Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Berdasarkan Akta Hakcipta 1987:
Dilarang untuk mencetak, mengulang siar, mengambil, mencuri, menciplak, dan sebagainya tanpa izin daripada penulis.Hak cipta blog adalah terpelihara (Kenyataan ini hanya untuk penulisan saya dalam subjek 'karyaku' kerana melibatkan penghantaran ke media cetak.Penulisan lain tiada akta halangan.Dialukan penyebaran)

Tuesday, February 20, 2007

Be Open Mindedlah

“ Be open minded.Dunia sekarang dah modernla”.Itulah kata-kata remaja melayu masa kini.Dosa dan maksiat yang dilakukan hanya dianggap remeh,malah menganggapnya apa yang dilakukan adalah satu budaya. Seks dan arak menjadi satu ‘common life’.Erti kebebasan di kalangan remaja adalah bebas melakukan apa sahaja tanpa batasan agama dengan mengikut arus kemodenan,cara hidup barat, arak,perempuan dan kelab-kelab malam menjadi satu kepentingan dalam kehidupan.
‘I tell u already, zaman dah berubah! Orang sekarang dah tak macam dulu lagi, dah berfikiran terbuka. Ramai ibu bapa lain sama dengan ibu bapa saya. For me,remaja perempuan yang merokok,ketagih arak dan seks seperti saya adalah biasa,”, inilah petikan seorang remaja dalam temubual sebuah majalah tentang cara hidupnya. Apabila melayu yang digelar Islam mengganggap perkara haram dalam Islam adalah biasa, apa lagi yang tinggal untuk dikatakan Islam.Bagi mereka,selagi tidak mengaku keluar Islam, mereka masih lagi Islam.Sangkaan mereka, diri mereka lebih suci daripada golongan murtad,yang terang-terangan mengisytihar keluar dari Islam.
“ Salahkah aku hidup macam ni!! Aku Islam.Aku tak buang agama,” pengakuan berani ini memang cukup menunjukkan betapa dangkalnya ilmu agama remaja Islam.Bagaimanakah yang diertikan ‘buang agama’ bagi mereka.Selagi mengaku Islam,walaupun melakukan maksiat,hidup cara yang haram mereka masih lagi Islam.Di manakah salahnya?Salah pendidikan Islam di sekolah?Salah ibu bapa? Akidah Islam remaja kini bolah dikatakan sudah hancur.Rentetan perselisihan politik sejak zaman Khalifah Saidina Ali Karamullahuwajhah membawa kepada perselisihan akidah masih lagi berlarutan sehingga kini(1).Yang difahami kini,hanya perca-perca akidah Islam diterima dan dipegang oleh golongan yang hanya menerima Islam secara keturunan bukan kesedaran. Kerana itulah dapat dilihat banyak masalah sosial yang membabitkan masalah akidah islam semakin berleluasa dan sangat kritikal.
Secara tidak kita sedari,golongan yang mengikut fahaman Qadariyyah dan Jabariyyah sudah terlalu ramai.Golongan ini lahirnya daripada pecahan golongan Mu’tazilah itu sendiri (1).Siri drama popular Indonesia di ntv7,jam 6 petang kisah Nabila ( Drama Mutiara Hati), menunjukkan golongan Qadariyyah ini semakin ramai. Adegan yang menghina Arini (watak utama) sering berdoa cukup membuktikan.’ Orang yang berdoa ini,hanya yang miskin,tak ada wang,bodoh.Siki-sikit berdoa.Apa yang dia dapat dengan berdoa?Suami mati,anak hilang,harta dirampas.Memang bodoh,’begitulah skripnya.Memang cukup melampau.Begitukah keadaan di Indonesia?Persoalan bermain di benak penulis.Hakikatnya
di Malaysia telah ramai golongan sebegitu.Ikuti dialog penemuan wartawan dengan seorang remaja perempuan yang terlantar kesakitan akibat penyakit buah pinggang.
’Bersabarlah.Jangan lupa berdoa pada Tuhan.Ujian yang berat menimpa manusia itu akan diringankan Allah jika kita meminta padanya,’ujar wartawan
What???Doa??Kau ingat aku percaya semua tu? Habis kau ingat apa yang jadi kat aku ni sebab aku banyak dosa?,’ Tanya remaja itu dengan sinis.Dalam keadaan terlantar kesakitan, remaja itu masih sombong dan angkuh.
Apa yang Tuhan boleh bantu aku?Tell me?This is my life!Apa yang aku buat tak ada kena mengena dengan semua ini,’ujar remaja itu dengan angkuh walaupun dalam kesakitan.Inilah hakikatnya.Inilah golongan Qadariyyah yang berpegang dengan ketentuan seorang manusia adalah bergantung pada diri sendiri,bukan pada Tuhan.

Golongan Jabariyyah tidak kurang hebatnya.Jika dilihat,akibat fahaman Jabariyyah lahir juga golongan Qadariyyah ini.Sebuah keluarga yang hidup mereka bermandikan Carlsberg,berbantalkan zina dan pub dengan mudahnya mengatakan ,
’Uncle tak mahu orang anggap keluarga pak cik sesat.Kami tak sesat,kami tetap orang Islam.Cuma, inilah cara kehidupan yang telah Tuhan takdirkan pada kami sekeluarga’.Inilah contoh kata-kata seorang Jabariyyah yang berpegang takdir seseorang telah ditentukan sejak azali,tidak boleh diusahakan dan diubah.Terlalu ramai golongan qadariyyah dan jabariyyah ini.Saban hari semakin bertambah,sehingga tidak terbendung.Golongan ulama’ ramai yang hanya berselisih faham,tuduh-menuduh,berpecah belah, sedangkan akidah umat Islam semakin hari semakin hancur. Tanpa sedar, musuh berpesta melihat kehancuran umat Islam,remaja terbiar dengan hidup mereka,segolongan ulama’ dan golongan cendekiawan sibuk dengan urusan dunianya.
Bukan sekarang masanya untuk bercakaran,bukan sekarang waktunya untuk lihat siapa yang lebih hebat.Tapi kesatuan umat Islam amat diperlukan.Ustaz-ustaz,para cendekiawan suaramu diperlukan,kebangkitan dan kesatuan bersamamu diharapkan.Para mahasiswa kekuatanmu menjadi tiang,azharian kehadiranmu dinantikan.Kita perlukan satu kesatuan,untuk menegakkan Akidah Islam.Satu akidah Ahli Sunnah Wa Jamaah.

Allahu ta’ala a’lam

`stefaille`
(1) : Rujuk artikel ‘Ketahui Sejarah Perpecahan’

1 comment:

Anonymous said...

astaghfiruLlah....

-ein