Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Berdasarkan Akta Hakcipta 1987:
Dilarang untuk mencetak, mengulang siar, mengambil, mencuri, menciplak, dan sebagainya tanpa izin daripada penulis.Hak cipta blog adalah terpelihara (Kenyataan ini hanya untuk penulisan saya dalam subjek 'karyaku' kerana melibatkan penghantaran ke media cetak.Penulisan lain tiada akta halangan.Dialukan penyebaran)

Wednesday, January 31, 2007

Tanzim,satu keperluan dalam Amal Islami

Slogan yang mengatakan tidak perlu tanzim dalam amal islami semakin banyak dilontarkan. Pelbagai arus,pelbagai aliran pemikiran yang semakin bercambah, sedikit sebanyak telah menggugat iltizam kita dalam jemaah dan semakin mengelirukan fikrah kita sehingga ada di kalangan kita yang turut terjebak dalam golongan yang mengatakan amal islami tidak memerlukan tanzim. Rungkaikan kembali kekusutan ini,yang semakin menjajah pemikiran kita.
Jika kita menolak tanzim dalam amal Islami,
1) Ini beerti kita mengiyakan dan menggalakkan anarki dalam islam, sedangkan anarki tidak wujud dan bercanggah dengan sebarang prinsip Islam dan tidak menjadi syi'ar dalam Islam
2) Ianya beerti kita telah menolak sebarang perancangan amal islami dan menyeru kepada sikap tidak ambil kisah,membiarkan,melepaskan batuk di tangga yang menjadi racun kepada gerakan Islam dan menjadi madu kepada musuh Islam yang sentiasa menantikan peluang untuk menjatuhkan Islam.
Konsep anarki dan sikap tidak ambil kisah ,
1) Adalah berlawanan dengan logik kekuatan (akal).
Kekuatan tidak boleh diwujudkan melainkan melalui tanzim dan perancangan. Seperti membina bangunan, kekuatan untuk menyiapkan bangunan yang dibina hanya akan wujud apabila adanya tenaga kerja (pekerja-pekerja binaan yang pelbagai tugasan), adanya pelan dan perancangan lengkap untuk membina bangunan.Tidak akan mampu,tiada kekuatan jika hanya seorang diri membuat perancangan dan menyiapkan bangunan yang dibina.Tidak akan tercapai dan tergapai.
2) Adalah berlawanan dengan keperluan kesatuan.
Menolak tanzim beerti menyeret umat islam ke arah lebih berpecah belah, sedangkan kesatuan hanya akan wujud dengan adanya organisasi (tanzim). Kesatuan sekerja seperti parti buruh juga ada tanzim,apatah lagi kesatuan Islam memang lebih menuntut kepada tanzim.
3) Adalah berlawanan dengan undang-undang a'lami.
Setiap benda yang ada di alam ini mengikut tanzim dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah (Sunnatullah), seperti organisasi galaksi,bintang-bintang,planet-planet yang berterbangan di angkasa, pergantian siang dan malam semuanya tertegak di atas peraturan. Apabila rosak peraturan beerti rosaklah kerjanya dan terhentilah fungsinya dan tugasnya.
Perlunya tanzim adalah kerana :
1) Tanzim dan perancangan asas kepada kejayaan kerja
Setiap kerja sekalipun kecil tidak dapat dijamin kejayaannya sekiranya tidak teratur hatta hanya satu majlis makan malam.Jika rancangan membuka kedai,mengadakan majlis satu kerja yang mudah turut memerlukan penyusunan,perancangan, tidak boleh tidak amal Islami yang mempunyai objektif dan matlamat yang lebih besar wajib ada tanzim.
2) Tanzim adalah asas manhaj(sistem) Islami
Manhaj Islami itu sendiri tertegak di atas tanzim dan peraturan yang sempurna, menyeluruh dan tersusun. Sistem ibadat, sistem masyarakat, sistem muamalat,sistem kekeluargaan dan seumpamanya, kesemuanyan tertegak di atas dasar-dasar peraturan yang tetap. Dalam sistem kekeluargaan, adanya organisasi yakni ayah,ibu, anak-anak serta perancangan dan dasar-dasarnya, barulah lengkap sesuatu sistem yang terkandung dalm manhaj islami.
3) Tanzim adalah tajuk petunjuk al-Quran
Al-Quran diturunkan adalah untuk memberi petunjuk dan panduan kepada manusia kerana manusia memerlukan panduan dan peraturan dalam hidupnya di atas dasar-dasar Islam yang telah ditetapkan. AlQuran itu sendiri diturunkan untuk memandu manusia kepada satu tanzim(Islam) dan satu peraturan hidup yang lengkap dan sempurna. Banyak firman Allah yang menggesa kepada manusia supaya berpegang kepada peraturan,mengambil berat terhadapnya dan jangan mengabaikannya.
4) Tanzim adalah asas petunjuk nabi
Rasulullah s.a.w. diutuskan untuk memimpin umat Islam, sebagai ketua umat Islam.Jelas di sini, asas kenabian adalah sebagai pemimpin kepada umat Islam, memandu dengan panduan dan syariat Islam dan asas kenabian ini sendiri telah menunjukkan wujudnya dan perlunya tanzim.Rasulullah s.a.w. adalah ikutan dan ketua umat Islam yang sangat mengambil berat terhadap tanzim walaupun hanya 3 orang dalam satu kumpulan digesa untuk melantik ketua atau pemimpin.
5) Tanzim adalah asas kerja Rasulullah s.a.w
Jika ditelusuri sirah nabawiyyah, semua kerja Rasulullah s.a.w. sepanjang kenabiannya dalam konteks da'wah,tarbiyyah,perang dan lain-lainnya adalah ditegakkan di atas tanzim.Contoh yang mudah, dalam peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w., terdapat aspek tanzim dan perancangan secara tidak langsung dapat kita hayati. Perancangan Rasulullah s.a.w (a) Peranan Saidina Ali : Menggantikan tempat tidur Rasulullah s.a.w untuk mengelirukan orang- orang musyrikin. (b) Pemilihan gua : Pemilihan gua Thur oleh nabi yang terletak menghala sebalik jalan ke Madinah untuk mengelirukan dan mengalih perhatian orang Musyrikin (c) Peranan Abdullah b. Abu Bakar : Membawa berita yang berlaku di Mekah kepada Rasulullah s.a.w (d) Peranan Asma' bt. Abu Bakar : Membawa keperluan seperti makanan dan minuman (e) Peranan Amir b.Fuhairah : Membawa kambingnya pada waktu petang kepada baginda dan Saidina Abu Bakar supaya dapat minum susu dan bekas tapak kaki kambing dapat menghapuskan kesan-kesan tapak kaki yang sentiasa berulang alik ke gua itu. Itulah salah satu perancangan nabi.Jika Rasulullah s.a.w yang disokong oleh wahyu dan petunjuk Allah telah merencanakan tindakannya dengan penuh perancangan, apakah kita yang mustahil mendapat wahyu,yang semakin jauh dari zaman kenabian, dapat menjalankan amal islami tanpa tanzim?Adalah mustahil.
Kesimpulannya
1) Matlamat-matlamat besar Islam memerlukan tanzim
Perubahan dibuat oleh Islam terhadap kedudukan Jahiliyyah tidak boleh dicapai melainkan melalui tanzim. Kesemua aspek perubahan yang perlu dilakukan untuk hapuskan jahiliyyah tidak mungkin dapat diwujudkan tanpa tanzim. Tanpa tanzim, amal-amal islami itu jadilah hanya sebagai kerja penyebaran ilmu,menghiburkan impina-impian sahaja,menggerakkan sedikit semangat lalu kemudiannya padamlah ia tanpa meninggalkan sebarang kesan dan hasil.
2) Cabaran-cabaran besar terhadap Islam memerlukan tanzim
Cabaran besar dihadapi oleh Islam dari musuh-musuhnya, menjadikan kewujudan tanzim dalam kerja-kerja islam satu perkara wajib menurut keperluan sekalipun tidak wajib menurut syara'.Para musuh Islam mempunyai berpuluh organisasi.perancangan yang hebat dan komplot yang mantap untuk menjatuhkan islam.Kita seharusnya lebih hebat daripada musuh.Untuk tegakkan kalimah Allah,pertahankan Islam, amal islami perlukan kesatuan di atas tanzim dan perancanagn yang kukuh,bukan dengan berpecah-belah dan membawa haluan pemikiran masing-masing.Wallahua'alam
edited from 'tasawwur asasi gerakan islam'
oleh : bintu mohamad, sc&education,UM

No comments: