Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Berdasarkan Akta Hakcipta 1987:
Dilarang untuk mencetak, mengulang siar, mengambil, mencuri, menciplak, dan sebagainya tanpa izin daripada penulis.Hak cipta blog adalah terpelihara (Kenyataan ini hanya untuk penulisan saya dalam subjek 'karyaku' kerana melibatkan penghantaran ke media cetak.Penulisan lain tiada akta halangan.Dialukan penyebaran)

Thursday, February 05, 2009

Rindu pada tempat 'Release Tension'

Sudah sekian lama tidak menjejakkan kaki ke tempat 'release tension'...dulu-dulu time masih belajar, kalau tension jer, tak kira waktu..terus pergi walau seorang diri..geografi UM yang agak strategik memang memudahkan untuk memenuhi keperluan..apa lagi MPH di Mid Valley memang tempat pilihanku...bersantai mencari ketenangan...


Pelik x..bila tengok je buku-buku...terus hilang semua masalah membelenggu jiwa..pasti kawan-kawan lain pun sama kan..wah..rasa indah semua itu..lepas itu, mulalahkan duit pun melayang..dulu masa belajar..duit terhad..sekarang ini pun..sudah ada gaji..kena berjimat-jimat jugak..hai..sabar-sabar..kalau ikutkan hati...banyaknyalah impian untuk membuat koleksi..tempat tinggal sekarang agak jauh dari KL...Jusco berdekatan belum xplore lagi kedai buku apa yang ada di sana..Boleh jugak ni pi xplore...rindunyer....

Koleksi impianku :
1) Koleksi lengkap buku-buku haraki dan pemikiran islam
2) Koleksi buku Harun Yahya ( berkaitan sains dan islam)
3) Koleksi buku Dr.Danial Zainal Abidin (berkaitan Quran saintifik dan kehidupan)
4) Koleksi buku Syeikh Yusuf alQardhawi
5) Koleksi novel Faisal Tehrani

Terima kasih Saadah, hadiah buku bermakna Hakikat Kehidupan karya Harun Yahya buatku..Sarah juga Saadah yang sentiasa update novel terbaru FT..hehe..tunggulah nanti lengkapkan koleksi...Kalau pi jalan dengan mak..kalau hilang sekejap..mak tau sangat, mesti ke kedai buku..'Anak ayah...kata mak..walau sekejap mesti pi jenguk'...Kakak pun sama..kesian berkotak koleksi buku kakak menjadi makanan anai-anai...saya pula kehilangan 1 beg buku-buku yang baru dibeli...tiada rezeki..banyak buku bermakna hilang...

Sekadar bercerita...lagi satu...kat UM dulu best...banyak masjid-masjid besar luar berdekatan...ha..itulah tempat yang paling-paling menenangkan...betul kan...Masjid dan Kedai Buku....tempat di hatiku..Jom..sama-sama pergi..(",)...

Wednesday, February 04, 2009

-Life is nothing without reading-

Imam alGhazali di dalam kitab Ihya Ulumuddin pada bab Huraian Keajaiban Hati berkata; "Hati memerlukan ilmu dan hikmat agar dengannya nafsu syahwat dan marah dapat dikekang untuk melaksanakan perkara-perkara yang bermanfaat sahaja"

Pernahkah kawan-kawan merasakan betapa nikmatnya apabila kita membaca? Betapa tenangnya jiwa bila kita membaca sesuatu ilmu yang bermanfaat. Islam sendiri menganjurkan, apabila dirimu resah, bacalah kalamullah yakni AlQuranul karim..Kita hanya mampu untuk cemerlang dengan ilmu dan hikmat. Baik di dunia juga di akhirat..

Life is nothing without reading..saya menemuinya dalam pengalaman kehidupan..walaupun hidup penuh kesunyian, tetapi bila membaca..kita rasakan hidup ini penuh bermakna..betapa indahnya ilmu serta hikmat..

Pernah dengar tak apabila membaca itu berkaitan dengan iman kita. Apabila hanya 2-3 ayat sahaja kita baca, terasa terlalu banyak hikmat dirasakan, terlalu banyak yang kita dapat pengetahuan dan pengajaran..Itulah menunjukkan hati kita suci, iman kita stabil..wallahua'lam.

"Allah mengurniakan hikmat kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Sesiapa yang dianugerahinya
hikmat dia benar-benar dianugerahi kurniaan yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakal sahaja yang dapat mengambil pengajaran" (Al Baqarah :269)

Sesungguhnya kesempurnaan iman dan takwa tidak akan tercapai tanpa ilmu dan hikmat. Di dalam kitab Ihya Ulumuddin dinyatakan, Fathul Mausuli berkata : "Tidakkah jika seseorang itu sakit dan tidak menjamah makanan dan minuman, dia akan mati? Demikianlah juga dengan hati, jika tidak diberikan hikmat dan ilmu selama 3 hari, ia juga akan mati."

Jika hatimu resah, bacalah...jika rasakan kesunyian, bacalah...Semoga kita sama-sama menjadi umat yang cemerlang dengan kesempurnaan iman dan takwa bersama ilmu dan hikmat. InsyaAllah..

Friday, January 16, 2009

Hadiah Buat Bumi Gaza, AlQuds


>Sebahagian petikan daripada novel Melakar Cinta Firdausi<

Bumi Palestin bumi bertuah yang menjadi rebutan. Isu Palestin bukan isu pertelingkahan dua bangsa yang merebut sebidang tanah. Tapi realitinya isu Palestin bermula apabila bangsa Yahudi yang datang dari segenap pelusuk dunia meninggalkan tanah air mereka lalu berhijrah ke bumi Palestin, menjajah tanah Palestin dan mengusir penduduk asalnya.

“Ya Allah, tabahkanlah hatiku ini sepertimana tabahnya Sumaiyah menghadapi dugaan dan seksaan musuhmu, teguhkanlah cintaku padamu sepertimana suci dan murni cinta Rabiatul Adawiyah yang mendamba cintamu. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan sepertimana srikandi Islam yang memperjuangkan agamamu. Ya Allah, selamatkanlah suamiku daripada seksaan tentera Zionis yang tidak berperikemanusiaan. Teguhkanlah akidah kami menjulang panji agamamu. Berikanlah kemenangan kepada Islam. Ya Allah, andai suamiku pergi menghadapmu, aku reda, ya Allah. Perginya sebagai seorang mujahid yang menuju syahid. Andainya suamiku masih hidup, ya Allah, berikanlah kekuatan dan ketabahan kepadanya dalam menegakkan agamamu sebagai mana mujahid-mujahid terdahulu. Ya Allah, hanya kepadamu aku sembah dan hanya kepadamu aku mohon pertolongan. Kabulkanlah permintaanku, ya Allah. Amin Ya Rabbulalamin.”

Humaira menyeka air mata yang mengalir. Mengenangkan saat suaminya ditahan oleh tentera Zionis. Dia tidak tahu di mana suaminya sehingga ke saat ini.


Penjara Gaza
Pintu bilik I31 dibuka perlahan. Aima Insyirah dibawa masuk. Pantas askar itu menutup pintu bilik tahanan. Perlahan-lahan askar itu mengeluarkan sebuku roti dari poket seluarnya. Bungkusan plastik roti itu dibuka.
“You’re not Palestinian?” Tanya tentera itu. Aima Insyirah mengangguk-anggukkan kepalanya.
“So, why are you here. What are you doing?” tanya akar itu lagi.“Because of Islam, because I’m Muslim,” jawab Aima Insyirah ringkas. Askar itu tersenyum. Aima Insyirah memandangnya dengan sedikit hairan. Senyumannya berbeza dengan senyuman askar lain yang menjijikkan. Aima Insyirah ingin bertanya tentang askar itu, tetapi dimatikan. Mungkin senyuman itu satu helah untuk mendapatkan maklumat. Fikir Aima Insyirah


“Bang!!!” Bunyi tembakan memecah kesunyian pagi. Peluru tajam sepantas kilat mengena sasaran. Syeikh Yussof rebah. Betis tuanya cedera parah dimamah peluru mortal. Dia tidak mampu bergerak. Tangan-tangan kasar dan hina menarik kedua tangannya dengan penuh biadap. Syeikh Yussof diseret bagai mayat hidup penuh biadap di gurun berbatu kasar, dibawakan ke trak rejim Israel laknatullah. Syeikh Yussof tidak mampu melawan, kudrat tuanya semakin lemah. Seluruh jubahnya koyak di sana-sini akibat geseran batuan kasar. Anjing-anjing Israel tidak menghiraukan tua atau muda. Jiwa kebinatangan mereka tidak pernah lupus, rakus membaham mangsa mereka tanpa mengenal erti perikemanusiaan. Kesakitan dan kecederaan Syeikh Yussof hanya disambut dengan hilai tawa yang menjijikkan.


“Wahai pejuang-pejuang Palestin,
Palestin telah kembali Islam.. Di bawah kehebatan Salahuddin Al-Ayyubi.. Di atas intifada Syeikh Nuruddin al-Zanki.. Di tangan Syeikh Ezuddin al-Qassam.. Ia bangun kembali dari keadaan nyawa-nyawa ikan, membuang baju kehinaan dan keaiban. Membelah batu, menyandang senjata. Berjuanglah. Laungkan “Allahu Akbar!”

Intifada Palestin, jihad Palestin di kawasan tanah dijajah, adalah permulaan kehancuran rejim Zionis dan penghapusan rejim Zionis yang menguasai tanah Palestin!
Dari medan perang atau dari medan pertempuran, bukan dari jalan raya, istana atau pejabat-pejabat politik, dari negara-negara Islam, negara jihad, negara revolusi dan negara syuhada, kami ucapkan kepadamu, pejuang Palestin dengan ucapan menyokong perjuangan yang sama, ucapan perjuangan yang kamu lakukan di mana kami tahu kamu tidak mempunyai alamat, tidak mempunyai pemimpin dan tidak mempunyai nama. Ucapan perjuangan yang kamu lakukan seperti burung-burung Ababil, kamu membaling musuh dengan anak-anak batu dari Sijjil. Kami bersamamu, Palestin!
“Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!”
....nantikan sepenuhnya.....

Selamat Bertempur P036



Esok, 17 Januari 2009 adalah hari penentuan,hari pengundian PRK K.Terengganu. Tahniah kepada jentera yang berkorban segalanya demi memastikan kebenaran tertegak...Hanya Allah yang menghitung dan mampu membalasnya...Semoga Kemenangan Milik Islam dan yang Hak...

Pabila Gaza Menangis


Hingga ke hari, bumi gaza terus berdarah. Angka kematian sudah mencecah ribuan, angka yang cedera apatah lagi...bayangkan bukannya cedera kecil, tapi hilang kaki,hilang tangan, lumpuh badan, buta dan sebagainya hingga tidak sanggup dilihat setiap gambar-gambar rakyat Palestin yang menyayatkan hati...Adakah kita peduli??

Sungguh dikesalkan, ke manakah hilangnya kuasa-kuasa besar negara Arab? Mengapa berbillion umat islam tidak boleh bersatu melawan Israel laknatullah yang kuantitinya terlalu jauh lebih sedikit..mungkin 1/10...Siapakah gajah, siapakah semut? Mengapa Israel terus bermaharajalela sedangkan telah ramai umat islam yang prihatin bersuara...Siapakah sekutu Israel?..Siapa di sebalik dan di sebaliknya?...Terlalu banyak persoalan tidak mampu dirungkaikan...sesungguhnya golongan munafik telah melata...wallahua'lam..

Jumaat ,16/01/2009 - “Ya Allah ! Tidak pernah saya menyaksikan kezaliman sebuas begini !”, teriak Kayed Abu Aukal. Doktor di bilik kecemasan tidak percaya melihat apa yang tinggal pada syuhada Shahd umur 4 tahun, hanyalah saki baki cebisan daging yang masih melekat pada tulangnya.....

Sesungguhnya jihad di Palestin adalah sebenar2 jihad. Jika kita bukan di Palestin, kita 'berjihad' dengan cara yang sepatutnya. Ayuh bersama berjihad, teman!!!

1) Sentiasa doakan keselamatan Palestin, kehancuran musuh Allah ( Qunut Nazilah+ bacaan surah2 galakan+ solat hajat)
2) Boikot barangan Israel dan US ( satu majlis fatwa menyatakan boikot Israel adalah 'WAJIB'...jadi jika xmelakukannya...maka hukumnya adalah 'HARAM'..sama2 bertindak)
3) Bersama suara-suara Palestin ( Bantahan + Demonstrasi..anda mempunyai pilihan)
4) Sumbangan kewangan ke tabung Palestin ( Carilah mana-mana badan,persatuan...pasti tabung dana Palestin disediakan..sumbangkanlah walau rm1)...

Ayuh..kalau bukan kita..siapa lagi???....Bersyukurlah kita masih hidup dan lengkap serba serbi...hidup dengan aman..tanpa ketakutan setiap detik dan saat...

Untukmu jiwa-jiwa kami....
Untukmu darah kami...
Untukmu jiwa...dan darah kami...
Wahai Al-Aqsa Tercinta...

Friday, December 19, 2008

Pemergian Wartawan Keadilan


Laporan akhbar Sinar Harian, 19 Dis 2008 :

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin menyifatkan pemergian Mohd. Syukree Hussin,28, penulis dan wartawan akhbar "Suara Keadilan' yang kembali ke rahmatullah rabu lepas, 17 Disember 08, satu kehilangan besar buat PKR dan juga dunia kewartawanan.

Sebagai penulis muda,Allahyarham menunjukkan komitmen yang baik serta seorang yang berpandangan kritis dengan membawa isu semasa dalam penulisannya.

Pulau Serai, Dungun, Terengganu..
Jenazah allahyarham Tok su Mat (28), sepupu atuk ku tiba di kampung jam 9 malam lebih daripada hospital UKM,Kuala Lumpur selepas post morterm. Toksu Mat telah lama menghidap penyakit Misteri dan baru sahaja pulih. Kali terakhir Toksu pulang ke kampung pada raya korban Aidiladha baru-baru ini. Ayahcik dan Ayahteh ku dari KL turut bersama mengiringi jenazah untuk dikebumikan di kampung..

"Malam kelmarin, makcik bermimpi bertemu arwah. Selepas itu, makcik asyik teringatkannya
dan hati sentiasa berdebar, rupanya inilah petanda dia akan pergi buat selamanya," kata toknyang ku ( ibu kepada Allahyarham) pada wartawan akhbar. Ku bersama keluarga menziarahi toknyang dan keluarga sebelum jenazah tiba di kampung..Dapat ku lihat, wajah sugul toknyang mendengar berita mengejut kehilangan anak bongsu tercinta..

Semoga Allahyarham Tok su Mat dicucuri rahmat dan semoga usaha Tok su menegakkan keadilan dalam penulisannya dinilai dan diterima Allah..Semoga Tok su ditempatkan bersama orang-orang yang soleh..Amin..

Thursday, December 18, 2008

:: Mampukah Aku Istiqomah?? ::



Muhasabah diri yang terlalu kerdil di bumiNya ini...Merenung segala nikmat diberi, Iman,Islam dan Erti Perjuangan ini..kadang-kadang membuatkan ku berfikir lama..


MAMPUKAH AKU YA ALLAH UNTUK TERUS ISTIQOMAH DI JALAN INI??

Bercakap mudah..menyampaikan apa yang disampaikan,dibaca & dipelajari tak payah...tapi aplikasinya........kadang-kadang rasa cemburu meletus di hatiku melihat sahabat-sahabat terus hebat dalam perjuangan ini...Berada seketika,pengalaman yang sedikit di dalam perjuangan realiti ini, telah membuatkan ku mempelajari banyak perkara...dan apa yang lahir di hatiku...

Ya Allah..Ku Tahu Bukan Mudah...Untuk Istiqamah dan Terus Tadhiyyah

Ku masih mencari dan terus mencari..satu ruang, satu kesempatan untukku terus memberi sumbangan untuk Islam dengan dayaku&mampuku yang lemah ini...Ku rasakan malu pada Allah..ku rasakan malu pada Jemaah..ku rasakan malu pada Perjuangan ini..Ku malu pada sahabat-sahabat...Dengan diriku yang masih tidak berguna ini untuk Islam...

Ya Allah..Ya Razzak..Ya Wahhab..Istiqomahkanlah Aku di JalanMu Ini...

Ya Allah..Jangan Kau Ambil Nyawaku dalam Diriku Masih Malu
untuk MenghadapMu
Ya Allah..Berikanlah Aku Peluang untukku Memberi Sedikit Sumbangan
untuk AgamaMu
Ampunilah HambaMu ini Ya Rahim...


Maafkan diriku teman..terlalu banyak ku memberi alasan untuk memberi sumbangan
Kadang-kadang ada kekangan yang membuatkan ku hilang punca untuk mengelak

Fardhul Muslimku masih lompang..
bagaimanakah untukku melangkah ke arah Baitul Muslim??
Ku doa semoga Allah hadirkan rijal yang benar2 memahami perjuangan ini untukku terus melangkah lebih bersemangat di jalan ini...
...Tidak terhenti hanya setakat ini......Amin...

Monday, December 15, 2008

Anekdot Nur : Erti Pada Memberi

'Erti Pada Memberi'..satu ungkapan ringkas yang cukup popular. Nur sukakannya kerana tersirat sejuta satu makna dan falsafah di sebaliknya. Tahu tak, kadang-kadang Nur selalu berfikir, adakah kita hidup hanya perlu memberi tanpa perlu menerima?

Nur lihat ramai kawan-kawan Nur yang kecewa kerana gagal untuk menerima. Tidak menerima apa yang diharapkan. Bila kita bersama gerakan da'wah, apa sebenarnya yang kita inginkan? Adakah kita bersama untuk memberi dengan ikhlas? atau ada kepentingan untuk diri kita.

Nur tanya pada diri, salahkah jika kita inginkan sedikit balasan dalam pemberian? Ada yang semata inginkan ukhwah,ramai kawan. Ada yang inginkan ilmu dan pengalaman. Ada juga yang ingin meluangkan masa kebosanan. Tak boleh kah kita rangkumkan 3 in 1?

Tapi, betulkan..bila kita terlalu banyak keinginan dalam pemberian, kita pasti akan menemui hampa dan kecewa. Lihatlah, ramai sahabat yang futur...nauzubillah..moga Nur dan sahabat Nur yang lain masih mampu thabat di jalan ini..

Memberi dalam erti sebuah perhubungan. Nur tidak temui jawapannya. Sebab kadang-kadang bila Nur fikirkan pemberian Nur tak pernah dihargai..Nur akan rasa kecewa dan sedih. Bila hanya Nur sahaja banyak memendam rasa, Nur rasa seksa. Make life is easy. Kan lebih mudahkan. Nur cuba berusaha untuk meng'IKHLASKAN' diri dalam memberi..kepada perjuangan, kepada sebuah perhubungan dan kepada semua yang tersayang..

Sebanyak manakah % yang perlu diberi dan dibahagi..agar kehidupan Nur..kehidupan kita semua menemui ketenangan dan kedamaian...

Memberi = Menerima?
Memberi = 100%?
Memberi 75% dan Menerima 25 % ?
ANDA ADA JAWAPANNYA???
“Kat mana pula konsep ikhlas Nur?” Saya bertanya…Nur diam.
“Tak tahulah, terukkan diri Nur ni.”
“Mana ada Nur. Biasalah kitakan manusia biasa. Nak jugak penghargaan dari orang lain.” Tambah saya lagi.
Nur berfikir. Betul…

“Tapi lebih indahkan kalau kita sama-sama dapat mengamalkan dan sebatikan sifat ikhlas dalam diri kita..Walau bukan mudah.” Saya merenung Nur, dalam..sama-sama muhasabah.

“Betul..barulah kita tidak akan sedih dan kecewa. Ikhlas kerana Allah. Mampukah kita?”

“Ikhlas dalam membina hubungan dengan Allah, membina hubungan sesama manusia dan dalam setiap pekerjaan kita. Jika kita inginkan, pasti Allah tidak akan menghampakan kita, kan Nur.”

“A’ah..yakinlah. Bila kita ikhlas, Allah akan balasi keikhlasan kita yang tidak seberapa ini dengan berlipat kali ganda. Subhanallah…”

Itulah Pergi Lagi Halaqah.....


- cerita ini diambil daripada seorang sahabat-

Tariq melabuhkan badannya ke tilam murah di rumah sewa setelah penat membawa usrah sebentar tadi. Dia menyiapkan beberapa tugasan untuk dihantar pada pensyarah pagi esok. Selesai saja tugasan, Tariq terpaku seketika dek terkenangkan ahli-ahli usrah yang dibawanya... Adakala rasa seronok berkongsi pandangan dengan mereka. Tapi... "Ahh... Malas la nak fikir, tidur lagi bagus", detik hatinya. Jam menunjukkan pukul 2.00 pagi.

Sebelum Subuh lagi Tariq bangun untuk bersiap-siap ke surau. Dengan mata yang bengkak kerana tak cukup tidur, dia jalan terhuyung-hayang menuju ke surau berdekatan setelah mengambil wudhuk di rumah. Selesai solat berjamaah, ia berzikir sambil 'menunduk-nudukkan kepala' tanda sangat 'khusyuk' dalam zikirnya. "Alahai.. mengantuknya. Balik rumah je la. Boleh landing kejap sebelum ke kuliah.."

"Tariq...! Awak mengantuk lagi, pergi basuh muka", tegur pensyarahnya, Dr. Syarah. Mata Tariq cerah semula. Ramai pelajar tersenyum sinis memandangnya. "Alamak... kantoi lagi aku dengan Dr. Syarah", getus hatinya. Tariq membuat muka selamba seolah tiada apa-apa yang berlaku. Pensyarah itu meneruskan syarahnya walaupun mata Tariq masih lagi 'bergelombang' sayup-sayup layu mata memandang.


Sedang mendengar kuliah dengan mata kemerah-merahan, handphone Tariq vibrate menandakan ada call atau sms dari seseorang. "Salam. Jangan lupa 8.15 malam ni diadakan meeting di aras jamaah, fakulti program." Begitulah pesanan sms yang tertulis dari kawan seusrahnya, Mutarriq. "Meeting lagi", keluh hatinya. "Malam tadi dah usrah, malam ni meeting pulak", tambah hatinya. Selesai hantar tugasan dan kuliah 'tidur' jam 10.30 pagi, Tariq meluru ke motornya sambil membelek buku kecilnya jika ada perkara-perkara yang perlu dilakukan.

"Ishh... Yang ni tak buat lagi, yang ni pun tak buat lagi. Hari ni dah Khamis, program hari Sabtu. Apa aku nak jawab dengan Mutarriq malam nanti?" tanya hatinya. Mahu tak mahu Tariq pulang ke rumahnya. Ia membuka komputer sambil menaip-naip sesuatu sambil memicit kepalanya. "Ok. Kuliah lambat lagi. Pukul 2.00 petang. Boleh aku siapkan kerja aku ni", cetus hatinya sambil melihat jam tangannya yang menunjukkan pukul 11.00 pagi.


Setelah dua jam berhempas pulas, akhirnya kerja yang berkaitan dengan program Sabtu terdekat selesai. "Alhamdulillah..." syukur Tariq padaNya kerana memudahkan urusannya. Tariq cukup yakin akan pertolongan Allah bagi orang yang menolong agamaNya. Selesai solat Zohor, Tariq bergegas ke fakulti untuk kuliah. Dengan macho ia masuk ke kelas. Belum sempat Tariq duduk dan bertegur sapa dengan kawannya, pensyarah berkata, "Ok kelas, kita ada kuiz sekarang. Sila tutup buku dan nota". Hilanglah macho Tariq apabila mendengar perkataan keramat itu. Mulutnya ternganga kelu tanpa kata. "Habis la aku kali ni... Satu apa pun aku tak baca", kata hatinya.

Timbullah suara-suara jahat Azazil: "Itulah kau. Sibuk usrah, meeting, program memanjang sampai belajar entah ke mana. Kalau kau belajar saja kan bagus. Mesti kau boleh score punya. Usrah, meeting, program ni lepas belajar pun boleh buat. Malam esok kamu pulak ada usrah di rumah Pak Cik Murabbi. Bila pulak kamu nak study? Haa.. Jawab, jawab...!". Tariq tak jawab apa-apa oleh kerana kagetnya sambil mulut ternganga. Lebih jahat lagi Azazil menghasut: "Kamu nak mintak tolong siapa sekarang. Pak Cik Murabbi tak dapat tolong kamu. Jamaah pun tak dapat tolong kamu. Allah tak tolong kamu. Fail nanti kamu jugak yang susah." Walaupun sedang dilema, Tariq meneruskan kuiznya sekadar yang termampu.

"Tariq mesti istiqamah dalam perjuangan...", kata Pak cik Murabbi setelah Tariq mengadu masalahnya. "Belajar tu wajib. Kamu mesti bersedia sepanjang masa", tambahnya lagi. "Tapi Pak Cik, macam mana? Setiap hari ada saja kerja yang perlu dibuat sampai tak sempat nak study", kata Tariq. "Masing-masing diberikan masa secukupnya, cuma kita yang tak pandai menggunakannya", jawab Pak Cik Murabbi. "Banyak lagi masa yang kita ada. Cuba kamu kira, berapa lama berbual-bual dengan kawan? Berapa lama melayari internet? Berapa lama menonton televisyen? Berapa lama bermain games? Berapa lama makan di gerai?" tambahnya.

"Semua itu pencuri masa kita. Kurangkan masa-masa tersebut dan Tariq pasti ada masa untuk study", tegasnya. Lantas Pak Cik berpesan kepada Tariq sebelum pulang dari usrah: "Jangan salahkan perkara atau orang lain jika salah itu datang daripada diri kita sendiri. Salah kita kerana tidak pandai menguruskan masa. Orang lain pun lebih sibuk daripada awak dan ia juga berjaya dalam pelajarannya. Ia juga diberi 24 jam sehari seperti awak." Amat tepat sekali jawapan Pak Cik Murabbi kepada Tariq dan menimbulkan kembali semangat juangnya untuk Islam dan tidak melupakan masa untuk belajar.

Namun, Tariq bertanya: "Siapa orang lain yang berjaya tu Pak Cik?". Dengan selamba Pak Cik Murabbi menjawab: "Pak Cik la orang lain tu. Nak bagitau nama orang lain Pak Cik tak tau...", sambil senyum meleret pada Tariq sambil ternampak gigi. "Terima kasih atas nasihat Pak Cik", kata Tariq sambil tersenyum. Tariq pulang bersama mutiara berharga dari Pak Cik Murabbi yang juga cemerlang dalam usrah, meeting, program dan... AKADEMIK semasa belajar dahulu.


"Masa itu ibarat pedang. Jika kita tidak memotongnya, ia akan memotong kita"









Wednesday, November 26, 2008

Tarbiyyah Anak Pejuang

<>

'Ayahku seorang pejuang'..anak-anak remaja didedahkan dengan realiti kehidupan mereka. Wasiat daripada ibu bapa masing-masing sesungguhnya benar2 mengharapkan anak-anak merekalah yang akan menyambung perjuangan mereka kelak..Benar, iman itu tidak dapat diwarisi..tiada siapa pun di dunia ini meminta keburukan atas anak-anak mereka..Adakalanya, ada perkara dan situasi yang menyebabkan tidak mampu ibu bapa sendiri memperbetulkan darah daging mereka, tetapi disedarkan secara program juga motivasi luar..Sesungguhnya di sinilah titik tolak peri pentingnya tarbiyyah aulad..bermula sejak di alam rahim sehinggalah dilahirkan dan dibesarkan...

<>
Anak Muda Generasi Penerus Perjuangan

Semenjak kita berada di pusat asuhan kanak-kanak sehingga menjejakkan kaki ke menara gading, kita sentiasa di suntik dengan racun-racun yang berbisa oleh musuh-musuh Islam samada dari dalam atau luar negeri. Kita sentiasa didedahkan dengan perlakuan Barat dan kita digalakkan supaya bergerak bersama arus kebaratan yang telah merosakkan akidah dan juga akhlak perlakuan umat Islam. Kita sentiasa disuapkan dengan dasar-dasar pelajaran, ideologi-ideologi dan juga kemajuan yang sedang dinikmati oleh Barat .

Tidak hairanlah jika kita lihat sebahagian besar daripada lapisan para pemuda dan pemudi terjunam ke lembah kerosakan dan ketandusan akhlak yang mulia, selain daripada kekontangan akidah Islam yang menjamin kebahagian di dunia dan akhirat. Mereka lari daripada cara hidup Islam. Bahkan yang lebih menyedihkan lagi,mereka mengeji dan memperolok-olokkan cara hidup Islam dan orang yang beramal dengannya.

Di sinilah peranan kita,terutama para ibu dan bapa..mendidik anak-anak yang masih lentur rebungnya agar tidak terlalu mudah terjerumus ke kancah merosakkan dan mudah kalah menghadapi cabaran dunia; hawa nafsu&syaitan, kebejatan akhlak, serangan pemikiran dan pengaruh barat.

Fitnah Dunia

Kadang-kadang kerana kesibukan dunia..menyebabkan anak-anak terabai..tetapi almurabitun dan juga jundullah turut perlu memikirkan, pasti tanggungjawab sebagai khalifah amar ma'ruf nahi munkar turut menyebabkan dunia pejuang banyak di luar rumah..kadang-kadang terlalu sibuk mentarbiyyah anak-anak orang lain sehingga anak sendiri merasakan dirinya diabaikan..24 jam sehari bukanlah satu masa yang cukup dalam kehidupan pejuang untuk melaksanakan semua tanggungjawab dengan penuh sempurna..inilah cabaran..dan agar mampu menjadi peringatan buat kita semua..Pengalaman bersama anak-anak pejuang membuatkan diri ini berfikir panjang..Sungguh hebat pasangan pejuang yang memiliki anak-anak yang sama hebat seperti mereka dalam memahami erti perjuangan,sungguh saya kagum melihatnya..Yang pasti semua itu menuntut pengorbanan yang bukan sedikit..Mampukah diri ini juga sekuat mereka semua?...

Sunday, November 09, 2008

::Dunia Baru Sebagai.....

Bismillahwalhamdulillah...

Putaran roda kehidupan tetap berputar,begitulah fitrah kehidupan seorang hamba. Apa yang perlu,kaki terus melangkah dengan kekuatan jiwa menelusuri setiap denai kehidupan penuh ketabahan diiringi redha Allah..
Buat sahabat2 seperjuanganku yang turut bakal bergelar 'sang murabbi/ah'..selamat menempuh dunia baru..dunia murabbi semakin mencabar saban kini..dimana sahaja pasti ada halangan, yang penting pesan seorang murabbiku...'sabar dan ikhlas'...sobran 'ala sobran..itulah kunci.

Dunia remaja kini, tarian 'shuffle'...dipersembahkan semasa 'Teachers Day'...Adakah kamu bersedia wahai para murabbi? Kenali dunia remaja kini, agar kita mampu bertindak & mendidik sesuai dengan keadaan&zaman.. Banyak lagi yang akan kita temui...nanti...

Selamat berjuang Iza di Pahang( ulu mana ye za..ehe)..Atikah,aini dan syikin di bumi Perak, Atun,Saadah dan Faasilla di bumi Johor, K.zati tetap di negeri tercinta,serambi Makkah..dan diriku bersama Arni,Nisah dan K.syafa di dunia Selangor..juga teman2 di amanahkan mentarbiyyah di bumi Kenyalang&Negri Bawah Bayu..

...Kita berdakwah melalui saintifik....Selamat melangkah ke dunia baru!!

Saturday, November 08, 2008

Liberal : Againts Fatwa...

Nov 7,2008
About a dozen protestors marched through Kuala Lumpur denouncing the recent ‘discriminatory’

Those involved were from two groups Katagender (which promotes gender sensitivity) and Food-not-Bombs, and included several men.

Armed with a large banner which read Lawan semua fatwa menindas perempuan (Oppose all fatwa which oppresses women)”, the protestors marched from the Ampang Park LRT station to the vicinity of KLCC.


Golongan Liberal dan Feminisme semakin berani..yang dihairankan apa kaitan majlis fatwa dengan non muslim ini?..adakah ada agenda di sebaliknya??...Mereka mempertahankan Amani, yang kontroversi dengan membotakkan kepala tanpa mengira hukum..

::Untukmu Mujahidah Sejati::



Mujahidah sejati
intan permata mutiara mahkota
seindah pelangi di cakerwala
menghiasi taman indah nan permai

Mujahidah sejati
engkaulah serikandi pembela agama
peribadi solehah hiasan diri
subur dengan iman dan ketaqwaan
Mujahidah sejati
akhirat utama kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati
hidupnya berbeza kerana diasuh iman dan taqwa
Mujahidah sejati
berbekal Al-Quran dan as-Sunnah
bersulam pengorbanan
bisa menggegarkan isi dunia
Mujahidah sejati
terus subur mekar mewangi
seindah suria menerangi bumi
harapan ummah yang abadi



Mujahidah sejati
menyoroti langkah Khadijah, Aisyah, Fatimah
menjadi muqarrabin bermujahadah
menuju cinta dan kasih Allah
Paras rupa bukannya ukuran
nilainya sama di sisi Tuhan
cuma ibadah yang membezakan
wanita solehah di sisi Tuhan
Berhati-hatilah hasutan dunia kerana ia membahaya jangan dibiarkan ia bertakhta dalam diri dengan dosa-dosa
Tabahkanlah hatimu wahai muslimah jua mujahidah
melangkah dalam derap da'wah
mengharungi sakit dan getir ujian Allah
kerana dirimu dikurniakan satu anugerah
walau hanya sekeping hati yang lemah
tetapi ianyalah kan menggegar & membangunkan ummah...

Friday, October 31, 2008

::Wish For My Luv::

Tanggal 31 Oktober 2008


Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh? ibu

Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena

Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta

Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh? Ibu

Alhamdulillah hari ini genap usia mak tersayang ke 50..Alhamdulillah ku masih diberi ruang&peluang bersamanya sehingga kini,hari ini..Doaku semoga mak sentiasa di bawah naungan&lindungan Allah..dikurniakan rahman&rahimNya..amin..terima kasih mak....
::I Love U Mom::

Thursday, October 23, 2008

Anekdot Nur : Tiada Hati

Nur naik bas awam, balik ke rumah selepas temuduga..penat tu adelah terasa campur pening kepala..yela kan pertama kali temuduga..bermacam2 perasaan Nur ni..5 jam menunggu giliran temuduga..seksa jugak rasanya..

Ramai juga penumpang dalam bas..Alhamdulillah Nur dapat tempat duduk,tempat terakhir yang masih kosong. Penumpang keluar masuk..Sampai satu tempat, ada seorang kakak masuk bersama bayinya yang masih kecil..kedudukan Nur belakang sikit, bila tengok kakak tu tiada tempat duduk, Nur terus bangun berikan pada kakak tu..bantu sesama insan..

Di hujung bahagian depan bas, Nur lihat seorang pemuda berkopiah duduk...Nur nampak dia naik tadi sebelum kakak itu..Sebelum Nur berikan tempat pada kakak tadi, Nur sempat melihat padanya..reaksinya pada kakak tu buat seolah2 tak nampak..Hairan terbit dalam hati Nur, tiada rasa kasihankan pada kakak tu..sedangkan dia seorang pemuda yang masih kuat..Nur pun tak tahu nak cakap apa..hati manusia lain-lain..

Beberapa ketika, Nur dapat tempat duduk semula..Nur di bahagian depan..Nur toleh2 bahagian belakang bas..Nur nampak kat hujung bas tu,jauh dari Nur ada seorang pakcik tua..tak perasan bila pakcik tu naik tapi dia takde tempat duduk..Dia duduk bertinggung dengan berpaut pada tiang dalam bas..Kesiannya..tapi Nur jauh sangat waktu tu..Takkan yang dekatnya tiada perasaan?..pelik..Lepas itu Nur dengar orang gelak2..Nur toleh..Mereka gelakkan pakcik itu sebab tersengguk2 dalam keadaan duduk bertinggung tu..tiba-tiba Nur rasa marah..biadapnya orang melayu atau sebetulnya orang Islam sekarang ini..Sudahlah tidak membantu,sedangkan ramai anak-anak muda berhampiran pakcik itu yang selesa di kerusinya..Malah diketawakan pakcik itu..termasuk jugak makcik-makcik lain..ketawa geli hati..Nur istighfar dalam hati..minta hati sabar..sungguh kesal Nur rasakan dengan masyarakat sekarang ini..

Tak lama selepas itu,pakcik tu turun..Konduktor bas sempat usik pakcik tu..
'Hujan tu, pak!Basah nanti!!'
'Ala..hujan dunia..buat apa nak takut!!..' jawab pakcik tu selamba..

Huh,terkejut gak Nur dengar jawapan pakcik tu..Pastu Nur gelak sendiri..menyokong kata2 pakcik tu..'hujan dunia'...2 lah jawapan orang zuhud..barangkali..

Nampaknya masyarakat sekarang ni semakin 'tiada hati'..btul tak?..Saya bersetuju..kalau saya ditempat Nur pun rasa geram..
'apa2 pun Nur, Alhamdulillah sebab Nur masih diberikan perasaan dan mata hati itu..'

'Alhamdulillah, tak layak utk kita mengaku sebagai da'ie jika tiada mata hati&cuba merealisasikannya'..ujar Nur..

'Btul3..Naqib pernah pesan, bangun pagi..terus fikirkan untuk 'da'wah'..semudah satu senyuman..itulah da'wah'..saya dan Nur saling senyum..

::Jangan Merajuk Wahai Da'ie::


Bismillah walhamdulillah
Saya tertarik dengan sebuah artikel di iluvislam.com bertajuk 'Jangan Merajuk Wahai Da'ie'..Satu muhasabah yang baik saya kira dan cukup bermakna mengingatkan diri ini yang alpa dan lupa sehingga kadang2 membuatkan kita menjadi seorang hamba yang tidak bersyukur..moga dijauhkan..Ya rabb.

Hidup ini menuntut mujahadah berterusan. Setiap hari pasti ada sahaja perkara yang perlu di usahakan. Seringkas bangun pagi memerlukan kekuatan menolak keseronokan tidur yang lena. Begitu juga dalam kesungguhan mengulangkaji pelajaran, kesabaran melayani kerenah sahabat handai, hinggalah keteguhan mendirikan Islam dalam diri setiap insan. Inilah kehidupan, tidak lari dari, suka duka, perit jerih, dan susah payah. Apatah lagi bagi tiap jiwa yang dalam sedar berikrar menyerahkan diri mereka kepada Allah, menggelar diri sebagai Dai’e, mengajak jiwa-jiwa kembali tunduk pada Allah yang Esa. Malah mereka lagi perlu menunjukkan kesungguhan dalam tiap perkara, mengelak fitnah menimpa…

Yang pastinya, dalam kesungguhan pasti ada mehnah melanda. Dalam saat seronok mengajak manusia kembali ke jalan Allah, kita terlupa bahawa hati-hati itu ada pemegangnya, yang mengawal tutup buka nya ia. Membuatkan kita kecewa dan putus asa apabila usaha tidak membuahkan hasil seperti yang dijangka. Membuatkan kita terlupa tugas kita hanya pemberi peringatan, sedangkan natijahnya di bawah takdir Allah yang Maha Kuasa. Bak kata pepatah `menabur benih di bumi, hasilnya dari Ilahi’. Di saat hati rajuk, mencari hikmah atas apa yang menimpa, Al-Quran menjadi tempat kembali, isinya penuh istimewa, pasti sesuai di setiap keadaan dan masa. Namun, bergantung kepada kesediaan hati itu untuk mengaitkannya dalam kehidupan, mengambil manfaat dari tiap bait Kalamullah…

Siapa sangka, kisah Nabi Yunus a.s yang tidak selalu diceritakan mampu memberi seribu pengertian dalam kehidupan…

Nabi Yunus menyeru pada kaumnyaSembahlah Allah Yang Maha EsaTinggallah berhala yang tidak bernyawaJauhi perbuatan yang sia-sia Seruan Nabi tidak diterimaNabi diejek dan Nabi dihinaBaginda tidak berputus asaWalau dicaci walau dihinaAkhirnya Nabi merasa hampaUmatnya masih menderhakaLalu dia pergi membawa hati Ke tepi pantai seorang diriKapal pedagang Baginda menumpangMembawa diri ke rantau orangMalangnya laut bergelombangHampir karam ditengah lautanBila diundi Nabi merelakanTerjun ke laut penuh bergeloraBaginda ditelan ke perut Ikan NunGelap gelita tidak terkiraSedarlah baginda akan silapnyaDitarbiyyah Allah sebegitu rupaMenangislah Nabi penuh dukaMemohon Ampun dari Tuhannya”

Begitulah kisah seorang Nabi diuji Allah begitu sekali…

Wahai Dai’e Rabbani, cukuplah kisah Nabi Yunus a.s pemujuk diri, jangan diikut rajuk di hati, usah dilayan kecelaruan emosi, tergesa-gesa melarikan diri dari situasi. Melangkahlah dengan penuh hikmah dan kesabaran dalam meneruskan da’wah lillahi. Begitulah di kala Nabi Yunus lari dari kaumnya yang ingkar, rasa marah dan kecewa hingga terlupa tugas beliau menyampaikan ajaran yang hasilnya adalah dari Tuhan. Menyoroti kehidupan Dai’e, tidak ubah seperti kisah ini, siapalah kita meletakkan hidayah dihati manusia kerana ia adalah urusan Ilahi, hanya usaha yang akan dipersoalkan nanti. Hadamlah kalam Allah apabila Dia berfirman:

“Dan tidaklah Kami mengutus kamu melainkan hanya sebagai pembawa kabar gembira dan pemberi peringatan. Katakanlah: “Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan risalah itu, melainkan (mengharapkan kepatuhan) orang-orang yang mahu mengambil jalan kepada Tuhannya”(Al-Furqan:56-57)

Dalam kegelapan perut ikan Nun, hati Nabi Yunus a.s mulai bergerak bertasbih kepada Allah, memohon taubat kerana putus asa dengan rahmat Tuhannya sambil berkata:
“Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim” (Al-Anbiyaa’:87)

Dengan ketulusan hati berdoa, mengakui kesempurnaan ketuhanan dari sebarang kekurangan dan kelemahan, mengakui kezaliman diri, akhirnya taubat Nabi Yunus a.s di terima. Allah menyelamatkan beliau dari kecelakaan mati di dalam perut ikan Nun kepada kesejahteraan hidup bersama kaumnya yang kembali kepada jalan Ilahi. Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, segalanya mungkin terjadi, asalkan hati jernih mengharap redhaNya. Apa lagi yang Dai’e mahukan selain ketenangan dalam kehidupan seharian. Walaupun penuh ujian, hati penuh taubat mengakui kesalahan…

Inilah Dai’e Rabbani, tidak takut menghadapi salah, tetapi lekas kembali kepada Allah yang Maha Pemurah. Memujuk hati mencari hikmah mengakui kelemahan insani. Berbekal ibadat di kala senang, menjadi keselamatan di waktu susah. Tabah dan sabar dalam berdakwah tanpa mengira ketidakberhasilan hidayah, kerana tiap langkah di atas jalan ini adalah kejayaan…

Sirah telah membuktikan, jalan da'wah tidak menempuh kesenangan malah tersedia pelbagai rintangan..teringat ungkapan nasihat yang sering keluar di bibir ibu sendiri..'Nak senang bukan senang..nak susah pun bukan susah'..ringkas..tapi cukup mendalam maksudnya..Inilah yang telah dijanjikan Allah..Anugerah nikmatNya di syurga bagi hamba-hambaNya yang bertaqwa dan untuk menujunya mesti lalui segala liku durinya..Ayuh..kita bangkit bersama sahabat!!

Wednesday, October 15, 2008

Anekdot Nur : Meminta


Adik Nur tanya...'Kenapa Kak Nur selalu sujud lama,rakaat terakhir sebelum tahiyyat tu?'...

Nur senyum jer..cakap kat adik yang kecik tu..

'Kak Nur berdoalah adik'...'

Adik nak doa jugaklah'..

'Boleh..tapi adik kena doa dalam hati jer tau,kalau doa sebut dengan lidah dalam bahasa melayu,batal solat nanti..'

'Ok..Kak Nur'..

'Kak Nur..Kak Nur doa apa ye..adik pun nak doa jugak.' tanya adik lepas Nur solat maghrib..

'La, adik doala apa-apa je yang adik nak.Minta dengan Allah.Nak dapat no.1 ke...'

Adik Nur angguk2..Fahamla kot..Nur tengok adik Nur sujud lama pada sujud terakhir..Nak gelak pun ada..tiba2 jadi baiklak adik Nur ni..Padahal nakal bukan main lagi..

'Adik doa apa? Lamanya sujud..' rasa gelihati pun ada jugak..syukur pun ada..

'Adik doa..minta adik jadi rajin, dapat no.1 dalam periksa dengan minta adik tak jadi penakut lagi'...

'Adik minta camni Kak Nur, Allah buatlah adik jadi rajin,jadi rajin..ada lagu2 skit..hehe,' nampak gigi rongok adik Nur tu..Nur pun gelaklah..Lepas solat, adik campak je kain telekungnya..ai..Nur pun tegurla..

'Tadi doa nak jadi rajin..tu telekung tu..lipatla..selalu camtu,'

'Hehe..adik lipat..bila adik doa minta jadi rajin, Allah terus bagi kerja kat adik kan.'

Nur senyum..tapi..kata1 adik Nur tu buatkan Nur berfikir...apa yang kita minta, Allah tak tunai camtu jer..tapi Dia bagi kerja ataupun ujian..yang lebih tepatnya..Nur fikir balik dengan doa2 Nur..bersediakah Nur terima ujian yang bakal mendatang?

Tak sangka..kata2 seorang kanak2 memberi makna,buatkan kita berfikir..betul tak?..Betul tu Nur, jawab saya..Ha..Nur pernah dengar kata2 ni?..tanya saya

I asked for strength..and Allah gave me difficulties to make me strong..

I asked for wisdom..and Allah gave me problems to solve..

I asked for courage..and Allah gave me obstacles to overcome..

I asked for love..and Allah gave me troubled people to help..

I asked for favors..and Allah gave me opportunities..

Maybe I received nothing I wanted....

But I received everything I needed...

MasyaAllah,bestnya kata2 tu..Betul tu, Nur setuju..Dan Nur jangan lupa sesuatu, tambah saya..
Yer, Nur tahu..jangan lupa ucap Thank U Allah...tahmid Alhamdulillah dengan segala pemberian Allah..Alhamdulillah,luncur dari bibir saya..Masing2 terdiam..berfikir nikmat anugerah tidak ternilai..



Doa Umpama Skru dengan Nat



Ulasan Petikan : Temuramah TG Nik Aziz

Doa, ibarat skru dengan natnya.Ukuran antara skru dan nat mestilah sama.Begitu juga dengan doa,biarlah kena dengan fungsinya..Fungsi doa kini semakin disalahertikan..Umat Islam hanya membaca doa sedangkan kita sepatutnya berdoa..Inilah perbezaannya..

Meminta adalah fitrah manusia.Kenapa kita tidak meminta secara langsung dengan Allah.Mengapa ada antara kita yang mahu berlapik dengan perantaraan doa itu,doa ini ataupun sekadar menampal doa2 di tandas,bilik sebagainya tanpa sendiri meminta.Satu kesilapan atau kelemahan kita sebagai orang Melayu hanyalah bergantung kepada membaca doa yang telah siap ditulis orang lain sedangkan doa itu sebagai contoh sahaja, bukannya mesti membacanya. Namun kalau kita tidak pandai bolehlah kita boleh gunakan doa dari Rasulullah s.a.w. dan sahabat sebagai contoh dan kita boleh berdoa dalam bahasa melayu untuk meluahkan isi hati kita dalam bahasa yang mudah difahami.

Apa yang penting ialah berdoa biarlah terluah dari isi hati bukan sekadar terlafaz di mulut sahaja.Sebab itu kita jangan sekadar meniru, tengok orang berdoa kita pun berdoa.Biarlah perkara itu datang dari hati dahulu kemudian lidah menjadi jurucakap.

Firman Allah s.w.t dalam Al-A'raaf ayat 55 :
"Mintalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang tersembunyi.Sesungguhnya Dia tiada mengasihi orang-orang yang melampaui batas"

Sebab itu dalam kita berdoa, kita mesti meminta bersungguh-sungguh,penuh sedar apa yang kita inginkan dan sebaiknya dengan tangisan.Mulut,hati dan tubuh badan kita mesti tegak.Betul-betul macam kita berhadapan dengan orang. Kalau kita berkehendakkan sesuatu daripada orang lain,kita tidak boleh berlengang-lenggok..Apatah lagi berkehendakkan daripada Allah Yang Esa.

Ingat kepada Tuhan sebenarnya perkara yang mudah, tetapi tidak ramai yang boleh melakukannya. Ada 3 cara untuk kita mengingati Allah swt iaitu ingat dengan qalbu,ingat melalui lidah dan menggunakan anggota. Ingat dengan qalbu ada 2 cara iaitu nikmat dan laknat Allah.Halal dan Haram Allah.Syurga dan Neraka Allah.Ingat dengan lidah dengan menyebut kalimatullah,tasbih,tahmid seumpamanya.Begitu juga dengan perbuatan,setiap perbuatan yang dilakukan dengan doa..semuanya dengan berdoa..

Semoga kehidupan kita dirahmati Allah..Berdoalah...kerana Allah tidak pernah penat mendengar rintihan hambaNya..malah Allah merindui rintihan dan permintaan hambaNya..Kerana kita bermula dari Allah..dan akan kembali kepada Allah..Allahuta'ala'alam.

Tuesday, October 14, 2008

Anekdot Nur : Tasbih


Nur teringat satu kisah dulu..Ketika itu Nur masih bertatih mengenal erti perjuangan dan pengorbanan..Nur dan kawan2 diprogramkan dalam satu program tarbiyyah..kira2 1 minggu programnya..memang menguji betul ketahanan fizikal dan mental..Sebut program tarbiyyah secara praktikal, banyaklah tekanan-tekanan yang Nur dan kawan2 terima..tidur 1-2 jam sahaja, setiap detik..setiap saat bagaikan terlalu lama..waktu kuliah Nur tersengguk2..rugi rasanya bila fikirkan..sedangkan pengisian disediakan cukup bagus,dengan penceramah yang hebat2..

Satu pengalaman yang cukup indah bagi Nur..bila Nur rasakan sepanjang program itu langsung tidak menyesakkan Nur,tidak rasa tertekan,tidak rasa terpaksa,tidak menghitung waktu2 untuk pulang..Pelik apa yang Nur rasakan..Apapun Nur tahu semuanya bertitik dengan kehadiran 'IKHLAS' dalam hati..mungkin kawan2 Nur yang lagi hebat lebih merasai indahnya perasaan itu..Dan Nur tak lupa, semuanya adalah kerana pengarah program waktu itu,DPP pusat sekarang ini..setiap kali dalam ucapannya..tidak lepas mengingatkan kami supaya "IKHLASKAN NIAT"..Nur tersedar atas alpa..cuba ikhlaskan niat kerana Allah..kerana itulah keperitan sepanjang program..Allah kurangkan..barangkali..moga Allah terima amalan Nur..

Tasbih..seutas tasbih menjadi barang amanah sepanjang program..Kebiasaannya diberikan barang2 yang susah untuk dijaga,seperti bata,biskut,telur dll..Kali ini dapat tasbih..Walau sering ditangan,tetapi lupa untuk membilang biji tasbih dengan memuji Allah..Subhanallah,betapa besarnya nikmat amanah ini Nur rasakan..Nur membilang tasbih ketika ingin tidur dalam keadaan dingin,kotor dan berpeluh..tidur hanya seketika..kerana selepas itu Nur dan kawan2 dibangunkan awal dinihari untuk terima tarbiyyah jasadi seterusnya..kadang-kadang tidur di atas jalan berbatu-batu..Maha Suci Allah,Nur tidak rasa penat malah diberi kekuatan untuk terus menerima tarbiyyah bangkit dari tidur ayam..Nur tahu,inilah kuasa tasbih..Sampai sekarang ini Nur masih menyimpan tasbih itu..Nur mencarinya kembali,terlupa tentang kisah disebalik tasbih itu...Nur dapat rasakan ada sesuatu yang berbekas pada jiwa Nur dengan tasbih itu..Tasbih itulah kenangan berharga Nur..permulaan Nur mengenal hakikat perjuangan..berusaha untuk membantu Islam yang kita semua cintai...

Tahu tak..Nur sayang sangat tasbih ini..Saya tunggu cerita Nur seterusnya..Nur nak simpan tasbih ni..Nur nak tunjukkan pada suami Nur nanti..dan Nur akan cakap..Inilah harta berharga Nur yang membawa Nur kepada sebuah perjuangan..Saya tergelak dengar kata-kata Nur..Amboi Nur..tingginya angan2..kata saya..Nur menarik muka..ala, impian la..tak salahkan..kalau masih eloklah tasbih ini..Saya senyum..insyaAllah Nur..kalau kita ikhlas..sahaja memancing Nur...jangan lupa sebut InsyaAllah dengan setiap tindakan dan bicara kita..Nur mengangguk2kan kepalanya..Jom makan,ajak saya..

Anekdot Nur : Makan Hati


Bunyi bip mesej bergetar di atas meja..Dah lama telefon bimbit Nur tak berbunyi.Nur pun membacanya.Wah,Nur dapat jemputan ke program.Dah lama Nur tidak berprogram,rindu pulak Nur rasa..Nak dapat kenalan baru,nak biasakan dengan keadaan da'wah di tempat sendiri.

Tapi,program mula lewat petang sampai pagi esok..Nur rasa teruja sangat..Tapi,Nur ada masalah...Nak dapatkan kebenaran dengan mak.Nur drive sendiri,Nur ajak sedara Nur temankan Nur sekali..Kena buat strategi ni,Nur fikir..Mulanya Nur rasa susah nak lepas untuk pergi..Nur dah balas mesej,minta maaf tak dapat turut serta..sedih pulak rasanya..Dahlah ini kali pertama nak ikut serta program jemaah ini sejak balik ke kampung, terharu jugak rasa sahabat tak lupakan diri Nur ini,walaupun hanya 2-3 orang sahaja yang Nur kenal..Sahabat Nur pujuk Nur minta pergi jugak..Nur mula cair balik..cuba usaha..

Pagi-pagi Nur dah bereskan semua urusan rumah..nanti senang mak nak lepas..(",)..Lepas semua dah ok, Nur telefon mak kat tempat kerja,keputusan last minit macam ni la,telefon je..Berdebar jugak..takut...

'Mak,Nur nak pergi program petang ini,balik pagi esok,boleh tak?'
'Pegi dengan sapa?'
'Nur pegi dengan Sya'..Mak diam..'Penting sangat ke program tu?'...Sudah..Nada mak bunyi marah..
'Ala mak,sekali sekala je Nur pergi. Nur bukan selalu keluar rumah.'
'Dah,pegi pegilah!!!'...talian telefon terus diputuskan..

Buk..Nur rasa bagai tercabut jantung Nur..Mak letak telefon camtu jer..Hati Nur mula luluh..Salah ke Nur nak ke program? Bukan selalu..Air mata Nur mengalir...Inikah cabaran Nur untuk istiqamah dalam perjuangan?...Hati Nur menjerit-jerit..kenapa mak tak nak memahami jiwa Nur walau sedikit?..

Nur tak jadi pergi,batalkan janji dengan sedara,dengan sahabat..Buat apa Nur pergi,kalau mak tak restu..Nur makan hati..sungguh Nur sedih...Mak balik kerja petang, Nur tengah membaca..Nur diam jer..sampai esok Nur masih diam jer..Mak pun diam jugak, tahu kot Nur kecik hati..Nur xnak cakap,takut terlepas cakap yang tak sepatutnya..nanti mak pulak kecik hati dengan Nur..Nur memang tak berhadapan langsung dengan mak..Nur selalu elak diri..Nur tak boleh..nanti Nur nangis..makan hati Nur dalam betul..tak tahu kenapa..Nur buat jer semua kerja2 rumah macam biasa..Lepas solat Nur nangis jer,minta Allah sejukkan hati Nur ini,tenangkan hati Nur..Nur taknak berterusan macam ini..Nur minta ampun segala dosa dari Yang Esa...

Nur tidur rumah nenek 1 malam..bagus jugak..Nenek minta temankan..Nur boleh tenangkan hati..Nur solat malam,zikir,baca kalamullah dan terus berdoa..Nur taknak sakitkan hati mak..tapi,hati Nur sebak lagi..Nur doa banyak2,Nur nak jadi anak solehah...Alhamdulillah..esok Nur balik rumah..Nur dah ok..Nur borak dengan mak macam biasa..Mak tengok Nur ok, mak pun ok jugak...

Nur cakap dengan saya..lepas ini Nur taknakla 'follow up' sahabat untuk program2 terkini,bila dijemput,Nur pun asyik cakap tak dapat pergi..Nur malu..Saya cakap pada Nur, tak apalah Nur..restu mak itu lebih penting Nur..Ingat kisah sahabat apabila bertanyakan kepada Rasulullah s.a.w. samada dia perlu bersama dalam perang atau menjaga ibu bapanya..'Berbaktilah kepada ibu bapa'...itu dikatakan Baginda s.a.w..Nur senyum..terima kasih..Nur tahu mak adalah segalanya dalam hidup Nur..Allah takkan biarkan hambaNya bersendirian..Semoga Allah istiqamahkan kita dalam perjuangan ini..cakap saya..Amiin..