Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Berdasarkan Akta Hakcipta 1987:
Dilarang untuk mencetak, mengulang siar, mengambil, mencuri, menciplak, dan sebagainya tanpa izin daripada penulis.Hak cipta blog adalah terpelihara (Kenyataan ini hanya untuk penulisan saya dalam subjek 'karyaku' kerana melibatkan penghantaran ke media cetak.Penulisan lain tiada akta halangan.Dialukan penyebaran)

Saturday, August 29, 2009

~Bicara Episod Perjuangan~

Bismillahwalhamdulillah...segala syukur ke hadrat Allah, Pencipta semesta alam..


Jam dunia terus berputar, Ramadhan kian merangkak meninggalkan kita sehari demi sehari..Begitu pantas masa berlalu..Terasa lama tidak bicara soal 'perjuangan'..Sungguh, perjuangan Islam kini semakin diuji dari pelbagai sudut..Media massa begitu lancang menuduh ulama' islam, TG Nik Aziz, TG Hadi Awang tanpa bertapis...laser memomokkan PR juga jemaah islamiyyah, pas dengan pelbagai isu fitnah dan kebohongan..Benar, jika saya tergolong dalam golongan orang awam, yang tidak memahami apa itu erti perjuangan islam akan turut terpengaruh dengan media massa negara yang melampau..Tiada apa yang boleh dikatakan pabila mendengar siaran berita, membaca akhbar..melainkan kata-kata yang melahirkan rasa sakit hati atas 'kezaliman' golongan yang terus-terusan memerangi Islam, dengan mereka sedari mahupun tidak..dengan sengaja ataupun tidak..


Tahniah Kemenangan Berpihak Islam
Tahniah buat kemenangan di Permatang Pasir N11...Tahun ini negara banyak berhadapan dengan pilihanraya kecil, bermula sejak pilihanraya K.Terengganu,Bukit Gantang, Manek Urai dan banyak lagi yang menampakkan rakyat masih bersama Islam dan keadilan. Alhamdulillah.Mungkin ada hikmah Allah mahu tunjukkan,seperti janjiNya..Islam tetap akan menang dan tertegak di muka bumi ini..Sesungguhnya telah dijanjikan Allah..
..Al-Islamu ya'lu wala yu'la 'alaih..


Isu vs Isu

Tak berniat untuk mengupas isu..sekadar secara list down dan skimming meninjau isu2 kontroversi negara agar kita semua tidak sekadar melihat isu-isu dalam skop diri sendiri juga hal2 yang kecil
> Orang UMNO tak boleh masuk syurga -TG Nik Aziz-

> Kematian Teoh Beng Hock- Pembunuhan atau bunuh diri?

> Tafsiran 'pergi jahanam Umno - putar belit

> Isu Arak kerajaan Selangor

> Isu rotan model, Karthika

> Isu Mansuhkan ISA -momokan kerajaan melampau

> Isu PPSMI - kerajaan masih berdolak dalih.. dan isu-isu lain yang mungkin tidak mampu disenaraikan di sini..

Perlunya intima' bersama jemaah Islam

Sabda Rasulullah s.a.w : "Sesungguhnya syaitan adalah serigala kepada manusia sebagaimana serigala kepada kambing. Ia membunuh kambing yang bersendirian dan berasingan, maka awasilah kamu dan juga masyarakat dan diwajibkan atas kamu berjemaah,berinteraksi dan mengimarahkan masjid"

Dalil ini dibawakan sebagai peringatan antara salah satu peneguh kenapa perlunya kita kepada jemaah. Berada di alam realiti perjuangan, barulah kita akan menyedari perlunya kita kepada jemaah dan tarbiyyah harakah Islamiyyah. Pabila percampuran sosial di tempat kerja, kawan-kawan sekerja, sedikit sebanyak pemikiran dan aspek sosial kita akan berubah dengan suasana semasa. Apatah lagi dengan suasana politik kini sering memburukkan harakah islamiyyah yang dulunya kita faham,yakini secara bertulis dan hafalan semata.


Hanya mampu menyelamatkan kita daripada gejala mutasaqit dan futur (wana'uzubillah), adalah kefahaman dan tarbiyyah yang telah dipasakkan dalam jiwa,minda kita di awal pengkaderan. Di sinilah peri pentingnya penerapan arkanul bai'ah dalam tiap jiwa-jiwa yang cintakan Islam dan perjuangan ini. Belaian kitab-kitab haraki perlu diteruskan. Seingat di alam kampus, jadual lengkap diberikan bila perlunya tamat membaca buku2 haraki yang telah disusun mengikut marhalah dan waqi'iyyah. Sungguh, tarbiyyah dulu memang terjaga kerana kita masih berada bersama golongan fahmu. Sedetik kita terlupa, bila melepasi fasa tarbim alam kampus, kita akan mudah terlupa dan mula beku..sedikit demi sedikit tanpa kita sedar, kita telah jauh daripada jemaah dan perjuangan.


Beruntunglah kepada sesiapa sehingga kini, masih ikhlas berintima' dalam gerakan perjuangan. Jangan difikirkan perlu 'berehat' seketika selepas melepas sesuatu fasa, kerana kelak itulah yang akan membakar diri kita. Tarbiyyah yang telah diterapkan dalam diri, jadikan pegangan utuh..kerana itulah sahaja yang akan menyelamatkan kita..dan bersama jemaah Islamiyyah sahajalah yang akan menjamin kita daripada mudah terpengaruh anasir2 luar, daripada dibaham serigala2 yang sememangnya menantikan2 kita menuju ke 'mulut ganasnya'.


Ingatkan pada diri..yang kita adalah golongan tarbiyyah,kita mengaku pendokong perjuangan Islam,kita mengaku sebagai pendakwah Islam...tindakan,akhlak dan pergaulan juga pemikiran serta prinsip kita adalah berbeza daripada golongan awam..Janganlah kita yang menjadi air yang terus terserap ke dalam tanah tanpa mengeluarkan semula sesuatu berhasil dikeluarkan melalui tanah..


"Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (drpd memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan islam dan umatnya).Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu.Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama kamu" (Al-Maidah:3)

Doaku

Ya Allah, terima kasih atas anugerah kefahamanMu.Terima kasih mengenalkanku erti perjuangan ini.Ya Allah, sumbanganku pada perjuangan ini terlalu hina, tiada secicip pun mampu dikhabarkan.Namun Ya Allah, hanya ku mohon padaMu, berikan aku kekuatan untuk menongkah arus ujianMu untukku ku teruskan sisa hidupku bersama perjuanganMu ini. Istiqomahkan hatiku pada jalanMu,janganlah KAU palingkan hatiku tergadai perjuangan dek tergoda kenikmatan duniawi. Perjuangan tidak memerlukan aku, tetapi aku yang sangat memerlukan perjuangan ini.Amin Ya rabb'...

No comments: