Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Berdasarkan Akta Hakcipta 1987:
Dilarang untuk mencetak, mengulang siar, mengambil, mencuri, menciplak, dan sebagainya tanpa izin daripada penulis.Hak cipta blog adalah terpelihara (Kenyataan ini hanya untuk penulisan saya dalam subjek 'karyaku' kerana melibatkan penghantaran ke media cetak.Penulisan lain tiada akta halangan.Dialukan penyebaran)

Tuesday, April 29, 2008

Metamorf Azzeriyyah (Part 2)

“Ingatlah anakku, Bangsa Cassemen tidak akan sekali-kali melepaskan kita. Mereka akan terus memerangi dan menghapuskan kita, umat Islam. Hapuskan segala penipuan, musnahkah dunia kegelapan. Ubaidahlah harapan ayah dan ibu,” catatan lusuh itu masih tersimpan elok. Wasiat lama daripada ayah dan ibu sering ditatap Ubaidah berulang kali. Itulah penguat baginya untuk teruskan tanggungjawab yang terpikul.

“Kita dalam bahaya!! Puak Cassemen telah membunuh ramai saintis-saintis kita!! Apa yang perlu kita lakukan, abang??” Prof.Najlah cemas. Bunyi tembakan-tembakan peluru berpandu menakutkan Prof.Najlah yang sedang mengendong bayi kecil berusia 3 bulan. Wajah tulus anak kecil dipandang dengan sayu, bimbang akan nasib anak yang baru sahaja melihat dunia.

“Jangan panik, Najlah. Kita adalah pusat terakhir mereka akan serang. Sorokkan Ubaidah ke tempat yang selamat dan tinggalkan notis di sisinya. Jangan lupa, letakkan sekali hasil kajian dan manual rekacipta i-Dcom kita. Mereka mahukan ciptaan kita ini,” Professor Amrullah bertindak tenang, tangannya menekan punat papan kekunci komputer. Mesej pesanan terakhir di hantar kepada saudaranya di lain kota.

“Tapi, bagaimana dengan Ubaidah jika mereka memusnahkan rumah dan pusat kajian kita?”
“Mereka tidak akan musnahkan tempat ini.Pusat kajian dan hasil kajian kita adalah buruan mereka. Mereka tidak akan bertindak bodoh dengan memusnahkannya. Cepat, Najlah! Walau apa-apapun, hanya tinggal kita berdua. Pergi ke pusat kawalan, lihat pergerakan musuh.Abang akan berhadapan dengan mereka,” Prof.Amrullah bersiap sedia.

“Pang!!!” tempat mereka telah diceroboh. Belum sempat Prof.Amrullah bertindak, tembakan bertubi-tubi mengena tepat ke tubuhnya. Prof.Amrullah tersungkur rebah dengan banjiran darah pekat membasahi lantai.

Prof.Najlah di pusat kawalan berpeluh-peluh. i-Dcom yang digunakan memancarkan segala kejadian yang berlaku di kota mereka. Signal kehadiran musuh semakin menghampiri menyala-nyala di i-Dcom. Lantas Prof. Najlah mencapai senjata, bersedia. i-Dcom digenggaman ditutup. Debaran di hati bertambah kuat.

“Zuuuuuuuupppp!!!” tiba-tiba sebutir peluru menembusi kepala Prof. Najlah. Pandangannya gelap.

‘Musnahkan i-Dcom. Jangan biarkan mereka memilikinya!’ pesanan suaminya terngiang-ngiang. Picu senjata ditekan dalam keadaan lemah berkali-kali, memusnahkan i-Dcom di hadapan mata tentera Cassemen. Dia terkulai,menghempuskan nafas terakhir.

Kota ilmu, Azzeriyyah bermandikan cecair merah membasahi bumi. Buku-buku ilmu, hasil-hasil kajian saintis-saintis Islam dimusnahkan, hanyut di bawa arus Sungai Aglori. Bersih jernih Sungai Aglori bertukar merah pekat, mayat-mayat saintis Islam dihanyutkan, tenggelam menjadi humus. Berakhirnya kegemilangan keilmuan sains Islam di kota Azzeriyyah. Segala hasil kajian ditiru dan dihasilkan semula oleh bangsa Cassemen, menjadikan mereka bangsa yang paling hebat di dunia. Sehingga kini, diagungkan oleh semua manusia.

“Ayah! Ibu!” Ubaidah terkejut dari mimpinya. Sejak kecil, mimpi itu selalu bertandang dalam tidurnya. Ubaidah menarik nafas dalam. Istighfar meniti di bibir.

Kelahiran Ubaidah membawa satu ancaman besar kepada bangsa Cassemen. Hanya Ubaidah yang mampu memusnahkan dan menghancurkan dunia Cassemen, melenyapkan bangsa mereka yang menumpang di bumi haram bagi mereka. Ubaidah, remaja luar biasa, dikurniakan IQ melebihi orang biasa, memiliki ‘sixth sense’ yang hebat serta mempunyai kemampuan berhujah yang luar biasa, mampu mengalahkan ahli falsafah dan saintis Cassemen. Ubaidah terkenal sebagai anak saintis Islam ulung yang dibunuh dan kelahirannya akan membalas kembali kejadian berdarah berlalu 17 tahun dahulu. Tentera Cassemen telah lama memburunya dan bersiap sedia untuk berhadapan dengan Ubaidah untuk memusnahkannya.

***
“Sir.Zukerman, kami masih berlembut kerana menghormati Sir. Kami tidak teragak-agak untuk memusnahkan Ubaidah dengan sekelip mata. Ini adalah amaran terakhir kami!” amaran dari tentera atasan Cassemen membuatkan Sir.Zukerman berfikir lama.

Memang, sikap dan pemikiran Ubaidah yang sering mencetuskan kontroversi, menjadi ancaman kepada puak Cassemen. Selama ini Ubaidah dilindunginya, juga di sekolah, Ubaidah diberi hak perlindungan istimewa oleh pihak sekolah atas kuasanya. Tempat tinggal mereka kini telah berjaya dikesan oleh tentera Cassemen, mereka perlu lebih berhati-hati.

“Ubaidah, nyawa Ubaidah semakin terancam. Kedudukan kita telah dikesan musuh. Kita perlu berselindung di tempat baru, cari strategi lain,” Sir.Zukerman mulakan bicara. Putung rokok yang disedut dihembus asapnya perlahan-lahan.

” Pakcik, jangan terlalu takut. Selama ini pakcik telah lama berkorban untuk melindungi Ubaidah. Ubaidah tidak mahu berlari lagi. Pelarian ini memenatkan. Mungkin, sekarang, sudah tiba masanya untuk Ubaidah berdepan dengan mereka,” darah muda mengalir satu semangat yang tidak terungkap. Bebola matanya tepat memandang pakciknya, yang menjaganya sejak kematian kedua ibu dan bapanya. Menyala-nyala, sirna sebuah keyakinan.

Walau berlainan kepercayaan dan agama, Ubaidah ditatang sepenuhnya tanpa batasan sayang. Atas kuasanya, pernah menjadi orang dihormati dan disegani oleh puak Cassemen, sehingga kini Ubaidah masih selamat.

Wasiat Prof.Amrullah ditunaikan sepenuhnya, Ubaidah dididik dan diasuh oleh ulama’ islam, dibekalkan dengan ilmu agama yang tinggi sejak berusia 7 tahun. Sir.Zukerman berpegang pada janji dan amanah diberikan. Berbeza cara hidup dan pegangan, Ubaidah tetap menjadi keutamaan tertinggi dalam hidupnya. Dia kini, bukan lagi bersama puak Cassemen yang suka menumpaskan darah, menimbulkan kekacauan dan peperangan. Walaupun hakikatnya, darahnya masih mengalir darah Cassemen.

” Kau terlalu yakin, Ubaidah. Usiamu masih muda, jangan sia-siakan nyawamu yang berharga,” kerisauannya bertambah. Dia tahu, suatu hari nanti dia tidak akan mampu lagi melindungi Ubaidah. Dan dia kenal, siapa itu Cassemen. Kezaliman dan ketamakan.

” Ubaidah yakin pada Allah. DIA pasti akan membantu orang yang benar. Islam adalah benar, pakcik. Kita adalah benar.”

Sir.Zukerman mengangguk perlahan. Fahami dan hormati pegangan Ubaidah. Ubaidah saling tidak tumpah dengan Prof.Amrullah. Pegangan dan keyakinan cukup tinggi. Ketegasan yang dikagumi.

..bersambung..

Metamorf Azzeriyyah (Part 1)

“Proses evolusi berlaku sekitar 4-5 bilion tahun yang lalu yang dikaji terdapat beberapa "formasi peralihan" (transtional forms) di antara manusia moden dan nenek moyang manusia dahulu”, Mrs.Queny memulakan penerangan.

“Wah, begitu rupanya!” mulut Anthony terlopong mendengar penerangan cikgunya. Kelihatan pelajar-pelajar lain turut menganggukkan kepala, seperti bersetuju dengan ilmu baru yang dicedok.
“Terdapat empat kategori asas telah disusunkan oleh tokoh-tokoh evolusi,iaitu pertama Australopithecines (Australopithecus), yang kedua Homo Habilis, seterusnya yang ketiga Homo Erectus dan yang terakhir ialah Homo Sapiens,“ Mrs.Queny membaiki cermin mata, melihat sekilas ke arah Ubaidah. Jemari Ubaidah melakar-lakar sesuatu di kertas putih, leka.

“Para evolusionis menamakan kategori ini sebagai "Australopithecus" yang bermaksud "beruk Afrika Selatan". Australopithecus, yang tidak lebih daripada sejenis beruk purba yang telah pupus, mempunyai beberapa jenis. Sebahagiannya memiliki susuk tubuh yang sempurna, sementara yang lain bertubuh kecil dan kurus, Mrs.Queny meneruskan penjelasan.
“Evolusionis mengklasifikasikan peringkat berikutnya sebagai "homo", iaitu manusia. Menurut dakwaan mereka, hidupan pada peringkat "Homo" ini lebih maju daripada Australopithecus, dan tidak banyak berbeza dengan manusia moden kini.
[1]
Manusia moden ini, yang dikenali sebagai "homo sapiens", dikatakan telah mengalami perubahan pada peringkat terakhir proses evolusi spesies ini.”
“Model utama Darwinis, yang menjadi haluan utama teori evolusi hari ini, menegaskan bahawa kehidupan ini telah berubah melalui dua mekanisme semula jadi: (1) Pilihan Semula jadi (Natural Selection), dan (2) Mutasi (Mutation). Kenyataan asas teori ini adalah seperti berikut; Pilihan Semula jadi dan Mutasi adalah dua mekanisme yang saling melengkapi. Asal pengubahan secara berperingkat ini ialah mutasi (perubahan) rawak yang mengambil tempat di dalam struktur genetik benda-benda hidup. Keadaan ini terjadi disebabkan oleh mutasi yang telah dipilih oleh mekanisme pilihan semula jadi dan dengan itu, hidupan ini akan berubah,” Mrs.Queny semakin khusyuk menerangkan.

“Mrs.Queny, siapakah tokoh yang memperkenalkan teori evolusi ini?” soal Meryam ingin lebih tahu.

“Oh, sebenarnya idea tentang teori evolusi ini telah wujud sejak zaman Aristotles. Kemudian, teori ini telah dikembangkan dan diasosiasikan oleh Charles Darwin yang terkenal sebagai ilmuan berpengaruh dalam isu-isu konvensional sebegini.”

“Patutlah teori evolusi ini dinamakan Teori Darwin. Betul tak Mrs.Queny?” Elbert tersengih, bangga dapat mengetahui sejarah evolusi.

Belum sempat Mrs.Queny mengiyakan, satu suara telah mematikan kata-katanya.

“Mengarut!!! Teori evolusi hanya satu penipuan besar, satu penyelewengan falsafah yang membohongi hakikat kejadian penciptaan sebenar. Falsafah dikemukakan oleh Darwin ini adalah "materialisme", yang mengandungi kepalsuan tentang bagaimana kita datang (asal kejadian). Matlamat utama materialisme tiada yang lain melainkan kebendaan dan kebendaan itu adalah intipati segalanya. Barat hanya pandai menipu dan mencuri ilmu-ilmu daripada orang lain!’ riak wajah Ubaidah kelihatan bersahaja dengan lontaran berbisa. Dia berasa jijik dengan tokoh-tokoh barat yang sentiasa diagung-agungkan.

Menyirap darah Mrs.Queny mendengarnya, terasa tercabar dan marah. Pelajar lain turut terasa bahang kutukan Ubaidah tentang orang Barat.

“Jaga kata-katamu, Ubaidah!!”
“Maaf, Mrs.Queny. Saya hanya memberitahu kebenaran yang saya tahu,” Ubaidah masih menjaga adab sebagai pelajar.

“Tidak terdapat sebarang bukti kukuh untuk menyokong imej "manusia-beruk" yang terus didoktrinkan oleh pihak media dan golongan akademik evolusionis. Dengan berus yang masih di tangan, para evolusionis ini menghasilkan makhluk khayalan mereka, tetapi kenyataan bahawa lukisan-lukisan mereka ini langsung tidak menepati fosil-fosil yang ditemui, telah memberikan masalah yang besar kepada mereka. Antara cara yang digunakan untuk menangani masalah ini ialah dengan "mencipta" fosil-fosil yang sebenarnya tidak pernah ditemui,” Ubaidah memutar-mutar pennya di atas kertas.

Semua pelajar diam menumpu kepada kata-kata Ubaidah. Ada yang berbisik-bisik, berkerut wajah mendengarkannya.

“Banyak teori sains seperti teori termodinamik, kekompleksan DNA dalam sistem badan telah menyanggah teori evolusi. Tetapi, walau hakikat teori ini adalah satu penipuan, tetap diterima oleh saintis-saintis barat lain. Sebab utama mengapa teori Darwin ini masih terus dipertahankan walaupun telah disanggah oleh sains, ialah kerana hubung rapat di antara teori ini dan materialisme. Darwin memasukkan falsafah materialis ini ke dalam sains alam semula jadi dan penganjur falsafah ini, para Marxis yang ditonjolkan di kalangan mereka, terus mempertahankan Darwinisme walau apa pun terjadi. Seperti yang dinyatakan oleh Dithfurt, pendekatan sains yang materialis ini diambil sebagai prinsip asas untuk menerangkan hidupan dengan menafikan campur tangan ”supernatural", seperti ciptaan. Mereka, tokoh evolusi ini dan saintis barat lain, tidak lain hanyalah melakukan sesuatu untuk kepentingan diri sendiri dan ingin memusnahkan manusia lain, dengan pembohongan dan dotrin ideologi. Menghapuskan konsep hidup bertuhan,” Ubaidah semakin rancak menyanggah. Pandangannya terlontar jauh, memikirkan sesuatu.

“Hentikan!! Kamulah yang membawa pengaruh ideologi terpersong, memesongkan pemikiran pelajar lain dengan falsafah kamu yang mengarut!!” suara Mrs.Queny meninggi.

“Mrs.Queny!! Ingat arahan saya!! Jaga tingkah kamu! Biarkan Ubaidah! Sambung pengajaran!” tiba-tiba Professor Johanson, pengetua sekolah muncul di skrin elektronik yang di hadapan kelas. Wajah dan kata-kata serius Prof.Johanson membuatkan pelajar lain turut terkaku, takut. Mereka tahu setiap perbuatan mereka sepanjang pembelajaran di perhatikan oleh pihak atasan.

“Ya, Prof. Saya ingat,” Mrs.Queny mengendurkan suaranya menjawab. Anak matanya mengerling ke arah Ubaidah, ada rasa tidak puas hati terpalit di hatinya. Dia sebagai guru baru telah diingatkan tentang Ubaidah, tiada siapa yang tidak mengenali Ubaidah di sekolah ini, malah seluruh kota. Ubaidah sering menguji kesabarannya,sering mencanggah fakta-fakta dan sejarah dalam pembelajaran mereka. Tetapi dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa.

“Mrs.Queny, kenapa kita belajar teori Darwin sedangkan ianya tidak diterima oleh saintifik?” Mrs.Queny mendengus kasar mendengar persoalan itu. Dia pun buntu. Ubaidah selalu mengharu-birukan dirinya juga guru-guru lain.

“Tit..tit..tit,” i-Dcom Ubaidah berbunyi. Sir.Jen. Brace Zukerman muncul.
“Ubaidah, cepat pulang ke rumah!!” paparan skrin terus tertutup. Ubaidah segera melangkah keluar meninggalkan kelas. Mrs.Queny dan pelajar lain membiarkan, telah masak dengan tindakan-tindakan Ubaidah yang tidak dapat dijangka.

Sunday, April 27, 2008

Kanvas Cinta Ini (Part 1)

Begitu pantas masa berlalu, semester 5 akan berakhir. Debaran peperiksaan akhir semakin menghampiri. Qistina bertambah bimbang, terlalu banyak subjek yang belum sempat di ‘cover’. Sedikit sebanyak ada keluhan, tapi kerja-kerja da’wah adalah lebih penting. Kalimah mulia: ’Allah sentiasa membantu umat yang membantu agamaNYA’, itulah yang menenangkan jiwa Qistina. Tapi dia sedar tanpa usaha pasti semuanya akan hancur, tiada bantuan Allah tanpa usaha.

Syawal bakal menjelma, Ramadhan kian melangkah pergi. Qistina sayu tahun ini dia masih tidak berkesempatan untuk merebut Lailatulqadr. Dia akur dengan ketentuanNYA. Moga masih ada Ramadhan untuknya lagi, itulah doanya. Kemeriahan Syawal dinanti tiba, hanya seperti tahun-tahun lalu, pada awal pagi ke masjid tunaikan solat sunat aidilfitri, kemudian ke rumah nenek sebelah abah bertemu sanak saudara. Hidangan nasi dagang menjadi santapan, melepaskan rindu pada makanan tradisional itu. Gembiranya hati Qistina bertemu sanak saudara, keriangan itu meronta-ronta untuk pulang ke kampung ibunya. Pasti lebih meriah. Terlalu gembira dapat berkumpul bersama, gurau senda menjadi santapan. Itulah yang menenangkan hati Qistina, menghilangkan sedikit tekanan kerja dakwah dan gundah menanti peperiksaan akhir.

2 Syawal, rancangan beraya saudara sebelah ibu menuntun Qistina bangun awal. Bersiap-siap, sarapan bersama keluarga.

‘Eh, mesej dari Fiqa! Awalnya bagi mesej’, Qistina membuka mesejnya itu.

‘Qis, ada seorang akh nak kenal, dia tengah mencari pasangan. Dia kawan Harith, umur 23, baru graduasi Ijazah Sarjana Muda Quran&Hadith UKM’, mesej itu sedikit menyentap hati Qistina.

‘Ya Allah, apakah semua ini. Adakah dia ahli jemaah kampus?’ persoalan itu bermain-main di benak Qistina. Hatinya dapat merasakan muslimin itu bukan ahli jemaah Islam kampus.

‘Fiqa dah buat solat istikharah dua kali, memang rasa kuat sangat akh tu untuk Qis. Akh ni segan dengan muslimat, sebab tu dia minta tolong. Namanya Fariz Saufi, orangnya sederhana’, kata-kata Shafiqah buat Qistina terkedu seketika.

‘Betul ke dia untukku? Perlukah aku berkenalan dengannya?’ pelbagai persoalan berlegar di mindanya. ’Ya Allah,berilah petunjuk kepadaku’, rintih Qistina keresahan.

Qistina cuba menghilangkan keresahan, tenang tidak memikirkannya. Keriangan ziarah sanak saudara melupakan Qistina pada keresahan itu. Hari terus merangkak, sekeluarga berehat setelah penat beraya. Hati Qistina resah tiba-tiba, ketidaktenangan itu hadir kembali. Kepalanya sarat dengan pelbagai persoalan, serabut. Lantas dicapainya handset dan mula menaip.

‘Salam, Fiqa. Qis rasa tak tenang sangat. Siapakah akh itu?’ Qistina menanti jawapan dari Shafiqa.

‘Wassalam. Jangan risau Qis. Nanti Fiqa bagi nombor telefon Qis pada akh tu ye. Nanti dia hubungi Qis. Betul Qis, Fiqa rasa akh tu sesuai untuk Qis’, kata-kata Shafiqa mengurangkan sedikit resah Qistina.

‘Syukran Fiqa. Qis percaya dan yakin dengan petunjuk yang DIA bagi pada Fiqa. Doakan Qis ye’, hatinya sedikit tenang. Kerana kesungguhan seorang sahabat untuk membantunya dan istikharah serta harapan Shafiqa membuatkan Qistina terima untuk berkenalan dengan akh itu. Dan juga istikharahnya.

‘Terima kasih Qis percaya pada Fiqa. Fiqa doakan terbaik untuk Qis’, mesej Fiqa menghentikan perbualan antara mereka.

Selesai solat isya’ bersama keluarga, Qis merebahkan kepalanya ke bantal yang empuk. ’Penatnya beraya’, getus Qistina. Qistina mencapai handsetnya, tertera beberapa ‘miscall’ dari nombor yang tidak dikenali. ’Pasti akh tu’, Qis mengagak. Handsetnya berbunyi lagi, nombor itu tertera di paparan. Qistina tidak mengangkatnya. Dia kurang selesa untuk menjawabnya.

‘Assalamualaikum. Maaf ana kurang suka untuk kenal terus melalui perbualan. Cukuplah sekadar sms. Lagipun ana kurang suka untuk berbual dengan muslimin dan ana tidak biasa berbual dengan muslimin. Syukran,’ mesejya sampai pada nombor akh itu. Memang Qistina kurang suka berhubung dengan muslimin terus melalui perbualan dalam telefon.

‘Waalaikumussalam. Ana minta maaf. Ana hanya nak maklumkan ana tak dapat nak hubungi enti malam ni. Jika sempat ana akan mesej enti nanti. Wassalam’, balasan akh itu memutuskan perbualan mereka. Qistina tak kisah sangat akh itu mesej atau tak. Tiada perasaan.

Hari-hari terus berlalu, Qistina sibuk dengan persediaan menjelang peperiksaan akhir. Dalam kesibukan, perkenalan dengan akh Saufi semakin erat. Banyak diperbualkan dan dibincangkan. Bagi Qistina, akh itu memang jelas matlamatnya untuk bersatu dan sepanjang perkenalan, mereka sering menyentuh tentang perancangan untuk masa depan. Dalam sedar, hati Qistina semakin menyenangi akh itu, ada keserasian dan persamaan antara mereka, mungkin. Qistina mula memasang harapan dan angan-angan membentuk sebuah ikatan yang sah. Seketika Qistina dilamun rindu dan cinta. Cinta makhluk, yang kebanyakannya menjanjikan kedukaan dan kesengsaraan.

“Kita sama-samalah berdoa agar ada jodoh antara kita.” mesej akh Saufi sering berbunyi sebegitu. Tenang Qistina membacanya. Percaya dengan bicara itu, hasrat hati akh Saufi bukannya kecil. Qistina mula terbuai dengan cinta ‘anta anti’. Jerat syaitan semakin melebar. ’Duhai hati, janganlah kau begini.Ingatlah pada cinta Ilahi,’ Qistina mengingatkan diri. Beristighfar atas kelekaan.

Fiqa, sahabat penghubung untuk Qistina mengetahui lebih lanjut tentang diri Saufi, begitu juga di pihak Saufi. Dihitungkan, Fiqa lebih rapat dengan Saufi berbanding Qistina sendiri. Semua itu bukanlah menjadi masalah pada Qistina, kerana dia tahu dalam perhubungan perlu ada garis hadnya. Jerat-jerat sang pencucuk, penghasut perlu diputuskan.

Usia perhubungan semakin bertambah. Lebih menyenangi, lebih memahami juga menyayangi. Tiba-tiba keresahan melanda jiwa. Entah mengapa. Rusuh hatinya, buntu fikirannya memutar. Qistina dapat merasainya. Ya, satu perasaan dikecewakan, dipermainkan. Mencucuk-cucuk bak belati tajam menikam dadanya. Seorang lelaki bersama seorang perempuan sedang ketawa gembira ditayang di skrin mindanya. Ya, dia nampak akh Saufi bergembira dengan perempuan lain. Lama Qistina berfikir, dan terus berfikir. Memujuk hati dan minda agar tidak bersangka buruk. Kalimatullah diiringi, menghiasi bibir. Takut, takut termakan hasutan iblis.

“Salam. Asif menganggu. Ana harap perhubungan antara kita berlandaskan kejujuran. Asif, bukan ana ingin su’un dzon, dan tidak sesekali ana menganggap diri enta seperti itu. Tetapi, hati ana mengatakan, enta ada ‘seseorang’ yang lain. Betulkah? Ana sangat mengharapkan jawapan jujur dari enta. Syukran,” akhirnya punat ‘hantar’ ditekan kepada nombor Saufi.

”Waalaikumussalam. Mungkin hati enti bersih, lalu Allah campakkan perasaan itu kepada enti. Apa yang ana mampu katakan, maafkan ana atas kekurangan dan kelemahan diri ana.” Balasan Saufi dibaca berkali-kali. Namun tidak dapat difahami maksudnya. Qistina menanyakan kembali kepada Saufi, apakah matlamatnya untuk berkenalan dengannya? Adakah benar dan jelas matlamatnya untuk membina hubungan suami isteri, ataupun sekadar suka-suka untuk berkawan? Sebelum ini, Saufi menunjukkan hasratnya yang ikhlas untuk ’mengahwininya’. Tetapi, kini seolah berbeza. Qistina ragu-ragu. Prinsipnya, tiada ikatan perhubungan ’rapat’ dengan muslimin, jika bukan bermatlamatkan ikatan pernikahan. Tiada jawapan daripada Saufi. Lama. Pertanyaan Qistina tentang ’matlamat perhubungan’ tetap tidak terjawab.

..bersambung..

Friday, April 04, 2008

Fitnah Fitna : Apa Tindakan Kita?


Tindakan ahli parlimen Dutch, Geert Wilder mencetuskan kontroversi melalui filem Fitna telah menaikkan kemarahan umat Islam serata dunia. Antara komen-komen penonton :


Penyokong Fitna

Geert Wilder is right on!Great film. Well done. Thanks for speaking up!!

Fitna is most simple movie ever made. Just compile all islamic extremist do , movie and pics and called a movie. For the second movie just compile other religion extremist and called Fitna The Return. For the 9 11 event, everybody knows already that it just a big scam. Kiling 'buiding' to kill a nation. Everybody knows that.

you know the worst day in history of Iran was when dirty arabs brought Islam into our wonderful land and ever since we hav been suffering. long live the Zeroastrians of Iran and hope for a day with NO
ISLAM in Iran


Everyone watch the documentary:Islam - What the West Needs to Know.
People think anyone who critisizes Islam is ignorant.
Lets show these Muslims with PROOF that we know how violent their religion is.
Everyone in the world unite, Americans, Indians, Israeli's, Europeans. WE STAND
UNITED AGAINST ISLAMOFACISM!
Penduduk Dutch
blame Wilders!11... don't blame holland or our
ambassadies or anything... over 90% of the dutch civilions diasagree with mr
Wilders... DON'T BLAME US!!!!!!!!!!

So you see this man is a criminal and should be prosecuted.The only problem is Geert Wilders thinks he can hide behind the right of free speech.He is attempting to single out the Muslim population in Holland, by spreading lies about the Islam.This will never happen, because the majority of that 6% of the Dutch voters is already sorry they ever voted for his party!This Dutch politician feeds himself on attention, please don't start giving him that!


Kita boleh lihat sendiri bagaimana impak fitnah Fitna ini. Banyak pendapat dan pandangan terhadap filem pendek ini. Tetapi sebagai muslim, ini adalah satu tindakan penghinaan ISLAM yang terlalu besar.Menggunakan ayat alquran hanya di kulit, mentafsir sesuka hati dan mencetuskan FITNAH besar terhadap Islam dan juga Rasulullah s.a.w.

Usulan Fitna ini, kerajaan menyarankan memboikot barangan DUTCH.Tetapi, ada juga pandangan di sebaliknya, berfikir sebelum memboikot. Sebagai muslim dikurnikan iman dan aqal, saya kira kita boleh berfikir apakah tindakan dan jalan yang kita perlu ambil. Baca artikel menarik dan senarai barangan DUTCH:

1) Fitnah filem Fitna :http://saifulislam.com/?p=1678
3) Boikot barangan Belanda :http://www.muslimconsumer.org.my/
Sebarkan kepada teman lain hakikat kebenaran Islam...Lihat video ini :



Friday, March 28, 2008

Universiti 'rumah penyembelihan' - Sayyid Abu 'Ala Maududi

Petikan tulisan : Ali Bukhari Amir

Ucapan titipan bicara Sayyid Abul 'Ala Maududi (1903-1979) kepada kaum mahasiswa yang melihat universiti sebagai 'rumah penyembelihan' yang mencetak segulung 'sijil kematian'. Berikut adalah terjemahannya dalam bahasa Melayu:-


"Wahai Pelajar! Kamu telah melabur sekian lama masa kamu di universiti ini untuk mendapat pendidikan. Kamu telah lama menunggu saat di mana kamu akan menuai hasil usaha kamu itu dalam bentuk segulung ijazah. Aku merasai betapa tersentuhnya jiwa kamu dalam majlis sebegini, maka menjadi satu kesukaran buat aku berterus-terang kepada kamu pada saat ini."


"Walaubagaimanapun aku perlu berlaku jujur, bahawa dalam menilai tempat kau dididik ini, malah kesemua tempat pendidikan yang bernama universiti ini tidak ubah seperti tempat penyembelihan berbanding tempat pendidikan. Ijazah yang dihulurkan tidak ubah seperti sijil kematian, diberikan apabila si pembunuh sudah berpuas hati kerana telah berjaya menyempurnakan penyembelihannya; alangkah bertuahnya kepada mereka yang telah berjaya melarikan diri daripada penyembelihan terancang ini dengan sedikit cahaya kehidupan."


"Aku tidak hadir ke sini untuk mengucapkan tahniah kepada kamu kerana telah menerima sijil kematian tersebut. Malah sebaliknya, aku berasa teramat sedih melihat kamu semua dalam keadaan yang teruk. Aku seperti seseorang yang sedang mencari manusia yang masih hidup dalam timbunan mayat di sini."


"Interest" : Demi Kaya & Kuasa


Dunia Islam telah diserang dalam pelbagai sudut oleh kuasa barat dikuasai Amerika. Serangan-serangan ini dilakukan adalah untuk mengekalkan kuasa hegimoni mereka dan mengembangkan industri persenjataan dan pertahanan. Selepas kejatuhan Soviet, US mencipta musuh-musuh baru bagi mencapai matlamat tersebut, iaitu Negara Islam.

Serangan 11 september telah menguntungkan pihak yang terbabit dalm industri senjata dan pihak gilakan kuasa seperti pentadbiran white house, FBI. Sememangnya barat mempunyai hidden agenda untuk mendominasi dunia dan mengekalkan survivalnya.Selepas kejatuhan soviet, US terpaksa mengurangkan perbelanjaan pertahanannya. Ini menimbulkan kegelisahan US yang bernafas dalam industri senjata. Dengan peristiwa 11 September, telah memberi peluang kepada US memperbesarkan isu ini agar rakyat US merestui belanjawan besar ke atas pertahanan. Sebenarnya kesemua perkembangan ini digerakkan oleh satu kekuatan yang sangat kuat, iaitu api RIBA (INTEREST

Peperangan dengan Allah s.w.t

Maka jika kamu tidak mengerjakan(meninggalkan sisa riba),maka ketahuilah bahawa Allah dan RasulNya akan memerangimu. ( Al Baqarah: 279)

Amaran dari Allah jelas dinyatakan, betapa hinanya perbuatan riba. RIBA untuk kaya, RIBA untuk keuntungan diri, RIBA untuk kuasa. Inilah sumber kekuatan dan kuasa hegimoni US. Ahli dan pakar ekonomi barat percaya bahawa RIBA yang menggerakkan ekonomi, kerana matlamat memburu keuntungan menyebabkan manusia terus mencari peluang dan merekacipta pelbagai barangan mendatangkan keuntungan. Oleh itu, ramai yang berpegang teguh dan yakin, hanya melalui RIBA sahaja ekonomi sesebuah Negara dapat digerakkan. RIBA turut diamalkan sistem ekonomi MALAYSIA sendiri. RIBA membawa kehancuran, bukan keuntungan. Di barat, kemungkaran Allah telah diperlihatkan, beberapa kali sistem ekonomi mereka dilumpuhkan, penyakit sosial, bencana alam dan Allah melontarkan api neraka kepada mereka dengan berlakunya Perang Dunia I dan II. Lihatlah pada Malaysia, penyakit sosial semakin membarah, bencana alam semakin dasyat, masalah ekonomi tidak dapat diselesaikan (semakin hari, harga barang,perkhidmatan dinaikkan). Apa lagi yang tidak diperlihatkan oleh Allah agar kita berfikir? Percikan RIBA turut terkena pada diri kita. Untuk belajar pun, kita terpaksa terlibat dengan RIBA. PTPTN lebih membebankan, bukan meringankan. Satu persoalan, mengapa kita perlu mengikut sistem ekonomi kepercayaan barat, bukan mengikut sistem ekonomi Islam, dari sirah dan sejarah. Sedangkan MALAYSIA DIIKTIRAF SEBAGAI NEGARA ISLAM.


Peluang Janji Allah s.w.t

Kuasa Hegimoni barat telah berjaya meresap masuk ke tubuh-tubuh Negara Islam. Inilah mungkin punca besar, kita, Malaysia dan Negara Islam tidak mampu untuk menghindarinya. Sejak Perang Teluk, US telah memperkudakan Arab Saudi dengan menjual senjata ketenteraan $25 billion.Senjata ini digunakan untuk membunuh orang Iraq tidak berdosa. US menderitakan umat Islam di Indonesia dengan serangan ekonomi, kini terus mempropagandakan melalui media massa, Negara Islam mundur, tidak aman dan pengganas.Serangan ke atas Afghanistan, rencana jahat untuk kuasai minyak Asia Barat. Kegiatan Abu Sayyaf di Mindanao, memberi peluang baru kepada US menunjukkan taring di Asia Tenggara. US sentiasa mencari mangsa baru untuk menyuburkan industri senjata dan kekalkan kuasa mereka di dunia ini. Semua gangguan ini dilakukan untuk melumpuhkan umat Islam agar mudah diugut dan tunduk pada kemahuannya.

Ingatlah firman Allah s.w.t:
‘Dan janganlah kamu menuruti orang kafir dan orang munafik itu, janganlah kamu menghiraukan gangguan mereka dan bertawakkallah kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai pelindung.’ ( Ahzab:48)

Umat Islam sepatutnya mengambil peluang dengan janji Allah ini. Allah s.w.t telah memberi jaminan untuk memberi perlindungan. Allah s.w.t. ingin menampakkan kekusaanNya akibat kebiadapan barat, TETAPI …KELALAIAN umat Islam untuk BERTAWAKKAL kepadaNya telah melambatkan serangan Allah ke atas kuasa barat. Fikirkanlah..

Sistem Islam itu Indah

“Sesuatu riba yang kamu berikan agar dia menambah pada harta manusia, maka riba itu tidak menambah pada sisi Allah. Dan apa yang kamu berikan berupa zakat yang kamu maksudkan untuk mencapai keredhaan Allah, maka(yang berbuat demikian) itulah orang-orang yang melipatgandakan (pahalanya)” (ArRum: 39)

Alquran memberi penjelasan kukuh mengenai keburukan riba dan memberi ubat penawar kepada umat manusia untuk menciptakan hubungan yang tenteram dengan saling membantu dan semangat kebersamaan. Pengadaan riba bukan sahaja tidak memperbaiki ekonomi orang miskin, malah sebenarnya menyebabkan orang kaya bertambah kaya, orang miskin bertambah miskin.

Rasulullah s.a.w bersabda : ‘Bahawa riba itu ada 73 pintunya, pintu yang paling sempit, apabila dimasuki maka sama dengan apabila seorang lelaki mengahwini ibunya sendiri’ (riwayat alHakim dalam Sahih Bukhari dan Muslim)


Rujukan : Kebangkitan Islam (Renaissance Melayu),Indrawan Hj Mohd.Yatim

Info interest : http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=category&sectionid=14&id=50&Itemid=93

Wednesday, March 26, 2008

::Berhati Dengan Duri Di Jalanan::


Saidina Umar al-Khattab pernah bertanyakan Ubai bin Kaab tentang takwa.
Ubai bertanya: ‘Pernahkan engkau di jalan yang berduri? Umar menjawab: “Bahkan!!”
Ubai bertanya lagi: “Apa yang engkau lakukan apabila berjalan di jalan tersebut?”
Jawab Umar: “Aku berhati-hati dan berusaha melepasinya.” Lalu Ubai berkata: “Maka yang demikian itulah takwa.”

Berdasarkan kisah di atas, saya ingin bawakan tentang ‘TAKWA’. Perkataan yang biasa kita dengar, dan kadangkala kita menganggap kita telah mencapai tahap takwa.Betulkah? Orang bertakwa sedaya-upaya tidak berbuat dosa. Orang bertakwa tidak akan mengulangi kesilapan yang sama.Tidak perlu memandang kepada dosa besar, lihatlah dari sekecil-kecil dosa ketika mana kita bersendirian mahupun bersama orang sekeliling. Tidak jujur,menyakiti hati orang lain,tidak menunaikan haq dan pelbagai lagi dosa yang tidak mampu diterangkan di sini, tapi kita boleh muhasabah, klasifikasikan apa itu benar,apa itu batil,apa itu dosa dan apa itu pahala.Muhasabah bersama, kita ataupun lebih tepat diri saya sendiri, dalam menunaikan kewajipan Allah s.w.t., tetapi pada masa yang sama sering berbuat dosa. Apakah yang kurang dalam diri? Itulah ‘takwa’.

Jalan Menuju Takwa

Saya bawakan kupasan tulisan Syeikh Abdullah Nasih ‘Ulwan dari buku asalnya bertajuk Rohaniyyah Pendakwah, atau lebih dikenali ‘Menuju Ketakwaan’

1. Mu’ahadah (Perjanjian)

Ingatkan diri tentang perjanjian yang kita sering lafazkan kepada Allah s.w.t.Tidakkah wahai diri! Di dalam munajat setiap hari, 17 kali kita melafazkan ikrar,berjanji setia : “Bahawasanya kita tidak mengabdikan diri melainkan kepada Allah, tidak kita memohon pertolongan melainkan daripadaNya, dan bahawasanya kita berjanji akan tetap beriltizam di atas jalanNya yang lurus, meminta dijauhkan dari jalan yang bengkok.”
Oleh itu, beringatlah wahai diri! Kita tidak akan mencabuli perjanjian ini setelah menjadikan Allah sebagai saksi.Awaslah diri daripada melencong dari jalan lurus setelah kita meletakkan Allah sebagai saksi.

2. Muraqabah
Muraqabah meletakkan diri dengan menghadirkan kebesaran Allah di setiap waktu dan bila-bila masa dengan mendampingiNya ketika tersembunyi ataupun terang.Muraqabahlah kepadaNya ketika melakukan ketaatan,dengan melakukan amal dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan.Muraqabahlah kepadaNya dalam meninggalkan maksiat dengan taubat, penyesalan dan meninggalkannya.Muraqabahlah kepadaNya dalam melakukan perkara harus, memelihara akhlak dan bersyukur atas segala nikmatNya.Muraqabahlah kepadaNya ketika ditimpa musibah, dengan menerima musibah penuh kerelaan ketentuan Allah, dengan penuh kesabaran.

3.Muhasabah

Rasulullah s.a.w. bersabda : “ Hisablah diri kamu sebelum dihisab.”
Inilah peranan muhasabah. Ramai yang tahu, kita pun tahu.Tetapi kadangkala muhasabah dilakukan melalui ‘program’…muhasabah yang diprogramkan. Lupa pada diri,lupa untuk menghitung amalan diri setiap hari. Sibuk untuk buat program ‘muhasabah’, sedangkan diri sendiri terabai. Jika setiap hari kita sibuk dengan ‘wang’ atau ‘gaji’ yang kita dapat dengan penat lelah, ayuh kita sibukkan diri untuk menghitung keuntungan ‘amalan’ kita pula.
Perbandingannya seperti peniaga yang beriman meneliti modalnya, keuntungannya serta kerugiannya untuk mengetahui hasil dikutip setiap hari. Maka, ayuh kita bersama muhasabah, dengan Islam sebagai modal, ketaatan sebagai keuntungan dan kemaksiatan&dosa sebagai kerugian. Seterusnya bertaubatlah kepada Allah atas segala dosa dilakukan. Tergolonglah diri di kalangan mereka yang menghisab diri sebelum dihisab, menimbang diri sebelum ditimbang.

4. Mu’aqabah (deraan)

Cara ini tidak pernah terfikir oleh diri. Mana mungkin kita sanggup mendera diri kita sendiri. Semua ingin menyelamatkan diri dari segala bahaya&malapetaka. Sengaja mendera diri, adakah tindakan yang bodoh? Ayuh kita selusuri sirah, inilah cara yang dilakukan oleh nabi dan para sahabat. Mendera diri sendiri atas dosa dilakukan. Jika di zaman nabi Lut, nabi Hud dan nabi-nabi terdahulu, setiap dosa dilakukan akan terus ditimpa balasan. Kini, tidak lagi. Layar skrin dosa dipaparkan bertimbun di akhirat lebih menggerunkan daripada satu dosa terus diberi hukuman, kerana dengan hukuman kita akan serik dan takut untuk mengulang kembali. Jadi, tiada cara lain untuk mengingatkan diri untuk serik, dengan mendera diri sendiri.

Riwayat perawi ; Bahawa Tamim ad-Dari r.a.: Telah tidur pada suatu malam dan beliau tidak bertahajjud pada malam tersebut sehingga masuk waktu subuh. Sebagai hukuman atas kealpaan, beliau mewajibkan dirinya untuk tidak tidur selama setahun, dan beribadat pada malam-malam tersebut.

Begitulah tingginya ketakwaan para sahabat,tabi’ dan tabi’in.Kita boleh mendera diri kita sesuai dengan keupayaan dan dosa dilakukan. Yang utama, deraan itu mampu menginsafkan diri dan takut untuk mengulanginya.

5. Mujahadah

Apabila diri diselubungi rasa malas, condong kepada keduniaan serta gagal melaksanakan amalan sunat dan ketaatan pada waktunya, maka ayuhlah kita berusaha agar dapat menunaikan perkara sunat lebih banyak dari dibuat sebelum ini. Memaksa diri serta mewajibkan diri dengan penuh bersemangat untuk istiqamah dengan amalan. Sehinggalah kesemua ketaatan yang merupakan paksaan pada awalnya, suatu masa nanti akan menjadi kebiasaan dan sebati dalam diri. Sesungguhnya jalan mujahadah itu berliku-liku, bukan mudah.Dengan itu kita perlukan keazaman dan semangat yang ‘extraordinary’ untuk mencapai ketakwaan.

Pepatah melayu popular : “ Siakap sinohong, gelama ikan duri,bercakap bohong, lama-lama mencuri.”

Pepatah melayu mengingatkan, jika sering berbohong..dosa itu sebati dalam diri, maka tingkatan dosa semakin tinggi, sehingga sudah berani mencuri, kemudian merompak seterusnya membunuh. Terbalikkan pepatah ini dengan pahala dilakukan, bermula dari yang wajib..tingkatkan yang sunat..kemudian tingkatkan ke marhalah lebih tinggi..Bukan mustahil dengan niat dan kekuatan yang diminta. Jika dosa selalu kita tingkatkan, kenapa tidak bukan pahala ditingkatkan.Renungkanlah.

Semoga menjadi peringatan untuk diri& perkongsian bersama sahabat semua.Allahuta'ala 'alam.



Tuesday, February 19, 2008

` Manifesto Negara Berkebajikan`



Manifesto Barisan Alternatif sempena pilihan raya umum ke-12 untuk dihebahkan. Bagi menuju ke arah pembinaan sebuah negara berkebajikan, PAS menawarkan; sebuah kerajaan yang Adil, Bersih dan Beramanah.

1. Menegaskan penghayatan Islam sebagai Ad-Deen bagi ummat Islam di negara ini.

2. Memperkasakan amalan ‘Pemisahan Kuasa’ Legislatif, Kehakiman dan Eksekutif, supaya Demokrasi Berfungsi dan Berkesan serta tidak dicerobohi dan dipintas oleh pihak Eksekutif.

3. Menyegerakan kelulusan ’Rang Undang-Undang Hak Mendapatkan Maklumat’ bagi memperkasakan rakyat bermaklumat dan berpengetahuan.

4. Memperkasakan amalan ‘Pemisahan Kuasa’ Legislatif, Kehakiman dan Eksekutif, supaya Demokrasi Berfungsi dan Berkesan serta tidak dicerobohi dan dipintas oleh pihak Eksekutif.

5. Memperkukuh agensi-agensi (Watchdog) ’Pemantau’ seperti Badan Pencegah Rasuah (BPR), Ketua Audit Negara, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

6. Menjamin perlaksanaan peruntukan-peruntukan Islam sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan serta mengatasi konflik perundangan.

7. Meminda dan/atau menghapuskan Akta-Akta Zalim yang menyekat Hak dan Kebebasan Rakyat seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Hasutan, Akta Polis, Akta Percetakan dan Penerbitan, Akta Universiti dan Kolej Universiti.

8. Menjamin sistem Pilihanraya yang Bebas, Adil dan Bersih dengan reformasi sistem dan proses Pilihanraya secara menyeluruh seperti yang dituntut oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH)

9. Meningkat amalan urus-tadbir kerajaan berpandukan amalan terbaik (Best Practice) di jabatan-jabatan awam, agensi-agensi serta syarikat yang berkaitan kerajaan serta mengamalkan tender terbuka khususnya dalam projek mega dengan penubuhan Badan Tender Bebas di bawah kuasa Parlimen.

10. Meletakkan PETRONAS di bawah seliaan Parlimen (dan bukan lagi di bawah Perdana Menteri) seperti 'trend' terkini di beberapa buah negara atas perkiraan ketelusan dan pertanggungjawaban.

11. Menumpukan kekayaan hasil minyak untuk pembangunan potensi insan serta penyelidikan dan pembangunan R&D termasuk sumber tenaga alternatif.

12. Menekankan pembangunan seimbang mengikut prioriti serta yang menjana pekerjaan dan faedah kesan berganda bagi memangkin pertumbuhan yang berterusan. (sustainable).

13. Menubuhkan segera dan memperkasakan Suruhanjaya Bebas Salah-Laku Polis dan Komplain–IPCMC serta menolak Rang Undang-undang Suruhanjaya Aduan Khas (SCC) yang membelakangi 125 cadangan-cadangan Suruhanjaya Pembaikan Polis.

14. Menjadikan PDRM sebuah Pasukan Keselamatan yang profesional, mesra-rakyat, bebas dari pengaruh politik serta meningkatkan kemampuan membenteras jenayah dan mengembalikan keselamatan kepada rakyat.

15. Menubuhkan Suruhanjaya Kehakiman di bawah Parlimen yang bertanggungjawab melantik Hakim-Hakim berdasarkan merit dan integriti serta menambahbaik pengurusan bagi meningkatkan kewibawaan institusi Kehakiman dengan menguatkuasakan etika kehakiman yang saksama.

16. Memastikan Masjid dimakmurkankan oleh masyarakat tempatan dan tempat-tempat ibadat tidak boleh dimusnahkan tanpa perundingan dan kelulusan masyarakat setempat.

17. Memperkasa perlaksanaan etika media massa di kalangan khalayak media, 'stake holder' pemilik media dan rakyat.

18. Mengarus-perdanakan konsep ketelusan media amalan dan operasi media massa untuk meningkatkan kebijaksanaan rakyat bagi mengamalkan serta membudayakan politik berteraskan pengetahuan.

19. Menjamin penubuhan sebuah Majlis Perundingan penganut agama-agama (selain Islam) oleh Kerajaan bagi mempastikan hak-hak setiap kelompok penganut agama untuk melaksanakan tuntutan upacara ibadat dan budaya masing-masing.

20. Merangka dasar perpaduan yang diperkukuhkan dengan sikap saling hormat-menghormati atas dasar saling mengetahui tuntutan agama terhadap penganut agama masing-masing.

21. Mencadangkan penubuhan satu Majlis Dailog ke arah memperkukuhkan permuafakatan dan perpaduan nasional merentasi semua kaum.

22. Melindungi ‘Pendemokrasian Pendidikan’ dengan kewujudan pilihan sekolah-sekolah termasuk pendidikan Islam (SAR), serta bahasa ibunda (Cina dan Tamil).

23. Mengembalikan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Ibunda masing-masing. Memberi sejumlah peruntukan kepada SAR dan sekolah swasta jenis Cina berdasarkan jumlah pelajar.

24. Menjana iklim akademik di ‘menara gading’ bagi menghasilkan ciri-ciri graduan: ‘berdaya saing’ dan berdikari -competitively enterprising’, ‘bermoral-bersahsiah mulia’- ‘morally-spiritually vibrant’ dan berintelek tinggi-‘intellectually superior’.

25. Memansuhkan beberapa peruntukan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang mengongkong hak dan kebebasan mahasiswa dan tenaga akademik.

26. Menghapuskan sistem Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan menggantikannya dengan suatu sistem baru yang dipersetujui bersama dengan Kesatuan Sekerja.

27. Memastikan kakitangan kerajaan boleh mengikuti perkembangan politik termasuk menjadi ahli mana-mana parti politik pilihannya tanpa kongkongan selagi mana kualiti kerja tidak terjejas.

28. Menghapuskan Akujanji di kalangan kakitangan kerajaan.

29. Mewujudkan dasar pertanian sebagai industri yang menjamin Dasar Makanan yang memelihara ‘Kemerdekaan dan Keselamatan Negara’ supaya tidak terdedah dan terjejas kepada manipulasi kuasa dunia dan ‘kartel’ atau pakatan konglomerat besar tempatan dan antarabangsa.

30. Menolak sebarang bentuk Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang mengancam pelbagai industri khususnya pertanian dan pelbagai aspek urus-tadbir pemerintahan dalam negara.

31. Meneliti kembali pemberian Permit Impot (AP) bagi barangan makanan (foodstuffs) utama seperti gandum, gula dan beras supaya tidak berlaku Monopoli dan Pakatan (Cartels) yang mencekik pengguna dengan pelbagai kaedah manipulasi seperti penyorokan, pengedaran, pengangkutan kepada peruncit.

32. Menghapuskan Tol dan kerajaan mengambilalih lebuh raya-lebuh raya dengan pampasan yang menasabah bagi menjamin kebajikan rakyat dan kepentingan negara. --- aba.

Baca Lagi :

http://negara-kebajikan.blogspot.com/
http://isu-kebajikan.blogspot.com/
http://agenda-kebajikan.blogspot.com/

:: PMN di Kepala Batas? ::

PAS akan tanding di Kepala Batas, PMN dijemput bantu

Oleh Mohd Sabri Said

aKEPALA BATAS, 19 Feb (Hrkh) -
PAS tetap akan meletakan calon di Parlimen Kepala Batas menentang Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi kata, Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man.

Beliau ketika diminta mengulas ura-ura Parti Mahasiswa Negara (PMN) yang mahu meletakan calon menentang Dato' Seri Abdullah sambil meminta PAS mengkaji balik penyertaan menentang orang nombor satu Umno itu menambah, semuanya telah diputuskan oleh PAS Pusat kerana PAS mempunyai asas yang kuat untuk memberi isyarat kepada Perdana Menteri bahawa kerusi itu tidak selamat lagi di duduki.


"Semuanya telah selesai tentang nama calon di Pulau Pinang dan gerakan sekarang menumpukan ke arah jentera supaya turun padang memberikan penerangan terhadap rakyat di peringkat akar umbi, " ujarnya.

Bagaimanapun Ustaz Salleh mengalu-alukan sokongan PMN untuk bekerjasama di samping membantu mendekati pengundi di parlimen tersebut.

Tidak bertanding terangnya, bukan bermakna tidak boleh bercakap mengenai dunia siswa bahkan lebih daripada itu kerana PAS Pulau Pinang akan memberi ruang untuk PMN berceramah serta menyebarkan risalah kepada rakyat terutamanya generasi muda.

"Kita menyokong hasrat mereka (PMN) tetapi bertandinglah di tempat lain seperti di Jeli berhadapan dengan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Mustaffa Mohamad atau dengan Menteri Pelajaran, Dato' Seri Hishamuddin Husein di Johor. Itu baru kena sasaran, " katanya.

Bercakap megenai pengumuman nama-nama calon, PAS Pulau Pinang akan membuat pengumuman dalam tempoh dua hari lagi atau pada malam sehari sebelum penamaan calon pada 24 Februari ini.

Apa yang penting sambungnya, terdapat beberapa muka baru dikemukakan oleh PAS Pulau Pinang untuk berhadapan dengan calon Umno di enam kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan dua parlimen.

Sambungnya, calon muslimat juga akan dipertandingkan oleh PAS kali ini berbanding dulu tiada calon muslimat yang dinamakan.

"Semua pihak jangan kalut untuk mengetahui siapa calon PAS sebenarnya tetapi yang penting ialah gerakerja yang bersepadu dan mantap," jelas beliau selanjutnya. - mks

::Andaiku Tahu ::


Abdullah dan dongeng-dongeng dari Davos

by Shirzad Lifeboat (Klik sini utk Baca Lengkap)

Bagi segelintir rakyat Malaysia, sebut sahaja Davos, sebuah daerah terletak di timur Switzerland, Forum Ekonomi Dunia segera bermain di ruangan minda. Namun bagi kebanyakan anggota masyarakat luar bandar dan rakyat marhaen Malaysia yang ada di antaranya masih bersarapan ubi kayu dan teh bujang, atau bagi segolongan penduduk Sabah dan Sarawak yang masih mandi di sungai berlumpur dan berbuaya, Davos tidak membawa sebarang makna.

Akhir Januari 2008 lalu, Davos kembali menjadi pusat yang melahirkan kisah-kisah berunsur harapan kepada 6.5 bilion penduduk planet Bumi apabila pemimpin dunia tiba di sini untuk menghadiri Forum Ekonomi Dunia. Ada yang datang dengan menaiki penerbangan komersil, dari ibu negara masing-masing dan mendarat di Zurich, Bern atau Geneva. Ada yang datang menerusi penerbangan sambungan kerana negara mereka tidak mempunyai perkhidmatan terus ke mana-mana destinasi di Switzerland. Dan terdapat juga sejumlah kecil yang tiba di negara itu dengan jet rasmi kerajaan, termasuk jet rasmi yang baru dibeli.

Apalah sangat dengan jet rasmi kerajaan sesebuah negara membangun. Ia bukanlah seperti Air Force One, jet rasmi Presiden Amerika Syarikat, sebuah pesawat Boeing 747-200B dengan ubahsuaian ratusan juta dolar Amerika. Mungkin ada jet rasmi kerajaan sebuah negara membangun yang bernilai cuma RM200 juta sahaja. Bukanlah mahal sangat. Kalau memang sudah sedia ada jet rasmi, tapi telah digunakan oleh pemimpin lalu, tak mengapa. Beli sahaja yang baru. Lagipun di Davos inilah masa terbaik untuk memberitahu dunia, 'Hey I'm the best leader of my country. That's the reason I am now the Prime Minister. I have all the 'angs – excellence, glory and distinction. No 'temberang', you know. This new government jet is nothing-lah compared to the mega projects worth by the billions I have announced for my people."


agi Malaysia pula, kita menghantar pemimpin dan rombongan ke Forum Ekonomi Dunia di Davos agar rakyat diberitahu tentang dua tiga orang pemimpin korporat antarabangsa yang memuji-muji ekonomi Malaysia dan kemudiannya pemimpin kita pulang ke Kuala Lumpur langsung memberi tahu rakyat kecekapan kerajaan Malaysia kini berada pada tempat ke-6 terbaik di dunia.

Kita sendiri kurang jelas bagaimana angka ke-6 yang turut dilaporkan akhbar arus perdana negara ini diperolehi sedangkan Buku Tahunan The Global Competitiveness Report 2007-2008 (sebuah penerbitan Forum Ekonomi Dunia) meletakkan butiran mengenai kecekapan kerajaan Malaysia ini sebagai berada di tempat ke-7.

Laporan yang menyebut Malaysia berada pada kedudukan keseluruhan ke-21 di dunia dari segi persaingan global itu turut memuji Malaysia walaupun rasuah juga pada kedudukan ke-21, tahap dan piawian audit di tangga ke-25, pemilikan telefon rakyat di tangga ke-69 (Box 5: Malaysia: A competitiveness appraisal 50 years after independence, The Global Competitiveness Report 2007-2008).

Mungkin kerajaan Malaysia mendapat pengkadaran yang begitu tinggi sehingga mengatasi UK, Jerman, Jepun dan Perancis kerana kita cuma mengambil masa paling lama dua minggu untuk melangsaikan pembayaran kepada kontraktor bekalan, perkhidmatan dan pembinaan. Ini diakui sendiri oleh Abdullah, "Pada tahun lalu, kebanyakan bil bayaran kerajaan kepada pembekal barangan dan perkhidmatan berjaya dibayar dalam tempoh 14 hari. Daripada jumlah ini, 70 peratus daripada bayaran tersebut dilunaskan dalam tempoh tujuh hari. Pencapaian ini jelas menunjukkan tahap kemampuan sektor awam. (Utusan Malaysia: Kita ke-6 terbaik dunia - Kecekapan kerajaan atasi UK, Jerman, Jepun, Perancis, 29 Jan 2008.)

Nampaknya kita memang 'terror' giler jika dibandingkan dengan negara-negara maju. Kita sudah ada sistem sendiri yang lebih terkini dan lebih mampu menyemak segala baucer pembayaran dan segala dokumen sokongan yang dikemukakan dalam masa yang begitu pantas dan teliti. Agaknya sebab itu ada baucer bayaran projek mega yang hampir menyentuh RM1 bilion yang hilang daripada simpanan. Dan Laporan Ketua Audit Negara bagi kerajaan Persekutan dan Negeri pula tebal-tebal belaka dan mendedahkan pelbagai kesilapan pengurusan kewangan kerajaan termasuk lain-lain pengurusan seperti pemanggilan tender dan sebagainya. Itu baru, tahap penguditan, kita sebagaimana yang dilaporkan dalam Laporan Global Competitiveness berada dikedudukan ke-25. Bagaimana kalau tahap penguditan juga di tempat ke-6? Mungkin agaknya Laporan KON akan menjadi empat kali lebih tebal.

Namun sudah tentulah Forum Ekonomi Dunia tidak akan memikirkan atau mengambil kira bagaimanakah cara kerajaan Malaysia memilih kontraktor untuk kerja-kerja yang bernilai ratusan juta atau beberapa bilion ringgit. Forum juga tidak mahu mengambil tahu berapa lamakan masa yang diambil bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa bencana alam, seperti banjir misalnya. Tujuh hari? 14 hari? Beberapa bulan?

Tapi bagi tenaga yang berada di sebalik laporan ini, walaupun dipimpin oleh seorang Profesor Harvard (Prof Michael E Porter, Harvard Business School), tentulah agak mustahil untuk memikirkan hal-hal lain mengenai prestasi kerajaan selain maklumat penting seperti berapa lama bayaran dapat dilangsaikan.

Bukan mudah untuk menyediakan laporan mengenai 131 buah negara yang menjadi ahli Forum Ekonomi Dunia dalam masa yang begitu singkat. Dan lebih sukar lagi memuji negara-negara terbabit walaupun keadaan sesebuah negara itu berada pada peringkat paling teruk. Tapi ia perlu dilakukan kerana kalau sesuatu laporan itu terlalu negatif, negara berkenaan mungkin tidak lagi menyertai Forum tersebut dan ini akan mengurangkan pendapatan yang boleh diterima oleh badan penganjur (sejak tahun 2002 Forum Ekonomi Dunia mengenakan yuran asas penyertaan sebanyak AS$250,000 setahun bagi setiap badan perniagaan dan juga kerajaan yang mahu menyertai Mesyuarat Tahunannya).

Begitupun anehnya, sekembalinya dari Davos, Abdullah cuma ghairah tentang beberapa perkara sahaja. Bagaimana pula dengan perkara-perkara lain mengenai Malaysia yang turut disentuh dalam Laporan tersebut? Kenapa tak komen sama? Sebab ia telah membuktikan betapa tidak efisyennya Umno-BN dalam mentadbir karya.


Abdullah banyak bercakap tentang ketelusan. Sepatutnya dari segi ketulusan ini juga berada di tangga yang teratas dan kalau menurut apa yang dihebohkan oleh Umno-BN kita patut mempunyai ranking di antara 10 teratas. Namun ranking kita dari segi ketelusan ini cuma ke-16 sahaja.

Bagaimana pula dengan efisyensi kerangka undang-undang kita dari segi melincinkan pentadbiran awam. Global Competitiveness Index (GCI) meletakkan kita pada ranking ke-18.

Bagaimana pula dengan keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap ahli-ahli politik yang berkuasa. GCI meletakkan Malaysia juga pada ranking ke-18 walaupun Abdullah dan pemimpin Umno-BN yang lain terus merasakan parti mereka mendapat keperyaan yang tinggi daripada keseluruhan rakyat. Sepatutnya kalau ikut apa yang dicanangkan oleh pemimpin Umno-BN, kepercayaan rakyat juga, setidak-tidaknya ada pada kedudukan ke-6.

Jika rakyat diberitahu semua ini, sudah tentu ini semua akan menjadi igauan buruk bagi Abdullah dan Umno-BN terutama menjelang PRU-ke-12. Petanda buruk semacam sudahpun berlaku di Davos apabila kereta pemimpin (tidak dinyatakan siapa) dari Malaysia tersekat di atas salji dan terpaksa ditolak oleh pemandu dan pegawai keselamatan. Mungkin Umno-BN tidak sanggup menghadapi petanda-petanda buruk seterusnya. Tidak mustahil inilah yang memberikan ilham kepada Abdullah untuk mengadakan PRU-ke-12. - lanh


Friday, February 15, 2008

`Jadilah Pemilih Yang Bijak`

Bismillahirrahmanirrahim
Menghitung hari..PRU 12 semakin menjelang..buat yang layak mengundi,buatlah pilihan yang bijak..kepimpinan yg kita pilih adalah jadi amanah kita..buruknya sbuah kepimpinan adlh krn kita yg salah memilih kepimpinan yg tidak adil n mengikut syari'at islam..Ingatlah kita turut mndpt 'saham' di akhirat kelak dengan hanya kita 'memangkah' di sehelai kertas undi..nmpk mudah ..but its not simple thing..fikir-fikirkanlah..Video untuk tatapan semua yang bergelar warganegara Malaysia..





Wednesday, February 06, 2008

>Perlukah Jemaah Untuk Tarbiyyah dan Da'wah<


Bismillahirrahmanirrahim.Ini sedikit perkongsian ringkas perbualan antara Si A dan Si B tentang jemaah,perlukah jemaah untuk tarbiyyah dan da'wah?Perbualan ini tidaklah ilmiah,tetapi secara ringkas untuk memudahkan individu nampak kenapa perlu kepada jemaah.

Si A: Apakah itu 'Tarbiyah'?
Si B : Tarbiyah? Bagi awak apa maksud tarbiyyah?
Si A : Tarbiyyah=pendidikan. Satu proses yang ideal melibatkan direct dan indirect.
Si B: Ideal? Tarbiyah adalah real bukan ideal..=)
Si A : Ideal dari sudut method mungkin.Indirect seperti secara verbal dan direct mempunyai silibus dan modul.Bagi awak macam mana?
Si B : Betullah itu.Tarbiyyah dari segi lughahnya(bahasa) adalah pendidikan.Tengok dari sudut mudah,tarbiyyah tidak dapat diasingkan dengan seluruh kehidupan kita dan juga diri kita.Semua makhluk melalui proses tarbiyyah termasuk haiwan.Cuma yang membezakan jenis,cara dan kesan tarbiyyah.
Si A : Betul itu
Si B : Non muslim pun ada tarbiyyahnya..pendidikan agama dan moral mereka.Tapi yang membezakan adalah Tarbiyyah Islamiyyah,wahyu Allah kepada Rasulullah s.a.w kepada semua umat manusia. Tarbiyyah dari sudut syara' adalah satu proses pendidikan yang berdasarkan alquran dan assunnah.Ini yang membezakan tarbiyyah kita,orang Islam dengan non-muslim.

Si A : Perlukah kita bersama jemaah jika usrah sudah ada di peringkat pentadbiran sekolah,kampus?
Si B : Selepas sekolah ada kesinambungan tarbiyyah tak?
Si A : Ada,di peringkat pentadbiran kampus seperti uia,uniten
Si B : Jika tidak ada di peringkat kampus seperti UIA,usrah sebagai jam kredit?
Si A : Erm..jadi,kena bersama jemaah untuk kesinambungan tarbiyyah
Si B : Dapat jawapan kan,kenapa perlu kepada jemaah. Ada beza tak pada diri bila ikut tarbiyyah jemaah?
Si A : Ada

Si B : Memang ada orang kata,tanpa jemaah pun kita boleh tarbiyyah diri kita..jaga diri kita..Memang betul..
Si A : Yup,betul.
Si B : Tapi,kita boleh cek balik sejauh mana kekuatan kita.Senang sahaja,peganglah dengan ayat-ayat Allah tentang jemaah.Sedangkan hendak solat pun,digalakkan berjemaah.Dan banyak fadhilat yang Allah janjikan.Ini baru untuk fardhu muslim,tarbiyyah diri.
Si A : Ermm
Si B : Ada beza tak bila solat seorang diri dengan berjemaah?
Si A : Ada beza.
Si B : Jadi,boleh fikirlah jika untuk tarbiyyah diri kita sudah perlu kepada jemaah,bagaimana pulak untuk tarbiyyah dan da'wah masyarakat? Bangunkan negara?Mampukah kita seorang diri?
Si A : Tak mampu.
Si B : Ingatlah,syaitan mudah mendekati orang yang bersendirian.
Si A : Setuju

Si B : Jika seseorang itu yakin dia kuat,imannya kuat..bolehlah bersendirian..Buat keja da'wah sendiri tanpa jemaah
Si A : Mesti tak mampu seorang diri.
Si B : Jadi..Itulah pentingnya jemaah kan..(",)
Si A : A'ah..faham..Kita perlukan kepada jemaah.
Si B : Jadi,kesimpulannya marilah kita bersama dalam satu jemaah untuk tarbiyyah dan da'wah Islamiyyah.Moga Allah bersama kita.InsyaAllah.
Si A : InsyaAllah

*note = tarbiyyah di peringkat pentadbiran sekolah seperti di sekolah2 agama,mrsm dan sbp ada badan da'wah.Jalankan usrah dengan kelulusan pentadbiran.

::Masjid Kristal Tamadun Hadhari::



Masjid kristal yang cukup indah dibina oleh kerajaan Terengganu..Dengan pengisytiharan Terengganu sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air, menampakkan hebatnya pentadbiran Terengganu kini.Ditambah pula dengan replika masjid-masjid di seluruh dunia cukup membanggakan Terengganu.

Siapakah Yang Untung?
Binaan masjid kristal mencecah jutaan ringgit. Betapa banyaknya duit kerajaan Terengganu.Makcik-makcik,pakcik-pakcik tersenyum,bangga dengan pemerintahan kini.Bukan mudah nak bina masjid berjuta harganya itu.Menunjukkan betapa majunya negeri Terengganu sekarang ini.Adui makcik, pakcik..kalau dengan pembangunan ini buatkan pakcik makcik tak perlu ke laut,tak perlu ke ladang,tak perlu berpanas berhujan,tak perlu bayar cukai, dapat sumbangan yang banyak..barulah boleh tersenyum sampai ke telinga.Cuba bayangkan jutaan ringgit yang dibelanjakan untuk bina masjid kristal ini diberikan sebagai sumbangan kebajikan kepada semua penduduk Terengganu yang tak sampai pun sejuta penduduknya..kan lebih baik..lebih dari cukup untuk membantu.

Masjid Pelancongan Jadi Kebanggaan
Pelancaran Taman Tamadun Islam Terengganu bermula 1-9 feb telah mencapai hampir setengah juta orang yang melawatnya.Setiap hari bertambah pelancong ke Terengganu dianggarkan puluhan ribu setiap hari.Hebatnya masjid pelancongan ini.Kadang-kadang terasa pelik, dari mana datangnya pelancong yang sebegitu ramai.Penduduk Terengganu sendiri tidak sampai setengah juta.Tidak ada berita kesesakan lalu lintas dilaporkan,jalan raya lengang seperti biasa jika semua orang berpusu-pusu ke Masjid Kristal.Mungkin semua pelancong menaiki kapal terbang untuk melawat.

Apa gunanya masjid jika tidak diimarahkan.Kalau tengok dari sudut tempat pembinaan, tidak strategik,di tengah-tengah pulau.Hendak ke masjid pun perlu menaiki bot.Aduh,susahnya.Itu pun perkhidmatan bot hanya sehingga jam 4 petang.Boleh solat Subuh dan Zohor sahaja.Jika pergi menaiki kenderaan,kena jalan kaki 2 KM untuk sampai ke masjid. Bayangkanlah.Banyak pahala yang kita akan dapat kalau berjalan solat ke Masjid Kristal.Nampaknya hanya imam dan bilal sahaja yang akan bantu masjid tidak akan menjadi sunyi.

Lambang Tamadun Hadhari?
Laporan berita memuatkan komen pemberita tentang bagaimana masjid kristal ini akan memberi sumbangan besar terhadap ketamadunan dan kesenian Islam.Konsep hakiki ketamadunan manusia adalah berdasarkan kepada keadaan manusia yang mempunyai nilai maruah kemanusiaan atau keinsanan yang tinggi serta daya pemikiran yang kritis. Ketamadunan tidak didasarkan kepada hasil produk semata-mata seperti bangunan atau arca. Jika pendekatan atau kefahaman pembinaan masjid yang mahal atau kerana hendak menonjolkan sistem konstruksi yang unik diterima, kita harus berhati-hati tentang apa sebenarnya‘sumbangan’ yang diinterpretasikan oleh umat Islam dan bukan Islam. Satu kekhuatiran jika tamadun dibawa ini menunjukkan bahawa Islam gilakan tentang objek kebendaan yang keterlaluan, dan mencari kepopulariti lebih daripada amalan syari'at dan islam. Masjid sebagai syi'ar, jika ditubuhkan untuk popular,tempat pelancongan ianya bukan lagi suatu syi'ar kerana syi'ar rumah Allah adalah bersama syari'at.

Rasululah pernah mengajar umat Islam tentang menjimatkan air wudhuk walaupun pada sungai yang mengalir. Islam merupakan agama yang paling praktikal sekali apabila Rasulullah meninggalkan warisan bahawa seluruh bumi sebagai hamparan asas untuk sembahyang. Sesuatu kaum yang tidak mempunyai tempat tinggal khusus mampu mengkhususkan sebidang tanah dengan beberapa garisan sebagai batasan untuk dijadikan ia sesuci-sucinya masjid. Jangan pula umat Islam pewaris Islam mengenakan atau membayangkan sesuatu keperluan bangunan yang terlalu mahal sebagai suatu kawasan untuk berjemaah kerana ia bukan dari nilai-nilai sunnah yang ditinggalkan.Wallahua'lam.

Thursday, January 24, 2008

Kutemui Cinta Hakiki


-Hasil Karya Ciptaan Izni Fatihah (Juniorku)-

Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna.. Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka.. Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk.. Ada pula yang kate saya kuat emo.. Sikit-sikit nak marah.. Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..

Lepas tu saya cuba buat lawak, kononnya nak tarik perhatian orang lain. Saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya, terutamanya pelajar-pelajar perempuan.. Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti).. tapi saya tak kesah..asalkan ada yang terhibur..

Tapi saya tetap merasakan kekosongan.. Memang lumrah manusia.. Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita. Macam itulah yang saya rasa.. Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'.. Di dorm sms awek sampai pagi.. ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..

Saya mula berfikir.. "Adakah aku perlu BERCINTA?"
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu.. saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'. . Dan masa itulah saya kenal awak..
saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..

Mula-mula awak jual mahal.. Tapi saya tak kisah..nak beli gak.. Akhirnya, dipendekkan cerita.. saya pun mulalah BERCINTA..

Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat. . Apa orang kata..'ALL OUT'lah.. haha.. Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya.. 'gayut' malam-malam. .kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam.. Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu.. Tidak terasa pun kehilangannya. .

Mase bercinta memang indah.. Semuanya indah.. Sikit-sikit gurau-gurau, Sikit-sikit gelak-gelak. . kalau merajuk men pujuk2.. kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..

Untuk diri ini,terasa amat bahagia.. Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..
Saya pernah terikir.. Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,
kata saya macam-macam. . Asalkan awak memahami saya..

Satu hari saya dengar ceramah.. Alhamdulillah. . Dalam ceramah tu saya sedar, saya banyak buat dosa dan saya kena brubah.. Hidup saya mesti selari dengan Islam.. Saya kena jadi baik.. Sebab memang itu fitrah manusia..mengingina kan kebaikan.. Semua orang nak masuk syurga kan ?

Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid.. Rapatkan diri dengan Al-Quran.. Selalu solat jemaah awal waktu.. Selalu dengar tazkirah..
Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran. Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak, Saya taknak jadi baik seorang diri.. jadi saya ajak awak sekali.. Saya ajak awak baca Al-Quran.. saya kejut awk bangun subuh..(calling) .. saya ajak awak saling beri tazkirah..

Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya.. Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple. Saya kata,kita bukan buat benda yang salah.. bercinta kerana Allah.. Kita couple tak macam orang lain.. Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je.. ade yang siap wat mksiat lg.. pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi.. Tapi kita couple baik-baik.. Jaga batas-batas syara'.. Tak guna ayat jiwang-jiwang, janji tak nak jumpa, takut berlaku maksiat.. cuma sms dan call je..

Dan awk terima perubahan saya itu.. Saya pun banyak nasihat awak.. Awk pun terima.. Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu. Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa.. Dan akhirnya saya rasa.. Hubungan kita semakin diredahai.. Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan. .

Dalam proses perubahan saya, Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib.. Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran. Kalau kita tidak berdakwah.. kita akan dipertanggungjawabk an oleh Allah di akhirat kelak. Sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf, surah ke 7,ayat ke 164:
Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka
menjawab: "Agar kami mempunyai alas an (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik. Tegur mereka apa sahaja yang silap.. Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose.. Saya mesti nak tegur. Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman.. Ape lagi..tegur je la depan-depan. .huhu~~

Lepas tu, satu masa..
saya terbaca pasal couple..

"COUPLE HARAM"

Saya tak percaya.. tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..
macam betul pulak.. huhu~~ tapi biasala.. kalau kita suka satu benda tu..
kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..

Saya pun buat tak tahu pasal benda tu.. dan teruskan saja hubungan kita..
kita tak buat maksiat.. Kita jalan-jalan pegang tangan.. tak jiwang-jiwang. . Cuma saling ambil berat.. Tanya khabar.. Borak-borak. . Siap bagi tzkirah lagi.. Apa yang haramnya dengan benda ni? Tak kisahlah..

Masa terus berlalu...

Masa ni dah nak dekat Trial SPM.. lagi tiga minggu sebelum trial.. dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan.. buat study group Pada masa yang sama, bagi tazkirah..

Ada yang terima.. ada juga yang buat tak tahu Kadang-kadang bila tegur..
saya kena marah pula.. macam-macamlah alasannya ada kata saya tegur tak berhikmah.. ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je.. Tapi tak kisah..
saya ada tempat mengadu.. huhu~~

Suatu masa.. ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri.. saya terjumpa ayat ini..

Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir? (Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun terfikir
Selama ini aku asyik tegur orang je. Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan, Cepat marah, suka buang masa, ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..
Macam mana ya?"

Lepas tu terjumpa pula ayat ini..

Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui. (Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan..

"Alah kau tu..cakap je berapi.. gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau dengan kami..tegur orang konon.."

Berfikir sejenak..
Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?
Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?
Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah tahu saya selalu berhubung dengan perempuan? Dan terkadang saya rasa serba salah?

Macam-macam yang saya fikir..

Dipendekkan cerita lagi sekali.. saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh..
Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..

Dalam perjalanan ke seminar tu.. saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..
sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu.. Dalam fikiran saya.. "Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati. ."


******
Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf, pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri Lagipun kami semua penat.. takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam.. pihak penganjur pun faham..

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..
Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.
Tapi saya tragak-agak. . "Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak
buat macam mana? Aku kena clash ke? Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau tak buat salah, apa nak ditakutkan?"

Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu.. Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit boleh?"

"Em,boleh..duduklah . Nta nak tanya apa?"

"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang
kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."

"Bercinta ke?"

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..

"Sebenarnya. .couple ni boleh ke tak bang?"

"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."

Saya tak mahu mengalah.

"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."
Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik
perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Anakabut, Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan ?"

Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"

"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat

elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple.."

"Zina hati?" Saya menduga.

"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."

Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..

"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt."

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb..

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."

Saya trdiam lagi.

"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri."

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."

Tiba-tiba saya terfikir..

"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"

Saya cakap..

"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..

"Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan."

Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.

"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..

"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."


Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

"Assalamualaikum. .Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum. ."

Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].

Lepas tu tertera di skrin..

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

"Terima kasih bang.."

"Takpe, dah tanggungjawab. ."

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..
Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

*******
Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba . Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.
Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..

"Seindah gubahan pertama.."

Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..

Assalamualaikum. .saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya tak nak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan.. Lagi satu,

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..

-Yang Terakhir- "

[SEND]

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Saya dah buat keputusan.
Saya pasti apa yang saya buat ni betul.
Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.
Saya takkan berpatah balik..

Takkan..buat selama-lamanya.



Monday, January 14, 2008

::Parti Mahasiswa Negara (PMN)::



Usulan untuk penubuhan PMN mendapat respon yg pelbagai terutama di kalangan mahasiswa..usaha ini adalah satu medium untuk mahasiswa juga siswazah berbakti kepada rakyat dengan slogan 'Mahasiswa Untuk Rakyat'..untuk kefahaman lanjut..sila ikuti konferense PMN di you tube..wallahu'alam..