Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Berdasarkan Akta Hakcipta 1987:
Dilarang untuk mencetak, mengulang siar, mengambil, mencuri, menciplak, dan sebagainya tanpa izin daripada penulis.Hak cipta blog adalah terpelihara (Kenyataan ini hanya untuk penulisan saya dalam subjek 'karyaku' kerana melibatkan penghantaran ke media cetak.Penulisan lain tiada akta halangan.Dialukan penyebaran)

Friday, January 16, 2009

Hadiah Buat Bumi Gaza, AlQuds


>Sebahagian petikan daripada novel Melakar Cinta Firdausi<

Bumi Palestin bumi bertuah yang menjadi rebutan. Isu Palestin bukan isu pertelingkahan dua bangsa yang merebut sebidang tanah. Tapi realitinya isu Palestin bermula apabila bangsa Yahudi yang datang dari segenap pelusuk dunia meninggalkan tanah air mereka lalu berhijrah ke bumi Palestin, menjajah tanah Palestin dan mengusir penduduk asalnya.

“Ya Allah, tabahkanlah hatiku ini sepertimana tabahnya Sumaiyah menghadapi dugaan dan seksaan musuhmu, teguhkanlah cintaku padamu sepertimana suci dan murni cinta Rabiatul Adawiyah yang mendamba cintamu. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan sepertimana srikandi Islam yang memperjuangkan agamamu. Ya Allah, selamatkanlah suamiku daripada seksaan tentera Zionis yang tidak berperikemanusiaan. Teguhkanlah akidah kami menjulang panji agamamu. Berikanlah kemenangan kepada Islam. Ya Allah, andai suamiku pergi menghadapmu, aku reda, ya Allah. Perginya sebagai seorang mujahid yang menuju syahid. Andainya suamiku masih hidup, ya Allah, berikanlah kekuatan dan ketabahan kepadanya dalam menegakkan agamamu sebagai mana mujahid-mujahid terdahulu. Ya Allah, hanya kepadamu aku sembah dan hanya kepadamu aku mohon pertolongan. Kabulkanlah permintaanku, ya Allah. Amin Ya Rabbulalamin.”

Humaira menyeka air mata yang mengalir. Mengenangkan saat suaminya ditahan oleh tentera Zionis. Dia tidak tahu di mana suaminya sehingga ke saat ini.


Penjara Gaza
Pintu bilik I31 dibuka perlahan. Aima Insyirah dibawa masuk. Pantas askar itu menutup pintu bilik tahanan. Perlahan-lahan askar itu mengeluarkan sebuku roti dari poket seluarnya. Bungkusan plastik roti itu dibuka.
“You’re not Palestinian?” Tanya tentera itu. Aima Insyirah mengangguk-anggukkan kepalanya.
“So, why are you here. What are you doing?” tanya akar itu lagi.“Because of Islam, because I’m Muslim,” jawab Aima Insyirah ringkas. Askar itu tersenyum. Aima Insyirah memandangnya dengan sedikit hairan. Senyumannya berbeza dengan senyuman askar lain yang menjijikkan. Aima Insyirah ingin bertanya tentang askar itu, tetapi dimatikan. Mungkin senyuman itu satu helah untuk mendapatkan maklumat. Fikir Aima Insyirah


“Bang!!!” Bunyi tembakan memecah kesunyian pagi. Peluru tajam sepantas kilat mengena sasaran. Syeikh Yussof rebah. Betis tuanya cedera parah dimamah peluru mortal. Dia tidak mampu bergerak. Tangan-tangan kasar dan hina menarik kedua tangannya dengan penuh biadap. Syeikh Yussof diseret bagai mayat hidup penuh biadap di gurun berbatu kasar, dibawakan ke trak rejim Israel laknatullah. Syeikh Yussof tidak mampu melawan, kudrat tuanya semakin lemah. Seluruh jubahnya koyak di sana-sini akibat geseran batuan kasar. Anjing-anjing Israel tidak menghiraukan tua atau muda. Jiwa kebinatangan mereka tidak pernah lupus, rakus membaham mangsa mereka tanpa mengenal erti perikemanusiaan. Kesakitan dan kecederaan Syeikh Yussof hanya disambut dengan hilai tawa yang menjijikkan.


“Wahai pejuang-pejuang Palestin,
Palestin telah kembali Islam.. Di bawah kehebatan Salahuddin Al-Ayyubi.. Di atas intifada Syeikh Nuruddin al-Zanki.. Di tangan Syeikh Ezuddin al-Qassam.. Ia bangun kembali dari keadaan nyawa-nyawa ikan, membuang baju kehinaan dan keaiban. Membelah batu, menyandang senjata. Berjuanglah. Laungkan “Allahu Akbar!”

Intifada Palestin, jihad Palestin di kawasan tanah dijajah, adalah permulaan kehancuran rejim Zionis dan penghapusan rejim Zionis yang menguasai tanah Palestin!
Dari medan perang atau dari medan pertempuran, bukan dari jalan raya, istana atau pejabat-pejabat politik, dari negara-negara Islam, negara jihad, negara revolusi dan negara syuhada, kami ucapkan kepadamu, pejuang Palestin dengan ucapan menyokong perjuangan yang sama, ucapan perjuangan yang kamu lakukan di mana kami tahu kamu tidak mempunyai alamat, tidak mempunyai pemimpin dan tidak mempunyai nama. Ucapan perjuangan yang kamu lakukan seperti burung-burung Ababil, kamu membaling musuh dengan anak-anak batu dari Sijjil. Kami bersamamu, Palestin!
“Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!”
....nantikan sepenuhnya.....

1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.