Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Berdasarkan Akta Hakcipta 1987:
Dilarang untuk mencetak, mengulang siar, mengambil, mencuri, menciplak, dan sebagainya tanpa izin daripada penulis.Hak cipta blog adalah terpelihara (Kenyataan ini hanya untuk penulisan saya dalam subjek 'karyaku' kerana melibatkan penghantaran ke media cetak.Penulisan lain tiada akta halangan.Dialukan penyebaran)

Tuesday, December 29, 2009

Hak Seorang Muslim dan Sahabat

Hak seorang Muslim ke atas seorang Muslim ada lima:

1) menjawab ucapan salamnya,
2) melawatnya ketika sakit,
3) mengiring jenazahnya ke perkuburan,
4) memenuhi jemputan
5) mendoakan rahmat (Tasymit) apabila beliau bersin”
[Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Seringkali diperingatkan tentang hadith ini..Hidup kita tidak sunyi dengan keluarga,teman-teman sekeliling. Pabila tuntutan dunia telah menyibukkan kita, kadangkala terlupa hak-hak yang patut ditunaikan kepada sahabat, teman sekeliling..

'Ala kulli hal..saya ingin memohon maaf kepada sahabat2 yang banyak sangat tak tertunai hak yang sepatutnya terutamanya undangan jemputan dan menziarahi ketika sakit..Kadang2 tak tercapai dgn kudrat seorang diri.. Kadang-kala telah lama merancang untuk memenuhi, tiba waktunya banyak aral menghalang..Bila tidak merancang, jalan itu mudah..Kita merancang..tetapi sebaik2 perancang adalah Allah swt..wallahua'lam...

"Ya Allah jangan Kau sibukkan diriku dengan hal keduniaan semata, hal akhirat sendirian sehingga terabai segala hak2 sahabat, Muslim yang wajib ditunaikan.."


Mabruk buat sahabat yang telah selamat membina bait muslim (xsempat memenuhi) :

1) Alang@Fatihah dan Alhafiz
2) Maisarah dan Utz.Halim
3) K.Madihah dan Utz.Raqi
4) Raihana dan Utz.dzulkhairi
5) Tn.Fadhli dan K.rodhiah
6) Huda dan suami
7) K.Hariza dan suami
8) dan sahabat2 lain yang xtertulis di sini

Friday, December 25, 2009

Perempuan Berkalung Sorban- Pro & Cons-




Sudah lama diberitakan tentang filem ini, Alhamdulillah baru berkesempatan menontonnya sehingga selesai (dgn streaming 3G)..Dikhabarkan, cerita ini membawa kontroversi, banyak2 komen2 dpt dibaca di youtube..terutama part2 awal cerita..Apapun banyak pro dan kontranya..Mungkin tujuan penceritaan adalah baik, tetapi cara dan jalan penyampaian dlm babak2 cerita ini kurang sesuai,yang menimbulkan kontroversi

Analisis intipati filem
Kebebasan seorang perempuan
1) Anak Kiyai,membangunkan pesantren,mempunyai 2 orang abang
2) Gemar menunggang kuda, bercita2 tinggi dalam pelajaran dan penulisan
3) Segala hasrat dibantah oleh ayah kerana dia seorang perempuan
4) Dikahwinkan tanpa rela sbg syarat utk mendapatkan muhrim bagi membolehkan
menyambung pelajaran
5) Terperangkap dlm rumahtangga,suami merupakan pelajar pesantren dan anak kiyai bersikap kurang akhlak..terseksa kerana sering didera dan dipaksa secara kasar.
6) Segala konflik hidup berakhir setelah ayah meninggal dan diceraikan. Berkahwin dgn lelaki pilihan, bekas pelajar Al-Azhar
7) Dipinggirkan oleh abang dan pesantren
8) Sambung belajar dan aktif bidang penulisan.Mencari hakikat kebebasan.
9) Menyebarkan buku2 pemikiran dan ilmu di pesantren. Menjadi isu.Cukup hanya dgn kitab2 utk dibaca
10) Suami meninggal. Berdikari dan meneruskan perjuangan dlm bidang penulisan dan membuka pemikiran agak tertutup warga pesantren.Akhirnya diterima dengan perubahan yang dibawa

Erti kebebasan
Pada saya, kebebasan dan Hak wanita Islam telah ditetapkan dalam Islam. Wanita Islam tiada larangan untuk melanjutkan pelajaran, bekerja dan ada hak kebebasan untuk membuat pilihan dalam hidup. Tetapi dengan syarat, tidak melanggar apa yang telah DIHARAMKAN dalam Islam, telah menyalahi syarak dan syariat. Adab pergaulan berlainan jantina, aurat dan akhlak perlu dijaga. Pemikiran perlu seiring dengan akidah yang murni dan akal yang sihat.

Cerita ini cuba membawakan aliran konservatif yang masih wujud, tetapi mungkin agak berlebihan kerana ia akan membawa salah faham kepada orang islam yang masih terumbang-ambing dlm pegangan, muallaf dan org2 yang baru berjinak2 utk mengenali Islam. Salah faham ini akan menampakkan betapa sempitnya Islam, sedangkan Islam itu sendiri universal, waqiiyah, thabat wa murun serta syumuliyyah..Lebih2 lagi dengan timbulnya pelbagai isme2 seperti feminisme,liberal seperti sister in islam..Filem yang cuba membawa mesej Islam perlu lebih berhati2 penelitian dan perlu ada penerangan yang baik..

Hak Wanita Islam telah lengkap dalam Islam. Hak dalam pendidikan, hak sebagai isteri, hak memberi pandangan. Tetapi perlu ingat, Ketua dalam kepimpinan tertinggi adalah lelaki, menjadi imam memimpin umat Islam. Ada hikmah pensyariatan yang telah diturunkan. Selagi tugasan, kerja wanita Islam tidak melangkaui batasan syariat, pada saya itu bukan kesalahan. Hanya setiap manusia ada memiliki pandangan,pemikiran dan cara yang berbeza.Dan bagi saya agak kurang rasional, perempuan2 tidak dibenarkan membawa buku2 lain selain kitab2 nukilan ulama' dan alquran. Mungkin itu dibimbangi pengaruhi akhlak dan akidah. Pilihan buku perlu tepat, jangan sampai memesongkan akidah dan menjadi liberal. Menyamaratakan semua dalam Islam. Hak dan batil dicampur adukkan.

Bak kata seorang sahabat :

MANUSIA ADALAH APA YANG DIA BACA, DIA LIHAT DAN DIA LALUI.
Allah bagi manusia pilihan, ada kebaikan, ada keburukan dan Allah bagi manusia akal dan pemikiran agar merenung segala penciptaan..disitulah adanya pendidikan,ketauhidan juga ajaran dalam kehidupan.

Yang penting perbezaan diraih dan dihormati, persamaan diperkuatkan untuk Islam. Jaga adab, jaga akhlak. Dan perlu ingat jika mengaku sebagai daie, PENDAKWAH BUKAN PENGHUKUM juga sentiasa berbaik sangka sesama Muslim. Wallahualam.

Tuesday, December 22, 2009

Ingat Mati...Kau Takkan Sunyi...







Bila kau ingat mati, kau takkan terasa hidup ini sepi
Bila kau ingat mati, kau ingin beribadah tanpa henti
Bila kau ingat mati, kau akan merasakan segala dimiliki tiada erti
Bila kau ingat mati, kau takkan menyesali segala yang melanda diri
Bila kau ingat mati, kemewahan yang orang kejari tiada lagi
Bila kau ingat mati, kebahagiaan yang kau angankan pergi dengan sendiri
Bila kau ingat mati, kau akan rindukan untuk bertemu ILAHI
Bila kau ingat mati, kau rasa amat jauh untuk bertapak ke Jannah yang DIA janji
Bila kau ingat mati, kau hanya inginkan kebahagiaan di akhirat nanti
Bila kau ingat mati, kau sangat memerlukan belaian dan pelukan ILAHI
Bila kau ingat mati, kau amat mendambakan cinta ILAHI
Dan....Bila kau ingat mati, kau akan lebih bersedia untuk MATI.................

Tuesday, December 15, 2009

Tahun Baru,Muhasabah Yang Lalu


Bismillahirrahmanirrahim

2 hari lagi, sedar xsedar, umat islam akan melangkah lagi ke tahun baru, 1431H..Begitu cepat waktu berputar, pabila segala rintangan hidup dilalui dengan penuh kesabaran dan kesyukuran

Coretan 1430H

Ku bergelar seorang Guru@Teacher
Alhamdulillah telah setahun memegang amanah seorang pendidik..Pendidik ramai menganggap kerja mudah dan remeh. Ala cikgu...sama denganku dulu,memandang remeh. Bila berada dalam professionnya,baru ku sedar begitu berat. Tahun pertama, fasa awal menyerap segala tekanan di sekolah, fasa membiasakan diri. Tekanan yang tak pernah ku hadapi dalam hidup. Sama seperti semua sahabat2 ku yang bergelar guru. Pelajar SMK harian, bukan semudah disangka menghadapinya...Alhamdulillah walau perit, manisnya tetap ada. Mungkin masih belum mampu menjadi pendidik yang sebenar, hanya pengajar..Tahun baru..belajar selangkah demi selangkah lagi..InsyaAllah

Ku bergelar penulis
Alhamdulillah, berkat daripada sahabatku, aini azhari, saya dapat menghasilkan novel sulung bersama aini terbitan PTS litera. Tak pernah terbayang dalam hidup menjadi seorang penulis..Semua rezeki daripada Allah swt.

Ku bergelar Cikngah/Cik Mie
Nur Zinnirah Hannah, cucu sulung dalam keluarga..Pastinya menjadi rebutan semua. Gembiranya melayan kerenah anak kecil, tenang melihat wajah sucinya..Bak kata sahabat, anak kecil yang masih suci daripada dosa..Patutlah tenang dan damai bila melihat baby..

Ku berada di realiti sebenar perjuangan
Perancangan Allah itu hebat..saya kecewa bila dicampakkan bertugas di hulu selangor,kuala langat..Tak pernah terbayang kawasannya. Tapi ku temui permata di sini dan ku bahagia di sini. Kawasan di bawah panji Islam, segala aktiviti dianjurkan dipermudahkan. Darul mujahidin yang terlatih tarbiyahnya. Sahabat2 seperjuangan,kakak2 muslimat dan pemuda yang banyak membantu. Alhamdulillah ruang perjuanganku dimudahkan..Moga Allah istiqomahkan..

Selesai pengajian Talaqqi Quran USIM
Alhamdulillah,diberi ruang penuhi impian dalam kesibukan.Tenang dan damai bila menuntut ilmu Quran,perbetulkan dan pertingkatkan pembacaan Quran,menimba ilmu kaedah pembacaan quran yang lain..Seronok bersama kakak2 sekuliah..walau tiada teman bersama

Lalui ujian cinta manusia
Sesiapa sahaja akan melaluinya..Apa yang paling berat dirasakan,nikmat yang tidak henti2 selepas ujian itu..tandanya Allah tidak menyia-nyiakan hambaNya..Pelbagai jenis yang hadir,tak terjangkau di minda ketika di alam pelajar/kampus.. Alhamdulillah Allah mudahkan jalan membuat keputusan setiap yang datang..Terus doa dan tawakkal apa yang telah tersedia ditetapkan Yang Esa. Bahagia mendaki cintaNya walau bukan mudah..

Kematian,motivasi sebuah kehidupan

Alfatihah buat allahyarhamah,nenek tercinta Zainab Abdullah,Kak Ika (mantan Tim.Laj.Siasah Pmium,calon MPMUM,jundi anak johor) dan Syazwani Manang (Kawan SMKDG)..Semoga ditempatkan di golongan hamba2 beriman..Kematian menyedarkan kita agar kurangkan angan2..terlalu berangan,kejar kebahagiaan, tak terfikir, entah bila diri akan pergi menemui Ilahi...Ya Allah matikanlah aku dalam iman...

Melangkah 1431 H

InsyaAllah dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki..usia akan meningkat ke 25 tahun...tak terasa diri semakin tua..hehe...meneruskan kehidupan yang mungkin sedikit berbeza pada tahun depan,pembahagian masa dan komitmen kena lebih sistematik...Master di UKM selama 2 tahun dan meneruskan projek ke dua novel bersama aini..kerja tetap kerja, perjuangan tetap diteruskan..insyaAllah...Rezeki yang telah limpahkan...Hargai dengan penuh kesyukuran...Apa yang kita dapat, ada orang lain yang tidak dapat..Apa yang kita tidak dapat, Allah pasti akan berikan yang lebih baik..mungkin lambat atau ganti...Allah Maha Adil...

Hidup perlu berdikari
Seperti doa yang kita amalkan setiap hari : Ya Allah kurniakanlah kami lisan yang lembut basah dan menyebut NamaMu,hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu,serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu.Ya Allah kurniakanlah kami iman yang sempurna,hati yang khusyu',ilmu yang berguna,keyakinan yang benar-benar mantap.Kami mohon Ya Allah kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain.Jangan Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri,walaupun sekadar sekelip mata, Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan pinta(perkenankanlah)...

Semoga tahun baru 1431H lebih bermanfaat dan lebih dekat ketaqwaan kepada Allah. Semoga hasil tarbiyyah Ramadhan yang lalu masih tersisa buat bekalan yang akan datang.InsyaAllah selagi nyawa dipinjamkan.Mati itu pasti,hidup ini InsyaAllah.

Thursday, November 26, 2009

my dearie Zinnirah Hannah

Sunday, November 08, 2009

::Mencari Pertengahan Dasar Keilmuan::

Akhir2 ini, kecoh isu Dr.Asri ditangkap oleh JAIS atas tuduhan berceramah tanpa tauliah di sebuah rumah.Saya agak terkejut bila melihat siaran berita itu.Isu ini terus berlarutan dengan tuduhan Dr.Asri memalsukan sijil BA beliau di Jordan.Diasak pula dengan memorandum dari PPSM(Persatuan Peguam Syarie Malaysia) juga JAKIM membantah pelantikan Dr.Asri di YADIM . Saya agak terpempan.Benar saya kurang mengenali siapa Dr.Asri.Saya kurang mendengar ceramah2 beliau.Siaran Bahtera Penyelamat di astro oasis yang saya sekali-sekala ikuti,saya akui ketinggian ilmu dan kupasan beliau yg cukup ilmiah bagi sesuatu topik,sesuai dengan statusnya kini.Tapi tidak kurang juga,seingat di awal saya mengenal erti perjuangan ini,saya sering didengarkan dengan isu Asrisme,Dr.Asri wahabbi dan sebagainya di mana ketika itu beliau banyak membawa isu2 bidaah.Apabila kontroversi Dr.Asri kembali timbul,saya tidak tahu mana kebenarannya.Ada di kalangan sahabat cukup mengagumi Dr.Asri,ada di kalangan sahabat cukup anti Dr.Asri.Saya cuba berada di pertengahan kerana saya belum temui sebarang jawapan yang saya kira saya lebih cenderung pandangan yang wasatiah dan pertengahan.

Ada dua blog saya baca yang setakat ini menenangkan sedikit minda saya,dua individu yang dikira kenal baik dengan Dr.Asri(bukan bermaksud saya taasub,menerima 100%..tapi mencari kebenaran dgn pertengahan)

SaifulIslam.com(Justifikasi Teman)

Di Bumi Syam, saya bukanlah insan yang paling rapat dengan Ustaz Asri. Sesuai dengan jarak universiti pengajian saya yang ratusan batu di seberang lembah kering membelah sahara, pertemuan kami yang terbaiknya hanya sekali seminggu. Teman-teman lain yang ‘bertuah’ dikurniakan peluang mengaji di Amman, lebih berkongsi talam hidangan dan tikar bualan bersama Ustaz Asri.

Namun entah di mana titiknya, antara saya dan beliau ada sesuatu yang lebih daripada kenalan.
Teringat saya ketika pulang bercuti ke Malaysia pada suatu ketika, saya berkunjung ke Taman Melewar sebagai pemerhati Muktamar. Seorang super senior menyampuk saya, “hah, Hasrizal, anta orang Asri kan? Dengar khabar dia sekarang ini sudah masuk UMNO. Apa cerita?”
Muka saya merah padam.

Tetapi sentuhan Bumi Syam sudah banyak meredakan baran saya yang banyak mengundang susah. Saya menggigit lidah dan membalas ringkas, “kalau mahu tahu tentang Ustaz Asri, tanyalah yang empunya diri. Ana tidak tahu menahu!”

Ilmiah dalam menadah kitab, ilmiah semasa hadir ke kuliah, ilmiah semasa berbahaskan khilaf, ilmiah juga dalam soal dakwah dan berjamaah. Uniknya ialah, Ustaz Asri tidaklah bersendirian berpegangan demikian. Malah ia adalah pegangan sesiapa sahaja di Jordan yang serius dengan pengajian. Tidak keterlaluan jika saya katakan, ketika kami di tahun satu pengajian, kami sentiasa mengagumi para senior yang kemas ilmu pengetahuannya.

Tetapi Ustaz Asri adalah Ustaz Asri. Sesuatu yang tidak pernah berubah bermula daripada hari pertama saya mengenalinya. Dua sifatnya yang paling menonjol ialah beliau sentiasa berpendapat berlapikkan hujah, dan sifat peribadinya, pantang dicabar.
Adakalanya kami jadi letih dengan asakan-asakan yang ditujukan kepadanya kerana sebahagiannya lebih bersifat ’sengaja mencari penyakit’.

Selepas masa berlalu, banyak yang terjadi.
Selepas pulang ke Malaysia tamat mastautin di bumi Ireland, saya ada dikunjungi oleh Ustaz Asri yang datang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri Seminar Usul Fiqh yang diadakan di Bangi. Beliau hadir bersama Ustaz Arief Salleh iaitu teman serumah saya semasa kami mengaji di Jordan dahulu.
Ustaz Arief sudah menjadi Pensyarah di UTM Skudai..
Manakala Ustaz Asri baru selesai menamatkan pengajian peringkat PhD beliau di UIAM dan berkhidmat sebagai pensyarah di USM Pulau Pinang.
Kami berbual tentang perkembangan semasa. Turut terselit adalah isu tentang kepimpinan PAS yang dilihat lemah pasca kekalahan teruk di dalam Pilihanraya Umum ke-11 tidak lama sebelumnya. Saya menegaskan bahawa PAS itu ada hampir sejuta ahli dan jika kita nampak kelemahan mereka, kita mesti menjadi sebahagian penyelesaiannya.
“Takpa la. Ana doakan anta!” kata Ustaz Asri dengan nada berseloroh.
“Takkan doa aje. Buatlah apa yang patut!” saya menambah.
Kami tidak bersembang berat kerana ia lebih kepada pertemuan untuk menjalin kembali silaturahmi yang terputus selepas lama mastautin saya di Eropah

TehraniFaisal.Blogspot.com(Lintasan Hati)

Saya manusia biasa. Jadi ada lintasan hati.Saya masih ingat pada hari seorang penulis muda bernama Khairun Nasriah memberitahu saya yang Mufti Perlis (sekarang bekas), Dr Mohd Asri Zainal Abidin 'menuduh' saya syiah. Bingung sekejap saya. Kerana serta merta nostalgia saya di Kolej Islam Kelang (sekarang KISAS) kembali. Beliau antara naqib yang saya kagumi. Malah saya pernah mengekornya ke Taman Melewar untuk berusrah secara rahsia dengan Ustaz Yahya Othman, Ustaz Yaacob Hussain dan ramai lagi. Dalam hati saya memikir, masakan ustaz Asri serkap jarang seperti ini. Apatah lagi keluarga isterinya mengenal ibu bapa saya selaku aktivis sebuah parti di Melaka.

Akan tetapi bila saya dihubungi oleh 'seorang syed' menerusi telefon yang mengesahkan khabar yang dibawa oleh Khairun Nasriah tersebut, hati saya serta merta berasa kecewa. Syed tersebut memberitahu yang beliau ingin menyaman ustaz Asri kerana ustaz tersebut dikatakan 'menghina' keturunan para syed dan syarifah di negara ini. Saya hanya mendengar. Kemudian, syed yang saya tidak pernah temui itu mengutus emel, berserta klip video, rakaman ceramah Dr Asri menuduh saya syiah di sebuah masjid dalam satu kuliah maghrib di Perlis.

Saya masih menyimpan klip video tersebut sampai sekarang.Vonnis in absentia. Saya dihukum tanpa dapat membela diri. Dan serta merta tuduhan itu merebak menjadi dakwaan yang diyakini benar ramai orang. Termasuklah ramai teman-teman di Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya bahkan diberitahu yang tuduhan itu bukan sekali, tetapi dibuat berkali-kali di banyak tempat. Bukti-bukti lain dibawa oleh orang. Saya malah dihubungi sekian peguam yang berasa bakal dapat membuat untung besar jika saya memilih untuk menyamannya.

Tidak pernah dalam sejarah kesusasteraan tanahair seorang mufti menuduh karya seorang sasterawan sebagai 'sesat'. Saya merasa itu semua. Jika saudara tidak merasa ia tidak serius tidak apa. Tetapi saya sempat merasa hidup dipandang serong oleh orang kerana yang "menfatwakan saya sesat" bukan calang-calang orang. Ada karya saya yang menang hadiah ditarik balik kerana tuduhan ini. Dan saya seorang diri. Tiada Pena. Tiada Gapena. Tiada Kelab MPR. Tiada kawan-kawan di DBP, termasuk yang mengaku kawan sampai mati di Bahagian Majalah. Tiada. Nihil.

Hari ini, ketika saya bangun pagi, setelah pulang dari bercuti melangsungkan perkahwinan; saya membaca berita-berita Dr Asri mempertahankan dirinya bukan wahabi, isu perlantikannya di YADIM, dan paling menggemparkan berita penahanan beliau oleh pegawai JAIS.

Entah mengapa saya terkenang semula lintasan hati saya lama dulu. Dan saya membuka semula klip video tersebut. Menontonnya beberapa kali. Dan lintasan hati saya yang pernah disertai selawat itu dahulu kembali muncul terjelma dalam benak dan jiwa saya.Saya tidak mahu mengatakan saya gembira terhadap apa yang menimpa Dr Asri. Beliau pernah menjadi naqib usrah saya di KISAS. Banyak ilmu yang saya perolehi daripada beliau. Tetapi ketidakadilan vonnis in absentia yang menimpa saya kini menjadi kitaran buat beliau.

Saya ingin menegaskan, saya membantah sebarang usaha mengharamkan satu-satu aliran yang tidak terkeluar dari al-Quran dan sunnah. Baik ia wahabi, salafi, syiah ataupun tarekat yang benar. Setiap aliran tersebut adalah gagasan. Ia adalah teori. Setiap sekolah pemikiran tidak boleh diharamkan dan dihalang sedemikian rupa. Ia hanya boleh dilawan dan dibantah dengan teori dan gagasan lain pula. Ia mesti diperdebatkan secara akademia. Jika ia (aliran tersebut) ditakdirkan 'kalah' maka ia akan mati dan luput begitu sahaja seperti yang telah menimpa sekolah pemikiran Muktazilah, Jabariyyah, Qadiriyyah dan Ibadi. Jadi, saya ingin mengatakan saya tidak seronok dengan apa yang menimpa Dr Asri hari ini. Ia adalah petanda buruk untuk perbahasan ilmu yang sihat.

Sedikit rujukan yang saya bawakan,saya yakin pasti banyak lagi pandangan2 lain yang boleh dijadikan rujukan,pandangan dari yang lebih berautoriti,dipercayai,tinggi ilmunya dan hebat amalannya.Tidak kurang juga saya menjelajah ke site2 yang lebih keras menentang Dr.Asri,namun saya mengambilnya sebagai kutipan ilmu dan pandangan bukan pegangan.Sama seperti ke dua2 site yang saya bawakan di atas.Wallahualam.

Firman Allah swt dalam Alhujurat:6
'Wahai orang2 yang beriman!Jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa suatu berita,maka telitilah kebenarannya,agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan(kecerobohan),yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu'

Langkah Tercipta



Langkah Tercipta
Album : Langkah Tercipta
Munsyid : UNIC
http://liriknasyid.com


Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan.

Mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

ALLAH..
inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,

Haruskah aku mengalah,
namun hati kuberbisik,
inilah dugaan.

Dan mataku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),

Tak dilontarkannya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

ALLAH..
pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku.

Kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
PadaMU ku meminta.

Daku mohon agung kudratMU,
Wahai Tuhan yang Satu,
Segalanya dariMU.

Friday, November 06, 2009

::Novel Ubaidah (part 4)

Mimpi Ubaidah
“Kita dalam bahaya!! Puak Cassemen telah membunuh ramai saintis-saintis kita!! Apa yang perlu kita lakukan, abang??” Prof. Farwah cemas. Bunyi tembakan-tembakan peluru berpandu menakutkan Prof. Farwah yang sedang mengendong bayi kecil berusia 3 bulan. Wajah tulus anak kecil dipandang dengan sayu, bimbang akan nasib anak yang baru sahaja melihat dunia.

“Jangan panik, Farwah. Kita adalah pusat terakhir mereka akan serang. Sorokkan Ubaidah ke tempat yang selamat dan tinggalkan notis di sisinya. Jangan lupa, letakkan sekali hasil kajian dan manual rekacipta i-Dcom kita. Mereka mahukan ciptaan kita ini,” Professor Zanqi bertindak tenang, tangannya menekan punat papan kekunci komputer. Mesej pesanan terakhir di hantar kepada saudaranya di lain kota.

“Tapi, bagaimana dengan Ubaidah jika mereka memusnahkan rumah dan pusat kajian kita?”
“Mereka tidak akan musnahkan tempat ini.Pusat kajian dan hasil kajian kita adalah buruan mereka. Mereka tidak akan bertindak bodoh dengan memusnahkannya. Cepat, Farwah! Walau apa-apapun, hanya tinggal kita berdua. Pergi ke pusat kawalan, lihat pergerakan musuh.Abang akan berhadapan dengan mereka,” Prof. Zanqi bersiap sedia.

“Pang!!!” tempat mereka telah diceroboh. Belum sempat Prof. Zanqi bertindak, tembakan bertubi-tubi mengena tepat ke tubuhnya. Prof. Zanqi tersungkur rebah dengan banjiran darah pekat membasahi lantai.

Prof. Farwah di pusat kawalan berpeluh-peluh. i-Dcom yang digunakan memancarkan segala kejadian yang berlaku di kota mereka. Signal kehadiran musuh semakin menghampiri menyala-nyala di i-Dcom. Lantas Prof. Farwah mencapai senjata, bersedia. i-Dcom digenggaman ditutup. Debaran di hati bertambah kuat.

“Zuuuuuuuupppp!!!” tiba-tiba sebutir peluru menembusi kepala Prof. Farwah. Pandangannya gelap.

‘Musnahkan i-Dcom. Jangan biarkan mereka memilikinya!’ pesanan suaminya terngiang-ngiang. Picu senjata ditekan dalam keadaan lemah berkali-kali, memusnahkan i-Dcom di hadapan mata tentera Cassemen. Dia terkulai, menghembuskan nafas terakhir.
................................................................................................................................................

”Abi!!!,” peluh membasahi rambut dan ruang muka Ubaidah. Tragedi pembunuhan itu menganggu tidur Ubaidah. ’Siapakah mereka itu?’. ’Kenapa mereka dibunuh?’
Sudah 3 kali mimpi buruk itu menganggu Ubaidah. Sejak dia berusia 5 tahun. Kali ini, tragedi itu nampak lebih jelas. Dan dia boleh melihat seorang bayi diselamatkan, ditempatkan di ruangan khas.

Apabila kita melihat dunia Islam hari ini, kita akan dapat melihat dengan jelas usaha menghancurkan, menindas dan menghapuskan umat Islam di Bosnia, Algeria, Tunisia, Eritrea, Mesir, Afghanistan, Turkistan Timur, Chechnya, Thailand, Filipina, Myanmar dan juga Sudan. Jika dilihat secara sepintas lalu, umat Islam di kawasan-kawasan yang berbeza itu sedang berhadapan dengan musuh-musuh yang ber­lainan. Orang-orang Serbia di Bosnia, pejuang Hindu di Kashmir, orang-orang Rusia di Caucasus, dan rejim-rejim penindas yang menentang umat Islam di negara-negara seperti Algeria, Mesir, dan Maghribi. Namun, kuasa-kuasa anti-Islam ini, yang kelihatan tiada perkaitan dengan yang lain, kesemuanya bertindak dengan logik yang sama, strategi yang serupa, dan menggunakan modus operandi yang sama. Faktor asasnya ialah mereka semua anti agama.”

”Kuasa-kuasa yang menafikan kewujudan Allah itu dan melihat agama-agama ketuhanan - terutamanya Islam, satu-satunya agama yang korup - sebagai musuh paling berbahaya kepada sistem sekular mereka dan seterusnya mengisytiharkan perang keganasan terhadap agama dan mereka yang beriman, sebenarnya mewakili ideologi-ideologi ateis. Inilah sebabnya mengapa musuh sebenar Islam bukannya orang-orang Serbia, Hindu ataupun pelbagai rejim-rejim penindas yang lain, tetapi adalah pegangan tidak beragama yang menyelubungi dunia ini. Dasar peperangan menentang Islam tersebut berakar-umbi daripada ateisme dan telah bermula sejak sekian lama.”
>>bersambung<<

::Novel Ubaidah (part 3)

Syautath si psikik, Ubaidah si pemikir
”Syautath, kau tengok ini. Gelombang membujur menyebabkan getaran zarah-zarah medium selari dengan arah gerakan gelombang,” jari telunjuk Ubaidah fokuskan kepada gambarajah gelombang dalam eksiklopedia.

Dahi Syautath berkerut.” Apa yang kau melalut ini, Ubaidah?”
”Aku bukan mengarutlah. Inilah disebalik kehidupan kau sebagai hafiz, kau tahu?”
” Aku tidak tahulah. Lagipun cikgu Safiyyae belum ajar lagi. Jomlah balik. Nanti umi aku marah balik lambat,” Syautath beristighfar dengan nguapannya.
” Teruklah kau ni, Syauth. Siang-siang macam ini pun mengantuk.”
” Aku lapar sebenarnya. Kau cerita pada aku lain kali ye,” Syautath tersengih menampakkan kaviti.
” Owh, kau tidak puasa ya hari ini. Okaylah, jom balik.”
” Syhh, jangan bising. Nanti walid marah. Aku gastrik pagi tadi,” pesan Syautath yang nakal. Teman sepermainan Ubaidah. Dua anak itu berjalan pulang ke rumah daripada perpustakaan sekolah.

” Ubaidah, kau ini sejak kita kawan, selalu cakap benda pelik-peliklah. Susah aku hendak faham,” Syautath mengomel, mendakap mushaf di dadanya.
” Apa kata kau sambung cerita kau tadi. Tidaklah kita buang masa sambil jalan macam ini,” sambung Syautath lagi.
” Bukan peliklah, Syauth. Itu kan ilmu. Baiklah, aku sambung ya. Gelombang itu ada kaitan dengan alquran yang kita baca, hafal tahu. Itu penjelasan yang disebut secara saintifik,” Ubaidah pintar, banyak membaca bacaan melangkaui usianya.
” Saintifik?” Syautath menggaru kepalanya. Kopiahnya senget.
” Gelombang melintang pula gelombang yang menyebabkan zarah-zarah medium bergetar berserenjang dengan arah gerakan gelombang. Pengkaji fizik mengatakan setiap jisim itu ada gelombangnya yang tersendiri, iaitu zarah dan getarannya tersendiri. Ha, begitulah dengan bacaan Al-quran. Kita kan diajar tajwid, tarannum, ada getarannya. Membaca Al-Qur'an bertasbih dan berzikir, dan dalam pembacaan itu berlaku keseimbangan yang harmoni antara gelombang dari pembacaan itu dengan gelombang yang ada pada sel-sel lain yang ada didalam badan kita, termasuklah gelombang otak dan gelombang dari denyutan jantung.”
“Otak kiri ialah otak menganalisa dan melakukan sesuatu kerja mengikut aturan. Apabila kita membaca Al Qur'an, secara sendirinya kita akan berhati-hati dengan tajwid, sebutan serta tempat berhenti. Bagi mereka yang ingin bertaranum dan memasuki musabaqah, lebih lagilah menganalisa, lebih teratur susunan bacaan dan lagunya serta mengatur pernafasan. Dengan ini secara secara tidak sedar, kita telah mengaktifkan otak kiri. Sebaliknya mereka yang menghafal ayat-ayat al-Qur'an dengan kaedah membayangkan bentuk huruf, bermakna otak kanan pula lebih terangsang. Inilah disebut hafazan.”
”Wah, hebatnya!! Lebih hebat daripada bermainkan, Ubaidah,” Syautath kagum.
”Betul! Aku tambah sedikit lagi, hasil kajian saintis, orang yang sentiasa merangsang otaknya terutama otak kiri, boleh mencegah dari mendapat penyakit nyanyuk ( dimentia) atau berfikiran celaru ketika mudanya. Kelajuan gelombang ialah hasil darab frekuensi dan panjang gelombang, iaitu kekerapan pengulangan dalam bacaan dan panjangnya bacaan seperti dalam nilai harakat dan kawalan pernafasan. Semakin laju gelombang bacaan, semakin sihatlah otak dan jantung kita. Apa macam? Boleh terima tidak cerita aku, Syauth?” Ubaidah menjungkit keningnya. Puas dapat bercerita.
” Boleh, boleh sangat. Tidak sangka aku, sains ini hebat. Ada kaitan dengan diri kita,” Syautath mengalihkan paku tajam menghalang laluannya.
” Yelah, sainskan dari Islam. Mestilah hebat. Ilmu Allah untuk kehidupan manusia,” Ubaidah menyapu debu-debu di kopiahnya.
” Owh, aku ingatkan ciptaan barat. Yelah, barat kan maju dalam sains ini. Kalau sejarah ciptaan pun, nama-nama tokoh barat yang popular. Lepas ini aku hendak belajar sungguh-sungguhlah sains dengan Cikgu Safiyyae.”
” Bohongan semua itu, Syauth. Ha, kau tahu, inilah peranan kita sebagai muslim. Betul kan? Lebih-lebih huffaz macam kau ini,” senyum Ubaidah.
” Betul. Walid selalu pesan. Ubaidah, kau ini boleh jadi saintislah. Bukankah kau ini sebenarnya anak saintis yang hebat?” Tiba-tiba Ubaidah tunduk dan membisu. ‘Anak saintis?’ Dia tidak pasti. Abi Aqid tidak pernah bercerita sepenuhnya kepada dia.
” Err, Ubaidah! Maafkan aku kalau tersilap cakap,” Syautath sendiri kurang pasti. Dia sekadar terdengar perbualan walid dengan Abi Aqid.
Kedua anak muda berusia 9 tahun itu saling membisu sehingga tiba untuk berpecah, pulang ke rumah masing-masing. Dua sekawan yang hidupnya dipenuhi dengan ilmu dan tarbiah Islam. Pemikiran sudah menuju kematangan di awal kanak-kanak. Waktu main dijaga dengan penuh disiplin. Begitu juga dengan jadual hafazan mereka. Syautath, anak Imam Abbas Zuhair kenalan rapat Sheikh Waqid. Syautath mempunyai kelebihan kuasa telepati, boleh mengawal kawalan otak manusia secara psikik. Anak yang riang,nakal dan lebih suka bertindak daripada banyak berfikir. Berbeza dengan Ubaidah, suka membaca, berfikir dan merenung alam semulajadi serta setiap tingkahnya ada hujjah.