Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Berdasarkan Akta Hakcipta 1987:
Dilarang untuk mencetak, mengulang siar, mengambil, mencuri, menciplak, dan sebagainya tanpa izin daripada penulis.Hak cipta blog adalah terpelihara (Kenyataan ini hanya untuk penulisan saya dalam subjek 'karyaku' kerana melibatkan penghantaran ke media cetak.Penulisan lain tiada akta halangan.Dialukan penyebaran)

Friday, December 28, 2007

::Bersama Muhasabah Solat Kita::


Golongan 1:Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu naksembahyang, mereka telah jatuh kafir.Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

Golongan 2:Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara rasmi atau tak rasmi tiada.Ilmu tentang sembahyang tiada.Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan 3:Orang yang mengerjakan sembahyang,bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang,tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak.Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta,berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh fasik.

Golongan 4:Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafasnya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakan iaitu disebabkan tak faham apa yang diabaca.Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada duniadan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang inilalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.

Golongan 5:Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, fahamsetiap bacaan sembahyang, fatihahnya,doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu.Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan 6:Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya,sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiapkalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah(ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa).Golongan ini terserah kepadaAllah.Yang sedar dan khusyuk itu mudahmudahan diterima oleh Allah, mana yanglalai itu moga moga Allah ampunkandosanya, namun tiada pahala nilaisembahyang itu. Ertinya sembahyangnyatiada memberi kesan apa apa.Allahbelum lagi cinta orang ini.

Golongan 7:Golongan yang mengerjakansembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya.Walaupun ia memiliki harta dunia,menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapatmemuja Allah didalam sembahyangnya.Golongan ini disebut orang-orangsoleh / golongan abrar / ashabulyamin.

Golongan 8:Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapat menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya,tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya.Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golonganMukkarrabin (Yang hampir denganAllah )

Golongan 9:Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi.Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang.Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyangpunca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang.Sembahyang telah menjadi penyejukhatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang SaidinaAli ketika panah terpacak dibetisnya.Untuk mencabutnya, ia lakukansembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut.Mereka telah mabuk dengan sembahyang.Makin banyak sembahyang makin lazat,sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak dihiraukan. Hatinya hanya pada Tuhannya.Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.

Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita ditahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah,melahirkan disiplin hidup, melahirkanakhlak yang agung ialah golongan 7, 8dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim. Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ?Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang.Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepadakita di akhirat nanti ialah solat kita.Untuk muhasabah diri dan bersama.Allahuta'ala 'alam.

'Ya Allah bantulah kami dalam sujud menyembahMu,golongkanlah kami dalam golongan yang KAU pilih dan redhai'

Wednesday, December 26, 2007

Buat Umat Islam di Malaysia



Dari Wakil Hamas

Buat umat Islam di Malaysia, andalah saudara kami yang paling hampir di Malaysia. Hati-hati kita telah diikat dengan fikrah dan aqidah yang sama. Kita telah dihimpunkan di dalam ikatan kerohanian yang jitu. Kita telah ditakdirkan untuk bersama di dalam perjuangan dengan manhaj yang sama. Kami adalah wakil anda di Palestin. Kemenangan kami adalah kemenangan anda. Pemerintahan kami adalah pemerintahan anda. Kerajaan HAMAS adalah kerajaan umat Islam dan hadiah buat perjuangan pecinta Islam di seluruh dunia. Tidakkah anda sedar perkara ini?, jika anda tidak sedarkan perkara ini siapakah lagi yang akan menyedarinya???

Umat Islam di Malaysia sekalian,

menjadi pemerintah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi memerintah di dalam fasa penjajahan dan peperangan. Apatah lagi jika pemerintahn itu hanyalah memerintah sebuah negara yang tidak berdaulat dan dinafikan kedaulatannya. Apatah lagi apabila memerintah sebuah negara yang menjadi sasaran keganasan penjajah Zionis yang didokongi oleh kuasa besar dunia yang zalim. Apatah lagi pemerintahan tersebut adalah mewarisi pemerintahan sebelumnya yang meninggalkan beban hutang sebanyak USD 3 billion di dalam akaun kerajaan. Inilah realiti kerajaan yang kami terajui. Inilah juga realiti kerajaan yang diterajui oleh HAMAS di Palestin. Inilah realiti kerajaan yang mewakili anda semua di seluruh dunia.

Sehingga kini, para pegawai kerajaan, termasuk para menteri, tidak menerima gaji semenjak 3 bulan yang lalu. Tahap pengangguran telah mencapai 31% di Gaza dan Tebing Barat. Bekalan makanan dan petrol semakin berkurangan. Ubat-ubatan di hospital semakin kehabisan. Baru-baru ini, tiga orang bayi telah meninggal di hospital di Gaza kerana ketiadaan ubat-ubatan yang mencukupi. Pelajar-pelajar tidak akan dapat menduduki peperiksaan kerana kehabisan kertas di sekolah-sekolah di Gaza dan Tebing Barat. Hatta, persidangan parlimen (Majlis Legaslatif) kami di Gaza hampir-hampir dibatalkan kerana kekurangan kertas.Mengapa ini semua? ianya adalah kerana keberkesanan tekanan yang dikenakan ke atas rakyat Palestin oleh rejim Zionis, AS dan juga EU.

Tekanan yang dikenakan hanya semata-mata rakyat Palestin telah memilih calon yang mereka inginkan di dalam pilihanraya yang lalu. Tekanan yang dikenakan kerana kami enggan menurut ugutan mereka supaya mengiktiraf penjajahan Zionis. Tekanan juga dikenakan kerana kami ingin mempertahankan diri kami daripada dibunuh oleh pihak penjajah. Sampai bilakah tekanan ini akan berakhir?Wang hasil kutipan cukai kami yang berjumlah USD 55 juta sebulan tidak pernah dipulangkan kepada rakyat Palestin.Rejim Zionis telah mengambilnya dari kami dan tidak pernah dipaksa untuk memulangkannya kepada kami.

Mengapa tiada kuasa yang memaksa rejim Zionis untuk memulangkannya. Mereka juga telah menutup laluan udara, darat dan laut kepada tanah Palestin. Ekonomi kami berada di tangan rejim Zionis kerana perjanjian gila dan bodoh yang telah dipersetujui oleh kerajaan sebelum ini. Walau bagaimanapun, kami tidak mengharapkan itu semua.Kami yakin, saudara-saudara seislam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seaqidah kami akan dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya. Kami yakin juga, saudara seaqidah kami di seluruh dunia akan dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak bergantung kepada bantuan-bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi dari rejim Zionis. Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami? Di manakah mereka di kala kami memerlukan mereka?

Wahai umat Islam di Malaysia.
Kami mengharapkan agar anda mengepalai kempen untuk menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini.

Wahai umat Islam di Malaysia.
Kami mengharapkan agar anda mengepalai kempen untuk menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini.

Kami hanya mempunyai dua pilihan. Pertamanya, tunduk kepada tekanan AS dan EU lantas mengiktiraf Israel demi menghilangkan kesengsaraan rakyat. Pilihan yang kedua adalah teruskan berjuang dan tidak sekali-kali tunduk kepada tekanan. Kami telah memilih pilihan yang kedua. Kami akan terus berjuang ke titisan darah terakhir kami. Kami tidak akan sekali-kali mengiktiraf penjajah. Kami tidak akan sekali-kali tunduk kepada tekanan. Malangnya rakyat hanya boleh bertahan selama enam bulan. Tiap-tiap hari, rakyat mengadakan perarakan menyokong kerajaan dan menggesa agar kerajaan HAMAS tidak tunduk kepada tekanan. Kami yakin, rakyat akan terus menyokong, tetapi sampai bila?perut mereka akan kosong. Kami tidak akan membiarkan rakyat kami kelaparan dan sakit tanpa rawatan. Kami perlukan bantuan anda untuk melakukannya. Mahukah anda melihat kerajaan HAMAS di Palestin membiarkan rakyatnya kelaparan?

Umat Islam di Malaysia sekalian,Kami akan terus berjuang.

Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda.Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kami tidak akan memaafkannya.

Umat Islam di Malaysia,Kami mengharapkan agar anda bersikap pro-aktif.

Kami mengharapkan agar anda menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat Palestin.Kami juga mengharapkan agar anda melobi kerajaan anda yang menjadi pengerusi OIC untuk melakukan sesuatu.Kami juga berharap dari anda untuk melakukan kempen kesedaran, dan libatkan masyarakat Malaysia, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan Islam untuk turut membantu rakyat Palestin.

Kami juga ingin melihat anda menjadi juara di peringkat antarabangsa di dalam kempen kesedaran ini.Banjiri media anda dengan isu Palestin dan al-Aqsa. Halakan mereka untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin.Kepalailah usaha serantau untuk tujuan tersebut, andalah harapan kami.

Dan akhir sekali, kami mengharapkan agar anda tidak melupakan kami di dalam doa-doa anda sekalian. Berdoalah agar kami thabat di dalam perjuangan. Berdoalah agar kami tetap di dalam perjuangan kami. Berdoalah agar kami dikurniakan mati syahid.

Berdoalah juga, agar kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid al-Aqsa satu hari nanti, di mana pada waktu itu, bendera Islam akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini...

Wednesday, December 05, 2007

Isu Hindraf:Pergolakan Mengelirukan

Akhir-akhir ini kerajaan dikejutkan dengan isu tunjuk perasaan,perhimpunan haram Hindraf(Hindu Rights Action Force) yang heboh di serata dunia.Isu ini mendapat liputan meluas di muka-muka hadapan akhbar utama luar negara yang menyentuh soal Malaysia ingin melakukan penghapusan kaum,pembersihan etnik minoriti di Malaysia.Surat-surat pembaca di akhar tempatan menyatakan ketidakpuasan hati atas tindakan Hindraf yang bertindak memfitnah kerajaan dan ingin menggulingkan kerajaan Malaysia.Pergolakan dan tindakan hindraf ini semakin mengelirukan apabila pihak kerajaan dan juga BA(barisan alternatif) saling membuat pernyataan hidden agenda di sebalik tindakan Hindraf ini.Apakah hakikat sebenar tindakan hindraf ini?Saya turut tidak pasti.

Apa Kata Mereka?

Pihak kerajaan Malaysia

KUALA LUMPUR 4 Dis. – Dakwaan Hindu Rights Action Force (Hindraf) mengenai pembersihan etnik minoriti oleh kerajaan Malaysia kini digembar-gemburkan di India melalui rangkaian antarabangsa yang didorong parti pembangkang

“Saya dapati, ia didorong politik berkait dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini kami pasti kerana sudah nampak campur tangan Datuk Seri Anwar Ibrahim

Pergerakan Pemuda UMNO hari ini menyifatkan pendirian bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong campur tangan kerajaan India dalam isu perhimpunan haram Hindu Rights Action Force (Hindraf) sebagai perbuatan menjual maruah negara.

Ketua Penerangannya, Datuk Azimi Daim berkata, tindakan itu menggambarkan sikap sebenar seorang bekas pemimpin Melayu yang terdesak.

‘‘Dia (Anwar) kini sanggup melakukan apa sahaja termasuk mendapatkan sokongan puak pelampau.

‘‘Perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah jauh terpesong. Matlamat parti itu yang dicanang sebelum ini untuk membela rakyat jelas palsu belaka,” kata Azimi ketika dihubungi di sini.

Parti Keadilan Rakyat : Kerajaan Main Sentimen Perkauman
Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Khairul Anuar Ahmad Zainuddin

“Tindakan Timbalan Perdana Menteri yang mengecam Hindraf dengan cemuhan berunsur perkauman adalah sesuatu yang amat biadap, dalam keadaan masalah kerencaman masyarakat India di Malaysia pada masa kini bukan satu keadaan yang boleh dimanipulasi dengan sentimen perkauman.

“Sebaliknya ia berbalik kepada konsep keadilan sosial dan pengagihan ekonomi yang tidak seimbang yang diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional’” ujar beliau mengulas respon Datuk Seri Najib Tun Razak beberapa hari lepas mengenai isu Hindraf ini

Beliau berpendapat sewajarnya Kerajaan Barisan Nasional memberikan penumpuan untuk memperbetulkan keadaan kestabilan masyarakat Malaysia, bukan mengekang rakyat untuk berhimpun dan melaksanakan hak demokratik mereka.

“Isunya bukan masalah kaum India semata-mata, isunya adalah penindasan berterusan ke atas rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa. Dan terbukti jelas, selepas 50 tahun merdeka, BN meneruskan tradisi gagal membela rakyat.


Parti Islam Semalaysia(PAS)
(Oleh Ustaz Iskandar ialah Yang Dipertua PAS Pandan)

Berdasarkan beberapa ceramah-ceramah Hindraf sebelum ini sama ada di Pulau Pinang, Banting atau Johor Baharu yang boleh ditonton di dalam laman 'YouTube', suasana panas pada perhimpunan Ahad lepas adalah sesuatu yang sudah dijangkakan.

Pada pendapat saya perhimpunan itu mungkin akan memberi dua impak yang besar kepada rakyat terutamanya orang Melayu iaitu :

1. Memori perhimpunan aman Bersih mungkin akan telah terpadam kerana rakyat sekarang telah dihantui oleh babak baling-membaling dan lempar-melempar penyokong-penyokong Hindraf.
2. Orang Melayu mungkin akan merasa terancam dengan apa yang dilihat sebagai kebangkitan Hindu dan seperti biasa Umno akan melompat ke dalam gelanggang menyanyikan lagu lama, "Marilah kita bersatu di dalam Umno."

Di saat dan ketika saham UMNO jatuh menjunam setelah rakyat berjaya mencabar pantang Pak Lah dengan megadakan perhimpunan lebih 100,000, kehadiran Hindraf seolah-olah satu rahmat kepada mereka. Adakah ia satu kebetulan?

Saya tidak berkata bahawa Hindraf ini didalangi oleh Umno tetapi infiltrasi dan provokasi sudah sekian lama menjadi taktik mereka.

Siapa yang sebenarnya membaling batu pada 25 November lepas?
Siapa yang melempar kayu?
Siapa yang memecahkan tingkap?
Siapa yang melaungkan slogan-slogan perkauman?

(Oleh Subky Abdul Latif)

PAS tidak perlu menjawab cabaran Ketua Pemuda Umno Dato' Seri Hishamuddin Hussein tentang pendirian PAS terhadap tuntutan tunjuk perasaan Hindraf di Kuala Lumpur 25 November lalu.

Tetapi Pemuda Umno sendiri mesti menjelaskan pendiriannya terhadap arahan Pengerusi BN, Datuk Seri Abdullah Badawi kepada MIC untuk membuat kejadian terhadap tuntutan dan perjuangan Hindraf. Apa erti jawapan Perdana Menteri kepada Datuk Samy Vellu apabila beliau didatangi oleh pemimpin MIC atas isu tunjuk perasaan dan tuntutan Hindraf itu?

Apabila Perdana Menteri mengarahkan Datuk Samy Vellu membuat kajian atas apa yang dikatakan tidak puas hati penyokong Hindraf, maka ia bererti Perdana Menteri dan kerajaan tidak pasti layanan adil dan saksana diberi kepada semua kaum di negara ini khususnya terhadap masyarakat India selama ini.

Reaksi pemimpin Melayu BN khususnya menteri-menteri Umno seperti Ketua Pemuda Umno terhadap apa yang dibangkitkan oleh Hindraf bahwa Hindraf melampau, tidak mengambarkan keadaan sebenar di Malaysia; tidak tepat dengan apa yang telah diberi oleh kerajaan, tidak seperti dengan amalan dan pendirian BN.

Jika apa yang telah diberikan oleh kerajaan BN itu benar dan hakikat, maka ia wajar dipertahankan. Jelaskan apa yang sebenarnya. Kalau penjelasan dari pemimpin Melayu yang beragama lain dari anutan penyokong Hindraf tidak mungkin memuaskan hati pendengar, maka BN penuh parti yang mewakili masyarakat India dan Hindu.


Apakah kesudahannya?

Tampak isu hindraf ini terlalu banyak yang tersembunyi.Pelbagai pendapat dan pandangan hakikat tercetusnya perjuangan hindraf ini.Respon kaum Melayu khususnya menampakkan sentimen perkauman mula timbul.Dan seperti kata Prof.Emeritus Dato' Abu Bakar Hamid,pensyarah Jab.Media Universiti Malaya menyatakan Melayu mengundi kerana sentimen,Cina mengundi secara strategik.Adakah itu kebenaran?..Sentimen perkauman bukanlah diajar dalam Islam,Assobiyah hanya memecahbelahkan.Perkauman perlu untuk pertahankan sesebuah bangsa,tetapi bukanlah melangkaui agama dan membelakangkan Islam.

Bilakah kesudahannya dan apakah kesudahannya itu pastinya akan terjawab.Siapakah yang akan menang dan siapakah yang akan kalah.Manakah yang akan menang,samada yang batil atau yang benar..jawapannya akan terserlah.Wallahu'alam.

Lihat Demonstrasi Hindraf:

Hakikat Politik Itu Kotor





'Politik kotor',istilah yang biasa kita dengar pada warga umum Malaysia.Politik menampakkan sebagai satu medium yang kotor dalam menguasai tampuk pemerintahan.Ramai yang tidak memahami hakikat politik dalam Islam,samada yang menghindari politik mahupun yang ekstrimis terhadap politik,memperjuangkan politik kepartian.Menjelang pilihanraya pastinya timbul masalah dari sudut pendaftaran sebagai pengundi.Tiada kepentingan yang dilihat oleh rakyat Malaysia yang biasa dan tidak ketinggalan bagi mereka yang memahami Islam.Ramai yang bersama Islam dalam usaha da'wah,tapi bukan dalam politik.Benar,tidak semua akan berkecimpung dalam politik tetapi apabila peranan kita sebagai rakyat negara dalam politik tidak difahami,inilah yang membawa permasalahan kerana Malaysia mengamalkan sistem demokrasi.Kita perlu jelas politik dalam Islam.Politik bukanlah kotor,tapi kitalah yang mengotorkannya tanpa batasan syara' dan akhlak islamiyyah yang sebenar.

Politik Itu Kesempurnaan Islam

Politik Islam lahir dari aspirasi Al-Quran dan Hadith.Politik Islam lahir daripada penghayatan seseorang itu terhadap Islam berhubung dengan ketatanegaraan kerana Islam dan politik tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan.Dalam Islam,politik adalan urusan pemerintahan negara yang mana ianya merupakan sebahagian daripada urusan kehidupan dunia sahaja.Ini adalah bermakna dalam Islam,politik bukanlah sumber dalam segala kehidupan tetapi Islam lah sumber segala kehidupan.

Sejarah telah mencatatkan bahawa Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang terdiri daripada khulafa' Al-Rasyidin telah bertugas sebagai Ketua Agama dan Ketua Negara secara serentak.Politik dan Islam adalah seiringan.Ini menunjukkan aqidah dan syari'ah menentukan dasar politik dan kedudukannya dalam Islam untuk diikuti oleh semua umat Islam.Islam telah mengajar kita tentang cara-cara menguruskan pengadilan(kehakiman),ketenteraan,pemerintahan dan semua yang berkaitan pengurusan.Semua tugasan berkaitan pengurusan adalah merupakan tugasan politik.

Cegah Kemungkaran Agenda Utama

Di dalam gagasan politik Islam,terdapat amar ma’ruf nahi munkar (menyeru kepada kabaikan mencegah kemungkaran).Oleh out di samping membuat kebajikan kepada rakyat , kemungkaran yang dilakukan oleh rakyat juga wajib dicegah oleh pemerintah Islam.

‘Dan hendaklah ada sebahagian daripada kamu satu ummah(satu golongan) yang menyeru manusia kea rah kebaikan dan menghalang dari melakukan kejahatan, maka mereka itulah yang orang yang mendapat kemenangan.’ (al-‘imran :104)

Amar ma’ruf dan nahi munkar telah menjadi dasar utama dalam falsafah politik Islam.Dalam al-Quran banyak disebutkan tentang kewajipan ‘amar ma’ruf nahi munkar.Dua konsep yang wajib ditegakkan oleh umat Islam secara serentak dan tidak boleh dibuat berasingan.Kewajipan menjalankan hukum Islam adalah suruhan Allah yang tegas dan tidak boleh dielakkan oleh sesiapapun.Oleh itu kerajaan berkewajipan mengamalkan 2 konsep ini sepanjang kekuasaan mereka.

Justeru,untuk menegakkan 2 konsep ini perlu ada kuasa,perlu ada satu pemerintahan.Oleh itu wajiblah umat Islam mewujudkan pemerintahan cara Islam.Pemerintahan Islam diwujudkan atas tujuan untuk menjalankan kewajipan syara’ dan melaksananakan hukum-hukum Allah.Seandainya tiada maka semua umat Islam akan menanggung dosa kerana tidak melaksanakan kewajipan fardhu kifayah.Tugas ini diamanahkan Allah kepada orang Islam terutamanya golongan pemerintah.Amanah ini diberikan bersama-sama dengan amanah agama secara keseluruhannya.

‘Dan hendaklah kamu menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang diturunkan oleh Allah dan janganlah kamu menurut kehendak hawa nafsu mereka dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkan dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu’
(al-Ma’idah :49)

Islam meletakkan di atas bahu setiap muslim kewajipan yang dinamakan amar ma’ruf nahi munkar yang turut disebut sebagai memberi nasihat kepada pemimpin umat Islam dan golongan awam.Sesungguhnya agama itu adalah nasihat (HR Muslim).Perhatian seorang muslim terhadap urusan umum umatnya adalah apa yang dinamakan pada masa ini adalah sebagai politik.


Akhlak Islamiyyah Cerminan Politik Islam

Keperibadian seorang muslim sebagaimana yang telah dibentuk dalam Islam dan diciptakan oleh akidah,syari’ah,ibadah dan tarbiyahnya membentuk dirinya menjadi seorang ahli politik.Kecualilah sekiranya kita memahami Islam secara silap ataupun tidak betul melaksanakannya.

Kerana kepincangan dalam akhlak, agenda politik yang dibawa nampak kotor dan ramai yang membencinya.Sikap sesetengah individu muslim yang memberikan masalah ini yang dikesalkan.Kerana nila setitik rosak susu sebelanga.Matlamat utama Islam untuk menguasai tampuk pemerintahan bagi tegakkan hukum Allah sukar digapai kerana akhlak muslim itu sendiri.

Akhlak politik Islam boleh dibentuk melalui tarbiyyah Islam assiyasi.Dalam menghadapi musuh Islam,Islam mewajibkan para aktivitis politik mengikuti gari panduan ditetapkan syara’ bukannya bermusuh secara melulu berdasarkan akal dan nafsu liar.Tapi ramai yang menglanggarinya tanpa sedar atau sebaliknya.Menghadapai musuh menurut kehendak nafsu lawwamah adalah sebahagian daripada ajaran secular.Ajaran secular ini sebenarnya telah mempengaruhi tindakan aktivis politik Islam tanpa disedari.Ini adalah kerana bimbingan politk Islam (Tarbiyyah Islam As-siyasiyyah) tidak diajar secara khusus di kalangan umat Islam.

Kerana itu wujudlah pelbagai masalah akhlak dalam politik,fitnah memfitnah,tuduh menuduh dan bertindak melulu.Cukup dikesalkan.Ayat alQuran dalam surah alNahl:125 mengajar kita agar sentiasa bersopan di dalam setiap perdebatan itu wajiblah dipatuhi secara mutlak.Islam melarang berbohong,memfitnah,Islam melarang kita menaruh sangka tanpa usul periksa sesama Islam dan menghukum kesalahan sesuka hati kita dengan cara yang tidak syar’i.Dengan itu di dalam politik juga perbuatan-perbuatan itu dilarang oleh Islam.

Ikutilah Qudwah Rasulullah s.a.w

Apabila al-Quran menegaskan ‘Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh yang baik untuk diikuti oleh semua’.Maka tindakan Baginda pada hari penaklukan Makkah terhadap musuh-musuhnya perlu bahkan wajib dicontohi oleh semua aktivis politik Islam.

Oleh itu para aktivis politik Islam dan juga seluruh mujahid Islam hendaklah sentiasa berjiwa besar,tidak suka membalas dendam dan mahu memberi kemaafan kepada musuh selepas dikalahkan.Sebagai umat Islam,rakyat Malaysia yang mendokong dan menyokong perjuangan Islam haruslah memelihara akhlak Islamiyyah,ikuti qudwah Nabi Muhammmad s.a.w dan para sahabat.

Tunjukkan dan jadilah qudwah yang baik pula untuk semua umat Islam di Malaysia,warga umum bagi mengubah persepsi mereka bahawa politik itu kotor.Sedangkan kitalah yang mengotorinya.Islam tidak akan menang tanpa kesempurnaan fardhi,akidah dan akhlak dari akar umbi.Kitalah punca kekalahan,akhlak dan tarbiyyah itulah kelemahan.Wallahu’alam.

rujukan : Fiqh Daulah (Dr.Yusuf alQardhawi)
Siasah Syar'iyyah Satu Muqaddimah (Hasa Ibn Rifi)

Thursday, November 22, 2007

2-eyes Possible..(",)



Assalamualaikum..blog ni masih sepi..ada misi yang sedang dibawa..mission possible..tak sempat untuk fokuskan penulisan di blog..due date dah dekat..kena send akhir nov ni..sudah banyak kali tertangguh...


2-eyes possible =Aimi+Aini possible..Perlukan doa daripada sahabat-sahabat semua...


Kumencari semangat..kekuatan untuk meneruskannya..yang berbaki..terima kasih Aini yang banyak mendorong..dan keluarga..inspirasi dalam diam..=)..
Harapnya usaha ini diberkati..dan berjaya..bila difikirkan 'impossible'...tapi tiada yang mustahil dalam dunia ini dengan kebenaranNYA..
Rahmat kasih sayang-Mu
Sungguh melangit luas
Nikmat yang Kau berikan
Tak kan dapat untukku menghitunginya
C/OOh Tuhan yang Esa
Berilah petunjuk-Mu
Rahmatilah kamiOh Tuhan
Oh Tuhan yang Esa
Berilah inayah-Mu
Ampunilah kami
Oh Tuhan
Selamatkan kehidupan kami
Tenang damai tiada resah
Di bumi bertuah milik-Mu
Oh Tuhan Moga diperkenan segala permintaan
Pandangailah kami
Dengan kasih sayang-Mu
Oh TuhanRahmat kasih sayang-Mu
Sungguh melangit luas?
Moga diperkenankan segala permintaan
Kau pandangailah kami Dengan kasih sayang
mestica-inayah-

Monday, November 12, 2007

PERHIMPUNAN HARAM vs HALAL

Perhimpunan HARAM??
11 Nov (Hrkh)- Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhujah rakyat sepatutnya dibenarkan mengadakan perhimpunan secara aman kerana itu adalah hak mereka.
Naib Pengerusinya, Tan Sri Simon Sipaun berkata, lagi pun telah termaktub dalam perlembagaan yang membenarkan rakyat berhimpun atau berdemontrasi secara aman..
"Mereka berhimpun cuma hendak menunjukkan apa yang mereka hendak dan ia dituju kepada sasaran mereka. Apabila mesej disampaikan, mereka akan bersurai tanpa apa-apa masalah.
Kehadiran puluhan ribu itu hanya digambarkan media pro kerajaan Barisan Nasional hanya sebanyak 4,000 orang sahaja hadir. Media harian utama berbahasa Melayu hari ini langsung tidak menyiarkan gambar lautan manusia pada perhimpunan tersebut

Malaysian di London turut memberi sokongan..


Gas pemedih mata seperti air terjun yang mengalir deras..insaninya Malaysia...

Puluhan Ribu rakyat yang hadir..tidak tergugat dengan provokasi 'kerajaan'...
Tuan Guru Abd.Hadi dijaga ketat oleh rakyat..
FRU..bijak memainkan peranan..gas pemedih mata disembur lebih awal sebelum rakyat dapat berhimpun di Dataran Merdeka..siapa yang cipta Faktor dan Kesan??

Perhimpunan 'HALAL'??

Inikah Perhimpunan "HALAL" di Malaysia?Semua rakyat diluluskan pergi dengan permit kerajaan Malaysia,negara dikatakan 'ISLAM'..







Yang sepatutnya HALAL di HARAMKAN..yang sepatutnya di HARAMKAN..di "HALALKAN"..Fikir-fikirkanlah...
Anwar cadang adakan himpunan 200,000 rakyat tiga minggu lagi ..APAKAH YANG AKAN BERLAKU LAGI??..JOM BERSAMA2 MEMERIAHKANNYA>>
p/s=teringat makcik-makcik,pakcik-pakcik yang spt nenek sendiri dilihat bersama himpunan 10 nov yg lepas..itulah semangat tegakkan keadilan..golongan 'muda' bagaimana??

Sunday, November 04, 2007

Struggle's Time


Salam buat semua..Dah lama tak update blog..ada je nak ditulis2 kat blog ini..nak mengayat-ayat..tapi ada priority untuk ditumpukan..time2 camni..semua tgh struggle untuk final exam..insyaAllah ade kesempatan lps exam ini..adela coretan-coretan untuk dibaca nanti..
..Dah final year ni..kenala usaha extraordinary..=)..





“Boleh jadi Allah akan mengadakan, sesudah itu, sesuatu perkara(yang lain)
(Al-Talaq:1)

“Ingatlah, sesungguhnya bantuan Allah itu amat dekat.”
(Al-Baqarah:214)
Menurut satu hadis sahih yang diriwayatkan dari Baginda Rasul beliau bersabda, ertinya:”Allah tidak akan menentukan satu qadha bagi hamba kecuali qadha itu baik baginya.”

~GUD LUCK SEMUA 4 FINAL XM~

Monday, October 08, 2007

Hari-Hari Terakhir Ramadhan


Menghitung malam-malam terakhir Ramadhan..di saat ini kita dapat lihat terdapat 2 jenis golongan..Pertama golongan sedih dan sayu melepaskan Ramadhan pergi..Kedua golongan yang gembira,tidak sabar untuk melambai selamat tinggal kepada Ramadhan,menghitung waktu untuk bergembira di hari raya..Di manakah kita sebenarnya?


Menghitung usia kita..pernahkah kita bertemu lailatul qadr?..Lembaran amalan kita dihitung..koreksi diri..adakah Ramadhan ini lebih baik dari sebelumnya..adakah kita berjaya berada di bawah naungan maghfirah dan redhaNYA..Check dan balance 3Q kita, EQ+IQ+SQ..dapatkah kita menguasai 3Q ini dengan lebih baik..kawalan emosi,nafsu,aqal..adakah hanya sama dengan hari-hari biasa berbanding bulan barokah ini..
Sesungguhnya sesuatu yang berharga sukar untuk diperolehi..marilah kita sama-sama merebut peluang keemasan ini..ianya hanya sekali dalam setahun..Rebutlah lalilatul qadr..Ikhlaskan diri..sucikan diri..dalam sujud dan berharap pada Rabbuna..Hanya yang terpilih sahaja akan mendapat
rahmatNYA..

Dalam Sahih Muslim disebutkan bahawa pada malam Lailatulqadar seramai 70 000 malaikat turun dari Sidratul Muntaha ke bumi. Mereka membawa rahmat Allah memasuki rumah-rumah dan memberi salam kepada orang-orang Islam kecuali rumah yang mempunyai anjing. Apabila matahari naik esoknya, malaikat-malaikat itu naik semula ke langit dengan serentak. Sayap puluhan ribu malaikat itu melindungi pancaran panas matahari, menyebabkan suasana di bumi dingin dan tenang.

Rasulullah s.a.w. sangat menggalakkan umatnya supaya berusaha mencari peluang untuk beriktikaf di malam Lailatulqadar. Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Carilah malam Lailatulqadar pada bilangan ganjil dalam tempoh sepuluh hari terakhir bulan Ramadan". (Hadith riwayat Bukhari, Muslim, At-Tarmizi dan Ibnu Majah)

Semoga RAMADHAN kali ini adalah yang terbaik dalam hidup kita sehingga kini..ameen..

PRK UM :Pro Mahasiswa Kuasai 9 Kerusi

: : Barisan calon Pro Mahasiswa : :

Pilihanraya Kampus berakhir..Tahniah buat semua calon pro mahasiswa yang berjaya meraih kemenangan..2 di kerusi umum dan 7 di kerusi fakulti..6 calon PMIUM,2 Bebas dan 1 UMANY..
Tahniah buat Pro Mahasiswa..Permulaan kejayaan baru ini..menjadi pemangkin untuk kejayaan yang akan datang..Tahniah buat semua calon Pro Mahasiswa yang bertanding..

Kerusi UMUM

1) Ahmad Shahir Abd Aziz
2) Mohd Hasbie Muda


Kerusi FAKULTI

Kejuruteraan = Mohd Hilman Nordin
Perubatan = Mohd Khiratti
Pusat Sukan = Mohd Helmi
Akademi Pengajian Islam = Mohd Faisal Mustaffa & Izzat Amin
Undang-undang = calon cina dan india

Wednesday, October 03, 2007

PRK UM : Mainan Kotor ASPIRASI


MAINAN KOTOR ASPIRASI

Sepanjang tempoh berkempen..pelbagai cara dilakukan oleh ASPIRASI untuk menjatuhkan PRO MAHASISWA..termasuk halangan untuk berkempen..Calon-calon PRO MAHASISWA disekat untuk berkempen di kolej-kolej kediaman..Banner dan poster PRO MAHASISWA di hapuskan setelah digantung..2 hari sebelum hari pengundian..

Beberapa orang ahli PMIUM dilanggar lari antaranya panel undang-undang PRO MAHASISWA dilanggar oleh ASPIRASi kolej 3rd yang menaiki van kolej 3rd , seorang muslimat dan juga ahli PMIUM yang lain dilanggar oleh sekumpulan puak ASPIRASI yang bermotor...ASPIRASI sudah hilang punca untuk berlawan secara adil..pelbagai cara kotor digunakan untuk memastikan kemenangan mereka..Kes langgar ini telah di bawa kepada pihak polis kawasan Lembah Pantai..

Artikel fitnah,cacian merata-rata disebarkan..antaranya gambar calon-calon PRO MAHASISWA di superimposekan dalam bentuk haiwan seperti babi,monyet, anjing dan seumpamanya.Cukup 'bacul' tindakan ASPIRASI..menghina sedemikian rupa..

Terbaru di hari pengundian 2 oktober, ASPIRASI di kolej 12th menggunakan taktik kotor dengan menggunakan pelajar Asasi Sains (PASUM) yang tidak layak untuk mengundi sebagai pengundi hantu.Agenda mereka ini dapat dikesan oleh pihak PRO MAHASISWA sepanjang berkawal di kolej 12th.Kes ini telah di bawa kepada NC untuk tindakan dan akan diuruskan oleh pelajar Undang-undang UM..

Sepanjang malam,2 okt bermula jam 10 malam menanti keputusan PRK...PRO MAHASISWA membuat bantahan terhadap kes pengundi hantu di koleh 12th dan mengusulkan kepada pihak pentadbiran untuk di jalankan re-voting di kolej 12th..Jam 3.30 pagi NC mengumumkan keputusan PRK ditangguhkan kerana akan dijalankan semula pengundian di kolej 12th pada khamis,4 okt 07..Satu kemenangan di pihak PRO MAHASISWA...kita nantikan keputusannya esok..Kemenangan Islam semakin hampir..UIA kita telah menang bersih dan UTM kita meraih separuh daripada kerusi umum..Apakah tindakan ASPIRASI saat menanti KEKALAHAN?...


~Semoga ALLAH Bersama PERJUANGAN ISLAM DAN KEADILAN~

PRK UM : Bantahan 16 Calon Tua


ASPIRASI BERPECAH


Pada sesi ini, ASPIRASI semakin lemah..permainan politik ASPIRASI lemah kerana pergolakan dalaman KEPALA-KEPALA ASPIRASI..

Setelah Razali tak dapat kenaikan pangkat di UM..beliau ke UNISEL sebagai NC Kehilangan RAzali di UM sukar untuk UMNO menyusup masuk ke kampus, hanya tinggal beberapa orang kuli UMNO seperti Wira,Kalam dan beberapa yang semakin hancur.

Pergolakan dalaman bermula setelah Annurdin menghantar surat letak jawatan sebagai Master kolej 12th kepada NC..Wujud perebutan kuasa antara Wira(Master 9th),Roslan Nik (Peg HEP) dan Annurdin (Membuat rayuan semula) untuk menjadi Master 12th bagi menagut keuntungan di kolej 12th yang bernilai berjuta-juta

ASPIRASI hilang pelapis. junior-junior ASPIRASI boneka tak boleh diharap kerana itu ASPIRASI calonkan ramai SENIOR2. Kerana pergaduhan orang atasan ASPIRASI,berlaku perpecahan calon di kerusi umum..puak Annurdin membawa calon seperti Afendi tanjong,Firdaus Arham n lain2,Wira mempertaruhkan Mohamed Zul Fadli Khairuddin, walaupun mereka adalah calon tahun akhir.


PRO MAHASISWA MEMBANTAH!
Setelah di peringkat Pak Raie dan HEP tidak meluluskan bantahan PRO MAHASISWA, pada 28 sep, jam 3 pm semua pendokong dan penyokong PRO MAHASISWA berhimpun di hadapan Kolej 9th, berhadapan dengan Wira membantah 16 calon tua dan membongkarkan penyelewengan Wira selama ini..Tetapi Wira dan konc0-konconya hanya menjerit,berselindung di sebalik pagar kolej, tidak berani berhadapan dan menjawab bantahan PRO MAHASISWA..ASPIRASI boneka..mempertahankan Wira nya dengan penuh 'taqlid'...tidak sedar mereka ditipu, diperkudakan oleh Wira untuk kepentingan peribadi..

Acara kemuncak PRO MAHASISWA membakar salah satu 'banner' calon tua ASPIRASI sebagai bantahan terhadap 16 calon ASPIRASI tidak sah..Kehadiran KOSMO membuat liputan..tetapi yang tersiar di akhar muka depan KOSMO hanyalah memutar belitkan fakta..terpampang "MAIN KOTOR'..menuduh PRO MAHASISWA main kotor tanpa sebarang ulasan dan penerangan terhadap bantahan PRO MAHASISWA..

Bantahan bersurai secara aman dengan kehadiran polis dan juga pegawai keselamatan jam 4 lebih..ASPIRASI 'pengecut' hanya berteriak seperti dalam penjara..itulah ASPIRASI yang ingin dilahirkan oleh puak Wira,Kalam..HEP..


PRK UM : Penamaan Calon 26 Sep '07



PERARAKAN PRO MAHASISWA

Perarakan bermula jam 9 pagi, semua barisan calon PRO MAHASISWA (PMIUM dan UMANY) berarak daripada fakulti engineering menuju Kompleks Perdana Siswa(KPS)..Barisan calon PRO MAHASISWA disambut dengan iringan perarakan daripada penyokong PRO MAHASISWA di perpustakaan utama..


Pihak ASPIRASI kelihatan di hadapan dataran sains,Fakulti Sains.Pro Mahasiswa berkumpul di hadapan Jabatan Kimia selesai perarakan.ASPIRASI menunjukkan 'kehebatannya' dengan bunyi kompang yang agak sumbang dan tradisi "SAP' yang menjadi trademark hidup mereka..ASPIRASI bersama calon 'boneka' mereka dan juga 'banner' nama calon-calon mereka..JELAS menunjukkan ASPIRASI telah BERKEMPEN sebelum PENAMAAN CALON!!..


16 CALON ASPIRASI TIDAK SAH

ASPIRASI telah menghantar 16 calon tidak sah,melanggar syarat utama kelayakan bertanding, baki semester sekurangnya 2 sem. 16 calon ASPIRASI hanya tinggal 1 sem berbaki..PRO MAHASISWA tidak berdiam diri, bantahan dilakukan..bantahan berlarutan sehinggakan taklimat PRK disambung semula selepas solat terawih..tapi masih tiada keputusan diputuskan di pihak HEP..


PRO MAHASISWA MENANG TANPA BERTANDING

Bagi PRO MAHASISWA telah memenangi 4 kerusi di fakulti, 2 Akademi Pengajian Islam dan 2 Fakulti Undang-undang tanpa bertanding.ASPIRASI menang 2 kerusi di Pusat Kebudayaan, tiada calon di pihak PRO MAHASISWA...

PRO MAHASISWA BANGKIT!!

Isu 16 calon tidak sah dibantah habis-habisan..PRO MAHASISWA tidak akan berundur selagi KEADILAN dan PR BERSIH tidak dapat dituntut..PRK di bawah TNC baru,Pak Raie membawa satu pertempuran yang ironi dan menarik pada sesi ini..nantikan kesudahannya..



Monday, September 24, 2007

PRK:Penantian Berakhir.. Tempur Bemula


Petikan Berita Harian (sabtu,22 september 07)

Pilihan raya kampus ditetapkan 2 Oktober

Penamaan calon 26 September, semua MPP dibubar Isnin ini .HARI mengundi bagi memilih Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2007/2008 semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ditetapkan pada 2 Oktober depan, manakala penamaan calon pada 26 September ini. Pengerusi Jawatankuasa Naib Canselor/Rektor IPTA, Prof Datuk Dzulkilfi Abdul Razak, berkata berikutan itu, semua MPP 2006/2007 akan dibubarkan Isnin ini.

Pembubaran MPP Isnin,24 September 2007.

Katanya, tempoh berkempen bagi pemilihan kali ini ditetapkan selama enam hari, lebih panjang berbanding sesi sebelumnya iaitu hanya tiga hari.

"Sebanyak enam hari diperuntukkan untuk tempoh berkempen bermula dari tarikh pengumuman calon yang disahkan bertanding sehingga jam 11.59 malam pada 1 Oktober 2007," katanya dalam satu kenyataan, semalam..

Dzulkifli berkata, pihaknya yakin garis panduan itu akan memberi ruang seluas-luasnya untuk calon bertanding secara adil dan saksama..

Inilah medan pertempuran Mahasiswa..untuk menguasai proksi utama universiti dalam memastikan kecemerlangan Mahasiswa,medan da'wah..medan amar ma'ruf nahi munkar.

Kita nantikan samada sistem pilihanraya betul-betul adil dan saksama seperti 'diperkatakan'.2 Oktober 07 penentu segalanya.


~NEW GENERATION FOR NEW UM~

Friday, September 14, 2007

Cebisan Kenangan...Wave..

Konvokensyen WAVE

Salam..tahniah buat akak,abang2 dan sahabat2 seperjuangan generasi WAVE..yang telah grad seminggu yang lepas..sekejap sahaja rasanya bersama..kini hanya tinggal kenangan..sisa2 perjuangan di kampus..gelak tawa..jerit perih..di Uni Malaya bersama..WAVE sentiasa di hati..

-Di,k.Hanis,k.Intan,Fazi,K.azi,dian,k.jah dan Mai-

I-KONVO '07

Sedih tak dapat turut serta..ada taklifan penting perlu dilaksanakan..prk semakin hampir..pasti seronok...bilakah lagi dapat bertemu sebegini?..erm


-Bestnya Makan..sempat makan buah lai jer..ish2-

Kenangan Itu..

-Mujahid Pembela Agama-


-Senyum Mujahidah-


Semoga Ukhwah ini berkekalan..abadan abadan..

We Are Islamic Versatile Generation..(WAVE)....



Wednesday, September 12, 2007

Lazimkan Kemaafan


Mengapa sukar untuk memberi maaf apabila hati sudah terguris? Mengapa tidak mahu melupakan disakiti? Mengapa tidak tenang dan sering berdendam apabila dihina dan diumpat? Andainya kita tidak mampu memaafkan kesalahan orang lain bererti kita belum mempunyai hati yang benar-benar bersih, kita belum menjadi seorang yang rendah hati dam pemaaf.

Lunakkan hati dengan renungan ini:
Bila sukar memaafkan kesalahan orang lain bermakna kita ada sifat ego dan sombong yang dimurkai oleh Allah. Siapakah kita yang mahu merasakan diri sebagai 'tuan' dan mahu orang lain sentiasa berbuat baik terhadap kita. Bila ada orang membuat kesilapan, siapakah kita untuk marah, berdendam dan berharap dia akan menerima balasan dari perbuatannya. Setiap orang ada kelemahan dan kekurangan, termasuk diri kita. Kalau hari ini orang bersalah dengan kita, tidak mustahil suatu hari nanti kita pula tersalah dengan orang. Apakah kita jamin yang kita tidak akan membuat salah dan silap?

Kalau kita mahu memaafkan kesalahan kita, pasti orang lain pula mengharapkan kemaafan dari kita. Ingatlah bahawa semua yang terjadi ini hakikatnya adalah dari ALLAH jua. Segala kelemahan dan kesalahan manusia terhadap kita adalah ujian dari ALLAH. Dia mahu melihat apakah kita dapat menerimanya dengan sebaik-baiknya. Bila kita tetap marah dan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain pada kita ertinya kita marah pada ALLAH. Kita berkata "ALLAH, tidak patut Kau buat aku begini." Bila orang bersalah dengan kita selidiklah apakah dosa yang kita lakukan sehingga ALLAH takdirkan begitu terhadap kita. Bila sedar akan kesilapan dan dosa kita sama ada terhadap manusia atau kecuian kita pada ALLAH, nanti akan datang rasa 'memang patut dihukum' dan orang yang melakukan kesilapan terhadap kita hanyalah sebagai perantaraan sahaja.

Bila sedar bahawa segala kejahatan manusia terhadap kita merupakan hukum dari ALLAH, seharusnya kita bersyukur kerana dihukum di dunia. Itu juga tanda ALLAH memberi perhatian kepada kita dan mahu mengampunkan dosa-dosa kita di dunia agar terlepas hukuman yang lebih dahsyat di akhirat. Sepatutnya ini menggembirakan kita sehingga mampu untuk kita memaafkan orang yang bersalah.

Seandainya kita tidak mahu memaafkan kesilapan orang, kita tidak untung apa-apa. Apalagi kalau berdendam atau bertindakbalas dan berkasar terhadapnya; maka kita juga akan terjerumus dalam dosa dan mendapat kebencian dari ALLAH S.W.T. Memberi kemaafan adalah sukar sekiranya kita belum ada sifat kehambaan, yang melihat segala yang berlaku adalah di bawah pentadbiran ALLAH Yang Maha Mengetahui. Kita akan takut untuk marah dan berdendam dengan manusia hanya dengan ujian yang menimpa, kerana bimbang kalau-kalau ujian itu merupakan petanda ALLAH sedang murka terhadap dosa-dosa kita.

RASULLAH S.A.W BERSABDA: "SEBAIK-BAIK MANUSIA ADALAH ORANG YANG LAMBAT MARAHNYA DAN SEGERA PULA REDA APABILA SUDAH MARAH DAN SEJAHAT-JAHAT MANUSIA ADALAH ORANG YANG LEKAS MARAHNYA DAN LAMBAT PULA REDA MARAHNYA ITU." ...

~Sempena Ramadhan Karem..sejuta kemaafan buat sahabat2..bloggers..smoga amalan di bulan mulia ini diberkati..InsyaAllah~

Wahai Manusia! Siapakah Kamu?

Oleh Asy-Syahid al-Imam Hasan al-Banna


Firman Allah SWT:
"Hai manusia! apakah yang telah memperdayakankamu (dengan berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yangtelah menciptakan kamu dan menyempurnakan kejadiaan kamu dan menjadikan(susunan tubuh) kamu seimbang dalam bentuk apa sahaja yang dikehendaki.Dialah yang menyusun tubuhmu.”- Surah al-Infithar: ayat 6-8.

1. Adapun orang-orang yang beriman mengatakan:
Kamu ialah satu penciptaan Allah SWT dan satu tiupan suci dari sisi Allah SWT. Allah SWT menjadikan kamu dengan kekuasaan-Nya.Ditiup-Nya ke dalam diri kamu dengan ruh dari sisi-Nya. Dimuliakan kamu daripada seluruh makhluk-Nya yang lain. Seluruh malaikat telah sujud kepadamu.Allah SWT telah mengajar kepadamu segala sesuatu. Diletakkan di bahu kamu amanah, lantas kamu memikulnya. Dilimpahkan ke atas kamu nikmat-nikmat dari sisi-Nya baik yang zahir mahu pun batin. Dijadikan untuk kamu seluruh isi langit dan bumi. Dimuliakan kamu dengan setinggi-tinggi kemuliaan.Diciptakan kamu dengan sebaik-baik penciptaan. Dipersiapkan kamu dengan sesempurna persiapan. Diberikan kepadamu pendengaran, penglihatan dan hati.Dijelaskan kepadamu dengan dua jalan (yang buruk dan yang baik) dan ditunjukkan kepada kamu dua persimpangan. Dipermudahkan kepada kamu dalam membuat pilihan terhadap jalan-jalan itu. Dengan izin-Nya dan penciptaan-Nya, kamu dapat terapung di air dan terbang di udara bahkan dapat memecahkan atom-atom.Dengan fikiran dan kemampuan kamu, kamu dapat melampaui lapisan-lapisanawan dan langit (serta bumi).
Lantaran itu adakah lagi penciptaan dan kejadian yang lebih mulia, lebih suci dan lebih agung daripada penciptaan Rabbani ini?

Seterusnya hidup kamu yang singkat di dunia tidak akan terhenti setakat ini sahaja. Kamu akan dihidup dan dibangkitkan kembali.Kamu akan dihimpunkan semula. Kamu akan menempuh hidup baru dengan penuh kemuliaan di dalam satu negeri yang penuh dengan kenikmatan dan kebaikan,dengan syarat kamu mengerti rahsia kamu dijadikan dan seterusnya kamu beramal dengan penuh keikhlasan semata-mata kerana Allah SWT, al-Ma’bud, al-Khaliq.

Firman Allah SWT:
“Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk pengabdian kepada-Ku. Aku tidak mengkehendaki rezki sedikitpun daripadamereka dan Aku tidak mengkehendaki supaya mereka memberi Aku makan.”- Surah az-Zariyat: ayat 56-57.

Kematian yang kamu bimbang dan takuti itu tidak lain melainkan hanyalah satu perpindahan dari hidup di dunia kepada kehidupanyang satu lagi.

Firman Allah SWT:
“Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkan senda gurau dan mainan belaka. Dan sesungguhnya akhirat itulah sebenarnyakehidupan, jika mereka mengetahui.”- Surah al-Ankabut: ayat 64.

Jasad kamu tidak lain adalah seolah-olah satu sangkar dan jiwa kamu terkurung di dalamnya. Seolah-olah ia adalah satu pakaian terhadap jiwa kamu sehingga sampai kepada satu ketika di mana kamumenemui kematian. Semoga Allah S.W.T. merahmati orang-orang ‘Arif yangberkata:
Akulah burung dan inilah sangkarku (jasadku),Bila ku terbang darinya, tinggallah ia terkatung-katung,Pakaian adalah masa,Kini ku merindui pulang,Dapat ku bertemu Allah dengan sebenarnya,Jangan kau kira maut itu adalah kesudahan,Bahkan hanyalah dari sini (dunia) ke sana(akhirat).

2. Sebaliknya, orang-orang Meterialis dan suka membantah akan mengatakan:
Kamu wahai manusia, hanyalah satu genggaman tanah,berasal daripada setitis mani yang terperangkap di dalam rahim. Dengan masa, lama kelamaan kamu akan luput dan fana. Tiada apa-apa lagi selepasitu. Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang yang telah hancurluluh. Demikian juga kata-kata orang yang terdahulu daripada mereka.

Firman Allah SWT:
“Dan mereka berkata: Kehidupan ini tidak lainhanyalah kehidupan di dunia sahaja, kita mati dan kita hidup dan tiadayang dapat membinasakan kita melainkan masa.”- Surah al-Jaathiyah: ayat24.

Orang-orang yang terkemudian daripada mereka berkata,“Diri kamu hanyalah adunan unsur-unsur bumi dan kehidupan kamu adalah peredaran sistem-sistem fisiologi semata-mata. Segala sentimen, perasaan dan kewujudan,fikiran dan kudrat, keazaman dan kemahuan hanyalah kesan daripada adunan unsur-unsur bumi dan natijah daripada percampuran tanah dan air. Kehidupan hanyalah pusingan hari-hari tertentu yang dapat kamu mengambil kesempatan untuk kamu berseronok-seronok dan berfoya-foya. Sesungguhnya dunia iniuntuk makan, minum dan tidur. Bila ini semua luput, maka selamat tinggallahdunia.

Wahai saudara, perhatikanlah:
Wahai saudara, itulah permasalahan hidup sebenarnya,jika kamu perhatikan betul-betul. Jika kamu renungkan betul-betul, kamutidak akan tergolong ke dalam golongan orang-orang yang lalai dan leka dengan kewujudan mereka, yang tidak mengambil berat terhadap kewajipan insaniyyah mereka. Kamu akan menjadi orang-orang yang sedar terhadap matlamathidup dan jalan yang harus kamu tempuhi.

Seperkara yang inginku nasihatkan kepadamu:
Ambil peluang untuk bersendirian seketika di waktu malam atau siang. Pergunakanlah ia untuk merenung dengan sedalam-dalamnya terhadap kehidupan individu dan jamaah. Apabila kamu telah mencapai hakikat pandangan yang pertama tadi, iaitu pandangan orang-orang yang beriman,kamu akan dapat menyedari di manakah kamu yang sebenarnya. Sesungguhnya kamu akan dapat meningkatkan dirimu kepada matlamat sebenar. Seterusnya kamu akan menuju Allah SWT Yang Maha Agung. Kamu akan mensucikan dirimu dengan mengingati-Nya, mentaati-Nya, muraqabah kepada-Nya dan sentiasa takutkan-Nya. Sesiapa yang mengenali dirinya nescaya ia akan mengenali Rabnya. Jangan kamu merasa aneh jika terdapat orang yang memilih pandangan kedua, pandangan orang-orang yang sesat. Ada dua jalan, jalan fitnah atau jalan hidayah.

Firman Allah SWT:
“Maka tatkala mereka melupakan apa yang diperingatkankepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada perbuatanjahat dan Kami timpakan kepada orang-orang yang zalim siksaan yang kerasdisebabkan mereka selalu berbuat fasik. Maka tatkala mereka bersikap sombongterhadap apa yang dilarang mereka daripada mengerjakannya, Kami katakankepada-Nya, “Jadilah kamu kera yang hina”.”- Surah al-’Araf: ayat 165-166.

Semoga Allah SWT menunjukkan kepada kita sebaik-baik jalan dan petunjuk yang lurus.

Peristiwa Berdarah Berulang Lagi..

Peristiwa Tembakan di Batu Buruk, Terengganu

Cukup dikesalkan tindakan polis di perhimpuan Batu Buruk, peluru hidup digunakan sasarkan kepada penduduk awam..ramai yang cedera dan ada yang parah..Adakah ini etika skuad polis Malaysia yang hebat dengan kempen Rakan COP nya?..yang telah dinaiktarafkan perkhidmatan dan layanan untuk skuad polis Malaysia...

Apa bezanya dengan tindakan kejam tentera Israel di Palestin,melepaskan tembakan sesuka hati..Apa bezanya peristiwa ini dengan peristiwa Memali,
1985?..

Kenyataan BERSIH :” Badan Gabungan Tuntutan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) berpendirian bahawa polis telah melakukan provokasi dan bertindak secara tidak profesional dengan menembak gas pemedih mata dan semburan air ke arah orang awam yang sedang berhimpun sedangkan ceramah pada malam itu telah pun di batalkan.”

Berikut adalah kenyataan penuh Bersih berhubung kejadian yang berlaku:

1) Pada 8 September 2007, Badan Gabungan Tuntutan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) yang menggabungkan parti-parti politik dan NGO merancang untuk mengadakan majlis perhimpunan aman berupa road show untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di Batu Buruk, Kuala Terengganu.
2) Pihak penganjur telah membuat permohonan permit polis sebagaimana yang sewajarnya namun permit tidak dikeluarkan kepada pihak penganjur walaupun rayuan telah dibuat.
3) Pihak penganjur telah mendirikan pentas program namun pada jam 5 petang polis telah menceroboh masuk ke dalam kawasan rumah yang digunakan pihak penganjur dan merobohkan pentas itu tanpa keizinan tuan rumah.
4) Polis kemudiannya membuat sekatan jalan dan halangan beberapa kilometer dari tempat majlis hendak diadakan agar orang ramai tidak masuk ke kawasan itu.
5) Pada sebelah malamnya, kira-kira jam 9.40 malam, para pemimpin BERSIH termasuk Dato’ Mustafa Ali (Pesuruhjaya PAS Terengganu) telah dihalang dari masuk ke kawasan majlis itu. Mereka termasuklah Dr Syed Azman Syed Ahmad (wakil BERSIH), Haji Muhamad Sabu (wakil PAS), Tan Sri Khalid Ibrahim (wakil PKR), YB Leong Ngah Ngah (wakil DAP) dan Haji Azmi Hamid (Teras).
6) Perbincangan dibuat antara mereka dan polis namun program itu tidak dibenarkan untuk diadakan.
7) Ekoran dari itu, ketegangan telah timbul antara polis dan orang ramai yang telah berhimpun kira-kira setengah kilometer dari tempat ceramah. Kemudiannya FRU mula menembak water canon dan gas pemedih mata ke arah orang awam secara membabibuta. Ia berterusan hingga jam 1.30 pagi.
8) Salah seorang anggota polis yang tidak beruniform didapati telah melepaskan beberapa das tembakan di tengah-tengah orang awam yang berhimpun secara aman. Ia telah terkena kepada seorang awam bernama Suwandi Abdul Ghani, 37, dan menembusi paru-parunya, Seorang lagi, Muhamad Azman Aziz, 21, telah terkena pada lehernya. Sehingga kini, Suwandi telah dipindahkan ke Hospital Kubang Kerian (dari Hospital Kuala Terengganu) untuk menerima rawatan lanjut.
9) Berpuluh-puluh orang awam telah tercedera dan empat dari mereka parah.
10) 23 dari orang awam telah ditangkap termasuk tiga wartawan akhbar tempatan. Dua dari mereka telah ditahan reman.
11) Ekoran huru-hara ini, pelbagai kerosakan berlaku kepada harta awam. Ia hanya reda selepas polis meninggalkan kawasan ini kira-kira jam 1.30 pagi

Kenyataan Anwar Ibrahim: ” Polis dan kerajaan Malaysia percaya bahawa kuasa boleh dikekalkan dengan keganasan. Tindakan kerajaan yang menggunakan peluru hidup menunjukkan bahawa Barisan Nasional telah menghadamkan dengan baik strategi Zionis dalam menindas dengan kejam rakyat Palestin”

Alasan mereka tetap sama

Menjadi sejarah, kisah kejam anggota polis di Memali pada 19 November 1985 lalu itu, bermula 18 November polis telah mengepong orang kampung, berlarutan hingga melepaskan gas pemedih mata dan berakhir dengan dentuman peluru hidup dari 'machine gun'yang hinggap di batang tubuh Ustaz Ibrahim Libya dan 13 anak muridnya di kediaman Ustaz Ibrahim sendiri.

Alasan kerajaan Barisan Nasional dan polis ketika isu Memali adalah sama seperti dalam kes tembakan peluru hidup yang dilakukan terhadap seorang lelaki dalam insiden di Batu Buruk, Terengganu 8 September lalu, "anggota polis terpaksa melepaskan tembakan kerana diserang dan tindakan menyelamatkan diri".

Cukup mudah dan hampir sama sahaja jawapan pihak polis dalam mana-mana kes tembakan pun, penulis bukan membela mana-mana pihak, jika benar polis diserang dan nyawanya terancam, maka ketika itu apa juga boleh berlaku

Bagaimana Selepas Ini

Kata papatah ”Sikit-sikit,lama-lama jadi bukit”, ”Alah bisa tegal biasa”..Seperti di Palestin, peristiwa berdarah bermula 1948, penyembelihan di Dir Yasir..seterusnya penyembelihan kejam di kem Shabra Shatila..kekejaman terus berlaku..1950an..1990an..dan kini setiap hari kekejaman terjadi..Apakah yang berlaku kepada Malaysia selepas ini?..Skuad keamanan utama negara sendiri yang bertindak kejam..Apakah tindakan kerajaan?..Hanya pihak pengajur dan penduduk awam yang dipersalahkan..Tiada yang boleh membawa keamanan,memakmurkan negara,menyelamatkan warga negara dan dunia..melainkan dengan ISLAM..PEMERINTAHAN ISLAM..Wallahua’lam

Monday, September 10, 2007

Wahai Umat Fizilal Quran


"‘Aqidah dan Wijhah hidupmu menyuruh engkau tampil ke depan, mengkutbahkan, “Suara Langit” di bumi. Isilah fungsimu dengan kegiatan dan kesungguhan; jalankan Amanat ini dengan segala kepenuhan dan ketekunan. Dunia dan Kemanusiaan menunggu pimpinan dan bimbinganmu. Bumi menantikan “Cahaya Langit” yang mampu menyapu kegelapan. Jaga dan peliharalah jangan sampai “jambatan” ini runtuh, agar hubungan bumi dengan langit tidak patah atau terputus.

(1) Qum, Faanzir !
Bangkit dan berdirilah, susun barisan dan kekuatan,barisan dan kesatuan umat! Canangkan seruan dan ancaman. Seruan kebenaran dan ancaman kebinasaan jika menolak atau menentang kebenaran. Gemakan sentiasa Kalam Ilahi, kumandangkan selalu suara dan seruan kebenaran. Sampai peringatan ini ke kuping segala Insan! Gempitakan kepada dunia dan kepada manusia ajaran agama Tauhid, ajaran Cita dan Cinta.

(2) Worabbaka fakabbir!
Besarkan Tuhanmu, di atas segala!Tiada kebenaran yang menyamai KebesaranNya. Tiada kekuasaan yang menyamai KekuasaanNya. Tiada urusan atau kepentingan yang lebih dan urusan dan kepentingan menjalankan perintahNya. Kecil semuanya dihadapan Allahu Akbar. Fana, lenyap dan binasa segala dalam ke BaqaanNya. Tiada ketakutan selain dan lazab, siksaNya yang akan menimpa. Tiada harapan selain dan keRidhaanNya belaka. Tiada kesulitan apabila ruh telah bersambung dengan Maha Kebesaran dan Maha Kekuasaan Tuhan yang Tunggal itu.

(3) Wathiabaka fathahhir!
Bersihkanlah dirimu, lahir dan batinmu!Hanya dengan kesucian ruh jua Amanah dan Risalah ini dapat engkau jalankan. Risalah dan Amanah ini adalah suci. Ia tidak boleh dipegang oleh tangan yang kotor, jiwa yang berlumur dosa dan noda. Hanyalah dengan kesucian ruh engkau dapat memikul tugas dan beban berat ini. Sucikanlah dirimu, lahir dan batin, baru engkau ajar manusia menempuh tugas dan beban berat ini.Thahirum muthahir suci dan mensucikan, itulah peribadi Mukmin yang sejati. Tangan yang berlumur darah maksiat tidak mungkin akan berbuat khairat kepada dunia dan manusia. Jiwa yang kotor dan penuh dosa tidak mungkin akan memberikan isi dan erti dunia dan manusia.

(4) Warrujza fahjur !
Jauhilah maksiat, singkiri kemungakaran!Dosa itu akan menodai dirimu, akan menghitamkan wajah riwayatmu. Engkau tidak akan sanggup menghadap, jika mukamu tebal dan hitam dengan dosa dan maksiat, Namamu akan cemar dihadapan Rabbi, kalau laranganNya tidak engkau singkiri dan jauhi. Bersihkanlah keluargamu, jiran dan tetanggamu, masyarakat bangsamu daripada maksiat dan kemungkaran dan dosa dan noda. Bangsa dan Negaramu akan karam-tenggelam dalam lembab kehancuran dan kebinasaan, jikalau maksiat dan kemungkaran telah menjadi pakaiannya. Makruf yang harus tegak dan mungkar yang harus roboh, adalah program perjuanganmu. AI-Haq yang mesti dimenangi dan bathil yang harus dibinasakan, adalah acara dan jihadmu.

(5) Wala tumnun tastakthir!
Janganlah engkau memberi kerana harapkan balasan yang banyak!Jalankan tugas ini tanpa mengharapkan balasan dan ganjaran dan manusia. Menjalankan tugas adalah berbakti dan mengabdi, tidak mengharapkan balasan dan pujian, keuntungan benda dan material. Kekayaan manusia tidak cukup untuk “membalas” jasamu yang tidak ternilai itu. Bukankah tanpa engkau, masyarakat ini akan kering dan ketiadaan Iman, kepercayaan dan pegangan? Bukankah tanpa engkau, masyarakat ini lenyap ditelan kesepian, tiada suluh dan pelita? Bukankah tanpa engkau, hidup ini akan kerdil; hidup kehampaan dan segala kehampaan, kerana tiada Iman dan Agama? Kalau tidak adalah “penyuluh-penyuluh” baru datang ke dunia seperti engkau, alam ini seluruhnya akan tenggelam dalam kegelapan, kesepian dan kehampaan. Jalankan tugas ini kerana hanya mengharapkan keRidhaan Tuhanmu jua.

(6) Walirabbika fasybir !
Kerana Tuhanmu, hendaklah engkau sabar!Lakukanlah tugas dan kewajipan ini dengan segala kesabaran dan ketahanan. Sabar menerima musyibah yang menimpa, ujian dan percubaan yang datang silih berganti. Sabar menahan dan mengendalikan diri, menunggu pohon yang engkau tanam itu berpucuk dan berbuah. Tidak putus asa dan hilang harapan atau kecewa melihat hasil yang ada kerana tidak seimbang dengan kegiatan dan pengorbanan yang diberikan. Hanya Ummat yang sabar yang akan mendapat kejayaan sejati dan kemenangan hakiki. Hanya Ummat yang sabar yang akan sampai kepada tujuan.Haza dzikrun!Inilah enam peringatan dan enam arahan!Untuk Mujahid Dakwah. Syahibud Dakwah, si Tukang Seru. Bukankah tanpa engkau, masyarakat ini lenyap ditelan kesepian, tiada suluh dan pelita? Bukankah tanpa engkau, hidup ini akan kerdil; hidup kehampaan dan segala kehampaan, kerana tiada Iman dan Agama?Kalau tidak adalah “penyuluh-penyuluh” baru datang kedunia seperti engkau, alam ini seluruhnya akan tenggelam dalam kegelapan, kesepian dan kehampaan. Jalankan tugas ini kerana hanya mengharapkan keRidhaan Tuhanmu jua.

>Assyahid Imam Hassan alBanna (Usrah dan Da'wah)<

Ramadhan Cermin Keimanan


"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa." (Al-Baqarah:183)

Panggilan untuk Mereka yang Beriman

Allah swt memanggil pada permulaan ayat di atas: yaa ayyuhalladziina aamanuu (hai orang-orang yang beriman), ini bukan sebarang panggilan, sebab yang memanggil adalah Allah swt Sang Pencipta alam semesta. Semua makhluk bergantung kepada-Nya. Tidak ada yang boleh independen dari-Nya. Maka siapa yang mengaku diri sebagai hamba-Nya hendaknya segera bergerak memenuhi panggilan ini.

Allah swt dalam panggilan tersebut tidak menyebutkan kriteria yang bersifat duniawi, dengan kata lain Allah tidak berfirman: yaa ayyuhal aghniyaa' (hai orang-orang yang kaya), hai orang-orang yang berkedudukan tinggi dan lain sebagainya, melainkan yang Allah swt panggil adalah mereka yang beriman saja, mengapa?

Di sini ada rahsia yang tersimpan, antaranya:

(a) Bahawa dengan menyatakan keimanannya seseorang mampunyai posisi tersendiri dari sisi Allah swt. Allah swt sangat bangga dengan hamba-Nya yang beriman. Kerananya Allah swt undang mereka secara khusus. Di dalam Al-Qur'an undangan yaa ayyuhal ladziina aamanuu selalu Allah swt ulang. Menggambarkan betapa yang Allah swt anggap sebagai hamba-Nya hanya mereka yang beriman. Yang tidak beriman tidak termasuk sebagai hamba-Nya.

(b) Bahawa posisi keduniaan walau setinggi mana megahnya apabila tidak disertai iman, Allah swt tidak berbangga dengannya. Bahkan Allah swt sangat benci kepada seseorang yang setelah diberi kenikmatan dunia, ia malah berbuat maksiat kepada-Nya.

Ingat Allah swt berfirman:"Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, Maka dia akan berkata, "Tuhanku Telah memuliakanku".Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya Maka dia berkata, "Tuhanku menghinakanku". (Al-Fajr:15-16)

Di sini nampak bahawa ukuran berhasil tidaknya seseorang bukan terletak pada kekayaan atau kemiskinannya, melainkan terletak pada keimanannya. Kerananya yang Allah swt panggil pada ayat di atas adalah mereka yang beriman. Sebab kaya dan miskin di mata Allah swt adalah ujian. Apalah erti seorang kaya jika ia tidak beriman dan mentaati Allah swt, semua itu hanya sia-sia. Sebaliknya sungguh sangat mulia seseorang sekalipun dalam posisi yang sangat miskin tetapi ia beriman dan mentaati-Nya, dan ia akan tergolong mereka yang Allah swt panggil dalam ayat di atas.

(c) Bahawa untuk melaksanakan ibadah puasa syaratnya harus beriman terlebih dahulu. Tanpa iman ibadah puasa seseorang tidak diterima oleh Allah swt. Allah swt hanya mengakui ibadah puasa hamba-Nya yang beriman.

Kerananya dalam banyak hadits Rasulullah saw. Selalu menyebutkan kata iimaanan wahtisaaban, untuk menunjukkan bahawa ibadah yang Allah swt terima adalah berdasarkan iman dan harapan atas redha-Nya.Semaklah beberapa hadits berikut, "Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan harapan akan redha-Nya, Allah akan mengampuni dosa-dosa yang telah lalu." (HR. Bukharai dan Muslim)

Dalam hadits lain, "Siapa yang mendirikan solat malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan harapan akan redha-Nya, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu." HR. Muslim. Lalu khusus mengenai solat pada malam lailatul qadar Rasulullah saw bersabda: "Siapa yang menegakkan solat malam lailatul qadar dengan penuh keimanan dan harapan akan redha-Nya, Alllah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lepas." (HR. Bukhari dan Muslim)

Dengan Iman Puasa Ramadhan Terasa Lazat

Setelah memanggil orang-orang beriman dengan yaa ayyuhalladziina aamanuu Allah swt menegaskan: Kutiba 'alaikumush shiyaam (diwajibkan atasmu berpuasa), apa hubungan puasa dengan iman?. Mengapa hanya orang beriman yang diwajibkan berpuasa? Apakah puasa Ramadhan merupakan bukti keimanan seseorang?

Pertama, Ketika seseorang beriman kepada Allah swt, seharusnya ia sedar bahawa Allah swt sentiasa bersama-Nya. Di dalam dirinya menggelora hakikat keagungan-Nya. Setiap disebut nama-Nya hatinya bergetar, penuh ketakutan.

Dalam surat Al-Anfal ayat 2 Allah swt berfirman, "Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (kerananya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal."

kerananya seluruh kegiatan sehari-harinya selalu dalam rangka mentaati-Nya. Tidak ada perbuatan sekecil apapun yang ia lakukan kecuali dengan petunjuk-Nya. Ia menjauh sama sekali dari apa saja yang disebut kemaksiatan. Baginya kemaksiatan adalah bencana, yang tidak hanya menghancurkan harga dirinya melainkan juga menjadi sumber malapetaka bagi kemanusiaan di muka bumi.Kesedaran ini membuatnya sangat berhati-hati dalam bersikap, jangan sampai langkahnya terjerumus dalam kemaksiatan. Sampai yang syubhat (samar-samar) pun ia hindari, sebab dari yang syubhat akan lahir daya tarik kepada yang haram.

Puasa adalah ibadah menahan diri dari yang halal. Dari sini nampak betapa hakikat puasa adalah sebagai benteng supaya pelakunya terhindar dari yang haram. Sebab kebiasaan menahan dari yang halal, akan membangun lapisan-lapisan bemper yang menjaganya supaya tidak terjatuh kepada yang Allah swt haramkan. Perhatikan betapa untuk menegakkan puasa, seseorang harus mempunyai iman. Kerana hanya iman yang jujur seseorang akan benar-benar merasakan lazatnya puasa. Tanpa kesedaran iman puasa akan menjadi beban. Di saat orang-orang berbahagia dengan puasa, ia malah merasa sempit hatinya dengan puasa.

Kedua, Ketika seseorang melakukan puasa, ia sedang berjuang menutup segala pintu yang selama ini syaitan selalu masuk darinya. Pintu nafsu makan ia tutup, di mana banyak orang mengambil yang haram hanya kerana nafsu makan. Pintu nafsu bermusuhan juga tutup, dimana selama ini banya terjadi konflik saling menyakiti, saling menjatuhkan, saling mendzalimi, bahkan tidak jarang saling membunuh di antara manusia adalah kerana nafsu ini. Lidahnya ia tahan dari perbuatan yang keji. Setiap ada orang yang mengajaknya bertengkar, ia menjawab: Maaf saya sedang berpuasa. Pintu nafsu seks pun ia tutup, di mana selama ini banyak orang terjerumus dalam dosa-dosa kerana nafsu ini.Perhatikan betapa puasa mencerminkan hakikat perlawanan yang dahsyat seorang hamba Allah swt terhadap syaitan. Di dalam dirinya menggelora semangat untuk tidak tunduk kepada syaitan, kapanpun dan di manapun ia berada. Ia sedar bahawa syaitan adalah musuhnya.

Allah swt berfirman, "Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh(mu), kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala." (Al-Fathir:6)

Ketika seseorang masuk ke medan pertarungan melawan syaitan, bererti ia masuk ke dalam pertempuran yang tidak akan pernah berakhir. Dalam rangka ini ia harus berbekal iman yang kokoh. Sebab jika imannya lemah ia tidak boleh istiqamah.Maka ketika Allah swt memanggil di awal yat ini: yaa ayyuhalladziina aamanuu, itu maksudnya adalah orang-orang yang benar-benar jujur dalam imannya. Bukan orang-orang munafik yang pura-pura beriman. Sebab tidak mungkin seseorang yang tidak jujur dalam imannya boleh melaksanakan ibadah puasa dengan jujur.

Dari sini nampak rahsia firman Allah swt dalam hadits Qudsi:"Semua amal anak Adam itu untuk dirinya kecuali puasa, itu untuk-Ku dan Aku akan memberikan langsung pahalanya." (HR. Bukhari)

Perhatikan betapa puasa merupakan bukti kejujuran iman seseorang, sehingga Allah swt mengagungkannya, dan terlibat langsung untuk memberikan pahala kepada pelakunya.

Ketiga, Puasa Ramadhan adalah merupakan salah satu tiang ajaran Islam. Untuk menegakkan tiang ini secara kukuh tidak mungkin dilakukan oleh seseorang yang tidak punya iman atau pura-pura beriman. Allah swt Maha Mengetahui, benar-benar tahu siapa di antara manusia yang benar-benar pantas diundang untuk menegakkan tiang ini. Itulah mereka yang benar-benar beriman kepada Allah swt secara jujur.

Kerana itu Allah swt panggil mereka dengan: yaa ayyuhalladziina aamanuu. Perhatikan bentuk panggilan ini, Allah swt memanggil mereka hanya dengan kualitas keimanannya, bukan yang lain-lain. Ini menunjukkan bahawa yang Allah swt inginkan dari manusia melalui puasa ini adalah bagaimana ia benar-benar beriman kepada Allah swt secara kokoh dan jujur. Iman yang menghidupkan jiwanya sehingga ia senantiasa merasa bersama Allah swt. Bukan iman yang semata diucapkan dengan lisan, diiklankan di sepanduk-sepanduk atau tayangan televisyen sementara hatinya tidak pernah menikmati lazatnya iman tersebut. Allahuta'ala 'lam