Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Berdasarkan Akta Hakcipta 1987:
Dilarang untuk mencetak, mengulang siar, mengambil, mencuri, menciplak, dan sebagainya tanpa izin daripada penulis.Hak cipta blog adalah terpelihara (Kenyataan ini hanya untuk penulisan saya dalam subjek 'karyaku' kerana melibatkan penghantaran ke media cetak.Penulisan lain tiada akta halangan.Dialukan penyebaran)

Thursday, February 15, 2007

Valentine's Day??

Nampaknya sambutan yang lazimnya orang Melayu galak meraikannya telah menjelma. Apa lagi, Hari Valentine yang 'meriah' dengan bunga ros, pemberian hadiah, rancangan televisyen, 'cintan-cintun' dan sebagainya yang sia-sia.Keinginan untuk mengikut orang lain memang ada di dalam diri manusia, akan tetapi hal tersebut menjadi tercela di dalam Islam apabila orang yang diikuti berbeza dengan kita dari sisi keyakinan dan pemikiran (mengikuti di dalam perkara akidah, ibadah dan syi'ar).

Di manakah indahnya sambutan ‘hari kekasih’ ini?
Ada seorang gadis mengatakan bahawa ia tidak mengikuti kepercayaan mereka, sekadar menyambut Hari Valentine tersebut secara khusus memberikan makna cinta dan sukacitanya kepada orang-orang yang memperingatinya.Tapi, sedarkah wahai saudaraku, Ini adalah suatu kelalaian! Perayaan ini adalah acara ritual agama kristian! Hadiah yang diberikan sebagai ungkapan cinta adalah sesuatu yang baik, namun bila dikaitkan dengan pesta-pesta ritual agama lain dan tradisi-tradisi Barat, akan mengakibatkan seseorang terikut-ikut oleh budaya dan gaya hidup mereka, maka akan terhapusnya nilai-nilai Islam pada umat Islam.
Ibnu Qayyim al-Jauziyah berkata,
Memberikan ucapan selamat terhadap acara ritual orang kafir yang khusus bagi mereka, telah disepakati bahawa perbuatan tersebut haram. Bagi yang mengucapkannya, kalau pun tidak sampai pada kekafiran, paling tidak itu merupakan perbuatan haram."

ISTIMEWAKAH MERAYAKAN HARI YANG BUKAN HAK KITA?

Sebagai umat yang mengaku beragama Islam, kita mempunyai hak untuk merayakan hari-hari besar yang kita miliki yang termaktub dalam kitab dan yang disepakati oleh para ulama’. Bermula dari satu Muharram yang merupakan tahun bersejarah kerana Hijrah Nabi Muhammad saw dan umat Islam dari Mekah ke Madinah.
Kemudian 12 Rabiulawwal hari kelahiran Rasulullah, Rejab peritiwa Israk & Mikraj, Syaaban dengan nisfu syaabannya, sehinggalah bulan Zulhijjah ada saja hari besar yang boleh kita raikan
Syaikh Muhammad al-Utsaimin ketika ditanya tentang Valentine's Day
mengatakan, "Merayakan hari Valentine itu tidak boleh, kerana alasan berikut:


Pertama; ia merupakan hari raya bid'ah yang tidak ada dasar hukumnya di dalam syari'at Islam. Kedua; ia dapat menyebabkan hati sibuk dengan perkara-perkara rendah seperti ini yang sangat bertentangan dengan petunjuk para salaf shalih (pendahulu kita) -semoga Allah meredhai mereka-. Maka tidak halal melakukan ritual perayaan ini, baik dalam bentuk makan-makan, minum-minum, berpakaian, saling tukar hadiah ataupun lainnya. Hendaknya setiap muslim merasa bangga dengan agamanya, tidak menjadi orang yang tidak mempunyai pegangan dan ikut-ikutan. Semoga Allah subhanahu wata’ala melindungi kaum muslimin dari segala fitnah (ujian hidup), yang nampak ataupun yang tersembunyi dan semoga merahmati kita semua dengan bimbingan-Nya."
Valentine's Day adalah Hari Raya di luar Islam untuk memperingati pendeta St. Valentin yang dihukum mati karena menentang Kaisar yang melarang pernikahan di kalangan pemuda. Oleh kerana itu tidak boleh ummat Islam memperingati hari Valentin's tersebut.Haram hukumnya umat Islam ikut merayakan Hari Raya orang-orang di luar Islam."Barangsiapa meniru suatu kaum, maka ia termasuk dari kaum tersebut." (HR. At-Tirmidzi).

KASIH SAYANG MENGIKUT ISLAM ITULAH HAKIKI
Semoga Allah SWT senantiasa menjadikan hidup kita penuh dengan kecintaan dan kasih sayang yang tulus, yang menjadi jambatan untuk masuk ke dalam Syurga yang hamparannya seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.
Semoga Allah menjadikan kita termasuk di dalam golongan orang-orang yang disebutkan di dalam hadith Qudsi:"Allah SWT berfirman yang bermaksud, "Kecintaan-Ku adalah bagi mereka yang saling mencintai kerana Aku, yang saling berkorban kerana Aku dan yang saling mengunjungi kerana Aku." (Riwayat Ahmad)
~ HANYA ALLAH S.W.T DAN RASULULLAH YANG BENAR2 LAYAK UNTUK DIKASIHI~

~stefaislle~

No comments: