Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Berdasarkan Akta Hakcipta 1987:
Dilarang untuk mencetak, mengulang siar, mengambil, mencuri, menciplak, dan sebagainya tanpa izin daripada penulis.Hak cipta blog adalah terpelihara (Kenyataan ini hanya untuk penulisan saya dalam subjek 'karyaku' kerana melibatkan penghantaran ke media cetak.Penulisan lain tiada akta halangan.Dialukan penyebaran)

Monday, April 09, 2007

Kebangkitan Pemuda Islam : Satu Kritikan Membina



Ciri kebangkitan Islam masa kini adalah tidak sekadar bermodalkan semangat,ungkapan secara lisan dan slogan.Tetapi kebangkitan Islam adalah berdasarkan kepada komitmen terhadap Islam dan adab-adabnya bahkan sunnah-sunnahnya.

Kebangkitan pemuda Islam pada hari ini bukan lagi satu kepelikan, bahkan menjadi satu tuntutan untuk memperjuangkan akidah dan syariat Islam.Rata-rata disetiap pengajian, samada nasional ataupun luar negara, pasti terdapat gerakan-gerakan pemuda Islam.PMIUM,PMIUTM,ISIKUKM,PMIUSM,PMI KOLEJ LAGENDA,WUFI,PPI UNITEN dan banyak lagi.Tidak kurang di luar negara, PMRAM,PERMAYA,di Jepun,UK, dan seluruh pelusuk dunia, di mana terdapatnya institut pengajian mahasiswa, di situlah hidupnya sebuah kebangkitan gerakan pemuda Islam.Inilah golongan yang telah dinyatakan Allah s.w.t :

’ Mereka adalah orang-orang yang bertaubat,yang beribadah,yang memuji Allah s.w.t,mengembara(demi ilmu dan agama),rukuk,sujud, yang menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah dari yang munkar dan memelihara hukum-hukum Allah.Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman’ (at-Taubah : 112)

Namun, walaupun dalam kebangkitan pemuda Islam merupakan satu kepentingan dan terdapat kelebihannya, pastinya wujud kelemahan-kelemahan, faktor-faktor yang mendorong kepada kemandoman,timbul pelbagai permasalahan dalam gerakan. Senario sebegini kita boleh lihat sendiri melalui gerakan-gerakan pemuda Islam yang ada pada masa kini.Permasalahan di kalangan pemuda Islam mahupun pemudi Islam, inilah yang mencacatkan gerakan,melumpuhkan kebangkitan,menimbulkan fitnah dan celaan terhadap Islam yang kita sendiri ingin perjuangkan.Satu lontaran kritikan yang perlu pemuda Islam terima dan bertindak untuk berubah serta mengatasinya.

Pemuda Islam pada hari ini :

1) Dangkal dalam memahami Islam dan syari’atnya.
2) Tidak mengakui kebenaran pendapat orang lain
3) Sibuk mempersoalkan masalah-masalah kecil dan melupakan masalah-masalah yang besar.
4) Berdebat dengan pendekatan yang kasar
5) Cenderung memberatkan diri dan mempersukarkan
persoalan

Dangkal dalam Memahami Islam dan Syariatnya.

Majoriti pemuda yang bergabung dalam kelompok-kelompok ini mempelajari Islam secara pemahaman sendiri. Kebanyakan berguru pada buku-buku tanpa pembimbing yang dapat mengarahkannya, menafsirkan masalah-masalah dan istilah-istilah yang masih samar,mengendalikan masalah-masalah cabang kepada akarnya.

Padahal dalam mempelajari Islam tidak dapat dilakukan dengan jalan pintas sebab ianya tidak akan terlepas dari hal-hal yang rumit dan berisiko. Hal-hal sebegini tidak dapat diselesaikan kecuali melalui pelbagai usaha dalam menuntut ilmu Islam.Apatah lagi bagi yang masih berada pada tahap awal dan berhadapan dengan bermacam-macam pemikiran serta menemui pelbagai keraguan dan ketidakjelasan dalam menuntut ilmu Islam.

Tidak Mengakui Kebenaran Pendapat Orang Lain

Ini adalah satu kelemahan dan permasalahan pemuda Islam kini.Pemuda Islam kaku dan hanya terpaku pada satu sudut pandangan masalah dan tidak mengakui kebenaran pendapat orang lain dalam masalah ijtihadi yang bersifat zhanni(mempunyai lebih dari satu penafsiran).Sehingga dari masalah tertentu akan m8ncul pelbagai pemahaman, ijtihad dan penafsiran.

Kecenderungan mempersempitkan pandangan membawa kepada mudharat yang lebih besar.Mungkin ini adalah kerana kita belum mengetahui pelbagai pandangan lain yang terdapat dalam lapangan pemikiran Islam.Mungkin juga kita telah memahami sebahagian khazanah pemikiran yang ada tapi belum mampu membuat kajian pemikiran Islam yang lain kerana maraji’(kitab-kitab rujukan) atau para syeikh yang kita ikuti menampilkan satu(pandangan) aliran pemikiran sahaja.Dan yang akan menjadi parah apabila kita menganggap pandangan,pendapat lain adalah salah dan sesat.

Sirah telah membuktikan perbezaan pendapat di kalangan sahabat dan bagaimana Rasulullah s.a.w mengatasinya,yakni masalah solat Asar yang dilakukan oleh Bani Quraizah.Sebahagian mereka solat ditengah perjalanan,sebahagian pula solat setelah tiba tiba padahal waktu Asar telah habis.Ini kerana mereka mempraktikkan nas secara kaedah yang berbeza.Rasulullah s.a.w tidak berlaku keras terhadap mereka,dapat menerima perbezaan tersebut.

Sibuk dengan Masalah Furu’, Mengabaikan Masalah Usul

Para pemuda aktivis terlampau menyibukkan diri pada masalah-masalah yang tidak jelas prinsipnya dam tidak memberi perhatian ynag sepatutnya,yang lebih besar berhubung dengan masa depan umat.Ramai yang kembali mempersoalkan masalah usang yang telah lama diperdebatkan seperti Yaasin,tahlil,menggerakkan telunjuk dalam tasyadud dan seumpamanya.

Padahal kita sedang menghadapi sekularisme yang meracuni ummat.zionisme,kristianisasi dan pelbagai gerakan baru yang menghunjam tubuh ummat, ummat islam disembelih dan para penganjur agama diugut dan diancam agar meninggalkan kewajipan sucinya

Implikasinya, semakin kian menajam dan suburnya aliran dan pemikiran yang beraneka ragam sehingga tidak mungkin mempersatukan umat Islam.Sebenarnya yang harus menjadi keutamaan adalah bersungguh-sungguh memelihara kemurnian akidah umat Islam,mendorong kepada perlaksanaan kewajipan yangditetapkan syari’at dan menjauhkan umat dari dosa-dosa besar.

Berdebat dengan Cara yang Kasar

Kelemahan ini memberi kesan yang besar kepada gerakan pemuda islam.Kesannya amat merbahaya kepada perjuangan Islam itu sendiri.Kebanyakan ada yang menghadapi orang lain secara emosional dan tegang, menolak cara berdialog/berdebat yang lebih baik terhadap orang yang menentang pendapatnya.Cara keras dan kasar ini merupakan satu pendirian dan sikap yang tidak mahu mengakui pendapat orang lain,mempersempitkan dan su’uzhan.

Padahal tujuan asal perlu diingat adalah untuk menciptakan,membawa keadaan keislaman yang damai dan baik

Cenderung Mempersulitkan Persoalan

Cenderung memperberatkan dan mempersulitkan persoalan, berwawasan agama yang sempit,tidak menyukai keringanan(rukhsah),menolak fatwa-fatwa ulama fiqh yang memberi keluasan mempraktikkan hukum,bahkan dalam batas tertentu bersifat ekstrim dalam pemikiran dan tindakan.Ini adalah kelemahan yang perlu di berikan perhatian dan perlu ada perubahan.

Kesimpulan

Kritikan yang membina perlu untuk gerakan pemuda ,pemudi islam jelas dan sedar kelemahan dan masalah yang timbul untuk kita bertindak lebih bijak,membuat anjakan paradigma,perubahan yang lebih baik dalam memperjuangkan kalimah Allah,mempertahankan aqidah Islam dan mengajak kepada yang ma’ruf,mencegah kepada yang munkar.Kebangkitan pemuda Islam suatu yang perlu dibimbing bukan ditentang.Wallahu’alam.

Rujukan : Kebangkitan Pemuda Islam,suatu Kemajuan yang harus dibimbing,bukan ditentang (Prof.Dr.Yusuf al-Qardhawi)
-Stefaislle@yahoo.com-


No comments: