Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Berdasarkan Akta Hakcipta 1987:
Dilarang untuk mencetak, mengulang siar, mengambil, mencuri, menciplak, dan sebagainya tanpa izin daripada penulis.Hak cipta blog adalah terpelihara (Kenyataan ini hanya untuk penulisan saya dalam subjek 'karyaku' kerana melibatkan penghantaran ke media cetak.Penulisan lain tiada akta halangan.Dialukan penyebaran)

Sunday, February 06, 2011

..Terokai Kehidupan..



'Berjalanlah dan menerokalah dunia, ianya akan membuka mindamu, menjadikan dirimu seorang yang bijak dalam memilih perjalanan kehidupan dan lebih cekal menghadapi segala cabaran hidup yang mendatang, kerana dunia ini bukanlah hanya diisi oleh dirimu, tetapi diwarnai dengan pelbagai suka duka, keperitan kesusahan, cabaran dan dugaan oleh orang-orang yang kurang bernasib baik juga orang-orang yang lebih diberikan nikmat kehidupan. Lantas, pilihlah corak kehidupan yang serasi dan sesuai dengan dirimu dengan meletakkan agama dan syariat paling utama~

Wednesday, February 02, 2011

::Tahajjud..Semakin ku Tinggalkan::


Bismillahwalhamdulillah...

Mengimbau zaman kemahasiswaan..dunia pertarbiyyahan menekan hebat aspek kerohanian,kekuatan dalam...solat malam..Manis detik bersama sahabat2 berlumba-lumba ingin merebut cinta Allah yang terbaik..berlumba-lumba dalam ibadah.

Lewat fitnah dunia menghukum, alasan penat dan kesibukan sering diberikan oleh diri kini. Solat malam semakin ditinggalkan..sekurang-kurangnya Tahajjud begitu berat ujiannya. Mencari kembali kekuatan itu, sedikit demi sedikit..istiqomah...aku meminta kepadaMu kurniakanlah aku kekuatan..Ya Rabb

Sungguh Nabi s.a.w. solat malam hingga kedua tapak kakinya merekah. Dalam satu riwayat Aishah berkata kepada Nabi s.a.w.: “Mengapa engkau melakukan hal ini wahai Rasulullah, padahal Allah telah mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan yang akan datang.” Baginda bersabda: “Apakah aku tidak ingin menjadi hamba yang sangat bersyukur?”
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari)

Sekarang kita bandingkan amalan Rasulullah s.a.w. ini dengan diri kita sendiri yang bergelumang dengan dosa dan amat kurang sekali melakukan ibadah kepada Allah s.w.t. untung nasib belum dipastikan samada Syurga atau Neraka. Kenapa kita tidak mahu bersungguh-sungguh dalam melaksanakan solat tahajjud ini? Adakah kita menganggap diri kita sebanding atau lebih baik daripada Rasulullah s.a.w.?

“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun)”. (Surah al-Dzaariyaat ayat15-18)

Hinanya diri tanpa rahmat dan kasihMu..Daifnya diri tanpa quwwah dan iradatMu..Ya Rabbi,aku kembali kepadaMU...Amin

::When The Same Thing Goes::


Bismillawalhamdulillah

When still the same goes in our life..the best word to say, return to our Lord : Lahaulawalaquwwataillahbillah bermaksud tidak ada daya dan kekuatan kecuali kekuatan Allah.

Rasulullah s.a.w. bersabda : “Perbanyakkanlah membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi 99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan” (Riwayat Al-Uqaili melalui jabir r.a.)

La Haula Wala Quwwata Illa Billah juga boleh mengubati penyakit lupa. Syaitan juga memainkan peranan dalam membuatkan manusia lupa. Berzikirlah untuk mengingati Allah, ucaplah kalimah La Haula Wala Quwwata Illa Billah agar Allah melindungi kita daripada gangguan syaitan yang menyebabkan kita lupa.

Semasa peristiwa Israk Mikraj, kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH.

Bahkan Allah jugalah yang memperjalankan Rasulullah s.a.w. pada malam itu. Tidak ada daya dan kekuatan melainkan daripadaNYa.

Isra [1] Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Semasa menjawab azan, pada perkataan hayya alas-solah (marilah mengerjakan sembahyang), maka pada kalimah ini, hendaklah kita mengatakan “la haula wala quwwata illa billah”(tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah). Orang yang mendengar azan pun tidak mampu ke masjid sekiranya tidak ada pertolongan dari Allah. Oleh itu mintalah pertolongan darinya dengan menyebut “la hau la wala quwwata illa billah..

Sesungguhnya tiada apa setiap yang berlaku dalam kehidupan ini terlepas dari pandangan dan kekuasaanNya.DIA memberi sesuatu bebanan kepada manusia sesuai dengan daya dan kesanggupan untuk ditanggung mereka dan kembali kepada Allah. Allahuta'ala'alam.

'Wahai org2 yg beriman! Mohonlah pertolongan(kpd Allah) dengan sabar dan solat.Sungguh,Allah beserta orang2 yg sabar'(albaqarah:153)~(",)