Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Berdasarkan Akta Hakcipta 1987:
Dilarang untuk mencetak, mengulang siar, mengambil, mencuri, menciplak, dan sebagainya tanpa izin daripada penulis.Hak cipta blog adalah terpelihara (Kenyataan ini hanya untuk penulisan saya dalam subjek 'karyaku' kerana melibatkan penghantaran ke media cetak.Penulisan lain tiada akta halangan.Dialukan penyebaran)

Sunday, August 30, 2009

Petikan Tazkirah 'Abi Yussof' MCF

9 Ramadhan 1430 H
Sahaja ingin saya bawakan petikan tazkirah Abi Yussof watak pimpinan utama Gerakan Assoft dalam novel Melakar Cinta Firdausi.Sebagai peringatan diri ini terutamanya dan sahabat sekalian. (MCF :page 60-61)

FIRMAN Allah dalam an-Nash, ayat 1-3, "Apabila telah datang pertolongan dan kemenangan Allah dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepadanya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima Taubat."

"Sebagai pejuang yang mendokong perjuangan Islam, meletakkan nyawa dan segalanya dalam perjuangan ini, perbanyakkanlah istighfar selamanya dan bertaubat atas kelalaian dan kekurangan dalam ketaatan.
Selalulah kita mengulang menyebut kalimah `Robbigh Firlii Khothii-atii Yaumad Diin':
Ya Tuhanku, ampunilah kesalahan-kesalahanku pada hari pembalasan nanti. Semoga dosa-dosa kita diampuni dan perjuangan kita diberkati."

"Teruskan berjihad menuju matlamat, walau sejauh mana jarak dan lamanya tempoh masa, sehinggalah bertemu Allah di atas jalan ini dan kita akan beroleh kemenangan dengan memperoleh salah satu daripada dua perkara sama ada mencapai matlamat perjuangan atau mati syahid."

Firman Allah, "Di kalangan orang-orang Mukmin itu ada yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah, maka di antara mereka ada yang gugur, dan di antara mereka itu ada pula yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak mengubah janjinya." (al-Ahzab:23)

"Perjalanan perjuangan ini sangat panjang, dan terdapat pelbagai peringkat serta banyak halangan. Namun teruskan untuk thabat, kerana inilah satu-satunya jalan demi mencapai matlamat berserta ganjaran dan pahala yang besar. Perkemaskan persediaan diri, persediaan yang rapi, menunggu kesempatan dan perlaksanaan yang baik untuk bertindak. Semua itu akan menggadai masa kita. Thabatlah wahai pejuang-pejuang pilihan Allah sekalian."

"Ingatlah kalimah masyhur baginda Nabi terhadap bapa saudaranya, 'Demi Allah wahai bapa saudaraku, sekiranya mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku sebagai tawaran agar aku meninggalkan urusan dakwahku ini, aku tidak akan meninggalkannya sehinggalah Allah mengurniakan kemenangan ataupun aku dibinasakan kerananya. Sematkanlah di hatimu wahai jundullah akan peringatan ini. Ayuhlah kita sama-sama berdoa, meminta Allah thabatkan hati kita dalam perjuangan ini sehingga tiba ketentuannya'."

Tazkirah Abi Yussof semalam masih diingati Aima Insyirah. Cukup memberkas di jiwa. Kata-kata dengan tiupan roh mampu menggegarkan jiwa sesiapa yang mendengarnya.

No comments: