Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Berdasarkan Akta Hakcipta 1987:
Dilarang untuk mencetak, mengulang siar, mengambil, mencuri, menciplak, dan sebagainya tanpa izin daripada penulis.Hak cipta blog adalah terpelihara (Kenyataan ini hanya untuk penulisan saya dalam subjek 'karyaku' kerana melibatkan penghantaran ke media cetak.Penulisan lain tiada akta halangan.Dialukan penyebaran)

Friday, April 27, 2007

Al-Murabitun Dalam Perjuangan

1.0 Konsep Al-Murabitun.
Apabila Islam semakin berkembang,menjadi suatu keperluan untuk menjaga keutuhan pemerintahan dan mempertahankan sempadannya sepanjang masa daripada diancam oleh musuh.

Al-Murabitun : Kumpulan mukmin yang bertugas sepenuh masa.Kalimah ini juga merujuk kepada orang-orang beriman yang berkekalan di dalam Masjid Nabawi selepas solat Maghrib untuk menunggu solat Isya’. Takrifan di atas merumuskan bahawa al-Murabitun itu adalah kumpulan mukmin yang bertugas sepenuh masa untuk tujuan-tujuan tertentu. Sesuatu tugas yang dilaksanakan secara sepenuh masa sudah tentu merangkumi sumbangan masa, tenaga dan pemikiran.
Allah s.w.t. berfirman, maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” (Ali ‘Imran: 200)
Daripada nas di atas,menyediakan petugas sepenuh masa “al-Murabitun” merupakan suatu kewajipan. Antara rasional kewajipan ini ialah:
a) tenaga perofesional b) menjimatkan tenaga c) menjimatkan kos
Apabila sesuatu golongan ditugaskan secara sepenuh masa, akan lahirlah para petugas yang berpengalaman. Pengalaman ini menjadikan seseorang itu pakar dalam bidangnya (professional). Aspek ini sangat penting untuk memastikan keberkesanan dan kejayaan yang optima. Ianya juga penting untuk memastikan kebolehpercayaan dan kesahihan sesuatu rancangan atau tindakan. Petugas sepenuh masa tentu menjimatkan tenaga kerana tenaga pakar yang sedia ada tidak memerlukan tenaga gantian, dan faktor ini pasti boleh menjimatkan kos yang merupakan salah satu daripada ajaran Islam.
Tenaga-tenaga yang dimaksudkan di atas telah dijanjikan ganjaran oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana sabdanya yang bermaksud:
1) Daripada Sahl bin Sa’ad al-Sa’idi r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bermurabitunlah satu hari di jalan Allah lebih baik daripada dunia dan apa yang ada di atasnya.” (Riwayat al-Bukhari)
2) Daripada ‘Aisyah, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dan bahawasanya sebaik-baik pekerjaan kepada Allah ialah yang paling berkekalan walaupun sedikit.” (Riwayat al-Bukhari)
Kedua-dua hadith ini memberi keyakinan kepada pendukung yang memahaminya untuk berkorban masa, tenaga dan jiwa demi kepentingan Islam dalam apa jua bidang yang ditugaskan.
2.0 Kepentingan Al-Murabitun Dalam Gerakan Islam.
Gerakan Islam masa kini menamakan al-Murabitun dengan al-Mutafarr’ghun. Tanggungjawab al-Mutafarrighun masa kini agak mencabar dari masa lampau kerana penyebaran Islam telah sampai ke segenap pelosok dunia serta pesatnya perkembangan teknologi. Dengan meningkatnya tahap keintelektualan manusia, maka keperluan kepada al-Murabitun menjadi semakin mendesak lebih –lebih lagi bagi negeri-negeri yang belum berdaya maju. Ini berdasarkan kepada pengalaman beberapa buah negeri yang mula menerima Islam, di mana faktor penting kepada kejayaan tersebut ialah kesedaran rakyat hasil daripada pengorbanan al-Murabitun yang tidak jemu-jemu menjalankan tugas.
Terdapat beberapa bidang yang memerlukan al-Murabitun di dalamnya antaranya: 1.Penyelidikan
Bidang ini amat penting terutama untuk merancang strategi, kedudukan dan tindakan yang bakal dilaksanakan.
2.Pendidikan
Pendidikan memainkan peranan utama dalam menyedarkan rakyat jelata yang berbilang latar belakang maka keperluan kepada tokoh-tokoh yang bekerja sepenuh masa dalam bidang ini haruslah diutamakan seperti para mursyid dan nuqaba’.
3.Penerangan
Dalam melaksanakan prinsip menerang bukan menyerang kita memerlukan para murabitun yang terdiri dari tenaga-tenaga penceramah yang berkemampuan secukupnya.
4.Ekonomi
Tidak dinafikan, bidang ini penting dalam menggerakkan jentera gerakan Islam.Kita memerlukan pakar-pakar ekonomi seperti para usahawan yang bertugas sepenuh masa untuk membiayai program-program dan aktiviti-aktiviti gerakan Islam.
5.Perundangan
Pakar-pakar dalam bidang ini haruslah dilahirkan dan dikaderkan dalam bilangan yang mencukupi untuk mempastikan proses pemulihan kuasa dan pelaksanaan undang-undang Islam dapat dijalankan.
3.0 Cabaran Dan Halangan.
Terdapat beberapa cabaran dan halangan untuk melahirkan para murabitun antaranya :
a) sifat fasik dan jumud b) tidak sanggup berkorban c) tidak mempunyai tasawur yang jelas
Kemenangan Islam dapat dilihat apabila cabaran-cabaran di atas dapat diatasi. Semua pihak perlu membincangkan perkara di atas dan mencari jalan penyelesaian demi memastikan keutuhan dan kekuatan gerakan Islam dapat diperkembangkan dari masa ke masa.

Kisah Ghulam:Konteks Da'wah dan Aqidah sebagai Teladan

Shuaib ra berkata:Bersabda Rasulullah saw: dahulu ada seorang raja yg mempunyai seorang ahli sihir:maka ketika telah tua,ia berkata kpd raja:kini aku telah tua,krn itu kirimkanlah pdku seorg pemuda yg dpt mempelajari ilmu sihir,supaya dpt menggantikan kedudukanku di sisi raja,jika saya telah meninggal dunia.Maka raja memilih seorg pemuda utk belajar ilmu sihir kpd ahli sihir itu.
Dan kebetulan di jln yg dilalui pemuda itu, ada seorang Rahib(pendeta);maka tertariklah dia kpd Rahib itu,maka dia duduk mendengarkan ajarannya,dan merasa puas pada ajaran rahib itu hingga terlambat ke tempat Sahir itu,dan ia dipukul oleh Sahir itu.Akhirnya dia mengeluh kepada Rahib.Berkata Rahib:jika engkau takut dipukul Sahir,katakan:bahwa kau masih ditahan (disuruh) oleh ibumu,dan jika kembali terlambat katakan:... ‘Ditahan oleh Sahir’.maka berjalanla dia dgn baik keadaannya,sehingga terjadi ada binatang besar yg menyebabkan orang2 terhenti,tidak berani berjalan.Maka disitulah pemuda itu berkata:hari ini aku akan mengetahui, Sahirkah yang lebih baik ajarannya ataupun rahib?Maka dia mengambil batu sambil berkata:
Ya Allah jika ajaran rahib lebih Kau sukai drp ajaran Sahir,maka bunuhlah binatang buas ini,supaya orang2 dpt berjalan,kemudian dilemparkan binatang itu, dan seketika itu juga matilah,hingga orang ramai dpt berjalan dgn aman. Maka ia menceritakan kejadian itu kepada Rahib.
Berkata Rahib:Anakku engkau kini lebih utama drpku,dan kau nanti akan mendapat ujian(bala),maka apabila engkau mendapat bala,jgnlah kau tunjuk saya. Kemudia pemuda itu telah mendapat kurnia dari Allah hingga dia dpt menyembuhkan pelbagai penyakit, terutama yg biasa dikatakan oleh manusia: Tidak dapat sembuh,seperti: buta dan lain-lain penyakit.Maka ada seorg kawan raja sakit mata hingga buta,dan telah berikhtiar tidak juga sembuh. Kemudian datanglah dia kpd pemuda itu dgn membawa hadiah yang banyak,sambil berkata:Jika kau dapat menyembuhkan penyakitku,maka dapatlah saya mengumpulkan segala apa saja untukmu. Jawab pemuda itu:Saya tidak dapat menyembuhkan kau,tetapi Allah yg menyembuhkan,jika kau percaya kpd Allah,maka saya akan berdoa dan Allah akan menyembuhkan kau. Maka segeralah org itu percaya kepd Allah kemudian didoakan oleh pemuda itu,dan seketika itu juga,sembuh(dpt melihat).Kemudian ia pergi ke majlis raja,maka kagumlah raja melihat ia telah sembuh kembali,raja bertanya:Siapakah yg menyembuhkan matamu?Jawabnya:Tuhanku.raja bertanya:Apakah kau percaya pd Tuhan selain aku?Jawabnya:Tuhanku dan Tuhanmu(Allah).Maka segera ia disiksa oleh raja supaya kembali kpd agama raja itu,tetapi dia tidak berubah imannya,dan raja terus menyiksa pdnya sehingga akhirnya menunjuk kpd pemuda itu.
Lalu dipanggil pemuda itu,dan ditanya oleh raja:Hai anakku sihirmu telah melampaui batas sehingga dpt menyembuhkan org buta?Jawab pemuda:sesungguhnya saya tidak dapat menyembuhkan ,hanya Allah yg menyembuhkan.Maka segera disiksa oleh raja,hingga terpaksa dia menunjuk Rahib.Kemudian dipanggil rahib dan diperintahkan supaya meninggalkan agamanya. Tetapi rahib tetap menolak perintah raja lalu diambil gergaji dan diletakkan di atas kepalanya dan digergaji hingga terbelah dua badannya.Kemudia tibalah giliran yg ke-2 ialah teman raja itu,maka diperintahkan juga utk meninggalkan agama Tuhan,turut ditolak perintah raja, akhirnya ida juga menerima hukuman gergaji dr atas kepala hingga terbelah menjadi dua. kemudian didatangkan pemuda dan diperintahkan utk meninggalkan agama Tuhan,ini juga menolak tawaran raja. Maka raja memerintahkan kpd tenteranya supaya membawa pemuda itu ke atas bukit,dan di sana ditawarkan kpdnya utk melepaskan agama Allah,dan kalau ia tetap meolak maka lemparkan ia dr atas bukit supaya mati.
Kemudian ketika telah sampai di puncak bukit,pemuda itu berdoa: ALLAHUMMAK FINIIHIM BIMA SYI”TA(Ya Allah hindarkan aku dr bahaya mereka ini sekehendakMu).Mendadak seketika itu bergeraklah bukit sehingga jatuhlah semua tentera raja itu.Dan kembalilah pemuda itu kpd raja.Ditanya oleh raja:kemana tentera yg membawa kamu?jawabnya:Allah telah menghindarkan saya dari mereka.Kemudia raja memerintahkan beberapa tentera yg lain utk membawa pemuda itu naik perahu dan apabila telah berada di tengah2 laut supaya ditawarkan lagi kpdnya utk meninggalkan agamanya,dan apabila menolak, akan ke laut.
Kemudian sesampainya ditgh laut pemuda itu berdoa :ALLAHUMMA FINIIHIM BIMA SYI”TA (Ya Allah hindarkan aku dr bahaya mereka itu sekehendakMu),maka terbaliklah perahu itu sehingga tenggelamlah semua tentera itu.Maka pergilah pemuda itu kpd raja:Kemana tentera yg membawa kamu?Jawabnya:Allah telah menghindarkan aku dr mereka.Maka Pemuda itu berkata:Hai raja kau tidak dapat membunuh aku kecuali jika kau menurut perintahku.Bertanya raja:Apakah perintahmu?Jawab pemuda itu:Kumpulkan (semua rakyat) dlm suatu lapangan,kemudia gantunglah saya di atas sebuah tiang,dan ambillah anak panahku di tempatnya,serta letakkanlah pd busurnya,kemudian bacalah:BISMILLAH RABBIL GHULAM(dgn nama Allah,tuhan pemuda ini) lalu lepaskan anak panah itu ke arahku.Bila kau lakukan yg demikian itu nescaya dptlah kau membunuhku.Maka segeralah raja mengumpulkan semua rakyat di suatu lapangan,kemudian digantungkan pemuda itu di atas tiang,dan diambilnya anak panah serta diletakkan pd busurnya,lalu membaca: BISMILLAH RABBIL GHULAM(dgn nama Allah,Tuhan pemuda ini),lalu dilepaskanya anak panah itu kpd pemuda itu tepat mengenai pelipisnya.Kemudian pemuda itu meletakkan tgnnya di atas luka yg kene panah itu hingga mati.
Maka serentak orang yg menghadiri kejadian itu berkata AAMANNA BIRABBIL GHULAM( kami percaya kpd Tuhan pemuda itu),sehingga kepercayaan kpd Allah merata pd semua lapisan rakyat.Kemudian disampaikan kpd raja.Tahukah kau yg tadinya kau khuatirkan,kini telah terjadi,semua rakyatmu telah percaya kpd Tuhannya pemuda itu.Maka segera raja memerintahkan membuat parit besar pd tiap2 persimpangan jalan,kemudian dinyalakan api di dalamnya,dan siapa yg berjalan diperintahkan utk meninggalkan agamanya,serta kembali kpd agama raja,sedang yg menolak dibakar di dalam api.Setelah dilaksanakan hal yg demikian itu, terjadilah di antara sekian ramai yangdisiksa itu,ada seorang wanita yg membawa bayinya,ketika ia diperintah utk meninggalkan agamanya,dia menolak kemudian pada waktu bayinya ditarik utk dimasukkan ke dlm api,tiba2 ibunya menyerah kerana tidak sampai hati melihat bayinya akan dibakar,namun dengan tiba-tiba si bayi itu dapat berbicara:Hai ibu sabarlah,sungguh kamu dlm kebenaran (hak)Muslim.
'Binasa dan terlaknatlah orang-orang yg membuat parit,yang dinyalakan dgn kayu bakar,ketika mereka duduk disekitarnya,sedang mereka menyaksikan apa yg mereka perbuat terhadap orang yang beriman,dan mereka tidak menyiksa org2 yg mukmin itu melainkan kerana orang mukmin itu beriman kpd Allah Yang Maha perkasa lagi Maha terpuji' (al-Burruj :4-8)

Perginya Tokoh Disanjungi


`Kitab Warisan Islam`
Khamis, 24 Rabi`ul Awwal 1428 bersamaan 12 April 2007,
Kita kehilangan satu lagi tokoh ilmuwan lagi ahli tarikh ulama Nusantara dan karya-karya mereka.
Tuan Guru Haji Wan Mohd Shaghir bin Wan Abdullah rahimahullah cukup besar jasanya dalam memperkenalkan para ulama kita di Nusantara dan karya-karya mereka. Boleh dikatakan umur beliau telah dihabiskannya untuk tujuan tersebut kerana kesedarannya terhadap khazanah yang terkandung dalam kitab-kitab karya ulama silam kita dan jasa-jasa mereka. Semua ini dibuatnya tanpa memikir ganjaran duniawi buat dirinya, semuanya dilakukan dengan ikhlas dan kerana cintanya kepada para ulama tersebut. Beliau mahu agar khazanah peninggalan ulama tersebut terus dihayati oleh generasi kini dan yang akan datang. Agar masyarakat mengenali kehebatan ulama terdahulu dan sumbangan mereka terhadap umat Nusantara dalam menyebar dan memartabatkan Islam di rantau ini.

Beliau telah mengembara ke berbagai tempat untuk mengkaji, mengumpul maklumat dan bahan. Usaha beliau dalam menggali dan mengumpul khazanah itu bukan mudah. Pada usia 12 tahun lagi, beliau sudah mengembara ke seluruh Asia Tenggara bagi menghimpun khazanah itu. Empat dekad mengembara, pelbagai ranjau dihadapi, kini penat jerih dan kesabarannya boleh dibanggakan. Beliau kini memiliki beratus-ratus manuskrip asli sama ada dalam tulisan Jawi atau Arab. Ada antaranya berusia lebih 500 tahun dan tidak boleh didapati di mana-mana perpustakaan, muzium atau arkib di rantau ini.Dalam usahanya itu, beliau berjaya menghasilkan lebih kurang 100 judul karya asli yang memaparkan biografi ulama, karya, pemikiran, sejarah perjuangan mereka termasuk membuat analisis terhadap mereka. Selain menulis buku, beliau juga aktif mengadakan seminar, membuat kertaskerja- kertaskerja dan menulis berbagai rencana dan artikel.

Tulisan-tulisannya pernah mengisi majalah-majalah seperti Dewan Budaya, Majalah Dakwah, Al-Islam dan Jurnal Dewan Bahasa. Dan sejak beberapa waktu dahulu, Utusan Malaysia setiap Isnin memuatkan tulisan beliau memperkenalkan para ulama kita terdahulu. Dengan ilmu dan bahan yang diperolehnya, Tuan Guru Haji Wan Mohd Shaghir boleh dianggap sebagai pakar rujuk manuskrip klasik Melayu dan ulama Nusantara. Apa tidaknya, beliau menjadi tumpuan mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai alam Melayu. Bahkan, tidak kurang 500 pelajar dan pensyarah dari seluruh dunia yang mendapat khidmatnya untuk membuat thesis dan bahan pengajaran mereka.Maka sewajarnya, jasa dan pengorbanan yang telah dilakukannya kita kenangkan dalam benak sanubari kita. Pemergiannya kembali ke hadrat Allah s.w.t. merupakan satu kehilangan kepada dunia Islam amnya dan dunia Melayu khasnya. Mudah-mudahan Allah membalasi beliau dengan sebaik-baik balasan dan menempatkan beliau bersama dengan para ulama yang beliau kasihi dan para sholihin. Juga semoga sepeninggalan beliau, tempatnya dijadikan ada penggantinya. Allahumma ..aamiin .. al-Fatihah

-Tanpa beliau,kita telah kehilangan sumber ilmu dari ulama' nusantara.Semoga Allah merahmati allahyarham di atas jasanya untuk Islam-
*sesungguhnya aku rindu untuk menuntut ilmu tinggalan ulama' nusantara*
`stefaislle`(klik link :bicara ulama' untuk lebih mengenali)

Saturday, April 21, 2007

Janji Allah Pasti Berlaku

Alangkah Indah Hidup Ini
Bila Islam Bersinar Kembali
Cahaya Iman Menyuluh Tiap Sanubari
Kebenaran Mewarnai Bumi

Kitab Allah Memimpin Manusia
Sunnah Rasul Memandu Langkahnya
Isi Alam Mendapat Rahmat dan BerkatNYA
Kebatilan Tiada Tempatnya

Telah Lama Dinantikan
Bara Islam Mara Semula
Manusia Kegelapan Merindukan Cahaya Pembela
Pasti Datang Saat Itu
Janji Tuhan Pasti Berlaku
Di Dunia Bahagia
Syurga Tuhan Kekal Selamanya

Pergantungan Doa dan Harapan
Daulah Islam Seluruh Dunia
Selamatkan Kami Umat Akhir Zaman
Dengan Iman Yang Terpelihara

-Gema Perjuangan-

`Kesakitan,Kesusahan Hanyalah Sementara..Itulah Tarbiyyah dan Mehnah Dari Yang Esa`
'Ya 4JJI Berikanlah Aku Kekuatan Memandu Derap Langkahku Yang Makin Lesu, Aku Lemah TanpaMU'
Kesakitan dan Bebanan Yang Tidak Tertanggung Ini..Hanya KAU Yang Maha Memahami

`alfaqierah ilallah`

Tuesday, April 17, 2007

Kehilangan Yin..Keberkatan Solat Hajat


"Tiada kata-kata yang hendak diucap melainkan kesyukuran tak terhingga terhadap Ilahi," kata Shamsul sambil berkata hari ini mereka juga mengadakan kenduri kesyukuran.

Malah katanya, pertemuan semula yang penuh air mata itu adalah berkat doa siang dan malam mereka sekeluarga serta rakyat negara ini.

Ini katanya, termasuk pada malam Sabtu, 13 April lalu beliau bersama pemuda PAS dan jemaah lain melakukan solat hajat di Pengajian Kuliah Markas Tarbiah (Maktar), Taman Melewar, Gombak, yang diimamkan Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Ahmad Awang.

Sehubungan itu beliau mengucap ribuan terima kasih kepada rakyat Malaysia khasnya kakitangan Bank, bekas pelajar UiTM Arau, Perlis sesi 91/94, Persatuan Pengguna Islam Malaysia Malaysia (PPIM), Pemuda PAS, Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub dan Pemuda Umno.

Begitulah kenyataan bapa Nazrin setelah menemui anaknya(Nazrin,5thn) yang hilang selama 2 minggu pada sabtu,14 april 07 lalu selepas solat hajat 13 april 2007.Begitulah keberkatan solat hajat,usaha selama 2 minggu,heboh seluruh pelusuk malaysia,di war-warkan di media massa untuk mencari Yin yang hilang, akhirnya selesai solat hajat pada malam(jumaat),13 april..keesokannya Yin ditemui..Subhanallah..itulah kuasa Allah s.w.t..Peristiwa ini memberi pengajaran kepada semua umat islam khususnya Malaysia menunjukkan betapa pentingnya doa dan tawakkal kepadaNYA. Misteri kehilangan Yin masih menjadi tanda tanya..angkara siapa,kenapa..persoalan masih belum dirungkaikan.Semoga misteri kehilangan Yin membawa suatu hikmah bukannya timbul sebarang perselisihan,isu negara kerana melibatkan rakyat Myanmar.

-untuk maklumat lanjut refer akhbar2 semasa Malaysia-
sumber informasi terkini

Saturday, April 14, 2007

Berbakti Kpd Ibu bapa,Bukannya Mudah


Satu kisah tauladan di zaman Nabi Sulaiman a.s,’PEMUDA DI DALAM KUBAH’

Pada suatu hari Nabi Sulaiman a.s bersama rombongannya yang terdiri daripada manusia dan jin mengembara ke tepi laut untuk mengetahui kebesaran Allah s.w.t.Setelah tiba di tepi laut Nabi Sulaiman a.s terpandang ada benda yang menakjubkan di dalam laut.Kemudian baginda memerintahkan Asyif bin Barkhia,seorang yang mendapat ilmu laduni dari Allah setelah dua jin yang diperintahkan tidak menemui apa-apa yang menakjubkan di dalam lautan.

Setelah sampai di dasar lautan,Asyif ternampak satu benda yang berupa kubah yang diperbuat daripada kapur putih dan mempunyai pintu.Lalu dia berkata dalam hatinya,’Ya Allah apakah benda ini,bersinar-sinar cantik dan istimewa’.Asyif yang mempunyai kekuatan yang luar biasa mengangkat kubah dari dasar lautan lalu menyerahkan kepada Nabi Allah,Sulaiman a.s.Kemudian Nabi Sulaiman a.s berdoa supaya dia dapat melihat isi kandungan kubah tersebut. Lalu terbukalah kubah tersebut,ternampak seorang pemuda yang sedang sujud dan bertasbih memuji-muji Allah s.w.t.

Nabi Sulaiman berkata ‘Subhanallah’.Apabila mendengarkan seruan Nabi Sulaiman,maka pemuda itu bangun lalu memberi salam.’Siapakah kamu ini,adakah malaikat,jin atau manusia?’,soal Nabi Sulaiman kepada pemuda itu‘Aku hanyalah manusia biasa’,jawab pemuda itu‘Apakah yang membuatkan engkau memperolehi kemuliaan sebegini rupa?Apakah amal yang pernah engkau lakukan sehingga Allah s.w.t memberi rahmat yang tidak ternilai ini kepada kamu?,soal nabi Sulaiman lagiPemuda itu berkata,’saya berbakti kepada ibu bapa saya’.

Tanya nabi Sulaiman lagi,’Bagaimana caranya kamu berbakti kepada orang tuamu’’Saya memelihara mereka sehingga lanjut usia mereka.Bapa saya meninggal dunia dalam usia lanjut di dalam pemeliharaan saya.Dan yang tinggal adalah saya dan ibu saya yang sudah tua,lemah,sakit serta matanya buta dan kakinya lumpuh.

Sayalah yang merawatnya,mengendongnya,memandikannya.Segala makan,minum,pakaiannya saya uruskan.Setelah ibu saya meninggal dunia,saya berpusing-pusing di tepi laut ini.Tiba-tiba saya lihat ada suatu kubah dari mutiara.Saya mendekati kubah itu,dengan izin Allah pintu kubah itu terbuka.Maka saya pun masuk dan pintu itu tertutup.Maka tidaklah saya ketahui samada saya berada di bumi ataupun langit.’’Saya hidup di zaman nabi Ibrahim a.s,’tambah pemuda itu lagi.

Rupanya usia pmuda itu sudah 1400 tahun.Tetapi tidak ada sehelai uban di rambutnya.’Adakah tuan merasa nikmat Allah?Bagaimana Allah memberi rezki kepadamu?,tanya Nabi Allah kerana berasa takjub dengan kekuasaan Allah s.w.t.
’Setelah berada dalam kubah ini,maka tahulah saya bahawa Allah s.w.t telah mencipta syurga khusus untuk saya dalam kubah ini.’Lalu pemuda itu menghulurkan tangan dan berdoa kepada Allah s.w.t.Tiba-tiba cahaya gelap dalam kubah bertukar menjadi terang benderang.’Subhanallah,Nabi Sulaiman terkejut.

Satu pemandangan yang tidak ada di dunia terpampang di hadapan Nabi Allah dan rombongannya.Terdapat pokok-pokok,kebun-kebun yang indah,kolam air susu dan suara yang merdu yang tidak pernah didengari sebelum ini,Nabi Sulaiman pun berkata,’wahai pemuda,inilah syurga! Demi Allah sesungguhnya kamu telah mendapat kurniaan Allah yang tiada bandingnya’.’Memang benar,inilah syurga di dunia ini dan ganjaran daripada Allah s.w.t terhadap amal bakti yang saya lakukan,’

Begitulah kisah ’PEMUDA DALAM KUBAH’.Betapa hebatnya ganjaran Allah kepada siapa yang berbakti kepada ibu bapa.Sungguh ku akui bukan mudah untuk berbakti kepada ibu bapa,terutama ketika mereka telah lanjut usia,sakit dan pelbagai kerenah yang perlu kita hadapi.Kerana itulah ganjaran Allah s.w.t begitu besar nikmatnya.Terlalu banyakkesabaran yang menguji.Antara kesanggupan,keikhlasan,kelapangan,pengorbanan dan kasih sayang itulah yang membezakan.

Ku ingat ketika atukku sakit,atuk selalu keluar masuk wad sejak aku 18 tahun.Aku tak terkecuali untuk menjaga atuk di wad di waktu malam kerana pakcik,makcikku masing-masing ada urusan sendiri.Bergilir shif.Atuk selalu muntah-muntah,itulah yang mengujiku.Kadang-kadang berjaga hingga ke pagi,mengurut atuk kerana atuk sakit.Tapi aku cuba ikhlaskan diri,jika aku tidak belajar dari sekarang, bagaimana aku dapat berbakti dengan ibu bapaku ketika mereka sakit nanti.Segalanya ku perlu uruskan bila ibu bapaku tidak bermaya lagi.Ya Allah berikanlah aku kekuatan itu untukku berbakti kepada ibu bapaku bermula kini sehingga ibu bapaku kembali kepadaMU yang abadi.Dan ku berharap,aku dapat bersama dengan ibu bapaku lagi,di akhirat yang kekal abadi.

Ibuku,cikde(makcikku) dan makteh(isteri pakcikku),merekalah menjadi inspirasiku.Ku lihat pengorbanan mereka kepada atukku.Terutamanya makteh,menantu atukku.Pengorbanannya sangat tinggi walaupun hanya menantu,tetapi itulah peranannya yang sebenar,tanggungjawab anak lelaki(pakcikku) menjaga ibu bapanya terletak juga pada isterinya.
Buat mak dan ayah,doakan aimi di sini.Seribu kemaafan buat mak,banyak melukai hatimu.Tanggungjawabku,amanahku dalam gerak kerja islam menyebabkan aku hanya pulang ke rumah,bersamamu hanya seketika walaupun cuti panjang.Ku harap mak memahami.Sesungguhnya aku teramat rindu untuk bersamamu,bersama keluarga,ayah,kakak dan adik2.Tiada yang terindah melainkan bersama keluarga.

Buat atuk,semoga atuk semakin sihat.Nenek sebelah ayah dan mak,aimi minta maaf jika ada tersilap kata,terkasar bahasa,melukai hatimu kerana kalian adalah kesayanganku.Buat allahyarham atuk(ku sangat rapat masa kecil),aimi doakan atuk tenang di sana walaupun aimi tak sempat melihat jenazah atuk buat kali terakhirnya.Berita kematianmu kerana dilanggar lari betul-betul mengejutkan ku di perantauan.Tapi itulah ketentuannya.(Ayahcik@tuan guru haji hadi yang imamkan solah jenazah atuk,alhamdulillah)

Ku berdoa semoga Allah berikan aku kekuatan,kekuatan menjadi anak yang solehah dan juga cucu yang solehah.Bukan ganjaranMU yang kudambakan,tapi ku ingin membahagiakan ibu bapaku,keluargaku.Amin.

Lagu kesukaanku :
1) Belaian ibu (Hijjaz) (1st time dengar di konsert MANIS,UKM)
2) Untukmu Yang Tersayang (Amar) (Diperkenalkan oleh sahabat ketika di pondok Baitul Qurra’,Melaka>>rindunya untuk meneruskan talaqqi ilmu di pondok,masa membataskan..terima kasih ust zul dan ust rosli,ana akan ke sana lagi menuntut denganmu>>
3) Buatmu Ibu (Aeman)
4) Harapan ayah bonda (Amar)
5) Dan juga lagu ibu.ayah zaman sekolah rendah (dalam 1 kaset dengan lagu ’sebuah pertemuan’dipopularkan oleh brothers kini,dah hilang kaset tu,lagu lama..lagu popular semasa pertandingan nasyid sek.rendah>>sayangnya kaset tu..)


Thursday, April 12, 2007

Qunut Nazilah Senjata Mu'min


(klik untuk lebih jelas)
Doa Qunut Nazilah dibaca ketika kaum muslimin terkena bencana, ancaman, penganiayaan, penindasan musuh-musuh Allah dan musuh kaum Muslimin.



Seperti dikisahkan dalam Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW pernah melakukan qunut selama satu bulan untuk mendoakan pembunuh-pembunuh para sahabatnya di Bir Al-Maunah.



Dari Abu Hurairah RA :"Sesungguhnya bila ingin mendoakan seseorang, Nabi Muhammad SAW membacakan qunut sesudah ruku' (Hr. Bukhari dan Ahmad bin Hambal).

1. Mazhab Hanafiah: Tidak disyariatkan bacaan qunut pada Solat Fajar dan solat lima waktu, melainkan pada solat witir.
2. Mazhab Hanabilah (hambali): Bacaan doa qunut nazilah pada Solat Fajar sahaja.
3. adapun Mazhab Syafie, Maliki dan sebahagian ulama’ lain: Disunatkan membaca qunut nazilah pada solat lima waktu dan juga pada Solat Fajar.

Mari kita bacakan doa ini untuk saudara-saudara kita kaum muslimin dimana saja berada, khususnya yang sedang terkena ancaman, penganiayaan, dan penindasan musuh-musuh Allah.


Inilah Doa Qunut Nazilah,rumi(Hadist diriwayatkan oleh Umar Bin Khatab) ;


Allahumma inna naj’aluka fii nuhuri a’ada ina wa nauzubilLahi min syuruurihim, Allahumma badid syamlahum, wa farriq jam’ahum, wa syattits kalimatahum, wa zalzil aqdaamahum, wa sallidt ‘alaihim kalban min kilabik Ya Qahaar, Ya Jabbar, Ya Muntaqim, Ya Allah ,Ya Allah, Ya Allah.
Allahumma ya munzilal kitab, wa Ya mujriassahaab, wa Ya hazimal Ahzab ihzimhum, wansurna alaihim. Amiin.



Maksudnya:
Ya Allah ya tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan kamu sebagai pendinding kepada musuh-musuh kami, dan kami berlindung daripada kejahatan mereka, Ya Allah ya tuhan kami, binasakan kesempurnaan mereka, dan pecah belahkan jemaah ( parti ) mereka, dan gagapkan perkataan mereka ,goyahkan pendirian mereka, dan hantarkan anjing ke atas mereka dari anjing-anjing Mu , Wahai tuhan Yang Maha Gagah,wahai Tuhan Yang Maha Perkasa,wahai Tuhan Yang Maha Pembela..ya Allah,ya Allah,ya Allah.
Wahai tuhan yang menurunkan al Kitab ( al Quran ), dan yang menjalankan awan, wahai Tuhan yang menghancurkan tentera Al Ahzab, hancurkan mereka dan tolonglah kami mengalahkan mereka..Amiin


Ingatlah senjata orang mukmin itu adalah doa yang sememangnya lebih tajam daripada mata pedang

-JANJI TUHAN PASTI BERLAKU-

Monday, April 09, 2007

Kebangkitan Pemuda Islam : Satu Kritikan Membina



Ciri kebangkitan Islam masa kini adalah tidak sekadar bermodalkan semangat,ungkapan secara lisan dan slogan.Tetapi kebangkitan Islam adalah berdasarkan kepada komitmen terhadap Islam dan adab-adabnya bahkan sunnah-sunnahnya.

Kebangkitan pemuda Islam pada hari ini bukan lagi satu kepelikan, bahkan menjadi satu tuntutan untuk memperjuangkan akidah dan syariat Islam.Rata-rata disetiap pengajian, samada nasional ataupun luar negara, pasti terdapat gerakan-gerakan pemuda Islam.PMIUM,PMIUTM,ISIKUKM,PMIUSM,PMI KOLEJ LAGENDA,WUFI,PPI UNITEN dan banyak lagi.Tidak kurang di luar negara, PMRAM,PERMAYA,di Jepun,UK, dan seluruh pelusuk dunia, di mana terdapatnya institut pengajian mahasiswa, di situlah hidupnya sebuah kebangkitan gerakan pemuda Islam.Inilah golongan yang telah dinyatakan Allah s.w.t :

’ Mereka adalah orang-orang yang bertaubat,yang beribadah,yang memuji Allah s.w.t,mengembara(demi ilmu dan agama),rukuk,sujud, yang menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah dari yang munkar dan memelihara hukum-hukum Allah.Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman’ (at-Taubah : 112)

Namun, walaupun dalam kebangkitan pemuda Islam merupakan satu kepentingan dan terdapat kelebihannya, pastinya wujud kelemahan-kelemahan, faktor-faktor yang mendorong kepada kemandoman,timbul pelbagai permasalahan dalam gerakan. Senario sebegini kita boleh lihat sendiri melalui gerakan-gerakan pemuda Islam yang ada pada masa kini.Permasalahan di kalangan pemuda Islam mahupun pemudi Islam, inilah yang mencacatkan gerakan,melumpuhkan kebangkitan,menimbulkan fitnah dan celaan terhadap Islam yang kita sendiri ingin perjuangkan.Satu lontaran kritikan yang perlu pemuda Islam terima dan bertindak untuk berubah serta mengatasinya.

Pemuda Islam pada hari ini :

1) Dangkal dalam memahami Islam dan syari’atnya.
2) Tidak mengakui kebenaran pendapat orang lain
3) Sibuk mempersoalkan masalah-masalah kecil dan melupakan masalah-masalah yang besar.
4) Berdebat dengan pendekatan yang kasar
5) Cenderung memberatkan diri dan mempersukarkan
persoalan

Dangkal dalam Memahami Islam dan Syariatnya.

Majoriti pemuda yang bergabung dalam kelompok-kelompok ini mempelajari Islam secara pemahaman sendiri. Kebanyakan berguru pada buku-buku tanpa pembimbing yang dapat mengarahkannya, menafsirkan masalah-masalah dan istilah-istilah yang masih samar,mengendalikan masalah-masalah cabang kepada akarnya.

Padahal dalam mempelajari Islam tidak dapat dilakukan dengan jalan pintas sebab ianya tidak akan terlepas dari hal-hal yang rumit dan berisiko. Hal-hal sebegini tidak dapat diselesaikan kecuali melalui pelbagai usaha dalam menuntut ilmu Islam.Apatah lagi bagi yang masih berada pada tahap awal dan berhadapan dengan bermacam-macam pemikiran serta menemui pelbagai keraguan dan ketidakjelasan dalam menuntut ilmu Islam.

Tidak Mengakui Kebenaran Pendapat Orang Lain

Ini adalah satu kelemahan dan permasalahan pemuda Islam kini.Pemuda Islam kaku dan hanya terpaku pada satu sudut pandangan masalah dan tidak mengakui kebenaran pendapat orang lain dalam masalah ijtihadi yang bersifat zhanni(mempunyai lebih dari satu penafsiran).Sehingga dari masalah tertentu akan m8ncul pelbagai pemahaman, ijtihad dan penafsiran.

Kecenderungan mempersempitkan pandangan membawa kepada mudharat yang lebih besar.Mungkin ini adalah kerana kita belum mengetahui pelbagai pandangan lain yang terdapat dalam lapangan pemikiran Islam.Mungkin juga kita telah memahami sebahagian khazanah pemikiran yang ada tapi belum mampu membuat kajian pemikiran Islam yang lain kerana maraji’(kitab-kitab rujukan) atau para syeikh yang kita ikuti menampilkan satu(pandangan) aliran pemikiran sahaja.Dan yang akan menjadi parah apabila kita menganggap pandangan,pendapat lain adalah salah dan sesat.

Sirah telah membuktikan perbezaan pendapat di kalangan sahabat dan bagaimana Rasulullah s.a.w mengatasinya,yakni masalah solat Asar yang dilakukan oleh Bani Quraizah.Sebahagian mereka solat ditengah perjalanan,sebahagian pula solat setelah tiba tiba padahal waktu Asar telah habis.Ini kerana mereka mempraktikkan nas secara kaedah yang berbeza.Rasulullah s.a.w tidak berlaku keras terhadap mereka,dapat menerima perbezaan tersebut.

Sibuk dengan Masalah Furu’, Mengabaikan Masalah Usul

Para pemuda aktivis terlampau menyibukkan diri pada masalah-masalah yang tidak jelas prinsipnya dam tidak memberi perhatian ynag sepatutnya,yang lebih besar berhubung dengan masa depan umat.Ramai yang kembali mempersoalkan masalah usang yang telah lama diperdebatkan seperti Yaasin,tahlil,menggerakkan telunjuk dalam tasyadud dan seumpamanya.

Padahal kita sedang menghadapi sekularisme yang meracuni ummat.zionisme,kristianisasi dan pelbagai gerakan baru yang menghunjam tubuh ummat, ummat islam disembelih dan para penganjur agama diugut dan diancam agar meninggalkan kewajipan sucinya

Implikasinya, semakin kian menajam dan suburnya aliran dan pemikiran yang beraneka ragam sehingga tidak mungkin mempersatukan umat Islam.Sebenarnya yang harus menjadi keutamaan adalah bersungguh-sungguh memelihara kemurnian akidah umat Islam,mendorong kepada perlaksanaan kewajipan yangditetapkan syari’at dan menjauhkan umat dari dosa-dosa besar.

Berdebat dengan Cara yang Kasar

Kelemahan ini memberi kesan yang besar kepada gerakan pemuda islam.Kesannya amat merbahaya kepada perjuangan Islam itu sendiri.Kebanyakan ada yang menghadapi orang lain secara emosional dan tegang, menolak cara berdialog/berdebat yang lebih baik terhadap orang yang menentang pendapatnya.Cara keras dan kasar ini merupakan satu pendirian dan sikap yang tidak mahu mengakui pendapat orang lain,mempersempitkan dan su’uzhan.

Padahal tujuan asal perlu diingat adalah untuk menciptakan,membawa keadaan keislaman yang damai dan baik

Cenderung Mempersulitkan Persoalan

Cenderung memperberatkan dan mempersulitkan persoalan, berwawasan agama yang sempit,tidak menyukai keringanan(rukhsah),menolak fatwa-fatwa ulama fiqh yang memberi keluasan mempraktikkan hukum,bahkan dalam batas tertentu bersifat ekstrim dalam pemikiran dan tindakan.Ini adalah kelemahan yang perlu di berikan perhatian dan perlu ada perubahan.

Kesimpulan

Kritikan yang membina perlu untuk gerakan pemuda ,pemudi islam jelas dan sedar kelemahan dan masalah yang timbul untuk kita bertindak lebih bijak,membuat anjakan paradigma,perubahan yang lebih baik dalam memperjuangkan kalimah Allah,mempertahankan aqidah Islam dan mengajak kepada yang ma’ruf,mencegah kepada yang munkar.Kebangkitan pemuda Islam suatu yang perlu dibimbing bukan ditentang.Wallahu’alam.

Rujukan : Kebangkitan Pemuda Islam,suatu Kemajuan yang harus dibimbing,bukan ditentang (Prof.Dr.Yusuf al-Qardhawi)
-Stefaislle@yahoo.com-


Memandu atau Dipandu


Wujud manusia punyai golongan yang berbeza-beza
Telah datang kepada kita dua jenis golongan yang hanya dilihat oleh mata,
Yang mencari erti tersirat kehidupan
Adapun kedua-dua golongan ini masing-masing memainkan peranan yang besar buat keseimbangan ala mini

Adapun golongan yang memandu ini adalah sedikit sahaja dari golongan itu
Dan sebaliknya pula dari mereka yang hanya dipandu.
Golongan pemandu yang ada di dunia ini hanyalah dari kalangan mereka yang sanggup berkorban,sanggup meluangkan masa hanya demi kepentingan mereka yang mengikut
Sesungguhnya pemanduan ini bukanlah atas matlamat yang sia-sia mahupun tanpa dasar.

Tugas pemandu itu amat besar, bukan untuk kisah dongengan
Bebannya lebih dari masa yang kita miliki,melampaui dari batasa tenaga yang kita punyai
Namun itulah jalan bagi mereka yang berjiwa besar
Jalan mereka yang mengenali dan memahami
Erti Islam yang sebenar di kala masyarakat tersangkut dengan arus dunia barat

Kita memperjuangkan Islam versi Rasulullah s.a.w, versi sahabat
Tidak ada pembaharuan, tidak ada penolakan

Perhatikanlah kesungguhan dan ketekunan pemandu van,
Teru menerus mengemudi ke matlamat yang jelas
Diletaknya penat dan lelah jauh di hujung minda
Pengemudian diteruskan juga mencari satu kepuasan
Senyuman mereka yang dipandu tika di destinasi
Namun mereka yang dipandu itu pelbagai kerenah

Inilah kanser masyarakat Muslim, leka dan malas
Akhirnya umat terjual,khilafah tergadai
Akidah mula goyah,agama di kejauhan walau hanya dekat sekilas pandang

Muhasabah itu indah
Kadangkala tangisan itu memberi kebebasan
Renungkanlah diri kita
Pemandu atau penumpang?
Letih lelah hanya sementara
Susah payah pengajaran berguna

Andai tidak rela memandu
Perhatikanlah alam, bukakanlah minda
Manfaatkanlah nikmat dari Allah
Lempiaskan langsir kedegilanmu ke langit yang terbuka luas
Jangan hancurkan kekuatan di celah gunung tidak tersapa,bazir tidak berguna

Di sini kita berdiri,
Berpijak di bumi menjunjung langit yang luas
Pernahkah kita berfikir alam penuh rahsia
Anugerah Yang Maha Esa...

Siapakah aku dan kamu di dunia ini?
Layakkah bergelar pemandu..
Atau masih lagi terkapai-kapai
Meminta pertolongan untuk dipandu..

Friday, April 06, 2007

Demam 'season'


Di akhir semester ini pastinya ramai yang demam..demam final exam..termasuklah diriku..pelbagai perasaan berbaur dlm diriku,adakah aku mampu lakukan yg terbaik.adakah aku mampu memperbaiki kesilapan2 ku yang lalu, adakah aku mampu mengotakan janjiku pada bonda tercinta, memiliki ijazah dan ilmu yang boleh dibanggakan?..oh bonda, maafkan diriku..aku banyak melukai hatimu..

War VI waiting 4 me :
1) Physical Chemistry

(a) Thermodynamics (Assoc. Prof.Abdul Hamid)

(b) Quantum Mechanics ( Assoc.Prof Dr. Mohammad Noh)

(c) Kinetics ( Prof.Dr.Misni Misran)

2) Spectroscopy : Interpretation of Molecules (Assoc Prof Dr Ng Soon + Dr.Sharefuddin)

3) Laboratory Management ( Dr. Saadah)

4) Research in Education (Assoc Prof.Dr Loh)

5) Principle of Technology and Education ( Miss Umi Kalsum)

6) Teaching Methods in Biology ( Assoc.Prof Dr.Esther Daniel, role model teacher 4 me)

Ku pasti,semua sahabat2 ku khususnya di IPTA tanahair turut merasai bahang 'exam' ini.Keresahan dan kegelisahan menghantui diri terutama sahabat2 seperjuangan yang masanya banyak perlu dikorbankan dan dibahagikan antara gerak kerja Islam dan akademik.

Kata orang 'Jemaah yang utama,Akademik yang pertama'.Ku cuba berpegang padanya dan berusaha untuk menggapainya.Bukan mudah untuk merealisasikannya.

Buat semua sahabat2ku, ku tahu di saat-saat akhir semester ini, banyak taklifan yang kita pikul.Usaha pertarbiyyahan adik-adik kita perlu diteruskan,membentuk mata rantai yang telah dimulakan oleh Rasulullah s.a.w.Dan percikan saat peperangan di kampus,PRK telah mula dirasai.Banyak taklifan yang perlu kita laksanakan dan seimbangkan.Aku juga sebegitu.


Yakinlah wahai sahabatku,kita adalah insan pilihan.Insan pilihan untuk memikul segala amanah sebagai khalifah.Allah s.w.t. telah menyatakan " Allah tidak akan membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya'. Inilah keistimewaan kita berbanding insan lain.

Ku dedikasikan buat semua sahabat2ku yang tercinta, X-smkadg,x-Kmj especially my siblings (k.lg,k.ngah,k.lang,alang and adeq),X-all wise.net+ ukhwah.com (ku xprnh melupakn kalian smua), shbt2 alumni matrix, adik2 seusrahku yg tercinta di UM(along,angah,alang,ateh,acik,ude,anje,andak,adeq,usu+HG) dan juga adik2 usrahku (shera,fiza,sai dan naim) dan tidak lupa buat shbt2 ku yg tercinta di UM ini (10s 4 all everythin')..

USAHA+TAWAKKAL itulah senjata kita.

GOOD LUCK MY FRENS..ALL DA BEST!!PUT UR TRUST IN ALLAH.

-
Sahabatmu-