Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Berdasarkan Akta Hakcipta 1987:
Dilarang untuk mencetak, mengulang siar, mengambil, mencuri, menciplak, dan sebagainya tanpa izin daripada penulis.Hak cipta blog adalah terpelihara (Kenyataan ini hanya untuk penulisan saya dalam subjek 'karyaku' kerana melibatkan penghantaran ke media cetak.Penulisan lain tiada akta halangan.Dialukan penyebaran)

Monday, April 09, 2007

Memandu atau Dipandu


Wujud manusia punyai golongan yang berbeza-beza
Telah datang kepada kita dua jenis golongan yang hanya dilihat oleh mata,
Yang mencari erti tersirat kehidupan
Adapun kedua-dua golongan ini masing-masing memainkan peranan yang besar buat keseimbangan ala mini

Adapun golongan yang memandu ini adalah sedikit sahaja dari golongan itu
Dan sebaliknya pula dari mereka yang hanya dipandu.
Golongan pemandu yang ada di dunia ini hanyalah dari kalangan mereka yang sanggup berkorban,sanggup meluangkan masa hanya demi kepentingan mereka yang mengikut
Sesungguhnya pemanduan ini bukanlah atas matlamat yang sia-sia mahupun tanpa dasar.

Tugas pemandu itu amat besar, bukan untuk kisah dongengan
Bebannya lebih dari masa yang kita miliki,melampaui dari batasa tenaga yang kita punyai
Namun itulah jalan bagi mereka yang berjiwa besar
Jalan mereka yang mengenali dan memahami
Erti Islam yang sebenar di kala masyarakat tersangkut dengan arus dunia barat

Kita memperjuangkan Islam versi Rasulullah s.a.w, versi sahabat
Tidak ada pembaharuan, tidak ada penolakan

Perhatikanlah kesungguhan dan ketekunan pemandu van,
Teru menerus mengemudi ke matlamat yang jelas
Diletaknya penat dan lelah jauh di hujung minda
Pengemudian diteruskan juga mencari satu kepuasan
Senyuman mereka yang dipandu tika di destinasi
Namun mereka yang dipandu itu pelbagai kerenah

Inilah kanser masyarakat Muslim, leka dan malas
Akhirnya umat terjual,khilafah tergadai
Akidah mula goyah,agama di kejauhan walau hanya dekat sekilas pandang

Muhasabah itu indah
Kadangkala tangisan itu memberi kebebasan
Renungkanlah diri kita
Pemandu atau penumpang?
Letih lelah hanya sementara
Susah payah pengajaran berguna

Andai tidak rela memandu
Perhatikanlah alam, bukakanlah minda
Manfaatkanlah nikmat dari Allah
Lempiaskan langsir kedegilanmu ke langit yang terbuka luas
Jangan hancurkan kekuatan di celah gunung tidak tersapa,bazir tidak berguna

Di sini kita berdiri,
Berpijak di bumi menjunjung langit yang luas
Pernahkah kita berfikir alam penuh rahsia
Anugerah Yang Maha Esa...

Siapakah aku dan kamu di dunia ini?
Layakkah bergelar pemandu..
Atau masih lagi terkapai-kapai
Meminta pertolongan untuk dipandu..

No comments: