Dilarang untuk mencetak, mengulang siar, mengambil, mencuri, menciplak, dan sebagainya tanpa izin daripada penulis.Hak cipta blog adalah terpelihara (Kenyataan ini hanya untuk penulisan saya dalam subjek 'karyaku' kerana melibatkan penghantaran ke media cetak.Penulisan lain tiada akta halangan.Dialukan penyebaran)
Monday, November 14, 2011
Lukisan Hati
Bismillahirrahmanirrahim..
telah terlalu lama tidak mencoret di sini, arus FB telah melambatkan jemari, melemahkan minda untuk menulis dan menaip.Tiada apa yang bagus untuk dikongsi,terasa hanya ingin meluahkan rasa hati..adakalanya lemah, rebah..mencari Ilahi.
Hati menangis
terasa berat menghadapi ujian Ilahi
Hati masih tertanya-tanya
menanti sebuah jawapan pasti
yang adakalanya
Hati begitu lemah
tidak sanggup lagi
menanti dan menghadapi
Adakala hati berkata
sampai bilakah kisah yang sama ini akan berakhir
Hati terus meminta
Ya Allah jangan uji aku soal ini lagi
seringkali hati meminta padaMu
biarlah ini yang terakhir
tetapi ianya berulang lagi
Hatiku terus diuji
Hati berasa cemburu
melihat orang lain nampak begitu mudah
mencapai hasrat hati
salahkah aku Ya Allah
meminta&berharap
memiliki apa yang diingini?
ataukah aku tidak layak memiliki semua itu
Hati tidak kuat
ingin rebah, putus asa menguasai diri
hasrat memiliki insan
yang boleh bersama meneruskan kesinambungan perjuangan
semakin mati
prinsip perjuangan itu yang ku pertahankan selama ini
semakin sepi
Andai itu takdirMu
perjuangan terhenti hanya setakat ini
bersama insan yang tidak memahami
erti sebuah perjuangan ini
apalah dayaku Ya Rabbi
walau itu bukan pintaku
kerana aku terlalu menyayangi
perjuangan ini...
sungguh aku memerlukan
perjuangan ini...
Ya Rabbi..
aku tidak berdaya lagi
walau doaku tidak pernah putus
meminta dianugerahkan insan yang dihajati
tetapi...
aku hanyalah hamba yang lemah
bantulah aku untuk redha
segala ketetapanMu nanti Ya Ilahi
Hanyalah Kau memahami segala isi hati
Dakaplah aku yang hina ini Ya Rabbi..
kerana aku tidak berdaya lagi..............................
Posted by
Aimi Nabihah Mohamad
at
10:33 PM
0
comments
Thursday, April 21, 2011
::Dalam Cerminan Perjuangan::
Dalam keriuhan,
hati tenggelam dalam keresahan
kata sufi,
walau dalam keramaian
kau terasa bagaikan keseorangan
itu menandakan dirimu semakin jauh dari Tuhan
Dalam kesepian,
Naluri merintih kesayuan
Janji Ilahi,
Walaupun kau keseorangan
Hanya dengan mengingatiNya
Jiwamu pasti kan tenang
Dalam harungi kehidupan,
Jiwa meronta menuntun kesabaran
Mencari erti kebahagiaan
Menanti pencahayaan
Kata munsyid,
Bahagia itu ada di jiwa
Sebuah mahkota di singgahsana rasa,
Bahagia itu adalah suatu kesyukuran
Dalam epilog perjuangan,
Hati tersiat kerana ujian
Kepayahan & pengorbanan
Tidak dijanjikan habuan kesenangan
Kuncinya hanya satu...
Sebuah keikhlasan...
Menempa alam perjuangan...
Segalanya demi Tuhan.
`stefaislle' 210411~
Posted by
Aimi Nabihah Mohamad
at
5:26 PM
0
comments
Labels: Bingkisan Qalbi, Koleksi Cerpenku
Sunday, February 06, 2011
..Terokai Kehidupan..
'Berjalanlah dan menerokalah dunia, ianya akan membuka mindamu, menjadikan dirimu seorang yang bijak dalam memilih perjalanan kehidupan dan lebih cekal menghadapi segala cabaran hidup yang mendatang, kerana dunia ini bukanlah hanya diisi oleh dirimu, tetapi diwarnai dengan pelbagai suka duka, keperitan kesusahan, cabaran dan dugaan oleh orang-orang yang kurang bernasib baik juga orang-orang yang lebih diberikan nikmat kehidupan. Lantas, pilihlah corak kehidupan yang serasi dan sesuai dengan dirimu dengan meletakkan agama dan syariat paling utama~
Posted by
Aimi Nabihah Mohamad
at
3:21 PM
0
comments
Labels: Tinta Kehidupan
Wednesday, February 02, 2011
::Tahajjud..Semakin ku Tinggalkan::
Lewat fitnah dunia menghukum, alasan penat dan kesibukan sering diberikan oleh diri kini. Solat malam semakin ditinggalkan..sekurang-kurangnya Tahajjud begitu berat ujiannya. Mencari kembali kekuatan itu, sedikit demi sedikit..istiqomah...aku meminta kepadaMu kurniakanlah aku kekuatan..Ya Rabb
Sungguh Nabi s.a.w. solat malam hingga kedua tapak kakinya merekah. Dalam satu riwayat Aishah berkata kepada Nabi s.a.w.: “Mengapa engkau melakukan hal ini wahai Rasulullah, padahal Allah telah mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan yang akan datang.” Baginda bersabda: “Apakah aku tidak ingin menjadi hamba yang sangat bersyukur?”
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari)
Sekarang kita bandingkan amalan Rasulullah s.a.w. ini dengan diri kita sendiri yang bergelumang dengan dosa dan amat kurang sekali melakukan ibadah kepada Allah s.w.t. untung nasib belum dipastikan samada Syurga atau Neraka. Kenapa kita tidak mahu bersungguh-sungguh dalam melaksanakan solat tahajjud ini? Adakah kita menganggap diri kita sebanding atau lebih baik daripada Rasulullah s.a.w.?
“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun)”. (Surah al-Dzaariyaat ayat15-18)
Hinanya diri tanpa rahmat dan kasihMu..Daifnya diri tanpa quwwah dan iradatMu..Ya Rabbi,aku kembali kepadaMU...Amin
Posted by
Aimi Nabihah Mohamad
at
9:11 PM
1 comments
Labels: Bingkisan Qalbi, Tazkirah
::When The Same Thing Goes::
Rasulullah s.a.w. bersabda : “Perbanyakkanlah membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi 99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan” (Riwayat Al-Uqaili melalui jabir r.a.)
La Haula Wala Quwwata Illa Billah juga boleh mengubati penyakit lupa. Syaitan juga memainkan peranan dalam membuatkan manusia lupa. Berzikirlah untuk mengingati Allah, ucaplah kalimah La Haula Wala Quwwata Illa Billah agar Allah melindungi kita daripada gangguan syaitan yang menyebabkan kita lupa.
Semasa peristiwa Israk Mikraj, kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH.
Bahkan Allah jugalah yang memperjalankan Rasulullah s.a.w. pada malam itu. Tidak ada daya dan kekuatan melainkan daripadaNYa.
Isra [1] Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Semasa menjawab azan, pada perkataan hayya alas-solah (marilah mengerjakan sembahyang), maka pada kalimah ini, hendaklah kita mengatakan “la haula wala quwwata illa billah”(tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah). Orang yang mendengar azan pun tidak mampu ke masjid sekiranya tidak ada pertolongan dari Allah. Oleh itu mintalah pertolongan darinya dengan menyebut “la hau la wala quwwata illa billah..
Sesungguhnya tiada apa setiap yang berlaku dalam kehidupan ini terlepas dari pandangan dan kekuasaanNya.DIA memberi sesuatu bebanan kepada manusia sesuai dengan daya dan kesanggupan untuk ditanggung mereka dan kembali kepada Allah. Allahuta'ala'alam.
'Wahai org2 yg beriman! Mohonlah pertolongan(kpd Allah) dengan sabar dan solat.Sungguh,Allah beserta orang2 yg sabar'(albaqarah:153)~(",)
Posted by
Aimi Nabihah Mohamad
at
8:55 PM
0
comments
Labels: Tazkirah