan kaki saya ke tanah.Lori melepasi Al-Quds, menghala ke utara atau mungkin ke timur, saya sendiri tidak pasti. Memejam pelupuk, saya mengulang nama Allah, berdoa berulang-ulang. Saya doakan penangkapan ini sampai ke telinga awak, semoga awak tahu. Mereka mengikat saya berdiri tegak ke palang atap lori, tubuh saya terhayun-hayun mengikut hentak roda. Mereka menampar saya, memukul dengan belantan. Mereka menuduh saya tali barut Al-Ard, mahu memperjuangkan hak tanah Palestin, walaupun itu kisah lama, penentangan yang telah berdekad tak terlunas. Ayah saya pun meninggal dunia, sudah bertahun kembali berjumpa Tuhan, ladang zaitunnya langsung tidak dikembalikan sehingga kini. Subur tanahnya diracuni.Saya katakan, mereka berdusta, lalu mereka membantai saya lagi. Memang sudah berpuluh tahun kerajaan Zionis Israel menjajah dan merampas tanah dan ladang-ladang orang Palestin. Bumi kaya kami yang diusahakan bergenerasi lamanya, dipugar dan dijaga sejak zaman nenek moyang, sesuka hati direntap dan dimusnahkan, dibina diatasnya, dihalau tuan yang berhak dengan alasan ‘akta absentee’, meluputkan hidup dan sejarah dengan satu birokrasi palsu. Tetapi itu cuma sebahagian daripada aniaya mereka pada bumi saya, pada bangsa saya.
Awak ingat ketika kita mula-mula berjumpa di Universiti Al-Qurd? Kita membahaskan perjuangan Al-Ard di kelas. Awak lebih lantang daripada saya kerana awak memang keras hati dan tahu ramai yang hadir tidak menyukai pendapat awak, jadi awak mengeksploit perasaan mereka, menyusun ayat mempermainkan ghairah mereka. Awak bermain dengan api kerana awak suka kemilau cahayanya. Saya katakan bahawa pada zaman dahulu, 95% daripada zaitun seluruh Israel disumbangkan oleh ladang-ladang orang Palestin, menyumberkan komoditi ketiga terbesar negara setelah anggur dan berlian. Tetapi, awak memperlekeh, mengatakan teknologi perladangan bangsa saya ketinggalan zaman, langsung tidak berubah sejak period nomad-kuno, memetik pun dengan baldi dan tangga, memijak memerah buah dengan kaki. Kata-kata awak pedas, menghiris bagai luka, tetapi saya lebih keras membela. Awak berbangsa Yahudi dan kutub pemikiran kita berbeza.Tetapi itu yang mendekatkan kita. Pelik betul, cinta.
Lori berhenti setelah beberapa jam, rasanya sudah menghampiri waktu subuh, dingin suhu menyapa kulit saya, meremangkan bulu roma, saya seperti boleh dengar bunyi kabus berarak. Mereka bawa saya ke sebuah bangunan malap, membuka serkup guni yang membalut kepala, dan mendudukkan saya di kerusi sebuah bilik sempit, diterangi oleh hanya sebiji mentol berkuasa rendah, berdengung dihurung sibu-sibu. Di dalam mitologi Arab, sibu-sibu adalah simbol kelahiran semula, dicatat dalam higrolif dan cerita rakyat, tetapi kehadirannya dalam bilik suram itu membuatkan saya sebak, seperti mengingatkan bahawa selepas itu, dunia saya bakal jadi lebih pekat hitamnya, melahirkan dunia baru yang lebih memedihkan. Seorang perempuan gempal pegawai sivil memasuki bilik, memberitahu dengan suara nyaring, bahawa saya ini penjenayah politik, dicurigai pengganas dan saya boleh ditahan selama 18 hari, tanpa waran serta dicegah menghubungi peguam. Dia memakai seragam hijau pusam, lencananya berkilau melibas cahaya mentol. Dia membuka kerudung yang melitup aurat saya dan meminta saya bertelanjang. Dia menyebat dengan belantan kayu bila saya teragak-agak melaksanakan arahannya, lalu saya menanggalkan pakaian satu-satu, cuba mengawal perasaan, cuba mengebaskan pedih yang menular membakar di seluruh badan. Sebaik baju saya lucut, dia memukul payudara saya juga dengan batang kayu itu, membuatkan tubuh saya meleding, jatuh terperosok.Dia mengunjukkan sehelai kertas pengakuan kepada saya, warnanya kuning, menyenaraikan setiap jenayah saya, dosa pada sebuah kerajaan yang tidak saya iktiraf, tertulis atas nama saya, tinggal menunggu ditandatangani. Dia menjerit menyuruh saya mengaku, suaranya bergema ke seluruh bilik, bersipongang dalam dada saya, mengejutkan saya, membuatkan sibu-sibu bercempera, serangga yang mengiaskan musibah saya, menjadi saksi penganiayaan. Seluruh dokumen tertulis dalam bahasa Ibrani, tidak sepatah pun saya fahami, jadi saya membalas dengan wajah keliru, mengujarkan saya tidak mengerti isinya. Tetapi, setiap kali saya bercakap, dia memukul tubuh separuh telanjang saya dengan kayu. Bagai mahu menzahirkan setiap nafi saya menjadi lebam dan cakar di kulit, selumbar yang menyucuk. Payudara saya kemerah-merahan dan mula berbunga dengan lebam, salur darah yang pecah dihentam. Dia membelasah sehingga pandangan saya berpinar-pinar, meletus-letus satu ribu cahaya dan warna, semakin buram dan kelam, sehinggalah akhirnya saya rebah pengsan, yang saya nampak hanya hitam.
Dan dalam pitam saya, saya mimpikan awak, harum bau awak, serak suara awak, manis senyum awak. Saya mimpikan kali terakhir kita berjumpa, beberapa hari lepas, ketika awak meluahkan perasaan awak untuk saya, menyatakan hati dan hasrat, tidak mahu lagi berselindung, tidak mahu lagi menahan nyala asmara. Perkataan awak kekal di dalam benak saya, mendak dan mengembang bersama setiap suap sup ikan gefilte yang kita pesan dari kafe. Sup itu cair dan hati saya lebih lagi cairnya di hadapan awak. Kata awak, walaupun masa depan adalah rahsia takdir, tetapi sekarang ini waktu kita. Kata saya, untuk memiliki saya awak kena menganut agama saya. Lalu awak tersenyum, sampai sekarang tidak dapat saya baca maknanya. Saya mewakili Palestin dan awak mewakili Israel, sejarah kita hitam, pertelagahan yang tidak sudah, tetapi kuasa Tuhan juga membenarkan minyak dan air, digaulkan menjadi emulsi. Dan saya memberitahu, perjuangan saya bukan menentang Yahudi, tetapi kekejaman rejim kuku besi Zionisme. Agama Yahudi, dipandang Islam sebagai agama wahyu juga, diturunkan kepada nabi Musa pilihan Allah SWT juga, dilengkapi dengan risalah-Nya dan kalam-Nya juga, seperti juga agama Islam. Jika Yahudi Israel berketurunan Yaakub bin Ishaq bin Ibrahim alaihisallam, kami Muslim pula adalah keturunan Ismail bin Ibrahim alaihissalam. Maka, Yahudi lebih dekat dengan Islam daripada agama Kristian anutan orang Nasrani, kita seperti beradik sebetulnya.
Orang Nasrani suka mengubah cabang-cabang agamanya, suka memangkas-mangkas kitab-kitab dan ajarannya, sedangkan orang Yahudi masih lagi menjaga beberapa hal yang diwarisi Nabi Ibrahim. Orang Yahudi tidak mengakui Holy Trinity dan tidak mengatakan Isa itu anak Tuhan, seperti orang Nasrani. Orang Yahudi menyunati anak-anaknya, mengharamkan khinzir, menyembelih haiwan sebagai syarat halal dan memusnahkan patung-patung berhala, seperti ajaran Islam. Orang Kristian malah, meletakkan pelbagai gambar dan berhala di dalam gerejanya.Seperti sabda Rasulullah, (riwayat Ahmad), “Wahai manusia, sesungguhnya Tuhan kalian itu satu dan bapa kalian juga satu.” Saya dan awak, kita sebenarnya berkongsi Tuhan dan keturunan, kalaupun tidak serenjang nur agama. Kata saya, kalau awak mengucap kalimah syahadah, amalan Yahudi dan amalan Islam, tidaklah berjurang berbeza, lalu awak berikan saya senyum, sama yang tidak dapat saya baca. Dan awak hadiahkan sebentuk cincin kepada saya, kata awak mahu mengikat cinta saya. Cincin itu diperbuat daripada dawai, awak gulung sendiri daripada wayar litar, menghangat dengan api dapur untuk melembutkan. Cincin itu daripada besi kerana awak tidak mampu menghadiahkan saya logam lain dan kerana orang kita di Tanah Arab ini mempercayai logam besi memberi kuasa dan tenaga dan kesihatan, melambangkan kesuburan tanaman dan ladang. Dan kerana awak mahu mengingatkan saya kepada perjuangan Al-Ard tanah ayah saya sendiri.Pada cincin itu, awak ukir kata ‘Mahabba’, istilah sufi untuk kata cinta.Sebaik membuka pelupuk mata, saya kembali ke realiti, ke bilik sempit dengan sibu-sibu itu, kelahiran semula dalam dunia penuh bencana. Dua orang askar merenggut tangan saya, memberi saya sepersalinan pakaian tipis daripada kain poliester, kesat permukaannya melecetkan cakar luka pada tubuh saya, menarik-narik selumbar yang menjarum di kulit saya. Mereka menyuruh saya berjalan ke bilik penjara. Saya patuh, tetapi kaki saya terasa seperti rapuh. Bilik yang mereka bawa saya itu lebih sempit lagi, malah tidak cukup panjang untuk saya berbaring. Saya tidur mencangkung malam itu, darah berkumpul di buku lali, mengebaskan kaki, saya hanya lelap sejurus sekali sekala.
Esoknya, saya dikejutkan awal pagi dan dipaksa menjamah sarapan. Satu mangkuk sayur yang direbus dengan air dan sedikit garam serta diletakkan beberapa kelopak bunga, seperti bunga epal serta buah kecil beberapa butir, warnanya merah oren, macam buah ceri. Sayur itu kelat dan tidak saya kenal, daunnya tebal dan meruncing, rasa payaunya cuba disembunyikan dengan masin garam. Ia menyakitkan perut saya, membuatkan saya termuntah beberapa kali. Sepanjang hari saya terkedang dalam tahanan, menahan senak perut.Saya berfikir tentang awak, tentang rancangan kita mahu lari ke Syria atau Jordan, mahu mengumpul rakan dan melawan Zionis dengan intelek dan pemikiran, dengan fahaman dan bantahan. Mungkin masanya sudah tiba untuk kita berhenti melawan kekasaran dengan kekasaran. Jadi kita mahu melawan dengan ilmu.Pada hari kedua, mereka membawa saya bersama beberapa orang tahanan lain ke sebuah rumah hijau tapak semaian, berbaris berlajur dengan ratusan anak pokok, mengerah saya berkerja, membaja, menyemai. Kami semua diam, tidak diizinkan berbual, berkomunikasi dengan mata dan raut muka. Kerja itu tidak sukar, jadi saya bersyukur, kalaupun saya patut bersyukur pada sesuatu yang dipaksakan kepada saya.
Mereka tidak memberi saya tudung kepala, saya tidak dibenarkan menutup aurat. Baju dalam pun tidak diberi. Saya hanya dibenarkan menyarung jubah tipis poliester, langsung tidak dapat menapis dingin udara, penghujung musim bunga yang baru hendak menjengukkan wajahnya. Bila saya membantah, mereka sebat saya dengan batang kayu, pada tempat yang sama, menyegarkan luka yang lama. Hari-hari berikutnya saya mengulang rutin yang serupa, kadang-kadang terperuk di dalam sangkar sempit, diinterogasi dalam bilik suram dihurung sibu-sibu dan berkerja di sebuah tapak semaian. Saya tidak pernah mengaku apa-apa, mengharapkan mereka akan membebaskan saya selepas 18 hari. Tetapi, mereka bukannya mematuhi undang-undang, walau berat sebelah menyendeng ke mana pun undang-undang itu. Saya kekal dipenjara berminggu-minggu, dan berbulan-bulan. Sayur kelat payau itu sehingga serasi dengan saya, tidak lagi menyenakkan. Hari demi hari, saya tidak mendengar cerita tentang awak, berita luar tiada yang dapat menembusi tebal dinding penjara. Sehinggalah peristiwa saya dibakar hidup-hidup. Awak sendiri sudah tahu tentang itu, awak yang mengatur agar mereka membakar saya.
Di dalam bilik sempit interogasi, seorang pegawai sivil mencurahkan kimia entah apa ke tubuh saya dan setelah saya berkeras tidak mahu mengakui jenayah yang mereka sogokkan, dia menyalakan api, mencucuh. Dia bagai terperanjat melihat api yang membakar saya, matanya mencerlang, memantulkan nyala api di dalamnya. Saya sedar di ambulans, tangan saya dalam genggaman awak. Mula-mula, saya fikir saya pitam lagi dan kehadiran awak hanya janaan maya, tetapi manis pada senyum awak terasa nyata, sebu mekar dalam benak saya. Awak mengusap cincin pada jari manis saya, mengelus kata ‘Mahabba’ pada permukaannya. Air mata di pipi awak, nampak berkilat dalam remang cahaya. Saya cuba mengangkat tangan, mahu menyeka, tetapi saya tidak mampu menggerakkannya. Rupa-rupanya, awak yang mengaturkan semuanya. Saya bukan dibakar, hanya dicurah kimia sintetik penahan haba dan pegawai sivil itu, berkerjasama mengatur ambulans membawa saya ke rumah sakit Makassad di timur Al-Quds. Baju saya rentung, rambut saya hangus, tetapi kulit saya hanya melecur sedikit, selebihnya cuma kimiawi menjalankan tugasnya.Dan apabila kita menghampiri sempadan kota, ambulans serta-merta diberhentikan dan kita meloncat keluar. Awak kenyit mata pada pegawai sivil yang memandu ambulans dan awak pegang tangan saya, lalu kita melarikan diri. Kaki kita melangkah laju, sepatu kita bagai tidak jejak lagi ke tanah lagi. Seluruh tubuh saya pedih dan melepuh, tetapi saya gagahi. Dan membelah malam, kita berlari cuba berusaha menyelamatkan cinta kita, supaya kelak kita boleh kembali ke bumi yang sedang terbakar ini, kita boleh bertarung dengan lebih kuat, dengan kebijaksanaan, dengan ideologi. Hitam malam di hadapan bagai mengibaratkan gelap yang bakal kita tempuh dalam hidup, tetapi kita redha, kerana kita tahu, Tuhan berpihak pada kita.

Monday, February 05, 2007

Kelahiran Isme


Sekularisme adalah pencetus utama kepada isme-isme moden yang lain.Ideologi sekular ini bukan hanya serangan terhadap islam tetapi turut disasarkan kepada semua agama tidak terkecuali agama kristian yang tersebar luas di Eropah.
Pemahaman sebenar Sekularisme
Menurut Kamus Dewan(1994), sekular adalah berkaitan dengan keduniaan, bersifat duniawi dan tiada kaitan dengan ketuhanan. Sekularisme bermaksud fahaman, pegangan, ideologi yang menolak nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan sosial manusia manakala isme adalah kepercayaan,ideologi ataupun pemikiran.
Pelbagai tafsiran lain tentang sekularisme. Menurut Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas, sekularisme ialah fahaman yang membentuk suatu corak kehidupan di mana berlakunya pembebasan insan daripada agama. Prinsip-prinsip sekularisme menjadi sesuatu dianggap benar oleh segolongan manusia yang kufur terhadap dimensi spiritual dalam kehidupan. Golongan sekularisme menganggap wahyu dan agama adalah karut dan kolot. Rujukan mereka adalah akal yang berpandukan kekuatan pancaindera dan ujikaji.
Hakikat Sebenar Kemunculan Sekularisme.
Perlu dijelaskan di sini, sekularisme bermula di Eropah pada zaman Renaissance sebagai tindakbalas pada ketidakadilan dan kekejaman yang dilakukan oleh pihak gereja Katolik pada orang awam khususnya ahli sains.Pihak gereja menghukum mati seramai 340,000 orang dan membakar hidup-hidup hampir 32,000 orang termasuk orang awam dan ahli sains.Pihak gereja menganggap ilmu daripada sumber lain adalah sesat. Ini disebabkan dakwaan bahawa meraka mendapat ilmu terus dari tuhan.Oleh sebab itu, golongan saintis dan intelek dibunuh kerana menghasilkan kajian yang bercanggah dengan fahaman gereja.
Lahirnya gerakan sekularisme ini akibat tindakan kejam gereja yang bertopengkan agama dan lanjutan itu mereka memenjarakan agama dalam gereja. Pihak gereja hanya menguruskan hal agama dan berkurung dalam gereja.Sehubungan itu berlakulah revolusi pertama di Perancis(1789) dan revolusi-revolusi lain.Mereka membuat keputusan nekad antara agama dan sains serta antara agama dan kemajuan tidak ada titik homofili.Jelaslah bahawa sekularisme lebih pengisytiharan permusuhan ke atas agama Kristian oleh penganut Kristian sendiri.
Perpindahan Sekularisme ke Negara Islam
Fahaman Sekularisme begitu cepat menyerap masuk ke dalam pemikiran dan kehidupan umat Islam.Mengapa umat Islam turut terpengaruh? Sedangkan ulama tidak pernah menindas umat Islam, Islam tidak memisahkan agama dan Sains. Jelasnya kemasukan Sekularime adalah ghazwatul fikr oleh kuasa-kuasa barat.Tujuan mereka adalah untuk hapuskan Islam.Agenda Barat dengan kristianisasi, memurtadkan orang Islam dan menghilangkan keyakinan umat Islam terhadap Islam dengan pelbagai propaganda melalui agen-agen mereka seperti orientalis dan gerakan freemissionari.Dapat disimpul, sekularisme diterima di negara Islam adalah kerana taklid kepada barat dan tertakluk kepada satu dogma moden bahawa Barat sahaja satu-satunya model pembangunan dan permodenan. Betapa ceteknya pemikiran umat Islam.
Kesimpulannya, zaman postmodenisme ini, musuh Islam melancarkan serangan halus berbahaya melalui pemikiran bukan lagi ketenteraan.Matlamat akhir Sekularisme ialah melahirkan fahaman atheis,manusia tidak bertuhan lagi.Manusia adalah manusia, Tuhan adalah Tuhan, dunia adalah dunia dan akhirat adalah akhirat


KK 17th,UM..2005

Friday, February 02, 2007

Tiada Lagi Roh Jihad di Hati


MARUAH Islam sekali lagi dicabar dan tercabar. Jati diri ummah kian bergoncang dan hak asasi manusia terus diperkosa. Di pihak lain, keangkuhan Israel melampaui batasan. Pembunuhan ulama dan pemimpin pergerakan Hamas, Syeikh Ahmed Yassin di Gaza menunjukkan betapa kejamnya Zionis terhadap Islam. Syeikh Ahmed Yassin, 66, yang lumpuh dan hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda terbunuh dalam serangan udara pada 22 Mac lalu sebaik saja keluar dari masjid selepas menunaikan solat Subuh. Lebih malang lagi, serangan udara itu turut mengorbankan tujuh lagi rakyat Palestin tidak berdosa termasuk pengawal peribadi beliau.Realitinya inilah yang berlaku kini. Selepas keagungan dan institusi khalifah runtuh, maruah Islam terus tidak diendahkan. Tokoh pejuang umat Islam dihimpit dan mereka dilabelkan sebagai pengganas, pemberontak, penjenayah dan pelbagai lagi gelaran bagi menghalalkan segala penentangan terhadap mereka. Selain Syeikh Ahmed Yassin, ramai pejuang tulen yang diuji dan sudah diuji dengan pelbagai cabaran termasuk dipenjara, dikenakan hukuman bunuh, dibuang daerah dan dipulaukan masyarakat. Antaranya Syamil Basayev dan Jeneral al-Khattab di Chechnya; Dr Ayub Thakur (Kashmir); Dr Abas Madani dan (Algeria); Omar Basyir (Sudan); Dr Najmuddin Erbarcan (Turki); dan Mustafa Masyhur (Mesir).Sebenarnya umat Islam seluruh dunia seharusnya sedar akan perlunya mereka menilai kembali diri dan membuat perancangan berkesan yang boleh digunakan untuk mengembalikan kecemerlangan ummah pada masa depan.Tindakan membabi-buta tidak akan menyelesaikan masalah umat Islam. Sebagai renungan bersama, ucapan al-Imam Hasan Al-Banna wajar diteliti secara bersama. Beliau pernah berkata: “Kemenangan itu sedang menanti di hadapan kita. Walaupun tekanan semakin dahsyat dan keras menghimpit kita, tetapi ingatlah bahawa sesungguhnya fajar mentari pastikan terbit walaupun kegelapan masih berpanjangan.”Selain itu, kata-kata seorang pujangga wajar dijadikan motivasi untuk mengorak langkah membina kegemilangan. Beliau berkata: “Kebangkitan Islam bukan menanti keredaan orang kafir dan munafik, tetapi Islam bangkit di celah kekafiran dan kemunafikan.”Islam adalah agama berkasih sayang dan sentiasa memperjuangkan keamanan, keadilan dan kesaksamaan sejagat. Malah perkataan ‘Islam’ itu sendiri membawa makna salam atau ‘selamat’. Umat Islam dididik bersikap dan bertindak secara sederhana, bertolak ansur dan mengamalkan toleransi. Apabila hak seseorang dicabuli, Islam pasti menentangnya tidak kira sama ada yang tertindas itu seorang muslim atau tidak. Inilah sebenarnya keindahan Islam dan ajarannya yang melangkaui batasan geografi dan merentasi sempadan politik sempit kerana ajaran dan mesejnya adalah bersifat ‘alamiyyah (global), syumul dan rahmat kepada seluruh manusia.Bagaimanapun, keadaan dan situasi umat Islam kini berada pada tahap yang menyedihkan. Di seluruh dunia, negara dan umat Islam dijajah, ditindas dan dilabel secara negatif.Lebih daripada itu, dunia dan sejarah membuktikan bahawa tamadun Islam lama menyaksikan gangsterisme Barat. Malah, Barat sentiasa berusaha merancang, merencana dan melaksanakan agenda jahat bagi memastikan Islam dan umat Islam terus dihina serta dipandang rendah pada setiap ketika.Sebab itulah, tindakan unilateral, perang berat-sebelah, kekejaman, pembunuhan beramai-ramai atau ‘genocide’, kebuluran, keruntuhan moral dan pendek kata segala masalah yang berlaku hari ini terus bermaharajalela.Oleh itu, tidak ada kesangsian lagi untuk orang beriman memejamkan mata dan berpeluk tubuh atas apa yang berlaku. Selain itu, mustahil bagi muslim terus lena dan dibuai mimpi indah di atas tilam yang empuk, bergoyang kaki membuang masa serta hanya memikirkan terhadap kepentingan dan keuntungan peribadi apabila melihat jenayah ganas ini terus memalit luka dan duka kepada kemanusiaan di seluruh dunia. Sejarah dan pengetahuan masa silam adalah perkara berharga untuk diteliti bagi memperbaiki keadaan sedia ada. Oleh itu, langkah pertama perlu dilaksanakan dalam menghadapi semua dilema dan permasalahan ini ialah umat Islam perlu bersatu. Integrasi adalah jawapan paling baik. Segala perbezaan pandangan, fahaman politik dan sebarang prejudis antara wajar diketepikan.Setiap Muslim perlu menerima kenyataan bahawa solidariti memainkan fungsi sangat besar dalam menganjak situasi semasa ummah. Asas kukuh persaudaraan mesti berlandaskan akidah bagi memastikan persaudaraan yang terbina adalah Ukhuwwah Islamiyyah.Justeru, umat Islam perlu bersatu kerana Islam adalah agama perpaduan. Ajaran Islam yang syumul hendaklah dijadikan sebagai model dan kerangka berseri kepada kesatuan ummah. Selagi masyarakat Islam terus memaut erat fahaman kuno seperti semangat perkauman, taksub dan fanatik, maka percayalah bahawa muslim akan terus hidup dalam pertelingkahan dan perpecahan. Justeru, tiba masanya semua berbicara mengenai kesatuan yang sebenar. Ia penting ke arah mencapai impian membentuk masyarakat madani yang berteraskan konsep ummatan wahidah – umat yang satu.Selain itu, semangat dan roh jihad sudah pudar dalam hati umat Islam. Malah umara’ (pemerintah), ulama dan pahlawan agama gagah hanya tinggal kenangan. Segala-galanya hanya tinggal nama dan kini Islam hilang kekuatannya angkara ketamakan duniawi, kealpaan dan kejahilan umatnya. Sudah hilang daripada umat ini Salahuddin al-Ayyubi – lelaki waja yang terkenal dengan kegagahan serta warak. Beliau juga panglima perang ketika Peperangan Hittin menentang tentera Salib dan Yahudi. Begitu juga, sudah hilang daripada umat ini Imaduddin al-Zangki dan anaknya Nuruddin al-Syahid – dua perwira perkasa yang memperjuangkan Islam hingga ke titisan terakhir. Selain itu, sudah tidak ada daripada umat ini yang mengenali Panglima Saifuddin al-Qutuz – pemuda yang berjasa merebut kembali Baghdad daripada Tentera Tatar Monggol. Malah, sudah hilang individu yang mahu mencontohi Muhammad Murad – pemuda berhati waja dan bersemangat besi baja.Pada usia 23 tahun, beliau mampu mengepalai usaha menakluki kota Konstantinopal pada Selasa 20 Jamadil Awal 857 Hijrah bersamaan 29 Mei 1453 dan akhirnya dikenali sebagai Muhammad al-Fatih.Justeru, marilah bersatu dan menyeru kepada perpaduan. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Marilah kita bersatu kerana Allah dan Islam serta ingatlah ukhuwwah berfungsi dalam menghadapi pelbagai cabaran serta dakyah musuh.Marilah tanamkan keazaman untuk menjadikan diri hidup berjuang dan mempertahankan Islam agar mampu menjadi umat yang mempunyai terbaik. Masyarakat pula diterangi cahaya dan kalimah Ilahi. Akhirnya, marilah menjadi lelaki dan wanita zaman ini yang bakal mencorak dunia dengan Islam hakiki.

Warkah Buat Hati



Aku bukannya insan biasa
Aku adalah insan istimewa
Aku menjunjung amanah Yang Esa
Memikul bebanan yang bukan ringan timbangannya
Mendokong matlamat yang bukan kecil ukurannya
Memacu al-quran dan as-sunnah untuk menegakkan agamaNYA
Untuk mencapai keredhaanNYA dan mengecapi syurgaNYA selamanya

Wahai hati..
Janganlah kau goyah kpd ujian
Janganlah kau tunduk terhadap godaan
Janganlah kau lemah kerana cubaan
Janganlah kau lalai terhadap kesenangan
Kerana Kaulah pemacu seluruh system kehidupan
Menuju ketuhanan.

Wahai hati..
Janganlah hilang segala kekuatanmu
Janganlah luluh segala semangatmu
Janganlah hancur segala keberanianmu
Kentalkan dirimu
Kuatkan keazamanmu
Tetapkan pendirianmu
Seperti cantiknya bentukmu
Seperti merahnya warnamu
Yang menjadi inspirasi
Setiap insan bernama manusia
Menuju kebahagiaan

Wahai hati
Kau hanyalah pinjaman
Kau adalah milikNYA yang abadi dan hakiki
Ku corakimu dengan petunjukNYA
Ku hiasimu dengan ajaranNYA
Dan ku serahkan kembali dirimu
Kepada yang HAKnya
Agar kau sentiasa suci tanpa secalit cemaran
Agar kau sentiasa tenang tanpa gusaran
Agar kau sentiasa menyala tanpa kesungkuran
Agar dirimu
Dimekari dengan cintaNYA yang Teragung
Agar dirimu
Kekal abadi bersama cintaNYA
Dalam membawa risalahNYA
Untuk menuju ke perhentian yang abadi tanpa kembali

Nukilan
3.18 pm, selasa (25 april 06)
Taman sri gombak

Ketahui Sejarah Perpecahan

Benih-benih percambahan perpecahan dan timbulnya pelbagai fahaman dan ajaran bermula sejak zaman pemerintahan khalifah r.a.Di sini ana mengupas sedikit tentang sejarah dan juga faktor-faktor yang mendorong berlakunya pelbagai adaptasi daripada fahaman salaf yang sepenuhnya hanya bersandarkan kepada kalamullah dan sunnah rasulullah s.a.w.
3 bidang yang dibahaskan dan menjadi pertikaian didalam Islam:
1)Bidang politik
2)Bidang Aqidah
3)Bidang Syariat (penetapan hukum ibadah)

Sejarah yang menjadi titik mulanya perpecahan

Ketika zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq dan Khalifah Umar Al-Khattab dan juga sehingga pada enam tahun pertama pemerintahan Khalifah Uthman bin ‘Affan,suasana dan keadaan umat Islam masih berjalan seperti pada zaman Rasulullah s.a.w dahulu.Akan tetapi suasana yang begitu indah musnah setelah enam tahun berjalan lancar pada pemerintahan Khalifah Uthman.Semua ini adalah disebabkan sikap tidak senang kaum munafiq dan petualang politik ketika itu.Abdullah bin Saba’ seorang tokoh yahudi yang masuk Islam adalah yang menjadi petualang dalam huru hara yang berlaku.Ia sebenarnya seorang yang munafiq.

Akibat daripada pertikaian dan pergaduhan,akhirnya Khalifah Uthman dibunuh dan diganti oleh Khalifah Ali bin Abu talib.Keadaan menjadi semakin tegang apabila bani Umayyah menuntut supaya Saidina Ali menghukum pembunuh Uthman sehingga tercetusnya perang saudara,Perang Jamal dan Perang Siffin.Perang siffin berakhir dengan pendamaian antara saidina Ali dan Mu’awiyah bin Abu Sufyan yang disebaliknya adalah taktik dan penipuan Mua’wiyah untuk menjadi khalifah menggantikan Saidina Ali.Berlakulah permusuhan antara Bani Umayyah dan Bani Hashim selepas Mua’wiyah diangkat menjadi khalifah.

Sejak genjatan senjata antara pasukan Saidina Ali dan Mua’wiyah dalam Perang Siffin,pendukung Saidina Ali telah pecah menjadi dua golongan yakni kaum Khawarij dan kaum Syiah.Kematian Saidina Ali telah dirancang oleh kaum Khawarij yang akhirnya berjaya membunuh Saidina Ali ketika beliau keluar untuk solat subuh.Kejayaan rencana pembunuhan menunjukkan berakhirnya kekhalifahan Bani Hashim dan dikuasai sepenuhnya oleh Bani Umayyah.
Dengan kematian Khalifah Ali bin Abu Talib,umat Islam terpecah menjadi tiga golongan,yakni :
1) Sebahagian besar umat Islam mengakui Mu’awiyah bin Abu Sufyan berhak menjadi khalifah selepas kewafatan Saidina Ali.
2) Golongan Syiah yang anti Muawiyah.cinta kepada Saidina Ali dan keturunannya.Bagi mereka yang sah menjadi khalifah adalah Saidina Ali dan keturunannya.
3) Golongan Khawarij yang tidak menyetujui kekhalifahan Uthman bin “Affan,Ali bin Abu Talib dan Mu’awiyah bin Abu Sufyan.

Perselisihan dalam bidang politik
Perselisihan dalam bidang ini telah melahirkan 3 golongan yang mahsyur sehingga kini yakni Golongan Syiah,Khawarij dan Mu’tazilah.Pertikaian berlaku apabila berlakunya pembunuhan khalifah Uthman,ada yang ingin menuntut bela di atas kematian Uthman dan menghukum orang yang bertanggungjawab dalam pembunuhan itu.Di sini munculnya perbezaan pendapat dalam penetapan hukum ke atas orang yang membunuh Khalifah Uthman.
Golongan Syiah
Menurut kamus, syiah bererti pengikut,pembantu,pendokong atau firqah,terutama pengikut dan pencinta Saidina Ali bin Abu Talib serta ahli keluarga Rasulullah s.a.w.Golongan ini mencintai Saidina Ali secara ekstrim dan berlebih-lebihan sehingga mengangkat Saidina Ali sebagai tuhan.
Ada 4 golongan utama Syiah,yang masing-masing berpecah menjadi berpuluh-puluh aliran lagi.
1) Aliran Ghaliyyah
2) Aliran Rafidah
3) Aliran Zaydiyyah
4) Syiah Imamiyyah

Golongan Khawarij
Golongan ini amat membenci Saidina Ali bin Abu Talib sehingga mengkafirkannya.Amat banyak perpecahan dalam Khawarij,maka wujudlah pelbagai aliran yang mana sebahagiannya tidak boleh dikatakan Islam kerana aqidahnya jauh menyimpang dan sesat.Antaranya Aliran Azariqah,Aliran Al-Najdiyyah,Aliran Ajadiah,Aliran Yazidiyyah,Aliran Safariyyah dan banyak lagi.

Golongan Mu’tazilah
Mu’tazilah mula campur tangan ketika pertikaian politik antara Saidina Ali dan Mu’awiyah sehingga terbunuhnya Saidina Ali sampai kekhalifahan dikuasai Mu’awiyah.Adapun golongan ini menamakan dirinya sebagai Ahl al-‘adl wa al-Tauhid(golongan yang membela keadilan dan ketauhidan tuhan).Mu’tazilah mengatakan al-Quran adalah makhluk,bukan qadim dan banyak menggunakan logik akal untuk berhujah sehingga membawa kepada penyelewengan aqidah.
Dalam hal penggunaan al-Quran dan Hadith,Mu’tazilah terbahagi kepada 3 golongan:
1)Golongan pertama hanya menggunakan al-Quran sebagai dasar hukum,mengecualikan hadith.
2)Golongan kedua membahagikan hadith kepada 2 bidang.Mereka hanya menggunakan hadith yang menjadi penjelas hukum al-Quran,yang lainnya akan ditolak.
3)Golongan ketiga hanya menggunakan hadith mutawatir sahaja.Dalam penetapan hukum,mereka menggunakan dalil akal dahulu,kemudian baru disesuaikan dengan al-Quran dan hadith.

Perselisihan dalam bidang Aqidah.
Pertikaian dalam bidang ini berlanjutan dari bidang politik.Di sinilah banyak golongan sesat yang wujud sehingga ada yang mempertikaikan kekuasaan Allah yang kefahaman mereka memang menyesatkan dan menyeleweng dari ajaran yang suci.
Golongan Jabariyyah
Aliran Jabariyyah timbul adalah dari perpecahan golongan Mu’tazilah yang membicarakan masalah ketuhanan dan kudrat Tuhan.
Jabariyyah diambil dari perkataan majbur yang bererti tidak bebas atau jabbara
beerti memaksa.Mereka berpendirian bahawa semua kejadian itu telah ditentukan oleh Tuhan sejak azali,baik dan buruk datangnya dari Tuhan.Tuhan pencipta segala kejadian dan perbuatan dan tidak ada menyamai Tuhan dalam segala hal.Manusia tidak mempunyai kekuasaan sama sekali atas dirinya kerana gerak-gerinya ciptaan Tuhan.Manusia tidak boleh berikhtiar untuk mengubah nasib hidupnya.
Golongan Qadariyyah
Aliran Qadarriyyah ini berkembang pada akhir zaman Khalifah Uthman berterusan sehingga zaman Bani Umayyah.Kaum Qadariyyah berpendirian bahawa ketentuan dari sesuatu adalah di tangan manusia sendiri.Perbuatan yang baik dan keji datangnya dari usaha manusia sendiri.Mereka berpendapat kalau semua kehidupan datangnya dari Tuhan,mengapa orang yang salah dihukum?Maka tiada gunanya Tuhan memberi pahala dan tidak perlu ada syurga dan neraka apabila semua itu Tuhan yang bertanggungjawab.
Oleh itu,manusia mempunyai kekuasaan mutlak atas dirinya dan segala amal perbuatannya.Manusia dapat berbuat baik dan buruk menurut kemahuannya sendiri tanpa ada kekuasaan lain yang memaksanya.Betapa sesatnya ajaran ini sehingga tidak mengakui keagungan dan mengetepikan kekuasaan Allah dalam setiap kejadian kehidupan ini.

Golongan Murji’ah
Di tengah-tengah pertikaian pendapat mengenai pembunuhan Uthman dan musuh-musuh Uthman,timbullah pendapat dari Kaum Murji’ah ini.Murji’ah menyatakan bahawa berbuat dosa itu tidak membahayakan iman.Bagi mereka dosa itu tiada kaitan dengan keimanan.Selain itu,iman adalah terpisah dengan amal kerana iman itu cuma keyakinan dalam hati sahaja,tiada hubungannya dengan amal.
Maka apabila seseorang menyembah berhala dalam negara Islam,kalau ia meninggal tetap sebagai ahli syurga.Pendapat Murji’ah ini membahayakan aqidah Islam dan umat Islam kerana apabila berbuat dosa tidak mempengaruhi iman,tentulah membuka pintu kepada mereka yang sering membuat dosa.

Akhirul kalam,pertikaian yang hanya bermula dalam bidang politik akhirnya berlanjutan mempengaruhi bidang aqidah,maka muncullah fahaman sesat yang membahayakan umat Islam.Terlalu banyak golongan-golongan yang muncul sehingga tidak terhitung banyaknya.Tapi cukuplah di sini,dijelaskan tentang golongan yang kubra dan mendominasi negara-negara Islam.Sebagai ahli jemaah,kita perlu menitikberatkan permasalahan umat yang berlaku dan semakin menular dan meruncing sehingga Islam dilabelkan sebagai pengganas.Maka kita perlu mengetahui dan memahami asbab berlakunya perpecahan.Semoga apa yang disampaikan dapat menambahkan ilmu kepada kita semua.Wallahua’lam.

Rujukan :Siapa Ahli Sunnah Wal Jamaah ( Umar Hasyim)
By: stefaislle@yahoo.com

Thursday, February 01, 2007

Naikilah Bahtera Yang Selamat


Tokoh penggerak Islam Lubnan, Ustaz Fathi Yakan banyak mengkaji, mengupas tentang permasalahan ummat dan gerakan islam dalam buku-bukunya seperti golongan yang tercicir, permasalahan ini diselitkan pula dengan alternatif penyelesaian dalam karyanya ‘Bahtera Penyelamat dalam Kehidupan penda’wah’. Buku ini mengupas rintangan yang menghalang seorang da’ie untuk terus istiqamah dlm perjuangannya,dalam da’wahnya dan dalam gerak kerja islam.Hakikat ini memang banyak berlaku dalam senario dunia hari ini.Penulis menyajikan cara-cara mengatasi barah-barah yang kian menular di lubuk-lubuk hati dan diri penda’wah masa kini, menyediakan bahtera yang dapat menyelamatkan kita daripada terus hanyut di lautan bergelora tanpa pautan dan hilang arah tujuan untuk kembali ke dataran yang selamat.
Jika di selusuri 5 rintangan perjuangan dalam kehidupan penda’wah, dalam kondisi hari ini dapat disimpulkan halangan-halangan yang memblok kebangkitan penda’wah adalah kebanyakannya berpunca daripada masalah dalaman sendiri di samping golongan munafiq dan kafir yang bertungkus lumus menyusun strategi menghapuskan Islam yang menjadi batu penghalang kepada kita.
Kondisi kita di malaysia tidak banyak berhadapan dengan konspirasi musuh kafir seperti pernah dihadapi oleh tokoh-tokoh gerakan islam, Assyahid Hassan Al-banna yang ditembak syahid,1949 semata-mata untuk membangkitkan kesedaran islam,ulama’ ulung, Abdul Qadir ‘Audah diseret ke tali gantung,tokoh pemikir islam,Syed Qutb dihukum bunuh dengan fitnah ke atas Syed Qutb dan banyak lagi yang cukup membuktikan zalimnya tentangan kafir ke atas pejuang-pejuang Islam.
Sirah membuktikan kisah habil dan qabil,permusuhan dan pertelingkahan timbul akibat wujudnya buah-buah hasad,iri hati,busuk hati walaupun dalam satu keluarga sendiri.Tidak mustahil, mandomnya sebuah jemaah,runtuhnya sebuah kesatuan adalah adanya golongan api dalam sekam dalam jemaah itu sendiri.Golongan mu’min yang dengki cukup membahayakan, method dan strategi dibocorkan sesuka hati seperti kisah Wan Norhayati yang telah membawa impak yang besar kepada jemaah di seluruh kampus. Akibatnya kita semakin ditekan oleh golongan munafiq yang sentiasa mencari peluang mencari kesalahan,bukti dan cara untuk melenyapkan kita.Apatah lagi kafir yang dengan zalimnya memerangi islam di negara-negara islam seluruh dunia.
Rintangan yang maha hebat melanda seorang da’ie adalah rintangan nafsunya sendiri.Apabila nafsu menguasai akal dan hati, segala kefahaman lenyap dan nafsu menjadi juara dalam pertandingan melahirkan golongan yang futur dan muttasaqit ini.Nafsu apabila disepadukan dengan bisikan syaitan,ikatan konkrit ini cukup untuk menumbangkan peserta lain dalam pertandingan ini.Jelas di sini, nafsu dan syaitan adalah initial, rencah utama melahirkan golongan mu’min yang hasad dan munafiq yang benci kepada kita rentetan dari golongan yang muttasaqit dan futur.
Da’ie perlu meletakkan kefahaman islam dan pejuangan di tempat teratas bukan dengan merajai nafsu.Dai’e perlu memiliki hati yang suci dan sihat,akal yang bersih dan jelas dan akhlak yang lurus dengan kesedaran.’Check and balance’ hati kita adakah hati kita masih hidup atau sudah mati.Hati yang masih hidup, ia masih boleh bergetar apabila terdengar alunan Kalamullah, zikrullah dan pelbagai jenis ibadah lain.Tiada ertinya jika jika da’ie tidak ‘abid dan bersifat rabbani walaupun ilmu setinggi gunung.

Aimi Nabihah Mohamad
Sc& Education, UM

edited : 'Bahtera Penyelamat dlm Kehidupan Penda'wah'

Bingkisan Keinsafan


Ya Allah! Ya Tuhanku……dikesyahduan ini, dengan jasad kami yang satu kami mendamba kasihMu…..cahaya purnamaMu telah menyinari jiwa kami.

Kami sedari Ya Allah, martabat usrah kami kian lemah. Kerana kesedaran dan bekalan kami kelewatan akhirnya. Ibu, kami merana kesakitan, jiwa kami makin lemah dan longlai. Kerana kelemahan ini….

Sehasta demi sehasta kami dahulukan urusan dunia dari urusanMu
Kegerunan mehnah membisik fobia yan menganggu jiwa
Seminit demi seminit syaitan membolak-balikkan hati, menjadi langkahan
Telapak Kami semakin asing dari Liqa’ Jihad
Mungkin benar Ya Allah…
Senjata Rabbani kami masih tumpul
Obor-obor Rabbani kami masih malap
Jadual peribadi sufiah dan haroki masih berserabut
Lantas, bila sedar….. kami masih lagi tidak sehebat para pejuang terdahulu

Entah beberapa kali lagi titisan air mata kami akan mengalir…..
Biarlah ia terus menitis, agar mampu membasuh diari-diari kealpaan kami
Sedangkan esok… ada beribu wasiat yang bakal kita pikul
Ada kerja haraki yang menjerih dan memenatkan
Ada pengorbanan yang perlu kami infaqkan
Ada sebuah harapan dari Ibu yang sudah lama terpendam di daerah ini

Diatas nama Allah yang Esa dan Muhammad kekasihNya
Hidupkanlah kembali kekuatan kami, demi melihat agamamu ditegakkan….
Hidupkanlah jiwa kami bermiripkan syuhada’, didiklah sanubari kami berakar umbi
Para pejuang Islam

Agar malam Kami, dihiasi taqwa, siangnya kami mengejar abjad-abjad ilmu
Sehingga malam hari tidak diigauan mimpi dusta
Sehingga siang hari tidak dikejar maddiah
Sehingga tercantum diikatan naluri kami

Chocolate Moist Cake Idaman


Sebut sahaja chocolate moist cake, pastinya kecur amilase ini membayangkannya.Aku yakin ramai yang mengemarinya.Satu-satunya kek yang paling kusuka buat bila pulang ke kampung.Pelbagai resipi yang aku guna,hasilnya tetap chocolate moist cake dengan rasa,bentuk dan warna yang berbeza.Search saja di internet,resipi chocolate moist cake, akan tersenarai pelbagai jenis resipinya.Mudah dan senang.
‘Mak,jom kita beli barang-barang untuk buat kek coklat.Nanti nak bawa kat kawan-kawan juga’,ajakku.Mak paling terer buat kek.Banyak belajar daripada emak.Kagum aku pada mak,pelbagai benda mak pandai buat,jahit,sulam,masak,rajin.Jauhla nak bandingkan dengan diriku ini.
Kedai kat kampung,tak banyak sangat barang-barangnya.Nak pergi Bandar jauh pulak.Pergi ke mini market,adus..tak ada buttercup plak..susu kotak coklat dutch lady pun tak ada.tak bestnya.Tak sedapla kek coklat nanti.Susu cair yang ada brand biasa.Telur dah ada kat rumah.Ayah beli hari tu,rasanya grad A.Tepung masih elok,baru beli.Aku mencari lagi barang-barang keperluan yang perlu untuk buat kek.Rasa tak seronok pun ada,tak banyak barang yang aku nak beli yang ada.Mesti tak sedap sangat dan tak cantik kek coklat tu nanti.Aku ke kedai lain,alhamdulillah adala mentega..tapi bukan brand buttercup yang ada hanya farmcows.Tak apa la..buat mana yang ada.Pujukku pada diri.
Adunan mula dibuat.Kata emak,nak buat kek kena banyak sabar.Pastikan mentega betul-betul kembang,gula hancur sebelum masukkan telur dan bahan-bahan lain.Tepung dan susu coklat dimasukkan selang seli,tak boleh terus masukkan semuanya dan kacau.Bukan senang,detikku.Adunan dimasukkan dalam loyang,sebelum pastikan loyang disapu mentega dan tepung.Bakar pd 180 drjah celcius selama satu jam.Akhirnya siap juga.Kek telah masak,tak sabar untuk lihat hasilnya.Mak cakap rasa sedap dan lembut,tapi warna coklatnya pudar,rasa coklatnya pun kurang.Kenapa ya?fikirku.Dah ikut resepi mak bagi.Mak buat ok plak.Sedap atau tak sedap,makan jela.Dah siap,dah tak boleh diubah lagi.Kek itu akan kekal begitu juga.
Ku termenung,teringat kek yang dibuat.Itulah realiti kehidupan.Adunan kek sebelum siapnya kek,pastinya tak akan dipanggil itu adalah kek.Bila dah masak,barulah dipanggil kek.’kehidupan’ kini bukanlah satu kehidupan sebenar.Kehidupan sebenar,yang selayaknya dipanggil kehidupan adalah di AKHIRAT nanti.Bila kek dah masak,cantik,sedap,hodoh,pahit dan sebagainya semuanya sudah tak dapat diubah lagi.Itu adalah kesilapan sebelum masaknya kek itu,adakah telur,mentega,coklat yang dipilih berkualiti?Adakah tepung yang digunakan yang terbaik atau sudah expired date?Adakah mentega dan telur dipukul sehingga betul-betul kembang?Adakah suhu membakar sesuai?Adakah air dan tepung seimbang?Banyak persoalannya.
Begitulah kita di AKHIRAT nanti,bila sudah tiba di destinasi abadi,semuanya sudah tidak dapat diubah lagi.Nikmat atau Seksaan yang kita akan hadapi,itu adalah kerana pilihan kita sendiri semasa di ‘dunia’ yang hanya bayangan ini.Apakah amalan kita?Adakah kita ikhlas dlm beramal?Adakah kita ikut syariat Islam yang digariskan?Adakah kita bersungguh-sungguh dalam beramal?Life we have face it today..is nothing.Ianya hanyalah ‘satu persinggahan’ untuk tiba ke destinasi hakiki.
Jangan terlalu mengagungkan kehidupan kini,kerana apa yang kita miliki kini hanya sementara.Jangan takut akan kehilangan kerana ia hanyalah pinjaman.Untuk milikinya kembali dan selama-lamanya,Put Islam at Highest place in your heart.U’ll get it back better later.
Untuk dapatkan chocolate moist cake yang diidamkan,pastikan bahan-bahan,cara masak,hiasan kek itu adalah yang terbaik kita gunakan.Untuk dapatkan ‘kehidupan’ yang diidamkan,pastikan ilmu,amal,akhlak adalah yang terbaik kita sediakan,choose cream of the cream in ur life.”Yakinlah,Sesungguhnya janji 4JJI pasti benar”.

+ Islam agama TERTINGGI,tiada yang lebih tinggi daripadanya+