Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Berdasarkan Akta Hakcipta 1987:
Dilarang untuk mencetak, mengulang siar, mengambil, mencuri, menciplak, dan sebagainya tanpa izin daripada penulis.Hak cipta blog adalah terpelihara (Kenyataan ini hanya untuk penulisan saya dalam subjek 'karyaku' kerana melibatkan penghantaran ke media cetak.Penulisan lain tiada akta halangan.Dialukan penyebaran)

Thursday, June 24, 2010

Istighfarlah 70 atau 100 Sehari


Imam Bukhari rahimahullah berkata di dalam Shahihnya, di kitab ad-Da’awaat:

Bab. Istighfar Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam sehari semalam.

Abul Yaman menuturkan kepada kami. Dia berkata: Syu’aib mengabarkan kepada kami dari az-Zuhr’i. Dia berkata: Abu Salamah bin Abdurrahman mengabarkan kepadaku. Dia berkata: Abu Hurairah -radhiyallahu’anhu- berkata: Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Demi Allah, sesungguhnya meminta ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya dalam sehari lebih dari tujuh puluh kali.” (Shahih Bukhari cet. Maktabah al-Iman, hal. 1288. Hadits no 6307)

Imam Muslim rahimahullah berkata di dalam Shahihnya, di kitab adz-Dzikr wa ad-Du’aa’ wa at-Taubah wa al-Istighfar:

Abu Bakr bin Abi Syaibah menuturkan kepada kami. Dia berkata: Ghundar menuturkan kepada kami dari Syu’bah dari Amr bin Murrah dari Abu Burdah, dia berkata: Aku mendengar al-Agharr dan dia adalah termasuk sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika dia menyampaikan hadits kepada Ibnu Umar. Ketika itu dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Wahai umat manusia, bertaubatlah kepada Allah. Kerana sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari kepada-Nya seratus kali.” (Shahih Muslim yang dicetak bersama syarahnya jilid 8, hal. 293. Hadits no 2702)

Itulah gambaran istigfar Nabi saw. agar di contohi oleh kita kaum Muslimin. Persoalan yang timbul mengapa pesuruh Allah yang maksum ini melakukan sedemikian sedangkan begitu banyak janji kemenangan dan syuga telah Allah kurniakan kepada baginda saw.. Bahkan bukan itu sahaja, jika dilihat dari sudut jihad baginda saw. dalam menegakkan hukum Allah, itu sebenarnya lebih jauh untuk membuktikan kesungguhan dan keikhlasan baginda saw..

An-Nawawi rahimahullah berkata setelah menjelaskan kandungan hadits ini, “Adapun kita -apabila dibandingkan dengan Nabi- maka sesungguhnya kita ini jauh lebih membutuhkan istighfar dan taubat -daripada beliau-…” (Syarh Muslim [8/293]).

Benarlah apa yang dikatakan oleh an-Nawawi, semoga Allah merahmati dan mengampuni kita dan beliau. Kurun baginda saw. adalah kurun yang terbaik yang telah membukan ruang kepada perkembangan Islam hingga ke hari ini. Kurun yang di penuhi dengan generasi yang hidup dengan Al-Quran dan segala lapangan. Tetapi mereka juga tidak lekang daripada senantiasa bertaubat kepada Allah swt..

Imam Bukhari rahimahullah meriwayatkan dengan sanadnya dari Ahmad bin Yunus dari Abu Syihab dari al-A’masy dari ‘Umarah bin ‘Umair dari al-Harits bin Suwaid dari Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu’anhu, beliau berkata, “Sesungguhnya seorang mukmin melihat dosa-dosanya seperti orang yang sedang duduk di bawah kaki bukit dan khawatir kalau-kalau bukit itu akan runtuh menimpanya. Adapun orang yang fajir/pendosa maka dia melihat dosa-dosanya seolah-olah seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya lalu dia usir dengan cara begini.” Abu Syihab berkata, “Maksudnya adalah dengan sekedar menggerakkan tangan di atas hidungnya.” … (lihat Shahih Bukhari, hal. 1288)

Marilah kita hidupkan Sunnah/ajaran yang telah banyak ditinggalkan manusia ini, ayyuhal ikhwah -wahai saudaraku- semoga Allah menggolongkan kita di antara hamba-hamba-Nya yang beruntung.

Wednesday, June 16, 2010

Pulangkan Anak Saya !




RAYUAN SEORANG BAPA

Tolonglah Pulangkan Anak Saya”


23 April 2010: USTAZAH MASRUROH MUSA yang juga merupakan isteri saya dan ibu kepada MUHAMMAD SUHAIB telah kembali ke rahmatullah.


27 April 2010: Berita kematian isteri saya disiarkan di Berita Harian Singapura


29 April 2010: Berita mengenai kegiatan arwah isteri saya disiarkan di muka depan Berita Harian Singapura


1 Mei 2010: Majlis Maulidur Rasul diadakan di bawah kolong blok 116, Bedok North Road, Singapore.


2 Mei 2010: Saya dimarahi oleh keluarga mertua kerana hendak membawa anak saya SUHAIB pulang ke Kuala Lumpur. Tetapi, saya bertegas untuk tetap membawanya pulang. Selepas dibuat perjanjian SUHAIB cuma akan dibawa pulang ke Kuala Lumpur hanya dalam tempoh satu minggu sahaja iaitu pada hari Sabtu berikutnya SUHAIB akan kembali dibawa ke Singapura. Alhamdulillah, saya dan SUHAIB selamat pulang ke Kuala Lumpur.


5 Mei 2010: Perjanjian dikhianati, SUHAIB baru berada 2 hari di Kuala Lumpur, keluarga mertua saya telah datang dan hendak membawa SUHAIB ke Singapura. Alasan yang diberikan adalah kerana ada orang masjid di Singapura hendak melihat SUHAIB. Saya bertegas sama sekali tidak membenarkan SUHAIB ke Singapura. Akan tetapi, saya dimarahi, dihina, dituduh dengan pelbagai tuduhan, difitnah dan dilemparkan dengan kata-kata kesat oleh bapa mertua sendiri. Akhirnya mereka berkeras membawa juga SUHAIB pergi ke Singapura dalam keadaan saya sebagai bapanya tidak langsung merelakan dan membenarkan sama sekali anak saya dibawa pergi ke Singapura sedangkan adik beradik saya, saudara mara, jiran-jiran dan kawan-kawan belum pun sempat untuk melihat anak saya.


6 mei 2010: Oleh kerana terlalu memikirkan dan risaukan anak saya SUHAIB, saya telah jatuh sakit selama lebih kurang satu minggu lebih.


19 Mei 2010: Saya menelefon keluarga mertua di Singapura menyatakan yang saya akan datang ke Singapura esoknya. Saya bertolak ke Singapura dengan menaiki keretapi.


20 Mei 2010: Apabila sampai di Singapura,saya terus ke rumah mertua saya. Saya dapati rumah dalam keadaan bertutup rapat, pintu berkunci dan tiada seorang pun di rumah. ‘Mangga’ pintu pun telah bertukar. Saya menelefon rumah dan handphone tapi tiada seorang pun yang menjawab. Saya menunggu lebih satu jam dan akhirnya abang ipar saya datang membawa kunci. Bila ditanya mengapa ‘mangga’ pintu ditukar, alasan yang diberikan kunci hilang. Niat di hati hendak bertemu anak saya SUHAIB di rumah mertua tapi tidak kesampaian. Anak saya dibawa pergi ke rumah abang ipar saya tanpa pengetahuan saya. Saya pergi ke Johor dan menetap di hotel di Johor dan pulang ke Kuala Lumpur keesokan harinya.


24 Mei 2010: Makcik saya yang tinggal bersama-sama saya telah kembali ke rahmatullah. Tiada seorang pun keluarga mertua yang datang menziarahi.


7 Jun 2010: Saya menelefon keluarga mertua di Singapura dan menyatakan yang saya akan datang ke Singapura untuk membawa balik anak saya SUHAIB ke Kuala Lumpur sempena cuti sekolah, tapi alasan yang diberikan oleh mak mertua saya ialah passport anak saya SUHAIB telah dibawa oleh datuknya ke Mekah kerana menunaikan umrah dan berada di sana dalam tempoh sebulan. (bapa mertua merupakan Pegawai Haji & Umrah Jalaluddin Travel & Services Pte. Ltd.). Oleh itu, saya tidak boleh untuk membawa anak saya pulang ke Kuala Lumpur. Akan tetapi, saya meminta agar mak mertua saya menghubungi bapa mertua agar dapat diposkan passport anak saya.


9 Jun 2010: Saya menelefon lagi mak mertua saya bertanyakan bagaimana dengan passport anak saya. Alasan yang diberikan, bapa mertua saya sibuk dan belum menghubunginya lagi. Saya memberi tempoh kepada keluarga mertua saya selama 7 hari untuk memastikan agar anak saya SUHAIB dapat dikembalikan kepada saya. Jika tidak saya terpaksa ambil sebarang tindakan.


16 Jun 2010: Tempoh yang diberikan telah pun berakhir dan nampaknya tiada sebarang maklumbalas dan keluarga mertua saya seolah-olah tidak berniat untuk mengembalikan anak saya SUHAIB.


17 Jun 2010: Hari ini merupakan hari jadi anak saya SUHAIB yang ke-2. Saya merasa amat sedih sekali kerana tidak dapat bersama-sama dengan anak saya. Setelah sekian lama berahsia, akhirnya saya terpaksa menceritakan perkara sebenar kepada semua kawan-kawan, institusi-institusi, agensi-agensi, masjid-masjid, pihak media dan tempat-tempat arwah ibu SUHAIB pernah berkhidmat. Saya memohon maaf kepada kawan-kawan yang selalu bertanyakan tentang anak saya SUHAIB, bukan saya tidak mahu membawanya berjumpa dengan kawan-kawan, tapi inilah masalah dan peristiwa yang sedang saya hadapi selepas kematian isteri tercinta. Sudahlah kehilangan isteri tersayang kini satu-satunya anak pula dilarikan dan dipisahkan dari saya.


Saya masih belum sampai tahap menggunakan undang-undang kerana jika sabit kesalahan, bagi mereka yang terlibat hukumannya amat berat. Akan tetapi, jika keadaan memaksa, saya terpaksa akan menggunakannya juga. Saya masih menghormati dan mengasihi keluarga mertua saya walaupun saya diperlakukan sebegini rupa. Tiada apa yang saya minta melainkan;


“Tolonglah pulangkan anak kecilku,

aku benar-benar amat merinduinya,

Sudah tiada airmata yang hendak dialirkan,

Siang malam tidak dapat lelapkan mata,

Setiap saat teringatkan keletah dan wajah comel

anak tersayang,

Riang ria dan gelak tangisnya,

Betapa rindu meruntun hati,

Anak kecil yang tidak mengerti apa-apa,

Sudahlah kehilangan ibu, dipisahkan pula ia dengan bapanya,

Sedangkan wasiat si ibu sebelum menutup mata,

Agar aku dapat menjaga SUHAIB anakku dengan sebaiknya.

Tetapi, kini hukum wasiat sudah tidak dipedulikan,

Ayat Al Quran ditolak tepi,

Hadis Nabi tidak lagi dijadikan panduan,

Yang ada hanyalah tuduhan, penghinaan, fitnah dan kata-kata kesat terhadap menantu sendiri,

Apakah salahku hingga diperlakukan sebegini,

Sampai bilakah persengketaan ini akan berakhir,

Tapi apakan daya insan lemah lagi dhaif ini hanya mampu menadah tangan,

Ya Allah, aku hambaMu yang teraniaya,

Dipisahkan aku dan anak yang masih kecil,

Tidak dapat digambarkan betapa dalamnya kerinduan hati ini,

Tetap sabar menanti agar dikembalikan anak kecilku,

Ya Allah, Ya Rahman,

Kau lembutkanlah hati-hati mereka,

Agar mereka kembali mengikuti ajaranMu,

Amin ya rabbal ‘alamin.

Kepada keluarga mertuaku,

Sekali lagi aku merayu;

Tolonglah pulangkan anak kecilku

MUHAMMAD SUHAIB BIN MOHD HISHAM”


Kepada sesiapa yang mengenali keluarga mertua saya, diminta sama-sama dapat menasihati mereka agar dikembalikan anak saya ke pangkuan saya.


MUSA BIN IBRAHIM

Pegawai Haji & Umrah

Jalaluddin Travel & Services Pte. Ltd.

Mutawif Bertauliah MUIS


WARTINAH BINTE WAHID

Ketua Jabatan Disiplin

Madrasah Al Maarif Al Islamiah


Daripada:

Bapa yang terus merayu, mengharap dan menanti;

MOHD HISHAM MOHAMAD

EMAIL: ibnurash_7@yahoo.com


Buat semua sahabat yang membaca blog ini...marilah kita sama2 mendoakan dan solat hajat untuk saudara seakidah, seperjuangan dalam medan dakwah ini agar dikembalikan semula anakanda yang telah dipisahkan daripada haknya...berat mata kita memandang,berat lagi bahu yang memikulnya...Semoga ketabahan membaluti, kekuatan diselimuti, kesabaran dan kebergantungan dihangati...Innallahama'ana...