Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Berdasarkan Akta Hakcipta 1987:
Dilarang untuk mencetak, mengulang siar, mengambil, mencuri, menciplak, dan sebagainya tanpa izin daripada penulis.Hak cipta blog adalah terpelihara (Kenyataan ini hanya untuk penulisan saya dalam subjek 'karyaku' kerana melibatkan penghantaran ke media cetak.Penulisan lain tiada akta halangan.Dialukan penyebaran)

Tuesday, March 30, 2010

:Sukailah Apa Yang Kita Dapat::


Kita takkan dapat apa yang kita sukai sepenuhnya, malah kadang2 hanya sekali-sekala sahaja. Ini membuatkan saya flash back perjalanan hidup sejak dari alam persekolahan. Di awal kanak-kanak, sekolah rendah, kita masih belum mampu menentukan keinginan dan kesukaan sepenuhnya, walaupun ianya tetap ada. Tetapi bila meningkat remaja dan dewasa, pelbagai harapan dan matlamat yang kita telah tetapkan dalam kehidupan.

“Barangkali kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal ia baik bagi kamu. Barangkali kamu menyukai sesuatu, padahal ianya tidak baik bagi kamu.Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui’ (Al-baqarah: 216)

Di alam persekolahan (Rendah dan Menengah)

Selepas UPSR, aku mula bercita-cita untuk memasuki sekolah berasrama luar drpd Terengganu. Seronok melihat kakak yang belajar di Kolej Tunku Kurshiah, Seremban. Tetapi, kerana keputusan BI hanya mendapat B, aku tak mampu terbang ke mana. Akhirnya di tempatkan di SMKA Durian Guling, Marang. Selepas PMR, aku mula bercita-cita memasuki SBP/ MRSM dengan keputusan hanya 7A 2B..Aku mengisi borang sama spt kawan2ku, dan ramai kawan2 diterima masuk ke MRSM. Aku tiada rezeki, kerana aku tersilap mengisi borang permohonan menggunakan pen, bukan pensil. Sehingga T5, aku menuntut ilmu di bumi SMKADG..

Di alam pengajian tinggi

Dengan keputusan SPM, yang tidak seberapa, Alhamdulillah aku diterima masuk Kolej Matrikulasi Johor..Rasa amat seronok, kerana Johor adalah pilihan utamaku. Entah kenapa Johor adalah negeri pertama menjadi pilihan sebagai destinasi pertama aku menuntut ilmu di luar Terengganu. Selesai pengajian di KMJ, aku memohon untuk ke UKM dalam bidang farmasi/biomedik. Teruja untuk belajar di UKM, sejak kecil sukakan UKM. Tetapi rezeki di UM, dalam bidang pendidikan sains, satu bidang dari kecil tak pernah diminati. Aku belajar pada awal dalam keterpaksaan untuk meminati bidang pendidikan. Selama 4 tahun di UM, aku banyak menyedari terlalu banyak pengalaman berharga aku kutip di UM, terutama dalam aspek berpersatuan dan perjuangan. Politik di UM adalah persis dengan realiti politik Negara. Aku bersyukur Allah tempatkan aku di UM, bukan UKM pilihanku.Terlalu banyak suka duka 4 tahun di UM, baik dari sudut akademik juga perjuangan. UM tetap dihatiku hingga kini, disebalik kerenah biokrasi dan tekanan kewangan pihak pentadbiran yang membebankan mahasiswa.

Ujian yang besar, Rezeki Melimpah

Setelah aku mula bekerja, aku telah melalui 1 kepayahan yang aku rasakan aku diuji dengan satu ujian yang mampu membuatkan aku hilang segala harapan dalam kehidupan, sehinggakan aku dapat memahami bagaimana perasaan orang2 yang ingin membunuh diri, kerana sebegitulah yg aku rasakan ketika itu. Mujurlah aku masih diselamatkan dengan cebisan iman yang masih berbaki, Allah selamatkan aku dari kekufuran dan mati dalam keadaan kufur. Pelbagai usaha aku lakukan untuk terus bangkit, pertingkatkan amalan dan zikir, mendalami alquran dan terus sibukkan diri dengan aktiviti dakwah dan perjuangan. Aku membuat permohonan untuk sambung MA di UKM, bidang Kaunseling. Aku memohon untuk sijil Talaqqi Quran, USIM...tanpa pengharapan sepenuhnya. Aku hanya fikirkan, untuk terus sibukkan diri dan menambahkan tanggungjawab dalam kehidupan.

“Bukankah DIA yang memperkenankan doa orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepadaNya, dan menghilangkan kesusahan dan menjadikan kamu sebagai khalifah di bumi? Apakah di samping Allah ada tuhan yang lain? Sedikit sekali nikmat Allah yang kamu ingat”

“Bukankah DIA yang memberi petunjuk kepada kamu dalam kegelapan di daratan dan lautan dan yang mendatangkan angin sebagai khabar gembira sebelum kedatangan rahmatNya?” (An-Naml: 62-63)

Setelah aku mula stabil dalam kehidupan, Subhanallah rezekiku datang mencurah2...Novelku diterbitkan, setelah hampir stahun stgah menanti, aku diterima masuk ke USIM juga UKM sehinggakan aku terasa pening untuk memilih yg mana 1, akhirnya aku menangguhkan 1 sem master UKM, aku selesaikan di USIM. Rezeki kewangan turut stabil, untukku tamping yuran pengajian sijil dan master, dan keadaanku mula stabil dengan tekanan2 di sekolah. Pelbagai lagi rezeki dari Allah swt berikan kepadaku. Terdetik di hatiku, begitu beratkah ujian itu yang Allah berikan kepadaku sehinggakan Allah swt gantikan dengan rezeki yang mencurah2?...Maha Suci Allah...Aku menangis dalam setiap sujud syukur, setiap kali dikurniakan rezeki sehinggakan terasa malu di depan Allah swt. Dirasakan terlalu banyak rezeki Allah limpahkan padaku yang penuh dosa ini. Aku sujud atas rasa kehambaan dan kedhaifan. Membuatkan aku teringat kisah Baginda s.a.w. yang sujud tanpa bangun, terlalu lama sehingga berbekas tanda (merah/lebam) pada anggota Baginda s.a.w, pada Yang Esa, lantas disoal oleh Aisyah r.a. sedangkan Baginda s.a.w. maksum, suci drpd dosa dan telah dijanjikan syurga. Lalu baginda s.a.w. menyatakan kerana nikmat dan rahmat Allah swt kepada baginda, kerana itu dia bersujud kepada Yang Esa atas rasa syukur yang tidak terhingga. Begitulah pernah kurasakan dalam sujudku yang lama, sehingga aku tak mampu bangkit dari sujud syukurku, limpah rahmat yang terlalu banyak bagiku dariNya.

Jika xdapat apa yang kita sukai, sukailah apa yang kita dapat. Kata2 PK 1 sering kuingat. Hasil ujian, banyak Allah swt berikan apa yang aku sukai. Subhanallah walhamdulillah. Dan kini, aku akan dapat mengajar subjek opsyenku, kimia..Ya Allah, aku teramat gembira. Walaupun kimia subjek core, tetapi ianya lebih baik drpd English dan Sejarah. Kerana aku sukakan apa yang aku suka.

“Dan adakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu cubaan seperti yang dialami orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa pelbagai cubaan dan penderitaan, sehingga Rasul dan orang-orang beriman bersamanya berkata, ‘Bilakah datang pertolongan Allah?’ Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat?” (al-Baqarah : 214)

Telah banyak Allah kurniakan apa yang aku sukai kini. Apa lagi yang aku ingin harapkan? Terasa malu untuk terus meminta dimakbulkan apa yang disukai dan hajati. Tapi aku tetap berdoa, berdoa dan terus berdoa.

Ya Allah, aku kini memiliki dua hajat. Murahkanlah rezeki dan sampaikanlah aku di Tanah SuciMu, Makkah AlMukarramah. Dan aku sandarkan kepadaMu kedua2 hajatku, kerana Kau Maha Memahami isi hatiku. Jika semua itu terbaik untukku, Kau perkenankanlah. Jika tidak, Kau jadikanlah aku hamba yang redha, sabar dan bersyukur atas apa sahaja dan segala nimatMu. Istiqomahkan aku di jalan perjuangan hingga ke akhir hayat dan matikanlah aku dalam iman, Ya Rabbi. Amiiin.

2 comments:

TBD said...

alhamdulillah ya Allah atas segala yg Kau kurniakan...
perkenankan hajat kakchik..amin!

Aimi Nabihah Mohamad said...

amin..trima ksh adik!! luv u