Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Berdasarkan Akta Hakcipta 1987:
Dilarang untuk mencetak, mengulang siar, mengambil, mencuri, menciplak, dan sebagainya tanpa izin daripada penulis.Hak cipta blog adalah terpelihara (Kenyataan ini hanya untuk penulisan saya dalam subjek 'karyaku' kerana melibatkan penghantaran ke media cetak.Penulisan lain tiada akta halangan.Dialukan penyebaran)

Monday, February 05, 2007

Kelahiran Isme


Sekularisme adalah pencetus utama kepada isme-isme moden yang lain.Ideologi sekular ini bukan hanya serangan terhadap islam tetapi turut disasarkan kepada semua agama tidak terkecuali agama kristian yang tersebar luas di Eropah.
Pemahaman sebenar Sekularisme
Menurut Kamus Dewan(1994), sekular adalah berkaitan dengan keduniaan, bersifat duniawi dan tiada kaitan dengan ketuhanan. Sekularisme bermaksud fahaman, pegangan, ideologi yang menolak nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan sosial manusia manakala isme adalah kepercayaan,ideologi ataupun pemikiran.
Pelbagai tafsiran lain tentang sekularisme. Menurut Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas, sekularisme ialah fahaman yang membentuk suatu corak kehidupan di mana berlakunya pembebasan insan daripada agama. Prinsip-prinsip sekularisme menjadi sesuatu dianggap benar oleh segolongan manusia yang kufur terhadap dimensi spiritual dalam kehidupan. Golongan sekularisme menganggap wahyu dan agama adalah karut dan kolot. Rujukan mereka adalah akal yang berpandukan kekuatan pancaindera dan ujikaji.
Hakikat Sebenar Kemunculan Sekularisme.
Perlu dijelaskan di sini, sekularisme bermula di Eropah pada zaman Renaissance sebagai tindakbalas pada ketidakadilan dan kekejaman yang dilakukan oleh pihak gereja Katolik pada orang awam khususnya ahli sains.Pihak gereja menghukum mati seramai 340,000 orang dan membakar hidup-hidup hampir 32,000 orang termasuk orang awam dan ahli sains.Pihak gereja menganggap ilmu daripada sumber lain adalah sesat. Ini disebabkan dakwaan bahawa meraka mendapat ilmu terus dari tuhan.Oleh sebab itu, golongan saintis dan intelek dibunuh kerana menghasilkan kajian yang bercanggah dengan fahaman gereja.
Lahirnya gerakan sekularisme ini akibat tindakan kejam gereja yang bertopengkan agama dan lanjutan itu mereka memenjarakan agama dalam gereja. Pihak gereja hanya menguruskan hal agama dan berkurung dalam gereja.Sehubungan itu berlakulah revolusi pertama di Perancis(1789) dan revolusi-revolusi lain.Mereka membuat keputusan nekad antara agama dan sains serta antara agama dan kemajuan tidak ada titik homofili.Jelaslah bahawa sekularisme lebih pengisytiharan permusuhan ke atas agama Kristian oleh penganut Kristian sendiri.
Perpindahan Sekularisme ke Negara Islam
Fahaman Sekularisme begitu cepat menyerap masuk ke dalam pemikiran dan kehidupan umat Islam.Mengapa umat Islam turut terpengaruh? Sedangkan ulama tidak pernah menindas umat Islam, Islam tidak memisahkan agama dan Sains. Jelasnya kemasukan Sekularime adalah ghazwatul fikr oleh kuasa-kuasa barat.Tujuan mereka adalah untuk hapuskan Islam.Agenda Barat dengan kristianisasi, memurtadkan orang Islam dan menghilangkan keyakinan umat Islam terhadap Islam dengan pelbagai propaganda melalui agen-agen mereka seperti orientalis dan gerakan freemissionari.Dapat disimpul, sekularisme diterima di negara Islam adalah kerana taklid kepada barat dan tertakluk kepada satu dogma moden bahawa Barat sahaja satu-satunya model pembangunan dan permodenan. Betapa ceteknya pemikiran umat Islam.
Kesimpulannya, zaman postmodenisme ini, musuh Islam melancarkan serangan halus berbahaya melalui pemikiran bukan lagi ketenteraan.Matlamat akhir Sekularisme ialah melahirkan fahaman atheis,manusia tidak bertuhan lagi.Manusia adalah manusia, Tuhan adalah Tuhan, dunia adalah dunia dan akhirat adalah akhirat


KK 17th,UM..2005

No comments: