Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Berdasarkan Akta Hakcipta 1987:
Dilarang untuk mencetak, mengulang siar, mengambil, mencuri, menciplak, dan sebagainya tanpa izin daripada penulis.Hak cipta blog adalah terpelihara (Kenyataan ini hanya untuk penulisan saya dalam subjek 'karyaku' kerana melibatkan penghantaran ke media cetak.Penulisan lain tiada akta halangan.Dialukan penyebaran)

Thursday, March 19, 2009

Anekdot Nur : Pabila Melangkah

Pabila kaki melangkah, ke manakah hala tuju kita? Nur bersyukur sangat kerana masih diberi nikmat iman dan islam serta kenal erti sebuah perjuangan. Nur ni masih hijau dalam perjuangan, masih banyak pengalaman belum ditempuhi. Nur teringat suatu ketika, Nur ingin sangat membantu jemaah. Suatu hari, Nur dapatlah maklumat tentang satu program perlukan ajk...Nur pun setujula nak membantu. Nur kenal seorang shj sahabat dalam organisasi program itu..Dialah yang ajak Nur..Nur pun carilah kawan lama temankan Nur..Nasib baik ada kawan ingin temankan...

Sesudah subuh, Nur pun keluarlah..yela, dalam jadual ajk kena berada di tempat program 7.30...
tiba di tempat program, Nur carilah sahabat Nur yang ajak Nur, tapi tiada..Nur kenal-kenalla dengan kakak-kakak disitu...Nur dan kawan Nur tolong bahagian jamuan..hanya kami berdua sahaja masa itu...ajk sepatutnya belum sampai...kami berdua ini malas nak ambil pusing, buat jela kerja...yang penting IKHLAS...betul kan...

Jam 10 pagi ada ceramah mingguan di situ..Jadi semua urusan jual-beli, makan-makan diberhentikan..Kami pun berhenti bekerja..tiada kerja, kami pun masuk ke ruangan masjid, bersama orang ramai mendengar ceramah..Selesai ceramah, barulah kami ke bangsal jamuan tadi...Nur nampaklah sahabat Nur itu...dia baru sampai masa ceramah tadi..pastu dia pun sibuk tanya Nur pergi mana..

"Nur pergi mana?..orang lain sibuk buat kerja kat sini!Nur takde!". Burlp....berderau darah Nur dengar, sedangkan dia yang baru sampai. Nur dan kawan Nur tolong sejak awal pagi tadi..Nur jawablah..

"Pergi duduk dalam masjid, dengar ceramah". Nur malas nak layan kata-kata sinis sahabat Nur itu...Nur diam sahaja...sebab Nur ingat pesanan senior Nur dulu...

"Bila berada di komuniti lain, buat kerja dengan ikhlas. Jangan rasakan diri kita hebat walaupun kita mengikuti tarbiyyah sistematik. Buatlah apa sahaja kerja walaupun mengutip sampah, asalkan untuk islam dan jemaah"

"Betul tak cara Nur ini?"
"Itulah cara terbaik Nur", jawab Saya ringkas. Rendah diri itu yang terbaik..tawadduk kita menunjukkan ketaqwaan kita...

"Lepas selesai program itu, Nur tak larat sangat. Nur tak makan apa2 dari pagi.."
"Kita bekerja untuk Allah, bukan untuk manusia kan Nur. Nur tak mengeluh papekan," tanya Saya..

"Aah..Walaupun lapar, tapi Nur puas dapat membantu kerana itu langkah pertama Nur untuk bersama jemaah"
Saya menggangguk..Nur senyum manis...

No comments: