Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Berdasarkan Akta Hakcipta 1987:
Dilarang untuk mencetak, mengulang siar, mengambil, mencuri, menciplak, dan sebagainya tanpa izin daripada penulis.Hak cipta blog adalah terpelihara (Kenyataan ini hanya untuk penulisan saya dalam subjek 'karyaku' kerana melibatkan penghantaran ke media cetak.Penulisan lain tiada akta halangan.Dialukan penyebaran)

Saturday, August 01, 2009

::Belajar Jawi n Arab::

Bismillahwalhamdulillah..mencuri waktu untuk menaip,berkongsi pengalaman walaupun bukanlah tulisan ilmiah.Tiada kemudahan internet seperti sebelum ini, curilah masa ketika di sekolah atau sebagainya..(^ ^)


Belajar Jawi dan Arab
Seorang pelajar India beragama Hindu kelasku, Kalai cukup menunjukkan minat untuk belajar tentang Islam.Rasanya mengambil masa tempoh yang agak lama untuk dia boleh mula belajar.Biasalah, bila melibatkan agama, bimbang timbul isu,kontroversi...kena uruskan mengikut prosedur pentadbiran sekolah..pelbagai halangan sehingga dia dipersoalkan oleh guru bahasa Tamilnya..'Kenapa mahu belajar Islam?'..."Bukan kamu boleh maju dengan Islam."..ujar cikgu itu sebegitu..Kesian ku mendengar cerita pelajar tersebut..Tapi Alhamdulillah..ibu bapanya membenarkan dan menggalakkan dia belajar ilmu jawi dan Arab.

'Cikgu,mak saya cakap, belajar Arab je, bukan belajar Islam.'

Aduh..ku pun pening..nak belajar jawi,arab tapi bukan Islam..Beberapa kali ku soal. Dia pun jawab semakin berbelit. Sukar untuk kufahami keinginannya..Tapi, bila difikir-fikirkan bukannya dia dan familinya tahu apa itu 'ISLAM'.. Lalu ku berkata, 'belajarlah arab dan jawi dulu,manalah tahu keberkatan huruf2 kalamullah itu, nanti akan sampai hidayah untuk dia mempelajari Islam.'

Bukan pelajar pintar

'Anak saya ni cikgu, dia selalu sakit2 masa dia kecil2.Dia punya dengar kurang baik,cikgu,' ibu pelajar itu bercerita.
'Dia memang ckp kuat2, sebab dia kurang dengar. Dia pun agak kurang pandai.'

Ku mendengar dan memahami. Dia seorang pelajar yang bersemangat dalam apa jua hal,jadi pengawas,ingin aktif dalam kokurikulum dan ingin belajar.Tapi kadang2 penat juga melayan kerenah kerana tidak berhenti2 bercakap..

Ku hadiahkan buku latihan jawi dan arab kepada Kalai. Dia gembira. Setiap hari buku itu dibawanya ke sekolah. Tunjuk pada kawan2nya dan guru. Semangat sungguh. Sudah dua kali ku berjanji dengan dia untuk datang ke sekolah awal, untuk ajar dia jawi. Tapi setiap kali berjanji, ku menanti, tak nampak2 kelibatnya. 'Saya xjumpa cikgu'. Jawabnya. Erm, xpela, xde rezeki lagi.

Cepat pikat
Oleh kerana tiada kuliah/program pada hari Sabtu, ku mengambil kesempatan untuk mengajar dia di sekolah disamping jalankan aktiviti persatuan...Satu per satu huruf ku ajar dia menyebut...

Aku terpesona..dengan sekali ajar, dia dapat menyebut huruf arab dengan baik...dan dia ingat!

Maha suci Allah, lidahnya lembut dan dadanya dilapangkan. Diikutkan, lidah india sukar menyebut sesuatu perkataan dengan baik..tapi tidak pada Kalai..ku mengagumi di dalam hati. Semuanya dari Allah. Biarpun sedikit yang mampu dan berkesempatan mengajarnya, moga suatu masa nanti Kalai akan tertarik untuk mengenali dan bersama2 sebagai seorang Muslim.InsyaAllah..

'Cikgu, bila saya boleh masuk dalam surau sekolah tu?solat?'...soalnya pada suatu hari.

2 comments:

Nurul Aini Khairul Azhari said...

AIMI,
aLHAMDULILLAH..SYUKUR..AIMI
TERUSKAN..JANGAN PUTUS ASA..AIMI HEBAT..

iqra' said...

lain plak cerita kt sklh saadah. sorg plajar kcukan india melayu,islam. kesnya aneh dan merunsingkan bg saadah.saadah n cikgu2 ln slalu duk halau dia g solat zohor n asar tp jawapannya biasanya dia ckp "tak nak solat" dgn jujur n yakin skali.smpi lah smalam saadah panggil dia n ty "nape xmau solat?" jawapannya "saya tak mau Islam" tkejut saadah dibuatnya. saadah ty "nape xmau Islam?" dia jawab "kawan2 saya banyak India" n saadah pun trus 'sembang' lg psl hal ni.saadah dpt simpulkan dia masih keliru lg siapa diri dia sebenarnya.sedih juga cz dia bdk yg baik.