Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Berdasarkan Akta Hakcipta 1987:
Dilarang untuk mencetak, mengulang siar, mengambil, mencuri, menciplak, dan sebagainya tanpa izin daripada penulis.Hak cipta blog adalah terpelihara (Kenyataan ini hanya untuk penulisan saya dalam subjek 'karyaku' kerana melibatkan penghantaran ke media cetak.Penulisan lain tiada akta halangan.Dialukan penyebaran)

Tuesday, March 30, 2010

:Sukailah Apa Yang Kita Dapat::


Kita takkan dapat apa yang kita sukai sepenuhnya, malah kadang2 hanya sekali-sekala sahaja. Ini membuatkan saya flash back perjalanan hidup sejak dari alam persekolahan. Di awal kanak-kanak, sekolah rendah, kita masih belum mampu menentukan keinginan dan kesukaan sepenuhnya, walaupun ianya tetap ada. Tetapi bila meningkat remaja dan dewasa, pelbagai harapan dan matlamat yang kita telah tetapkan dalam kehidupan.

“Barangkali kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal ia baik bagi kamu. Barangkali kamu menyukai sesuatu, padahal ianya tidak baik bagi kamu.Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui’ (Al-baqarah: 216)

Di alam persekolahan (Rendah dan Menengah)

Selepas UPSR, aku mula bercita-cita untuk memasuki sekolah berasrama luar drpd Terengganu. Seronok melihat kakak yang belajar di Kolej Tunku Kurshiah, Seremban. Tetapi, kerana keputusan BI hanya mendapat B, aku tak mampu terbang ke mana. Akhirnya di tempatkan di SMKA Durian Guling, Marang. Selepas PMR, aku mula bercita-cita memasuki SBP/ MRSM dengan keputusan hanya 7A 2B..Aku mengisi borang sama spt kawan2ku, dan ramai kawan2 diterima masuk ke MRSM. Aku tiada rezeki, kerana aku tersilap mengisi borang permohonan menggunakan pen, bukan pensil. Sehingga T5, aku menuntut ilmu di bumi SMKADG..

Di alam pengajian tinggi

Dengan keputusan SPM, yang tidak seberapa, Alhamdulillah aku diterima masuk Kolej Matrikulasi Johor..Rasa amat seronok, kerana Johor adalah pilihan utamaku. Entah kenapa Johor adalah negeri pertama menjadi pilihan sebagai destinasi pertama aku menuntut ilmu di luar Terengganu. Selesai pengajian di KMJ, aku memohon untuk ke UKM dalam bidang farmasi/biomedik. Teruja untuk belajar di UKM, sejak kecil sukakan UKM. Tetapi rezeki di UM, dalam bidang pendidikan sains, satu bidang dari kecil tak pernah diminati. Aku belajar pada awal dalam keterpaksaan untuk meminati bidang pendidikan. Selama 4 tahun di UM, aku banyak menyedari terlalu banyak pengalaman berharga aku kutip di UM, terutama dalam aspek berpersatuan dan perjuangan. Politik di UM adalah persis dengan realiti politik Negara. Aku bersyukur Allah tempatkan aku di UM, bukan UKM pilihanku.Terlalu banyak suka duka 4 tahun di UM, baik dari sudut akademik juga perjuangan. UM tetap dihatiku hingga kini, disebalik kerenah biokrasi dan tekanan kewangan pihak pentadbiran yang membebankan mahasiswa.

Ujian yang besar, Rezeki Melimpah

Setelah aku mula bekerja, aku telah melalui 1 kepayahan yang aku rasakan aku diuji dengan satu ujian yang mampu membuatkan aku hilang segala harapan dalam kehidupan, sehinggakan aku dapat memahami bagaimana perasaan orang2 yang ingin membunuh diri, kerana sebegitulah yg aku rasakan ketika itu. Mujurlah aku masih diselamatkan dengan cebisan iman yang masih berbaki, Allah selamatkan aku dari kekufuran dan mati dalam keadaan kufur. Pelbagai usaha aku lakukan untuk terus bangkit, pertingkatkan amalan dan zikir, mendalami alquran dan terus sibukkan diri dengan aktiviti dakwah dan perjuangan. Aku membuat permohonan untuk sambung MA di UKM, bidang Kaunseling. Aku memohon untuk sijil Talaqqi Quran, USIM...tanpa pengharapan sepenuhnya. Aku hanya fikirkan, untuk terus sibukkan diri dan menambahkan tanggungjawab dalam kehidupan.

“Bukankah DIA yang memperkenankan doa orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepadaNya, dan menghilangkan kesusahan dan menjadikan kamu sebagai khalifah di bumi? Apakah di samping Allah ada tuhan yang lain? Sedikit sekali nikmat Allah yang kamu ingat”

“Bukankah DIA yang memberi petunjuk kepada kamu dalam kegelapan di daratan dan lautan dan yang mendatangkan angin sebagai khabar gembira sebelum kedatangan rahmatNya?” (An-Naml: 62-63)

Setelah aku mula stabil dalam kehidupan, Subhanallah rezekiku datang mencurah2...Novelku diterbitkan, setelah hampir stahun stgah menanti, aku diterima masuk ke USIM juga UKM sehinggakan aku terasa pening untuk memilih yg mana 1, akhirnya aku menangguhkan 1 sem master UKM, aku selesaikan di USIM. Rezeki kewangan turut stabil, untukku tamping yuran pengajian sijil dan master, dan keadaanku mula stabil dengan tekanan2 di sekolah. Pelbagai lagi rezeki dari Allah swt berikan kepadaku. Terdetik di hatiku, begitu beratkah ujian itu yang Allah berikan kepadaku sehinggakan Allah swt gantikan dengan rezeki yang mencurah2?...Maha Suci Allah...Aku menangis dalam setiap sujud syukur, setiap kali dikurniakan rezeki sehinggakan terasa malu di depan Allah swt. Dirasakan terlalu banyak rezeki Allah limpahkan padaku yang penuh dosa ini. Aku sujud atas rasa kehambaan dan kedhaifan. Membuatkan aku teringat kisah Baginda s.a.w. yang sujud tanpa bangun, terlalu lama sehingga berbekas tanda (merah/lebam) pada anggota Baginda s.a.w, pada Yang Esa, lantas disoal oleh Aisyah r.a. sedangkan Baginda s.a.w. maksum, suci drpd dosa dan telah dijanjikan syurga. Lalu baginda s.a.w. menyatakan kerana nikmat dan rahmat Allah swt kepada baginda, kerana itu dia bersujud kepada Yang Esa atas rasa syukur yang tidak terhingga. Begitulah pernah kurasakan dalam sujudku yang lama, sehingga aku tak mampu bangkit dari sujud syukurku, limpah rahmat yang terlalu banyak bagiku dariNya.

Jika xdapat apa yang kita sukai, sukailah apa yang kita dapat. Kata2 PK 1 sering kuingat. Hasil ujian, banyak Allah swt berikan apa yang aku sukai. Subhanallah walhamdulillah. Dan kini, aku akan dapat mengajar subjek opsyenku, kimia..Ya Allah, aku teramat gembira. Walaupun kimia subjek core, tetapi ianya lebih baik drpd English dan Sejarah. Kerana aku sukakan apa yang aku suka.

“Dan adakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu cubaan seperti yang dialami orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa pelbagai cubaan dan penderitaan, sehingga Rasul dan orang-orang beriman bersamanya berkata, ‘Bilakah datang pertolongan Allah?’ Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat?” (al-Baqarah : 214)

Telah banyak Allah kurniakan apa yang aku sukai kini. Apa lagi yang aku ingin harapkan? Terasa malu untuk terus meminta dimakbulkan apa yang disukai dan hajati. Tapi aku tetap berdoa, berdoa dan terus berdoa.

Ya Allah, aku kini memiliki dua hajat. Murahkanlah rezeki dan sampaikanlah aku di Tanah SuciMu, Makkah AlMukarramah. Dan aku sandarkan kepadaMu kedua2 hajatku, kerana Kau Maha Memahami isi hatiku. Jika semua itu terbaik untukku, Kau perkenankanlah. Jika tidak, Kau jadikanlah aku hamba yang redha, sabar dan bersyukur atas apa sahaja dan segala nimatMu. Istiqomahkan aku di jalan perjuangan hingga ke akhir hayat dan matikanlah aku dalam iman, Ya Rabbi. Amiiin.

Monday, March 15, 2010

Merengkuh coretan diri


Alhamdulillah semalam selesai program GENESIS (generasi smart solat) di masjid nur hidayah, sri cheeding..terima kasih buat adik2 fasi yg membantu, pihak masjid dan shbt2 nisa yg bertungkus lumus..tapi sayangnya, program kami dihadiri oleh 2 orang 'umno' yang nampak seperti bertopeng 2muka..ntah bagaimana pihak fasi muslimin boleh mengajak mereka menjadi fasi program kami n handel slot muhasabah..gaya islami ditunjukkan, xpasti adakah ada agenda lain di hati mereka..yang peliknya sentiasa je dpt mklumat ttg prog kami...ish..meluat rasa di hati...sempat lagi depa nak 'sangkut' dgn muslimat kami...sempat lagi selesai program, ajak adik fasi muslimin ke program umno...wah..nmpk sngat ad agenda lain...

genesis dh selesai..fokus kpd HANIS (hari nisa kuala langat) yg perlukan komitmen tinggi...sponsor dan bhgn jualan msh belum setle, permainan&pertandingan..xterbayang pelaksanaan prog nanti mcm mana..moga sempat laksanakan perancangan dlm kesibukan lain dgn baik...tugasan master kena submit 2 hari lagi, kena cepat siapkan modul2 kaunseling...recording sesi kaunseling belum sempat buat, praktis belum lancar..transkrip temuramah ekspektasi remaja belum sempat dibuat...3 minggu lagi..exam final...wah, begitu cepat masa berlalu...study satu pun belum sempat disentuh...moga yang dikejar tidak ketinggalan..dikendong xkeciciran...

bermula minggu depan, ku bertukar mengajar ke sesi pagi...50-50 dlm hatiku, ada suka, ada xsuka...yg penting xpasti mengajar apa!! kakak2 kt sek dh takut2kan mb ajar english lagi!! wah pengsanlah kalau mengajar menengah atas....hancur students skali dgn teacher...yg xleh dibayangkan..klo ku yg kecik ni nnti 'dilenyek' oleh pljr2 laki yg besar2...huh..papepun jdual hidup akan berubah..hari kuliah..kena keluar ke sekolah seawal 6 pagi...perjalanan amik masa 1 jam/ lebih dari bangi-banting + jem waktu pagi...pasti aku kepenatan, sistem biologi badan msh belum mampu biasakan diri...sama spt aku menjaga spm dulu, kepenatan dan mengantuk waktu drive..sgt...kena minum kopi byk2 waktu pagi pasti....

Dlm kesibukan tuntunan kerja+master+jemaah dan sbg abid..kdg2 fikiranku ttp terfikirkan ssuatu yg mb diperlukn smua dlm idup...ttp entahlah, tb2 terasa kembali luka2 yg semalam...ati terasa serik amat...bak kata melly goslow..'aku mahukan cinta yg halal'...yup, aku mahukan hnya yg halal...xd spt kisah2 lalu..bila ku fikirkan kesinambungan perjuangan..aku menjadi takut utk memikirkan soal ini..mana lebih penting..perjuangan atau kawen???...kawen pelengkap agama...tp aku xnak perjuangan utk ku bantu islam terhenti krn kawen...aku mahu bantu wlau hnye sekelumit..lebih2 lagi dgn teman idup yg xmemahami semua itu...lebih baek xkawen kan?? atau mcm mana?? aku xmahu memikirkan semua itu...aku penat...penat ya Allah..satu demi satu.....aku hanya mampu menjawab..insyaAllah kalau ad jodoh xkemana...insyaAllah pabila sampai waktunya...aku xmnyesal menolak sgala yg hadir..menanti yg xpasti...krn aku yakin smua 2 jwpnku dpt dariNya...aku hanya mampu trus berdoa n berdoa dan pastinya ku xpasti bilakah akan termakbulnya atau adkh akan termakbul? Allah Maha Penyayang, hanya DIA satu2nya tempat yg aku mengadu...tiada siapa yg lain mengetahui sgala di hatiku..AllahuRabbi

berhenti di sini...lupa nak kena siapkan bahan utk slot skill belajar, skill mengingat, membaca dan menulis nota utk program skil pembelajaran pelajar tingkatan 2 sekolah nanti..get ready to give talk 2 beloved students....

Hidup...teruskan selagi diberi nafas utk bernyawa...tgk kepada apa yg dimiliki..jgn tgk apa yg ilang dari diri...wlau 2lah yg sring ditangisi...Allah sentiasa bersama..insyaAllah




Saturday, March 13, 2010

Andaiku Pergi




Hatiku tiba-tiba terasa sayu
Merenung jalur2 kehidupan
Adakah jalan laluanku masih jauh atau sebaliknya
Bagaimanakah rupa laluanku nanti
Yang mungkin takkan sunyi dgn. pengharapan&tangisan
Mengharap pimpinan & belaian lembut dr Yang Esa
Untukku terus tabah tempuhi kehidupan duniawi
Hanya bersamaMu Ya Ilahi..
Aku teramat memerlukanMu

Ya Allah
Peluklah daku...
Aku lemah...Aku sakit...
Aku takut menghadapi TakdirMu
sepi seorang diri..
Ya Allah
Aku menangis keranaMu
KAU sapulah airmataku
Tenangkanla aku
dalam dakapan belaianMu

Ampunilah dosa2ku
Jika Kau mahu menjemputku pergi..
Aku hanya mahukan
Bahagia di dunia & Akhirat
Sekali2 ku rasa tak mampu lagi
harungi segala keperitan duniawi...
Ya Rabbi

Saturday, March 06, 2010

::FAKTOR-FAKTOR YANG MENGHANCURKAN NEGARA ISLAM::


Kitab Antara Semalam dan Hari ini (Assyahid Hassan alBanna)

Di dalam kekuatan hebat dan tanah yang meluas ini, faktor-faktor merungkai mula meresap ke
dalam kehidupan umat al Quran ini. Faktor ini membesar dan berkembang sedikit demi sedikit
sehingga akhirnya telah merobek Daulah Islam ini dengan hancurnya pusat kerajaan Islam pada
kurun ke 6 Hijrah di tangan Tartar. Sekali lagi ianya berlaku pada kurun 14 Hijrah (Kejatuhan
Khalifah Othmaniah). Peristiwa ini meninggalkan kesan yang amat buruk. Umat Islam bertaburan dan negara Islam menjadi negeri-negeri kecil.

Faktor-faktor yang menjadikan demikian:

i) Perpecahan politik, asabiyyah (fanatik), berebut pangkat dan kepemimpinan. Sedangkan Islam telah memberi amaran keras dalam masalah ini. Islam telah mengingatkan supaya menjauhkan diri dari kepimpinan. Islam berulang kali menarik perhatian umatnya bahawa inilah faktor yang merosak dan menghancurkan mana-mana rakyat dan negara.

Allah berfirman, maksudnya;
"…dan janganlan kamu bertelagah, nescaya kamu akan gagal dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar" (al Anfal :46).

Disamping itu Islam juga sangat berpesan supaya ikhlas kerana Allah semata-mata dalam percakapan, perbuatan dan hindarkan dari suka kemasyhuran dan pujian.

ii) Perbezaan pandangan dalam agama dan mazhab, menyeleweng dari agama yang sepatutnya aqidah dan amalan tetapi bertukar menjadi cakap-cakap dan istilah kaku yang mati. Kecuaian terhadap kitab Allah, sunnah Rasulullah saw, jumud dan fanatik terhadap pendapat dan kata-kata seseorang, suka bertengkar dan berdebat sedangkan semua perkara ini ditegah oleh Islam.

Rasulullah saw bersabda, maksudnya "Tidak sesat sesuatu kaum itu selepas mereka mendapat hidayat kecuali oleh kerana mereka suka bertengkar".

iii) Tenggelam dalam pelbagai kemewahan dan kenikmatan, suka berhiburan dan keseronokan. Ianya berlaku begitu dahsyat pada pemerintah-pemerintah Islam lebih dari apa yang berlaku kepada pemerintah bukan Islam.

Padahal mereka telah membaca firman Allah, maksudnya; "Dan jika kami hendak membinasakan negeri, maka kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu. Maka sudah sepatutnya berlaku terhadapnya ketentuan kami dan kemudian kami hancurkan negeri itu sehancurhancurnya". (al Isra':16)

iv) Peralihan kuasa dan pimpinan kepada bukan Arab; samada kepada Farsi, Dailam (suku Kurd), Mamalik, Turki dll. Kebanyakan mereka ini tidak pernah merasa kemanisan Islam yang sebenar. Hati-hati mereka tidak dapat disinari oleh cahaya al Quran disebabkan kesukaran memahami maksud-maksudnya.

Sedangkan mereka telah membaca firman Allah, maksudnya, "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaan mu orang-orang yang di luar
kalangan mu (kerana) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagi mu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepada mu ayatayat (Kami) jika kamu mahu memahaminya". (Al Imran :118)

v) Mengabaikan ilmu-ilmu teknologi dan sains sebaliknya menghabiskan masa dengan teori falsafah dan ilmu-ilmu khayal yang mandul. Sedangkan Islam mengesa mereka supaya mengkaji, menyelidik
segala rahsia-rahsia kejadian, meneroka di muka bumi dan berfikir tentang makhluk Allah
sebagaimana firman Allah, maksudnya; "Katakanlah, perhatikanlah apa yang ada di langit dan bumi". (Yunus:101).

vi) Sikap pemerintah yang tertipu dengan kekuatan sendiri dan cuai untuk mengkaji perkembangan masyarakat lain sehingga mereka ketinggalan dalam persiapan dan persediaan yang mana akhirnya mereka telah di cakup sekali gus. Al Quran telah memerintahkan mereka supaya sentiasa berwaspada dan jangan lalai. Ia mensifatkan orang-orang yang lalai dan cuai tak ubah seperti binatang bahkan lebih sesat dari itu.

Firman Allah, maksudnya; "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia. Mereka mempunyai hati tetapi tidak di pergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak di pergunakannnya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah) dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat- ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang- orang yang lalai" (al-A'raf:179).

vii) Terpedaya dengan tipu muslihat musuh yang manis di bibir.

Mereka merasa kagum dengan cara kerja dan kemewahan hidup kuffar musuh. Mereka terburu-buru meniru kuffar tanpa mengira baik buruk.

Sedangkan al-Quran sangat menegah muslimin dari meniru atau menyerupai kuffar. Al-Quran
terus terang memerintah supaya tidak menyerupai kuffar dan perlunya memelihara ciri-ciri
identiti Islam.

Firman Allah, maksudnya; "Hai orang-orang yang beriman, jika kamu mengikuti
sebahagian dari orang-orang yang al Kitab nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang kafir sesudah kamu beriman" (aL-Imran:100).

Di ayat yang lain, maksudnya; "Hai orang-orang yang beriman, jika kamu taati orang-orang itu
nescaya mereka mengembalikan kamu ke belakang (kepada kekafiran) lalu kamu menjadi orang yang rugi" (al-Imran:149)