Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Berdasarkan Akta Hakcipta 1987:
Dilarang untuk mencetak, mengulang siar, mengambil, mencuri, menciplak, dan sebagainya tanpa izin daripada penulis.Hak cipta blog adalah terpelihara (Kenyataan ini hanya untuk penulisan saya dalam subjek 'karyaku' kerana melibatkan penghantaran ke media cetak.Penulisan lain tiada akta halangan.Dialukan penyebaran)

Tuesday, December 14, 2010

:: Alfa Kehidupan ::


Yang datang, Yang pergi

Yang hadir, Yang kembali

Bagaikan angin bhosforus yang singgah

membawa kedamaian & ketenangan 

Umpama angin monsun yang lalu

membawa keributan & kepayahan

Segalanya dalam perancangan & ketentuan Maha Berkuasa

Biarkan yang menjengah itu terbang & menghilang

Lakarkan di atas debu-debu...ianya akan terbang

Coretkan di atas pasiran..ianya akan tenggelam

Derap kehidupan tetap & perlu diteruskan

Menjadi air sungai yang terus mengalir walau terpaksa harungi segala batuan

Semuanya perlu berbekalkan iman & ketaqwaan

Kelak kan kau rasakan sebuah kedamaian & kebahagian

Dalam menjalani alfa kehidupan

Kasih Allah bersemadi....Cinta Allah di hati....


~stefaislle~

   BB045

Sunday, October 10, 2010

::Siapakah Dia Muslimah Sejati?::


Seorang gadis kecil bertanya kepada ayahnya, "Abi, ceritakan kepadaku tentang wanita sejati"

Sang ayah pun menoleh kemudian tersenyum.


Anakku,Seorang wanita sejati BUKANlah dilihat dari kecantikan PARAS wajahnya, MELAINKAN dari kecantikan HATI yang ada di baliknya.

Wanita sejati BUKAN dilihat dari BENTUK TUBUHnya yang mempesona, MELAINKAN dilihat dari sejauh mana ia MENUTUPI BENTUK TUBUHnya

Wanita sejati BUKAN dilihat dari begitu BANYAKNYA kebaikan yang ia berikan, MELAINKAN dari KEIKHLASANNYA memberikan kebaikan itu

Wanita sejati BUKAN dilihat dari seberapa INDAH LANTUNAN SUARANYA, MELAINKAN dari apa yang SERING MULUTNYA BICARAKAN

Wanita sejati BUKAN dilihat dari keahliannya BERBAHASA, MELAINKAN dari bagaimana CARA ia BERBICARA


Sang ayah diam sejenak sembari melihat ke arah puterinya."Lantas apa lagi Abi?" sahut puterinya.Ketahuilah puteriku...

Wanita sejati BUKAN dilihat dari KEBERANIANNYA dalam BERPAKAIAN, MELAINKAN sejauh mana ia berani MEMPERTAHANKAN KEHORMATANNYA

Wanita sejati BUKAN dilihat dari KEKHUWATIRANNYA DIGODA orang di jalan, MELAINKAN KEKHUWATIRAN DIRINYAlah yang MENGUNDANG ORANG JADI TERGODA

Wanita sejati BUKANlah dilihat dari seberapa BANYAK dan BESARNYA UJIAN yang ia jalani, MELAINKAN sejauh mana ia MENGHADAPI UJIAN itu dengan penuh rasa SYUKUR.....dan ingatlah...

Wanita sejati BUKAN dilihat dari SIFAT SUPERNYA DALAM BERGAUL, MELAINKAN sejauh mana ia bisa MENJAGA KEHORMATANNYA DALAM BERGAUL..


Setelah itu sang anak kembali bertanya,"Siapakah yang dapat menjadi kriteria seperti itu Abi?"

Sang ayah memberikannya sebuah buku dan berkata, "TELADANILAH MEREKA!"Sang anak pun mengambil buku itu dan melihat sebuah tulisan "ISTERI-ISTERI RASULULLAH"Sungguh, sebaik-baik teladan bagi para muslimah adalah isteri-iateri Rasulullah SAW.

Bersabda Rasulullah SAW: “Sebaik-baik perhiasan di dunia ini adalah wanita yang solehah.”


::Impianku Mujahidah Acuan Quran::


Impianku menjadi muslimah

Yang cintakan agamanya

Yang mengalir rasa cinta.. takut dan harap

Terus menguasai perjalanan kehidupannya

Dari waktu ke waktu

Sehingga perjanjian antara jasad dan nyawanya berakhir


Impianku menjadi muslimah

Yang di mata dan wajahnya

Terpancar sinar  nur Ilahi

Lidahnya basah dengan zikrullah

Sentiasa muraqabah

Setiap waktu sibuk membaiki diri

Di sudut hati kecilnya sentiasa membesarkan Allah


Impianku menjadi mujahidah

Yang bersyukur pada apa yang ada

Yang bersabar pada apa yang tiada

Cinta pada hidup yang sederhana

Demi kebahagiaan abadi di sana


Impianku menjadi mujahidah

Yang menjadi pembela agama

Peribadi solehah hiasan diri

Subur dengan iman dan ketaqwaan

akhirat menjadi utama

Kerana dunia bukan pilihannya


Impianku menjadi srikandi

Yang hatinya berbeza

Kerana diasuh iman dan taqwa

Berbekal al-quran dan as-sunnah

Bersulam pengorbanan

Bisa menggegarkan isi dunia

Terus subur mekar mewangi

Seindah suria menerangi bumi

Harapan ummah yang abadi


Impianku menjadi muslimah,mujahidah,srikandi

Menyoroti langkah Serikandi Nabi s.a.w

menjadi muqarrabin yang taat pada Ilahi

Bermujahadah, merebut kasih Rabbi

Istiqomah pada jalan perjuangan ini demi cinta Ilahi

~stefaislle~

Friday, October 08, 2010

Qalb Salim: Laluan Ke Syurga


Syurga menjadi negeri yang indah untuk didiami kerana seluruh penghuninya memiliki hati yang jernih dan saling mencintai. Tidak ada lagi iri hati, hasad dengki dan terkilan apabila melihat saudara atau jirannya mendapatkan nikmat. Tidak ada lagi kata-kata dosa atau ucapan tak berguna. Yang terdengar hanyalah ucapan salam yang disebutkan berulang-ulang, juga tasbih dan pujian kepada Allah sebanyak hembusan nafas.

        Negeri penuh kedamaian ini terbuka hanya untuk orang yang berhati damai (qalb salim), iaitu hati yang dipenuhi keimanan kepada Khalik dan cinta kepada makhluk. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Kamu tidak akan masuk syurga sebelum beriman. Dan iman kamu tidak akan sempurna sebelum saling mencintai. Dan mahukah kamu aku beritahukan suatu amalan yang jika dilakukan kamu akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kamu.”

            Jadi, hadis ini memberitahukan bahawa menyebarkan salam akan membawa ke Dar al-Salam. Namun anjuran ini tentulah bukan sekadar ucapan tanpa makna, akan tetapi diiringi tekad untuk menyebarkan kedamaian dan keselamatan kepada seluruh manusia. Sebab salam pada hakikatnya ialah doa yang kita sampaikan kepada seseorang agar diri dan agamanya diselamatkan daripada segala kerosakan, aib dan penyakit. Perkara ini sangat jelas jika kita amati satu persatu kata-kata yang terdapat dalam ucapan salam.

            Imam al-Nawawi menambah, “Salam juga mengisyaratkan hilangnya permusuhan, hasad dengki, niat buruk apalagi gangguan yang hendak kita timpakan kepada orang tersebut.” Menuyebarkan salam dengan begitu, sama dengan menyebarkan kedamaian ke seluruh dunia dan membuka pintu persaudaraan kepada semua manusia.

         Setiap Muslim yang memiliki kondisi hati yang damai seperti ini ditetapkan sebagai ahli syurga meskipun ia masih berjalan di muka bumi. Imam Ahmad meriwayatkan dalam Musnadnya daripada Anas bin Malik r.a., bahawa suatu hari Rasulullah s.a.w. bersabda kepada para sahabatnya, maksudnya: “Akan datang kepada kalian seorang lelaki dari ahli syurga.” Tidak lama kemudian masuk seorang lelaki daripada kalangan Ansar. Setelah ditanya oleh Abdullah bin  ‘Amr tentang amalannya, lelaki Ansar itu menjawab: “Dalam hatiku tidak pernah ada kebencian dan hasad dengki kepada seorang pun daripada kaum Muslimin.”

          Al-Hafiz Ibn Rajab al-Hanbali dalam kitab Lata’if al-Ma‘arif menukil ucapan ulama salaf yang berkata, “Amalan yang paling utama adalah menjaga hati, bersifat dermawan dan tulus kepada semua Muslimin. Dengan sifat-sifat inilah seseorang boleh tiba ke syurga, bukan dengan memperbanyakkan puasa atau solat (sunat).” 

        Prinsip yang disebutkan Ibn Rajab ini sangat penting untuk kita sebarkan kepada seluruh lapisan masyarakat kita pada hari ini. Terutama pada masa kini, setiap orang berasa dirinya memonopoli kebenaran dan membantah pendapat orang lain seolah-olah sedang berjihad menentang orang kafir. Sikap seperti ini bukan mendekatkan diri kita kepada syurga, malah menjauhkannya. Hanya hati-hati yang penuh kedamaian dan suka menebarkan kedamaian yang dapat membawa diri kita ke syurga Dar al-Salam yang kekal abadi.

sumber :Ust.Zahazan Mohamed

Wednesday, September 22, 2010

Sudi Menjadi Isteri Kedua Saya?



"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin. 
Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya..." Fatimah mula sebak.

"Tak. Maksud saya – "

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu 'Fatimah' di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.

Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yangsemudanya.

Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri, sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.

Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.

Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.

Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail ditangannya.

Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.

Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"Perjuangan," jawab Fikri.

***

"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)."[QS al-Taubah 9:24]

sumber dr Oleh 'Izzat Anwari bin Hasni

Wednesday, August 11, 2010

::Madrasah Ramadhan 1431H::

Alhamdulillah..bertemu lagi Madrasah Ramadhan pada kali ini..semoga diberi kekuatan jua mampu tingkatkan amalan serta istiqomah dlm menggapai cintaNya,mensucikan dosa dan noda..

“Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada segala dosa.”

Jadual terkini sepanjang Ramadhan (Jamaie wa ijtimaie):

1)14/8-Munaqasyah-Dewan Jugra

2)15/8-Ziarah prihatin -Kg org asli tongkah,morib

3)21/8-Kembara Ramadhan Negeri(buka puasa,qiamulail&kuliah subuh)-Masjid Pulau Carey

4)22/8-Majlis Berbuka Puasa (DMPKL)-

5)22/8-Ziarah prihatin- Kg org asli bkt kemandol@p.carey

6)27/8-Majlis khatam quran (Pasti Selangor)-pg-Dewan Bt.7

7)28@29/8-Ziarah prihatin -kg bkt cheding-
8)29/8-Program Edaran Bubur Lambuk (muslimat)
9)31/8-Majlis Khatam Quran (Bakewanis)
10)4@5/9-Program sumbangan utk anak yatim,ibu tunggal@yg memerlukan

*sumbangan dlm bentuk mknn asas amat diperlukan,seperti beras,gula,minyak masak,tepung@susu.
*sumbangan kewangan juga dialu2kan..

-Semoga Ramadhan ini bermakna buat diri kita juga kepada insan2 yang memerlukan-





Sunday, August 01, 2010

::Nisa' Sentiasa D'hati::

Bismillahwalhamdulillah..

Sekadar berkongsi aktiviti Nisa' Kawasan Kuala Langat,Selangor sepanjang tahun ini hingga ke hari ini..tempat tinggalku kini,mungkin boleh dikatakan bermukim,wallahu'alam. Nisa' memfokuskan kepada remaja dan belia,membawa bersama membentuk diri menjadi muslimah sejati dan bersama dalam kehidupan Islam yang hakiki. Walau tampak sekadar usaha 'dakwah' yang mungkin simplistik, namun dakwah kemasyarakatan bukanlah 1 usaha yg mudah, perlu mengikut arus masyarakat. Walau di mana kita dicampakkan, semoga kita dapat terus bersama dlm satu perjuangan memasyarakatkan masyarakat..memanusiakan manusia..InsyaAllah..




(MAC-OGOS)
GENESIS-HANIS-SEMANIS-REHLAH-NISA COOKIES 1-NISA COOKIES 2

InsyaAllah..program2 seterusnya akan menyusul..
SALAM AKHIRUL SYA'BAN...AHLAN YA RAMADHAN..

Friday, July 30, 2010

Berbicara dengan alKhaliq



Dimanakah kedudukan Surah Teragung dalam diri

Subhanallah..bacaan yang terindah Sheikh ABAS. Berbicara soal surah alfatihah,surah utama dlm kitabullah,yang menjadi pasak utama dalam kehidupan sekalian umat pastinya menuntut sebuah penghayatan yang mendalam hakikatnya. Tetapi sadisnya pabila mungkin pada hari ini surah terindah ini sekadar menjadi hafalan di bibir-bibir kerana ianya telah ditetapkan sebagai  surah utama dalam solat seharian. Sedangkan ada yang tidak mengenal huruf alquran mampu membaca surah alfatihah..kerana ianya syarat utama sah nya solat, jadi alfatihah perlu dihafal semata.

Alangkah ruginya apabila surah teragung, nadi segala pengharapan,pergantungan,pemandu kehidupan ini hanya meniti di bibir tanpa disedari lafaznya diungkapkan, tiada terjemahan di minda malahan tiada penghayatan di hati. Sedangkan bicara teragung ini diulang 17 kali dalam kehidupan seharian kita. Dibaca tanpa sedar, di bawah minda para sedar,diulang tanpa ingat.


Dengar dan lihat bacaan Sheikh Shuraim yang sebak sehingga tidak mampu meneruskan bacaan.Ayuh kita hayati,muhasabah diri kita..di manakah letaknya keagungan alfatihah dalam diri kita sebenarnya,astaghfirullah.



Berbicara dengan alKhaliq

Maha Suci Allah yang menguasai segala sesuatu.Betapa hebatnya kekuatan rohani,kegagahan jiwa dikurniakan apabila setiap bait kalimah dalam alFatihah dihayati mendalam,dijiwai dan ditenggelami dalam satu daerah nan damai hanya kita dan Yang Maha Esa bersendirian berbicara.Surah alfatihah adalah surah yang di dalamnya termaktub munajat antara hama dan Allah s.w.t. Ini telah disabdakan oleh Baginda s.a.w. berbunyi ;

Abu Hurairah mengatakan bahawa suatu saat Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Allah telah berfirman,'Aku telah membagi (kandungan makna) surah alFatihah untuk-Ku dan untuk hamba-Ku menjadi dua bahagian, dan Aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta;

Apabila dia membaca 'Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam' (2)
Allah akan membalasnya dengan berfirman,
'hamba-Ku telah memuji-Ku'

Apabila dia membaca 'Zat Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang' (3)
Allah berfirman, '
Hamba-Ku telah memuji-Ku'
Apabila dia membaca 'Yang menguasai Hari Pembalasan'(4)
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku,'
Lalu Allah berfirman sekali lagi.'Hamba-Ku telah memasrahkan urusannya kepada-Ku'


Apabila dia membaca,'Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan'(5)
Allah berfirman.' Ini adalah urusan antara Aku dan hamba-Ku, dan aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta'


Disinilah air mata akan berguguran dek kerana Allah melafazkan kecintaanNya kepada hamba-hambaNya..'Ini adalah urusan-Ku dan hamba-Ku'..hanya Allah dan kita..Subhanallah..siapakah kita utk diletakkan ruang 'teristimewa' bersamaNya di sisiNya..sedangkan diri penuh disaluti noda..dan Allah menjanjikan akan mengabulkan segala pinta.

dan Apabila dia membaca,'Tunjukilah kami jalan yang lurus,iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nimat(iman) kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat'(6)
Allah berfirman,'Ini adalah untuk hamba-Ku, dan dia akan mendapatkan apa yang dia pinta'



Semoga bermanfaat bersama dan sama2 memperbaiki..

Monday, July 19, 2010

~Sentiasa Di Hati..Susah&Senang...Alhamdulillah~



Setiap orang sangat memerlukan Allah dalam setiap gerak kehidupannya. Dari udara untuk bernafas hingga makanan yang ia makan, dari kemampuannya untuk menggunakan tangannya hingga kemampuan berbicara, dari perasaan aman hingga perasaan bahagia, seseorang benar-benar sangat memerlukan apa yang telah diciptakan oleh Allah dan apa yang dikurniakan kepadanya. Akan tetapi kebanyakan orang tidak menyadari kelemahan mereka dan tidak menyedari bahwa mereka sangat memerlukan Allah. Mereka menganggap bahawa segala sesuatunya terjadi dengan sendirinya atau mereka menganggap bahwa segala sesuatu yang mereka peroleh adalah karena hasil jerih payah mereka sendiri. Anggapan ini merupakan kesalahan yang sangat fundamental dan benar-benar tidak mensyukuri nikmat Allah. Anehnya, orang-orang yang telah menyatakan rasa terima kasihnya kepada seseorang kerana telah memberi sesuatu yang remeh kepadanya, mereka menghabiskan hidupnya dengan mengabaikan nikmat Allah yang tidak terhitung banyaknya di sepanjang hidupnya.

Bagaimanapun, nikmat yang diberikan Allah kepada seseorang sangatlah besar sehingga tak seorang pun yang dapat menghitungnya. Allah menceritakan kenyataan ini dalam sebuah ayat sebagai berikut:

"Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Q.s. an-Nahl: 18).

Meskipun kenyataannya demikian, kebanyakan manusia tidak mampu mensyukuri kenikmatan yang telah mereka terima. Adapun penyebabnya diceritakan dalam al-Qur'an: Syaitan, yang berjanji akan menyesatkan manusia dari jalan Allah, berkata bahwa tujuan utamanya adalah untuk menjadikan manusia tidak bersyukur kepada Allah. Pernyataan syaitan yang mendurhakai Allah ini menegaskan pentingnya bersyukur kepada Allah:

"Kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur. Allah berfirman, 'Keluarlah kamu dari surga itu sebagai orang terhina lagi terusir. Sesungguhnya barangsiapa di antara mereka mengikuti kamu, benar-benar Aku akan mengisi neraka Jahanam dengan kamu semuanya'." (Q.s. al-A'raf: 17-8).

Dalam pada itu, orang-orang yang beriman kerana menyadari kelemahan mereka, di hadapan Allah mereka memanjatkan syukur dengan rendah diri atas setiap nikmat yang diterima. Bukan hanya kekayaan dan harta benda yang disyukuri oleh orang-orang yang beriman. Kerana orang-orang yang beriman mengetahui bahwa Allah adalah Pemilik segala sesuatu, mereka juga bersyukur atas kesihatan, keindahan, ilmu, hikmah, kefahaman, dan kekuatan yang dikurniakan kepada mereka, dan mereka mencintai keimanan dan membenci kekufuran. Mereka bersyukur karena telah dibimbing dalam kebenaran dan dimasukkan dalam golongan orang-orang beriman. Pemandangan yang indah, urusan yang mudah, keinginan yang tercapai, berita-berita yang menggembirakan, perbuatan yang terpuji, dan nikmat-nikmat lainnya, semua ini menjadikan orang-orang beriman berpaling kepada Allah, bersyukur kepada-Nya yang telah menunjukkan rahmat dan kasih sayang-Nya.

Sebagai balasan atas kesyukurannya, sebuah pahala menunggu orang-orang yang beriman. Ini merupakan rahsia lain yang dinyatakan dalam al-Qur'an; Allah menambah nikmat-Nya kepada orang-orang yang bersyukur. Misalnya, bahkan Allah memberikan kesihatan dan kekuatan yang lebih banyak lagi kepada orang-orang yang bersyukur kepada Allah atas kesihatan dan kekuatan yang mereka miliki. Bahkan Allah mengurniakan ilmu dan kekayaan yang lebih banyak kepada orang-orang yang mensyukuri ilmu dan kekayaan tersebut. Hal ini kerana mereka adalah orang-orang yang ikhlas yang merasa puas dengan apa yang diberikan Allah dan mereka redha dengan kurnia tersebut, dan mereka menjadikan Allah sebagai pelindung mereka. Allah menceritakan rahsia ini dalam al-Qur'an sebagai berikut:

"Dan ketika Tuhanmu memaklumkan: 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih'." (Q.s. Ibrahim: 7)

Mensyukuri nikmat juga menunjukkan tanda kedekatan dan kecintaan seseorang kepada Allah. Orang-orang yang bersyukur memiliki kesedaran dan kemampuan untuk melihat keindahan dan kenikmatan yang dikaruniakan Allah. Rasulullah saw. juga menyebutkan masalah ini, beliau saw. bersabda:

"Jika Allah memberikan harta kepadamu, maka akan tampak kegembiraan pada dirimu dengan nikmat dan karunia Allah itu"

Dalam pada itu, seorang kafir atau orang yang tidak mensyukuri nikmat hanya akan melihat cacat dan kekurangan, bahkan pada lingkungan yang sangat indah, sehingga ia akan merasa tidak berbahagia dan tidak puas, maka Allah menjadikan orang-orang seperti ini hanya menjumpai berbagai peristiwa dan pemandangan yang tidak menyenangkan. Akan tetapi Allah menampakkan lebih banyak nikmat dan karunia-Nya kepada orang-orang yang ikhlas dan memiliki hati nurani.

Bahwa Allah menambah kenikmatan kepada orang-orang yang bersyukur, ini juga merupakan salah satu rahasia dari al-Qur'an. Bagaimanapun harus kita camkan dalam hati bahawa keikhlasan merupakan prasyarat agar dapat mensyukuri nikmat. Jika seseorang menunjukkan rasa syukurnya tanpa berpaling dengan ikhlas kepada Allah dan tanpa menghayati rahmat dan kasih sayang Allah yang tiada batas, tetapi rasa syukurnya itu hanya untuk menarik perhatian orang, tentu saja ini merupakan ketidakikhlasan yang parah. Allah mengetahui apa yang tersimpan dalam hati dan mengetahui ketidakikhlasannya tersebut. Orang-orang yang memiliki niat yang tidak ikhlas akan menyembunyikan apa yang tersimpan dalam hati dari orang lain. Tetapi ia tidak dapat menyembunyikannya dari Allah. Orang-orang seperti itu akan mensyukuri nikmat ketika tidak menghadapi penderitaan. Tetapi pada saat-saat berada dalam kesulitan, mungkin mereka akan mengingkari nikmat.

Perlu diperhatikan, bahwa orang-orang mukmin sejati tetap bersyukur kepada Allah sekalipun mereka berada dalam keadaan yang sangat sulit. Seseorang yang melihat dari luar mungkin melihat berkurangnya nikmat pada diri orang-orang yang beriman. Padahal, orang-orang beriman yang mampu melihat sisi-sisi kebaikan dalam setiap peristiwa dan keadaan juga mampu melihat kebaikan dalam penderitaan tersebut. Misalnya, Allah menyatakan bahawa Dia akan menguji manusia dengan rasa takut, lapar, kehilangan harta dan jiwa. Dalam keadaan seperti itu, orang-orang beriman tetap bergembira dan merasa bersyukur, mereka berharap bahwa Allah akan memberi pahala kepada mereka berupa syurga sebagai pahala atas sikap mereka yang tetap istiqamah dalam menghadapi ujian tersebut. Mereka mengetahui bahwa Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kekuatannya. Sikap istiqamah dan tawakal yang mereka jalani dalam menghadapi penderitaan tersebut akan membuahkan sifat sabar dan syukur dalam diri mereka. Dengan demikian, ciri-ciri orang yang beriman adalah tetap menunjukkan ketaatan dan bertawakal kepada-Nya, dan Allah berjanji akan menambah nikmat kepada hamba-hamba-Nya yang mensyukuri nikmat-Nya, baik di dunia ini maupun di akhirat kelak.wallahualam..

rujukan : Beberapa rahsia Alquran, Harun Yahya

~Jangan Henti Meminta Keampunan~




“Katakanlah! Wahai hamba-hamba Ku yang melampaui batas terhadap dirinya
sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnyanya
Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan Kembalilah kamu
...kepada Tuhanmu dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab
kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi)”. (az-Zumar: 53-54)

“Dan bertaubatlah kamu sekalian wahai kaum mukminin! Semoga kamu
mendapat kemenangan”. (an-Nuur: 31)

Syarat-Syarat Taubat

  1. Penyesalan dari dosa kerana Allah.
  2. Berhenti melakukannya.
  3. Bertekad untuk tidak mengulanginya di masa datang.
  4. Dilakukan sebelum nyawa sampai di kerongkong ketika sakaratul maut, atau sebelum matahari terbit dari barat.
  5. Jika dosa berkaitan dengan sesama manusia, maka syaratnya bertambah satu: melunasikan hak orang tersebut, atau meminta kerelaannya, atau memperbanyak amal kebaikan

Jangan Menunda Taubat

Bersegera bertaubat hanya dilakukan oleh mereka yang berakal sihat. Orang-orang yang menunda taubat ibarat seseorang yang ingin mencabut pohon yang mengganggu, namun karena merasa sulit mencabutnya ia menundanya hingga esok atau lusa, atau minggu depan, atau … tanpa ia sedari bahawa semakin hari akar pohon itu makin mengakar kuat di dalam tanah, sedangkan ia semakin tua dan lemah.

Jangan menunda-nunda taubat kerana menafikan rahmat dan ampunan Allah swt. Orang seperti itu ibarat seorang laki-laki yang menghabiskan seluruh hartanya dengan sia-sia dan meninggalkan keluarganya dalam kefakiran, lalu ia mengharapkan harta karun datang kepadanya tanpa bekerja. Wallahua'lam..

Thursday, June 24, 2010

Istighfarlah 70 atau 100 Sehari


Imam Bukhari rahimahullah berkata di dalam Shahihnya, di kitab ad-Da’awaat:

Bab. Istighfar Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam sehari semalam.

Abul Yaman menuturkan kepada kami. Dia berkata: Syu’aib mengabarkan kepada kami dari az-Zuhr’i. Dia berkata: Abu Salamah bin Abdurrahman mengabarkan kepadaku. Dia berkata: Abu Hurairah -radhiyallahu’anhu- berkata: Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Demi Allah, sesungguhnya meminta ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya dalam sehari lebih dari tujuh puluh kali.” (Shahih Bukhari cet. Maktabah al-Iman, hal. 1288. Hadits no 6307)

Imam Muslim rahimahullah berkata di dalam Shahihnya, di kitab adz-Dzikr wa ad-Du’aa’ wa at-Taubah wa al-Istighfar:

Abu Bakr bin Abi Syaibah menuturkan kepada kami. Dia berkata: Ghundar menuturkan kepada kami dari Syu’bah dari Amr bin Murrah dari Abu Burdah, dia berkata: Aku mendengar al-Agharr dan dia adalah termasuk sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika dia menyampaikan hadits kepada Ibnu Umar. Ketika itu dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Wahai umat manusia, bertaubatlah kepada Allah. Kerana sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari kepada-Nya seratus kali.” (Shahih Muslim yang dicetak bersama syarahnya jilid 8, hal. 293. Hadits no 2702)

Itulah gambaran istigfar Nabi saw. agar di contohi oleh kita kaum Muslimin. Persoalan yang timbul mengapa pesuruh Allah yang maksum ini melakukan sedemikian sedangkan begitu banyak janji kemenangan dan syuga telah Allah kurniakan kepada baginda saw.. Bahkan bukan itu sahaja, jika dilihat dari sudut jihad baginda saw. dalam menegakkan hukum Allah, itu sebenarnya lebih jauh untuk membuktikan kesungguhan dan keikhlasan baginda saw..

An-Nawawi rahimahullah berkata setelah menjelaskan kandungan hadits ini, “Adapun kita -apabila dibandingkan dengan Nabi- maka sesungguhnya kita ini jauh lebih membutuhkan istighfar dan taubat -daripada beliau-…” (Syarh Muslim [8/293]).

Benarlah apa yang dikatakan oleh an-Nawawi, semoga Allah merahmati dan mengampuni kita dan beliau. Kurun baginda saw. adalah kurun yang terbaik yang telah membukan ruang kepada perkembangan Islam hingga ke hari ini. Kurun yang di penuhi dengan generasi yang hidup dengan Al-Quran dan segala lapangan. Tetapi mereka juga tidak lekang daripada senantiasa bertaubat kepada Allah swt..

Imam Bukhari rahimahullah meriwayatkan dengan sanadnya dari Ahmad bin Yunus dari Abu Syihab dari al-A’masy dari ‘Umarah bin ‘Umair dari al-Harits bin Suwaid dari Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu’anhu, beliau berkata, “Sesungguhnya seorang mukmin melihat dosa-dosanya seperti orang yang sedang duduk di bawah kaki bukit dan khawatir kalau-kalau bukit itu akan runtuh menimpanya. Adapun orang yang fajir/pendosa maka dia melihat dosa-dosanya seolah-olah seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya lalu dia usir dengan cara begini.” Abu Syihab berkata, “Maksudnya adalah dengan sekedar menggerakkan tangan di atas hidungnya.” … (lihat Shahih Bukhari, hal. 1288)

Marilah kita hidupkan Sunnah/ajaran yang telah banyak ditinggalkan manusia ini, ayyuhal ikhwah -wahai saudaraku- semoga Allah menggolongkan kita di antara hamba-hamba-Nya yang beruntung.

Wednesday, June 16, 2010

Pulangkan Anak Saya !




RAYUAN SEORANG BAPA

Tolonglah Pulangkan Anak Saya”


23 April 2010: USTAZAH MASRUROH MUSA yang juga merupakan isteri saya dan ibu kepada MUHAMMAD SUHAIB telah kembali ke rahmatullah.


27 April 2010: Berita kematian isteri saya disiarkan di Berita Harian Singapura


29 April 2010: Berita mengenai kegiatan arwah isteri saya disiarkan di muka depan Berita Harian Singapura


1 Mei 2010: Majlis Maulidur Rasul diadakan di bawah kolong blok 116, Bedok North Road, Singapore.


2 Mei 2010: Saya dimarahi oleh keluarga mertua kerana hendak membawa anak saya SUHAIB pulang ke Kuala Lumpur. Tetapi, saya bertegas untuk tetap membawanya pulang. Selepas dibuat perjanjian SUHAIB cuma akan dibawa pulang ke Kuala Lumpur hanya dalam tempoh satu minggu sahaja iaitu pada hari Sabtu berikutnya SUHAIB akan kembali dibawa ke Singapura. Alhamdulillah, saya dan SUHAIB selamat pulang ke Kuala Lumpur.


5 Mei 2010: Perjanjian dikhianati, SUHAIB baru berada 2 hari di Kuala Lumpur, keluarga mertua saya telah datang dan hendak membawa SUHAIB ke Singapura. Alasan yang diberikan adalah kerana ada orang masjid di Singapura hendak melihat SUHAIB. Saya bertegas sama sekali tidak membenarkan SUHAIB ke Singapura. Akan tetapi, saya dimarahi, dihina, dituduh dengan pelbagai tuduhan, difitnah dan dilemparkan dengan kata-kata kesat oleh bapa mertua sendiri. Akhirnya mereka berkeras membawa juga SUHAIB pergi ke Singapura dalam keadaan saya sebagai bapanya tidak langsung merelakan dan membenarkan sama sekali anak saya dibawa pergi ke Singapura sedangkan adik beradik saya, saudara mara, jiran-jiran dan kawan-kawan belum pun sempat untuk melihat anak saya.


6 mei 2010: Oleh kerana terlalu memikirkan dan risaukan anak saya SUHAIB, saya telah jatuh sakit selama lebih kurang satu minggu lebih.


19 Mei 2010: Saya menelefon keluarga mertua di Singapura menyatakan yang saya akan datang ke Singapura esoknya. Saya bertolak ke Singapura dengan menaiki keretapi.


20 Mei 2010: Apabila sampai di Singapura,saya terus ke rumah mertua saya. Saya dapati rumah dalam keadaan bertutup rapat, pintu berkunci dan tiada seorang pun di rumah. ‘Mangga’ pintu pun telah bertukar. Saya menelefon rumah dan handphone tapi tiada seorang pun yang menjawab. Saya menunggu lebih satu jam dan akhirnya abang ipar saya datang membawa kunci. Bila ditanya mengapa ‘mangga’ pintu ditukar, alasan yang diberikan kunci hilang. Niat di hati hendak bertemu anak saya SUHAIB di rumah mertua tapi tidak kesampaian. Anak saya dibawa pergi ke rumah abang ipar saya tanpa pengetahuan saya. Saya pergi ke Johor dan menetap di hotel di Johor dan pulang ke Kuala Lumpur keesokan harinya.


24 Mei 2010: Makcik saya yang tinggal bersama-sama saya telah kembali ke rahmatullah. Tiada seorang pun keluarga mertua yang datang menziarahi.


7 Jun 2010: Saya menelefon keluarga mertua di Singapura dan menyatakan yang saya akan datang ke Singapura untuk membawa balik anak saya SUHAIB ke Kuala Lumpur sempena cuti sekolah, tapi alasan yang diberikan oleh mak mertua saya ialah passport anak saya SUHAIB telah dibawa oleh datuknya ke Mekah kerana menunaikan umrah dan berada di sana dalam tempoh sebulan. (bapa mertua merupakan Pegawai Haji & Umrah Jalaluddin Travel & Services Pte. Ltd.). Oleh itu, saya tidak boleh untuk membawa anak saya pulang ke Kuala Lumpur. Akan tetapi, saya meminta agar mak mertua saya menghubungi bapa mertua agar dapat diposkan passport anak saya.


9 Jun 2010: Saya menelefon lagi mak mertua saya bertanyakan bagaimana dengan passport anak saya. Alasan yang diberikan, bapa mertua saya sibuk dan belum menghubunginya lagi. Saya memberi tempoh kepada keluarga mertua saya selama 7 hari untuk memastikan agar anak saya SUHAIB dapat dikembalikan kepada saya. Jika tidak saya terpaksa ambil sebarang tindakan.


16 Jun 2010: Tempoh yang diberikan telah pun berakhir dan nampaknya tiada sebarang maklumbalas dan keluarga mertua saya seolah-olah tidak berniat untuk mengembalikan anak saya SUHAIB.


17 Jun 2010: Hari ini merupakan hari jadi anak saya SUHAIB yang ke-2. Saya merasa amat sedih sekali kerana tidak dapat bersama-sama dengan anak saya. Setelah sekian lama berahsia, akhirnya saya terpaksa menceritakan perkara sebenar kepada semua kawan-kawan, institusi-institusi, agensi-agensi, masjid-masjid, pihak media dan tempat-tempat arwah ibu SUHAIB pernah berkhidmat. Saya memohon maaf kepada kawan-kawan yang selalu bertanyakan tentang anak saya SUHAIB, bukan saya tidak mahu membawanya berjumpa dengan kawan-kawan, tapi inilah masalah dan peristiwa yang sedang saya hadapi selepas kematian isteri tercinta. Sudahlah kehilangan isteri tersayang kini satu-satunya anak pula dilarikan dan dipisahkan dari saya.


Saya masih belum sampai tahap menggunakan undang-undang kerana jika sabit kesalahan, bagi mereka yang terlibat hukumannya amat berat. Akan tetapi, jika keadaan memaksa, saya terpaksa akan menggunakannya juga. Saya masih menghormati dan mengasihi keluarga mertua saya walaupun saya diperlakukan sebegini rupa. Tiada apa yang saya minta melainkan;


“Tolonglah pulangkan anak kecilku,

aku benar-benar amat merinduinya,

Sudah tiada airmata yang hendak dialirkan,

Siang malam tidak dapat lelapkan mata,

Setiap saat teringatkan keletah dan wajah comel

anak tersayang,

Riang ria dan gelak tangisnya,

Betapa rindu meruntun hati,

Anak kecil yang tidak mengerti apa-apa,

Sudahlah kehilangan ibu, dipisahkan pula ia dengan bapanya,

Sedangkan wasiat si ibu sebelum menutup mata,

Agar aku dapat menjaga SUHAIB anakku dengan sebaiknya.

Tetapi, kini hukum wasiat sudah tidak dipedulikan,

Ayat Al Quran ditolak tepi,

Hadis Nabi tidak lagi dijadikan panduan,

Yang ada hanyalah tuduhan, penghinaan, fitnah dan kata-kata kesat terhadap menantu sendiri,

Apakah salahku hingga diperlakukan sebegini,

Sampai bilakah persengketaan ini akan berakhir,

Tapi apakan daya insan lemah lagi dhaif ini hanya mampu menadah tangan,

Ya Allah, aku hambaMu yang teraniaya,

Dipisahkan aku dan anak yang masih kecil,

Tidak dapat digambarkan betapa dalamnya kerinduan hati ini,

Tetap sabar menanti agar dikembalikan anak kecilku,

Ya Allah, Ya Rahman,

Kau lembutkanlah hati-hati mereka,

Agar mereka kembali mengikuti ajaranMu,

Amin ya rabbal ‘alamin.

Kepada keluarga mertuaku,

Sekali lagi aku merayu;

Tolonglah pulangkan anak kecilku

MUHAMMAD SUHAIB BIN MOHD HISHAM”


Kepada sesiapa yang mengenali keluarga mertua saya, diminta sama-sama dapat menasihati mereka agar dikembalikan anak saya ke pangkuan saya.


MUSA BIN IBRAHIM

Pegawai Haji & Umrah

Jalaluddin Travel & Services Pte. Ltd.

Mutawif Bertauliah MUIS


WARTINAH BINTE WAHID

Ketua Jabatan Disiplin

Madrasah Al Maarif Al Islamiah


Daripada:

Bapa yang terus merayu, mengharap dan menanti;

MOHD HISHAM MOHAMAD

EMAIL: ibnurash_7@yahoo.com


Buat semua sahabat yang membaca blog ini...marilah kita sama2 mendoakan dan solat hajat untuk saudara seakidah, seperjuangan dalam medan dakwah ini agar dikembalikan semula anakanda yang telah dipisahkan daripada haknya...berat mata kita memandang,berat lagi bahu yang memikulnya...Semoga ketabahan membaluti, kekuatan diselimuti, kesabaran dan kebergantungan dihangati...Innallahama'ana...