Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Berdasarkan Akta Hakcipta 1987:
Dilarang untuk mencetak, mengulang siar, mengambil, mencuri, menciplak, dan sebagainya tanpa izin daripada penulis.Hak cipta blog adalah terpelihara (Kenyataan ini hanya untuk penulisan saya dalam subjek 'karyaku' kerana melibatkan penghantaran ke media cetak.Penulisan lain tiada akta halangan.Dialukan penyebaran)

Wednesday, July 25, 2007

'Stupid' Debate..Memalukan


Gempar & Memalukan

Pada 13 Julai 07..pengisian minggu interaksi kolej kediaman ke-12, UM..menggemparkan mahasiswa kampus..Stupid Debate iaitu salah satu aturcara yang dimasukkan ke dalam Minggu Interaksi ..Tajuk yang dibincangkan cukup mengaibkan..dan menampakkan di mana nilai keintelektualan sebenar mahasiswa uniperdana ini..

Antara topik yang dibahaskan:
a) Seks selepas makan VS Seks sebelum makan
b) Seluar pendek atau kain untuk turun ke kafe
c) Badan berbulu lebih baik dari badan tiada bulu
d) Spiderman lebih hebat dari cicakman
e) Makan lebih baik dari tidur

Isu 'stupid debate' ini mendapat respon oleh seorang ibu pelajar UM dan juga disiarkan dalam Harakahdaily..

Luahan MAMA TERGURIS:

Sebagai seorang ibu, saya benar-benar terkejut apabila anak gadis saya yang merupakan seorang graduan di universiti bertanyakan soalan yang berbunyi, “Mak, mana yang lebih bagus, seks sebelum makan atau seks selepas makan?” Hancur luluh hati saya apabila seorang gadis desa yang merantau ke ibu kota bertanyakan soalan yang sebegitu jelik dan mengaibkan.
Apabila ditanya, anak saya juga mengaku bahawa topik-topik perbincangan sebegitu sudah menjadi suatu kebiasaan di sana.
Air mata saya hampir menitis apabila dia menyatakan bahawa ada satu program yang dinamakan Stupid Debate telah diadakan di kolej kediamannya sempena Minggu Interaksi, Kolej Kediaman ke-12 secara terbuka di kafe kolej berkenaan.
Banyak lagi topik ‘hangat’ yang telah dibincangkan selain tajuk itu, sehingga kita tertanya-tanya apakah sebenarnya yang sedang berlaku di universiti kita sekarang?
Adakah anak-anak kita diajar untuk menjadi tidak senonoh dengan perkara-perkara yang sebegitu keji?
Tambah memilukan lagi, menurut anak saya, malam berikutnya, ada tayangan perdana yang menayangkan beberapa filem dari malam hingga ke subuh.


Baca lagi : http://www.pmium.org/v100/modules.php?name=News&file=article&sid=460

Kenapa Berlaku?

Mungkin ini adalah satu strategi menjelang PRK dan melibatkan perebutan jawatan utama UM..banyak disebaliknya...adakah ini satu permainan yang menarik?..PMIUM perlu bijak mengatur strategi..ISLAM Power!!...Student Power!!

Monday, July 16, 2007

Menjelang Bulan 'Pertanian",Bulan Kemuliaan

Hari ini adalah 1 REJAB..kita mula melangkah ke bulan untuk bertani..yang hasilnya InsyaAllah lebih lumayan daripada bulan-bulan sebelum ini..bulan yang mencatatkan pelbagai peritiwa..Isra' Mikraj..bermulanya kewajipan Ibadah fardhu 5 waktu (27 Rejab)..dan peritiwa Perang Tabuk yang telah melakar sejarah dalam sirah Islam..
DI ANTARA dua belas bulan dalam tahun Hijrah, terdapat empat bulan pilihan yang dinamakan bulan haram (diharamkan manusia berperang), iaitu bulan Muharram, Rejab, Zulkaedah dan ZulHijjah.Di antara empat bulan itu pula, bulan Rejab menjadi pilihan sebagai bulan istimewa, di samping bulan Sya’ban dan Ramadhan.
Dalam kitab Jam’atul-Fawaid wa Jawahirul-Qalaid : Ketiga-tiga bulan istimewa itu, yang berkaitan dengan 'pertanian' :
Rejab adalah sebagai bulan menabur biji benih,
Sya’ban sebagai bulan menyiram tanaman
dan bulan Ramadhan sebagai bulan menuai hasil tanaman itu.
Jadi, sesiapa yang tidak menabur biji benih (biji taat) pada bulan Rejab dan tidak menyiram (mengalirkan air mata kesalan dan keinsafan) pada bulan Sya’ban, adakah kita dapat menuai dalam bulan Ramadhan?
Al-Syaikh Abdul-Qadir al-Jailani r.a. pula membandingkan ketiga- tiga bulan tersebut dengan perkembangan sepohon pokok. Rejab itu hari tumbuh daunnya, Sya’ban itu hari keluar buahnya dan Ramadhan itu hari hasilnya. Lebih jauh disebutkan lagi, Rejab menyucikan badan, Sya’ban menyucikan hati dan Ramadhan menyucikan roh.
Asal-usul nama “Rejab” : Perkataan Rejab dalam tulisan al-Quran terdiri daripada tiga huruf akronim : ra’ daripada kalimah rahmatullah (rahmat Allah), Jim dari- pada kalimah jinayatul-’abd (kesalahan hamba Allah) dan ba’ daripada kalimah birrullah (kebajikan Allah).
Bulan Rejab disebutkan juga dengan nama : Al-summun, bermaksud tuli, bermaksud tidak dapat mendengar bunyi senjata kerana peperangan diharamkan sepanjang bulan.
Banyak fadhilat amalan di bulan Rejab..klik sahaja di mana-mana kita akan menjumpainya..tetapi jangan kerana mengejar fadhilat kita mengerjakan amalan..buatlah seIKHLAS mungkin..dan sedaya..ALLAH tahu hati-hati kita..SELAMAT BERTANI..Semoga Allah bersama kita..amin..

Sunday, July 15, 2007

Nipis Sangatkah Iman Anakanda?



Satu Peristiwa
Satu peristiwa dalam sebuah program..pentadbiran utama dijemput untuk perasmian..pastinya Bonda tercinta(Datuk NC,Rafiah Salim)..Kesenangan dan kemeriahan sambutan dirasai..lebih-lebih lagi dengan kehadiran Bonda..bukan mudah program PMIUM mendapat kelulusan dan sokongan pentadbiran..NC baru bersama kami..alhamdulillah..

Pada peluang sebeginilah..PMIUM boleh menyatakan pendapat, mengeluarkan ketidakpuasan hati yang perlukan pemerhatian dan tindakan pihak pentadbiran..

Adalah normal apabila dalam satu program..samada program islam atau sebagainya..akan mengasingkan tempat duduk hadirin yang hadir antara lelaki dan perempuan..tapi mungkin situasi sebegitu agak tidak menyenangkan Bonda..Cerita daripada kawan saya..buat saya terpaku..kata-kata yang diungkapkan oleh Bonda cukup ringkas..dan mengelukan lidah setiap yang hadir..


Nipis sangatkah iman anakanda?..ujar Bonda..nampak ketidaksenangan bila berlaku pengasingan sebegitu..tidak bebas..lelaki dan perempuan tidak dapat duduk bersebelahan..

Pimpinan terdiam..mungkin tak menyangka situasi selamat itu dipersoalkan..Saya turut terdiam..ada kawan dah mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan..tanda tak puas hati..tapi kata-kata bonda itu buat saya berfikir dan mula tersenyum..sesuai dengan kelayakan Bonda yang merupakan graduan di bidang undang-undang sivil..hanya yang terlintas di fikiran saya..

‘Ungkapan yang sangat logik untuk dipersoalkan..itulah pemikiran seorang peguam’, bisikku dalam hati.

Ketika itu pastinya kurang sesuai untuk pimpinan membidas balik kata-kata Bonda..dengan bicara yang sebegitu logik..perlu diubah ‘tune’nya logik yang berpandukan syariat Islam..kata-kata daripada Bonda..diterima oleh semua dalam DTC..walaupun tak puas hati..

‘Masa kurang sesuai’,mungkin itu yang berlegar-legar di fikiran pimpinan PMIUM.

Jika PMIUM mengetengahkan isu percampuran lelaki dan perempuan..mungkin jawapan yang sama akan diterima..jika pengasingan tempat duduk..dipersoalkan nipis atau tebal iman..susah untuk hal lain dibincangkan..percampuran kerana integrasi?..perpaduan?..seperti berlaku di kolej ungku aziz..pentadbiran yang meluluskan percampuran itu..

Kolej Ungku Aziz Menyeksakan
Satu keadaan yang cukup menganggu privacy pelajar perempuan apabila pelajar lelaki dan pelajar perempuan di tempatkan dalam satu blok yang sama..Wah..cukup menyeksakan dan menganggu..bayangkanlah bila bercampur..Pelajar perempuan ditempatkan di aras 4 yang aras lain semuanya pelajar lelaki..dengan bilik mandi hanya satu tempat setiap aras..cukup menyusahkan..setiap hari mendengar radio ‘free’ pelajar-pelajar lelaki..untuk balik ke bilik..terpaksa melalui bilik-bilik lelaki..dan pastinya ada usikan-usikan yang menganggu..
em nipis sangatkah iman anakanda?..adush..mungkin kerana dah tebal sangat..nak jaga untuk tidak jadi nipis..sesuai kot jawapan ni..

Apabila Ahli Akademik Berfikiran Vertikal

Pemikiran vertical adalah salah satu cabang pemikiran..yang mana cara berfikir adalah dengan logik dan kritis..Sistem pendidikan yang telah banyak disekularkan..memang akan menjana pemikiran ahli akademik berfikir dengan logik dan kritis..terutamanya di bidang undang-undang dan sains (semua bidang yang berkaitan sains). Setiap yang berlaku perlukan fakta dan bukti yang logik..yang boleh diterima akal..kerana sejarah penemuan banyak dizahirkan dengan dipelopori oleh BARAT..bukan ISLAM..

Ramai ahli akademik yang genius..tapi sayang..ramai yang mengamalkan system sekular..termasuk dalam kehidupan seharian..Islam hanya diambil sebahagian..dan ditinggalkan sebahagian yang lain..

Kata assyahid imam Hassan albanna :

" Aku tidak tidur dengan lena kerana memikirkan masalah ummat..tetapi aku bertambah sedih melihat ahli akademik,golongan cendekiawan..banyak menghabiskan masanya di kedai-kedai kopi membicarakan perkara yang sia-sia’

Itulah hakikat kini..kesibukan dengan kehidupan seharian..sehingga tiada lagi di fikiran untuk memikirkan tentang ummat dan Islam..semakin hilang waris keturunan seperti dari Ibnu Sina, Arrazi,Alkhawarizmi dan cendekiawan Islam terulung yang lain..

Logikal Itu Perlu

Pemikiran logikal bukanlah salah..tapi ianya menjadi salah jika diasingkan dengan ISLAM.. Dalam Islam, berfikir logikal dikaitkan dengan hikmah. Hikmah adalah sumber daripada Pencipta alam ini. Al-Quran adalah sumber hikmah yang amat hebat. Perkhabaran daripada al-Quran, maklumat yang dirakamkan, kisah yang diceritakan, ilmu yang yang terdapat, petunjuk yang diberi adalah sumber yang amat bernilai bagi memandu remaja ke arah kebenaran..

Banyak dalam AlQuran mempersoalkan ’Adakah Kamu tidak Berakal/berfikir?”.Berfikir untuk mengambil hikmah dan ibrah dalam kalamullah.

Bagi individu yang ingin menjana pemikiran, maklumat, ilmu dan kebenaran, pemikiran logikal adalah penting buat mereka. Berfikir logikal akan menyingkirkan faham tahyul, mitos dan perkara-perkara yang tidak mempunyai asas maklumat, ilmu dan data. Ia membimbing kepada perkara yang benar. Kebenaran adalah suluh. Tanpa suluh pemikiran, remaja akan gelap. Disitulah lahirnya kejahilan dan kegelapan.

Dalam ISLAM turut mengajar kita mengkaji terlebih dahulu..pastikan sumber kesohihan sesuatu berita/fakta yang diterima..

Wahai orang-orang yang beriman! Jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa suatu berita,maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan(kecerobohan), yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu” (alhujurat : ayat 6)

Letakkan sesuatu pada tempatnya..berfikirlah dengan cara yang betul..parallel dengan ISLAM..bukan dengan membelakangkan atau mengenepikan ISLAM..Wallahu’alam.

Friday, July 13, 2007

Kemudi Mujahid -versi 1-

Bermulanya satu pengemudian..pesanan terakhir..

wahai MUJAHID DAKWAH!!
Puluhan tahun lamanya,pendengaran,pergaulan,perjuangan,pengorbanan
kerana jerih payah dan pembantingan tulang yang tiada hentinya
engkau telah kaya dengan pengalaman
engkau sekarang telah menjadi
engkau telah memiliki pengertian dan ukuran
engkau telah menentukan jarum sejarah seperti orang lain
engkau telah sampi ke batas sejarah,kini dan nanti

Engkau telah memenuhi hidupmu dengan ketekunan
ikut memikul yang berat menjinjing yang ringan
membawa batu-bata untuk membangun gedung UMMAT ini
engkau tebus semua itu dengan cucuran keringat dan airmata,kesengsaraan dan penderitaan

Kawan hidupmu yang menyertaimu dalam segala suka dan duka telah tiada lagi
Ia tak sempat menghantarmu sampai ke batas perhentian
Tengah jalan dia pulang dan engkau ditinggalkan di daerah kesepian
di atas kuburnya telah tumbuh merumput,daunnya subur menghijau
Bunga suci aku lihat tumbuh pula di atas pusara sepi itu
biarkan ia tumbuh menjadi
akan tiba juga masanya bunga suci itu mekar menguntum

Eva dan sofia akan memetik ia kelak
akan mempersunting ia penghias sanggulnya
sudikah engkau menulis nisan kenangan di atas kuburnya
sebagai tanda PEMBALAS JASA
kerana dialah penolong engkau di medan bakti?
-assyahid imam Hassan albanna-

Satu kemudi bermula..kita mengenal erti hakikat khalifah..mengenal tuntutan syahadah dan da'wah..tetapi bukanlah kita yang memulakannya..setiap yang dicipta pasti ada permulaannya..

Kita adalah generasi penyambung rantai perjuangan..yang kini telah memahami konsep amar ma'ruf nahi munkar..yang kini telah mula melalui mehnah dalam perjuangan..tetapi ingatlah setiap KELAHIRAN kita..sebagai insan yang diberi hidayah..kesedaran hakikat penciptaan..jangan lupakan insan-insan yang lebih banyak berjasa dalam membawa ISLAM..menyebarkan ISLAM hingga sampai ke generasi kita kini..

Lakarkan tanda KESYUKURAN dan PENGHARGAAN..buat Rasulullah s.a.w..para sahabat,tabi' dan tabi'in..ulama' yang berjasa..tokoh perjuang islam yang kini telah tenang dalam lena..menemui Yang Maha Esa..serta buat sahabat-sahabat seperjuangan yang telah kembali ke rahmatullah..Semoga ditempatkan di tempat yang telah dijanjikan Allah..buat orang-orang yang beriman..wallahu'alam..




Ekonomi Malaysia:Contoh Dunia Islam?

Dipetik dari akhbar berita harian.."MALAYSIA diiktiraf antara lima negara Islam terbaik di dunia berdasarkan kepesatan ekonomi dan pelbagai pendekatan yang dilaksanakan mengikut syariah termasuk tadbir urus oleh Persidangan Majlis Tertinggi Hal Ehwal Islam ke-19 di Mesir, Mac lalu".
"Malaysia juga menjadi pelopor dalam bidang pengeluaran sijil halal yang memenuhi standard ditetapkan... Ini suatu rekod di mana kita adalah negara pertama di dunia melaksanakan standard halal yang diiktir
af dan diguna pakai oleh semua badan Islam di seluruh dunia.
Baca Berita Penuh

Tidak dinafikan..ekonomi Malaysia sedang mengalami satu proses perubahan..seperti mana boleh kita lihat kebanyakan perbankan telah mewujudkan sistem ekonomi islam seperti cimb islamic,alliance islamic bank,Alrajhi bank dan banyak lagi..ini mungkin kerana pengaruh semasa..pelbagai isu yang timbul dari sudut halal dan haram dengan kepekaan masyarakat muslim yang semakin bertambah dalam aspek ekonomi ini..

Tetapi..situasi kini masih belum mampu meletakkan Malaysia negara yang terbaik..terlalu banyak keraguan yang timbul..dari sudut MLM,pinjaman,pajakan dan semua yang berkaitan kewangan dan ekonomi masih belum sepenuhnya mengikut sistem syariat islam....Belenggu PTPTN masih berlanjutan..bunga yang dikenakan adalah sama banyak dengan jumlah pinjaman..siswazah perlu membayar pinjaman dua kali ganda daripada pinjaman pokok.. Masih terdapat penindasan ekonomi terhadap rakyat Malaysia..caj perkhidmatan dan harga keperluan harian semakin meningkat..sentiasa naik..dan terus naik..Mungkin ianya bermanfaat buat kerajaan Malaysia..tapi bukan untuk rakyat Malaysia..Malaysia contoh dunia Islam..adalah satu pengiktirafan yang terlalu besar..dan tidak bersesuaian dengan kelayakan Malaysia..

Namun..usaha perbankan islam..JAKIM dan pihak yang terlibat untuk memperbaiki sistem ekonomi mengikut landasan islam..patut dipuji..satu usaha yang murni..dan itulah yang sepatutnya..jika Malaysia benar-benar ingin diiktiraf dengan kelayakan yang sebenar sebagai contoh dunia Islam..wujudkanlah sistem ekonomi islam yang syumul sepenuhnya..bukan hanya cebisan-cebisan sahaja..sistem kapitalis Malaysia masih mendominasi kini..jika sistem zakat Malaysia adalah sempurna..maka tidak akan ada lagi kemiskinan..tiada perlu lagi program 'bersamamu', harapan dan sebagainya yang memaparkan kesengsaraan rakyat Malaysia..Wallahu'alam..


Lagi rujukan 1) Isu PTPTN 2) Fiqh Zakat

Sunday, July 08, 2007

Kembali Ke Kampus

Bismillahirrahmanirrahim
(In The Name of ALLA
H, Most Gracious,Most Merciful)

Sekejap sahaja waktu berputar..semester baru telah bermula..masing-masing telah bersedia dengan suasana baru..mungkin..

Seperti Pelajar Baru IPTA
Semester baru bermula..debaran semakin kuat..kelakar..seperti pelajar baru melangkah ke dunia kampus..sedangkan hanya tinggal saki-baki menyelesaikan pengajian ini..

Debaran menanti amanah baru yang akan dilaksanakan..gementar untuk menunaikan amanah yang telah diberikan dengan sebaiknya..mungkin banyak faktor yang mempengaruhi..debaran dan kegelisahan..moga diberi ketenangan dan kekuatan..

Semester Yang Sibuk
Biasalah..semester baru,semester kemasukan pelajar baru..jadi banyaklah aktiviti2 yang dijalankan..minggu persatuan,minggu interaksi,tumpuan tarbiyyah..lebih2 lagi PRK yang semakin hampir..PRU jugak tidak ketinggalan..Konvokensyen dan juga Bulan Kemerdekaan..program-program mega yang perlu ditumpukan..

Tahun Akhir
Melangkah ke tahun akhir..semestinya akademik semakin mencabar..n fokus yang lebih diperlukan..sisa yang berbaki..pointer perlu diperbaiki..amanah utama sebagai mahasiswa..disamping gerak kerja da'wah dan tarbiyyah diseimbangkan..

Bulan Ibadah
Tanpa disedari..seminggu selepas semester baru bermula..kita akan melangkah ke bulan REJAB..seterusnya SYA'BAN dan RAMADHAN..Kesibukan di alam kampus..moga tidak terabai amalan-amalan, tanggungjawab sebagai Khalifah..tujuan penciptaan kita..sama-samalah kita merebut peluang yang dijanjikan ganjaran yang lebih baik oleh RABBI..

Salam Perjuangan buat semua
Buat semua sahabat mahasiswa khususnya IPTA..selamat berjuang..semester baru dilalui dengan semangat baru..niat yang ikhlas..untuk bergerak dengan lebih laju dan lancar..semoga segala amanah dan tanggungjawab yang dipikul..dapat dilaksanakan sebaiknya dan semampu daya..Sesungguhnya Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..Innallaha ma'ana..InsyaAllah..Doakan saya..Doakan semua sahabat-sahabat seperjuangan..Moga mampu istiqamah di jalanNYA..amin..