Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Berdasarkan Akta Hakcipta 1987:
Dilarang untuk mencetak, mengulang siar, mengambil, mencuri, menciplak, dan sebagainya tanpa izin daripada penulis.Hak cipta blog adalah terpelihara (Kenyataan ini hanya untuk penulisan saya dalam subjek 'karyaku' kerana melibatkan penghantaran ke media cetak.Penulisan lain tiada akta halangan.Dialukan penyebaran)

Wednesday, January 31, 2007

Kekuatan ini AnugerahMU


Panas mentari terik di atas kepala,cuaca panas.Raudhah keletihan baru selesai kuliah jam 12 pm.Cuaca di kotaraya memang panas dan udara kurang bersih.Raudhah terasa begitu penat,dengan kesihatan dirinya yang kurang sihat ,dia duduk berehat seketika di bangku fakulti.Hari ini ada program untuk nuqaba’,pukul 2 pm dah kena berkumpul.Masa hanya tinggal dua jam lagi.Bas universiti pula tiada pada hari jumaat untuk hantar pelajar ke kolej.
Raudhah membuka pursenya,mengira baki duit yang ada untuk membolehkannya menaiki teksi untuk pulang ke kolej.Tambahan pula kolej yang didiami Raudhah berada di luar kampus, jauh.Raudah bersandar dengan nada kecewa,wangnya tidak cukup.Hanya cukup untuk menaiki bas awam di luar kampus.Raudhah merasakan seakan tidak bermaya untuk berjalan jauh,ke luar kampus untuk menanti bus metro.Tapi kerana memikirkan program nuqaba’,Raudhah kuatkan diri untuk berjalan walaupun dalam kadar yang perlahan.Kepalanya dirasakan berdenyut-denyut dan bagai nak pecah,sakit.Perutnya berkeroncong minta diisi,Raudhah hanya membiarkan kerana bimbang tidak sempat berkumpul sebelum jam 2 pm.Raudhah seorang yang menepati masa dan berdisiplin lebih-lebih lagi dalam urusan jemaah.
20 minit,Raudhah berjalan ke bus stop menunggu bus metro.Jalan ‘jam’ dengan kenderaan yang berpusu-pusu untuk ke masjid,solat jumaat.Alhamdulillah,ucap Raudhah setelah sampai ke tempat menunggu bas.Bunyi bising kenderaan dengan debu-debu menyesakkan nafas Raudhah.Sedikit sebanyak menyukarkannya untuk bernafas dengan baik.Begitulah suasana di kota raya,cukup menyesakkan.Raudhah menanti bas dengan penuh sabar,dia tidak sabar untuk tiba di biliknya untuk membolehkannya tidur seketika,mengurangkan keletihan dan denyutan kepalanya.Entah kenapa,bas hari ini lambat tiba..Denyutan di kepalanya semakin kuat.Sungguh waktu mencemburuinya,jam telah menunjukkan 12.45 pm.Raudhah mula berfikir,adakah dia harus terus menunggu bas yang tak pasti jam berapa akan tiba.”Ya Allah,sesungguhnya aku hamba yang lemah.Berilah aku kekuatan menanggung kesakitan ini,untukku tiba di kolej dengan selamat”.Ya Rabbi,aku masih ada urusan untukku petang ini,untuk agamaMU, Ya Halim,bantulah aku,lapangkanlah dadaku”rintih Raudhah pada Yang Esa.
Raudhah mengambil keputusan untuk berjalan pulang ke kolej.Satu tindakan yang tak pernah orang lain buat.Berjalan kaki pulang ke kolej yang jauh dari kampus.Pasti ada yang terkejut jika mengetahuinya.Tapi niatnya untuk ke program jemaah menuntutnya bertindak apa sahaja,yang penting urusan jemaah tidak diabaikan.Kadang-kadang Raudhah terasa diperhatikan orang,kerana jalan kota raya di situ jarang ada pejalan kaki.Terasa dirinya pelik dan janggal.Tanpa hiraukan pandangan orang,Raudhah teruskan langkahnya dengan cepat.Zohor dah semakin hampir,dia perlu segera sampai,barang-barang keperluan belum di’packing’ lagi.Langkah demi langkah diteruskan,akhirnya Raudhah tiba di pintu pagar kolejnya.’Alhamdulillah’,ucap Raudhah lagi tanda syukur.
Seketika,Raudhah terasa pelik akan dirinya.Keletihan tadi hilang,denyutan kepala tadi semakin beransur kurang.Yang menambahkan lagi kehairanannya,dia tidak sedikit pun rasa penat dan letih berjalan dalam jarak yang agak jauh.Raudhah terus melangkah masuk ke rumahnya,dilihat kakak dan kawan serumahnya sedang makan tengahari.Bila disapa,ditanya balik dengan apa,Raudhah hanya tersenyum.’Tak perlu dikhabarkan,bicara Raudhah dalam hati.Rancangan awalnya untuk pulang tidur seketika,terbatal apabila dia merasakan kesakitan dan keletihan dirinya tadi sudah hilang.’Peliknya’,bisik Raudhah lagi.Dia seolah-olah mendapat tenaga baru,tenaga yang cukup banyak,tidak perlukan rehat lagi.Dia terus menggapai beg dan mengemas barang-barangnya.Jam sudah menunjukkan 1.40 pm.Masih berbaki 20 minit.Raudhah bergegas untuk berwudhu’ untuk tunaikan solat zohor.’Subhanallah!’Raudhah memuji ketika berwudhu’.Dia sedar segala kekuatan ini anugerahNYA.Bibir Raudhah tidak henti-henti memuji nama 4JJI.Kekuatan itu hadir,apabila dia sedar tindak-tanduknya tadi adalah kerana untuk program jemaahnya.Dia harungi semuanya,dalam keadaan sakit,perut lapar,cuaca panas, yang penting baginya adalah urusan jemaah.Benarlah satu kata-kata’4JJI akan membantumu apabila kamu membantu agamaNYA’.Niat dan tadhiyyah itu sangat penting dalam perjuangan.Jangan mengaku seorang pejuang,jika tidak sanggup untuk berkorban.Dalam sujud,Raudhah tak henti-henti melafazkan rasa syukurnya,berdoa semoga 4JJI thabat kan dirinya dalam jalan ini,melahirkan rasa syukurnya atas anugerah dan pengajaran yang dikurniakan olehNYA untuk dirinya.Selesai solat,Raudhah terus bergegas keluar tanpa sempat menjamah makanan,hanya sempat meneguk segelas air,tiada lagi bunyi keroncong perutnya.Sahabat-sahabat seperjuangan sedang menantinya.’Tunggu sahabat,ana akan tiba menyusuri bersama perjuangan tinggalan Rasulullah s.a.w. ini,’Raudah melangkah dengan penuh bersemangat.’Benarlah,kekuatan ini adalah milikNYA dan anugerahNYA,Terima kasih Ya 4JJI’,Raudhah tersenyum dengan penuh ketenangan.

Ya Allah..istiqamahkan hatiku..thabatkan aku di jalanMU ini..

Nukilan : stefaislle

1 comment:

Anonymous said...

salam'alaik...

kakchik, kisah diri ye? barakaLlah fiki ya ukhti mahbubah...