Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Berdasarkan Akta Hakcipta 1987:
Dilarang untuk mencetak, mengulang siar, mengambil, mencuri, menciplak, dan sebagainya tanpa izin daripada penulis.Hak cipta blog adalah terpelihara (Kenyataan ini hanya untuk penulisan saya dalam subjek 'karyaku' kerana melibatkan penghantaran ke media cetak.Penulisan lain tiada akta halangan.Dialukan penyebaran)

Friday, October 30, 2009

::Ketabahan Kak Dijah Limpahan Nur 'Khadijah'


Bismillahirrahmanirrahim.....

22 Oktober yang lalu, puteri sulong ust Ramadhan fitri (mantan pres pmium) dengan kak Khadijah (mantan tkp lajnah tarbiyyah pmium) telah kembali ke rahmatullah yang baru berusia 3 bulan akibat gegaran dalam otak,kesukaran bernafas dan akhirnya disahkan koma,hanya bernafas berbekalkan bantuan pernafasan...Sesungguhnya Nur Fatimah adalah Milik Allah...itulah kata-kata Kak dijah,srikandi yang tabah...

Bermula dengan menghantar Nur Fatimah ke Nursery dengan gelak tawa yang cukup menghiburkan, mendapat panggilan dari pengasuh bahawa setelah lama menangis, tiba-tiba Nur Fatimah lemah, saya terus ke Nursery dengan linangan air mata dan melihat Nur Fatimah berda dalam dakapan owner Nursery yang sampai dahulu dari saya. Menyangka Nur Fatimah inginkan ibunya, saya terus mendakap dan ingin menyusukannya, namun takut di hati apabila Nur Fatimah tidak membuka matanya dan kejang seperti sawan dan terus menghantarnya ke Hospital An-Nur tempat kelahirannya dan dipindahkan ke wad kanak-kanak di Hospital Putrajaya lebih kurang pukul 3 petang Khamis 9 Oktober 2009. Sepanjang perjalanan ke Hospital An-Nur, saya tidak putus-putus membacakan Fatihah, Ayat Kursi dan ‘Bismillahillazi La Yadurru...’ kepadanya.

Beberapa kali Nur Fatimah kekejangan di kereta dan juga di wad kanak-kanak walaupun telah dimasukkan ubat anti sawan. Setelah otak discan dan diambil air tulang belakangnya di wad kanak-kanak, dalam pukul 1pagi Jumaat, saya melihat wajah Nur Fatimah dan ketika itu tiba-tiba matanya terbuka dan kemudian tertutup, seolah-olah malaikat telah menjemputnya pergi, kemudian alat pengukur kandungan oksigen menunjukkan penurunan mendadak oksigen dalam badan namun kemudiannya normal. Setelah nurse pergi, saya melihat kembali wajah Nur Fatimah, namun terkejut melihat tiada tanda-tanda pernafasan di badannya dan melihat mulutnya seperti menyedut udara. Saya panggil doktor dan doktor sudah ‘standby’ dengan ‘alat renjat’, namun tidak digunakan kerana setelah mengepam bantuan pernafasan, jantung Nur Fatimah kembali berdenyut. Setelah dimasukkan ke ICU, di luar ICU, suami mengangkat tangan berdoa dan saya mengaminkan dengan sedu sedan menangis..

“ Ya Allah, berikanlah yang terbaik untuk Nur Fatimah dunia dan akhiratnya, sekiranya hidup itu lebih baik baginya, Engkau sembuhkanlah Ya Allah, sekiranya kematian itu lebih baik baginya, maka Engkau bantulah kami untuk sabar dan redha” antara doa yang diingati.“

Kita doa yang terbaik untuknya ya,” dengan mata merah, abang mengingatkan saya.. Benar, kekuatan abang menyebabkan saya berusaha untuk tabah dan redha..

14 hari di ICU juga tidak putus-putus kami membaca Fatihah, Ayat Kursi dan Yasiin kepada Nur Fatimah dengan niat supaya menjadi penawar, syifa’ kepadanya, sehingga suami sempat bergurau, ”nanti kalau Nur Fatimah sihat, mesti dia dah hafal surah Yasin.” 14 hari di ICU juga, pelbagai masjid menunaikan solat hajat, sanak saudara dan sahabat pula tidak putus-putus berkunjung, terima kasih diucapkan. Setiap kali bertemu Nur Fatimah, hati rasa bersemangat kembali walaupun masih tidur. Ucapan kami tidak putus-putus pada telinga Nur Fatimah, ” Mama Baba sayang sangat pada Nur Fatimah, Mama Baba minta maaf segala salah silap mama baba pada Nur Fatimah ye, Mama Baba doakan yang terbaik untuk Nur Fatimah, Nur Fatimah bukalah mata, baliklah dengan mama baba kat rumah”Juga berusaha pelbagai perkara, selain ubat doktor, ubat-ubat lain yang dibenarkan juga beserta air zam-zam serta air penawar juga diberikan, berusaha sedaya mungkin kerana kita tidak tahu taqdir yang Allah tentukan padanya, harapan kami tentulah puteri Nur Fatimah sihat dan sembuh...

Pukul 4.30pagi Khamis, nurse di ICU call minta datang ke ICU, heartbit semakin menurun. Bergegas ke ICU, pukul 4.55 pagi, kami sampai dengan emak yang tidur bersama di rumah. Sesampainya di sana, heartbit dan tekanan darah semakin lemah. Kami berulang kali membaca Yasiin, Surah Al-Ikhlas, Surah Fatihah dan ayat Kursi serta membisikkan syahadah kepada Nur Fatimah. Benar, janji Allah pasti berlaku. Sesudah kami menunaikan solat Subuh, saya mohon pada Doktor untuk memangku dan memeluk Nur Fatimah, doktor izinkan. Dengan masih bantuan pernafasan di mulut, Nur Fatimah berhenti bernafas di pangkuan, sebagaimana kata doktor, lama-lama jantung tidak akan larat juga untuk mengepam walaupun ada bantuan pernafasan. Nur Fatimah ’tidur selama-lamanya’ di pangkuan mama bersama baba dan nenek. Air mata masih lagi laju seperti tidak mahu berhenti, namun mulut masih lagi membisikkan laa Ilahaillallah, Muhammadur Rasulullah kepada Nur Fatimah. ” Tenanglah sayang, Allah lebih sayang pada Nur Fatimah.”

Itu yang terbaik pada Nur Fatimah, abang masih lagi ada Khadijah” kata-kata abang bagai menyimbah air di hati. Benar, apa yang berlaku, itulah yang terbaik untuk Nur Fatimah, dunia dan akhiratnya. Syukur pada Allah yang mencampakkan rasa ketenangan dan redha dalam hati sepanjang hari itu. Hati rasa puas dapat menjaga Nur Fatimah, dapat membaca Al-Quran bersamanya dan dapat mengalirkan susu di dalam badannya walaupun melalui tiub. Ketika mengambilkan wudhu’ ke badan Nur Fatimah selepas memandikannya, membasuh tangan Nur Fatimah sambil berkata dalam hati,” Nur Fatimah, nanti pegang tangan mama baba kuat-kuat ye sayang dalam syurga, tolong mama baba dapat sama-sama di syurga.” Ketika membasuhkan kakinya, ” Nur Fatimah, tunggulah mama baba sama-sama di syurga ya!”

Sungguh k.dijah,kakak yang ku kenali penuh ketabahan..Berpewatakan lembut dan sentiasa tersenyum manis,kak dijah srikandi hebat bagiku..sesuai dengan kehebatan ust.don yang tidak asing lagi dulu aktivis mahasiswa yang kini ajk pemuda pusat..sebak dan sayu saya membaca catatan k.dijah..tapi saya yakin, Allah telah sediakan yang terindah buat k.dijah dan ust.don juga allahyarhamah Nur Fatimah..walau tiada kesempatan menziarahi nur fatimah di saat kritikal,hanya 1 kiriman sms saja mampu saya sampaikan buat k.dijah di hari pemergian puteri tercinta...Indahnya k.dijah, puteri akak menanti akak di pintu syurga!Subhanallah!InsyaAllah...

Surah at-Taghaabun : 11
“ Tidak ada seorang pun yang ditimpa musibah, lalu ia mengucapkan : Inna lillahi wa inna ilaihi roji’un, Allahumma’jurnii fi mushibatii wa akhliflii khoirom-minha ( Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan hanya kepada-Nya kita akan kembali. Ya Allah, berilah pahala atas musibah yang menimpaku ini dan gantilah aku dengan yang lebih baik darinya) kecuali Allah akan memberi pahala atas musibah yang menimpanya dan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik darinya.”

Muslim 2/233“
Allah berfirman : “Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang beriman jika Aku mengambil (mewafatkan) orang yang dicintainya di antara penduduk dunia ini, lalu dia mengharap pahala atas musibah ini kecuali syurga”

Al-Bukhari dalam al-Fath : 11/242
“ Rasulullah SAW berkata kepada seseorang yang ditinggal mati anak lelakinya, “ Apa kamu tidak suka bila kamu masuk salah satu pintu syurga sedang engkau mendapati anakmu itu sudah menantimu?”Ahmad dan an-Nasa’i. Sanad sesuai syarat as-shahih serta ditashihkan oleh al-Hakim dan Ibnu Hibban. Lihat Fathul-Bari : 11/243

Sesungguhnya ujian k.dijah buatkan saya teringat sirah Baginda s.a.w., bagaimana tabahnya ummu mukminin,siti khadijah menghadapi kehilangan 3 orang putera yang menjadi kebanggaan dalam sesebuah keluarga di zaman nabi ketika itu...Boleh dikatakan...Ketabahan kak dijah ada limpahan nur daripada ummu mukminin,Siti Khadijah..

p/s:di luar sana terlalu ramai ibu-ibu dilanda ujian yang cukup hebat..Maha Suci Allah...yang menimpakan,menguji dan menggantikan yang terbaik..semoga kita sentiasa menjadi hamba2 yang bersyukur..amin

Tuesday, October 13, 2009

-Dirisik..Ditaqdim..Menganggu ketenangan-


Sudah menjadi pengalaman semua pabila dirisik@ditaqdim..baik laki mahupun perempuan...sungguh keadaan 2 akan menganggu ketenangan hati,terkejut,takut dan perasaan menjadi berbelah bahagi..smuanya menuntut kpd kita menyucikan hati,memohon petunjuk dari Allah agar ditunjukkan jalan yg benar2 Dia redhai...

Pengalaman mengajar erti kematangan dan membuat keputusan.Teringat saadah berceritakan sinopsis ringkas buku terbaru Fatimah Syarha,menceritakan bagaimana dia di taqdim banyak kali,bagaimana dia istikharah n akhirnya menolak semuanya sehingga tiba jodohnya yg sebenarnya.Tak pernah membacanya,tapi saya percaya,hasil istikharah 2 adalah buah ketenangan yg kita rasai utk memberi jawapan dan membuat keputusan..

Semalaman tidak dapat tidur,badan menggigil dan ketakutan,fikiran bercelaru,panas atau sejuk badan tidak dapat menafsirkan,berpeluh2..suasana yang cukup menganggu ketenangan..ketika itu saya teringat dan tak terbayang bagaimana hebatnya ketakutan Rasulullah saw selepas menerima wahyu dibawakan oleh jibril a.s. di Gua Hira'...Baginda sangat gelisah,tiba di rumah Baginda menggigil ketakutan dan suhu badan Baginda meningkat tinggi.Apalah sangat nak dibandingkan dengan amanat yang besar yang akan dipikul oleh baginda s.a.w setelah penurunan wahyu..Sesuai dgn kesanggupan diri seseorang(yang Allah saja Maha Mengetahui)...Begitu juga bila ditaqdim/dirisik..kita akan memikirkan sisa hidup yang mungkin ada untuk dihabiskan bersama siapa,bagaimana perjuangan selepas ini..pelbagai persoalan bermain membuatkan badan kita bertindak selari dengan keresahan dan ketakutan kita...

Tiada yang bermain di hati dan minda melainkan lafaz zikrullah,asma' Allah menjadi sumber penenang...Hasil keyakinan itulah jawapan,hasil keyakinan dari istikharah itulah penentu yang mungkin kekal atau sementara,sesuai dgn keadaan diri kita yang Dia Maha Memahami..Menolak bukan krn dikeraskan ati,memilih sebagainya..menolaklah kerana petunjuk dari Allah..Menerima bukan krn nafsu yang menyukai,suka xsemestinya itu adlh pilihan yang tepat..Terimalah krn bantuan daripadaNya...

"Maaf,bukan utk menolak.Tapi diri masih belum sedia memikirkan hal sebegini lagi.Hakikat yang ada pun masih belum pasti.Keyakinan pada ati pun mungkin akan berubah.Ikut hanya apa keyakinan kini.Walau segalanya belum pasti.Serahkan segalanya pada Allah Maha Penentu dan Menetapkan"-salah satu jawapan diberikan suatu ketika-

Bak kata popular,ada jodoh takkan ke mana.Yakinlah,setiap rezeki kita telah diaturkannya.Diri masih tenang dengan doa yang diamalkan kini.Inginkan ketenangan dan kedamaian ini kekal buat masa ini..

“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya”

p/s:setiap yang diceritakan adlh hasil kutipan hidup berbeza..

Wednesday, October 07, 2009

Izinkan aku bercuti dari dakwah ini


Jalanan ibukota masih saja ramai hingga larut malam ini, dengan kendaraan yang terus berlalu lalang, juga dengan kehidupan manusia-manusia malam yang seakan tidak akan pernah mati. Namun kini hatiku tak seramai jalanan di kota ini. Sunyi. Itulah yang sedang kurasakan. Bergelut dengan aktifitas dakwah yang menyita banyak perhatian, baik tenaga, harta, waktu dan sebagainya, seakan menempa diriku untuk terus belajar menjadi mujahid tangguh. Tapi kini, hatiku sedang dirundung kegalauan. Galau akan saudara-saudaraku dalam barisan dakwah yang katanya amanah, komitmen, bersungguh-sungguh namun seakan semua itu hanyalah teori-teori dalam pertemuan mingguan. Hanya dibahas, ditanya jawabkan untuk kemudian disimpan dalam catatan kecil atau buku agenda yang sudah lusuh hingga pekan depan mempertemukan mereka lagi, tanpa ada amal perbaikan yang lebih baik.

Ya… Mungkin itu yang ada dibenakku saat ini tentang su’udzhan-ku terhadap mereka, setelah seribu satu alasan untuk ber-husnudzhan.Kini kutermenung kembali akan hakikat dakwah ini. Sebenarnya apa yang kita cari dari dakwah? Dimanakah yang dinamakan konsep amal jama'i yang sering diceritakan indah? Apakah itu hanya pemanis cerita tentang dakwah belaka? Apakah ini yang disebut ukhuwah? Sering terlontarkannya kata-kata "Afwan akh, ana gak bisa bantu banyak…" atau sms yang berbunyi "Afwan akh, ana gak bisa datang untuk syuro malam ini…" atau kata-kata berawalan "Afwan akh…" lainnya dengan seribu satu alasan yang membuat seorang akh tidak bisa hadir untuk sekedar merencanakan strategi-strategi dakwah kedepannya.

Kalau memang seperti itu hakikat dakwah maka cukup sudah, "Izinkan aku untuk cuti dari dakwah ini, mungkin untuk seminggu, sebulan, setahun atau bahkan selamanya. Lebih baik aku konsenstrasi dengan studiku yang kini sedang berantakan, atau dengan impian-impianku yang belum terpenuhi, atau dengan lebih memperhatikan ayah dan ibuku yang sudah semakin tua, toh tanpa aku pun dakwah tetap berjalan, bukan???"

Sahabat-sahabatku…
Memang dalam dunia dakwah yang sedang kita geluti seperti sekarang ini, tidak jarang kita mengalami konflik atau permasalahan-permasalahan. Dari sekian permasalahan tersebut terkadang ada konflik-konflik yang timbul di kalangan internal aktivis dakwah sendiri. Pernah suatu ketika dalam aktivitas sebuah barisan dakwah, ada seorang ikhwan yang mengutarakan sakit hatinya terhadap saudaranya yang tidak amanah dengan tugas dan tanggungjawab dakwahnya. Di lain waktu di sebuah lembaga dakwah kampus, seorang akhwat "minta cuti" lantaran sakit hatinya terhadap akhwat lain yang sering kali dengan seenaknya berlagak layaknya seorang bos dalam berdakwah.

Pernah pula suatu waktu seorang kawan bercerita tentang seorang ikhwan yang terdzalimi oleh saudara-saudaranya sesama aktifis dakwah. Sebuah kisah nyata yang tak pantas untuk terulang namun penuh hikmah untuk diceritakan agar menjadi pelajaran bagi kita. Ceritanya, di akhir masa kuliahnya sebut saja si X (ikhwan yang terdzalimi) hanya mampu menyelesaikan studinya dalam waktu yang terlalu lama, enam tahun. Sedangkan di lain sisi, teman-temannya sesama (yang katanya) aktifis dakwah lulus dalam waktu empat tahun. Singkat cerita, ketika si X ditanya mengapa ia hanya mampu lulus dalam waktu enam tahun sedangkan teman-temannya lulus dalam waktu empat tahun? Apa yang ia jawab? Ia menjawab "Aku lulus dalam waktu enam tahun karena aku harus bolos kuliah untuk mengerjakan tugas-tugas dakwah yang seharusnya dikerjakan oleh saudara-saudaraku yang lulus dalam waktu empat tahun." Subhanallah… di satu sisi kita merasa bangga dengan si X, dengan militansinya yang tinggi beliau rela untuk bolos dan mengulang mata kuliah demi terlaksananya roda dakwah agar terus berputar dengan mengakumulasikan tugas-tugas dakwah yang seharusnya dikerjakan teman-temannya. Namun di sisi lain kita pun merasa sedih, sedih dengan kader-kader dakwah (saudara-saudaranya si X) yang dengan berbagai macam alasan duniawi rela meninggalkan tugas-tugas dakwah yang seharusnya mereka kerjakan.

Sahabat….

Semoga kisah tersebut tidak terulang kembali di masa kita dan masa setelah kita, cukuplah menjadi sebuah pelajaran berharga…. Semoga kisah tersebut membuat kita sadar, bahwa setiap aktifitas yang di dalamnya terdapat interaksi antar manusia, termasuk dakwah, kita tiada akan bisa mengelakkan diri dari komunikasi hati... Ya, setiap aktifis dakwah adalah manusia-manusia yang memiliki hati yang tentu saja berbeda-beda. Ada aktifis yang hatinya kuat dengan berbagai macam tingkah laku aktifis lain yang dihadapkan kepadanya. Tapi jangan pula kita lupa bahwa tidak sedikit aktifis-aktifis yang tiada memiliki ketahanan tinggi dalam menghadapi tingkah pola aktifis dakwah lain yang kadang memang sarat dengan kekecewaan-kekecewaan yang sering kali berbuah pada timbulnya sakit hati. Dan kesemuanya itu adalah sebuah kewajaran sekaligus realita yang harus kita pahami dan kita terima. Namun apakah engkau tahu wahai sahabat-sahabatku? Tahukah engkau bahwa seringkali kita melupakan hal itu?

Seringkali kita memukul rata perlakuan kita kepada sahabat-sahabat kita sesama aktifis dakwah, dengan diri kita sebagai parameternya. Begitu mudahnya kita melontarkan kata-kata "afwan", "maaf" atau kata-kata manis lainnya atas kelalaian-kelalaian yang kita lakukan, tanpa dibarengi dengan kesadaran bahwa sangat mungkin kelalaian yang kita lakukan itu ternyata menyakiti hati saudara kita. Dan bahkan sebagai pembenaran kita tambahkan alasan bahwa kita hanyalah manusia biasa yang juga dapat melakukan kekeliruan. Banyak orang bilang bahwa kata-kata "afwan", "maaf" dan sebagainya akan sangat tak ada artinya dan akan sia-sia jika kita terus-menerus mengulangi kesalahan yang sama.

Wahai sahabat-sahabatku…

Memang benar bahwasanya aktifis dakwah hanyalah manusia biasa, bukan malaikat, sehingga tidak luput dari kelalaian, kesalahan dan lupa. Tapi di saat yang sama sadarkah kita bahwa kita sedang menghadapi sosok yang juga manusia biasa? bukan superman, bukan pula malaikat yang bisa menerima perlakuan seenaknya. Sepertinya adalah sikap yang naif ketika kesadaran bahwa aktifis dakwah hanyalah manusia biasa, hanya ditempelkan pada diri kita sendiri. Seharusnya kesadaran bahwa aktifis dakwah adalah manusia biasa itu kita tujukan juga pada saudara kita sesama aktivis dakwah, bukan cuma kepada kita sendiri. Dengan begitu kita tidak bisa dengan seenaknya berbuat sesuatu yang dapat mengecewakan, membuat sakit hati, yang bisa jadi merupakan sebuah kezhaliman kepada saudara-saudara kita.

Sahabat…

Adalah bijaksana bila kita selalu menempatkan diri kita pada diri orang lain dalam melakukan sesuatu, bukan sebaliknya. Sehingga semisal kita terlambat atau tidak bisa datang dalam sebuah aktivitas dakwah atau melakukan kelalaian yang lain, bukan hanya kata "afwan" yang terlontar dan pembenaran bahwa kita manusia biasa yang bisa terlambat atau lalai yang kita tujukan untuk saudara kita.

Tapi sebaliknya kita harus dapat merasakan bagaimana seandainya kita yang menunggu keterlambatan itu? Atau bagaimana rasanya berjuang sendirian tanpa ada bantuan dari saudara-saudara kita? Sehingga dikemudian hari kita tidak lagi menyakiti hati bahkan menzhalimi saudara-saudara kita. Sehingga kata-kata “Akhi… Ukhti… Izinkan aku cuti dari dakwah ini” tidak terlontar dari mulut saudara-saudara kita sesama aktifis dakwah.

sumber : iluvislam.com

Face Veil Ban

KAHERAH 6 Okt. - Syeikh Al-Azhar, Mohammed Sayyed Tantawi merancang untuk mengharamkan pelajar perempuan yang memakai purdah daripada memasuki institusi-institusi pendidikan di bawah Universiti al-Azhar.Seorang pegawai keselamatan semalam berkata, polis telah menerima arahan secara lisan supaya menghalang pelajar perempuan yang berkelubung daripada memasuki institusi-institusi al-Azhar termasuk sekolah menengah dan tinggi, serta asrama beberapa universiti di Kaherah.
Pegawai itu berkata, pengharaman tersebut adalah atas sebab keselamatan.Langkah itu dipercayai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membendung manifestasi Islam yang dianggap ultrakonservatif di Mesir.Sungguhpun majoriti wanita Mesir memakai tudung, hanya segelintir yang memakai purdah atau dikenali di sini sebagai niqab yang menutup muka dan lebih kerap ditemui di Arab Saudi yang mengamalkan ajaran Wahhabi.Kebanyakan ulama berpendapat purdah tidak wajib tetapi hanyalah adat resam yang diamalkan oleh masyarakat Arab Badwi sebelum kedatangan Islam.
Rancangan Tantawi itu diumumkan semasa beliau menyuruh seorang pelajar sekolah menengah di sebuah kelas yang dikunjunginya awal minggu ini, supaya menanggalkan niqabnya.Syeikh itu melawat sekolah-sekolah al-Azhar pada permulaan tahun akademik untuk memeriksa langkah yang diambil bagi membendung wabak selesema babi, menurut butir-butir lawatan yang disiarkan semalam oleh akhbar bebas, Al-Masry Al-Youm.
Tantawi dengan tegas memberitahu gadis berkenaan bahawa niqab 'tidak ada kena-mengena dengan Islam dan hanya satu adat resam' dan memaksanya menanggalkan niqabnya.Beliau kemudian mengumumkan akan mengeluarkan arahan tidak lama lagi bagi mengharamkan pelajar perempuan yang memakai niqab daripada memasuki sekolah-sekolah al-Azhar."Niqab tidak ada kaitan dengan Islam...saya lebih arif tentang agama daripada kamu dan ibu bapa kamu," kata Tantawi kepada pelajar berkenaan.
Seorang sarjana di sebuah pusat penyelidikan al-Azhar, Abdel Moati Bayoumi berkata, para sarjana al-Azhar akan menyokong Tantawi jika beliau mengeluarkan arahan tersebut.Bagaimanapun pengkritik langkah itu berkata, pengharaman niqab tidak akan dilaksanakan...

Monday, September 28, 2009

Sekeliling yang memotivasikan

Sekeliling yang memotivasikan...
1. Ibu ayah,kakak,abang,adik2,zinnirah dan keluarga yang tersayang

1. Cerita2 sahabat memotivasikan,arni,aini,tikah,saadah

2. Kisah Kak zu dan kak khaujah menguatkan

3. Subjek master yang menanti...

4. sahabat2 nisa dan muslimat...

5. tempatku merantau kini..darul mujahidin&adik2 nisa'

6.sahabat2 mesir yang pulang bercuti membantu nisa

7. Adik2 nisa yang menyambung pelajaran di mesir...

8. Kakak2 kuliah quran Usim

9. Kakak2 dan teman2 sekolah...

10. Along di Bandung@gemecheh


Segala puji bagi Allah yang memberi rahmat yang kadangkala kita terlupa,tenggelam tanpa bersyukur...Allahurabbuna..Allahurabbi...


Sekalung tahniah

1. Pengantin baru Faasilla(k.long) + Jowel : 26 Sept 2009

2. Pengantin baru Huda +Ikram : 24 Sept 2009

3. Bakal pengantin baru Iza +Fadzli : 17 Okt 2009

4. Bakal pengantin baru adik fatin(mesir)+pasangannya : 24 Okt 2009

5. Kelahiran bayi Suhaib(k.syafa+ust dasuki), (k.Ifah+suami). (Ainain+Hafiz),(Umi Yus+ust),(fatin+fadzli) dan sahabat2 sd,sahabat2 wave yang lain..


*berakhirnya Ramadhan bukan beerti berakhirnya pesta Ibadah..Moga terus diberi kekuatan istiqomah dalam amalan dan mempertingkatkannya..Puasa 6 syawal menampung kekurangan puasa Ramadhan..*

Friday, September 18, 2009

::Salam Eidulfitri 1430H::






Salam Lebaran
Di bulan syawal yang mulia ini saya mohon sejuta kemaafan kepada semua sahabat2 atas kekhilafan dan keterlanjuran..Maaf zahir dan batin..

Bermaafan di Aidilfitri

MAAF zahir dan batin adalah ungkapan yang begitu sinonim dengan sambutan Syawal yang mulia di samping ucapan Selamat Hari Raya. Bahkan Hari Lebaran ini bagaikan tidak sah dan hilang serinya kalau tiada budaya bermaaf-maafan.

Sebenarnya amalan bermaafan ini ada sandarannya dalam syarak dan ia amat berkait rapat dengan manifestasi fitrah atau kesucian daripada kotoran noda dan dosa, apatah lagi setelah sebulan kita beribadat dan bertaubat kepada Yang Esa. Cuma, itu hanya dosa kita dengan Allah. Bagaimana halnya pula dosa-dosa kita sesama manusia?

teruskan membaca di

http://rampaiseri.wordpress.com/2007/10/12/bermaafan-di-aidilfitri
oleh Ust.Nidzamuddin Zakaria,Tim.Dekan FPQ,USIM (Pensyarah Qiraat subjek)

Monday, September 14, 2009

..Melakar Cinta Firdausi..muhasabah diri sendiri..


Dari blog aini :www.ainiazhari.blogspot.com

Melakar Cinta Firdausi…membuatkan sy kembali memujuk untuk bermuhasabah diri. Lewat ini, saya banyak menerima komen tentang novel ini dari anak-anak sy.. Tidak sangka anak-anak sy sudah menjadi peminat kepada novel pertama sy dan Aimi..sy katakan kepada mereka, ‘ sekiranya kamu bukan seorang sy sukakan bacaan berat, kamu pastinya sukar untuk menamatkan pembacaan bg novel ini..’

‘ Teacher, betul ke Jeneral Rifail Zanki tu wujud?’
‘ Teacher, kejadian dekat penjara tu buat sy menangis.’
‘Teacher, sy nak jadi seperti Aima Insyirah.’
‘Teacher, sy asyik menangis je baca novel ni.’

‘Teacher, ibu fatimah hebatkan.’

‘Teacher, si kecil Ammar sungguh bijak..ada six senses..’

‘ Teacher, jahatkan zionis. Kejam!!!’

Berbagai-bagai respon yg saya dapat. Respon dari anak-anak Aimi di Selangor yg disampaikan melalui Aimi kepada sy..respon positif sahabat-sahabat lain membuatkan sy berfikir…cukupkah amalan sy dengan apa yg sy tulis…setiap kali diri mula lalai, melakar cinta firdausi akan menjadi salah satu pemangkin untuk sy kembali memujuk diri untuk bermuhasabah..beramal seiring jihad mata pena yg dilakukan…Ya Allah…kuatkan diriku..menghadapi ujianMu…takut dan sangat takut, andai amalan ini tidak diterima akibat tingkah yg tidak diredhai…


Kepada Aini...
memang betul..bila terasa lemah sgt..Aimi pun baca balik novel kita,baru dpt kekuatan balik..Saadah pun pesan, bila mengadu pada dia.."Aimi baca balik novel aimi tu"..Sungguh novel itu sememangnya utk panduan kita sebenarnya..Segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan sedikit ilmuNya kepada kita..

Bukan bercita menjadi penulis@novelis
Tak pernah lahir cita2 di hati ingin menjadi penulis,apatah lagi menghasilkan buku..Berbeza dgn aini mmg minatnya terhadap penulisannya tersangat tinggi..minatku hanya suka2 n biasa..teringat pulak dulu semasa di kolej 11th..

"Aini nak buat novel?bagusnya..aini sempat ke nak buat dlm sibuk ni?",soalku
"Aah..aini nak buat.Dengan PTS.Aini dah buat sinopsis dan manuskrip awal."
Balasku lagi,"Baguslah aini ini.Aimi pun suka jugak,tapi tak sempatlah dengan keja2 jemaah banyak,belajar lagi.Tak terkejar.Tak semangat macam aini".

Akhirnya tak kusangka,aini ajak jadi partnernya..terima kasih aini.Inilah dikatakan REZEKI dari Allah swt,KEKUATAN hanya daripadaNya.Jika masih ada REZEKI dgn IzinNya,buku seterusnya akan menyusul walaupun satu pun sinopsis yang dirancang masih tak bergerak.

Peringatan dari Allah swt

'wahai orang2 yang beriman!mengapa kamu mengatakan sesuatu apa yang tidak kamu kerjakan?' (assoff:2)

Ya Rahman,kami berlindung di bawah lembayung RahimMU..dimurkai dan dilaknati olehMu terhadap apa yang telah kami perkatakan dalam penulisan kami.Bantulah kami sampai kepada setiap bait-bait kalimah yang kami perkataan seiring dengan amalan kami.Istiqomahkan kami pada jalanMu ini.Novel ini adalah ujian bagi kami.Yang akan menerima murka atau rahmat dariMu..amin..

Tuesday, September 08, 2009

::Nur Ramadhan::

18 Ramadhan 1430H


Rindukan rahmat tuhan
Harap belas kasihan
Terungkap kata
Hati bersuara
Rintih luahan insan


Semalam berlalu pergi
Terlalu sepi
Tak dapat di nafi
Hati terus mencari
Damai yang pernah
Singgah pelengkap
Tahun melengkap jauh
Jauh ke sudut kalbu
Tersusur harapan
Menanti ramadhan
Mengharap butir ampun



Terasa begitu cepat
detik waktu berlari
dan musim pun berganti
Tak sempat ku merenungi
dalam wadah maknawi
Nur Ramadhan yang pergi

Aku mengunyah butir debu-debu
Yang garing di kebun tamar
Terlalu mudah aku melepaskan
Ramadhan berlalu
Tanpa walau secubit rasa kerinduan berbekas di kalbu

Musafir yang damba Ramadhan
Menanti dengan getar rindu tertahan
Menyambutnya penuh kesyukuran
Menatang rahmat iman di lembar al-Quran
Di siang yang menyala
Berlapar dan dahaga
Sedikit tak terdera hanya rasa cinta
Di cermin bahagia


Kalimah yang diutus
Mengalir tak terputus
Di malam nan berkabus doa-doa kudus
Mengisi tafakur



Pernah kutinggalkan kau
Tanpa beralas syukur
Lalu lebur peluang terkubur
Rindu kemudian subur


Pernah ku abai nikmat
Damai yang hadir hinggap
Kini kusingkap tirai dan tingkap
Perbetul tiap silapkan
kupastikan ramadhan
Berlalu dengan makna



Tarbiyah taqwa tersisip
ke tiap inci nyawa
Ku bimbang tiada esok
Untuk ku sambut lagi
Bulan tercinta pendamai jiwa
Limpah rahmat Ilahi


-Demascus, Nur Ramadhan-
http://www.thedemascus.com/2008/09/demascus-nur-ramadhan.html

Ramadhan kian berlalu pergi,hampir mengakhiri garis penamatnya..lambaian lailatul qadr menanti di mercu malam kedamaian..apakah kan mampu ku kutip mengisi segala yang masih lompang..semoga terus diberi kekuatan..menemui malam seribu keindahan yang telah dijanjikan..

Monday, August 31, 2009

Kembara Ramadhan


10 Ramadhan 1430H

1/3 Ramadhan telah berlalu. Apakah Ramadhan kali ini dilalui dengan lebih sempurna daripada sebelumnya.Adakah Ramadhan kali ini dihiasi dengan ibadah yang lebih bermakna.Adakah Ramadhan kali ini dihayati dengan makna yang lebih mendalam,yang terhijab,tersirat di sebalik hikmah pensyariatannya..Ayuh kita muhasabah diri bersama..

Bulan Ramadhan juga dikenali sebagai “Shahrun Mubarak” yang bermaksud bulan keberkatan. Dikatakan sebagai bulan yang penuh rahmat dan keberkatan kerana di dalamnya mengandungi beberapa keistimewaan antaranya diturunkan kitab suci al-Quran yang menjadi petunjuk dan pedoman umat manusia, umat islam diwajibkan melakukan ibadah puasa di siang hari, ibadah solat sunat tarawikh pada waktu malam dan juga ibadah sahur.Di sinilah peluang untuk kita meraih keberkatan dan kerahmatan Allah swt.

SWOT Ramadhan

Setiap apa yang dilakukan dalam hidup kita,pasti ada objektifnya samada tersurat mahupun tersirat. SWOT adalah perkara basis dalam mana-mana bidang pengurusan..Mungkin kita sudah terbiasa dengan penggunaannya dalam pengurusan sistematik.Jadi tidak salah jika kita yang inginkan Ramadhan yang bermakna, SWOT Ramadhan kita lakarkan. Setiap Ramadhan,pastinya suasana,kondisi dan sekeliling kita berbeza. Jika sebelum ini sebagai pelajar,bila bergelar pekerja..masa diperuntukkan juga berbeza..Jika sebelum ini bujang,pabila sudah berkahwin mahupun mula bergelar ibu/bapa...pasti ruang ibadah juga sedikit berbeza.Letakkan objektif kita,yang pada hemat saya objektif setiap kali menjelang Ramadhan adalah kita mengharapkan keampunan dan meningkatkan ketaqwaan. Letakkan azam kita, walaupun hanya sedikit, kita berusaha merealisasikannya.

Rasullullah pernah berpesan dalam sebuah hadits yang ertinya:” Sesungguhnya umatku yang mengerti nilai-nilai yang terkandung dalam bulan ramadhan itu pastilah mereka menginginkan supaya seluruh bulan dalam bulan ramadhan itu terkumpul bermacam-macam-macam kebajikan yang mendatangkan pahala (hasanat), ketaatan diterima, do’a-do’a dikabulkan, dan akhirnya timbul kerinduan terhadap syurga “ (HR. Ibnu Abbas).

Perteguhkan keyakinan

Pada waktu melaksanakan ibadah puasa orang yang bertaqwa akan menunjukan bahwa dirinya itu tidak dapat terlepas dari pandangan-Nya. Dia akan merasa dekat dan selalu mendekatkan diri kepada-Nya. Sehingga, tidak berani untuk melangggar semua perintah yang sudah dtentukan oleh Allah dimanapun dia berada dengan keyakinan yang dimilikinya bahawa Allah pasti mengetahui walaupun tidak ada orang yang mengetahui.

Keyakinan datangnya dari asal 'aqadnya' kita dengan Allah SWT. Sejak di alam rahim,kita telah berjanji padaNya akan beriman padaNya.Kemudian kita diperteguhkan dengan kalimah lafaz syahadatain melalui azan/iqamat yang diperdengarkan sebaik sahaja dilahirkan. Dan surah al-ikhlas yang diturunkan membantu kita memperteguhkan lagi keyakinan atas setiap kejadian kehidupan pada Yang Berkuasa. .

Allah swt telah berfirman,mafhumnya:” Dan apabila para hambaku bertaqwa kepadamu tentang aku. Maka (jawablah) bahwa aku adalah dekat. Aku mengabulkan orang yang mendo’a, apabila ia berdo’a kepadaKu. Maka dari itu hendaklah mereka itu memenuhi (segala permintaan) Ku. Dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran “ (Q.S Al Baqarah:186).

Di bulan barakah inilah, kita cuba perbaiki dan perteguhkan kembali keyakinan padaNya yang kadang-kala goyah dek ujian duniawi..meningkatkan ketaqwaan,memperteguhkan keyakinan..semoga kita menjadi hamba yang bersyukur dan cekal mengharungi segala..

Ramadhan juga untuk memberi

Seringkali Ramadhan membuka tirainya, kita sibuk memikirkan 'hal' sendiri sahaja. Meraih cinta dan kasih sayangnya.Sehingga kita terlupa pada yang memerlukan..

Imam al-Tarmizi meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah ditanya:
Sedekah apakah yang paling utama?
Baginda menjawab, Seutama-utamanya sedekah adalah di bulan Ramadan.
Rasulullah s.a.w., pada bulan Ramadan ini sangat dermawan dan pemurah. Digambarkan bahawa sentuhan kebaikan dan pemurah Nabi s.a.w. kepada masyarakat begitu menyeluruh, lebih merata saujana sifatnya daripada sentuhan angin terhadap benda-benda di sekitarnya. Sesuai dengan bulan Ramadan yang mulia ini, kita disaran agar memperbanyakkan sedekah walaupun sekadar sebiji kurma ataupun seteguk air.


Kadangkala kita terlepas pandang ibadah ini yang hakikatnya terkandung berganda ganjarannya.Islam memandang harta meskipun ia merupakan hasil keringat sendiri, tidak sebagai hak mutlak pemiliknya. Harta yang dimiliki seseorang, pada pandangan Islam mempunyai hubungan dengan persoalan kemasyarakatan.

Dari sini maka Islam mengajarkan bahawa infaq, yang merangkumi sedekah dan zakat adalah suatu keharusan. Beberapa kali al-Quran menegaskan bahawa dalam harta yang dimiliki seseorang ada hak yang mesti diberikan, misalnya kepada orang-orang miskin dan tertindas, keluarga dan masyarakat secara umum.

Kesempatan inilah yang seharusnya diraih oleh mereka yang berkemampuan untuk bersedekah, khususnya pada bulan Ramadan kerana dijanjikan pahala yang berlipat ganda.

Orang yang menjauhkan dirinya daripada perbuatan keji dan kikir termasuk dalam golongan-golongan yang dijanjikan kebahagiaan. Allah s.w.t. menegaskan dalam surah at-Taghabun ayat 16-17 bahawa sedekah yang dikeluarkan oleh kaum Mukmin untuk fakir miskin, pada hakikatnya bermanfaat bagi si pemberi sedekah itu sendiri. Setiap sedekah yang dikeluarkan oleh seseorang, manfaatnya akan kembali kepada orang itu juga.

Jadi, sepatutnya disedari oleh kaum Mukminin, betapa besar kebaikan dan kenikmatan Allah s.w.t. Kebaikan yang tidak ternilai harganya. Allah s.w.t menciptakan kebaikan berupa harta, kemudian menisbatkan kepada hamba-Nya, Allah menyuruh hamba-hamba-Nya untuk berinfaq sebagai suatu kebaikan dan menamakannya sebagai pinjaman daripada Allah kepada hamba-hambanya. Padahal semua itu datang daripada Allah s.w.t.

Sesungguhnya bersedekah pada bulan Ramadan merupakan antara jalan yang membawa kita ke arah penyucian hati dan jiwa. Oleh yang demikian itu, raihlah segala tawaran Allah s.w.t. bagi mencari dan menemukan kunci syurga..

Buat Sahabat Sekalian
Semoga perkongsian dan peringatan ini adalah untuk muhasabah bersama terutama diri ini yang sering alpa.
Ayuhlah sahabat, di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, kita bersama meningkatkan ibadah dengan amal-amal soleh sebagai pembuktian iman dan taqwa kita kepada Allah SWT. Amin..

Sunday, August 30, 2009

Rintihan Keinsafan


...petikan air mata keinsafan Aima Insyirah-MCF page 85-86..panduan kembali buat diriku..

Duhai Tuhan Yang Agung
Daku datang mengadu padaMu
Sakitku, peritku
Air mataku mengalir
Engkau belaiku penuh kasih
Bebananku, Engkau ringankan

Duhai Tuhan Yang Pengasih
Hatiku merengut-rengut suruh membenci
Namun akal yang Engkau kurniakan masih sahih
Kasih jua kuberi
Rinduku jua yang memekar

Duhai Tuhan
Daku kesakitan tanpa luka
Engkau jua yang datang merawat
Makin cuba kuberdiri
Makin kuat ujian mendatang
Daku kepedihan sendiri.
Kepahitan
Bukan hempedu yang kutelan
Malah lebih pahit
Tekakku serasa ingin loya
Kutelan jua, demiMu

Duhai Tuhan
Amarahku umpama larva yang mengalir
Akan memusnahkan bila-bila masa
Namun sabar yang Engkau beri
Sesejuk salji memadamkan api

Duhai Tuhan
Mengapa diamku di salah erti
Apakah tiada kasih insan buatku
Duhai Tuhan
Temanilah daku, jalanku penuh sepi
Kuatkan daku dengan kasih-Mu

Malam terus berlalu dihiasi dengan zikir dan munajat sang hamba kepada Khaliknya, sujud menyembah pada Pencipta, memohon keampunan di atas kelalaian dan dosa- Aima Insyirah,Melakar Cinta Firdausi-

Petikan Tazkirah 'Abi Yussof' MCF

9 Ramadhan 1430 H
Sahaja ingin saya bawakan petikan tazkirah Abi Yussof watak pimpinan utama Gerakan Assoft dalam novel Melakar Cinta Firdausi.Sebagai peringatan diri ini terutamanya dan sahabat sekalian. (MCF :page 60-61)

FIRMAN Allah dalam an-Nash, ayat 1-3, "Apabila telah datang pertolongan dan kemenangan Allah dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepadanya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima Taubat."

"Sebagai pejuang yang mendokong perjuangan Islam, meletakkan nyawa dan segalanya dalam perjuangan ini, perbanyakkanlah istighfar selamanya dan bertaubat atas kelalaian dan kekurangan dalam ketaatan.
Selalulah kita mengulang menyebut kalimah `Robbigh Firlii Khothii-atii Yaumad Diin':
Ya Tuhanku, ampunilah kesalahan-kesalahanku pada hari pembalasan nanti. Semoga dosa-dosa kita diampuni dan perjuangan kita diberkati."

"Teruskan berjihad menuju matlamat, walau sejauh mana jarak dan lamanya tempoh masa, sehinggalah bertemu Allah di atas jalan ini dan kita akan beroleh kemenangan dengan memperoleh salah satu daripada dua perkara sama ada mencapai matlamat perjuangan atau mati syahid."

Firman Allah, "Di kalangan orang-orang Mukmin itu ada yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah, maka di antara mereka ada yang gugur, dan di antara mereka itu ada pula yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak mengubah janjinya." (al-Ahzab:23)

"Perjalanan perjuangan ini sangat panjang, dan terdapat pelbagai peringkat serta banyak halangan. Namun teruskan untuk thabat, kerana inilah satu-satunya jalan demi mencapai matlamat berserta ganjaran dan pahala yang besar. Perkemaskan persediaan diri, persediaan yang rapi, menunggu kesempatan dan perlaksanaan yang baik untuk bertindak. Semua itu akan menggadai masa kita. Thabatlah wahai pejuang-pejuang pilihan Allah sekalian."

"Ingatlah kalimah masyhur baginda Nabi terhadap bapa saudaranya, 'Demi Allah wahai bapa saudaraku, sekiranya mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku sebagai tawaran agar aku meninggalkan urusan dakwahku ini, aku tidak akan meninggalkannya sehinggalah Allah mengurniakan kemenangan ataupun aku dibinasakan kerananya. Sematkanlah di hatimu wahai jundullah akan peringatan ini. Ayuhlah kita sama-sama berdoa, meminta Allah thabatkan hati kita dalam perjuangan ini sehingga tiba ketentuannya'."

Tazkirah Abi Yussof semalam masih diingati Aima Insyirah. Cukup memberkas di jiwa. Kata-kata dengan tiupan roh mampu menggegarkan jiwa sesiapa yang mendengarnya.

Saturday, August 29, 2009

~Bicara Episod Perjuangan~

Bismillahwalhamdulillah...segala syukur ke hadrat Allah, Pencipta semesta alam..


Jam dunia terus berputar, Ramadhan kian merangkak meninggalkan kita sehari demi sehari..Begitu pantas masa berlalu..Terasa lama tidak bicara soal 'perjuangan'..Sungguh, perjuangan Islam kini semakin diuji dari pelbagai sudut..Media massa begitu lancang menuduh ulama' islam, TG Nik Aziz, TG Hadi Awang tanpa bertapis...laser memomokkan PR juga jemaah islamiyyah, pas dengan pelbagai isu fitnah dan kebohongan..Benar, jika saya tergolong dalam golongan orang awam, yang tidak memahami apa itu erti perjuangan islam akan turut terpengaruh dengan media massa negara yang melampau..Tiada apa yang boleh dikatakan pabila mendengar siaran berita, membaca akhbar..melainkan kata-kata yang melahirkan rasa sakit hati atas 'kezaliman' golongan yang terus-terusan memerangi Islam, dengan mereka sedari mahupun tidak..dengan sengaja ataupun tidak..


Tahniah Kemenangan Berpihak Islam
Tahniah buat kemenangan di Permatang Pasir N11...Tahun ini negara banyak berhadapan dengan pilihanraya kecil, bermula sejak pilihanraya K.Terengganu,Bukit Gantang, Manek Urai dan banyak lagi yang menampakkan rakyat masih bersama Islam dan keadilan. Alhamdulillah.Mungkin ada hikmah Allah mahu tunjukkan,seperti janjiNya..Islam tetap akan menang dan tertegak di muka bumi ini..Sesungguhnya telah dijanjikan Allah..
..Al-Islamu ya'lu wala yu'la 'alaih..


Isu vs Isu

Tak berniat untuk mengupas isu..sekadar secara list down dan skimming meninjau isu2 kontroversi negara agar kita semua tidak sekadar melihat isu-isu dalam skop diri sendiri juga hal2 yang kecil
> Orang UMNO tak boleh masuk syurga -TG Nik Aziz-

> Kematian Teoh Beng Hock- Pembunuhan atau bunuh diri?

> Tafsiran 'pergi jahanam Umno - putar belit

> Isu Arak kerajaan Selangor

> Isu rotan model, Karthika

> Isu Mansuhkan ISA -momokan kerajaan melampau

> Isu PPSMI - kerajaan masih berdolak dalih.. dan isu-isu lain yang mungkin tidak mampu disenaraikan di sini..

Perlunya intima' bersama jemaah Islam

Sabda Rasulullah s.a.w : "Sesungguhnya syaitan adalah serigala kepada manusia sebagaimana serigala kepada kambing. Ia membunuh kambing yang bersendirian dan berasingan, maka awasilah kamu dan juga masyarakat dan diwajibkan atas kamu berjemaah,berinteraksi dan mengimarahkan masjid"

Dalil ini dibawakan sebagai peringatan antara salah satu peneguh kenapa perlunya kita kepada jemaah. Berada di alam realiti perjuangan, barulah kita akan menyedari perlunya kita kepada jemaah dan tarbiyyah harakah Islamiyyah. Pabila percampuran sosial di tempat kerja, kawan-kawan sekerja, sedikit sebanyak pemikiran dan aspek sosial kita akan berubah dengan suasana semasa. Apatah lagi dengan suasana politik kini sering memburukkan harakah islamiyyah yang dulunya kita faham,yakini secara bertulis dan hafalan semata.


Hanya mampu menyelamatkan kita daripada gejala mutasaqit dan futur (wana'uzubillah), adalah kefahaman dan tarbiyyah yang telah dipasakkan dalam jiwa,minda kita di awal pengkaderan. Di sinilah peri pentingnya penerapan arkanul bai'ah dalam tiap jiwa-jiwa yang cintakan Islam dan perjuangan ini. Belaian kitab-kitab haraki perlu diteruskan. Seingat di alam kampus, jadual lengkap diberikan bila perlunya tamat membaca buku2 haraki yang telah disusun mengikut marhalah dan waqi'iyyah. Sungguh, tarbiyyah dulu memang terjaga kerana kita masih berada bersama golongan fahmu. Sedetik kita terlupa, bila melepasi fasa tarbim alam kampus, kita akan mudah terlupa dan mula beku..sedikit demi sedikit tanpa kita sedar, kita telah jauh daripada jemaah dan perjuangan.


Beruntunglah kepada sesiapa sehingga kini, masih ikhlas berintima' dalam gerakan perjuangan. Jangan difikirkan perlu 'berehat' seketika selepas melepas sesuatu fasa, kerana kelak itulah yang akan membakar diri kita. Tarbiyyah yang telah diterapkan dalam diri, jadikan pegangan utuh..kerana itulah sahaja yang akan menyelamatkan kita..dan bersama jemaah Islamiyyah sahajalah yang akan menjamin kita daripada mudah terpengaruh anasir2 luar, daripada dibaham serigala2 yang sememangnya menantikan2 kita menuju ke 'mulut ganasnya'.


Ingatkan pada diri..yang kita adalah golongan tarbiyyah,kita mengaku pendokong perjuangan Islam,kita mengaku sebagai pendakwah Islam...tindakan,akhlak dan pergaulan juga pemikiran serta prinsip kita adalah berbeza daripada golongan awam..Janganlah kita yang menjadi air yang terus terserap ke dalam tanah tanpa mengeluarkan semula sesuatu berhasil dikeluarkan melalui tanah..


"Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (drpd memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan islam dan umatnya).Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu.Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama kamu" (Al-Maidah:3)

Doaku

Ya Allah, terima kasih atas anugerah kefahamanMu.Terima kasih mengenalkanku erti perjuangan ini.Ya Allah, sumbanganku pada perjuangan ini terlalu hina, tiada secicip pun mampu dikhabarkan.Namun Ya Allah, hanya ku mohon padaMu, berikan aku kekuatan untuk menongkah arus ujianMu untukku ku teruskan sisa hidupku bersama perjuanganMu ini. Istiqomahkan hatiku pada jalanMu,janganlah KAU palingkan hatiku tergadai perjuangan dek tergoda kenikmatan duniawi. Perjuangan tidak memerlukan aku, tetapi aku yang sangat memerlukan perjuangan ini.Amin Ya rabb'...