Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Berdasarkan Akta Hakcipta 1987:
Dilarang untuk mencetak, mengulang siar, mengambil, mencuri, menciplak, dan sebagainya tanpa izin daripada penulis.Hak cipta blog adalah terpelihara (Kenyataan ini hanya untuk penulisan saya dalam subjek 'karyaku' kerana melibatkan penghantaran ke media cetak.Penulisan lain tiada akta halangan.Dialukan penyebaran)

Friday, April 27, 2007

Al-Murabitun Dalam Perjuangan

1.0 Konsep Al-Murabitun.
Apabila Islam semakin berkembang,menjadi suatu keperluan untuk menjaga keutuhan pemerintahan dan mempertahankan sempadannya sepanjang masa daripada diancam oleh musuh.

Al-Murabitun : Kumpulan mukmin yang bertugas sepenuh masa.Kalimah ini juga merujuk kepada orang-orang beriman yang berkekalan di dalam Masjid Nabawi selepas solat Maghrib untuk menunggu solat Isya’. Takrifan di atas merumuskan bahawa al-Murabitun itu adalah kumpulan mukmin yang bertugas sepenuh masa untuk tujuan-tujuan tertentu. Sesuatu tugas yang dilaksanakan secara sepenuh masa sudah tentu merangkumi sumbangan masa, tenaga dan pemikiran.
Allah s.w.t. berfirman, maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” (Ali ‘Imran: 200)
Daripada nas di atas,menyediakan petugas sepenuh masa “al-Murabitun” merupakan suatu kewajipan. Antara rasional kewajipan ini ialah:
a) tenaga perofesional b) menjimatkan tenaga c) menjimatkan kos
Apabila sesuatu golongan ditugaskan secara sepenuh masa, akan lahirlah para petugas yang berpengalaman. Pengalaman ini menjadikan seseorang itu pakar dalam bidangnya (professional). Aspek ini sangat penting untuk memastikan keberkesanan dan kejayaan yang optima. Ianya juga penting untuk memastikan kebolehpercayaan dan kesahihan sesuatu rancangan atau tindakan. Petugas sepenuh masa tentu menjimatkan tenaga kerana tenaga pakar yang sedia ada tidak memerlukan tenaga gantian, dan faktor ini pasti boleh menjimatkan kos yang merupakan salah satu daripada ajaran Islam.
Tenaga-tenaga yang dimaksudkan di atas telah dijanjikan ganjaran oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana sabdanya yang bermaksud:
1) Daripada Sahl bin Sa’ad al-Sa’idi r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bermurabitunlah satu hari di jalan Allah lebih baik daripada dunia dan apa yang ada di atasnya.” (Riwayat al-Bukhari)
2) Daripada ‘Aisyah, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dan bahawasanya sebaik-baik pekerjaan kepada Allah ialah yang paling berkekalan walaupun sedikit.” (Riwayat al-Bukhari)
Kedua-dua hadith ini memberi keyakinan kepada pendukung yang memahaminya untuk berkorban masa, tenaga dan jiwa demi kepentingan Islam dalam apa jua bidang yang ditugaskan.
2.0 Kepentingan Al-Murabitun Dalam Gerakan Islam.
Gerakan Islam masa kini menamakan al-Murabitun dengan al-Mutafarr’ghun. Tanggungjawab al-Mutafarrighun masa kini agak mencabar dari masa lampau kerana penyebaran Islam telah sampai ke segenap pelosok dunia serta pesatnya perkembangan teknologi. Dengan meningkatnya tahap keintelektualan manusia, maka keperluan kepada al-Murabitun menjadi semakin mendesak lebih –lebih lagi bagi negeri-negeri yang belum berdaya maju. Ini berdasarkan kepada pengalaman beberapa buah negeri yang mula menerima Islam, di mana faktor penting kepada kejayaan tersebut ialah kesedaran rakyat hasil daripada pengorbanan al-Murabitun yang tidak jemu-jemu menjalankan tugas.
Terdapat beberapa bidang yang memerlukan al-Murabitun di dalamnya antaranya: 1.Penyelidikan
Bidang ini amat penting terutama untuk merancang strategi, kedudukan dan tindakan yang bakal dilaksanakan.
2.Pendidikan
Pendidikan memainkan peranan utama dalam menyedarkan rakyat jelata yang berbilang latar belakang maka keperluan kepada tokoh-tokoh yang bekerja sepenuh masa dalam bidang ini haruslah diutamakan seperti para mursyid dan nuqaba’.
3.Penerangan
Dalam melaksanakan prinsip menerang bukan menyerang kita memerlukan para murabitun yang terdiri dari tenaga-tenaga penceramah yang berkemampuan secukupnya.
4.Ekonomi
Tidak dinafikan, bidang ini penting dalam menggerakkan jentera gerakan Islam.Kita memerlukan pakar-pakar ekonomi seperti para usahawan yang bertugas sepenuh masa untuk membiayai program-program dan aktiviti-aktiviti gerakan Islam.
5.Perundangan
Pakar-pakar dalam bidang ini haruslah dilahirkan dan dikaderkan dalam bilangan yang mencukupi untuk mempastikan proses pemulihan kuasa dan pelaksanaan undang-undang Islam dapat dijalankan.
3.0 Cabaran Dan Halangan.
Terdapat beberapa cabaran dan halangan untuk melahirkan para murabitun antaranya :
a) sifat fasik dan jumud b) tidak sanggup berkorban c) tidak mempunyai tasawur yang jelas
Kemenangan Islam dapat dilihat apabila cabaran-cabaran di atas dapat diatasi. Semua pihak perlu membincangkan perkara di atas dan mencari jalan penyelesaian demi memastikan keutuhan dan kekuatan gerakan Islam dapat diperkembangkan dari masa ke masa.

No comments: