Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Berdasarkan Akta Hakcipta 1987:
Dilarang untuk mencetak, mengulang siar, mengambil, mencuri, menciplak, dan sebagainya tanpa izin daripada penulis.Hak cipta blog adalah terpelihara (Kenyataan ini hanya untuk penulisan saya dalam subjek 'karyaku' kerana melibatkan penghantaran ke media cetak.Penulisan lain tiada akta halangan.Dialukan penyebaran)

Thursday, February 01, 2007

Pesanan Terakhir Syed Qutb


Saudara!
Seandainya Kau Tangisi kematianku,
dan kau siram pusaraku dengan air matamu
maka di atas tulang-tulangku
yang hancur luluh,
nyalakanlah obor buat ummat ini
dan............
teruskan perjalanan ke gerbang jaya

Saudara!
Kematianku adalah suatu perjalanan
mendapatkan kekasih yang sedang merindu
taman-taman di syurga Tuhanku bangga menerimaku
burung-burungnya berkicau riang menyambutku
bahagialah hidupku di alam abadi

Saudara!
Puaka kegelapan pasti akan hancur
dan alam ini akan sisinari fajar lagi
biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya

Janganlah gentar berkelana di alam abadi
nun di sana fajar sedang memancar......

(Ditulis beberapa ketika sebelum menemui syahid di tali gantung pada tahun 1965)

"Bukan kita yang memulakan perjuangan,bukan kita juga akan mengakhiri perjuangan..teruskan usaha mencari mata rantai perjuangan dan jadilah mata rantai yang mukhlis yang tidak akan terputus daripada rantai yang telah sekian lama diuntaikan"-nabihah-

No comments: