Selama ini aku banyak mengeluh kesukaran menarik mad'u untuk bersamaku dalam satu halaqah usrah.Setiap kali diajak,pelbagai sebab dan halangan daripada adik usrahku.Kadang-kadang sedih menimpa,namun ku cuba kuatkan,memikirkan inisiatif lain untuk menarik mereka bersamaku.Namun akhirnya aku tetap tersungkur lemah,mengapa aku masih gagal?Tautan Cinta memberikan aku satu inspirasi,semangat untuk tidak mudah menyerah kalah..Sedangkan Nabi Nuh berda'wah selama beratus tahun,tapi hanya segelintir yang beriman..Apalah sangat dengan diriku hanya boleh dihitung jari tempoh ku berusaha untuk da'wah.. Ku jatuh cinta kepada sebuah Tautan Hati..Ceritanya padat dengan membawa mesej kesedaran buat muslimah,sayap kiri perjuangan Islam.Memberi kekuatan dan kesedaran tentang peranan muslimah dalam da'wah dan teruskan untuk berda'wah..sarat dengan tazkirah sebagai makanan rohani..mempamerkan seorang muslimah dan mujahidah yang sempurna dalam amalan fadhiyyah,pembentukan akhlak dan syakhsiah yang sempurna serta menonjolkan ciri-ciri yang sempurna sebagai seorang da'ie sesuai dengan keperibadian muslimah.Cinta dan perasaan ingin disayangi adalah fitrah penciptaan,novel ini mengajar,memberi garis panduan yang betul dalam membina sebuah hubungan dengan memelihara pergaulan berdasarkan syara'.
Terima kasih buat Ukht Fatimah Syarha di atas usaha da'wah ini dengan sebuah novel 'Tautan Hati', cukup memberikan manfaat buat muslimah da'wah.Ku terbayang,mungkin Asiah Yusro adalah cerminan diri,pantulan dari diri Fatimah Syarha.Semoga Allah merahmatimu. Kadang-kadang sahabatku sinis melihat novel sebegini,mungkin jelek menganggap novel islamik hanya memaparkan kisah cinta 'enta-enti'.Entahlah,lain orang,lain pemikirannya.Tetapi aku berasa cukup puas memiliki 'Tautan Hati' kerana ianya memberi sejuta manfaat buat diriku.Pembentukan diri,pengajaran islam disampaikan dalam bentuk novel cukup indah. Syukran ya ukht Atiqah,menemaniku ke KL Book Fair,PWTC..Syukran ya ALLAH kerana rezekiMU dan iradahMU dapat ku memiliki ilmuMU walaupun sedikit.
Ya Allah istiqamahkan aku di jalan da'wah ini,berikanlah aku kekuatan..tabahkan diriku menghadapi mehnahMu..hanya yang ku impikan adalah keredhaanMU bukan selainnya..amin..
p/s: Jangan lupa membaca 'Tautan Hati' sahabatku
`Dambakan Cinta Ilahi`

1 comment:
salam..moge kta sume dpt mncontohi hebatnye peribadi Asiah Yusra dan Elya Khadija..juge moge tabah mngharungi mehnah-Nya seperti Imtisal..moge dpt mnjdi seperti Layyinul Harir,gagah mndamba restu bonda tercinta..moge juga sempat bertaubat tanpa menyalahkn takdir seperti Aisyah Bazella..moge2 kta dpt menjd sehebat mreka,supaya Dia memandang kita sbg hamba-Nya y benr2 bertaqwa=)amiin..
Post a Comment