Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Berdasarkan Akta Hakcipta 1987:
Dilarang untuk mencetak, mengulang siar, mengambil, mencuri, menciplak, dan sebagainya tanpa izin daripada penulis.Hak cipta blog adalah terpelihara (Kenyataan ini hanya untuk penulisan saya dalam subjek 'karyaku' kerana melibatkan penghantaran ke media cetak.Penulisan lain tiada akta halangan.Dialukan penyebaran)

Thursday, March 19, 2009

:: Wahai Manusia! Siapakah Kamu? ::


Oleh Asy-Syahid al-Imam Hasan al-Banna

Firman Allah SWT:
"Hai manusia! apakah yang telah memperdayakankamu (dengan berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yangtelah menciptakan kamu dan menyempurnakan kejadiaan kamu dan menjadikan(susunan tubuh) kamu seimbang dalam bentuk apa sahaja yang dikehendaki.Dialah yang menyusun tubuhmu.”- Surah al-Infithar: ayat 6-8.
(Terhadap pertanyaan, “Wahai manusia! Siapakahkamu?”)

1. Adapun orang-orang yang beriman mengatakan:
Kamu ialah satu penciptaan Allah SWT dan satutiupan suci dari sisi Allah SWT. Allah SWT menjadikan kamu dengan kekuasaan-Nya.Ditiup-Nya ke dalam diri kamu dengan ruh dari sisi-Nya. Dimuliakan kamudaripada seluruh makhluk-Nya yang lain. Seluruh malaikat telah sujud kepadamu.Allah SWT telah mengajar kepadamu segala sesuatu. Diletakkan di bahu kamuamanah, lantas kamu memikulnya. Dilimpahkan ke atas kamu nikmat-nikmatdari sisi-Nya baik yang zahir mahu pun batin. Dijadikan untuk kamu seluruhisi langit dan bumi. Dimuliakan kamu dengan setinggi-tinggi kemuliaan.Diciptakan kamu dengan sebaik-baik penciptaan. Dipersiapkan kamu dengansesempurna persiapan. Diberikan kepadamu pendengaran, penglihatan dan hati.Dijelaskan kepadamu dengan dua jalan (yang buruk dan yang baik) dan ditunjukkankepada kamu dua persimpangan. Dipermudahkan kepada kamu dalam membuat pilihanterhadap jalan-jalan itu. Dengan izin-Nya dan penciptaan-Nya, kamu dapatterapung di air dan terbang di udara bahkan dapat memecahkan atom-atom.Dengan fikiran dan kemampuan kamu, kamu dapat melampaui lapisan-lapisanawan dan langit (serta bumi).

Lantaran itu adakah lagi pencitaan dan kejadianyang lebih mulia, lebih suci dan lebih agung daripada penciptaan Rabbaniini?
Seterusnya hidup kamu yang singkat di dunia tidakakan terhenti setakat ini sahaja. Kamu akan dihidup dan dibangkitkan kembali.Kamu akan dihimpunkan semula. Kamu akan menempuh hidup baru dengan penuhkemuliaan di dalam satu negeri yang penuh dengan kenikmatan dan kebaikan,dengan syarat kamu mengerti rahsia kamu dijadikan dan seterusnya kamu beramaldengan penuh keikhlasan semata-mata kerana Allah SWT, al-Ma’bud, al-Khaliq.

Firman Allah SWT:
“Tidak Aku jadikan jin dan manusia malainkanuntuk pengabdian kepada-Ku. Aku tidak mengkehendaki rezki sedikitpun daripadamereka dan Aku tidak mengkehendaki supaya mereka memberi Aku makan.”- Surah az-Zariyat: ayat 56-57.
Kematian yang kamu bimbang dan takuti itu tidaklain melainkan hanyalah satu perpindahan dari hidup di dunia kepada kehidupanyang satu lagi.

Firman Allah SWT:
“Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkansenda gurau dan mainan belaka. Dan sesungguhnya akhirat itulah sebenarnya kehidupan, jika mereka mengetahui.”- Surah al-Ankabut: ayat 64.

Jasad kamu tidak lain adalah seolah-olah satusangkar dan jiwa kamu terkurung di dalamnya. Seolah-olah ia adalah satupakaian terhadap jiwa kamu sehingga sampai kepada satu ketika di mana kamumenemui kematian. Semoga Allah S.W.T. merahmati orang-orang ‘Arif yangberkata:
Akulah burung dan inilah sangkarku (jasadku),Bila ku terbang darinya, tinggallah ia terkatung-katung,Pakaian adalah masa,Kini ku merindui pulang,Dapat ku bertemu Allah dengan sebenarnya,Jangan kau kira maut itu adalah kesudahan,Bahkan hanyalah dari sini (dunia) ke sana(akhirat).

2. Sebaliknya, orang-orang Meterialis dan suka membantah akan mengatakan:
Kamu wahai manusia, hanyalah satu genggaman tanah,berasal daripada setitis mani yang terperangkap di dalam rahim. Denganmasa, lama kelamaan kamu akan luput dan fana. Tiada apa-apa lagi selepasitu. Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang yang telah hancurluluh. Demikian juga kata-kata orang yang terdahulu daripada mereka.

Firman Allah SWT:
“Dan mereka berkata: Kehidupan ini tidak lainhanyalah kehidupan di dunia sahaja, kita mati dan kita hidup dan tiadayang dapat membinasakan kita melainkan masa.”- Surah al-Jaathiyah: ayat24.

Orang-orang yang terkemudian daripada mereka berkata,“Diri kamu hanyalah adunan unsur-unsur bumi dan kehidupan kamu adalah peredaransistem-sistem fisiologi semata-mata. Segala sentimen, perasaan dan kewujudan,fikiran dan kudrat, keazaman dan kemahuan hanyalah kesan daripada adunanunsur-unsur bumi dan natijah daripada percampuran tanah dan air. Kehidupanhanyalah pusingan hari-hari tertentu yang dapat kamu mengambil kesempatanuntuk kamu berseronok-seronok dan berfoya-foya. Sesungguhnya dunia iniuntuk makan, minum dan tidur. Bila ini semua luput, maka selamat tinggallah dunia.

Wahai saudara, perhatikanlah:
Wahai saudara, itulah permasalahan hidup sebenarnya,jika kamu perhatikan betul-betul. Jika kamu renungkan betul-betul, kamutidak akan tergolong ke dalam golongan orang-orang yang lalai dan lekadengan kewujudan mereka, yang tidak mengambil berat terhadap kewajipaninsaniyyah mereka. Kamu akan menjadi orang-orang yang sedar terhadap matlamathidup dan jalan yang harus kamu tempuhi.

Seperkara yang inginku nasihatkan kepadamu:
Ambil peluang untuk bersendirian seketika di waktu malam atau siang. Pergunakanlah ia untuk merenung dengan sedalam-dalamnyaterhadap kehidupan individu dan jamaah. Apabila kamu telah mencapai hakikatpandangan yang pertama tadi, iaitu pandangan orang-orang yang beriman,kamu akan dapat menyedari di manakah kamu yang sebenarnya. Sesungguhnyakamu akan dapat meningkatkan dirimu kepada matlamat sebenar. Seterusnyakamu akan menuju Allah SWT Yang Maha Agung. Kamu akan mensucikan dirimudengan mengingati-Nya, mentaati-Nya, muraqabah kepada-Nya dan sentiasatakutkan-Nya. Sesiapa yang mengenali dirinya nescaya ia akan mengenaliRabnya. Jangan kamu merasa anih jika terdapat orang yang memilih pandangankedua, pandangan orang-orang yang sesat. Ada dua jalan, jalan fitnah ataujalan hidayah.

Firman Allah SWT:
“Maka tatkala mereka melupakan apa yang diperingatkankepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada perbuatanjahat dan Kami timpakan kepada orang-orang yang zalim siksaan yang kerasdisebabkan mereka selalu berbuat fasik. Maka tatkala mereka bersikap sombongterhadap apa yang dilarang mereka daripada mengerjakannya, Kami katakankepada-Nya, “Jadilah kamu kera yang hina”.”- Surah al-’Araf: ayat 165-166.
Semoga Allah SWT menunjukkan kepada kita sebaik-baikjalan dan petunjuk yang lurus.

Anekdot Nur : Pabila Melangkah

Pabila kaki melangkah, ke manakah hala tuju kita? Nur bersyukur sangat kerana masih diberi nikmat iman dan islam serta kenal erti sebuah perjuangan. Nur ni masih hijau dalam perjuangan, masih banyak pengalaman belum ditempuhi. Nur teringat suatu ketika, Nur ingin sangat membantu jemaah. Suatu hari, Nur dapatlah maklumat tentang satu program perlukan ajk...Nur pun setujula nak membantu. Nur kenal seorang shj sahabat dalam organisasi program itu..Dialah yang ajak Nur..Nur pun carilah kawan lama temankan Nur..Nasib baik ada kawan ingin temankan...

Sesudah subuh, Nur pun keluarlah..yela, dalam jadual ajk kena berada di tempat program 7.30...
tiba di tempat program, Nur carilah sahabat Nur yang ajak Nur, tapi tiada..Nur kenal-kenalla dengan kakak-kakak disitu...Nur dan kawan Nur tolong bahagian jamuan..hanya kami berdua sahaja masa itu...ajk sepatutnya belum sampai...kami berdua ini malas nak ambil pusing, buat jela kerja...yang penting IKHLAS...betul kan...

Jam 10 pagi ada ceramah mingguan di situ..Jadi semua urusan jual-beli, makan-makan diberhentikan..Kami pun berhenti bekerja..tiada kerja, kami pun masuk ke ruangan masjid, bersama orang ramai mendengar ceramah..Selesai ceramah, barulah kami ke bangsal jamuan tadi...Nur nampaklah sahabat Nur itu...dia baru sampai masa ceramah tadi..pastu dia pun sibuk tanya Nur pergi mana..

"Nur pergi mana?..orang lain sibuk buat kerja kat sini!Nur takde!". Burlp....berderau darah Nur dengar, sedangkan dia yang baru sampai. Nur dan kawan Nur tolong sejak awal pagi tadi..Nur jawablah..

"Pergi duduk dalam masjid, dengar ceramah". Nur malas nak layan kata-kata sinis sahabat Nur itu...Nur diam sahaja...sebab Nur ingat pesanan senior Nur dulu...

"Bila berada di komuniti lain, buat kerja dengan ikhlas. Jangan rasakan diri kita hebat walaupun kita mengikuti tarbiyyah sistematik. Buatlah apa sahaja kerja walaupun mengutip sampah, asalkan untuk islam dan jemaah"

"Betul tak cara Nur ini?"
"Itulah cara terbaik Nur", jawab Saya ringkas. Rendah diri itu yang terbaik..tawadduk kita menunjukkan ketaqwaan kita...

"Lepas selesai program itu, Nur tak larat sangat. Nur tak makan apa2 dari pagi.."
"Kita bekerja untuk Allah, bukan untuk manusia kan Nur. Nur tak mengeluh papekan," tanya Saya..

"Aah..Walaupun lapar, tapi Nur puas dapat membantu kerana itu langkah pertama Nur untuk bersama jemaah"
Saya menggangguk..Nur senyum manis...