Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Berdasarkan Akta Hakcipta 1987:
Dilarang untuk mencetak, mengulang siar, mengambil, mencuri, menciplak, dan sebagainya tanpa izin daripada penulis.Hak cipta blog adalah terpelihara (Kenyataan ini hanya untuk penulisan saya dalam subjek 'karyaku' kerana melibatkan penghantaran ke media cetak.Penulisan lain tiada akta halangan.Dialukan penyebaran)

Monday, August 31, 2009

Kembara Ramadhan


10 Ramadhan 1430H

1/3 Ramadhan telah berlalu. Apakah Ramadhan kali ini dilalui dengan lebih sempurna daripada sebelumnya.Adakah Ramadhan kali ini dihiasi dengan ibadah yang lebih bermakna.Adakah Ramadhan kali ini dihayati dengan makna yang lebih mendalam,yang terhijab,tersirat di sebalik hikmah pensyariatannya..Ayuh kita muhasabah diri bersama..

Bulan Ramadhan juga dikenali sebagai “Shahrun Mubarak” yang bermaksud bulan keberkatan. Dikatakan sebagai bulan yang penuh rahmat dan keberkatan kerana di dalamnya mengandungi beberapa keistimewaan antaranya diturunkan kitab suci al-Quran yang menjadi petunjuk dan pedoman umat manusia, umat islam diwajibkan melakukan ibadah puasa di siang hari, ibadah solat sunat tarawikh pada waktu malam dan juga ibadah sahur.Di sinilah peluang untuk kita meraih keberkatan dan kerahmatan Allah swt.

SWOT Ramadhan

Setiap apa yang dilakukan dalam hidup kita,pasti ada objektifnya samada tersurat mahupun tersirat. SWOT adalah perkara basis dalam mana-mana bidang pengurusan..Mungkin kita sudah terbiasa dengan penggunaannya dalam pengurusan sistematik.Jadi tidak salah jika kita yang inginkan Ramadhan yang bermakna, SWOT Ramadhan kita lakarkan. Setiap Ramadhan,pastinya suasana,kondisi dan sekeliling kita berbeza. Jika sebelum ini sebagai pelajar,bila bergelar pekerja..masa diperuntukkan juga berbeza..Jika sebelum ini bujang,pabila sudah berkahwin mahupun mula bergelar ibu/bapa...pasti ruang ibadah juga sedikit berbeza.Letakkan objektif kita,yang pada hemat saya objektif setiap kali menjelang Ramadhan adalah kita mengharapkan keampunan dan meningkatkan ketaqwaan. Letakkan azam kita, walaupun hanya sedikit, kita berusaha merealisasikannya.

Rasullullah pernah berpesan dalam sebuah hadits yang ertinya:” Sesungguhnya umatku yang mengerti nilai-nilai yang terkandung dalam bulan ramadhan itu pastilah mereka menginginkan supaya seluruh bulan dalam bulan ramadhan itu terkumpul bermacam-macam-macam kebajikan yang mendatangkan pahala (hasanat), ketaatan diterima, do’a-do’a dikabulkan, dan akhirnya timbul kerinduan terhadap syurga “ (HR. Ibnu Abbas).

Perteguhkan keyakinan

Pada waktu melaksanakan ibadah puasa orang yang bertaqwa akan menunjukan bahwa dirinya itu tidak dapat terlepas dari pandangan-Nya. Dia akan merasa dekat dan selalu mendekatkan diri kepada-Nya. Sehingga, tidak berani untuk melangggar semua perintah yang sudah dtentukan oleh Allah dimanapun dia berada dengan keyakinan yang dimilikinya bahawa Allah pasti mengetahui walaupun tidak ada orang yang mengetahui.

Keyakinan datangnya dari asal 'aqadnya' kita dengan Allah SWT. Sejak di alam rahim,kita telah berjanji padaNya akan beriman padaNya.Kemudian kita diperteguhkan dengan kalimah lafaz syahadatain melalui azan/iqamat yang diperdengarkan sebaik sahaja dilahirkan. Dan surah al-ikhlas yang diturunkan membantu kita memperteguhkan lagi keyakinan atas setiap kejadian kehidupan pada Yang Berkuasa. .

Allah swt telah berfirman,mafhumnya:” Dan apabila para hambaku bertaqwa kepadamu tentang aku. Maka (jawablah) bahwa aku adalah dekat. Aku mengabulkan orang yang mendo’a, apabila ia berdo’a kepadaKu. Maka dari itu hendaklah mereka itu memenuhi (segala permintaan) Ku. Dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran “ (Q.S Al Baqarah:186).

Di bulan barakah inilah, kita cuba perbaiki dan perteguhkan kembali keyakinan padaNya yang kadang-kala goyah dek ujian duniawi..meningkatkan ketaqwaan,memperteguhkan keyakinan..semoga kita menjadi hamba yang bersyukur dan cekal mengharungi segala..

Ramadhan juga untuk memberi

Seringkali Ramadhan membuka tirainya, kita sibuk memikirkan 'hal' sendiri sahaja. Meraih cinta dan kasih sayangnya.Sehingga kita terlupa pada yang memerlukan..

Imam al-Tarmizi meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah ditanya:
Sedekah apakah yang paling utama?
Baginda menjawab, Seutama-utamanya sedekah adalah di bulan Ramadan.
Rasulullah s.a.w., pada bulan Ramadan ini sangat dermawan dan pemurah. Digambarkan bahawa sentuhan kebaikan dan pemurah Nabi s.a.w. kepada masyarakat begitu menyeluruh, lebih merata saujana sifatnya daripada sentuhan angin terhadap benda-benda di sekitarnya. Sesuai dengan bulan Ramadan yang mulia ini, kita disaran agar memperbanyakkan sedekah walaupun sekadar sebiji kurma ataupun seteguk air.


Kadangkala kita terlepas pandang ibadah ini yang hakikatnya terkandung berganda ganjarannya.Islam memandang harta meskipun ia merupakan hasil keringat sendiri, tidak sebagai hak mutlak pemiliknya. Harta yang dimiliki seseorang, pada pandangan Islam mempunyai hubungan dengan persoalan kemasyarakatan.

Dari sini maka Islam mengajarkan bahawa infaq, yang merangkumi sedekah dan zakat adalah suatu keharusan. Beberapa kali al-Quran menegaskan bahawa dalam harta yang dimiliki seseorang ada hak yang mesti diberikan, misalnya kepada orang-orang miskin dan tertindas, keluarga dan masyarakat secara umum.

Kesempatan inilah yang seharusnya diraih oleh mereka yang berkemampuan untuk bersedekah, khususnya pada bulan Ramadan kerana dijanjikan pahala yang berlipat ganda.

Orang yang menjauhkan dirinya daripada perbuatan keji dan kikir termasuk dalam golongan-golongan yang dijanjikan kebahagiaan. Allah s.w.t. menegaskan dalam surah at-Taghabun ayat 16-17 bahawa sedekah yang dikeluarkan oleh kaum Mukmin untuk fakir miskin, pada hakikatnya bermanfaat bagi si pemberi sedekah itu sendiri. Setiap sedekah yang dikeluarkan oleh seseorang, manfaatnya akan kembali kepada orang itu juga.

Jadi, sepatutnya disedari oleh kaum Mukminin, betapa besar kebaikan dan kenikmatan Allah s.w.t. Kebaikan yang tidak ternilai harganya. Allah s.w.t menciptakan kebaikan berupa harta, kemudian menisbatkan kepada hamba-Nya, Allah menyuruh hamba-hamba-Nya untuk berinfaq sebagai suatu kebaikan dan menamakannya sebagai pinjaman daripada Allah kepada hamba-hambanya. Padahal semua itu datang daripada Allah s.w.t.

Sesungguhnya bersedekah pada bulan Ramadan merupakan antara jalan yang membawa kita ke arah penyucian hati dan jiwa. Oleh yang demikian itu, raihlah segala tawaran Allah s.w.t. bagi mencari dan menemukan kunci syurga..

Buat Sahabat Sekalian
Semoga perkongsian dan peringatan ini adalah untuk muhasabah bersama terutama diri ini yang sering alpa.
Ayuhlah sahabat, di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, kita bersama meningkatkan ibadah dengan amal-amal soleh sebagai pembuktian iman dan taqwa kita kepada Allah SWT. Amin..

Sunday, August 30, 2009

Rintihan Keinsafan


...petikan air mata keinsafan Aima Insyirah-MCF page 85-86..panduan kembali buat diriku..

Duhai Tuhan Yang Agung
Daku datang mengadu padaMu
Sakitku, peritku
Air mataku mengalir
Engkau belaiku penuh kasih
Bebananku, Engkau ringankan

Duhai Tuhan Yang Pengasih
Hatiku merengut-rengut suruh membenci
Namun akal yang Engkau kurniakan masih sahih
Kasih jua kuberi
Rinduku jua yang memekar

Duhai Tuhan
Daku kesakitan tanpa luka
Engkau jua yang datang merawat
Makin cuba kuberdiri
Makin kuat ujian mendatang
Daku kepedihan sendiri.
Kepahitan
Bukan hempedu yang kutelan
Malah lebih pahit
Tekakku serasa ingin loya
Kutelan jua, demiMu

Duhai Tuhan
Amarahku umpama larva yang mengalir
Akan memusnahkan bila-bila masa
Namun sabar yang Engkau beri
Sesejuk salji memadamkan api

Duhai Tuhan
Mengapa diamku di salah erti
Apakah tiada kasih insan buatku
Duhai Tuhan
Temanilah daku, jalanku penuh sepi
Kuatkan daku dengan kasih-Mu

Malam terus berlalu dihiasi dengan zikir dan munajat sang hamba kepada Khaliknya, sujud menyembah pada Pencipta, memohon keampunan di atas kelalaian dan dosa- Aima Insyirah,Melakar Cinta Firdausi-

Petikan Tazkirah 'Abi Yussof' MCF

9 Ramadhan 1430 H
Sahaja ingin saya bawakan petikan tazkirah Abi Yussof watak pimpinan utama Gerakan Assoft dalam novel Melakar Cinta Firdausi.Sebagai peringatan diri ini terutamanya dan sahabat sekalian. (MCF :page 60-61)

FIRMAN Allah dalam an-Nash, ayat 1-3, "Apabila telah datang pertolongan dan kemenangan Allah dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepadanya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima Taubat."

"Sebagai pejuang yang mendokong perjuangan Islam, meletakkan nyawa dan segalanya dalam perjuangan ini, perbanyakkanlah istighfar selamanya dan bertaubat atas kelalaian dan kekurangan dalam ketaatan.
Selalulah kita mengulang menyebut kalimah `Robbigh Firlii Khothii-atii Yaumad Diin':
Ya Tuhanku, ampunilah kesalahan-kesalahanku pada hari pembalasan nanti. Semoga dosa-dosa kita diampuni dan perjuangan kita diberkati."

"Teruskan berjihad menuju matlamat, walau sejauh mana jarak dan lamanya tempoh masa, sehinggalah bertemu Allah di atas jalan ini dan kita akan beroleh kemenangan dengan memperoleh salah satu daripada dua perkara sama ada mencapai matlamat perjuangan atau mati syahid."

Firman Allah, "Di kalangan orang-orang Mukmin itu ada yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah, maka di antara mereka ada yang gugur, dan di antara mereka itu ada pula yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak mengubah janjinya." (al-Ahzab:23)

"Perjalanan perjuangan ini sangat panjang, dan terdapat pelbagai peringkat serta banyak halangan. Namun teruskan untuk thabat, kerana inilah satu-satunya jalan demi mencapai matlamat berserta ganjaran dan pahala yang besar. Perkemaskan persediaan diri, persediaan yang rapi, menunggu kesempatan dan perlaksanaan yang baik untuk bertindak. Semua itu akan menggadai masa kita. Thabatlah wahai pejuang-pejuang pilihan Allah sekalian."

"Ingatlah kalimah masyhur baginda Nabi terhadap bapa saudaranya, 'Demi Allah wahai bapa saudaraku, sekiranya mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku sebagai tawaran agar aku meninggalkan urusan dakwahku ini, aku tidak akan meninggalkannya sehinggalah Allah mengurniakan kemenangan ataupun aku dibinasakan kerananya. Sematkanlah di hatimu wahai jundullah akan peringatan ini. Ayuhlah kita sama-sama berdoa, meminta Allah thabatkan hati kita dalam perjuangan ini sehingga tiba ketentuannya'."

Tazkirah Abi Yussof semalam masih diingati Aima Insyirah. Cukup memberkas di jiwa. Kata-kata dengan tiupan roh mampu menggegarkan jiwa sesiapa yang mendengarnya.

Saturday, August 29, 2009

~Bicara Episod Perjuangan~

Bismillahwalhamdulillah...segala syukur ke hadrat Allah, Pencipta semesta alam..


Jam dunia terus berputar, Ramadhan kian merangkak meninggalkan kita sehari demi sehari..Begitu pantas masa berlalu..Terasa lama tidak bicara soal 'perjuangan'..Sungguh, perjuangan Islam kini semakin diuji dari pelbagai sudut..Media massa begitu lancang menuduh ulama' islam, TG Nik Aziz, TG Hadi Awang tanpa bertapis...laser memomokkan PR juga jemaah islamiyyah, pas dengan pelbagai isu fitnah dan kebohongan..Benar, jika saya tergolong dalam golongan orang awam, yang tidak memahami apa itu erti perjuangan islam akan turut terpengaruh dengan media massa negara yang melampau..Tiada apa yang boleh dikatakan pabila mendengar siaran berita, membaca akhbar..melainkan kata-kata yang melahirkan rasa sakit hati atas 'kezaliman' golongan yang terus-terusan memerangi Islam, dengan mereka sedari mahupun tidak..dengan sengaja ataupun tidak..


Tahniah Kemenangan Berpihak Islam
Tahniah buat kemenangan di Permatang Pasir N11...Tahun ini negara banyak berhadapan dengan pilihanraya kecil, bermula sejak pilihanraya K.Terengganu,Bukit Gantang, Manek Urai dan banyak lagi yang menampakkan rakyat masih bersama Islam dan keadilan. Alhamdulillah.Mungkin ada hikmah Allah mahu tunjukkan,seperti janjiNya..Islam tetap akan menang dan tertegak di muka bumi ini..Sesungguhnya telah dijanjikan Allah..
..Al-Islamu ya'lu wala yu'la 'alaih..


Isu vs Isu

Tak berniat untuk mengupas isu..sekadar secara list down dan skimming meninjau isu2 kontroversi negara agar kita semua tidak sekadar melihat isu-isu dalam skop diri sendiri juga hal2 yang kecil
> Orang UMNO tak boleh masuk syurga -TG Nik Aziz-

> Kematian Teoh Beng Hock- Pembunuhan atau bunuh diri?

> Tafsiran 'pergi jahanam Umno - putar belit

> Isu Arak kerajaan Selangor

> Isu rotan model, Karthika

> Isu Mansuhkan ISA -momokan kerajaan melampau

> Isu PPSMI - kerajaan masih berdolak dalih.. dan isu-isu lain yang mungkin tidak mampu disenaraikan di sini..

Perlunya intima' bersama jemaah Islam

Sabda Rasulullah s.a.w : "Sesungguhnya syaitan adalah serigala kepada manusia sebagaimana serigala kepada kambing. Ia membunuh kambing yang bersendirian dan berasingan, maka awasilah kamu dan juga masyarakat dan diwajibkan atas kamu berjemaah,berinteraksi dan mengimarahkan masjid"

Dalil ini dibawakan sebagai peringatan antara salah satu peneguh kenapa perlunya kita kepada jemaah. Berada di alam realiti perjuangan, barulah kita akan menyedari perlunya kita kepada jemaah dan tarbiyyah harakah Islamiyyah. Pabila percampuran sosial di tempat kerja, kawan-kawan sekerja, sedikit sebanyak pemikiran dan aspek sosial kita akan berubah dengan suasana semasa. Apatah lagi dengan suasana politik kini sering memburukkan harakah islamiyyah yang dulunya kita faham,yakini secara bertulis dan hafalan semata.


Hanya mampu menyelamatkan kita daripada gejala mutasaqit dan futur (wana'uzubillah), adalah kefahaman dan tarbiyyah yang telah dipasakkan dalam jiwa,minda kita di awal pengkaderan. Di sinilah peri pentingnya penerapan arkanul bai'ah dalam tiap jiwa-jiwa yang cintakan Islam dan perjuangan ini. Belaian kitab-kitab haraki perlu diteruskan. Seingat di alam kampus, jadual lengkap diberikan bila perlunya tamat membaca buku2 haraki yang telah disusun mengikut marhalah dan waqi'iyyah. Sungguh, tarbiyyah dulu memang terjaga kerana kita masih berada bersama golongan fahmu. Sedetik kita terlupa, bila melepasi fasa tarbim alam kampus, kita akan mudah terlupa dan mula beku..sedikit demi sedikit tanpa kita sedar, kita telah jauh daripada jemaah dan perjuangan.


Beruntunglah kepada sesiapa sehingga kini, masih ikhlas berintima' dalam gerakan perjuangan. Jangan difikirkan perlu 'berehat' seketika selepas melepas sesuatu fasa, kerana kelak itulah yang akan membakar diri kita. Tarbiyyah yang telah diterapkan dalam diri, jadikan pegangan utuh..kerana itulah sahaja yang akan menyelamatkan kita..dan bersama jemaah Islamiyyah sahajalah yang akan menjamin kita daripada mudah terpengaruh anasir2 luar, daripada dibaham serigala2 yang sememangnya menantikan2 kita menuju ke 'mulut ganasnya'.


Ingatkan pada diri..yang kita adalah golongan tarbiyyah,kita mengaku pendokong perjuangan Islam,kita mengaku sebagai pendakwah Islam...tindakan,akhlak dan pergaulan juga pemikiran serta prinsip kita adalah berbeza daripada golongan awam..Janganlah kita yang menjadi air yang terus terserap ke dalam tanah tanpa mengeluarkan semula sesuatu berhasil dikeluarkan melalui tanah..


"Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (drpd memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan islam dan umatnya).Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu.Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama kamu" (Al-Maidah:3)

Doaku

Ya Allah, terima kasih atas anugerah kefahamanMu.Terima kasih mengenalkanku erti perjuangan ini.Ya Allah, sumbanganku pada perjuangan ini terlalu hina, tiada secicip pun mampu dikhabarkan.Namun Ya Allah, hanya ku mohon padaMu, berikan aku kekuatan untuk menongkah arus ujianMu untukku ku teruskan sisa hidupku bersama perjuanganMu ini. Istiqomahkan hatiku pada jalanMu,janganlah KAU palingkan hatiku tergadai perjuangan dek tergoda kenikmatan duniawi. Perjuangan tidak memerlukan aku, tetapi aku yang sangat memerlukan perjuangan ini.Amin Ya rabb'...

Friday, August 28, 2009

:: Monolog Ramadhan ::



Sesekali menyedari
Pada senja yang merah ini
Aku tidak mahu lagi berbicara
Tentang sisa kenangan lalu
Menyingkap tabir sejarah
Yang merobek hati luka berdarah
Memungut kasih yang tak kesampaian
Resah gelisah dimain perasaan
Sesekali menyedari
Pada malam yang dingin ini
Lebih baik aku menghitung
Dosaku yang menggunung
Renung ke dalam diri
Jenguk hatiku yang kotor
Bertasbih,bertahmid, sujud dan syukur
Lalu kuhadapkan wajahku padaNya
Berserah diri mengharap simpati
agar aku diampuni

Sesekali pada subuh yang hening ini
Kusedari siapalah aku
Kalau hanya seorang hamba
Hidup mati ditentukan Allah
Punya diri tak selamanya...
Punya kehidupan tapi sementara.....

~KMJ 2003~
~7 Ramadhan 1430H (28.08.09)~

::welcome 2 world..zinnirah::

Alhamdulillah pd 24.08.09(3 Ramadhan 1430H), Zinnirah Hannah selamat dilahirkan di Hospital Ampang,KL...kehadiran Zinnirah dinantikan semua..semoga menjadi anak solehah,srikandi pertama dalam keluarga ini..Moga menjadi sehebat mujahidah Islam ulung, Zinnirah..amin


ZINNIRAH (UNIC)

Hadirmu bersama kuntum senyuman

Walau dirimu hamba tawanan

Kau jadi impian firdausi
Kau jadi pingitan hiasan duniawi
Walau tak pernah melihatmu
Zinnirah.....

Matamu jadi taruhan
Gantian lara nilaian iman
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan derita ini
Terlindung sudah indahnya maya
Mata hatimu tetap menyala

C/O: Oh Zinnirah.....
Kau umpama bintang di malam hari
Menerangi alam dan ditemani cahaya purnama
Selaut kasih kau hamparkan untuk Ilahi
Tiada sempadan dan tiada bertepi

Oh Zinnirah...
Kau umpama bintang di malam hari
Menerangi alam dan ditemani cahaya purnama
Cinta murni yang kau damba untuk Ilahi
Tiada sempadan dan tiada bertepi

Oh Zinnirah...
Kau serikandi sunyi bersendiri
Di medan ngeri dan bersuara sepenuh berani
Kasih suci yang kau hulurkan untuk Ilahi
Menagih korban kasih abadi
Hadirmu bersama senyuman
Walau diri hamba tawanan
Kau jadi pedoman
Zinnirah...
kau gadis pilihan
Hiasan dunia
Penyeri di firdausi
>dedikasi dari cik mie buat zinnirah kusayang<

Saturday, August 01, 2009

::Belajar Jawi n Arab::

Bismillahwalhamdulillah..mencuri waktu untuk menaip,berkongsi pengalaman walaupun bukanlah tulisan ilmiah.Tiada kemudahan internet seperti sebelum ini, curilah masa ketika di sekolah atau sebagainya..(^ ^)


Belajar Jawi dan Arab
Seorang pelajar India beragama Hindu kelasku, Kalai cukup menunjukkan minat untuk belajar tentang Islam.Rasanya mengambil masa tempoh yang agak lama untuk dia boleh mula belajar.Biasalah, bila melibatkan agama, bimbang timbul isu,kontroversi...kena uruskan mengikut prosedur pentadbiran sekolah..pelbagai halangan sehingga dia dipersoalkan oleh guru bahasa Tamilnya..'Kenapa mahu belajar Islam?'..."Bukan kamu boleh maju dengan Islam."..ujar cikgu itu sebegitu..Kesian ku mendengar cerita pelajar tersebut..Tapi Alhamdulillah..ibu bapanya membenarkan dan menggalakkan dia belajar ilmu jawi dan Arab.

'Cikgu,mak saya cakap, belajar Arab je, bukan belajar Islam.'

Aduh..ku pun pening..nak belajar jawi,arab tapi bukan Islam..Beberapa kali ku soal. Dia pun jawab semakin berbelit. Sukar untuk kufahami keinginannya..Tapi, bila difikir-fikirkan bukannya dia dan familinya tahu apa itu 'ISLAM'.. Lalu ku berkata, 'belajarlah arab dan jawi dulu,manalah tahu keberkatan huruf2 kalamullah itu, nanti akan sampai hidayah untuk dia mempelajari Islam.'

Bukan pelajar pintar

'Anak saya ni cikgu, dia selalu sakit2 masa dia kecil2.Dia punya dengar kurang baik,cikgu,' ibu pelajar itu bercerita.
'Dia memang ckp kuat2, sebab dia kurang dengar. Dia pun agak kurang pandai.'

Ku mendengar dan memahami. Dia seorang pelajar yang bersemangat dalam apa jua hal,jadi pengawas,ingin aktif dalam kokurikulum dan ingin belajar.Tapi kadang2 penat juga melayan kerenah kerana tidak berhenti2 bercakap..

Ku hadiahkan buku latihan jawi dan arab kepada Kalai. Dia gembira. Setiap hari buku itu dibawanya ke sekolah. Tunjuk pada kawan2nya dan guru. Semangat sungguh. Sudah dua kali ku berjanji dengan dia untuk datang ke sekolah awal, untuk ajar dia jawi. Tapi setiap kali berjanji, ku menanti, tak nampak2 kelibatnya. 'Saya xjumpa cikgu'. Jawabnya. Erm, xpela, xde rezeki lagi.

Cepat pikat
Oleh kerana tiada kuliah/program pada hari Sabtu, ku mengambil kesempatan untuk mengajar dia di sekolah disamping jalankan aktiviti persatuan...Satu per satu huruf ku ajar dia menyebut...

Aku terpesona..dengan sekali ajar, dia dapat menyebut huruf arab dengan baik...dan dia ingat!

Maha suci Allah, lidahnya lembut dan dadanya dilapangkan. Diikutkan, lidah india sukar menyebut sesuatu perkataan dengan baik..tapi tidak pada Kalai..ku mengagumi di dalam hati. Semuanya dari Allah. Biarpun sedikit yang mampu dan berkesempatan mengajarnya, moga suatu masa nanti Kalai akan tertarik untuk mengenali dan bersama2 sebagai seorang Muslim.InsyaAllah..

'Cikgu, bila saya boleh masuk dalam surau sekolah tu?solat?'...soalnya pada suatu hari.

Sunday, July 19, 2009

Ruang Kesibukan di Celah Kelapangan

Bismillah walalhamdulillah

Lama tidak mencoret,terasa beku. Ada ilmu atau x,tak pasti.Dunia kerja menyebabkan dunia buku ditinggalkan.Ingatkan pada diri..membaca,membaca dan membaca,jangan dilupa.Keupayaan membaca makin lemah..Moga kita akan terus menuntut ilmu selagi mampu mampu walau dengan apa cara sekalipun.

Dalam Kelapangan
Manusia sentiasa mencari kelapangan..Terimbau lagu nyanyian Raihan..Carilah 5 sebelum 5..nak disebutkan di sini, "LAPANG sebelum SEMPIT"...Kita sukar untuk menghargai 'Kelapangan' yang ada sebelum datangnya sempit itu..Perlu difahamkan maksud 'Lapang' di sini bukanlah untuk tidur sehingga 9-10 jam, tengok tv dengar radio dan memenuhi masa dengan pengisian yang kurang bermanfaat. Alangkah ruginya masa yang lapang itu kita penuhkan hanya dengan tidur..separuh hari penuh dengan tidur..tengok tv 24 jam...Allah telah berfirman dalam suratul 'asr mafhumnya:

Demi masa(1)
Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian(2)
Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran(3)

Manusia selalu berada di dalam kerugian, KECUALI yang kerjakan amal soleh dan amar ma'ruf wa nahi munkar. Inilah yang dikatakan LAPANG sebelum SEMPIT.."Amal SOLEH" jangan diskopkan sempit..nampak memegang tasbih, berteleku di sejadah, bertadarrus Quran. Jika kita seorang suami/isteri, laksanakan tugas seorang suami/isteri, jika kita seorang bapa/ibu, tunaikanlah tanggungjawab kepada anak-anakmu. Jika kita seorang anak, tunaikanlah tanggungjawab sebagai seorang anak kepada ibu bapamu. Jika 5@6 x seminggu masa dipenuhi dengan belajar/bekerja..waktu cuti atau waktu lapanglah peluang dan ruang untuk kita kerjakan 'Amal Soleh' ini. Sesungguhnya setiap amal/perbuatan dilakukan kerana ALLAH swt adalah ibadah.

Kesibukan di celah Kelapangan

Biasanya kita mencari ruang kelapangan..Ada ke antara kita ingin mencari ruang kesibukan?
"Life is not time to rest...but Dead is the real time to rest"...simple quotation yang menjadi motivasi agar terus 'menyibukkan' diri di dunia untuk 'kelapangan' di akhirat. Jika kita yang sudah/baru/akan diberi pendedahan dan sudah merasakan 'taklifan' di bahu untuk kerja-kerja dakwah...pasti sudah terbiasa dengan kesibukan ini..Kadang2 terasa terlalu penat,exhausted dengan kesibukan ini..Tapi percayalah..bila kita diberi kelapangan nanti, kita akan merasakan terlalu rindukan 'kesibukan' itu...Sebagai yang mengaku seorang 'daie'.,yang berintima' dengan jemaah..kita perlu fikirkan 'out of the box'...jika orang awam fikirkan ingin mencari 'LAPANG'...tetapi kita perlu fikirkan untuk mencari 'SIBUK' dan seimbangkan 'LAPANG', antara 'AMAL SOLEH' dan 'AMAR MA'RUF NAHI MUNKAR'.

Hidup Berkelana

Erti sibuk di celah lapang mengena kehidupan saya sendiri. Entah mengapa, bila tibanya wekend, fikiran akan mencari idea untuk ke mana2 atau lakukan sesuatu. Sabtu belajar separuh hari, jika tiada program ahad..saya akan pergi habiskan masa bertemu sahabat,adik2...ziarah sahabat yang baru menimang anak, ke rumah kakak atau ziarah adik di kampus juga melakukan kerja2 teknikal yang tertangguh. Urusan perlu diuruskan di rumah awal, setlekan sebelum 'terbang' ke mana2. Jika ada program...sebelum/selepas program,bila di rumah waktu inilah nak uruskan hal-hal berkaitan rumah,kereta dan membaca!! Bak kata orang ....Masih bujang bolehlah kan..Kalau dah hidup berdua,bertiga,berempat...mesti dah tak terkejar..hehe. Lain pulak caranya..kena amal prinsip 'Menyelam sambil minum air'...Tapi tak salah, walau masih bujang..cubalah praktik sedikit2 buat kerja rumah seolah telah berumahtangga..nanti taklah culture shock..betul kan..Semua perlu agak tanggungjawab di rumah tak tercicir, tanggungjawab di luar tak terabai dan tanggungjawab di tempat kerja dilakukan dengan sempurna. InsyaAllah kehidupan selepas ini akan bertambah sibuk, selepas selesai pengajian Quran di Usim, saya akan menyambung pengajian Master di UKM separuh masa (setiap wekend)...Untuk kerja2 nisa,muslimat jika tak dapat hadir pada tempat program, saya akan bantu kerja2 sblm program,usrah nisa' dan juga adik2 teen circle. Kerja macam biasa, sebagai guru,pengurus,kaunselor...semua terangkum semua. Novel seterusnya?? Aini..bila kita nak mula ni..sit up sama2..Moga Allah istiqamahkan hati dan diri pada jalan ini..Amin. Biar sedikit tapi berhasil..jangan jadi yang dikejar tak dapat..yang dikencong keciciran. Moga kita menjadi insan yang sentiasa bersabar dan bersyukur.

Lazimi Istighfar dan Bersyukur

Drpd Ibn Abbas r.a. berkata,Rasulullah s.a.w. bersabda : 'Sesiapa yang kerap beristighfar,maka Allah swt akan
menjadikan baginya setiap kesempitan ada jalan keluar,dan dalam setiap kesedihan ada pelepasannya dan dianugerahkan baginya rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka.' (HR Abu Daud) Hadis riwayat Aisyah ra, ia berkata:

“Jika Rasulullah saw. melaksanakan solat, beliau berdiri (sangat lama) sampai kedua kaki (telapak) beliau pecah-pecah. Aisyah ra. bertanya:
Wahai Rasulullah, kenapa engkau berbuat seperti ini padahal dosamu yang terdahulu dan yang akan datang telah diampuni? Lalu beliau
menjawab: Wahai Aisyah, apakah aku tidak ingin menjadi seorang hamba yang bersyukur” (HR Muslim)

Dua hadith ini buatku muhasabah lama. Ya Allah terima kasih atas segala nikmat,ujian dan rezekiMU..Jadikanlah kami hamba2 yang sentiasa bersyukur. Tiadalah yang lebih hebat dalam bersyukur,tiada yang boleh menandingi kekasihMu Muhammad s.a.w.

Friday, July 10, 2009

Meskipun RAPUH dalam Langkah



detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Sunday, June 21, 2009

..Keinginan Menuntut Ilmu..


Sabda Nabi SAW :
Daripada Abu Darda' RA, beliau berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : Barangsiapa melalui satu jalan untuk mencari ilmu nescaya Allah mempermudahkan baginya satu jalan ke syurga. Sesungguhnya malaikat-malaikat melabuhkan sayap-sayapnya kepada penuntut ilmu yang redha dengan apa yang mereka lakukan. Sesungguhnya apa yang ada di langit dan apa yang ada dibumi sehinggakan ikan di air beristighfar kepada orang alim. Kelebihan orang alim berbanding orang abid adalah seperti kelebihan bulan berbanding seluruh bintang. Sesungguhnya ulama' adalah pewaris anbiya' dan para nabi tidak mewariskan dinar dan tidak pula dirham akan tetapi mereka mewariskan ilmu. Sesiapa mengambilnya sesungguhnya dia mengambil keuntungan yang banyak.
(Hadis Riwayat Tarmizi, Abu Daud dan Ibn Majah)

Memetik hadis Nabi s.a.w mengenai kelebihan menuntut ilmu,ingin saya berkongsi pengamatan saya sendiri apabila mengikuti kuliah talaqqi quran bwh unit pembelajaran sepanjang hayat. Lahir rasa kagum pada 'teman2 sekuliah' yang lain,yang datang dari pelbagai tempat dan latar belakang.Kuliah ini meliputi ilmu qiraat,ulum quran,ilmu tajwid juga talaqqi quran.

Dihitungkan, sayalah paling muda,masih bujang di situ dan juga paling dekat untuk ke kampus (ambil masa 1jam lebih dari rumah) Kebanyakan 'teman sekuliah' adalah golongan professional ,ustaz/ustazah dan pertengahan usia dan juga datangnya dari negeri2 lain.
Dr.Razak, Dr. Sapora merupakan pensyarah USIM sendiri daripada FST. Dr.Zulkifli,Tn.Abdullah Abd Mutallib,seorang peguam berpengalaman bersama kawan2nya datang dari Batu Pahat,Johor.

Kak Hidayah,dari Johor Bharu bersama suaminya dari Singapura. Ada yang berasal dari Indonesia.Ada seorang yang juga berasal dari Singapura.Ada datangnya daripada Tangkak,Muar,Johor. Yang saya kira bukanlah dekat dengan kuliah hanya 1x setiap hari Sabtu.Seawal 4 pagi sudah bertolak dari Johor,untuk tiba di kampus Nilai sebelum kuliah bermula,8.30 pagi.Sungguh besar keinginan dan semangat mereka semua.

Terasa kerdil pulak diri ini berbanding dengan 'teman2' sekuliah lain. Tapi seronok bergaul bersama mereka semua,matang,banyak pengalaman,berilmu,banyak idea2 yang kritis2..Pensyarah yang memberi kuliah tak pernah sunyi dengan pelbagai soalan2 yang ditimbulkan oleh mereka semua yang saya kira memang soalan yang cukup kritis dan perlukan hujjah yang baik.Kadang2 kesian tgk ust2 yang mengajar tersipu2 malu yang masih muda saya kira,sering diusik, gurau senda tak pernah sepi.

Semangat 'teman sekuliah' dijadikan inspirasi untuk terus menuntut ilmu selagi masih diberi ruang,lapang sebelum sempit,hidup sebelum ajal. Semoga segala jalan yang ditempuh oleh mereka yang menuntut ilmu kerana Allah,dipermudahkan jalannya ke syurga.

Firman Allah SWT : "Allah mengangkat orang-orang yang beriman diantara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat". (Surah Al-Mujadalah : 11)


p/s :sesungguhnya menuntut ilmu kerana ingin lulus,dianugerahkan scroll dengan kerana untuk diri,masyarakat&akhirat..rasa itu adalah berbeza..wallahua'lam

Saturday, June 20, 2009

..Hadiah Dari Beijing::

Bismillahwalhamdulillah

Cantik ku terima hadiah dari Beijing, Red Bracelet with Very Cute Bag.Thanks ya Gao Zhie atau lebih dikenali sebagai Emma. Walau tak pernah sampai ke Beijing, dapat cenderamata dari sana pun dah cukup.(",).Emma merupakan pelajar TESL Ukm yang berasal dari Beijing,China. Praktikal di sekolahku dan mengambil kelas ku, 2C.

'Aimi, ni cikgu praktikal dari China. Bimbing dia. Fully english speaking,' Cik Aspa,PK petang memberiku jadual. Ku memandang k.Nazrah.
'Wah, akak! Mcm mana ni? Dahla 'speaking' hancur..'

So far, not bad..i've try to speak with Emma. Mula2 susah jugak nak faham 'slang' Em
ma. Yela, di Beijing di belajar English US, Malaysia belajar English British..campur pulak 'slang' chinese...pelbagai jenis 'pronoutation' jadinya..But, its fun for me.


Observed

Sebagai guru pembimbing(yg sbnrnya xlayak pun), kenalah 'observed' p&p Emma at least 1x seminggu..Masuk sahajalah walau tak layak..Nanti nak bagi komen,nak bincang dengan supervisor,lecturer Emma. Masuk 2C, mulalah pelajar2 ni, terutama yang laki sibukla nak tanya...

'Bila Teacher masuk kelas balik? Tak fahamla Teacher.' yela Emma mmg xfaham Melayu dan xpandai cakap Melayu.


'Tengoklah, kalau teacher rajin, teacher masuklah,' saja main2 dgn student tu. Nak tergelak pun ada. Dulu bila kita ajar, xpernah nak duduk diam, nak senyap. Sekarang ni sibuk lak nak tanya,bila nak ajar mereka balik..Ku sekadar tersenyum. Dalam hati (mcmla teacher Aimi ni pandai ngajar sangat..)

Papepun, seronok juga jadi guru pembimbing. Bukan seronok tgk salah cikgu praktikal, tapi seronoknya dapat belajar dari kelebihan,kekuatan dan kelemahan dia. Apa yang die lemah,maybe itu jugak yang kita lemah. Jadi dapatlah untuk perbaiki diri sendiri. Apa kelebihan dia, cuba ikut...

Anyway THANKS EMMA...I ALSO LEARN FROM YOU...
YOU ARE BETTER THAN ME..

Unity Goverment : Dalam Keributan


Unity Government ataupun Kerajaan Perpaduan masih dalam keributan. Setiap hari di dada-dada akhbar nasional isu ini hangat diperkatakan. FOKUS pihak media kepada ‘MASALAH PERGADUHAN,PERSENGKETAAN PIMPINAN PAS dan PR lebih menimbulkan kecambahan kekeliruan, ketida keyakinan kepada kepimpinan jemaah islam di Malaysia.

Saya tidak ingin mengulas tentang ‘Unity Government’ kerana saya sendiri tidak memahami apakah elemen2,aspek2,komponen2 yang perlu ada dan dipertimbangkan dalam hal ‘Perpaduan’ ataupun boleh kita nyatakan sebagai Tahalluf Siyasi.

Apa yang ingin bawakan bersama, dan kongsikan..yang saya dapat kiaskan tentang isu yang menuntut kepada kefahaman yang tinggi ini, beberapa aspek dalam rukun bai’ah ,ALFAHMU (fasal 1.6-1.9) semoga dijadikan panduan dan difikirkan bersama.

Rukun Pertama :ALFAHMU

1.6) Hendaklah saudara fahami bahawa sesungguhnya perkataan dari seseorang itu boleh diambil dan boleh ditolak kecuali perkataan Rasulullah s.a.w yang maksum

1.7)Hendaklah saudara fahami bahawa bagi seseorang Islam yang taraf keilmuannya belum sampai ke peringkat mampu meneliti dalil-dalil hokum-hukum syari’at Islam maka hendaklah is mengikuti salah seorang dari imam-imam(mujtahid) dalam Islam

1.8) Hendaklah saudara fahami bahawa perbezaan2(pentafsiran dan pegangan) dalam hukum-hukum fiqah dalam soal2 cabang tidak harus dijadikan sebab perpecahan dalam agama

1.9) Hendaklah saudara fahami bahawa perbincangan tentang masalah yang tidak mendatangkan hasil adalah termasuk dalam erti takalluf(usaha yang memberatkan) yang ditegah oleh agama

Saya tertarik dengan sebuah surat terbuka kepada Tuan Presiden, TG Haji Hadi di mana kandungannya ada menyatakan, meminta Tuan Guru memperjelaskan yang sebenar bahawa ‘Perpaduan’ yang dikemukakan oleh Tuan Guru bukanlah menjurus kepada gabungan UMNO-PAS..tetapi membuka ruang kepada pihak UMNO/BN untuk ‘berpadu’ dengan PR dan PAS dalam menyelesaikan isu-isu Negara seperti ekonomi,pendidikan,social dalam meletakkan ALQURAN dan ASSUNNAH sebagai panduan utama. Mungkin ada benarnya, ini yang dimaksudkan oleh Tuan Guru berkenaan ‘Unity Government’.Namun mungkin idea ‘kerajaan perpaduan’ini masih belum mampu difahami umum, malah diperingkat kepimpinan sendiri, Tuan Guru mengambil langkah berdiam diri terhadap isu tersebut seketika.

Adalah tidak mungkin bagi saya, TG Haji Hadi yang menulis lengkap tentang fiqh harakah berjilid2,mengupas daripada sirah2 nabawiyyah, tidak memahami terperinci tentang isu-isu kenegaraan juga harakah islamiyyah. Siapalah diri kita yang mungkin baru setahun jagung berkecimpung dalam harakah islamiyyah, cepat melenting dan mula bertelaqah, hilang thiqah dan wala’ jika nak dibandingkan TG Nik Aziz, TG Haji Hadi juga kepimpinan2 jemaah yang lain. Kita berhak melontarkan pandangan dan idea…tetapi janganlah sehingga melangkaui ‘AKHLAK ISLAMIYYAH dan ADAB2 BERJEMAAH’…Tanpa akhlak, tiada apa yang dapat membezakan kita antara golongan jahil,golongan fahmu..golongan penyokong juga golongan pendokong…

Petikan dari karangan Allahyarham Alfadhil Alustadz Fathi Yakan;Maza Ya’ni Intima’i Lil Islam

‘Tingkat kekuatan Harakah Islamiyyah itu ialah,pertama kekuatan aqidah dan iman, kedua kekuatan kesatuan dan ikatan kejiwaan,ketiga kekuatan persenjataan.Sesuatu jemaah itu tidaklah dapat dianggap kuat melainkan setelah memiliki ketiga-ketiga kekuatan tersebut. Harakah Islamiyyah perlu mengambil kira pandangan2 tertentu sebelum mengambil langkah menggunakan kekuatan yang ada.REVOLUSI adalah gejala kekuatan yang menggerunkan.Oleh yang demikian,Harakah Islamiyyah memandangnya dengan penuh teliti dan mendalam’

Semoga apa yang dilontarkan menjadi perkongsian yang harmoni. Apa yang salah diperbetulkan. Yang lemah diperteguhkan. Semoga Rahmat Allah s.w.t sentiasa bersama dalam jemaah parti islam semalaysia ini. Amin.Allahuta’ala ‘alam.