Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Berdasarkan Akta Hakcipta 1987:
Dilarang untuk mencetak, mengulang siar, mengambil, mencuri, menciplak, dan sebagainya tanpa izin daripada penulis.Hak cipta blog adalah terpelihara (Kenyataan ini hanya untuk penulisan saya dalam subjek 'karyaku' kerana melibatkan penghantaran ke media cetak.Penulisan lain tiada akta halangan.Dialukan penyebaran)

Friday, March 30, 2007

AGENDA 3B MAHASISWI ISLAM

(Himpunan Mahasiswa Islam:Bantahan Pencerobohan Israel ke atas al-Aqsa)

Dari UMP,HEWI PMIUM

'Dan orang-orang yang beriman,lelaki dan perempuan,sebahagian meraka adalah menjadi penolong bagi sebahagian yang lain.Mereka menyuruh yang ma'ruf,mencegarh dari yang munkar,mendirikan solat,menunaikan zakat dan mereka taat kpd Allah dan RasulNya.mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah,sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana'
(at-Taubah,60:71)

Gerakan Mahasiswi dibawah Lajnah Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) PMIUM sesi ini diteruskan.Kesinambungan drpd sesi pimpinan lalu,indicator 3B sebagai agenda mahasiswi Islam Universiti Malaya untuk semua.

3B (BIJAK,BERANI,BERDIKARI) @ (BRILLIANT,BRAVE,BE INDEPENDENT)

BIJAK
1) Kepakaran (professional)
2) Pengurusan(management)
3) Penampilan(personality)

BERANI
1)Berjiwa Besar
2) Pencetus (trigger)

BERDIKARI
1) Berinisiatif (inisiative)
2) Ketahanan

'Lembutmu tak beerti..Kau mampu dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan..bukan jua kebanggaan
tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

'Di sebalik hening wajahmu,di sebalik dirimu..
ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati..yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri'
Teladanilah sirah ummul mukminin,sahabiah2 di zaman Rasulullah s.a.w..tokoh gerakan muslimat Zainab al-Ghazali..wanita islam bukan hanya menghayun buaian,malah mampu menggoncangkan dunia..
Gerakan Mahasiswi islam bukan untuk menggugat,menyaingi muslimin.Tapi, inilah peranan muslimat..kondisi dunia dengan nisbah populasi 1:4 kaum hawa melebihi lelaki..mahasiswi islam perlu sedar tanggungjawabnya.Dakwah,perkara munkar dan maksiat semakin berleluasa terutama masalah remaja islam.Inilah taklifan yang berat dan besar harus kita gandingkan tenaga bersama..ayuh Mahasiswi..kita bangkit bersama..membawa yang terlena ke petunjuk,syariat yang digarisi.
Unit Media&Penyelidikan,HEWI PMIUM 06/08

SEMINAR KECEMERLANGAN WANITA ISLAM


SEMINAR KECEMERLANGAN WANITA ISLAM
(MENANGANI ISU-ISU WANITA ISLAM-SMIWI)

Tema: SURVIVAL WANITA DI KOTA METROPOLITAN
Tarikh :15 APRIL 2007 (AHAD) -8.45 am-5.00pm-
Tempat :MASJID SALEHUDDIN AL-AYYUBITAMAN MELATI, KUALA LUMPUR
Anjuran :WANITA JIM KUALA LUMPURDengan kerjasama JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)
TERBUKA KEPADA SEMUA DAN PENYERTAAN ADALAH PERCUMA

Objektif Umum :Memupuk kesedaran di kalangan wanita untuk memartabatkan maruah mereka sebagai golongan yang mulia di sisi Islam.
Objektif Khusus :Meningkatkan kewibawaan peribadi serta melahirkan wanita yang beriman, berilmu dan berakhlak mulia.
Memberi panduan bagaimana wanita Islam berupaya menangani tekanan hidupdi kota.
Menangani gejala-gejala yang memusnahkan jatidiri wanita.

Untuk pendaftaran sila hubungi :
Ustazah Nor Dalilah Zakaria - Tel: 03-22749333 ext 361
Faridah Maludin - Hp : 019-288 2171, email :fmkci@streamyx. com
Umi Kalthom Hassan - Hp: 012-617 0308, email: umihassan@yahoo. com
Ruzaimah Ibrahim - Hp: 013-340 6402, email: hasmah8@tm.net. my

Aturcara Program
8.30 pg : Pendaftaran
8.45 : Ketibaan Tetamu Jemputan
9.00 : Ucapan aluan oleh Pengerusi Majlis dan Bacaan Doa
9.10 : Ucapan Perasmian oleh Ustaz Abdul Nasser bin AhmadKetua Penolong Pengarah, Bhg Dakwah JAWI
9.30 : Bicara 1 : Realiti Kehidupan Wanita Di Kota
Profesor Madya Dr. Hjh Harlina Halizah Hj Siraj Ketua Wanita JIM Pusat dan Pakar Sakit Puan HUKM
10.30 : Minum pagi
11.00 : Bicara 2 : Keistimewaan Wanita Islam Sebagai Umat Nabi Muhammad - Ustazah Maznah Daud, bekas Prof. Madya,Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam UiTM Shah Alam
12.00 : Bicara 3: Kesihatan Mental Wanita Metropolitan(Profesor Dr. Mohamed Hatta Shaharom,Naib Presiden Kanan dan Pakar Psikiatri Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya)
1.20 : Solat Zohor dan makan tengahari
2.30 : FORUM - Kehidupan Wanita Metropolitan : Antara Impian, Realiti Dan Cabaran Ahli Panel:1. Profesor Madya Dr. Hjh Harlina Halizah Hj SirajKetua Wanita JIM Pusat dan Pakar Sakit Puan HUKM
2. Puan Hashimah Abdul RazakKetua Penolong Setiausaha, Unit Kaunseling , Bhg.Sumber Manusia, Kem. Kesihatan Malaysia
3. Ustazah Zawiyah HassanKetua Penolong Pengarah, Bhg Penyelidikan JAKIM
4.30 : Persembahan Multimedia
4.45 : Ucapan Penutup dan Penghargaan
5.00 : Minum Petang dan Bersurai

Monday, March 26, 2007

Dedikasi Buat Ayah



Tanggal 24 mac 2007..adalah tarikh ulangtahun kelahiran ayahku yang tercinta..kini ayahandaku telah berusia 53 tahun..2 tahun lagi nak bersara sebagai pendidik..ku dedikasikan lagu ini buatmu ayah..walau siapa dirimu ayah..kau tetap ayahku selama-lamanya..semoga kekal abadi di akhirat nanti..

Terpana aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu

Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu


C/O
Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan

Kau pendorong bukanlah pendesak apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak apalagi rasa terdera
Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa

Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..

Ayah kudoakan,semoga ayah sentiasa dirahmati,berada di lindungan alKhaliq..penuh ketenangan&kebahagiaan..Amin..Terima Kasih segalanya..sehingga aku berada di tahap ini sehingga kini..Siapalah aku tanpamu Ayah..

~Anakmu~

Kecaman FTA:Malaysian Perlu Bangkit


KENALI FTA


Ramai rakyat Malaysia yang seronok dengan kehidupan sendiri,tidur,makan,bekerja,berhibur,belajar..sudah cukup buat mereka.Tetapi rakyat Malaysia tidak pernah peduli hak-hak mereka sebenarnya.Apa yang berlaku pada hak kemanusiaan pun mereka tidak pernah tahu,tidak pernah peduli.Sungguh malang nasib kita.Adakah kita tahu apa itu FTA?

Sedangkan di negara-negara lain,Miami,Thailand,Korea,Ecuador dan banyak lagi..rakyatnya beramai-ramai membuat bantahan dengan tindakan kerajaan mereka menandatangani perjanjian FTA dengan US.Kenapa dengan FTA sebenarnya??

FTA= Free Trade Agreement(Perjanjian Dagangan Bebas) antara dua buah negara.Malaysia telah melancarkan rundingan bagi FTA dgn US pada 8 Mac 2006.FTA US-Malaysia meliputi:


1)Produk Barangan

2) Perkhidmatan

3) Perubatan

4) Hak melabur dan pemerolehan kerajaan

5) Hak harta Intelektual


FTA adalah senjata canggih yang digunakan oleh US untuk menakluk sepenuhnya ekonomi sesebuah negara.


APABILA FTA DITANDATANGANI OLEH KERAJAAN MALAYSIA


FTA=Kemiskinan

FTA=Sengsara

FTA=Hilang Kerja

FTA=Kebuluran

FTA= Harga Barang Naik

FTA= RAKYAT MALAYSIA AKAN HANCUR


Ubat : Ubat dipattern oleh US untuk mengaut keuntungan.Dan kita tiada pilihan dgn membeli ubat dgn HARGA MAHAL DLM JANGKAMASA 20 THN


Pertanian : Malaysia akan dibanjiri hasil tanaman US yg amat murah berbanding harga tanaman Malaysia.Petani Malaysia akan mengalami KERUGIAN TINGGI dan tidak dpt bertani lagi. Di Mexico, 2 juta petani tlh berhenti bertani krn tidak mampu menampung kos hidup,pendapatan kurang RM7 sehari.MALAYSIA BAKAL TERJADI.


Pendidikan : Pelajar miskin akan belajar di sekolah biasa,pelajar sekolah antarabangsa,kaya akan mendapat pendidikan istimewa&banyak peluang belajar di luar negara.Peluang pekerjaan lebih banyak kpd yang kaya dan belajar di sekolah antarabangsa.PENGGANGGURAN AKAN MAKIN BERTAMBAH.


Perkhidmatan : Semua perkhidmatan(air,elektrik,hospital,restoren,telekomunikasi,polis,pelancongan,perhotelan,perlombongan,pengangkutan,bank,penyiaran) akan dikuasai oleh US sepenuhnya melalui 'liberalisasi perkhidmatan' iaitu membuka sektor perkhidmatan kpd persaing asing.

Malaysia kan kurangkan/hapuskan cukai import kpd perkhidmatan US,maka perkhidmatan US lebih murah.APAKAH NASIB KITA?.Kalau cukai tiada,eksport pun kurang,pendapatan kerajaan pun kurang.Jadi,kerajaan akan mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan kpd pengguna.SEKSALAH KITA NANTI.


Harga Barang Naik : Apabila kos perkhidmatan naik,maka pengeluar terpaksa menaikkan harga barangan untuk menampung kos.Jadi,nantikan harga barang-barangan harian,keperluan akan semakin naik lagi.SAMPAI BILA HARGA AKAN BERHENTI NAIK??


DI MALAYSIA


Kita hanya sibuk dengan isu-isu lain, siti dan datuk K, Mawi n Ina,Realiti TV,AF5,GangStars..dll..Dalam sedar negara kita akan kembali dijajah.Apa ada pada sambutan 50 tahun merdeka??Hakikatnya 50 tahun merdeka adalah titik mula Malaysia bakal kembali dijajah jika kerajaan Malaysia menandatangani perjanjian FTA US ini.


Mengapa tiada berita FTA di akhbar tempatan dan berita nasional Malaysia?Inilah satu persoalan.Kerana jika rakyat tahu dan sedar..pasti rundingan FTA US-MALAYSIA tidak akan berhasil.


MALAYSIAN PERLU BANGKIT


Jika di negara lain,media massa mereka bebas untuk sebarang maklumat.Tetapi di Malaysia,media massa adalah hak kerajaan,bukan hak rakyat..Rakyat Malaysia akan akan jadi buta isu semasa,tidak sedar realiti sebenar..dan puncanya adalah kerana rakyat Malaysia MALAS MEMBACA + TIDAK PEKA.Sumber maklumat bukan hanya dari akhbar dan televisyen..


Rakyat Malaysia mampu mencipta perubahan.Adakah anda sanggup negara kita dijajah semula? Bangkitkan kuasa rakyat..Hak kita,hak rakyat Malaysia perlu dipertahankan.Jika tidak,binalah negara baru,keluar beramai2 dari Malaysia..baru boleh hidup dengan baik..

Ayuh kita bertindak sebelum PERJANJIAN INI DITANDANGANI!!
Maklumat lanjut,layari : www.jerit.org.


`stefaislle`


Saturday, March 24, 2007

Microteach..oo..Microteaching

......Jumaat, 23 Mac '07..2.30 pm

Hari ini group A4(nama kami semua bermula dengan huruf A) akan present microteaching..dup dap dup dap,berdebar ke..bimbang juga ada masalah time present(subject method of teaching biology)Pembahagian part masing-masing dah siap dibahagikan..be prepared je..
Atik = Set induction + video 'lembu gila'
Arni = Model of neurone + Conclusion
Aimi = Games (Puzzle + Crossword) + Presentation
Aini = Quiz + Tokken

Semasa rehearsal(cam klakar,siap rehearsal)..kata sahabatku '"nti kena berlakon sikit untuk microteaching ni.Be happening",aku hanya tersenyum.
Kata diriku" i must be myself.Bukan dengan berlakon.As a teacher should be ownself.Aku memang tak pandai nak jadi 'gila-gila ni', apapun aku hanya berserah kepada Allah untuk bantu diriku.

Entah mengapa, hari microteaching ini, kulihat shbt2ku semua tak bersemangat.Termasuklah diriku.Aini muka cam ada problem,arni takde mood,atik plak kurang chat,batuk2,aku plak xsemangat.Tapi microteaching perlu diteruskan.Markah final tu..

Fuh,banyak betul silap semasa microtaeching,aku tersilap naikkan suara,spontan..buat malu jer..maklumat plak ada tersilap bagi,silap tulis kat paper..macam2la silap group A4 ni..kelam kabut gak..anyway alhamdulillah,semua dah selesai.

Seperti biasala,lepas tu ada sesi komen dan kritikla dari Dr.Esther dan kawan2.Pasti banyak kena komen..kami bersedia untuk terima sebarang teguran..
'Class,i don't know why u are so happy in this class today?',Dr.Esther tanya pada kelas.
'I'm so shocked.Apa yang group 4 buat sangat bagus,very interesting and creative',puji Dr.esther lagi.

Gullpp!..aku dan sahabat2ku terkejut.apa yang menariknya.kami lihat hanya biasa.Group sebelum ni lagi best dan menarik.Bila Dr. tnya pada kelas,apa perbezaan kami drpd group lain, apa yang kami buat sehingga seluruh kelas too exciting.Semua xdapat jawab.Kami lagila tak tahu kenapa..Sangat pelik dengan pujian Dr.Group sebelum ini,xpernah Dr. puji sebegitu.

Dalam diam,kami berbicara sendiri "Sebenarnya Allah yang bantu".Subhanallah..Zikir beralun2 di bibir kami.."Alhamdulillah".Ya Allah,tak mampu kami ingin luahkan rasa syukur.Allah Maha Pengasih,DIA tutup hijab Dr.Esther daripada nampak kesilapan dan kekurangan kami.Sedangkan kawan sekelas menganggapnya hanya biasa.Yang penting markah Dr. yang bagi..(",).

Barulah tercetus di kalangan kami,kami hanya berdoa minta Allah bantu permudahkan segalanya,zikir dan nama Allah "AlLatif' disebut berulang2,semoga Allah lembutkan hati Dr.Esther.Subhanallah,tak sangka Allah mendengar doa kami.Ku rasakan ingin terus sujud syukur..Selepas itu,ada 1 lagi presentation by group, bila sampai turn kami..Dr.Esther terus puji content presentation kami, siap dapat clap dari semua kawan2 kelas..'ish,kenapa ni?',kami saling berpandangan..Group lain Dr. tak puji plak..SEMUANYA ITU HANYA DARI ALLAH..kami akui..

TERIMA KASIH YA ALLAH,KAU BANTU KAMI,KAU MAKBULKAN DOA KAMI.BELIEVE IN POWERFULL OF DOA.INILAH KONSEP TAWAKKAL.

Sebelum mula microteaching,ku hanya kata pada diriku,"kamu lain aimi.Kamu tak seorang,tapi kamu ada ALLAH bersama kamu dan membantu kamu.You can do the best.Yakin pada Allah".Mungkin inilah yang diturut dipegang olah sahabat2 group A4.Pergantungan pada Allah itu yang utama.Tapi dalam berdoa,pasti ada caranya.

Dr Shaqiq Al-Balki: "Diceritakan suatu hari Ibrahim adham telah keluar berjalan-jalan di pasar Basrah,kemudian datang orang ramai kepadanya.Kata mereka:'Kami telah berdoa kpd Allah,tetapi tidak diperkenankan!'.Kemudian berkata Ibrahim Adham:'Doamu terhijab kerana 10 perkara':

1) Kamu kenali Allah tetapi kamu tidak menunaikan hakNYA
2) Kamu mendakwa iblis itu musuh kamu tetapi kamu mengikutinya
3) Kamu mendakwa bahawa kamu mencintai Rasul tetapi kamu meninggalkan amalan&sunnahnya
4) Kamu mendakwa bhw kamu mencintai syurga tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya
5) Kamu mendakwa bhw kamu takut kepada neraka tetapi kamu tidak meninggalkan dosa
6) Kamu telah membaca al-Quran tetapi kamu tidak mengamalkannya
7) Kamu mendakwa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya
8) Kamu sibuk menceritakan aib orang tetapi kamu lupa aib kamu
9) Kamu makan rezeki Allah tetapi kamu tidak mensyukurinya
10) Kamu mengebumikan jenazah tetapi kamu tidak mengambil iktibar dari semua itu.

Dalam berdoa perlu ikhlas.Bukan suatu yang mudah.Tetapi perlu yakin sepenuhnya pada Allah.
Pengalaman yang kami dapat ini,cukup buatkan kami sedar..sesungguhnya dalam setiap perbuatan kita,letakkan sepenuhnya pergantungan pada Allah.Bukan pada manusia,Manusia hanyalah sebagai wasilah bantuan Allah kepada kita.Jadilah seorang hamba yang bersyukur dan bertaqwa kepada Allah.Inilah tarbiyyah Allah buat hambanya,supaya lebih bersyukur dan sentiasa ingat kepadanya.

Ku turut berusaha untuk mengelakkan 10 perkara yang menyebabkan doaku terhijab.Semoga ALLAH membantu aku terus mengharungi kehidupan ini.

Wallahu'alam.
-Cikgu Aimi-

Thursday, March 22, 2007

Mengapa Menyepi

Telah lama blog ini menyepi..entah mengapa..adakah S.I.B.U.K? Aku tak pasti.Teringat dengan bait-bait kalimah ust Hasrizal dlm artikel 'Kenapa Kita Berdakwah'.Satu anjakan minda, menuntut diri untuk muhasabah diri..antara TAHU dan MAHU, jauh perbezaannya..INTERNAL dan EXTERNAL itulah yg membezakannya..Perbincangan dan sedikit kupasan artikel ini dalam usrah, memberikan sedikit impak..perkongsian pengalaman,titik tolak bermula kenali dakwah menunjukkan golongan da'ie ini ada yang lahir bermula dari TAHU dan ada juga yang lahir dari MAHU.Tidak kira dari golongan mana, yang TAHU perlu ada MAHU yang tinggi dalam dirinya. Bagi yang MAHU,perlu menjadi TAHU sebagai bekalan sepanjang jalan da'wah ini.Asimilasi kedua2nya diperlukan, dipadu sebaiknya..menjadi satu 'bonding' yang kuat, tidak mudah diuraikan. (i)

Pesanan assyahid imam Hassan al-Banna : Sesungguhnya da'wah yang kita bawa,seharusnya bersifat

1) Terus-terang
Da'wah yang kita bawa ini,biarlah mereka(umat islam) nampak matlamat kita yang sebenar.Pada mereka,da'wah kita tidak disaluti sebarang keraguan dan kesamaran.Jelas da'wah kita untuk Islam.Ibarat bersinarnya sang mentari,bercahaya berseri seperti di siang hari,terang benderang tanpa kesamaran dan kegelapan.

2) Suci
Da'wah yang kita bawa ini,adalah penuh kesucian dan ketulusan.Tidak dibaluti kerana matlamat,niat lain.Tidak dipengaruhi dengan hawa nafsu,pangkat,darjat,nama,kemasyuran mahupun kebendaan.

3) Kasih Sayang
Da'wah yang kita bawa ini,dihiasi dengan kasih sayang.Tunjukkan pada mereka,buktikan pada mereka,biar mereka nampak sesungguhnya kita amat menyayangi mereka,ingin menyelamatkan lebih daripada kita sayangi diri kita sendiri.Sehinggakan kerana sayangnya pada mereka,dengan sepenuh hati..membuatkan kita mengalirkan air mata dan mengganggu tidurkita kerana memikirkan mereka di luar sana.

Untuk mencapai elemen-elemen da'wah,'da'wah kita' dinyatakan oleh as-Syahid al-Banna,asasnya memerlukan kepada akhlak yang mulia seorang penda'wah.

Da'wah yang dibawa,perlu disulami dengan akhlak2 pendakwah yang sempurna.Antara prinsip akhlak seorang da'ie ialah :

1) Siddiq
( Langkah dapatkan kepercayaan)
-Dengan akhlak ini,kita akan membuatkan percaya kepada kita,setiap bicara dilontarkan,setiap tingkah laku yang ditonjolkan
2)Amanah (Langkah menjadi tempat berpaut)
- Dengan sifat amanah, kita akan mampu membuatkan mereka berpegang,berpaut pada kita dengan erat
3) Al-Hilm
(Langkah menjadi daya penarik)
- Dengan sifat lemah lembut,kita mampu membuatkan mereka tertarik kepad kita dan datang kepada kita.
4) Kasih Sayang
(Langkah untuk mengikat)
- Dengan kasih sayang yang kita berikan,akan membuatkan mereka terikat pada kita,untaian rantai yang kuat dan kukuh
5) Al-Karim
(Langkah menjadi ikutan sepenuhnya)
- Dengan sifat kemuliaan kita, akan membuatkan mereka mengikut kita,ikut kita membawanya ke arah kehidupan islam yang sebenar,memahami tanggungjawab khalifah di alam dunia ini.

Satu cetusan bersama..Penulisan juga satu medan da'wah,jihad lisan seperti dikatakan oleh Said Hawwa..persoalan yang perlu difikirkan setiap hari,selepas bangun pagi..

APA DA"WAH YANG AKU INGIN BUAT PADA HARI INI?

Muhasabah buat diriku,benarkah aku seorang pendakwah??..Aku masih berusaha dan terus berusaha untuk sampaikan islam walaupun sedikit,bil qudwah,bil lisan..yang aku mampu lakukan.Sesungguhnya medan perjuangan di luar sana lebih banyak cabaran dan dugaan.

Notes: (i) Baca artikel "Kenapa Kita Berda'wah" untuk lebih memahami

Coretanku..

Sunday, March 11, 2007

Simbiosis ilmu&Amal:Satu Tuntutan

Dalam sebuah ayat al-Qur’an dikatakan, “Dan janganlah engkau turut apa-apa yang engkau tidak ada ilmu padanya, sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan ditanya,” (Al-Isra: 36). Ayat al-Quran tersebut menjelaskan bahawa ilmu merupakan dasar dari segala tindakan manusia. Kerana, tanpa ilmu segala tindakan manusia menjadi tidak terarah, tidak benar dan tidak bertujuan. Kata ilmu berasal dari kata kerja ‘alima, yang bererti memperoleh hakikat ilmu, mengetahui, dan yakin. Ilmu, yang dalam bentuk jamaknya adalah ‘ulum, ertinya ialah memahami sesuatu dengan hakikatnya, dan itu bererti keyakinan dan pengetahuan. Jadi ilmu merupakan aspek teoritis dari pengetahuan. Dengan pengetahuan inilah manusia melakukan perbuatan amalnya. Jika manusia mempunyai ilmu tapi miskin amalnya, maka ilmu tersebut menjadi sia-sia.

Dalam beberapa riwayat di jelaskan tentang hubungan ilmu dan amal itu. Imam Ali Abi Thalib berkata, “Ilmu adalah pemimpin amal, dan amal adalah pengikutnya.” Demikian juga dengan perkataan Rasulullah saw , “Barangsiapa beramal tanpa ilmu maka apa yang dirusaknya jauh lebih banyak dibandingkan yang diperbaikinya.”

Pada riwayat lain dijelakan Imam Ali Abi Thalib berkata, “Ilmu diiringi dengan perbuatan. Barangsiapa berilmu maka dia harus berbuat. Ilmu memanggil perbuatan. Jika dia menjawabnya maka ilmu tetap bersamanya, namun jika tidak maka ilmu pergi darinya.”
Dari riwayat di atas maka jika orang itu berilmu maka ia harus diiringi dengan amal. Amal ini akan mempunyai nilai jika dilandasi dengan ilmu, begitu juga dengan ilmu akan mempunyai nilai atau makna jika diiringi dengan amal. Keduanya tidak dapat dipisahkan dalam perilaku manusia. Sebuah perpaduan yang saling melengkapi dalam kehidupan manusia, yaitu setelah berilmu lalu beramal.


Pengertian amal dalam pandangan Islam adalah setiap amal saleh, atau setiap perbuatan kebajikan yang diredhai oleh Allah SWT. Dengan demikian, amal dalam Islam tidak hanya terbatas pada ibadah, sebagaimana ilmu dalam Islam tidak hanya terbatas pada ilmu fikih dan hukum-hukum agama.
Ilmu ini mencakup semua yang bermanfaat bagi manusia seperti meliputi ilmu agama, ilmu alam, ilmu sosial dan lain-lain. Ilmu-ilmu ini jika dikembangkan dengan benar dan baik maka memberikan dampak yang positif bagi peradaban manusia. Misalnya, perkembangan sains akan memberikan kemudahan dalam lapangan praktikal manusia.


Demikian juga perkembangan ilmu-ilmu sosial akan memberikan penyelesaian untuk pemecahan masalah-masalah di dalam masyarakat. Jadi, mengiringi ilmu dengan amal merupakan keharusan. Dalam pandangan Khalil al-Musawi dalam buku Bagaimana Menjadi Orang Bijaksana, hubungan ilmu dengan amal dapat difokuskan pada dua hal.

Pertama, ilmu adalah pemimpin dan pembimbing amal perbuatan. Amal boleh lurus dan berkembang bila didasari ilmu. Berbuat tanpa didasari pengetahuan tidak ubahnya dengan berjalan bukan di jalan yang benar, tidak mendekatkan kepada tujuan melainkan menjauhkan. Dalam semua aspek kegiatan manusia harus disertai dengan ilmu, baik itu yang berupa amal ibadah mahu pun amal perbuatan lainnya.

Dalam ibadah harus disertai dengan ilmu. Jika ada orang yang melakukan ibadah tanpa didasari ilmu tidak ubahnya dengan orang yang mendirikan bangunan di tengah malam dan kemudian menghancurkannya di siang hari. Begitu juga, hal ini pun berlaku pada amal perbuatan yang lain, dalam berbagai bidang. Memimpin sebuah negara, misalnya, harus dengan ilmu. Negara yang dipimpin oleh orang bodoh akan dilanda kekacauan dan kehancuran.
Sedangkan kedua, sesungguhnya ilmu dan amal saling beriringan. Barangsiapa berilmu maka dia harus berbuat, baik itu ilmu yang berhubungan dengan masalah ibadah maupun ilmu-ilmu yang lain. Tidak ada faedahnya ilmu yang tidak diamalkan. Amal merupakan buah dari ilmu, jika ada orang yang mempunyai ilmu tapi tidak beramal maka seperti pohon yang tidak menghasilkan manfaat bagi penanamnya.

Begitu pula, tidak ada manfaatnya ilmu feqah yang dimiliki seorang faqih jika dia tidak mengubahnya menjadi perbuatan. Begitu juga, tidak ada faedahnya teori-teori atau penemuan-penemuan yang ditemukan seorang ilmuwan jika tidak diubah menjadi perbuatan nyata. Kerana wujud dari pengetahuan itu adalah amal dan karya nyatanya.

Ilmu tanpa diiringi dengan amal maka hanya berupa konsep-konsep saja. Ilmu yang tidak dilanjutkan dengan perbuatan, mungkin kita dapat menyebutnya sebagai pengetahuan teoritis. Namun, apa faedahnya ilmu teoritis jika kita tidak menerjemahkannya ke dalam ilmu praktik, dan kemudian meneruskannya menjadi perbuatan yang mendatangkan hasil?

Jika ilmu tidak dipraktikkan, maka akan memberikan dampak yang negatif. Salah-satu penyakit sosial yang paling berbahaya yang melanda berbagai umat – termasuk umat Islam - adalah penyakit pemutusan ilmu-khususnya ilmu-ilmu agama – dari amal perbuatan, dan berubahnya ilmu menjadi sekumpulan teori belaka yang jauh dari kenyataan dan penerapan.
Padahal, kaedah Islam menekankan bahawa ilmu senantiasa menyeru kepada amal perbuatan. Keduanya tidak ubahnya sebagai dua benda yang senantiasa bersama dan tidak terpisah satu sama lain. Jika amal memenuhi seruan ilmu maka umat menjadi baik dan berkembang.
Namun jika tidak, maka ilmu akan meninggalkan amal perbuatan, dan dia akan tetap tinggal tanpa memberikan faedah apa pun. Jika demikian nilai apa yang dimiliki seorang manusia yang mempunyai segudang teori dan pengetahuan namun tidak mempraktikkannya dalam dunia nyata.


Pertalian ilmu dengan amal tidak hanya dituntut dari para pelajar agama dan para ahli yang mendalami suatu ilmu, melainkan juga dituntut dari setiap orang, baik yang memiliki ilmu sedikit ataupun banyak. Namun, tentunya orang-orang yang berilmu memiliki tanggung jawab yang lebih besar dalam hal ini, kerana mereka memiliki kemampuan yang lebih.
Allah SWT berfirman di dalam surat Ash-Shaff, ayat (2-3), “Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. Sungguh besar murka Allah kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.”


Jika kita memperhatikan ayat-ayat al-Qur’an, nescaya kita akan menemukan bahawa al-Qur’an senantiasa menggandengkan ilmu dengan amal. Makna ilmu diungkapkan dalam bentuk kata iman pada banyak tempat, dengan pengertian bahawa iman adalah ilmu atau keyakinan.
Di antaranya ialah: “Demi waktu Asar, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal saleh, dan saling menasihati dalam kebenaran dan kebajikan.” (Al-‘Ashr:1-3). Dalam ayat lain dikatakan, “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka adalah surga Firdaus menjadi tempat tinggal.” (Al-Kahfi: 107). Demikian juga dengan ayat, “Orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka kebahagian dan tempat kembali yang baik.” (Ar-Ra’d: 29)


Ayat-ayat tersebut menjelaskan tentang betapa ilmu dan amal shaleh memiliki kaitan yang erat yang tidak dapat dilepaskan satu sama lain. Kerana keduanya bagai dua keping mata wang, yang saling memberi erti. Inilah yang sejalan dengan ucapan Imam Ali Abi Thalib, “Iman dan amal adalah dua saudara yang senantiasa beriringan dan dua sahabat yang tidak berpisah. Allah tidak akan menerima salah satu dari keduanya kecuali disertai sahabatnya.”

Dengan perspektif kesepaduan ilmu dan amal, maka akan memberikan perkembangan ke arah perbaikan dalam kehidupan masyarakat. Masyarakat akan berlumba-lumba dalam memberikan amal shaleh satu sama lain. Imam Ali Abi Thalib berkata, “Jangan sampai ilmumu menjadi kebodohan dan keyakinanmu menjadi keraguan. Jika engkau berilmu, maka beramallah, dan jika engkau yakin maka majulah.”

Dengan ilmu yang benar, serta amal shaleh maka masyarakat bergerak dari kebodohan menuju kepintaran, dari ketertinggalan menuju kemajuan dan dari kehancuran menuju kebangkitan.

'ilmu tanpa amal = Adalah sia-sia'
'amal tanpa ilmu = Adalah hina'

Wallahu'alam
edit from:Ahmad Muhammad
By:Stefaislle

Parah:Bangkit Sebelum Ajal

Ketika ini rakyat Malaysia khususnya generasi muda sedang berhadapan dengan pelbagai gelombang sosial yang kian menghakis jati diri dan nilai hidup mereka. Lebih menyedihkan lagi dek cabaran sosial yang dari hari ke hari kian mencengkam satu-satunya aset berharga yang pernah menukar rakyat bumi bertuah ini khususnya masyarakat Melayu kepada satu masyarakat yang bertamadun tinggi kian kurang nilainya di dalam amalan hidup. Aset ini tidak lain tidak ialah amalan hidup beragama, Islam khususnya.Bagi masyarakat Melayu kehadiran Islam telah menukar rupa bangsa mereka daripada sebuah masyarakat yang diperlekeh dan ditindas sehingga menjadi sebuah bangsa yang begitu gah di mata dunia. Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka merupakan bukti kepadanya. Meskipun hujah ini mampu dipertikaikan tetapi dengan kehadiran Islam jati diri Melayu itu sendiri berubah dari sebuah masyarakat yang tidak disedari kebolehannya sehingga menjadi sebuah masyarakat yang cukup dikenali sebagai seorang pedagang yang rajin dan jujur, seorang pembesar yang adil dan saksama mahupun seorang perwira yang hebat dan digeruni.

Inilah rahmat Islam yang telah menyinari masyarakat kepulauan Melayu pada satu ketika sehingga kerana rahmatnya itu terbina zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka, Johor-Riau dan sebagainya. Detik itu mungkin boleh dikatakan sebagai zaman terbaik untuk umat Melayu. Budayanya hidup subur, bahasanya disegani, cara hidupnya diteladani dan pemerintahannya dihormati. Semua ini hadir bersama sinar Islam.
Jelas sekali sejarah kegemilangan umat Melayu itu meneruskan tradisi kegemilangan yang dikecapi masyarakat di tanah Arab. Bagaimana masyarakat Arab dengan kemuliaan Islam begitulah juga masyarakat Melayu. Malah jika disusuri sejarah pembinaan masyarakat antara kedua-duanya kita akan menemukan betapa ianya mempunyai latar dan perjalanan yang sama.
Namun hakikat selain kegemilangan itu mencurahkan pelbagai pengiktirafan ianya juga mengundang rasa cemburu dan iri hati yang amat mendalam khususnya dendam itu dibina kerana melihat suburnya perkembangan Islam di nusantara ketika itu. Maka akhirnya detik kegemilangan itu runtuh melalui penjajahan. Lebih 400 tahun masyarakat Melayu dilanyak kehidupan dan pemikirannya. Namun ianya tidak berupaya merubah jati diri dan tunggak kekuatan masyarakat Melayu. Malah kerana tekanan itu semarak perjuangan untuk mempertahankan jati diri agama, bangsa dan negara kuat dilaungkan. Sehingga melahirkan tokoh-tokoh yang mampu menggoyahkan keangkuhan penjajah. Hasil keutuhan perjuangan inilah masyarakat Melayu pada hari ini mengecapi apa yang diperolehi hari ini. Ianya dibina daripada keringat dan darah mereka yang mempunyai jati diri yang utuh terhadap agama, bangsa dan negaranya.


Persoalannya dengan perginya penjajah adakah kita berupaya untuk meneruskan tradisi perjuangan masyarakat Melayu untuk meletakkannya kembali ke tempat yang sepatutnya? Jawabannya tidak. Sama ada kita menerima atau tidak pandangan ini, itulah realitinya. Masyarakat Melayu hari ini berdepan dengan krisis nilai yang amat serius. Pembinaan tamadunnya melalui jalan-jalan suram dan menuju kebuntuan. Di hadapan yang menanti masyarakat Melayu hanyalah masalah sejuta penagih dadah, masalah integriti yang meruncing dan kritikal, masalah pengkhianatan yang menyebabkan ketirisan, masalah kroni yang menyebabkan ketidakadilan, masalah ketidaktelusan yang menyebabkan kerugian dan pelbagai masalah lain lagi jika di senaraikan satu persatu pastinya terlalu panjang senarainya.
Dimanakah silapnya atas segala kemelut yang melanda masyarakat Melayu ketika ini ? Inilah persoalan sebenar yang perlu dilihat dan dikaji. Persoalan ini bukan sekadar perlu difikirkan oleh kalangan mereka yang bergelar intelektual tetapi ianya perlu di fikirkan oleh semua masyarakat Melayu sebagai satu proses muhasabah diri bagi meluruskan kembali wawasannya. Maka tulisan ini cuba untuk membuka langkah awal proses muhasabah diri ini dengan meletakkan silap bagi setiap kemelut ini kepada kegagalan masyarakat Melayu itu sendiri di dalam persoalan meletakkan kepimpinan mereka. Hujah ini mungkin boleh tertolak dengan pelbagai hujah lain yang mungkin diberikan oleh pihak lain tetapi alasan untuk hujah ini perlu dinilai sebagai asas kepada perbincangan
.

Inilah budaya baru masyarakat Melayu yang cukup memualkan. Meskipun masyarakat Melayu semenjak azalinya begitu sinonim dengan hiburan dan perayaan tetapi perkembangan terkini memperlihatkan bentuk hiburan baru yang membudaya didalam masyarakat Melayu menjerut jati diri masyarakat Melayu itu sendiri. Budaya hiburan yang kosong, tanpa pengisian yang mantap dan diandakan bagi tujuan semata-mata untuk berhibur menjadikan masyarakat Melayu terbelenggu di dalam paradigma yang kalut. Kesannya masyarakat Melayu berdepan dengan krisis dan gejala sosial yang begitu meruncing dan kritikal. Hujahkanlah apa saja untuk menolak pandangan kesan negatif hiburan ke atas masyarakat Melayu khususnya generasi muda, tetapi realitinya tetap kita tidak mampu menolaknya.

Negara pernah digemparkan dengan penglibatan remaja Melayu didalam gejala black metal yang menyesatkan. Jika dikaji secara mendalam kita akan dapat melihat akar kepada gejala ini ialah kegilaan generasi muda khususnya masyarakat Melayu yang terlalu gilakan hiburan. Di dalam kes black metal ini mereka terdiri mereka yang menolak unsur-unsur mainstream didalam muzik yang membudayakan gaya hidup popular sehingga menjebakkan diri mereka kepada genre muzik yang bersifat underground.


Kesan daripada penghayatan terhadap muzik dan hiburan tersebut mereka mula terpengaruh pada setiap falsafah yang diperjuangkan. Maka timbullah apa yang kita hadapi kini gejala black metal yang meruntuhkan keimanan. Malah antara kita sedar atau tidak jika selama ini kita beranggapan mereka yang terlibat dengan gejal black metal ini terpengaruh dengan budaya barat, sebenarnya akar kepada permasalahan ini bermula daripada kita sendiri khususnya pertanggungjawabannya boleh diletakkan secara terus kepada pucuk kepimpinan negara yang mengabaikan aspek-aspek pembinaan insan dengan dalam masa yang sama begitu menggalakkan program-program hiburan.

Hari ini apa yang tidak ada untuk rakyat negara ini berhibur, dari pelbagai perayaan, penganjuran konsert dan rancangan hiburan melalui televisyen pilih sahaja dari yang eksklusif, terbuka, tertutup, kelas tinggi hinggalah hiburan murahan dan kelas bawahan. Hari ini rakyat boleh sahaja berpesta dan berhibur setiap hari.

Lebih menyedihkan hiburan kini dijadikan alat untuk tujuan tertentu bagi golongan kapitalis hiburan digunakan sebagai pentas untuk mengaut jutaan keuntungan manakala bagi kerajaan hiburan dijadikan alat propaganda untuk menarik seramai mungkin sokongan rakyat. Penggunaan media hiburan dengan agenda tersembunyi ini kini memerangkap dan merugikan negara sendiri.


Penglibatan generasi muda khususnya generasi muda Melayu dengan dadah banyak dilihat berpunca daripada pembudayaan hiburan didalam masyarakat. Pengedaran dan penggunaan dadah-dadah berleluasa di pusat-pusat hiburan antara faktor yang begitu kritikal.
Begitu juga halnya tahap produktiviti dan budaya kerja rakyat Malaysia, khususnya masyarakat Melayu. Dek kerana terlalu terdedah dengan hiburan hari ini masyarakat Melayu dikenali sebagai pemalas, tidak menepati masa, tidak bermotivasi, tidak efisien dan tiada nilai dipasaran kerja. Tidak mustahil kini kita melihat kebanjiran pekerja warga asing didalam segenap sektor industri dan perdagangan.


Kesan pembudayaan hiburan didalam masyarakat juga menyebabkan masyarakat Melayu lemah pemikirannya. Ketidakmampuan masyarakat Melayu untuk berfikiran secara kritis dan sedar terhadap persekitarannya menjadikan masyarakat Melayu terperangkap didalam minda bawahan yang hanya menantikan disuap dan tidak rela untuk berusaha keras. Maka jangan diimpikan minda kelas pertama seandainya masyarakat Melayu terus-terusan dibentuk dengan acuan yang menjadikan hiburan sebagai satu amalan wajib. Logiknya, bagaimana mungkin sebuah masyarakat yang dialunkan dengan hiburan yang entah apa-apa entah mampu untuk membina jati diri yang berkualiti kelas pertama.

Ini adalah realitinya masyarakat kita hari ini khususnya masyarakat Melayu. Mereka dihimpit didalam perspektif sempit politik yang hanya memikirkan tentang mulut dan perut. Untuk merubah paradigma ini rakyat khususnya masyarakat Melayu perlu berani untuk menerima kelemahan ini dan berusaha untuk memperbaikinya. Ini adalah langkah awal untuk membentuk pemikiran dan budaya yang positif dikalangan masyarakat Melayu. Denganya secara tidak langsung cara hidup masyarakat juga akan berubah menjadi lebih bermakna dan berdaya saing.

Kita perlu bangkit,Melayu perlu sedar,ummat Islam perlu bertindak.Bukan dengan hanya membutakan mata,menulikan telinga..hanya mulut bergerak tanpa hentinya.Bukan mulut yang diutamakan,tetapi seluruh dirimu,tenagamu diperlukan.Untuk Islam,untuk Melayu yang semakin parah,perlu dirawat sebelum ajal menjelma.Wallahua'lam

edit from:Mazlan Aliman
by:stefaislle

Prinsip Perlu Difahami Da'ie

Melihatkan perkembangan suasana dakwah semasa sudah pastilah terdapat pelbagai cabaran yang harus ditempuhi oleh umat Islam. Perkembangan yang sering kali diperkatakan ialah munculnya pelbagai aliran-aliran dan segala bentuk pemahaman yang berdiri di atas nama Islam, namun membawa aliran yang bertentangan dengan prinsip ahli sunnah wal jamaah. Islam Liberal, Islam Tanwiri, Islam progresif mahupun Islam moderate sudah tidak asing lagi dari pendengaran umat Islam masa kini. Bahkan, bagi mereka yang mendokong akan pelbagai harakah Islamiyyah, sama ada di sini mahupun di luar sana, sudah pastilah tidak akan tidur lena bagi memikirkan apakah alternatif yang terbaik bagi menangani isu ini.
Namun, bagi masyarakat umum yang mungkin jahil akan agama ini, mereka tersepit di dalam tuntutan suasana ini apabila mereka tergerak untuk mencari kebenaran akan agama ini. Oleh itu, seharusnya bagi mereka yang menjadi pendokong akan Islam yang di bawa oleh Rasulullah sallahua'laihiwassalam seharusnya mempertahankan akan prinsip-prinsip yang menjadi dasar kepada agama ini. Antara prinsip utama yang harus dipertahankan ialah:

Pertama: Ikhlas dalam memahami konsep Tauhid
Ikhlas menurut erti bahasa ialah membersihkan atau memurnikan sesuatu dari kotoran. Sedangkan menurut istilah syar’i, ikhlas adalah membersihkan dan memurnikan ibadah dari segala jenis kotoran syirik. Setelah diketahui pengertian ikhlas menurut pengertian syar’i, dapat diambil kesimpulan bahawa orang dikatakan ikhlas dalam beribadah apabila ia bertauhid dan meninggalkan segala jenis syirik. Maka, seharusnya umat Islam memahami apakah bentuk tauhid yang harus diyakini bagi membersihkan diri dari kotoran itu.
Tauhid yang pertama: Tauhid Rububiyyah, maksudnya kita harus yakin bahawa yang mencipta, memberi rezeki dan yang mengatur alam semesta hanya Allah Ta’ala tidak ada sekutu bagi-Nya. Kemudian, tauhid yang kedua: Tauhid Uluhiyyah, maksudnya yakin bahawa yang berhak disembah dan diberikan segala bentuk peribadatan hanyalah Allah Ta’ala tidak ada sekutu bagi-Nya. Dan, tauhid yang ketiga: Tauhid Asma’ wa Sifat, maksudnya kita harus yakin bahawa Allah Ta’ala memiliki Nama dan Sifat yang Mulia dan tidak sama dengan makhluk-Nya. Kita harus meyakini seluruh Nama dan Sifat Allah yang ada di dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah apa adanya.
Manakala, setelah kita meyakini ketiga-tiga jenis tauhid yang dinyatakan ini, maka wajib untuk kita meninggalkan dua jenis syirik pula yang menjadi musuh bagi orang-orang yang bertauhid. Ini termasuklah:
Syirik yang pertama disebut Syirik Akbar, iaitu syirik yang menyebabkan pelakunya keluar dari Islam. Syirik jenis ini amat banyak jumlah dan jenisnya, di antaranya adalah meyakini ada yang mencipta dan yang mengatur alam ini selain Allah Ta’ala, meminta rezeki atau jodoh kepada orang yang telah mati atau kepada jin, menolak sebahagian atau seluruh Nama dan Sifat Allah Ta’ala.
Syirik yang kedua disebut Syirik Asyghar, iaitu syirik kecil yang tidak menyebabkan pelakunya dikeluarkan dari Islam. Namun dosanya lebih besar daripada dosa zina, dosa mencuri atau kemaksiatan lainnya. Di antara amalan yang termasuk jenis syirik ini adalah riya’ (ingin dilihat oleh orang ketika beribadah), sum’ah (ingin didengar ibadahnya oleh orang lain), bersumpah dengan nama selain Allah, memakai azimat dengan keyakinan bahawa kekuatannya bersumber dari Allah. Untuk yang satu ini bila diyakini bahawa sumber kekuatan itu dari azimatnya, maka sudah termasuk Syirik Akbar.


Kedua: Bersatu di atas Al-quran dan As-sunnah dengan pemahaman salafus soleh
Ini sepertimana firman Allah ta''ala dalam surat Al-Imran ayat 103: “Dan berpegang teguhlah dengan tali Allah seluruhnya dan jangan kamu berpecah belah ...” Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam juga bersabda: “Aku tinggalkan sesuatu untuk kamu. Bila kamu berpegang teguh dengannya maka kamu tidak akan tersesat selamanya, iaitu Kitabullah dan Sunnahku.” (HR. Imam Malik, Al-Hakim).
Di samping itu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam juga memerintahkan kita untuk mengikuti pemahaman para sahabat. “Sesungguhnya barang siapa yang masih hidup selepasku nanti, ia akan melihat perbezaan prinsip yang banyak sekali, untuk itu wajib bagi kamu mengikuti sunnahku dan sunnah Khulafa Rasyidin yang mendapat petunjuk, peganglah erat-erat dan gigitlah dengan gigi geraham dan jauhilah perkara baru dalam agama, kerana setiap perkara baru dalam agama itu bid’ah dan setiap bidah itu sesat.” (HR. Abu Daud dan Tirmidzi).


Ketiga: Mencari kemuliaan dengan Ilmu Syar’i dan bukan dengan akal semata-mata
Kita semua sepakat bahawa tujuan hidup manusia di dunia ini adalah untuk beribadah kepada Allah Ta’ala sebagaimana yang telah ditegaskan di dalam Al Quran surat Adz-Dzariyat ayat 56. Oleh sebab itu, merupakan keharusan bagi kita untuk mengerti, apa yang dimaksud ibadah itu? Apakah ibadah hanya setakat solat, puasa, haji atau yang lainnya? Ibnu Taimiyyah dalam kitabnya Al-’Ubudiyyah halaman 38 menjelaskan bahawa ibadah itu mencakupi segala perkara yang dicintai dan diredhai Allah Ta’ala baik berupa ucapan merupakan perbuatan, baik yang nampak mahupun yang tersembunyi.
Untuk mengetahui secara terperinci ibadah yang dicintai dan diredhai Allah Ta’ala tidak boleh disimpulkan dengan akal kita, tetapi harus ada petunjuk langsung dari Allah Ta’ala yang menugaskan kita untuk beribadah kepada-Nya. Petunjuk itu bernama Al Quran dan As-sunnah yang telah dijelaskan secara terperinci oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam kepada para sahabatnya radiyallahu ‘anhu. Pendek kata, wajib bagi kita mempelajari Al Quran dan Assunnah agar kita dapat menunaikan tugas ibadah dengan baik dan benar. Perlu diketahui, bahwa Al-Qur’an dan As-Sunnah itulah yang disebut Ilmu Syar’i sebagaimana yang dijelaskan oleh Ibnu Abbas radiyallahu ‘anhuma dan lainnya.


Keempat: Menjayakan Gerakan Tashfiyah (pemurnian) dan Tarbiyah (pendidikan)
Sepertimana Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada para sahabatnya. Dari Abu Najih Al-’Irbadl bin Sariyah radiallahu ‘anhu ia bercerita: “Suatu ketika Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam memberi nasihat kepada kita, nasihat itu membuat hati bergetar: “Wahai Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam, sepertinya nasihat ini adalah nasihat perpisahan, untuk itu berilah kami wasiat!”
Maka beliaupun bersabda: “Aku wasiatkan kepada kamu agar tetap bertaqwa kepada Allah ‘Azza wa Jalla dan tetap mendengar dan taat walaupun kamu diperintah oleh penguasa dari budak Habsyi. Sesungguhnya, siapa saja di antara kamu yang masih hidup sepeninggalku nanti, pasti melihat banyak perselisihan, maka wajib atas kalian untuk tetap berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah Khulafa arrosyidin yang mendapat petunjuk, peganglah sunnah itu dan gigitlah dengan gigi geraham (jangan sampai lepas) dan jauhilah perkara-perkara baru yang disusupkan ke dalam agama kerana sesungguhnya setiap perkara baru yang disusupkan ke dalam agama itu bid’ah dan setiap bid’ah itu sesat” (HR. Abu Dawud, Tirmidzi).
Tashfiyah adalah gerakan pemurnian ajaran Islam dengan cara menyingkirkan segala keyakinan, ucapan mahupun amalan yang bukan berasal dari Islam. Sedangkan Tarbiyah adalah usaha mendidik generasi muslim dengan ajaran Islam yang murni, yang berdasarkan Al-Qur’an dan As-Sunnah dengan pemahaman para sahabat Radiyallahu ‘anhum ajma’in.


Kesimpulan
Dalam rangka menjayakan gerakan ini, Ahlus Sunnah wal Jamaah terus menerus memperingatkan umat dari segala bentuk penyimpangan baik berupa kekufuran, kesyirikan, kebid’ahan mahupun kemaksiatan, di samping itu juga meluruskan penyimpangan-penyimpangan yang terjadi baik yang ada di kitab-kitab yang tersebar di kalangan umat mahupun pernyataan-pernyataan sesat dari para penyesat. Ini semua dinilai sebagai amar ma’ruf nahi munkar yang menjadi kewajiban kita semua.
Inilah antara prinsip-prinsip yang harus dipertahankan oleh setiap dae''i mahupun pendokong kepada harakah Islamiyyah. Usaha ini haruslah diteruskan bagi menyebarkan pemahaman terhadap agama ini dengan pemahaman yang sebenar. Dengan kata lain, menyebarluaskan Islam yang tulen agar kita semua dapat terpisah daripaga aliran-aliran yang menyesatkan oleh penyesat agama ini.

Tajdid:Perubahan Disalahertikan

Isu tajdid dan kemodenan telah menjadi aliran baru yang didorong oleh tujuan-tujuan dan matlamat yang kadang-kadang boleh memperdayakan sesetengah orang. Ini menjadikan persoalan apakah akar pokok tajdid dan apa dimensinya, persoalan yang memerlukan jawapan segera. Definisi yang sebenar kepada perkataan tajdid sebagaimana yang dibawa oleh sunnah yang suci dan diperkatakan oleh ulama' Islam yang thiqah dan fuqaha'nya ialah: mengidupkan batu tanda agama setelah ia tertimbus, menyambung apa yang terburai, menerangkan sunnah daripada bidah dan menghidupkan amalan yang dipelajari daripada kitab dan sunnah.

Berkata Syeikh Al Ghazali dalam menerangkan makna sebenar kepada istilah ini: "Tajdid ialah mempertahankan usul daripada apa yang merobeknya, megilapnya daripada kesamaran yang menyelubung, menjernihkannya daripada kekeruhan. Ia seperti membasuh pakaian sehingga hilang segala kotoran atau menyapu debu yang melitupi gambar yang terbiar lama tanpa penjagaan.

Dalil yang membuktikan wujudnya istilah tajdid dalam kamus perbendaharan kata umat ini merujuk kepada hadis sahih yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:" Sesungguhnya Allah akan membangkitkan untuk umat ini dipermulaan setiap seratus tahun seorang mujadid yang mentajdid agamanya".

Tajdid dalam Islam ialah kembali kepada asal yang unggul yang menjadi sumber kemulian manusia iaitu kitab dan sunnah. Ia tidak mungkin difahami kecuali dengan mendekatkan diri dengan tokoh-tokoh ikutan yang bebaskan diri hanya untuk kebenaran, menjulang panji-panji ini. Mereka adalah pelopor kebaikan dan rahmat kepada kemanusiaan. Mereka adalah ukuran keadilan dan neraca kemulian kepada umat manusia.

Tetapi sekitar akhir kurun ke 19 dan semenjak awal kurun 20 muncul makna baru kepada Istilah tajdid berlainan dengan makna asal yang sebenar seperti yang kami sebutkan. Telah muncul apa yang boleh kita istilahkan sebagai pemikiran Islam liberal beracuan barat. Atau dengan kata lain pemikiran yang seiring dengan aliran pemikiran barat atau pemikiran oreantalis.

Ia membawa tajdid yang memelihara akidah Islamiah tetapi tersimpan diatas rak atau di muzium sebagai satu benda yang amat unggul dan sangat suci. Pada hakikatnya ia adalah sekular yang bermotif untuk memisahkan agama dari kehidupan, mengambil sistem barat yang di import mengantikan syariat Islam. Tajdid yang memberi makna mensia-siakan Islam dan melampaui batasanya, memperlekehkan penghasilan lalu dan menundukkan Islam kepada konsep permodenan.

Bagi mereka, dibawah tekanan kehidupan yang sentiasa mengalami perubahan, Islam tidak akan mampu menyesuaikannya atau mensejajarkan tuntutan permodenan dengan kandungan pengajarannya. Berpegang teguh dengan ajaran Islam bermakna memencilkan diri daripada kehidupan, ketinggalan dalam menggunakan wasilah kemajuan dan cenderung untuk memilih kemiskinan, berpenyakit dan kejahilan. Begitulah sangkaan mereka.
Mereka mengatakan lagi, kemajuan adalah "kanun kehidupan umum" yang tidak boleh tidak mesti dipatuhi. Kerana itu pada sangkaan mereka, orang Islam harus menggunakannya dalam kehiupan Islam mereka supaya ia dapat berjalan seiring dengan kemodenan dunia barat dan dengan itu mereka akan selamat daripada punca-punca kelemahan dan kemunduran. Jadi mereka hendaklah memajukan Islam sebagai agama.
Atau dengan ungkapan yang lebih jelas: orang Islam atas nama ilmu, kemajuan dan tajdid hendaklah mengubah agama mereka dan memajukannya dengan cara memperbaharui pemahamannya, menjauhkannya daripada politik dan negara, serta mengusirnya dari masuk campur hal ehwal hubungan antara individu.



Selain itu Islam juga perlu melupakan perbezaan lelaki dan wanita dalam menerima pusaka, hak talak, tidak masuk campur dalam urusan hubungan kemasyarakat antara sesama muslim, dan hubungan muslim dengan masyarakat antara bangsa, sebagaimana Islam tidak perlu masuk campur dalam urusan menentukan hubungan antara modal dalam perindustrian, hubungan perdagangan antara pemodal dan pekerja atau antara pemilik harta dengan golongan fakir untuk menghalal dan mengharam atau memaksa pembayaran zakat dan sebagainya.
Ini bukan suatu perkara baru. Semenjak zaman dahulu lagi mujaddid palsu yang mensejajarkan syariat dengan nafsu manusia cuba mentafsir riba dengan tafsir yang tidak diketahui daripada salaf ass-soleh, tidak sejajar dengan nas-nas Quran, juga dengan hadis-hadis sahih dan tidak juga dengan ijma' umat semenjak zaman silam hingga zaman yang hampir ini.


Berkata Syeikh al Ghazali dalam mengulas perkara tersebut: "perjalanan mujaddid palsu ini penuh mengecewakan, mereka mematikan Islam bukan mentajdidikannya. Sesungguhnya mentajdid pemikiran Islam menuntut akal yang lebih matang, hati yang lebuh bersih, memahami kesilapan sejatah, kegelinciran rijal (pemuka-pemuka), ilmuan yang arif tentang kitab-kitab, bukan sekadar banyak membaca, mahir tentang hadis, bukan sekadar meriwayatkannya, faqih tentang syarak, bukan sekadar pengikut, tahu selok belok tarbiah dan pengajaran, bukan sekadar pengikut pemimpin dan pemilik sijil yang tidak berilmu.
Kita tidak menolak tajdid tetapi memperingatkan pembaca dari percubaan untuk menyelewengkan agama atas nama tajdid, tetapi ia hendaklah dilakukan dalam ruang lingkup Islam dan iltizam dengan hukum hakamnya. Adapun tajdid yang dijadikan helah untuk mengahalalkan pergaulan bebas, riba, faedah bank, membuka aurat, lebur identiti dan mempermainkan orang beriman maka ia bukannya tajdid, sebaliknya penyelewengan, kesesatan dan kerendahan akhlak.

Wallahu'alam.

Titik Hitam Keruntuhan Khilafah:Satu Renungan

3 Mac 1924 merupakan titik hitam di dalam sejarah umat Islam yang tidak harus dilupakan oleh kaum Muslimin. Pada tarikh inilah umat Islam secara rasmi telah kehilangan perisai dan tonggak tempat mereka berlindung - Khilafah Islamiyyah. Khalifah yang terakhir, Sultan Abdul Majid telah diusir meninggalkan pusat pentadbiran Daulah Khilafah di Turki pada subuh hari tersebut hasil daripada persidangan Majlis Nasional yang diketuai oleh La'natullah Mustafa Kamal melalui konspirasi jahat kafir Barat. Konspirasi ini dapat dilihat dengan jelas daripada ungkapan Menteri Luar Inggeris, Lord Curzon berikutan runtuhnya Daulah Khilafah;

"Persoalan utamanya adalah bahawa Turki telah dihancurkan dan tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatan spiritual mereka, iaitu Khilafah dan Islam".Pada hakikatnya, keruntuhan Daulah Khilafah bukanlah sesuatu yang berlaku secara kebetulan. Pertentangan antara dua peradaban ini (Islam dan Kufur) telahpun berlaku sejak awal Rasulullah diangkat sebagai Rasul lagi. Daulah Khilafah yang dirobohkan ini merupakan kesinambungan Negara Islam yang didirikan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam di Madinah selepas berlakunya peristiwa Hijrah. Khalifah Abu Bakar As Siddiq merupakan orang pertama yang memulakan diari Negara Khilafah diikuti oleh Khalifah 'Umar Al Khattab, Khalifah Osman bin 'Affan dan Khalifah Ali bin Abu Talib di mana zaman pemerintahan mereka dikenali juga sebagai era Khilafah Rasyidah. Selepas itu kekhilafah diteruskan oleh Bani Umaiyyah diikuti kekhilafahan Bani Abbasiyah dan terakhir, kekhilafahan Bani Uthmaniyyah yang semuanya berlarutan lebih 1300 tahun. Benarlah sabda Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam sepertimana yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abi Hazim yang berkata:
"Aku telah mengikuti majlis Abu Hurairah selama lima tahun dan pernah aku mendengarnya menyampaikan hadits dari Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam yang bersabda:
"Dahulu Bani Israil dipimpin dan dipelihara urusannya oleh para nabi. Setiap kali seseorang nabi wafat, digantikan oleh nabi yang lain. Sesungguhnya tidak akan ada nabi sesudahku. (Tetapi) nanti akan ada banyak khalifah.' Para sahabat bertanya: 'Apakah yang engkau perintahkan kepada kami?' Baginda menjawab: 'Penuhilah bai'at yang pertama dan yang pertama itu sahaja.


Berikanlah kepada mereka hak mereka, kerana Allah nanti akan menuntut pertanggungjawaban dari mereka tentang rakyat yang dibebankan urusannya kepada mereka"
Sepanjang tempoh tersebut Islam telah menjangkau dan meliputi 2/3 dunia (lihat rajah kawasan umat Islam pada abad ke 15) dari Timur ke Barat. Sehingga itu juga banyak kejayaan yang telah dicapai dan rahmat melimpah ke atas umat manusia sepertimana Firman Allah:
"Dan tidak kami utuskan engkau (Muhammad) melainkan sebagai rahmat bagi sekelian alam" - (al-Anbiya' 21:107)


Malapetaka ketiadaan Khilafah
Kehinaan yang menimpa umat Islam secara bertali arus sehingga ke hari ini adalah merupakan kesan dari tiadanya kekuatan politik di dalam tubuh umat Islam – tiadanya sebuah kepimpinan umum umat Islam (Al-Khilafah) yang menerapkan hukum-hukum Islam di dalam Negara Islam dan menyebarkan Islam ke luar Negara melalui dakwah dan jihad. Malapetaka yang terus menerus menimpa kaum Muslimin merupakan rentetan dari tiadanya perlaksanaan ke atas perintah Allah secara menyeluruh. Dari firman Allah di atas, adalah merupakan suatu kepastian bahawa dengan terlaksananya hukum-hukum syara' secara menyeluruh, alam ini pasti akan dipenuhi rahmat Allah.
Namun apa yang kita perhatikan hari ini adalah perintah dan larangan Allah hanya tinggal sebagai tulisan-tulisan di dalam kitab sebagai rujukan akademik dan bukannya sesuatu yang diterapkan sebagai penyelesaian bagi masalah umat manusia. Rentetan dari itu, masalah gejala sosial, murtad, seks bebas, Aids, dadah dan sebagainya kini menjadi lumrah dan keluhan di bibir umat. Hakikatnya, penyelesaian bagi semua masalah-masalah ini telahpun dijelaskan oleh Allah dan RasulNya dengan penyelesaian yang hakiki. Apa yang perlu dilakukan adalah menerapkannya secara menyeluruh.
Salah satu malapetaka yang cukup menyedihkan yang menimpa umat Islam akibat dari kelalaian umat dalam menerapkan hukum Allah secara menyeluruh adalah dari segi ekonomi. Lihat sahajalah di negeri-negeri umat Islam, hasil bumi mereka seperti petroleum, emas dan perak yang sepatutnya menjadi milik umat telah dimonopoli oleh kapitalis Barat dan juga menjadi milik peribadi penguasa mereka. Akibatnya, umat Islam hidup dengan penuh kemiskinan dan menagih simpati di bumi sendiri. Di Iraq, sebagai contoh, akibat dari ketamakan Barat, 120,000 orang terbunuh di sepanjang 2003-2005, 5 juta kehilangan nyawa akibat embargo, 5000 kanak-kanak meninggal setiap bulan dan 100,000 meninggal akibat radiasi nuklear (Perang Iraq-AS, COMES: 2003). Dominasi ideologi kapitalis yang kufur pada hari bukan sahaja membawa pelbagai kesengsaraan kepada umat Islam, malah kepada lebih 60% umat manusia di dunia. Kemiskinan, kehinaan dan kesengsaraan termanifestasi di seluruh dunia. Di dalam dunia yang serba canggih ini, masih terdapat 1.214 billion orang miskin, 78% kanak-kanak kekurangan zat, 11 ribu kanak-kanak mati kelaparan setiap hari dan lebih dari 800 juta orang kelaparan di seluruh dunia di mana 70% di antara mereka adalah wanita dan anak-anak. (Shukor Rahman, World Food Program, New Staits of Malaysia Times, 2001). Semua ini berlaku dalam keadaan 20% dari penduduk dunia menerima lebih dari 60% dari kekayaannya!!! (100 ways of seeing an unequal world – Bob Sutcliffe). Di Malaysia sendiri, individu terkaya di negara ini memiliki harta melebihi RM 11 bilion sedangkan pendapatan per kapita rakyatnya hanya sekitar RM 1700; malah masih ramai lagi rakyat termiskin yang tidak dapat menampung perbelanjaan keluarga mereka. Dengan kenaikan harga petrol sebanyak 30 sen baru-baru ini, sudah pasti bebanan rakyat akan bertambah dan bagi yang sudahpun berada di dalam keadaan yang sempit, mereka ini bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga.
Soalan yang pasti akan bermain di minda adalah kemanakah perginya segala kekayaan hasil bumi anugerah Allah yang menjadi milik umat Islam keseluruhannya? Kemanakah perginya kekayaan dari petroleum, gas, hasil balak dan lain-lain sumber asli yang begitu banyak dikurniakan Allah kepada kaum Muslimin?? Dalam dunia kapitalis hari ini, kekayaan yang sewajarnya menjadi milik umat, kini diraut oleh para kapitalis yang tidak pernah kenyang dari ketamakan mereka. Akibatnya merintihlah umat untuk mendapatkan bantuan perubatan, pendidikan dan keperluan asas kehidupannya kerana negara telah melepaskan tanggungjawab utamanya – menjaga urusan umat.
Dalam aspek pendidikan pula, cengkaman ideologi kapitalisme yang berasaskan aqidah sekular secara langsung memainkan peranan besar dalam perkembangan kurikulum di semua negeri umat Islam. Barat mengetahui bahawa dengan mengawal pemikiran umat melalui pengaruh yang mendasar ke atas kurikulum pendidikan, arah tuju umat dapat dialihkan kepada apa yang mereka inginkan. Realiti, dan bukan wahyu dijadikan sebagai sumber pemikiran. Akibatnya, realitilah yang menentukan jalan pemikiran dan bukannya berfungsi sebagai objek pemikiran. Akhirnya, akan lahirlah manusia yang pragmatik dan liberal – manusia yang langsung tidak merasa perlu untuk kembali kepada perintah Allah dalam menentukan mana yang baik dan mana yang buruk. Hari ini, dengan dominasi sistem pendidikan Barat, pengajian ilmu dan tsaqafah Islam menjadi sekadar proses pemindahan ilmu untuk 'dipelajari' bukan untuk diterapkan dan diamalkan. Akhirnya agama diambil hanya dalam konteks hubungan makhluk dengan Tuhannya sahaja ('ibadah khusus), tidak lebih dari itu. Akibatnya lahirlah masyarakat sekular yang memegang aqidah Islam namun tidak mengambil Islam sebagai penyelesai bagi masalah-masalah kehidupan mereka. Mereka hidup semata-mata ingin meraih dunia tanpa komitmen yang kuat terhadap Islam. Mereka merasa cukup selesa meletakkan Islam hanya sebagai isu peribadi tanpa kesedaran bahawa mereka sebenarnya bertanggungjawab menerapkannya.


Malapetaka yang menimpa kaum Muslimin akibat dari tiadanya Islam dalam kehidupan juga dapat dilihat dalam aspek politik. Satu persatu negeri umat Islam dijajah secara ketenteraan; Iraq, Palestin dan Afghanistan merupakan contoh yang amat jelas. Manakala di negeri kafir umat Islam turut dibunuh dan dihina seperti di Thailand, Filiphina, Rusia serta Perancis. Di negeri-negeri lain, penguasa umat Islam tidak dapat memboloskan diri dari cengkaman negara 'super power' AS seolah-olah akan berlaku bencana yang amat besar sekiranya telunjuknya tidak dipatuhi. Dalam keadaan ini, kaum kafir begitu bermaharajalela sehinggakan penghinaan ke atas Rasulullah melalui karikaturnya terus dipandang sepi oleh penguasa-penguasa umat Islam. Mereka (penguasa muslim) ini nampaknya sehingga hari ini tidak pernah mengambil pendirian yang tegas dalam menyelesaikan masalah tersebut. Dengan nada penuh kehinaan mereka hanya mampu menyeru kepada penyelesaian melalui dialog dan kompromi dengan kuffar, suatu yang mereka, kaum kafir, sambut dengan tangan terbuka. Dan pada waktu yang sama penguasa-penguasa ini menekan kebangkitan umat yang mahukan penyelesaian yang lebih tegas. Di manakah pendirian kita sebagai umat yang mulia?

Gambaran pemikiran umat Islam hari ini
Terdapat berbagai kelompok yang menyedari kegawatan permasalahan umat Islam kini. Namun usaha mereka masih belum dapat menyelesaikan masalah utama umat Islam malah menimbulkan banyak lagi masalah lain. Ini berlaku akibat dari kekeliruan mereka dalam menangani masalah tersebut. Kelompok yang ikhlas ini terlalu menumpukan tenaga mereka dalam menyelesaikan masalah cabang, namun, terlepas pandang masalah yang lebih mendasar. Contohnya, penyelesaian masalah murtad yang hangat suatu ketika dahulu. Dalam mempertahankan kedudukan mahkamah syariah mereka juga bertekad untuk mengekalkan perkara 121 Perlembagaan Persekutuan yang kononnya melindungi umat Islam padahal permasalahan yang lebih mendasar adalah kedudukan perlembagaan itu sendiri. Perlembagaan ini, pada hakikatnya tidak didasarkan kepada aqidah Islam dan merupakan ciptaan manusia sedangkan hak untuk membuat hukum itu hanya terletak di tangan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Oleh itu, isu yang menjadi dasar permasalahan yang sepatutnya diperhatikan adalah mengembalikan hukum Allah dalam aspek perundangan dan kenegaraan secara menyeluruh, bukannya berpuas hati dengan penyelesaian secara separuh-separuh.
Selain itu, natijah daripada diterapkannya sistem pendidikan sekular telah menimbulkan berbagai pemikiran yang rosak di dalam umat. Akibat dari acuan kekufuran yang telah ditanam di dalam pemikiran umat oleh sistem ini, mereka memandang nasionalisme, patriotisme dan demokrasi kapitalisme sebagai pemikiran yang benar dan mendarah daging di dalam tubuh mereka sehingga tidak kelihatan lagi pemikiran lain di dalamnya, apatah lagi pemikiran Islam. Malah ada yang menganggap bahawa kembali kepada Islam itu hanya memberi makna kembali ke zaman silam yang mundur. Tidak kurang juga yang melihat Islam sebagai pemikiran yang tidak lengkap dan uzur sehingga ia perlu diselaraskan, atau diubah, sekiranya perlu, agar selaras dengan perkembangan geo-politik dan sosio-ekonomi dunia. Inilah realiti pemikiran kaum Muslimin hari ini akibat dari penerapan ideologi kufur di tengah-tengah umat.
Kewajiban mendirikan Khilafah
Pada saat ini umat Islam adalah bagaikan anak ayam yang kehilangan ibunya; kehinaan menimpa mereka di mana-mana. Mereka berusaha mencari kemuliaan dengan berbagai-bagai cara namun masih belum lagi menemuinya. Hakikatnya, inilah permasalahan 'hidup dan mati' yang dihadapi oleh umat hari ini. Satu-satunya penyelesaian yang tuntas adalah dengan menegakkan semula Khilafah. Benar, menegakkan Khilafah bukanlah semudah mengatakannnya. Untuk meraih kejayaan ini, umat haruslah bersungguh-sungguh berusaha untuk mencapainya melalui pengkajian, pembinaan dan perjuangan yang tidak kenal lelah. Usaha keras untuk mengembalikan Islam sebagai ideologi yang mendominasi dunia ini bukan sahaja merupakan satu-satunya jalan yang harus ditempuh oleh kaum Muslimin, malah, ia merupakan kewajiban setiap muslim untuk melakukannya. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman;
"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan pemimpin daripada kamu..." - (an-Nisa' 4:59)
Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam juga bersabda yang bermaksud; "Siapa saja yang mati tanpa tanpa ada baiat (kepada imam/khalifah) di pundaknya, maka matinya adalah mati jahiliah" – (HR Muslim).
Kedua-dua nas di atas menyatakan kewajiban setiap individu muslim untuk melantik (bai'at) pemimpin (Khalifah) yang akan menjaga urusan mereka. Namun kewajiban bai'at tersebut tidak akan terlaksana jika tidak ada orang yang hendak dibai'at. Oleh itu usaha untuk melantik atau mendirikan Khilafah itu sendiri menjadi pokok persoalan utama bagi memastikan tertegaknya Islam.


Realiti musibah demi musibah yang menimpa umat pada hari ini juga menunjukkan bahawa tidak ada cara lain yang lebih utama untuk mengembalikan kemuliaan umat yang terbaik ini selain dengan mendirikan semula Khilafah 'ala minhaj an-nubuwwah. Sesungguhnya janji Allah dan Rasul dalam perkara ini adalah jelas sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis di bawah;
"Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda: Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah 'ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya masa kerajaan yang menggigit (Mulkan 'Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Setelah itu, masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah 'ala minhaj an-nubuwwah). Kemudian beliau (Nabi) diam." (HR Ahmad dan Baihaqi dari Nuâman bin Basyir dari Hudzaifah).


Jalan untuk mendirikan semula Khilafah
Khilafah adalah bentuk sistem pemerintahan Islam seperti yang diamal dan dijalankan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam. Mendirikan Khilafah bukanlah usaha yang berbentuk individu, namun, ia merupakan usaha yang berbentuk jamaah. Bagi memastikan bahawa jamaah ini bergerak di atas jalan yang benar, ia haruslah memiliki fikrah (pemikiran) dan tariqah (jalan/kaedah) yang jelas dan benar. Dan kebenaran hanya dapat diperoleh dari nas yang kuat. Dengan kejelasan dan kebenaran fikrah dan tariqah ini, jamaah tersebut akan dapat bergerak memimpin umat menegakkan semula Khilafah. Pada masa yang sama, setiap individu muslim haruslah berusaha bersungguh-sungguh, bersama dengan jamaah ini ke arah mengembalikan kehidupan Islam. Ini sesuai dengan kaedah syara' yang berbunyi; "Tidak sempurna sesuatu kewajiban melainkan dengannya maka ia menjadi wajib".
Menerapkan Islam secara menyeluruh merupakan suatu kewajiban. Ini tidak akan dapat dijalankan sepenuhnya tanpa kekuasaan dan Khilafah Islam merupakan satu-satunya bentuk kekuasaan yang sah di sisi syara'. Kini Khilafah tidak wujud. Mewujudkan Khilafah menjadi suatu kewajiban dan tanpa jamaah, kewajiban ini tidak akan dapat dijalankan. Dan selagi jamaah ini masih belum berjaya menegakkan Khilafah, maka di atas setiap pundak kaum Muslimin ada kewajiban untuk bersama-sama jamaah ini menegakkan Islam.
Jamaah ini haruslah berjuang dan beraktiviti sebagai sebuah parti politik, kerana aktiviti mendirikan negara, menguruskan negara dan menjaga urusan umat Islam adalah merupakan aktiviti politik. Syariat Islam tidak pula menetapkan bilangan jamaah yang harus ada bagi menjalankan aktiviti ini. Yang ditetapkan Islam adalah kewajiban mewujudkan jamaah untuk menyeru kepada Islam dan melakukan aktiviti amar ma'ruf dan nahi mungkar. Allah berfirman di dalam surah Al Imran ayat 104.
"Dan hendaklah ada daripada kamu satu umat (jamaah); mereka menyeru kepada kebaikan mengajak kepada yang ma'ruf dan mencegah perkara munkar dan mereka adalah orang-orang yang berjaya"


Semenjak kejatuhan Daulah Khilafah pada 3hb Mac 1924, umat terus ditimpa musibah yang tidak putus-putus. Umat, meskipun berada dalam keadaan yang tertekan, terus berpecah-belah dan saling bertelagah. Namun keadaannya berbeza dengan kaum kuffar. Mereka bersatu mempertahankan Denmark ketika negara tersebut diancam dengan pemulauan. Kata-kata Presiden EU mempertahankan pendirian Denmark untuk tidak meminta maaf kepada kaum Muslimin menghidupkan semula memori Perang Salib. Apakah peristiwa penghinaan ke atas Rasul, kezaliman Yahudi dan pencerobohan mereka ke atas Qiblah-al-awwal, penghinaan ke atas Al-Quran, penyiksaan ke atas tahanan Islam di Teluk Guantanamo dan Penjara Abu Ghareeb serta banyak lagi penyeksaan ke atas kaum Muslimin masih belum cukup bagi kita untuk menyadari bahawa tiada penyelesaian lain bagi kaum Muslimin kecuali dengan menegakkan Negara Islam Khilafah? Semoga Allah menanamkan kesedaran ini kepada kaum Muslimin dan mempercepatkan berdirinya Daulah Khilafah. Marilah kita sama-sama berdoa agar titik hitam ini akan menjadi satu lonjakan untuk umat islam bangkit semula menegakkan Islam di bumi Allah ini.InsyaAllah.

Thursday, March 01, 2007

UNTUKMU MUJAHIDAH SEJATI

Mujahidah Sejati
Intan permata mutiara mahkota
Seindah pelangi di cakerawala
Menghiasi taman indah nan permai

Mujahidah sejati
Engkaulah serikandi pembela agama
Peribadi solehah hiasan diri
Subur dengan iman dan ketaqwaan

Mujahidah sejati
Akhirat utama kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati
Hatinya berbeza kerana diasuh iman dan taqwa

Mujahidah sejati
Berbekal Al-Quran dan As-Sunnah
Bersulam pengorbanan
Bisa menggegarkan isi dunia

Mujahidah sejati
Terus subur mekar mewangi
Seindah suria menerangi bumi
Harapan ummah yang abadi

Mujahidah sejati
Menyoroti langkah Khadijah,Aisyah,Fatimah
Menjadi muqarrabin bermujahadah
Menuju cinta dan kasih Allah

Paras rupa bukannya ukuran
Nilainya sama disisi Tuhan
Cuma ibadah yang membezakan
Wanita solehah disisi Tuhan

Berhati-hatilah hasutan dunia
Kerana ia merbahaya
Jangan biarkan ia bertakhta
Dalam diri dengan dosa-dosa
(Nahwan Nur)

Menikmati Kritikan & Celaan

Kejernihan dan kekotoran hati seseorang akan tampak jelas tatkala dirinya ditimpa kritik, celaan, atau penghinaan orang lain. Bagi orang yang lemah akal dan imannya, nescaya akan mudah goyah dan resah. Ia akan sibuk menganiaya diri sendiri dengan menghabiskan waktu untuk memikirkan kemungkinan melakukan pembalasan. Mungkin dengan cara-cara mengorek-ngorek pula aib lawannya tersebut atau mencari dalil untuk membela diri, yang ternyata akhir dari perbuatannya tersebut hanya akan membuat dirinya semakin
tenggelam dalam kesengsaraan batin dan kegelisahan.

Persis seperti orang yang sedang duduk di sebuah kerusi sementara itu di bawahnya ada seekor ular berbisa yang hendak mematuk kakinya. Tiba-tiba datang beberapa orang yang memberitahu bahaya yang bakal mengancam dirinya itu. Yang seorang menyampaikannya dengan cara halus, sedangkan yang lainnya dengan cara kasar. Namun, apa yang terjadi? Setelah ia mendengar pemberitahuan itu, diambilnya sebuah pemukul, lalu dipukulkannya, bukan kepada ular namun kepada orang-orang yang memberitahu akan adanya bahaya tersebut.
Lain halnya dengan orang yang memiliki kejernihan hati dan ketinggian akhlak. Ketika datang badai kritikan, celaan, serta penghinaan seberat atau sedahsyat manapun, dia tetap tegar, tak goyah sedikit pun. Malah ia justeru dapat menikmati kerana yakin betul bahawa semua musibah yang menimpanya tersebut semata-mata terjadi dengan izin Allah Azza wa Jalla. Allah Maha Mengetahui segala aib dan cela hambaNya dan Dia berkenan memberitahunya dengan cara apa saja dan melalui apa saja yang dikehendakiNya. Terkadang terbentuk nasihat yang halus, adakalanya melalui perbualan dan senda gurau seorang teman,
bahkan tidak jarang berupa cacian teramat pedas dan menyakitkan. Ia pun dapat muncul melalui lisan seorang guru, ulama, orang tua, sahabat, adik, musuh, atau siapa sahaja. Terserah kepada Allah.
Jadi, kenapa kita harus menyusahkan diri membalas orang-orang yang menjadi jalan keuntungan bagi kita? Padahal seharusnya kita bersyukur dengan sebesar-besar kesyukuran kerana tanpa kita bayar atau kita member gaji mereka sudi meluangkan waktu memberitahu segala keburukkan dan aib yang mengancam amal-amal sholeh kita di akhirat kelak.
Kerananya, jangan hairan jika kita saksikan orang-orang mulia dan ulama yang sholeh ketika dihina dan dicaci, sama sekali tidak menunjukkan perasaan sakit hati dan keresahan. Sebaliknya, mereka mengirimkan hadiah sebagai tanda terima kasih atas pemberitahuan ehwal aib yang justeru tidak sempat terlihat oleh dirinya sendiri, tetapi dengan penuh kesungguhan telah disampaikan oleh orang-orang yang tidak menyukainya.
Sahabat, bagi kita yang berlumuran dosa ini, haruslah senantiasa berwaspada terhadap pemberitahuan dari Allah yang setiap saat boleh hadir dengan berbagai bentuk.

Ketahuilah, ada tiga bentuk sikap orang yang menyampaikan kritikan.
Pertama, kritiknya benar dan caranya pun benar.
Kedua, kritiknya benar, tetapi caranya menyakitkan.
Dan ketiga, kritiknya tidak benar dan caranya pun menyakitkan.

Bentuk kritikan yang manapun datang kepada kita, semuanya menguntungkan. Sama sekali tidak menjatuhkan kemuliaan kita dihadapan sesiapapun, sekiranya sikap kita dalam menghadapinya penuh dengan kemuliaan sesuai dengan ketentuan Allah SWT. Kerana, sesungguhnya kemuliaan dan keredhaanNyalah yang menjadi penentu itu.
Allah SWT berfirman, "Dan janganlah engkau berduka cita kerana perkataan mereka. Sesungguhnya kekuatan itu bagi Allah semuanya. Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." QS. Yunus [10] : 65

Ingatlah, walaupun bergabung jin dan manusia menghina kita, kalau Allah menghendaki kemuliaan kepada diri kita, maka tidak akan membuat diri kita menjadi jatuh ke lembah kehinaan. Apalah ertinya kekuatan sang makhluk dibandingkan Khaliqnya? Manusia memang sering lupa bahawa Kudrat dan Iradat Allah itu berada di atas segalanya. Sehingga menjadi sombong dan takbur, seakan-akan dunia dan isinya ini berada dalam genggaman tangannya.Naudzubillaah!!!
Padahal, Allah Azza wa Jalla telah berfirman, "Katakanlah, Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan. Engkau berikan kerajaan kepada orang Kau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Kau kehendaki. Engkau muliakan yang Kau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Kau Kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Mahakuasa atas segala sesuatu." QS. Ali 'Imran [3] : 26
Sesungguhnya perjuangan dan kerja da'wah tidak dapat lari daripada menerima kritikan dan celaan.Ingatlah sirah da'wah Rasulullah s.a.w di bumi Taif ,bukan sedikit celaan diterima oleh baginda s.a.w,tetapi semuanya diterima dengan tenang dan redha.Nikmati kritikan dan celaan,Allah sentiasa bersamamu.InsyaAllah.

Wallahu'alam.