Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Berdasarkan Akta Hakcipta 1987:
Dilarang untuk mencetak, mengulang siar, mengambil, mencuri, menciplak, dan sebagainya tanpa izin daripada penulis.Hak cipta blog adalah terpelihara (Kenyataan ini hanya untuk penulisan saya dalam subjek 'karyaku' kerana melibatkan penghantaran ke media cetak.Penulisan lain tiada akta halangan.Dialukan penyebaran)

Saturday, April 14, 2007

Berbakti Kpd Ibu bapa,Bukannya Mudah


Satu kisah tauladan di zaman Nabi Sulaiman a.s,’PEMUDA DI DALAM KUBAH’

Pada suatu hari Nabi Sulaiman a.s bersama rombongannya yang terdiri daripada manusia dan jin mengembara ke tepi laut untuk mengetahui kebesaran Allah s.w.t.Setelah tiba di tepi laut Nabi Sulaiman a.s terpandang ada benda yang menakjubkan di dalam laut.Kemudian baginda memerintahkan Asyif bin Barkhia,seorang yang mendapat ilmu laduni dari Allah setelah dua jin yang diperintahkan tidak menemui apa-apa yang menakjubkan di dalam lautan.

Setelah sampai di dasar lautan,Asyif ternampak satu benda yang berupa kubah yang diperbuat daripada kapur putih dan mempunyai pintu.Lalu dia berkata dalam hatinya,’Ya Allah apakah benda ini,bersinar-sinar cantik dan istimewa’.Asyif yang mempunyai kekuatan yang luar biasa mengangkat kubah dari dasar lautan lalu menyerahkan kepada Nabi Allah,Sulaiman a.s.Kemudian Nabi Sulaiman a.s berdoa supaya dia dapat melihat isi kandungan kubah tersebut. Lalu terbukalah kubah tersebut,ternampak seorang pemuda yang sedang sujud dan bertasbih memuji-muji Allah s.w.t.

Nabi Sulaiman berkata ‘Subhanallah’.Apabila mendengarkan seruan Nabi Sulaiman,maka pemuda itu bangun lalu memberi salam.’Siapakah kamu ini,adakah malaikat,jin atau manusia?’,soal Nabi Sulaiman kepada pemuda itu‘Aku hanyalah manusia biasa’,jawab pemuda itu‘Apakah yang membuatkan engkau memperolehi kemuliaan sebegini rupa?Apakah amal yang pernah engkau lakukan sehingga Allah s.w.t memberi rahmat yang tidak ternilai ini kepada kamu?,soal nabi Sulaiman lagiPemuda itu berkata,’saya berbakti kepada ibu bapa saya’.

Tanya nabi Sulaiman lagi,’Bagaimana caranya kamu berbakti kepada orang tuamu’’Saya memelihara mereka sehingga lanjut usia mereka.Bapa saya meninggal dunia dalam usia lanjut di dalam pemeliharaan saya.Dan yang tinggal adalah saya dan ibu saya yang sudah tua,lemah,sakit serta matanya buta dan kakinya lumpuh.

Sayalah yang merawatnya,mengendongnya,memandikannya.Segala makan,minum,pakaiannya saya uruskan.Setelah ibu saya meninggal dunia,saya berpusing-pusing di tepi laut ini.Tiba-tiba saya lihat ada suatu kubah dari mutiara.Saya mendekati kubah itu,dengan izin Allah pintu kubah itu terbuka.Maka saya pun masuk dan pintu itu tertutup.Maka tidaklah saya ketahui samada saya berada di bumi ataupun langit.’’Saya hidup di zaman nabi Ibrahim a.s,’tambah pemuda itu lagi.

Rupanya usia pmuda itu sudah 1400 tahun.Tetapi tidak ada sehelai uban di rambutnya.’Adakah tuan merasa nikmat Allah?Bagaimana Allah memberi rezki kepadamu?,tanya Nabi Allah kerana berasa takjub dengan kekuasaan Allah s.w.t.
’Setelah berada dalam kubah ini,maka tahulah saya bahawa Allah s.w.t telah mencipta syurga khusus untuk saya dalam kubah ini.’Lalu pemuda itu menghulurkan tangan dan berdoa kepada Allah s.w.t.Tiba-tiba cahaya gelap dalam kubah bertukar menjadi terang benderang.’Subhanallah,Nabi Sulaiman terkejut.

Satu pemandangan yang tidak ada di dunia terpampang di hadapan Nabi Allah dan rombongannya.Terdapat pokok-pokok,kebun-kebun yang indah,kolam air susu dan suara yang merdu yang tidak pernah didengari sebelum ini,Nabi Sulaiman pun berkata,’wahai pemuda,inilah syurga! Demi Allah sesungguhnya kamu telah mendapat kurniaan Allah yang tiada bandingnya’.’Memang benar,inilah syurga di dunia ini dan ganjaran daripada Allah s.w.t terhadap amal bakti yang saya lakukan,’

Begitulah kisah ’PEMUDA DALAM KUBAH’.Betapa hebatnya ganjaran Allah kepada siapa yang berbakti kepada ibu bapa.Sungguh ku akui bukan mudah untuk berbakti kepada ibu bapa,terutama ketika mereka telah lanjut usia,sakit dan pelbagai kerenah yang perlu kita hadapi.Kerana itulah ganjaran Allah s.w.t begitu besar nikmatnya.Terlalu banyakkesabaran yang menguji.Antara kesanggupan,keikhlasan,kelapangan,pengorbanan dan kasih sayang itulah yang membezakan.

Ku ingat ketika atukku sakit,atuk selalu keluar masuk wad sejak aku 18 tahun.Aku tak terkecuali untuk menjaga atuk di wad di waktu malam kerana pakcik,makcikku masing-masing ada urusan sendiri.Bergilir shif.Atuk selalu muntah-muntah,itulah yang mengujiku.Kadang-kadang berjaga hingga ke pagi,mengurut atuk kerana atuk sakit.Tapi aku cuba ikhlaskan diri,jika aku tidak belajar dari sekarang, bagaimana aku dapat berbakti dengan ibu bapaku ketika mereka sakit nanti.Segalanya ku perlu uruskan bila ibu bapaku tidak bermaya lagi.Ya Allah berikanlah aku kekuatan itu untukku berbakti kepada ibu bapaku bermula kini sehingga ibu bapaku kembali kepadaMU yang abadi.Dan ku berharap,aku dapat bersama dengan ibu bapaku lagi,di akhirat yang kekal abadi.

Ibuku,cikde(makcikku) dan makteh(isteri pakcikku),merekalah menjadi inspirasiku.Ku lihat pengorbanan mereka kepada atukku.Terutamanya makteh,menantu atukku.Pengorbanannya sangat tinggi walaupun hanya menantu,tetapi itulah peranannya yang sebenar,tanggungjawab anak lelaki(pakcikku) menjaga ibu bapanya terletak juga pada isterinya.
Buat mak dan ayah,doakan aimi di sini.Seribu kemaafan buat mak,banyak melukai hatimu.Tanggungjawabku,amanahku dalam gerak kerja islam menyebabkan aku hanya pulang ke rumah,bersamamu hanya seketika walaupun cuti panjang.Ku harap mak memahami.Sesungguhnya aku teramat rindu untuk bersamamu,bersama keluarga,ayah,kakak dan adik2.Tiada yang terindah melainkan bersama keluarga.

Buat atuk,semoga atuk semakin sihat.Nenek sebelah ayah dan mak,aimi minta maaf jika ada tersilap kata,terkasar bahasa,melukai hatimu kerana kalian adalah kesayanganku.Buat allahyarham atuk(ku sangat rapat masa kecil),aimi doakan atuk tenang di sana walaupun aimi tak sempat melihat jenazah atuk buat kali terakhirnya.Berita kematianmu kerana dilanggar lari betul-betul mengejutkan ku di perantauan.Tapi itulah ketentuannya.(Ayahcik@tuan guru haji hadi yang imamkan solah jenazah atuk,alhamdulillah)

Ku berdoa semoga Allah berikan aku kekuatan,kekuatan menjadi anak yang solehah dan juga cucu yang solehah.Bukan ganjaranMU yang kudambakan,tapi ku ingin membahagiakan ibu bapaku,keluargaku.Amin.

Lagu kesukaanku :
1) Belaian ibu (Hijjaz) (1st time dengar di konsert MANIS,UKM)
2) Untukmu Yang Tersayang (Amar) (Diperkenalkan oleh sahabat ketika di pondok Baitul Qurra’,Melaka>>rindunya untuk meneruskan talaqqi ilmu di pondok,masa membataskan..terima kasih ust zul dan ust rosli,ana akan ke sana lagi menuntut denganmu>>
3) Buatmu Ibu (Aeman)
4) Harapan ayah bonda (Amar)
5) Dan juga lagu ibu.ayah zaman sekolah rendah (dalam 1 kaset dengan lagu ’sebuah pertemuan’dipopularkan oleh brothers kini,dah hilang kaset tu,lagu lama..lagu popular semasa pertandingan nasyid sek.rendah>>sayangnya kaset tu..)


No comments: