Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Berdasarkan Akta Hakcipta 1987:
Dilarang untuk mencetak, mengulang siar, mengambil, mencuri, menciplak, dan sebagainya tanpa izin daripada penulis.Hak cipta blog adalah terpelihara (Kenyataan ini hanya untuk penulisan saya dalam subjek 'karyaku' kerana melibatkan penghantaran ke media cetak.Penulisan lain tiada akta halangan.Dialukan penyebaran)

Monday, August 31, 2009

Kembara Ramadhan


10 Ramadhan 1430H

1/3 Ramadhan telah berlalu. Apakah Ramadhan kali ini dilalui dengan lebih sempurna daripada sebelumnya.Adakah Ramadhan kali ini dihiasi dengan ibadah yang lebih bermakna.Adakah Ramadhan kali ini dihayati dengan makna yang lebih mendalam,yang terhijab,tersirat di sebalik hikmah pensyariatannya..Ayuh kita muhasabah diri bersama..

Bulan Ramadhan juga dikenali sebagai “Shahrun Mubarak” yang bermaksud bulan keberkatan. Dikatakan sebagai bulan yang penuh rahmat dan keberkatan kerana di dalamnya mengandungi beberapa keistimewaan antaranya diturunkan kitab suci al-Quran yang menjadi petunjuk dan pedoman umat manusia, umat islam diwajibkan melakukan ibadah puasa di siang hari, ibadah solat sunat tarawikh pada waktu malam dan juga ibadah sahur.Di sinilah peluang untuk kita meraih keberkatan dan kerahmatan Allah swt.

SWOT Ramadhan

Setiap apa yang dilakukan dalam hidup kita,pasti ada objektifnya samada tersurat mahupun tersirat. SWOT adalah perkara basis dalam mana-mana bidang pengurusan..Mungkin kita sudah terbiasa dengan penggunaannya dalam pengurusan sistematik.Jadi tidak salah jika kita yang inginkan Ramadhan yang bermakna, SWOT Ramadhan kita lakarkan. Setiap Ramadhan,pastinya suasana,kondisi dan sekeliling kita berbeza. Jika sebelum ini sebagai pelajar,bila bergelar pekerja..masa diperuntukkan juga berbeza..Jika sebelum ini bujang,pabila sudah berkahwin mahupun mula bergelar ibu/bapa...pasti ruang ibadah juga sedikit berbeza.Letakkan objektif kita,yang pada hemat saya objektif setiap kali menjelang Ramadhan adalah kita mengharapkan keampunan dan meningkatkan ketaqwaan. Letakkan azam kita, walaupun hanya sedikit, kita berusaha merealisasikannya.

Rasullullah pernah berpesan dalam sebuah hadits yang ertinya:” Sesungguhnya umatku yang mengerti nilai-nilai yang terkandung dalam bulan ramadhan itu pastilah mereka menginginkan supaya seluruh bulan dalam bulan ramadhan itu terkumpul bermacam-macam-macam kebajikan yang mendatangkan pahala (hasanat), ketaatan diterima, do’a-do’a dikabulkan, dan akhirnya timbul kerinduan terhadap syurga “ (HR. Ibnu Abbas).

Perteguhkan keyakinan

Pada waktu melaksanakan ibadah puasa orang yang bertaqwa akan menunjukan bahwa dirinya itu tidak dapat terlepas dari pandangan-Nya. Dia akan merasa dekat dan selalu mendekatkan diri kepada-Nya. Sehingga, tidak berani untuk melangggar semua perintah yang sudah dtentukan oleh Allah dimanapun dia berada dengan keyakinan yang dimilikinya bahawa Allah pasti mengetahui walaupun tidak ada orang yang mengetahui.

Keyakinan datangnya dari asal 'aqadnya' kita dengan Allah SWT. Sejak di alam rahim,kita telah berjanji padaNya akan beriman padaNya.Kemudian kita diperteguhkan dengan kalimah lafaz syahadatain melalui azan/iqamat yang diperdengarkan sebaik sahaja dilahirkan. Dan surah al-ikhlas yang diturunkan membantu kita memperteguhkan lagi keyakinan atas setiap kejadian kehidupan pada Yang Berkuasa. .

Allah swt telah berfirman,mafhumnya:” Dan apabila para hambaku bertaqwa kepadamu tentang aku. Maka (jawablah) bahwa aku adalah dekat. Aku mengabulkan orang yang mendo’a, apabila ia berdo’a kepadaKu. Maka dari itu hendaklah mereka itu memenuhi (segala permintaan) Ku. Dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran “ (Q.S Al Baqarah:186).

Di bulan barakah inilah, kita cuba perbaiki dan perteguhkan kembali keyakinan padaNya yang kadang-kala goyah dek ujian duniawi..meningkatkan ketaqwaan,memperteguhkan keyakinan..semoga kita menjadi hamba yang bersyukur dan cekal mengharungi segala..

Ramadhan juga untuk memberi

Seringkali Ramadhan membuka tirainya, kita sibuk memikirkan 'hal' sendiri sahaja. Meraih cinta dan kasih sayangnya.Sehingga kita terlupa pada yang memerlukan..

Imam al-Tarmizi meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah ditanya:
Sedekah apakah yang paling utama?
Baginda menjawab, Seutama-utamanya sedekah adalah di bulan Ramadan.
Rasulullah s.a.w., pada bulan Ramadan ini sangat dermawan dan pemurah. Digambarkan bahawa sentuhan kebaikan dan pemurah Nabi s.a.w. kepada masyarakat begitu menyeluruh, lebih merata saujana sifatnya daripada sentuhan angin terhadap benda-benda di sekitarnya. Sesuai dengan bulan Ramadan yang mulia ini, kita disaran agar memperbanyakkan sedekah walaupun sekadar sebiji kurma ataupun seteguk air.


Kadangkala kita terlepas pandang ibadah ini yang hakikatnya terkandung berganda ganjarannya.Islam memandang harta meskipun ia merupakan hasil keringat sendiri, tidak sebagai hak mutlak pemiliknya. Harta yang dimiliki seseorang, pada pandangan Islam mempunyai hubungan dengan persoalan kemasyarakatan.

Dari sini maka Islam mengajarkan bahawa infaq, yang merangkumi sedekah dan zakat adalah suatu keharusan. Beberapa kali al-Quran menegaskan bahawa dalam harta yang dimiliki seseorang ada hak yang mesti diberikan, misalnya kepada orang-orang miskin dan tertindas, keluarga dan masyarakat secara umum.

Kesempatan inilah yang seharusnya diraih oleh mereka yang berkemampuan untuk bersedekah, khususnya pada bulan Ramadan kerana dijanjikan pahala yang berlipat ganda.

Orang yang menjauhkan dirinya daripada perbuatan keji dan kikir termasuk dalam golongan-golongan yang dijanjikan kebahagiaan. Allah s.w.t. menegaskan dalam surah at-Taghabun ayat 16-17 bahawa sedekah yang dikeluarkan oleh kaum Mukmin untuk fakir miskin, pada hakikatnya bermanfaat bagi si pemberi sedekah itu sendiri. Setiap sedekah yang dikeluarkan oleh seseorang, manfaatnya akan kembali kepada orang itu juga.

Jadi, sepatutnya disedari oleh kaum Mukminin, betapa besar kebaikan dan kenikmatan Allah s.w.t. Kebaikan yang tidak ternilai harganya. Allah s.w.t menciptakan kebaikan berupa harta, kemudian menisbatkan kepada hamba-Nya, Allah menyuruh hamba-hamba-Nya untuk berinfaq sebagai suatu kebaikan dan menamakannya sebagai pinjaman daripada Allah kepada hamba-hambanya. Padahal semua itu datang daripada Allah s.w.t.

Sesungguhnya bersedekah pada bulan Ramadan merupakan antara jalan yang membawa kita ke arah penyucian hati dan jiwa. Oleh yang demikian itu, raihlah segala tawaran Allah s.w.t. bagi mencari dan menemukan kunci syurga..

Buat Sahabat Sekalian
Semoga perkongsian dan peringatan ini adalah untuk muhasabah bersama terutama diri ini yang sering alpa.
Ayuhlah sahabat, di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, kita bersama meningkatkan ibadah dengan amal-amal soleh sebagai pembuktian iman dan taqwa kita kepada Allah SWT. Amin..

No comments: