Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Berdasarkan Akta Hakcipta 1987:
Dilarang untuk mencetak, mengulang siar, mengambil, mencuri, menciplak, dan sebagainya tanpa izin daripada penulis.Hak cipta blog adalah terpelihara (Kenyataan ini hanya untuk penulisan saya dalam subjek 'karyaku' kerana melibatkan penghantaran ke media cetak.Penulisan lain tiada akta halangan.Dialukan penyebaran)

Sunday, April 26, 2009

:: Keimanan-Shaffix::




Semoga kita sama2 dapat menilai diri,muhasabah keikhlasan juga amalan kita sebagai muslim jua khalifah..

Wednesday, April 08, 2009

:: Blog Novel Melakar Cinta Firdausi::

Assalamualaikum wbt...

Dialu-alukan sahabat2,teman2 semua melayari blog novel kami, Melakar Cinta Firdausi

www.melakarcintafirdausi.blogspot.com...

untuk review contents novel ini..dan harap dapat memberi pandangan serta komen..

Terbitan PTS Litera sdn. bhd..Wassalam

Tuesday, April 07, 2009

....Daerah Ini...


Mereka kata kau akan sayu
Di daerah itu
Jawab aku selalu

Bersama TUHANKU .....ku pasrah padaNya
Sehening tiupan salju
Tenangnya ku rasa
Jitu dan mampu memilih
Manusia beribu


Daerah ini daerah tenang
Sekali pun ada yang kata usang

Daerah ini daerah damai
Sekalipun sukar untuk sampai

Daerah ini daerah merdeka
Sekalipun ada yang memeranginya
Biarkan saja ......AKU di daerah ini....

Kata mereka daerahmu itu jauh
Jawabku padanya
Yang jauh itu jiwa
Yang mungkir padaku....
Daerah ini amat hampir

Kata mereka daerah kau itu sepi
Jawabku....
Aku tak pernah sunyi dengan alunan murni
Yang sunyi itu jiwa...inginkan pujian
Padaku cukuplah dengan...
Irama KEREDHAAN TUHAN...


Daerah ku ini...daerah berpendirian
Berpaksikan firman Tuhan

Bukan hukum insan...
Bukan gemar sorakan...bukan riuh tepukan

Daerah ini tak pernah peduli...
Apa kata pentadbir atau pembesar negeri

Daerahku ini berpasakkan NABI
Bagindalah mimpi..Bagindalah realiti

Biarkan saja aku di daerah ini
Sekalipun tiada yang ke mari

Biarkan saja aku di daerah ini
Sendiri membawa diri dan sanubari

Biarkan saja aku di daerah ini...
Kerna aku mengerti
ia amat suci dan abadi
Di daerah ini........Biarlah aku.....


Perkongsian dengan sahabat2..lirik lagu yang amat mendalam maknanya...ada falsafah di sebaliknya..DAERAH INI...benar2 membawa sejuta erti bagi mereka yang mampu menghayati...hakikat ISLAM ADDIN...Hakikat sebuah perjuangan..dan hidup berlandaskan SYARIAT ISLAM...

Tahniah buat kump nasyid ini, ALGEBRA, student UIAM...atas dakwah yang murni dan sejati..

Monday, April 06, 2009

:: Akan berakhirkah sebuah penantian::


Alhamdulillah..cover novel sulung kami telah siap..menunggu untuk percetakan dan diterbitkan...hampir 2 tahun menanti dengan pelbagai masalah di pihak penerbit,editor, kami sendiri...kecewa,putus asa...alhamdulillah penantian itu akan berakhir..sabar itu menguji keimanan...Terima kasih kepada partnerku, aini azhari yg byk memberikan dorongan...terima kasih kepada semua yang menyokong...

Saturday, April 04, 2009

Dunia Sebuah Permusafiran


Kadangkala dalam kita mengharungi kehidupan, membuatkan kita terfikir...'apa yang aku inginkan dalam hidup ini?'....sudah fitrah manusia mungkin, tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki...pelbagai perumpaan hidup ini diumpamakan...hidup ini ibarat roda..kadang kita di atas, kadang kita di bawah...hidup ini ibarat lautan...kadang tenang..kadang bergelora...semakin kita mengharungi lumrah kehidupan ini..semakin kita mencari falsafah sebenarnya sebuah kehidupan...semakin banyak ujian melanda...semakin kita mula mengerti hakikat sebuah kehidupan...matang dalam meneruskan perjalanan, permusafiran yang kita tidak pasti sampai bilakah akan terhenti...kerana...kita tidak tahu bilakah kita akan sampai ke DESTINASI ABADI...kita melangkah dan terus melangkah, jatuh, rebah, bangkit semula...meredah segala halangan, batuan, ribut taufan, gelora lautan, ancaman....di sinilah menguji kita adakah kita mampu bangkit semula, mampu melawan segala...ataupun kita terus terhenti ditengah-tengah rimba, gurun kontang...sehingga kita tidak mampu sampai ke destinasi yang kita tujui....

"Alihkan matamu ke laut..airnya cantik membiru dan penuh ketenangan..tapi hanya Allah sahaja yang tahu rahsia di dalamnya...begitulah kehidupan"

"Jika rasa kecewa, pandanglah ke sungai, airnya tetap mengalir walaupun berjuta batu menjadi halangan"

"Jika rasa sedih, pandanglah ke langit..akan sedar bahawa Allah bersamamu"

Sesungguhnya tiap-tiap keindahan ciptaanNya..adalah untuk dijadikan panduan kehidupan kita, untuk kita memuji KEESAANNYA..untuk kita berfikir..hai manusia yang dikurniakan aqal
Dunia umpama medan peperiksaan...kita perlu menjawab segala soalan-soalan kehidupan yang diaturNya...samada pilihan A,B, C atau D...samada subjektif...kitalah yang memilih untuk memberi jawapan setiap persoalan..dan natijahnya...adalah di AKHIRAT nanti...di sanalah kita akan mendapat keputusannya yang kita tidak mampu ubah lagi..sama seperti peperiksaan di sekolah, universiti..keputusan yang kita dapat..dari hasil usaha kita..itulah ketetapan yang kita takkan mampu ubah lagi...selagi kita diberi peluang, nyawa dan nafas...marilah kita sama-sama terus berusaha menjawab segala soalan-soalan dunia berbekalkan kurniaan ISLAM dan IMAN dari ILAHI..mengikut SYARIATNYA...dijauhkan dari berputus asa,sentiasa sabar,syukur dan bertawakkal...agar keputusan di AKHIRAT sana...kita tidak akan menyesal..dan REDHA itulah penghujungnya...

Wahai pemilik Nyawaku
Betapa lemahnya diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu


Tuhan...
Baruku sedar
Indah nikmat saat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa
Biar jadi penawar dosaku

Butir-butir cinta airmataku
Teringat semua yang KAU
Berikan untukku
Ampuni Khilaf dan salah
Selama ini..Ya ILAHI
Muhasabah Cintaku

Tuhan
Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan ku denganMu.....

Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauhnya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa
Kita terlaku leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan kita....

Usah berputus asa
Kerana ada hikmah disebaliknya
Yang kita tidak ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa
Pada Allah..Pengasih, Pemurah dan Penyayang...

Dunia ini hanya pinjaman..untuk menguji keimanan...akhirat nanti yang menentukan..
Balasan Syurga ataupun Neraka...









:: SATU HATI ::

Bilakah lagi kita semua hati

Bilakah lagi keamanan kan dikecapi

Bilakah lagi Islam kan dijulang tinggi

Bangunlah wahai ummah

Kita Satu Hati

Marilah bersama bersatu berjihad

Menentang kezaliman

Oh insan sedarlah.....

Pembalasan tuhan pasti akan datang

Jangan takut

Jangan takut

Berjuang untuk keamanan

Thursday, April 02, 2009

::Buat Mujahidah, Daieah wa Bakal Syahidah ::


Ustadz Faisal Maulawi, seorang Mufti Lebanon , menyatakan, "Saatnya sekarang keadaan umat sedang dalam keadaan bahaya, para wanita muslimah yang solehah terjun untuk terlibat aktif dalam membentengi dan memperbaiki ummat."

Oleh itu, para daieah pejuang amal islami perlu mempersiapkan diri dalam pelbagai aspek untuk maslahat ummah. Senario yang berbeza ini menuntut persediaan daripada 3 aspek penting iaitu pemikiran, kejiwaan dan pergerakan (haraki) kerana itulah yang membezakan antara wanita yang ditarbiyah dan wanita di luar sana. Perjuangannya bukan sekadar menghayun buaian (motivator dalam baitul muslim) malah menggoncangkan dunia (berada di barisan hadapan sebagai aktivis amal islami malah sebagai pemimpin masyarakat).

Muslimat sebagai sayap kiri perjuangan bukan sekadar mentaati membabi buta (sami’na wa ato’na) malah mempunyai hujah bagi setiap tindakan berlandaskan manhaj perjuangan. Kadang kala berhati kering menegakkan kebenaran yang jelas nyata namun begitu disulami kelembutan dalam tindakan untuk maslahat bersama. Jiwa dan hati hanya tunduk pada dalil-dalil Al-Quran, As-sunnah, hujah-hujah berlandaskan sirah nabawiyah dan pendapat fuqaha’ dan bukan mudah ditundukkan dengan hujah-hujah kosong yang disogokkan bersama kata-kata manis merayu penggoda.Untuk menjadi muslimah yang disayang oleh Rasulullah SAW hendaknya diperhatikan empat hal berikut:


1. Faqihah Lidiiniha

Seorang muslimah hendaklah faqih (paham) terhadap din (agamanya). Selayaknya ia dapat membaca Al-Qur'an dengan baik dalam erti tajwid dan makhraj hurufnya. Kemudian dapat membaca hadis dan selalu pula menjadi bacaan hariannya, karena dengan itu ia memahami keinginan Rasulnya untuk kemudian berusaha menyesuaikan kehidupannya sesuai dengan cara hidup Rasulullah SAW. Ia juga harus berusaha memperkaya diri dan wawasannya melalui belajar kepada seorang guru yang jujur dalam menyampaikan ilmunya, dan berusaha banyak membaca buku agama lainnya seperti tentang aqidah, akhlaq, fiqh, sirah, fiqh da'wah, Tarikh Islam, sejarah dunia dan ilmu kontemporari lainnya. Ilmu dikuasai dan thaqofah diperkasakan dan melaksanakan tarbiyah jiwa melalui ilmu tersebut melalui penyucian jiwa dan pemurnian akhlak. Contoh muslimah yang menguasai ilmu-ilmu ini adalah Aisyah RA.


2. Najihah fi Tarbiyyati Auladiha Seorang aktivis muslimah yang telah berkeluarga hendaklah berupaya dalam mendidik anaknya, bahkan bagi seorang aktivis yang belum berkeluarga pun seharusnya mempelajari bagaimana cara mendidik anak dalam Islam, kerana ilmu tersebut fardhu 'ain, sehingga mempelajarinya sama dengan mempelajari wudhu, sholat, puasa, dan sebagainya. Sehingga ia tahu betul cara mendidik anak dalam Islam yang nantinya anak-anak tersebut akan ia persembahkan untuk kejayaan Islam dan kaum muslimin. Targetnya adalah untuk menghasilkan warisan generasi untuk kesinambungan dakwah dan perjuangan yang dipeloporinya. Mana mungkin hasil yang baik untuk sebuah permulaan yang buruk, oleh itu dia sentiasa memelihara kehormatan dirinya agar tidak dimiliki dengan jalan yang salah atau tujuan yang terpesong untuk maslahat zuriat dan baitul muslim yang akan terhasil. Insya Allah kelak ia akan menjadi Ibu yang sukses seperti Hajar dan Khadijah ra.


3. Muayyidah fi Da'wati Zaujiha

Sebagai aktivis amal Islami, kepedulian kita bukan hanya kepada masalah luaran, mengupayakan pelaksanaan amal Islam terhadap orang lain, akan tetapi kepedulian terhadap aktiviti keluarga harus lebih diutamakan, misalnya memberikan motivasi amal Islami kepada anak, pembantu, juga suami. Ia menjadi muslimah yang sentiasa menjadi motivator kebaikan suaminya, seperti Ummu Sulaim yang menikah dengan Abu Tholhah dengan mahar syahadah. Namun ketika Abu Tholhah wafat Rasulullah mensolatkannya sampai sembilan kali takbir, menunjukkan sayangnya Rasulullah kepada beliau kerana tidak pernah berhenti dalam beramal dan berjihad bersama Rasul. Hal ini ia lakukan karena selalu mendapat motivasi dari Ummu Sulaim, isterinya. Namun kini dan selamanya, muslimat bukan sekadar motivator malah turut bersama di barisan hadapan perjuangan untuk memenuhi bidang-bidang kontemporari yang memerlukan kepakaran dan kehalusan sikap seorang muslimat seperti pengurusan, pendidikan dan perniagaan. Malah dalam masa yang sama cuba meneroka bidang-bidang yang berpotensi atau luar kepakaran seperti penyelidikan……….perikanan mungkin.


4. Naafi'ah Fi Tagyiiri Biiatiha

Ia selalu peduli terhadap lingkungannya, selalu membuka mata dan telinga untuk mengetahui keadaan sekelilingnya, selalu mengupayakan lingkungannya menjadi lebih baik dan mewujudkan biah solehah. Dimana dia berada, maka disitulah peranannya diperkasakan sehinggakan kehadirannya dirasai (hudhur al-muathir). Contohnya Ummu Syuraik yang selalu mengelilingi pasar bila saat solat tiba untuk mengingatkan penghuni pasar agar segera melaksanakan solat dengan kalimatnya yang terkenal 'Assholah, Assholah!!!'


p/s : Terima Kasih buat Adik Zuraidah atas perkongsian bermanfaat ini